dasar perbandaran negara - pmo.gov.my · pdf filememberi fokus kepada pemeliharaan dan...

2
Dasar Perbandaran Negara Dasar Perbandaran Negara merupakan dasar yang memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran negara supaya lebih efisien dan sistematik khususnya bagi mengurus peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020 dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di dalam bandar. Dasar Perbandaran Negara akan dijadikan teras utama dalam semua aktiviti perancangan dan pembangunan bandar di Semenanjung Malaysia termasuk penyediaan rancangan-rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan. Dasar ini akan menggariskan perkara-perkara teras, dasar-dasar, langkah-langkah dan pelan tindakan perlaksanaan bagi menyelaras dan mengurus perbandaran negara. Dasar Perbandaran Negara (DPN) ialah suatu pernyataan bertulis yang menggariskan perkara-perkara teras, dasar-dasar dan langkah-langkah bagi memandu, mengurus dan menyelaras perancangan dan pembangunan bandar supaya lebih efisien dan sistematik. DPN disediakan mengikut peruntukan di bawah Bahagian IIB Seksyen 6B (3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), pindaan tahun 2001 (Akta A1129). DPN telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Ogos 2006 dan Mesyuarat MPFN Ke 6/2006 pada 8 Ogos 2006. FALSAFAH Pembentukan dasar-dasar perbandaran perlu berasaskan kepada falsafah bandar yang sejahtera merangkumi perkara-perkara berikut: Menjana pembangunan ekonomi bagi kemakmuran negara yang boleh dikongsi dan dinikmati bersama. Menyediakan perkhidmatan bandar, kemudahan awam, infrastruktur dan utiliti yang berkualiti untuk keselesaan dan kesejahteraan penduduk. Menekankan aspek keselamatan di dalam bandar. Memastikan keindahan rekabentuk dan kualiti fabrik bandar berasaskan kebudayaan tempatan negara. Memberi fokus kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Menggalakkan pembangunan sosial dan perpaduan nasional. Menggalakkan penduduk untuk melibatkan diri dalam membangunkan komuniti masing-masing dengan peningkatan tadbir urus yang lebih efisien dan berkesan. Membasmi kemiskinan bandar.

Upload: doanduong

Post on 08-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar Perbandaran Negara - pmo.gov.my · PDF fileMemberi fokus kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Menggalakkan pembangunan sosial dan perpaduan nasional

Dasar Perbandaran Negara Dasar Perbandaran Negara merupakan dasar yang memandu dan menyelaras perancangan dan

pembangunan perbandaran negara supaya lebih efisien dan sistematik khususnya bagi mengurus

peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020 dengan penekanan terhadap keseimbangan

pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di dalam bandar. Dasar Perbandaran Negara akan dijadikan

teras utama dalam semua aktiviti perancangan dan pembangunan bandar di Semenanjung Malaysia

termasuk penyediaan rancangan-rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan. Dasar ini akan

menggariskan perkara-perkara teras, dasar-dasar, langkah-langkah dan pelan tindakan perlaksanaan

bagi menyelaras dan mengurus perbandaran negara.

Dasar Perbandaran Negara (DPN) ialah suatu pernyataan bertulis yang menggariskan perkara-perkara

teras, dasar-dasar dan langkah-langkah bagi memandu, mengurus dan menyelaras perancangan dan

pembangunan bandar supaya lebih efisien dan sistematik.

DPN disediakan mengikut peruntukan di bawah Bahagian IIB Seksyen 6B (3) Akta Perancangan Bandar

dan Desa 1976 (Akta 172), pindaan tahun 2001 (Akta A1129).

DPN telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Ogos 2006 dan Mesyuarat MPFN Ke

6/2006 pada 8 Ogos 2006.

FALSAFAH

Pembentukan dasar-dasar perbandaran perlu berasaskan kepada falsafah bandar yang sejahtera

merangkumi perkara-perkara berikut:

Menjana pembangunan ekonomi bagi kemakmuran negara yang boleh dikongsi dan dinikmati

bersama.

Menyediakan perkhidmatan bandar, kemudahan awam, infrastruktur dan utiliti yang berkualiti

untuk keselesaan dan kesejahteraan penduduk.

Menekankan aspek keselamatan di dalam bandar.

Memastikan keindahan rekabentuk dan kualiti fabrik bandar berasaskan kebudayaan tempatan

negara.

Memberi fokus kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Menggalakkan pembangunan sosial dan perpaduan nasional.

Menggalakkan penduduk untuk melibatkan diri dalam membangunkan komuniti masing-masing

dengan peningkatan tadbir urus yang lebih efisien dan berkesan.

Membasmi kemiskinan bandar.

Page 2: Dasar Perbandaran Negara - pmo.gov.my · PDF fileMemberi fokus kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Menggalakkan pembangunan sosial dan perpaduan nasional

Sensitif dan inovatif kepada perkembangan dan kemajuan teknologi.

OBJEKTIF

Berdasarkan kepada matlamat di atas, enam objektif telah dikenalpasti iaitu:

i. Membangunkan bandar yang terancang, berkualiti, progresif dan mampan;

ii. Membangun dan memperkukuhkan ekonomi bandar yang berdaya saing;

iii. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pembangunan sosial ;

iv. Membasmi kemiskinan bandar;

v. Memperkukuhkan sistem perancangan, pelaksanaan dan pemantauan;

vi. Memantapkan institusi pentadbiran dan pengurusan bandar.

TERAS DASAR PERBANDARAN NEGARA

i. Dasar Perbandaran Negara digubal berdasarkan enam teras berikut:

ii. Pembangunan Perbandaran yangEfisien dan Mampan

iii. Pembangunan Ekonomi Bandar yang Kukuh, Dinamik dan Berdaya Saing

iv. Sistem Pengangkutan Bandar yang Bersepadu dan Efisien

v. Penyediaan Perkhidmatan Bandar, Infrastruktur dan Utiliti yang Berkualiti

vi. Pewujudan Persekitaran Kehidupan Bandar yang Sejahtera dan Beridentiti

vii. Tadbir Urus Bandar yang Efektif