presentation dasar wawasan negara

19
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001- hingga sekarang) • Merupakan zaman kelima dalam sejarah perkembangan kurikulum. • Zaman ini juga dikenali dengan alaf ke 21, iaitu zaman teknologi maklumat. • Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat penambahbaikan dan pemantapan dalam sistem pendidikan terutamanya dalam perundangan, dasar dan program utama agar selari dengan arus pemodenan yang berlaku.

Upload: farah-rahman

Post on 14-Jun-2015

1.754 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

Sekolah dan Masyarakat

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation Dasar Wawasan Negara

Zaman Dasar Wawasan Negara (2001- hingga sekarang)

• Merupakan zaman kelima dalam sejarah perkembangan kurikulum.

• Zaman ini juga dikenali dengan alaf ke 21, iaitu zaman teknologi maklumat.

• Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat penambahbaikan dan pemantapan dalam sistem pendidikan terutamanya dalam perundangan, dasar dan program utama agar selari dengan arus pemodenan yang berlaku.

Page 2: Presentation Dasar Wawasan Negara

Program pembangunan pendidikan yang telah

dilaksanakan oleh KPM:1. Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) memperuntukkan pendidikan wajib bagi pendidikan rendah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai Tahun 1 pada 1 Januari 2003

2. Program Bimbingan dan Kaunseling diperkukuhkan dengan memperuntukkan seorang kaunselor bagi setiap 500 pelajar mulai tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002);

3. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003;

Page 3: Presentation Dasar Wawasan Negara

4. Sekolah Pusat, Sekolah Wawasan dan Sekolah Model Khas ditubuhkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan(RMKe-8);

5. Pemberian Bantuan One-Off RM120 kepada murid sekolah rendah daripada keluarga miskin pada tahun 2002-2003 bagi pelaksanaan Pendidikan Wajib (Bajet 2002 dan 2003). Bantuan ini digantikan dengan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) mulai 2004 (Keputusan Jemaah Menteri, 2003);

6. Anugerah Pengetua JUSA C dan Guru Gred Khas C diperkenalkan pada tahun 2005 bagi meningkatkan peluang kenaikan pangkat kepada guru di sekolah (Keputusan Jemaah Menteri, 2004);

Page 4: Presentation Dasar Wawasan Negara

7. Mata Pelajaran Vokasional (MPV) diperkenalkan di Sekolah Menengah Harian pada tahun 2004 (Berasaskan Program Sekolah Ke Kerjaya di bawah pembiayaan Bank Dunia, 1998-2003);

8. SPBT diperluaskan kepada anak-anak semua pegawai perkhidmatan pendidikan mulai 2006 (Pengumuman Timbalan Perdana Menteri di Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, 2005);

9. Program Pemulihan dimantapkan dengan memperuntukkan guru pemulihan (Keputusan Jemaah Menteri, 2005);

Page 5: Presentation Dasar Wawasan Negara

10. Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain.

11. Menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah dilaksanakan mulai tahun 2006 (Keputusan Jemaah Menteri 2005);

12. Perubahan Dasar Sekolah Antarabangsa ke arah menjadikan sekolah antarabangsa di Malaysia berdaya saing di rantau Asia (Keputusan Jemaah Menteri, 2006);

Page 6: Presentation Dasar Wawasan Negara

13. Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan KPTM pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

Page 7: Presentation Dasar Wawasan Negara

• Pada zaman Dasar Wawasan Negara, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

• Sejajar dengan itu, program pembangunan pendidikan berasaskan ICT antaranya penubuhan Sekolah Bestari, SchoolNet, Projek MySchoolNet, Makmal Pengkomputeran, TV Pendidikan (TVP), Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Mata Pelajaran ICT dan Latihan ICT untuk Guru dilaksanakan.

Page 8: Presentation Dasar Wawasan Negara
Page 9: Presentation Dasar Wawasan Negara
Page 10: Presentation Dasar Wawasan Negara
Page 11: Presentation Dasar Wawasan Negara
Page 12: Presentation Dasar Wawasan Negara

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010• PIPP menjadi garis panduan yang jelas

kepada semua pihak supaya segala dasar, program dan aktiviti pendidikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

• Enam teras strategik telah dikenal pasti untuk memperkukuh sistem pendidikan negara, iaitu;

1. Membina Negara Bangsa;2. Membangunkan Modal Insan;3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan;4. Merapatkan Jurang Pendidikan;5. Memartabatkan Profesion Perguruan;6. Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.

Page 13: Presentation Dasar Wawasan Negara

PIPP (2006-2010)

Page 14: Presentation Dasar Wawasan Negara

PIPP (2006-2010)

Page 15: Presentation Dasar Wawasan Negara

Merombak Sistem Pendidikan untuk Meningkatkan Prestasi Murid dengan

Signifikan• Memastikan setiap kanak-kanak boleh

berjaya-menetapkan harapan yang tinggi kepada semua murid tanpa mengira latar belakang dan menyediakan bantuan dan sokongan yang sistematik

• Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi murid

• Membuat pelaburan bagi membangun kepimpinan unggul di setiap sekolah.

• Meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik.

Page 16: Presentation Dasar Wawasan Negara

Meningkatkan Kemahiran Rakyat Malaysia untuk Meluaskan

Kebolehpasaran • Mengarusperdanakan dan memperluas

akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang berkualiti.

• Meningkatkan kompetensi siswazah bagi menyediakan mereka memasuki pasaran pekerjaan.

Page 17: Presentation Dasar Wawasan Negara

Menyusun Semula Pasaran Pekerjaan untuk Menjadikan Malaysia Negara

Berpendapatan Tinggi• Menjadikan pasaran pekerjaan lebih

fleksibel• Meningkatkan kemahiran dan keupayaan

tenaga kerja sedia ada• Menarik dan mengekalkan modal insan

berkepakaran.

Page 18: Presentation Dasar Wawasan Negara

Hala Tuju Kementerian Pelajaran MalaysiaBidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area :NKRA)

1. Pendidikan Prasekolah- peningkatan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada tahun 2012

2. Pendidikan Sekolah Rendah – pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

3. Program Literasi dan Numerasi (LiNUS) – semua murid normal akan dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi.

Page 19: Presentation Dasar Wawasan Negara

Hala Tuju Kementerian Pelajaran MalaysiaBidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area :NKRA)

4 Sekolah Berprestasi Tinggi – sekolah yang mempunyai identiti tersendiri dan unik, serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.