pemuliharaan orang utan di rasa ria resort

22
SMK TANSAU PENAMPANG KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL Pemuliharaan Orang Utan Nama : Safiah binti Masbaka Tingkatan : 6 Atas 1 No. Mykad : 910314-12-5934 1

Upload: tarabassing

Post on 20-Jun-2015

1.325 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

SMK TANSAU PENAMPANGKAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI ALAM

SEKITAR FIZIKAL

Pemuliharaan Orang Utan

Nama : Safiah binti MasbakaTingkatan : 6 Atas 1No. Mykad : 910314-12-5934Nama Guru : Pn. Windy Anjilus

1

Page 2: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

ISI KANDUNGAN

Perkara HalamanPendahuluan 3Penghargaan 4Objektif kajian 5Kaedah Kajian 6Lokasi kajian 7Hasil Kajian 8Rumusan 16Rujukan 17Lampiran 18

2

Page 3: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

PENDAHULUAN

Kami pelajar Tingkatan 6 Atas SMK Tansau sesi 2009/2010 telah diberi tugasan untuk menjalankan kajian lapangan mengenai usaha memulihara Orang Utan di Rasa Ria Resort, Tuaran.

Kami dalam sebuah rombongan telah berkunjung ke Rasa Ria Resort pada 17 April 2010 diiringi guru mata pelajaran Geografi 1 kami, Puan Windy Anjilus dan beberapa orang guru pengiring yang lain.

Sepanjang lawatan kami ke resort tersebut, kami diberi taklimat dan penerangan serba sedikit fakta berkisar tentang spesies yang semakin diancam kepupusan itu selain beberapa

maklumat tambahan mengenai Rasa Ria Resort.

3

Page 4: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada guru Geografi 1 kami, Puan Windy Anjilus kerana telah memberi peluang kepada kami untuk menjalankan kajian ini.

Seterusnya, saya juga amat berterima kasih kepada rakan- rakan setingkatan yang telah membantu dan bekerjasama dengan baik dan sudi berkongsi maklumat sepanjang kami menjalankan kajian lapangan ini.

Tidak lupa juga kepada anggota keluarga saya yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan, justeru membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan lancar.

4

Page 5: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian lapangan kami pada kali ini mempunyai objektif seperti berikut:

1. Mengenali spesies Orang Utan (Pogmo pygmaeus) dengan lebih dekat.2. Mengkaji punca ancaman kepupusan spesies ini. 5. Menyenaraikan kesan-kesan kepupusan Orang Utan.3. Mengkaji langkah pencegahan kepupusan Orang Utan.4. Menyenaraikan kepentingan pemuliharaan Orang Utan.

5

Page 6: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah bagi sepanjang menjalankan kajian lapangan Geografi 1 ini, antaranya termasuklah:

Menjalankan pemerhatian bagi mengenal pasti kegiatan/ aktiviti Orang Utan. Sesi taklimat dan soal jawab turut dijalankan melibatkan renjer- renjer yang

berpengalaman memberi penerangan tentang Orang Utan dan habitatnya. Kaedah merujuk sumber sekunder pula kami jalankan untuk memperoleh peta topo

dan maklumat tambahan tentang Rasa Ria Resort dan spesies Orang Utan.

6

Page 7: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

LOKASI KAJIAN

Kajian luar Geografi 1 ini kami jalankan di daerah Tuaran atau lebih spesifiknya di Resort Shangri La Rasa Ria. Resort ini menjalankan usaha memulihara anak- anak Orang Utan sebelum dihantar ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.

7

Page 8: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

HASIL KAJIAN

Mengenali Ciri- ciri dan Habitat Orang Utan

Sebelum kami mendekati habitat Orang Utan yang terletak jauh di dalam hutan, kami diberi penerangan oleh renjer- renjer melalui sesi taklimat dan soal jawab. Di Rasa Ria Resort, mereka menjalankan aktiviti menjaga anak- anak Orang Utan yang terpisah dari ibunya. Buat masa ini, terdapat 6 ekor anak Orang Utan yang ditempatkan di sini iaitu Cinta, Afiq, Gembira, Reg, Jaya dan Katie.

Orang Utan hanya terdapat di kepulauan Borneo dan Sumatera. Mamalia ini terdapat di kawasan pergunungan pada paras 2, 400 m dari Gunung Kinabalu. Jantan dewasa (15 tahun ke atas) berdiri setinggi 1.4 meter dan mempunyai berat 50 – 100 kg. Betina mempunyai berat di antara 34 – 40 kg. 0rang utan boleh hidup diantara 35-40 tahun atau lebih.

Orang Utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Orang Hutan mempunyai lengan yang panjang dan kuat. Mereka membuat sarang di atas pokok daripada daun-daun dahan-dahan kecil di mana mereka tidur pada waktu malam dan berehat pada waktu siang. Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Orang Utan sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah.

Orang Utan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan Orang Utan betina pada musim mengawan. Pergaduhan jarang berlaku di antara Orang Utan jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan.

Seekor Orang Utan betina boleh beranak sekurang-kurangnya 3 – 4 kali dengan purata seekor anak setiap satu tahun. Masa bunting adalah kira-kira 9 bulan. Jangka masa mengandung adalah dari 233-263 hari dan anaknya akan disusu selama beberapa tahun.

Taburan Orang Utan di Asia Tenggara

8

Page 9: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

Pada zaman dahulu, Orang Utan boleh ditemui di rantau Asia Tenggara sehingga ke negara China. Namun, populasinya semakin berkurangan dan kini Orang Utan hanya boleh dijumpai di Kepulauan Borneo termasuk Sabah dan Sarawak serta Sumatera.

Walaupun Orang Utan hanya terdapat di Asia Tenggara, organisasi-organisasi tertentu telah mengambil langkah yang wajar bagi memastikan spesies orang utan dapat dilihat oleh seluruh lapisan masyarakat di dunia. Sebagai contoh, Zoo Brookfield dan beberapa zoo lain di Amerika Utara telah bekerjasama dalam satu program pembiakan Orang Utan.

Laporan bertajuk Oil for Ape Scandal oleh Pertubuhan Friends of the Earth pada 23 September 2005 mendedahkan bahawa tanpa campur tangan segera, perdagangan kelapa sawit boleh menyebabkan pupusnya spesies Orang Utan dalam masa 12 tahun. Malah, hampir 90 peratus habitat Orang Utan di Malaysia dan Indonesia telah musnah. Beberapa orang pakar menganggarkan bahawa 5,000 Orang Utan pupus setiap tahun, kesan daripada keadaan itu. Terdapat kurang daripada 60,000 Orang Utan yang hidup secara liar di Borneo dan Sumatera.

Punca kepupusan orang utan

9

Page 10: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

World Wildlife Foundation (WWF) melaporkan habitat bagi hidupan spesies di dunia sedang diancam aktiviti pertanian. Contohnya, kelapa sawit adalah anca- man terbesar yang membahayakan hidupan mamalia. Populasi gajah Asia, badak sumbu Sumatera, Orang Utan dan harimau semakin pupus berikutan tanaman kelapa sawit merampas habitat mereka.

Dianggarkan kira-kira 70 peratus populasi Orang Utan di Sabah pada masa ini menghuni kawasan Hutan Simpan Komersial yang dieksploitasi untuk tujuan pembalakan. Malah, berdasarkan kajian yang dijalankan Projek Pemeliharaan Orang Utan Kinabatangan (KOCP) dan Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD), didapati lebih 6,000 Orang Utan dikenal pasti mendiami kawasan hutan simpan milik Yayasan Sabah. Kesannya, Orang Utan semakin kehilangan habitat kerana haiwan berkenaan sangat sensitif terhadap gangguan habitat yang berpunca daripada kegiatan manusia.

Penebangan atau penerokaan hutan tidak terancang secara berleluasa dikenal pasti sebagai punca utama penurunan jumlah Orang Utan, selain kegiatan pemburuan haram. Biasanya, pemburu akan mengambil hempedu haiwan ini untuk tujuan rawatan. Berikutan itu, kerajaan negeri bertindak mengambil beberapa langkah penting dalam usaha mengelak haiwan endemik ini terus lenyap dari muka bumi.

Terdapat juga segelintir individu yang menyalahgunakan kekayaan yang dimiliki asalkan dapat memenuhi kehendaknya untuk menjadikan anak Orang Utan sebagai haiwan peliharaan. Orang kaya seperti ini biasanya mengupah pemburu untuk mendapatkan haiwan tersebut. Disebabkan ibu Orang utan akan menjaga si anak dengan cermat, pemburu tidak mempunyai pilihan lain selain memisahkan anak Orang Utan dari Ibunya dengan cara membunuh ibu Orang Utan tersebut.

Ancaman Kepupusan yang Dihadapi Orang Utan

1. Tanpa campur tangan segera, perdagangan kelapa sawit boleh menyebabkan pupusnya spesies Orang Utan dalam masa 12 tahun.

2. Hampir 90 peratus habitat Orang Utan di Indonesia dan Malaysia telah musnah.3. Beberapa orang pakar menganggarkan bahawa 5,000 Orang Utan pupus setiap tahun,

kesan daripada keadaan itu.4. Terdapat kurang daripada 60,000 Orang Utan yang hidup secara liar di Borneo dan

Sumatera.5. Kerajaan Indonesia bercadang untuk mewujudkan sebuah ladang kelapa sawit terbesar

dunia di Borneo, iaitu di sepanjang sempadan dengan Malaysia, yang akan merentasi kawasan perlindungan Orang Utan.

Kesan Kepupusan Orang Utan

10

Page 11: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

Antara kesan kepupusan Orang Utan adalah kekurangan bilangan Orang Utan di dunia. Selain itu, generasi akan datang tidak akan berkesempatan untuk melihat makhluk ciptaan Tuhan yang tidak ternilai seperti Orang Utan. Kepupusan Orang Utan juga akan menyebabkan penyelidikan tentang hidupan ini akan terhenti dan usaha untuk menambah bilangan binatang ini akan menjadi sia-sia. Akhir sekali, kepupusan Orang Utan akan menyebabkan kita kehilangan sumber alam yang amat berharga.

Langkah Mengatasi Kepupusan Orang Utan

Projek pemulihan Orang Utan di Sabah telah dicadangkan oleh P.F. Burgess Timbalan Konservator Hutan pada tahun 1961 bertujuan untuk melindungu spesies unik ini daripada ancaman kepupusan. Di Sabah, Orang Utan adalah haiwan dilindungi di bawah Ordinan Pemuliharaan Haiwan, 1963.

Anak Orang Utan mempunyai kadar pembesaran yang lambat, kadang-kadang mengambil 5 – 7 tahun sebelum boleh hidup sendiri dan sekurang-kurangnya 7 – 10 tahun sebelum mencapai kematangan seksual. Di negeri Sabah, pemusnahan habitat secara berleluasa merupakan punca utama kepupusan spesies ini. Orang utan bergantung kepada hutan peringkat pertama yang mana telah dieksploitasi untuk tujuan penanaman untuk terus hidup. Ini menyebabkan Orang Utan terpaksa meninggalkan kawasan habitatnya dan terpaksa pindah ke kawasan pergunungan di mana makanan tidak mencukupi. Pergerakan orang utan yang lambat juga menyebabkan mereka menjadi sasaran pemburu. 0rang utan merupakan binatang pendiam dan tidak menyerang dan merupakan binatang yang dilindungi di Sabah. Pada masa ini Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang mengambil langkah-langkah untuk memindahkan Orang Utan dari khemah balak dan estet ke kawasan perlindungan di seluruh negeri.

Pusat penyelamat Orang Utan di Indonesia padat dengan bayi Orang Utan yang yatim piatu yang diselamatkan dari hutan-hutan yang ditebang untuk perladangan kelapa sawit. Kerajaan Indonesia bercadang untuk mewujudkan sebuah ladang kelapa sawit terbesar dunia di Borneo, iaitu di sepanjang sempadan dengan Malaysia, yang akan merentasi kawasan perlindungan Orang Utan. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 10 September 2005 telah menggesa kerajaan Malaysia dan Indonesia menerima dan melaksanakan Deklarasi Kinshasa yang diterbitkan dan juga menamatkan penukaran kawasan habitat Orang Utan kepada ladang-ladang kelapa sawit..

Proses Pemulihan Orang Utan

11

Page 12: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

1. Kemasukan

Proses pemulihan Orang Utan bermula apabila sahaja pusat ini menerima Orang Utan sama ada dirampas atau diserahkan secara sukarela oleh pemilik-pemilik haram dari ladang pertanian atau kem pembalakan. Kebanyakan Orang Utan yang diterima oleh pusat ini terdiri dari anak-anak Orang Utan yang kehilangan ibunya dan masih memerlukan perlindungan dan sokongan penuh dari ibunya untuk terus hidup. Tapi kini menjadi tanggungjawab kakitangan pusat ini pula untuk memastikan anak- anak Orang Utan ini terus hidup dan dapat kembali semula ke dalam hutan.

2. Kuarantina

Apabila sahaja Orang Utan tiba di pusat ini, ia akan dimasukkan ke dalam klinik untuk pemeriksaan kesihatan dan rawatan yang perlu sebelum menjalani tempoh kuarantina. Tempoh kuarantina anak Orang Utan ini sekurang-kurangnya 3 atau 6 bulan bergantung kepada takat kesihatan Orang Utan tersebut semasa diterima. Peringkat kuarantina adalah amat penting bagi memastikan tidak ada jangkitan penyakit kepada orangutan yang lain. Bahagian Klinik akan menjalankan pemeriksaan am seperti pemeriksaan tahi (bagi melihat kehadiran jenis cacing dan bakteria), ujian kencing, Malaria, ujian TB dan sinaran-X (pemeriksaan dada dan karpus).

3. Taman Asuhan

Sebaik sahaja selesai menjalani peringkat kuarantina, Orang Utan akan dinilai sama ada dibebaskan di kawasan taman asuhan bagi Orang Utan di bawah umur 3 tahun atau dibebaskan terus di pelantar A ataupun B. Bagi Orang Utan yang dibebaskan di taman asuhan, mereka dilatih dengan bantuan dari kakitangan pusat ini supaya dapat memanjat sendiri. Mereka akan dilepaskan pada setiap pagi dan dengan ini diharapkan agar mereka dapat mula membina kemahiran hidup di dalam hutan.

4. Pelantar Makan A (Latihan Semangat)

12

Page 13: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

Setelah Orang Utan itu bertambah yakin dan mahir, ianya akan dibawa ke pelantar makan A di mana kehidupan di dalam hutan bermula. Pada peringkat ini, kakitangan pusat ini akan membawa makanan hanya 2 kali dalam sehari yang terdiri dari buah-buahan dan minuman susu ditambah zat galian dan vitamin.

5. Pelantar Makan B (Latihan Kehidupan)

Akhir sekali setelah Orang Utan ini telah menunjukkan keupayaan untuk mencari makanan sendiri, latihan kehidupan pun bermula. Bagi peringkat ini, Orang Utan akan dibawa ke pelantar makan B yang terletak lebih kurang 1.5 km dari pusat ini untuk dilepaskan. Biasanya pemberian makanan akan semakin dikurangkan supaya mereka dapat mencapai kehidupan berdikari yang sepenuhnya dan seterusnya berintegrasi dengan populasi Orang Utan liar yang terdapat di hutan simpan Sepilok.

Penjagaan Kebajikan dan Kesihatan Orang Utan

13

Page 14: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

Terdapat sebuah hospital khusus untuk menjaga anak Orang Utan berbulu merah di Kawasan Peranginan Alam Sekitar Bukit Merah di Malaysia. Ia merupa- kan satu-satunya hospital yang menyediakan perkhidmatan untuk menjaga anak Orang Utan berbulu merah yang hampir pupus di seluruh dunia.

Hospital ini ditubuhkan pada bulan Mac tahun 2004. Sebanyak 23 ekor anak Orang Utan berbulu merah yang ditinggalkan oleh ibunya dijaga di hospital ini. Oleh sebab tidak mendapat susu ibu yang cukup, kesihatan kebanyakan anak Orang Utan ini kurang baik, dan mereka mungkin mati cepat sekiranya tidak diberi penjagaan khas di hospital ini.

Semua Orang Utan berbulu merah ini dimaklumkan akan meninggalkan hospital ini pada umur setahun. Mereka akan dihantar ke sesuatu agensi khas untuk belajar bagaimana hidup dalam suasana alam sekitar yang sebenar.

Menurut statistik, hanya tinggal 3,000 ekor Orang Utan berbulu merah di seluruh dunia, ekoran kadar kelahirannya yang rendah dan persekitaran habitatnya yang telah terjejas.

Kepentingan Pemuliharaan Habitat Orang Utan

14

Page 15: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

Orang Utan tidak akan pupus jika diwujudkan cara untuk memelihara dan memuliharanya dengan lebih lestari. Apabila faktor-faktor kepupusan dapat diatasi seperti pembalakan haram dan pembakaran terbuka yang berleluasa dihentikan, ia akan dapat menyelamatkan habitat Orang Utan daripada lenyap dari atas muka bumi ini.

Pemuliharaan habitat Orang Utan membawa kebaikan iaitu dapat memastikan generasi akan datang berpeluang untuk merasai sendiri kewujudan Orang Utan. Selain itu, anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini dapat dikongsi bersama oleh seluruh masyarakat dunia.

Habitat Orang Utan akan menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong luar negara mahupun pelancong dari dalam Negara. Hal ini kerana habitat ini cuma boleh didapati di Kepulauan Borneo dan Sumatera sahaja. Secara tidak langsung, pelancongan yang datang dapat memberi manfaat serta meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing. Dengan pemuliharaan Orang Utan ini akan membolehkan kajian saintifik dijalankan dan pembiakan sepsis Orang Utan akan meningkat. Malah, melalui kajian dan penyelidikan atau R&D (Research and Development) ini kita akan dapat mengetahui cara kehidupan mamalia ini dan aktiviti serta pemakanan Orang Utan. Selain itu, kita juga dapat mencari fakta bagi membantah pendapat Darwin, seorang saintis Barat yang mengatakan asal kejadian manusia pada mulanya ialah daripada spesies Orang Utan.

RUMUSAN

15

Page 16: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

Orang Utan dijangkakan pupus menjelang 2012, melainkan orang ramai bertindak sekarang untuk menghentikan pemusnahan hutan hujan tropika di Borneo. Sekiranya mereka pupus, ia merupakan suatu keaiban yang terpaksa ditanggung oleh warga Borneo sampai bila- bila.

Orang awam yang menjumpai anak Orang Utan yang berkeliaran harus menghantar haiwan tersebut ke tempat sepatutnya di mana ia akan dilindungi. Sikap tamak juga perlu dihapuskan dari dalam diri kita agar tidak menganiaya Orang Utan. Berikan sinar harapan baru kepada haiwan-haiwan ini agar mereka tidak pupus di atas muka bumi ini kerana kita adalah harapan mereka.

RUJUKAN

http://serisaujana09.blogspot.com/search/label/Orang%20Utan

16

Page 17: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

http://www.expedia.com/pub/agent.dll/qscr=dspv/htid=48661/crti=1/hotel-location-map

http://www.jphpk.gov.my/Malay/Nov05%2026ff.htm

http://www.shangri-la.com/en/property/kotakinabalu/rasariaresort

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pusat_Pemuliharaan_Orang_Utan_Sepilok

http://irwannorasyraf.wordpress.com/2009/08/09/orang-utan-borneo-dan-sumatera/

http://www.medantalk.com/habitat-orangutan-makin-terancam/

http://www.sinisini.com/hotel/malaysia/sbh/Shangri_las_Rasa_Ria/location.htm

Risalah Edaran Rasa Ria Resort

Longman Geografi Alam Sekitar Fizikal 2009* Hj. Rusly Musa* Hjh. Nurashikin Abdullah

LAMPIRAN

17

Page 18: Pemuliharaan Orang Utan di Rasa Ria Resort

18