definisi artist book

Upload: amirol-asraf-zainol

Post on 11-Oct-2015

65 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

star book pon ada

TRANSCRIPT

Definisi Artist Book

Artist book juga dikenali sebagai buku seni. Artist Book adalah karya-karya seni yang direalisasikan dalam bentuk buku. Buku seperti ini seringkali diterbitkan dalam edisi kecil. Artist Book merupakan satu gabungan harmoni antara reka bentuk, bentuk, kandungan, dan konteks tanpa satu bahagian mendominasi sebahagian besar mesej yang ingin disampaikan. Pertindihan bentuk (bahan-bahan) dan kandungan (mesej) adalah perantara utama bagi mengekspresi kreativiti. Artist book terdapat dalam pelbagai saiz dan corak. Artist book adalah buku atau objek seperti buku di mana penekanan diberikan dalam bentuk visual dan bukannya teks. Terdapat beberapa contoh Artist Book, antaranya ialah Star Book, Tunnel Book, Flag Book, Pop-up Book, Squash Book, Accordian Book dan sebagainya. Artist Book merupakan objek seperti buku yang merupakan penampilan terakhir seorang karya seni yang mempunyai tahap kawalan di dalam dirinya, di mana buku itu dikaitkan sebagai hasil karya seni dalam diri karyawan tersebut.

Definisi Star Book

Star book juga dikenali sebagai buku bintang dalam Bahasa Melayu. Buku ini merupakan salah satu contoh artist book. Star book dinamakan sebab bentuk bukunya akan menyerupai corak bintang apabila bukunya dibuka luas.