definasi dasar awam

15
Dasar Awam GM2023 Definasi Dasar Awam. Dasar awam boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai pergertian. Secara amnya, dasar awam adalah apa juga program atau projek atau rancangan daripada pihak kerajaan untuk faedah dan kepentingan satu kelompok rakyat. Semua jenis bentuk keputusan dan tindakan kerajaan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang mempunyai objektif, matlamat dan tujuan tertentu. Menurut kamus inggeris Oxford, Dasar Awam itu memberi maksud tindakan dan peraturan badan-badan awam terdiri daripada ketua Negara, ahli politik dan pentadbiran kerajaan. Oleh yang demikian terdapat satu identity linguistic di antara orang awam dan dasarnya. Menurut kamus Dewan pula, dasar ialah asas, teras dan panduan. Dasar mempunyai tujuan, matlamat, fungsi, demi kebaikan dan kepentingan sesuatu organisasi. Awam pula menurut Kamus Dewan memberi maksud makna am atau umum . ianya juga memberi makna teras, panduan atau matlamat am bagi orang awam atau rakyat demi kepentingan umum. 1 209159

Upload: mubarak-ahmad

Post on 17-Sep-2015

375 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

d

TRANSCRIPT

Definasi Dasar Awam

Dasar Awam GM2023

Definasi Dasar Awam.

Dasar awam boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai pergertian. Secara amnya, dasar awam adalah apa juga program atau projek atau rancangan daripada pihak kerajaan untuk faedah dan kepentingan satu kelompok rakyat. Semua jenis bentuk keputusan dan tindakan kerajaan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang mempunyai objektif, matlamat dan tujuan tertentu.

Menurut kamus inggeris Oxford, Dasar Awam itu memberi maksud tindakan dan peraturan badan-badan awam terdiri daripada ketua Negara, ahli politik dan pentadbiran kerajaan. Oleh yang demikian terdapat satu identity linguistic di antara orang awam dan dasarnya.

Menurut kamus Dewan pula, dasar ialah asas, teras dan panduan. Dasar mempunyai tujuan, matlamat, fungsi, demi kebaikan dan kepentingan sesuatu organisasi. Awam pula menurut Kamus Dewan memberi maksud makna am atau umum . ianya juga memberi makna teras, panduan atau matlamat am bagi orang awam atau rakyat demi kepentingan umum.

Berdasarkan definisi diatas, dasar awam telah diterangkan dengan secara jelas sebagai satu keputusan dalam bentuk pilihan penyelesaian kepada masalah,objektif dan matlamat. Secara kesimpulannya kita boleh menyatakan dasar awam sebagai apa sahaja keputusan dan tindakan kerajaan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara itu.

Kategori Dasar Awam.

Desakan Dasar Policy Demands.

Segala desakan , tuntutan atau paksaan yang di kenakan ke atas kerajaan oleh orang ramai akibat ketidakberkesanan sesuatu dasar tersebut. Sesuatu masalah atau matlamat dasar itu tidak tercapai mengakibatkan rakyat akan melakukan reformasi bagi menjadikan sesuatu dasar yang digubal akan berjalan dengan berkesan dan lancarnya. Tuntutan yang dibuat mestilah berlandaskan dasar-dasar tepat dan memberikan kebaikan, kemudahan kepada semua rakyat dan negara.

Keputusan Dasar Policy Decision.

Suatu keputusan yang dibuat oleh pegawai kerajaan yang memberi kuasa atau petunjuk dan cara tindakan dasar awam itu di laksanakan. Ianya juga termasuk tentang segala keputusan untuk mengeluarkan arahan, pengubalan undang-undang, edar peraturan, pentadbiran atau tafsiran undang-undang.

Dasar- dasar Pembangunan Negara.

Secara umumnya setiap keputusan yang di ambil oleh kerajaan pastinya mempunyai objektif , matlamat dan tujuan untuk dijadikan sebagai panduan umum dalam mengatasi permasalahan sesebuah negara. Pendek kata matlamat dan tujuan mestilah jelas dan ianya merupakan satu jalan penyelesaian terhadap sebahagian besar rakyat ataupun kumpulan sasaran tersebut. Contoh- contoh Dasar awam di Malaysia ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wanita Negara, Dasar Pendidikan Negara, Dasar pensyarikatan, Dasar pengswastaan dan lain- lain lagi.

Perpaduan Negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik bagi mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan, DPN menetapkan satu langkah kearah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah Negara yang maju dari segala aspek iaitu dari segi kestabilan politik, kuanliti kehidupan dan kecermerlangan ekonomi.

Pembangunan Negara akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat yang seimbang bagi mengukuhkan perpaduan Negara. Ianya menwujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang adil dan saksama. Pembangunan yang seimbang mampu meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor pertumbuhan.

Selain itu, pengurangkan dan menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi Negara untuk menggalakan perkongsian secara lebih adil dan saksama .

Pembangunan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif.

Perlaksanaan dan tujuan.

Beberapa pendekatan baru yang di ambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah hasilnya pencapaian yang berkualiti dan berkekalan ianya di ambil kira dari segi keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan seimbang. Persaingan dalam pasaran antarabangsa DPN telah mengambil kira kemampuan Negara bersaing dengan lebih tinggi di dalam pasaran antarabangsa. Meningkatkan daya tarikan para pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan lagi bidang perdagangan.

Wawasan 2020 merupakan strategi yang sangat penting bagi memajukan Malaysia ke taraf Negara yang maju suatu hari nanti. Oleh yang demikian, pelaksanaan DPN ini akan terus mengalakan pengembelingan sumber-sumber Negara dan mengunakan potensi kecerdasan masyarakat untuk membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan Negara bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Penyertaan semua kaum di Negara ini adalah sangat penting bagi memastikan Malaysia berada di tahap yang tinggi di mata dunia.

Kadar kemiskinan Negara di jangka dapat berkurangan ke paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% pada tahun 1990. kadar pengganguran juga di jangka berubah ke tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan DPN akan mengambil kira beberapa perubahan yang di buat terhadap peranan sektor awam. Dengan kadar kemiskinan di luar Bandar yang begitu tinggi talah memperlihatkan penglibatan perkhidmatan awam melalui pembukaan tanah- tanah dan pemberian subsidi secara besar-besaran kepada petani kecil. Ianya dilaksanakan bagi menwujudkan perkerjaan dan membantu meningkatkan ekonomi. Usaha- usaha yang lebih gigih akan mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayah krususnya di negeri Sabah dan Sarawak.

Pihak terlibat dalam penggubalan Dasar di Malaysia.

Dasar yang terbentuk adalah bermula dari pembentangan di Dewan Rakyat. Ianya di perbahaskan untuk mendapat persetujuan dari bersama dan diluluskan di Dewan Rakyat. Kemudian sesuatu perkara tersebut telah di bawa ke Dewan Negara untuk diterima oleh Parlimen tertinggi mengkaji kuasa mengawal dan perlaksaan dasar strategi kerajaan itu. Dasar ini juga boleh di ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan kepimpinan sesebuah negara itu. Perlaksanaan dasar awam digubal untuk memenuhi objektif-objektif sosioekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, pengagihan, kestabilan dan kebajikan umum. Matlamatnya adalah memastikan sesebuah kerajaan itu berada dalam seimbang dari segi pembangunan dan taraf ekonomi. Kejayaan dan kegagalan bergantung kepada perlaksanaan dan penerimaan rakyat terhadap dasar yang di tentukan pada dasar yang akan datang.

Kumpulan yang berkepentingan dalam mempengaruhi sesuatu dasar awam untuk menjaga kepentingan mereka dan orang awam. Walaupun tiada kuasa menggubal dasar tetapi kumpulan ini sangat berpengaruh dasar sesuatu dasar itu. Contohnya seperti Persatuan Alam Sekitar Malaysia ( PASM) dalam dasar berkaitan alam sekitar, Kongres Kesatuan Sekerja dan Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam dasar berkaitan skim perkhidmatan kakitangan awam, CAP pula dalam setiap pengguanaan barang- barang keperluan seperti isu harga, bahan pengguna dan eksploitasi peniagaan, Pertubuhan pertubuhan Wanita hingga wujudnya dasar-dasar wanita Negara dan pertubuhan Islam dalam memastikan setiap dasar menerapkan nilai-nilai keislaman bagi membangunkan ummah yang terbilang dan cemerlang

Bentuk- bentuk dasar awam. Setiap sesuatu dasar awam itu diputuskan oleh kerajaan mempunyai pelbagai bentuk. Terdapat empat bentuk utama dalam dasar awam ini, iaitu undang-undang, rancangan, program dan projek. Bentuk-bentuk dasar ini mempunyai cirri-ciri yang tersendiri dan ianya digubal mengikut kesesuaian sesuatu tempat itu bagi menyelesaikan setiap permasalahan awam itu. Dasar awam yang diputuskan oleh kerajaan haruslah selaras dengan objektifnya iaitu memberi keselesaan dan kesempurnaan kepada rakyat agar setiap bentuk dasar yang dibuat memberi kesenangan kepada semua pihak. ( a) Undang-undang.

Peraturan yang digubal berdasarkan kepada proses perundangan yang memerlukan kelulusan di peringkat Parlimen. Setiap dasar-dasar yang digubal melalui undang-undang tidak mudah untuk dibatalkan dan memerlukan keputusan dari peringkat tertinggi. Prosesnya pula mestilah mengikut prossedur yang telah ditetapkan dan segala pindaan tersebut perlulah mendapat kelulusan dari pihak perundangan (legislative) itu sendiri.

Ciri-ciri undang-undang ialah kuasa pemenrintah untuk membuat undang-undang ketaatan masyarakat terhadap undang-undang dan kesahihan undang-undang itu. Undang-undang bermaksud apa-apa yang telah digubal atau ditentukan oleh pihak berkuasa dan ianya mempunyai kekesanan undang-undang. Ianya juga merupakan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi.Keputusan yang dipinda atau di gubal itu mempunyai unsur-unsur hukuman yang bertujuan untuk mendidik dan mengawal tingkah laku setiap rakyat. Dengan adanya hukuman ianya mampu mengajar setiap individu rakyat melakukan perkara-perkara yang terbaik untuk diri dan negaranya.Sumber Undang-undang Malaysia. Sumber Undang-undang Tidak Bertulis Bertulis.

1. Undang-undang Islam Al-quran, Hadis, Qias, Ijma Ulama2. undang-undang Inggeris Undang-undang Sivil3. undang-undang adat Adat Temenggung, Adat Perpatih, Adat Hindu & Cina.4. keputusan Mahkamah.Sumber Undang-undang Bertulis Bertulis.

1. Undang-undang Perundangan dan Perundangan Kecil.

2. Perlembagaan.

Proses penggubalan sesuatu undang-undang di Malaysia dalaha mengikut cara-cara dan peraturan seperti yang ditetapkan dalam Bab 5 Acara Perundangan Perlembagaan Persekutuan. Ianya digubal mengikut perangkaan dasar-dasar yang berkaitan dengan sesuatu rang undang-undang dibentangkan di Dewan Rakyat mahupun Dewan Parlimen. Dasar undang-undang mestilah dirunding oleh Menteri atau pihak kerajaan dengan Jabatan Peguam Negara, Penbedaraan atau kementerian.

Setelah dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, satu draf undang-undang telah dibuat yang telah disediakan oleh Jabatan Peguam dan di kemukakan kepada Jemaah Menteri. Rang Undang-undang tersebut akan dicetak oleh Jabatan Percetakan Negara untuk diedarkan kepada semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

(b) Rancangan.

Rancangan merupakan salah satu dasar yang digubal oleh kerajaan. Ianya dibentuk untuk membangunkan sesuatu tempat itu mahupun menambahkan peluang-peluang di sektor pengeluaran yang lebih maju. Rancangan juga merujuk kepada usaha kerajaan dalam membangunkan Negara. Rancangan Malaysia merupakan tempoh perlaksaan program pembangunan kerajaan yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa lima tahun. Ianya bermula dari rancangan Malaya Pertama pada tahun 1956 hingga 1960 diikuti dengan rancangan Malaysia kedua dari tahun 1961 hingga 1965. Pada tahun 1966 hingga 1970 rancangan Malaysia pertama di buat ia merupakan penubuhan Negara Malaysia. Rancangan Malaysia kedua pada 1971 hingga 1975 iaitu Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan. Sehingga kini rancangan Malaysia sentiasa digubal mengikut peredaran semasa dan memperbaiki kelemahan yang ada sebelum ini. (c) Program.

Merujuk kepada dasar ini ianya lebih mengkhususkan dasar yang di buat oleh kerajaan. Program ini di jalankan untuk memberi sumbangan kepada rakyat untuk menerapkan nilai-nilai yang baik di dalam diri setiap individu itu. Antara program yang di buat oleh kerajaan adalah seperti Rakan Muda, program Tranformasi Pendidikan dan pelbagai lagi. Dengan adanya program-program ini bertujuan untuk mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah.(d) Projek.

Projek merupakan peringkat paling bawah yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam merealisasikan dasar awam. Kelompok sasar juga agar kecil dan terhad tidak seperti program yang tertumpu kepada semua peringkat boleh terlibat. Oleh itu, dasar ini tertumpu kepada satu sasaran kumpulan yang lebih kecil contohnya pembeli BR1M kepada rakyat yang mempunyai pendapat yang kurang dari Rm 2000 dan mereka layak menerima pemberian ini. Selain itu kerajaan juga telah melakukan program Pembangunan Rakyat Termiskin bagi membasmi kemiskinan dan pelbagai projek lagi yang memberi pulangan yang baik kepada rakyat. Dengan adanya projek-projek sebegini dapat meningkatkan lagi motivasi, jatidiri dan semangat saling membantu diantara sesama insan selain nilai-nilai murni dapt diterapkan di dalam diri individu rakyat.Rumusan.

Sebagai kesimpulannya, penjawat awam perlu memahami dasar-dasar pembangunan Negara dan dasar itu digubal supaya ianya jelas mengapa melaksanakan tugas yang sedang dilakukan. Jesteru itu, memahami sejarah mengapa sesuatu dasar digubal dan ianya perlu dilaksanakan bagi memastikan sesebuah kerajaan itu di uruskan dengan sempurna dan memberi kesan yang baik buat rakyatnya. Dengan adanya dasar-dasar ini dapat membantu usaha kerajaan untuk meninggikan prestasi dan daya pengeluaran negara. Di samping itu, ianya boleh menjadi asas pengwujudan sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif. Di harapkan pada masa akan datang pentadbiran yang ada di negara kita ini akan berkembang menjadi sebuah pentadbiran yang produktif dari segi pengurusan dan sebagainya.

Sumber Rujukan.

Ismail Ibrahim & wanrosili Abd Majid (1995) Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran Awam (INTAN) 2006.

Kecemerlangan Pentadbiran ( Dasar Dan Amalan Dalam Islam) Institusi Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991

Malaysia kita (1991) Institusi Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur.

Zalina Abd Rahman (1990) Pelaksanaan Penerapan Nilai-nilai Murni : Satu Tinjauan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber Internet.

Http.www.Pmo.gov.my.dokumenattached/Dasar06DASAR_PANDANG_KE_TIMUR.pdf

http.pmrbest. blogspot.com/2009/12/karangan-impak-positif-penswataan.htm

http:/www.scrid.com/doc/22416177/Dasar-Pandang- ke-Timur.

1

209159