proses penggubalan & sumber dasar awam

26
PROSES PENGGUBALAN & SUMBER DASAR AWAM Dalam bab ini kita akan melihat kepada pembentukan dasar yang diamalkan oleh Malaysia dengan merujuk kepada parti politik yang memerintah

Upload: eash-daniel

Post on 05-Aug-2015

278 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

PROSES PENGGUBALAN & SUMBER DASAR AWAM

Dalam bab ini kita akan melihat kepada pembentukan dasar yang diamalkan oleh Malaysia dengan merujuk kepada parti politik yang memerintah

Page 2: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

AHLI-AHLI POLITIK DAN PENTADBIR SEBAGAI AKTOR PEMBUAT DASAR

Page 3: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

Ahli-ahli politik sebagai aktor dalam pembuatan keputusan memang menjadi fokus perbincangan ini.

Perdana Menteri ialah aktor utama dalam kerajaan.

Kebanyakan dasar-dasar digubal dan diambil tindakan oleh Perdana Menteri di peringkat persekutuan.

Setakat ini, Perdana Menteri Malaysia kesemuanya berkelulusan universiti

Page 4: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

TUNKU ABDUL RAHMAN

Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan, kebanyakan menteri-menteri kabinet berkelulusan universiti

Masa Tunku Abdul Rahman - tidak ramai berkelulusan universiti.

Walau bagaimanapun, mereka ini berkelulusan Sekolah Inggeris Senior/Junior Cambridge

Page 5: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

TUNKU ABDUL RAZAK & TUN HUSSIEN ONN

kebanyakan menteri boleh dikatakan berkelulusan universiti

Page 6: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

TUN MAHATHIR MOHAMAD

kesemuanya berkelulusan universiti termasuk Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Setiausaha-Setiausaha Politik. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri di Malaysia

Page 7: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

Pada masa kini, Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri kebanyakannya berkelulusan universiti

Terdapat sedikit sahaja bilangan yang bukan berkelulusan universiti.

Bagi Ahli-Ahli Parlimen dan Senator, serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, terdapat yang berkelulusan universiti dan juga yang bukan berkelulusan universiti.

Hal ini tidak dapat dielakkan kerana untuk menjadi Wakil Rakyat, kelulusan bukan syarat utama, tetapi kepimpinan seseorang itu.

Cth???

Page 8: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam
Page 9: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

Bagi pegawai-pegawai tinggi kerajaan iaitu Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) daripada peringkat tertinggi A hingga ke peringkat biasa, kebanyakannya lulusan universiti seperti sastera, ekonomi, undang-undang dan sedikit sahaja lulusan sains.

Begitu juga pegawai-pegawai profesional terdiri daripada lulusan universiti.

Bagi jawatan PTD dan Pegawai Tinggi Awam (PTA), sebelum merdeka dan selepas beberapa tahun kemerdekaan, tidak semua jawatan diisi oleh lulusan universiti kerana kekurangan calon-calon yang berkelulusan tinggi

Page 10: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

PARTI POLITIK SEBAGAI PEMBUAT DASAR

Page 11: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

Seperti yang kita sedia maklum, dasar-dasar negara telah digubal atau dibentuk oleh ahli-ahli politik yang memerintah negara setelah dipilih melalui pilihan raya

Seperti yang difahamkan bahawa dasar-dasar pokok kerajaan biasanya digubal dan dibahaskan dahulu di peringkat parti.

Sumber-sumber dasar itu mengikut dari tempat ia datang. Ada ketika idea atau dasar itu datang daripada peringkat

cawangan atau Biro peringkat cawangan, usul itu dibawa ke bahagian dan daripada bahagian dibawa ke peringkat perhimpunan Agung UMNO yang diadakan tiap-tiap tahun.

Di peringkat perhimpunan, usul itu diluluskan dan selepas itu dibawa ke Majlis Tertinggi.

Ada ketikanya menteri berkenaan akan terus membawa usul itu ke kementeriannya untuk dilaksanakan olehnya atau kerajaan.

Kalau sesuatu dasar itu berat dan memerlukan kuasa Parlimen, maka dasar itu akan dibentangkan di Parlimen untuk dijadikan undang-undang sebelum dilaksanakan oleh kerajaan.

Page 12: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

Ada juga keadaan, apabila dasar-dasar parti itu tidak dibawa dari cawangan atau bahagian, tetapi Presiden parti sendiri memperkenalkan dasarnya.

Misalnya Dasar Pandang ke Timur, Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah

Dasar-dasar ini diperkenalkan oleh Presiden dan biasanya diterima oleh ahli-ahli parti walaupun terdapat nada-nada ketidaksetujuan, tetapi biasanya ahli-ahli parti patuh kepada pucuk pimpinan parti UMNO.

Page 13: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

PEMBENTUKAN DASAR TERPIMPIN

Bukan semua dasar awam datang daripada parti sebagai organisasi politik.

Tetapi dasar-dasar awam banyak dianjurkan oleh ahli-ahli politik (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri) yang berada dalam kerajaan.

Ini bermakna, kerajaan yang dibentuk oleh parti yang menang dalam pilihan raya telah diberi mandat oleh rakyat dan ahli-ahli parti tersebut membentuk kerajaan dan memerintah negara.

Oleh sebab itu, apabila sesuatu dasar diumumkan oleh eksekutif politik seperti menteri atau Perdana Menteri dan Menteri Besar, seolah-olah sekali pandang ia merupakan dasar menteri itu.

Tetapi sebenarnya, kuasa dan mandat diberi kepada menteri oleh rakyat untuk membuat dasar awam

Page 14: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

Pandangan ini diandaikan bahawa rakyat dan kebanyakan ahli-ahli mengharapkan para pemimpin yang dipilih melalu pemilihan parti dan pilihan raya agar membuat dasar yang selayak dan sesuai dengan kehendak mereka atau rakyat

Boleh dikatakan dasar-dasar utama negara banyak dibawa atau dicipta oleh pemimpin- pemimpin negara, termasuk juga pegawai-pegawai tinggi pentadbiran negara.

Page 15: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

Jika para pengundi atau rakyat bersifat pasif dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai politik dan dasar-dasar negara, maka hal-hal ini banyak diserahkan kepada pemimpin.

Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa kesan lain seperti

Page 16: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

Jika rakyat bersifat pasif, maka tidak ada tindakan pemeriksaan

dan membetulkan keadaan terhadap apa juga yang dilakukan oleh

pemimpin-pemimpin

Wujudnya penyelewengan yang berleluasa dilakukan olehpemimpin.

Jadilah parti itu sebagai kuda tunggangan pemimpin iaitu mereka

jadikan parti sebagai alat kepentingan diri.

Jadilah sebagai pemimpin yang memimpin menurut cara autokratik, iaitu menggunakan pilihan pemimpin dengan cara demokratik. Tetapi, setelah terpilih akan membuat sesuatu dasar itu menggunakan caranya sendiri tanpa

berunding dengan ahli parti atau rakyat.

Page 17: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

Sebagai tanda rakyat atau ahli-ahli parti itu bersikap pasif ialah jika

terdapat suara menentang pemimpin, ugutan-ugutan yang selalu dibuat

sehingga menyebabkan ahli-ahli parti berasa takut dan apa lagi kalau mereka juga mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu dalam parti

Page 18: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

Secara ringkasnya, kita boleh mengambil kesimpulan bahawa pemilihan pemimpin parti dan juga pemilihan wakil-wakil rakyat serta parlimen ialah berasaskan prinsip-prinsip demokrasi,

tetapi setelah mereka terpilih tidak semestinya dasar-dasar awam dibuat berdasarkan demokrasi, tetapi

campuran antara demokrasi, terpimpin dan juga pilihan atau keputusan pemimpin itu sendiri mengikut keadaan-keadaan tertentu

Page 19: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

Meskipun demikian, bukanlah bererti setiap dasar itu dibuat sewenangwenangnya oleh pemimpin, tetapi para pemimpin yang merupakan golongan elit membuat sesuatu dasar itu berdasarkan kepada penilaiannya terhadap masyarakat, juga berdasarkan maklumat-maklumat dan bantuan pegawai-pegawai kerajaan.

Oleh kerana mereka berkuasa, maka mereka mempunyai kuasa melaksanakan dasar-dasar itu.

Bezanya ialah ada antara dasar-dasar itu dibawa ke Parlimen atau kepada parti dan ada yang terus dijalankan mengikut pertimbangan pemimpin itu sendiri

Page 20: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

SOKONGAN TERHADAP CADANGAN DASAR AWAM

Orang yang bertanggungjawab menerima sesuatu cadangan dasar itu terdiri daripada mereka yang mempunyai autoriti dan berkepentingan.

Oleh itu, cadangan dasar itu perlu “mendapat kebenaran” atau legitimasi daripada golongan ini.

Mendapat kebenaran di sini bermaksud kita perlu memperoleh sokongan daripada mereka yang mempunyai autoriti dan berkepentingan.

Page 21: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

CARA UNTUK MENDAPAT PENERIMAAN TERHADAP SESUATU CADANGAN DASAR

Mendapatkan sokongan majoriti ahli-ahli badanperundangan.• Sokongan seperti ini penting untuk membolehkan

sesuatu cadangan dasar itu diluluskan oleh badan-badan berkenaan.

Merujuk kepada autoriti hierarki.

• Maksud aspek tersebut ialah peluang untuk mendapatkan kebenaran atau tidat bergantung kepada kedudukan yang tinggi dalam hierarki dan yang mempunyai kuasa yang lebih dalam memberi sokongan.

• Terdapat hierarki dalam politik dan birokrasi. • Untuk mendapatkan pengesahan cadangan itu, ia

perlu memperoleh sokongan daripada kedua-dua belah pihak.

Page 22: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

Pengesahan ahli-ahli profesional.• Pengesahan hierarki juga berkaitan

dengan kepakaran profesional. • Oleh itu, pembahagian tugas akan

dibuat terhadap ahli-ahli profesional mengikut bidang kepakaran masing-masing bagi membolehkan sesuatu pembuatan keputusan yang rasional diambil.

Meningkatkan kecekapan• Aspek ini merujuk kepada keinginan

untuk mencapai objektif pada kos yang minimum ataupun mendapat jumlah maksimum objektif daripada sumber-sumber yang terbatas.

Page 23: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

Penglibatan orang awam• Aspek ini merupakan asas untuk

mendapatkan pengesahan terhadap dasar atau program kerajaan dalam sistem demokrasi.

• Ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Misalnya penglibatan secara tidak langsung seperti dalam pilihan raya atau secara langsung iaitu melalui demonstrasi, kumpulan lobi atau mengadakan pertemuan dengan para pembuat dasar itu sendiri.

Page 24: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

KESIMPULAN Perkara penting yang perlu kita ketahui ialah

keperluan dalam bentuk kerjasama oleh semua aktor dalam memastikan kejayaan dan keberkesanan sesuatu dasar awam yang akan dilaksanakan agar memberikan manfaat dan faedah yang positif kepada rakyat.

Sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, rakyat akan memberikan respon atau maklum balas kepada kerajaan dalam pelbagai reaksi seperti menyerahkan memorandum, pemulauan, kritikan dan menyuarakan hasrat mereka melalui wakil rakyat yang telah mereka pilih.

Page 25: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

Kejayaan dan kegagalan sesuatu dasar itu terletak di tangan pihak-pihak yang berperanan secara langsung dalam proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar awam itu.

Jika berlaku penyelewengan, penyalahgunaan sumber dan kuasa, kekurangan komitmen dan ketidakcekapan serta kurang bijak di pihak pelaksana dasar khususnya golongan pentadbir, maka sudah pasti pembangunan dan kemajuan negara tidak akan berkembang.

Oleh itu, pentadbiran awam mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan dasar awam iaitu

dasar awam itu sendiri merupakan panduan kepada pentadbir dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara.

Page 26: Proses Penggubalan & Sumber Dasar Awam

Untuk memastikan sesuatu dasar itu mencapai matlamat dan memenuhi objektifnya terutama dalam menyelesaikan masalah masyarakat, maka

para aktor yang terlibat dalam proses pembuatan dasar awam perlu bekerjasama dan sentiasa bersifat terbuka untuk menerima segala pandangan, kritikan dan bantahan daripada rakyat.

Sesuatu dasar awam itu dikatakan berjaya mencapai objektifnya sekiranya rakyat berasa berpuas hati dan mendapat banyak faedah daripada apa yang telah dilaksanakan.

Tidak dinafikan bahawa aktor-aktor yang menggubal dasar seperti ahli politik adalah untuk kepentingan kerjaya dan masa depan politik mereka.

Oleh itu, dasar awam merupakan satu cara atau alat oleh ahli politik untuk mempengaruhi rakyat agar terus memberikan kesetiaan dan menyokong mereka