sejarah malaysia stpm : wawasan 2020

11
Sejarah Malaysia Tema 4 : Pengisian Kemerdekaan Bab 13 : Wawasan 2020

Upload: amer-hakimy

Post on 15-Apr-2017

224 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020

Sejarah MalaysiaTema 4 : Pengisian Kemerdekaan

Bab 13 : Wawasan 2020

Page 2: SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020

Latar Belakang

Ahli ekonomi meramalkan Malaysia sudah berada di landasan untuk menjadi sebuah Negara maju. Malaysia, Thailand dan Singapura ketika itu diberi jolokan nama “Harimau Asia” yang bermaksud Negara perindustrian baharu.

Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad selaku arkitek pemodenan Malaysia segera menubuhkan Majlis Perdagangan Malaysia sebagai sebuah badan penasihat kerajaan yang dianggotai oleh para pegawai kanan kerajaan dan tokoh-tokoh utama sektor korporat negara. Beliau bertindak sebagai pengerusi majlis tersebut.

Page 3: SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020

Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Tun Dr. Mahathir Mohammad telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk Malaysia : Melangkah Maju ke Hadapan. Kertas kerja itu melakarkan rancangan jangka panjang negara untuk tempoh 30 tahun mulai tahun itu.

Kertas kerja tersebut mengandungi satu pemikiran dan rangka tentang arah haluan pembangunan negara serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Gagasan pemikiran yang terkandung dalam kertas kerja itu dinamakan Wawasan 2020.

Page 4: SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020

Perspektif

Wawasan 2020 diperkenalkan sebagai garis panduan dan rangka kerja tentang pendekatan yang harus diambil untuk memulakan langkah bagi satu perjalanan jauh yang bakal ditempuh oleh negara pada masa hadapan.

Malaysia akan menjadi sebuah Negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat Malaysia pula berpeluang menikmati kehidupan yang lebih sempurna dalam sebuah masyarakat yang demokratik, bertolak ansur, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik serta mempunyai daya tahan yang tinggi.

Page 5: SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020

Wawasan 2020 telah menggariskan hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju mengikut caranya yang tersendiri tanpa terikat dengan rupa bentuk negara maju di Barat. Kemajuan yang ingin dicapai itu tidak dari sudut fizikal semata-mata, tetapi kemajuan bersepadu dengan sebuah masyarakat yang dilengkapi dengan nilai moral dan etika yang tinggi serta mampu untuk berdaya saing.

Page 6: SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020

Usaha Menuju Negara Maju Strategi Pelaksanaan

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diperkenalkan pada tahun 2003 untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotisme, semangat perpaduan dan membentuk perwatakan positif dalam kalangan generasi muda.

Mata pelajaran seperti Kewarganegaraan, Pendidikan Moral dan Pendidikan sivik telah dijadikan mata pelajaran wajib dipelajari oleh murid di sekolah sebagai usaha melahirkan generasi yang bermoral dan berintegriti.

Galakan sepenuhmya diberi kepada usaha- usaha penyelidikan dan pembanguan (R&D) untuk memajukan bidang sains dan teknologi supaya Malaysia tidak terlalu bergantung kepada teknologi yang dibawa masuk dari luar.

Page 7: SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020

Mata pelajaran Teknologi Maklumat telah diperkenalkan di peringkat sekolah menengah pada tahun 1999 dan dijadikan salah satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melahirkan masyarakat yang mahir dalam teknologi maklumat.

Projek infrastruktur mega seperti Koridor Raya Moltimedia (MSC) telah dilaksanakan dengan tujuan untuk melahirkan masyarakat saintifik dan progresif.

Page 8: SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020
Page 9: SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020

1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu

Sekolah wawasan sebagai perkongsian kemudahan antara sekolah jenis kebangsaan.

Program Khidmat Negara untuk memupuk semangat patriotik dan cinta akan Negara dalam kalangan remaja.

2. Membina masyarakat berjiwa bebas dan berkeyakinan.

“Malaysia Boleh” diperkenalkan pada tahun 1990 sebagai cogan kata untuk meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia.

3. Memupuk masyarakat demokratik yang matang.

Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) sebagai forum perbincangan untuk menggubal dasar ekonomi negara.

4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

Subjek Pendidikan Islam dan Moral ditekankan dalam sitem pembelajaran di peringkat sekolah.

Page 10: SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020

5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.

Program Citrawarna diadakan setiap tahun untuk menonjolkan keunikan kebudayaan setiap kaum dan negeri.

6. Membina masyarakat yang maju dan saintifik.

Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai landasan ke arah menjadi Negara maju.

“ Sekolah Bestari” sebagai persediaan melahirkan masyarakat celik komputer.

Subjek teknologi Maklumat dimulakan di peringkat SPM sebagai langkah melahirkan tenaga mahir dalam bidang ICT.

Bidang teknik, vokasional dan politeknik yang berteraskan kemahiran ditambah.

Page 11: SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020

7. Mewujudkan masyarakat dan budaya penyayang.

Hotline 8003040 untuk membantu mangsa penganiyaan.

Akta Keganasan Rumah Tangga, 1995 untuk membantu masalah rumah.

Yayasan Penyayang Malaysia dan PERKIM untuk membantu anak yatim.

8. Menjamin masyarakat adil dan saksama dari segi ekonomi.

Melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam kegiatan ekonomi moden.

9. Memupuk dan membina masyarakat makmur.

Penggunaan gentian optik oleh Telekom Malaysia, Sistem LRT, dan Monorel sebagai langkah untuk meningkatkan taraf perkhidmatan kepada rakyat.