dedikasi khusus

Upload: nur-syaza-mohamad-rosli

Post on 08-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Buat para muslimah

TRANSCRIPT

Dedikasi khusus :

Buatmu Muslimah Solehah,

Insan yang telah berikrar setia menunaikan tugas mulia sebagai MuslimahSentiasa bersabar menghadapi berbagai rintangan hidup yang mendatangYang sentiasa berupaya mewujudkan cita-cita mulia dan hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Akhlakmu begitu mempersona, sopan dan menyejukan mataTutur bicaramu melegakan jiwa yang laraPenampilanmu terhias dengan panduan agamaPerisai malu menjadi pakaian keperibadianmu yang utamaDan, semangat juangmu yang sentiasa membara dalam jiwa

Semuanya, bersatu padu dalam dirimuAgar menjadi wanita yang dirindu Syurga

Ketahuilah, wahai muslimah yang luhur

Kehilanganmu, bererti kehilangan untaian talian cinta,Ketiadaanmu, bererti ketiadaan generasi manusia,Kebaikanmu, bererti kebaikan segenap semesta,Keburukanmu, bererti kehancuran tiang negara.

Ketahuilah wahai saudariku mukminah solehah,

Tidak akan pernah kita temui kenikmatan hakiki tanpa perjuangan sejati, tidak pernah kita jumpai kebahagiaan tertinggi tanpa pengorbanan tiada henti. Apa yang kita persembahkan untuk meninggikan agama Allah tidak pernah sia-sia.

Ibarat cahaya, ia akan sentiasa menerangi,Ibarat pohon rendang, ia akan menaungi,Ibarat bunga mawar, ia sentiasa harum mewangi

Senyumanmu, akhlakmu, budi pekertimu, sahsiahmu adalah kekuatan, kemewahan dan kekayaanmu yang sebenar.

Jadilah dirimu yang sebenar sesuci fitrah insani, agar disayangi makhluk duniawi dan dirindui hati-hati yang mencintai Ilahi.

Agar Bidadari di syurga, mencemburuimu kerana mutiara berharga yang terpendam di dalam dirimu

Peliharalah dirimu dan perindahkanlah keperibadianmuAgar dirimu menjadi wanita muslimah solehah yang dicintai, dikasihi dan diredahi Ilahi

Yakinilah ukhti mukminah,

Keindahan sanubariKedamaian hatiKetenteraman batiniKelembutan sahsiah diriAkan terpancar dari setiap diri mukminah yang tulus ikhlas memilih jalan yang mulia ini,

Jalan yang dihampari dengan duri-duriYang mungkin akan tertusuk dikakiNamun, jauh disudut hatiInilah jalan menuju Ilahi

Muslimah yang tetap teguh menyusuri al-haq dengan keimanan yang hakikiMembasmi yang batil dengan gagah beraniTidak pernah gentar dan takut mati.

Semoga dirimu, benar-benar dicintai Rabbi.Women Of Heaven

Titipan buat mereka-mereka yang bergelar wanita, kalian adalah insan ciptaan Allah SWT yang istimewa. Memiliki kekuatan yang luar biasa, andainya kehidupan ini didasari keimanan, keyakinan, kepasrahan dan pergantungan hanya sanya untuk Allah SWT.