dari meja editor - pos.com.my · dari meja editor assalamualaikum dan salam sejahtera, menyambut...

16

Upload: ngohanh

Post on 25-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Dari Meja EditorAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Menyambut Hari Merdeka kepada semuakakitangan Pos Malaysia.

Kami juga ingin merakamkan penghargaankepada mereka yang telah menyumbangidea dan hasi l karya kepada kami.Sememangnya sebagai sebuah ‘keluarga’besar, kerjasama anda dalam menjayakansurat berita ini amatlah disanjung tinggi.Sehubungan dengan itu, sumbangan andadari segi idea, maklumat, karya, cadangan,krit ikan dan sebagainya amatlah kamiharapkan bagi memastikan PosNet terusunggul. Untuk itu, sila alamatkan segalasumbangan anda ke:-

Sidang Pengarang PosNetBahagian Komunikasi KorporatTingkat 34, Menara DayabumiJalan Sultan Hishamuddin50050 Kuala LumpurTel : 03-2267 2000Faks : 03-2274 5951E-mel : [email protected]

Akhir kata, diharapkan agar kita terus menjadiwarga kerja yang berjaya dan sehingga kitaberjumpa lagi dikeluaran PosNet yang akandatang.

Salam Hormat.

02

Bulan Mei dan Jun telah merakamkanpelbagai akt iv i t i-akt iv i t i yang menarikterutamanya bagi seluruh kakitangan PosMalaysia. Ini kerana pada waktu tersebut, tigaaktiviti yang penting telah dilaksanakantermasuklah Karnival Sukan Pos Malaysia kalike-XIV yang pada tahun ini diadakan diSelangor dan juga Pertandingan Bakat SeniPos, Pertandingan Koir serta Makan MalamTahunan Pos Malaysia bagi 2007.

Aktiviti-aktivti yang diadakan ini bertujuanuntuk memupuk semangat setiakawan,meningkatkan daya saing melalui kegiatanyang sihat dan positif serta mengeratkan talisilaturrahim di kalangan kakitangan PosMalaysia. Kami ingin mengucapkan tahniahkepada mereka yang telah berjaya dalamacara-acara sukan sewaktu Karnival SukanPos Malaysia ke-XIV dan juga dalamPertandingan Bakat Seni Pos danPertandingan Koir. Kepada mereka yangtidak berjaya, jangan putus asa, tingkatkankeazaman, teruskan usaha dan kuatkansemangat anda untuk mencuba lagi padamasa hadapan. Karnival Sukan Pos Malaysiayang seterusnya iaitu bagi kali ke-XV akandiadakan di Negeri Kelantan Darul Naim.

Sidang Redaksi PosNet ingin mengambilpeluang ini bagi mengucapkan Selamat

isi kandunganDARI MEJA EDITOR ............................................................... 02

SUDUT KORPORATPOS MALAYSIA SERTAI SMIDEX 2007 ................................... 03KOLEKSI SETEM MENARA JAM YANG BERSEJARAH DIMALAYSIA .............................................................................. 03PROGRAM ‘DIRECT MARKETING SESSION’ BERSAMAPOS MALAYSIA ...................................................................... 04

SUDUT POSIBU PEJABAT ........................................................................ 05

SELANGOR ........................................................................... 05- PAMERAN SETEM DAN FILATELIPERAK ................................................................................... 05- LAWATAN SAMBIL BELAJAR TADIKA KINDER JOY KE KAUNTER PEJABAT POS PERAK

IBU PEJABAT ........................................................................ 06PULAU PINANG .................................................................... 06- KURSUS JURUAUDIT KUALITI DALAMAN IS0 9001:2000- PROGRAM HARI ICTPAHANG ................................................................................ 06- MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BERSAMA- KEMPEN ‘MOBILE CROSS-SELLING’- PROGRAM MEMPROMOSIKAN PRODUK-PRODUK POSSABAH ................................................................................... 06- AKTIVITI PAMERAN /JUALAN SSHP TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2007

SUDUT KHASPELANCARAN KARNIVAL SUKAN POS MALAYSIA KE-XIV DISELANGOR ............................................................................ 07MASKOT KARNIVAL SUKAN POS MALAYSIA KE-XIV ............ 07PERTANDINGAN BAKAT SENI POS 2007 .............................. 08PERTANDINGAN KOIR ........................................................... 08MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN POS MALAYSIA KALIKE-2 “RED & BLUE” ............................................................... 08

SUDUT SETEM & FILATELI .................................................. 10- SETEM UNIK BERTEMAKAN SPESIES KATAK DI MALAYSIA- SETEM-SETEM MEMAPARKAN PENGANGKUTAN UDARA YANG MEMBENTUK INDUSTRI PENERBANGAN MALAYSIA- CERITA TRADISIONAL KANAK-KANAK DIPAPARKAN DALAM SETEM DAN SAMPUL SURAT HARI PERTAMA

AMANAH DIJUNJUNG, PENGORBANAN DISANJUNG ...... 11

SUDUT JAPENIIBU PEJABAT ........................................................................ 12- KURSUS BUDAYA KERJA CEMERLANG- PROGRAM SINAR ZOHOR- MINGGU AMANAH SAHAM NASIONAL DI KUANTANJOHOR .................................................................................. 13- SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI POS MALAYSIA JOHOR DI MUAR- MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SELANGORSABAH ................................................................................... 13- PENYAMPAIAN ZAKAT PERNIAGAAN POS MALAYSIAPULAU PINANG .................................................................... 13- MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL POS MALAYSIA PULAU PINANG

SUDUT WARGA POSIBU PEJABAT ........................................................................ 14- MAJLIS JASAMU DIKENANG POSMELPULAU PINANG .................................................................... 14- SUMBANGAN KEPADA ENCIK SOLLEH BIN AHMADSELANGOR ........................................................................... 14- SUMBANGAN IKHLAS & RASA SIMPATI WARGA KERJA POS MALAYSIA SELANGOR- PENGANUGERAHAN PINGAT NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE-61 DYMM SULTAN SELANGOR TAHUN 2006- MAJLIS PERPISAHAN/PERTUKARAN EN WAN MUHAMMAD ZAKARIA PENGURUS SERAHAN NEGERI KE TERENGGANU

SUDUT REKREASIJOHOR .................................................................................. 15- PROGRAM SEHARI GOTONG ROYONG DI PEJABAT POS PARIT RAJA SEMPENA KEMPEN KEMAS DAN BERSIHSARAWAK ............................................................................. 15- PERTANDINGAN SENAM ROBIK & SPORT AEROBIC PERINGKAT KUCHINGPAHANG ................................................................................ 15- EKSPEDISI BERAKIT ANTARABANGSA SUNGAI PAHANG 2007PERAK ................................................................................... 15- MAJLIS MAKAN MALAM MERAIKAN KONTINJEN PERAKSELANGOR ........................................................................... 15- MAJLIS PENGHARGAAN & TERIMA KASIH SEMPENA KARNIVAL SUKAN POS MALAYSIA KE-XIV

SUDUT SENIPOLIS, POSMEN, KERANI, SUMBANGANMU SUATUAMANAH ................................................................................ 16SATU PERJALANAN ............................................................... 16

>> >>

sidang pengarangPENASIHATDato’ Idrose Mohamad

EDITORDatin Rohaiza Hashim

PENGARANGMaisara Noor Ahmad

PENYUMBANGNazhri Ismail, SelangorZawawi Abdullah, PahangSirlina Jee Siew Khiuk SarawakKaramjit Kaur, PerakNorziha Binti Harun, JAPENINorraina Md. Darus, Kuala LumpurPerais Bin Tiying, SabahAzani Che Din, Pulau Pinang

SUDUT SENI & SURAT KEPADA PENGARANGSemua warga Pos Malaysia Berhad adalah dijemputuntuk menyumbang berita, rencana, aktivit ibahagian/Negeri dan maklumat lain untuk dimuatkandi dalam PosNet. Semua sumbangan boleh dihantarkepada:

Sidang Pengarang PosNetBahagian Komunikasi KorporatTingkat 34, Menara DayabumiJalan Sultan Hishamuddin50050 Kuala LumpurTel : 03-2267 2000 Faks : 03-2274 5951E-mel : [email protected]

03SUDUT korporat

Pos Malaysia telah mengeluarkan koleksi setem dan Sampul SuratHari Pertama bertemakan “Menara Jam – Siri II” pada 6 Jun 2007.Koleksi setem dan Sampul Surat Hari Pertama ini merupakan sirikedua yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia yang menampilkanimej menara-menara jam yang bersejarah di Malaysia. PerdanaMenteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telahmerasmikan setem-setem tersebut sewaktu Pelancaran RasmiSMIDEX 2007 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur(KLCC).

POS MALAYSIA SERTAISMIDEX 2007Untuk kali kedua, Pos Malaysia telah menyertai Small and MediumIndustry Exhibition (SMIDEX) 2007, yang dikendalikan olehPerbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana(SMIDEC) dari 5 – 8 Jun 2007. Pembabitan Pos Malaysiaadalah selaras dengan inisiatif syarikatuntuk meningkatkan lebihramai pelanggan dikalanganIndustri Kecil dan Sederhana(IKS) serta meningkatkankesedaran mereka tentangbagaimana Pos Malaysiaboleh menambah nilai kepadaperniagaan mereka. AntaraSBU dan Bahagian yang terlibatialah PosNiaga, PosMel,AsiaXpress dan Bahagian Setemdan Filateli.

KOLEKSI SETEM MENARA JAMYANG BERSEJARAH DI MALAYSIADILANCARKAN OLEH PERDANAMENTERI MALAYSIA

Pos Malaysia bersama Fuji Xerox Malaysia telah menganjurkanprogram “Direct Marketing Session” pada 4 Julai 2007, yangdihadiri oleh seramai kira-kira 34 orang anggota Direct MarketingAssociation of Malaysia (DMAM) dan pelanggan-pelangganmereka.

Objektif utama Pos Malaysiamenganjurkan majlis ini adalahuntuk menjadikannya sebagaisatu platform untuk mengenalilebih ramai ahl i DMAM yangberpontensi untuk meggunakanmel sebagai media untukmenyalurkan kempen pemasarandan jualan mereka. Di dalam majlisini Pos Malaysia berpeluang untukmenerangkan dengan lebih jelaskepada ahli-ahli DMAM inisiatif-inisiatifterbaru Pos Malaysia di dalammengembangkan lagi industri ‘Direct Mail’ di Malaysia.

Untuk tujuan ini Encik Daniel Teh, pengurus Direct Mail kita telahmemberikan satu persembahan bertajuk “Not Just Paper” yangmenerangkan lebih lanjut mengenai kelebihan mel sebagai media

PROGRAM ‘DIRECT MARKETING SESSION’ BERSAMA POS MALAYSIApengiklanan dan produk-produk mel yang boleh digunakan olehpelanggan untuk kempen pengiklanan dan pemasaran mereka.

Walaupun Direct Mail sangat popular di negara-negara maju, ia masih baru di Malaysia. PosMalaysia sebagai peneraju utama industri melnegara sedang mengambil satu langkah aktifuntuk mengubah persepsi masyarakatmengenai imej perkhidmatan mel yang dilihatsebagai ‘tradisional’. Direct Mail merupakansatu evolusi produk, di mana pelangganboleh menggunakan mel sebagai media

pengiklanan, yangboleh direka dalampelbagai bentuk,rupa dan jenismaterial, t idakseperti dahuluyang hanyadalam bentukmel standardsahaja.

SUDUT POS04

SELANGOR

PAMERAN SETEM & FILATELIPos Malaysia Selangor telah di jemput untuk mengadakan Pameran Setem & Filateli Sempena Program Hari Bertemu PelangganPeringkat Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor 2007. Program tersebut telah diadakan pada 13 Jun 2007 di Kompleks PKNS ShahAlam.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TADIKA KINDER JOY KE KAUNTER PEJABAT POS PERAKSeramai 28 kanak-kanak dari Tadika Kinder Joy telah menghadiri lawatan sambil belajar di Kaunter Pejabat Pos Perak. Kanak-kanak

tersebut telah disambut oleh Penolong Pengurus Akaun, En Mohd Suzairi bin Mohd Shuib dan Pegawai Pemasaran En Mohd Shahril binMohd Ali. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak tersebut ialah aktiviti menampal setem kepada kad ucapan yangdihasilkan sendiri sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum SultanYussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

PERAK

SUDUT POS 05

PULAU PINANGKURSUS JURUAUDIT KUALITI DALAMAN ISO 9001:2000Seramai 30 orang Juruaudit dari Pos Malaysia Pulau Pinang telahmenghadiri Kursus Juruaudit Kualiti Dalaman ISO 9001:2000 pada18 – 20 Jun 2007 di Pulau Langkawi. Kurus ini telah dirasmikanoleh Pengurus Negeri Pos Malaysia Pulau Pinang Tuan Haji AbdulHadi bin Hamid.

Di dalam kursus tersebut telahditerangkan teknik-teknikuntuk membuat pengauditandi peringkat cawangan yangtelah mendapatpengiktirafan dan persijilanISO 9001:2000.Di samping itu juga,semua juruaudit telahdiberi penekananterhadap klausa-klausa yang terdapatdidalam SistemPengurusan KualitiAISO 9001:2000.

PAHANGKEMPEN ‘MOBILE CROSS- SELLING’Pelbagai usaha terus dilakukan untuk menyebarkan maklumattentang produk-produk pos kepada para pelanggan. Pos MalaysiaPahang telah melancarkan Kempen ‘Mobile Cross-Selling’ sirikedua pada 4 Jun 2007 sebagai satu lagi inisiatif untuk

mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkankepada para pelanggan.Kempen kal i ini dinamakan‘Mobile Cross-Selling’ di manasatu pelekat khas membariskanproduk-produk utama PosMalaysia ditampalkan kepadasemua motosikal serahan dinegeri ini. Petugas-petugasserahan yang memandukenderaan ini akan mempunyaiakses kepada lebih 200,000‘point’ serahan di seluruh negeridan mempamerkan barisanproduk-produk tersebut kepadapenduduk di negeri Pahang.

PROGRAM HARI ICTKementerian Tenaga Air dan Komunikasi telah menganjurkan HariICT 2007 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. AhmadBadawi di Kepala Batas pada 12 Mei 2007. Perasmiannya telahdisempurnakan oleh YB Dato’ Shaziman bin Abu Mansor,Timbalan Menteri Tenaga, Air Dan Komunikasi.

Pos Malaysia juga telahmengambil bahagian bagimenjayakan program ini denganmengadakan pameran setemdan filateli serta produk-produklain. Selain dari itu Pos Malaysiajuga memainkan peranan dalamaspek publ isit i untukpengetahuan dan hebahanmasyarakat melalui edaranrisalah-risalah berkaitan denganHari ICT tersebut.

PROGRAM MEMPROMOSIKAN PRODUK-PRODUK POSPos Malaysia Pahang melangsungkan pertandinganmewarna siri-siri setem yang pernahdikeluarkan oleh Pos MalaysiaBerhad. Pertandingan tersebuttelah dianjurkan bersamadengan Persatuan TadikaKuantan pada 17 Jun 2007bertempat di Kompleks KuantanParade.

Seramai 500 orang kanak-kanakyang terdir i dari pelajar-pelajarsekolah dari pelbagai peringkat umurdengan diiringi oleh ibubapa danpenjaga masing-masing telahmengambil bahagian dalam l imakategori pertandingan yang telahdilangsungkan itu. Berbagai produk laintelah dipromosikan dalam program yangberlangsung selama sehari itu sepertisetem peribadi dan korporat, insuran,produk-produk agensi dan satu kaunterkhas bagi mengendalikan urusniaga dan informasi pelanggan.

SUDUT POS06

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BERSAMA DENGAN PUSAT KUTIPAN ZAKAT NEGERI PAHANG & MAJLIS PERBANDARANKUANTANPos Malaysia Pahang sentiasa mengintai peluang perniagaan setempat bagi mempertingkatkan hasil syarikat. Terbaru dalam inisiatiftersebut ialah apabila termeterainya memorandum persefahaman antara Pos Malaysia Bhd dengan Majlis Perbandaran Kuantan danPusat Kutipan Zakat Negeri Pahang. Memorandum-memorandum persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh Pengarah UrusanPos Malaysia Bhd, Dato’ Idrose Mohamed dan Timbalan Yang Di Pertua Majlis Pusat Kutipan Zakat Pahang, Dato’ Wan Wahid serta YangDi Pertua Majlis Perbandaran Kuantan, Dato’ Azizan, di Kuantan pada 19 April 2007, dengan disaksikan oleh Pengerusi LembagaPengarah Pos Malaysia & Services Holdings Berhad, Tan Sri Adam Kadir.

Memorandum dengan Pusat Kutipan Zakat Pahang telah merintis jalan bagi memudahkan umat Islam di negeri ini menunaikan zakatmereka melalui 38 buah Pejabat Pos Mini di seluruh Pahang. Manakala memorandum dengan Majlis Perbandaran Kuantan pula akanmemudahkan pelanggan-pelanggan membayar kompaun, membeli tiket-tiket meletak kenderaan dan membayar taksiran cukai pintu dikaunter-kaunter Pejabat-pejabat Pos dan Pos Mini

SABAHAKTIVITI PAMERAN/JUALAN SSHP TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2007Unit Khidmat Pelanggan & Pemasaran dengan kerjasama Unit Operasi Retail dan Kaunter GPO Kota Kinabalu telah menjalankan aktivitipameran/jualan sempena keluaran setem dan Sampul Surat Hari Pertama bertemakan Tahun Melawat Malaysia 2007 selama 3 hari dari19 - 21 Mac 2007 di perkarangan Kaunter GPO Kota Kinabalu. Aktiviti ini telah menarik ramai pelancong asing serta tempatan yangdatang membeli keluaran setem-setem tersebut di samping membeli koleksi setem yang dipamerkan. Pihak Malaysia Tourism, CawanganSabah juga menyumbang poster-poster Tahun Melawat Malaysia 2007 untuk diedarkan kepada pelanggan-pelanggan pos serta pelancongasing.

SUDUT KHAS 07

KARNIVAL SUKAN POS MALAYSIAKE-XIV

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL SUKAN POS MALAYSIAMajlis Perasmian Karnival Sukan Pos Malaysia ke- XIV telahdilaksanakan di Stadium UiTM, Shah Alam pada 5 Jun 2007.Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh PengerusiPSH, YBhg Tan Sri Adam Kadir.

Dalam ucapan beliau, YBhg Tan Sri mengucapkan tahniah danmelahirkan rasa bangga di atas usaha gigih Majlis PerwakilanSukan, Pengurusan Pos Negeri Selangor khususnya UrusetiaKarnival Negeri yang menjayakan Karnival Sukan Pos Malaysiakali ke-14 pada 6 hingga 10 Jun 2007.

MASKOT KARNIVAL SUKAN POS MALAYSIA KE-XIV

Si Bulat

Telah berada di Pos Malaysia sejak zaman era British dan hanya tinggal 2 buah sahaja di Negeri Selangor serta dikategorikan sebagaibarang antik yang mempunyai sentimental value tersendiri

Si KembarDicipta ketika kegemilangan irama POP YEH YEH sehinggakan terciptanyalagu “Suratku Untuk Mu” pada era 60 an

Si KuningDiperkenalkan pada tahun 1997 dan berfungsi sebagaisatu perkhidmatan bagi pengeposan kiriman PosEkspres sahaja dengan tagline DIJAMIN SAMPAI ESOK.

Tiga beradik yang telah menghiburkan kontinjen-kontinjen sepanjang Karnival

Sukan Pos Malaysia ke-XIV

08 SUDUT KHAS

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN POS MALAYSIA 2007 BERTEMAKAN“RED & BLUE”

Majlis Makan Malam Tahunan Pos Malaysia kali ke-2 telah diadakan di Dewan Belia dan Sukan, Shah Alam, Selangor pada 9 Jun 2007.Majlis ini bertujuan untuk mengumpulkan sebahagian kakitangan-kakitangan Pos Malaysia di seluruh Malaysia di samping mengeratkanlagi hubungan mesra antara lebih kurang 2,000 kakitangan yang hadir yang terdiri daripada peserta Karnival Sukan Pos Malaysia ke-XIV,peserta Pertandingan Bakat Pos dan Pertandingan Koir. Antara tetamu kehormat yang hadir bagi meraikan majlis makan malam tersebutialah Tan Sri Adam Kadir iaitu Pengerusi, Dato’ Idrose Mohamed, Pengarah Urusan PMB dan Datuk Abu Huraira bin Abu Yazid, PengarahEksekutif / Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PSH. Semua tetamu kehormat yang hadir turut ditemani oleh isteri masing-masing.

Bagi memeriahkan lagi majlis yang bertemakan “Red & Blue” ini, penyampaian hadiah bagi para pemenang Karnival Sukan Pos Malaysiake-XIV telah disempurnakan manakala cabutan bertuah dan Pertandingan Pakaian Terbaik turut diadakan. Pada malam tersebut juga,para kakitangan yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan dari pemenang-pemenang bagi acara Bakat Pos Seni dan PertandinganKoir. Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan lawak jenaka yang mencuit hati dari artis undangan, Saiful Apek, Kuman dan juga Yasin.

PERTANDINGAN AKHIR BAKAT SENI POS 2007

Pertandingan Bakat Seni Pos musim kedua telah berakhir dengan jayanya pada 8 Jun 2007. bertempat di Dewan Serbaguna KompleksSukan UiTM Shah Alam, johan kali ini disandang oleh peserta dari Perak, Mohd Azlaili Aziz dengan mendendangkan lagu Aku yangpernah dipopularkan oleh Jamal Abdillah. Beliau berjaya merangkul wang tunai bernilai RM1,500 dan piala. Tempat kedua menjadi milikwakil dari Sarawak yang menyanyikan lagu “Asam di Gunung, Garam di Laut”. Nurjayadi atau lebih dikenali sebagai Dino memberikanpersembahan yang cukup menghiburkan dengan diiringi penari-penari kebudayaan dari Sarawak. Dino membawa pulang wang tunaiRM1,000 dan piala. Tempat ketiga pula diraih oleh Amran Jusoh dari Kelantan yang mendendangkan lagu “Tinggal Sayang TinggalPujaan”.

Pertandingan yang telah masuk musim kedua ini berjaya menarik seramai 233 peserta dari 6 zon yang dijelajahi. Warga kerja PosMalaysia telah menampilkan bakat yang menghiburkan manakala ada juga yang sedang mencuba-cuba dalam bidang ini. Dua lagipeserta yang memberikan cabaran ialah Shahrun Redzuan Taufek Ahmad dari Johor dan Khairul Fazli Abdullah dari Terengganu.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Idrose Mohamed manakala juri profesional ialah En. Lukhman S dan En. MansorIbrahim. Kedua-duanya merupakan juri yang berpengalaman dalam bidang muzik. Tahniah kepada semua pemenang manakala semuakeputusan telah diaudit oleh juruaudit dalaman Pos Malaysia Encik Mohd Fauzi Adnan.

PERTANDINGAN AKHIR KOIR 2007

13 negeri telah bertanding untuk Pertandingan Koir 2007 yang pada kali ini dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat. Pertandinganakhir telah dijalankan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan UiTM Shah Alam. Pengrah Urusan Pos Malaysia Berhad, YBhg Dato’ Idrosedan isteri YBhg.Datin Noor Sofiah merupakan tetamu kehormat pada malam itu. YBhg Datin Noor Sofiah juga telah menyampaikan hadiahkepada semua pemenang koir.

Antara yang hadir pada malam itu ialah barisan Pengurusan Kanan Pos Malaysia, Pengurus-pengurus Negeri bersama isteri selakuPengerusi Puteri Pos Cawangan, pihak Kesatuan dan Persatuan serta penyokong-penyokong dari Negeri masing-masing. Juri profesionalLukhman S. dan Mansor Ibrahim bertanggungjawab dalam memberi pemarkahan dan menilai pemenang.

Pasukan Koir dari Pos Malaysia Sabah telah berjaya merangkul kemenangan dan sebagai Juara Koir 2007 mendapat hadiah wang tunaiRM 5000, piala dan barangan elektrik. Tempat kedua ialah pasukan koir dari Sarawak, dengan hadiah bernilai RM3,000 dan dituruti olehpasukan dari Kedah/Perlis dengan hadiah bernilai RM2,000 beserta piala dan barangan elektrik.

SUDUT BERGAMBAR 09

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN POS MALAYSIA

PERTANDINGAN KOIR

PERTANDINGAN BAKAT POS 2007

SUDUT FILATELI10

Pos Malaysia telah mengeluarkan koleksi setem dan Sampul SuratHari Pertama bertemakan Cerita Tradisional Kanak-Kanak pada26 Jun 2007. Koleksi setem dan Sampul Surat Hari Pertamatersebut menampilkan watak-watak daripada beberapa ceritatradisional kanak-kanak yang dikenali ramai.

CERITA TRADISIONAL KANAK-KANAK DIPAPARKAN DALAMSETEM DAN SAMPUL SURAT

HARI PERTAMA

Pos Malaysia telah mengeluarkan setem-setem dan Sampul SuratHari Pertama yang bertemakan ‘Pengangkutan Udara di Malaysia’pada 24 Mei 2007. Setem khas serta Sampul Surat Hari Pertamatersebut memaparkan imej-imej pesawat yang telah membentukindustri penerbangan Malaysia.

SETEM-SETEM MEMAPARKANPENGANGKUTAN UDARA YANGMEMBENTUK INDUSTRIPENERBANGAN MALAYSIA

Pos Malaysia telah mengeluarkan koleksi unik setem dan SampulSurat Hari Pertama bertemakan ‘Spesies Katak di Malaysia’ pada3 Mei 2007. Setem khas dan Sampul Surat Hari Pertama tersebutmenampilkan koleksi imej yang memaparkan spesies-spesieskatak yang boleh didapati di Malaysia.

SETEM UNIK BERTEMAKANSPESIES KATAK

DI MALAYSIA

AMANAH DIJUNJUNG,PENGORBANAN DISANJUNG

11

WALAU CEDERA, NORLISMAN TETAP TUNAIKAN AMANAH

Menyingkap kembali peristiwa yang berlaku lebih kurang 15 tahun yanglalu. Tanggal 10 Ogos 1982 masih terngiang-giang di benak saudara

Norlisman bin Abu yang ketika itu berkhidmat sebagai seorang posmendi GPO KL. Sewaktu itu, beliau berusia 29 tahun.

Sesungguhnya malang tidak berbau. Pada pagi tersebut, ketika hujanrenyai-renyai, Norlisman telah menemui kemalangan sewaktubertugas di selekoh Jalan Tun Perak akibat mengelak daripadadilanggar sebuah kereta yang muncul secara tiba-tiba.

Akibat daripada itu, Norlisman telah tercampak daripada motosikalbeliau dan mengalami cedera parah di kepala sementara tangan

dan kakinya melecet terkena ekzos motorsikal. Namundemikian, Norlisman masih mampu merangkak untuk

menyelamatkan 22 pucuk surat berdaftar yang tercampaksedangkan dompetnya yang terhumban jauh langsung

tidak diendahkan. Ia didorong oleh rasatanggungjawabnya terhadap surat-surat berdaftaryang diamanahkan kepadanya.

Walaupun didesak pihak polis untuk menyerahkansurat-surat tersebut Norlisman tetap enggan melepaskannya, malahan mendakap surat-surattersebut sehinggalah beliau dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Walaupun menerima 10 jahitan di kepala, namun beliau berpuas hati kerana semua surat berdaftaritu berjaya diserahkan kepada pegawai pos yang datang melawatnya di hospital. Dengan berbuatdemikian, barulah Norlisman berasa lega kerana surat-surat berdaftar tersebut pasti akan selamatdiserahkan kepada penerimanya.

Pihak Pengurusan dan rakan-rakan sekerja berasa terharu melihat keadaan beliau yang terlantartetapi turut berasa bangga dan kagum terhadap sikap dan dedikasi beliau dalam menjalankantugas.

Ternyata Norlisman merupakan seorang pekerja yang amanah dan bertanggungjawab. Beliautelah mempamerkan tauladan yang mengagumkan dan menjadi contoh rujukan masyarakat.

MUTIARA KATA :

Jujur dan amanah merupakan sifat yang mulia. Hanya mereka yang memiliki sifat-sifat tersebut sahaja yangsanggup membelakangkan kepentingan diri sendiri demi menunaikan tugas yang dipertanggungjawabkan.

SUDUT JAPENI12

IBU PEJABATKURSUS BUDAYA KERJA CEMERLANGKursus Budaya Kerja Cemerlang telah berjalan dengan jayanya di seluruh Malaysia pada setiap hujung minggu dengan penyelarasandan penyeliaan Setiausha Japeni Pusat, Tuan Haji Yusuf Ismail. Mudah-mudahan program ini mencapai objektifnya untuk menerapkannilai-nilai murni ke dalam diri dan kerjaya kakitangan Pos Malaysia terutamanya golongan “front liner” yang menjadi simbol kepada imejdan kredibiliti Pos Malaysia.

PROGRAM SINAR ZOHORProgram tradisi setiap tahun anjuran semua Bahagian dalam Ibu Pejabat telah mendapat kelulusan daripada Dato’ Idrose Mohamed.Berikut adalah jadual penganjuran program :

Siri 1 Bahagian ICT

Siri 2 SBU PosMel

Siri 3 SBU PosNiaga

Siri 4 Bahagian Kewangan

Siri 5 Bahagian Harta dan Sumber Manusia

Siri 6 SBU Poslaju

Siri 7 Komunikasi Korporat, Perancangan Korporat, Audit& Penyiasatan.

MINGGU AMANAH SAHAM NASIONAL DI KUANTANSultan Pahang telah berkenan melawat ke gerai Pos Malaysia sempena Minggu Amanah Saham Nasional di Kuantan Pahang pada 21April, 2007. Lawatan baginda yang diiringi oleh Tuan Haji Yusuf Ismail, Setiausaha Japeni Pusat adalah sebagai satu penghormatan keatas penyertaan Pos Malaysia di dalam pameran tersebut.

SUDUT JAPENIJOHOR

13

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI POS MALAYSIA JOHOR DI MUAR.Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1428H Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada 28 April 2007 pada hari Sabtu bersamaan dengan10 Rabiulakhir 1428H bertempat di Perkarangan Pejabat Pos Muar. Seramai lebih kurang 200 orang warga kerja telah menghadiri majlistersebut termasuk pegawai–pegawai kanan, pengurus cawangan, pengurus cawangan cerahan serta anggota- anggota Pos MalaysiaJohor yang lain. Pengisian majlis tersebut telah dimulakan dengan selawat/marhaban secara beramai-ramai serta diiringi dengan bacaanberzanji dan diikuti dengan sesi ceramah bagi memeriahkan lagi majlis sambutan tersebut. Adalah menjadi harapan agar majlis seumpamaini akan di teruskan pada masa hadapan.

PENYAMPAIAN ZAKAT PERNIAGAAN POS MALAYSIA SABAHPada 13 Jun 2007, satu majlis penyampaian zakat perniagaanPos Malaysia Berhad Sabah bagi tahun 2005 telah disampaikankepada Pusat Zakat Sabah (PZS) dan Majlis Ugama Islam Sabah(MUIS). Majlis penyampaian cek yang bernilai RM 16,680 itu telahdisampaikan oleh Pengurus Negeri Sabah & W.P Labuan En.Mohd Salleh Ibrahim kepada Timbalan Pengerusi MUIS, AspahAbdullah Sani. Turut hadir ialah Ketua Khidmat Sokongan NegeriSabah En.Soimon Sinit dan Ketua Operasi Retail Negeri En. MudinMurah.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL POS MALAYSIA PULAU PINANGPos Malaysia Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Puteri Pos, Persatuan Islam Pulau Pinangdan Persatuan Islam Pusat telah berganding bahu menjayakan Majlis SambutanMaulidur Rasul Peringkat Pos Malaysia Negeri Pulau Pinang pada 12 Mei2007 di Perkarangan Pos Malaysia Butterworth.

Seramai lebih 300 orang telah menyertai majlisini di mana pelbagai acara telahtermasuklah berzanji, marhabandan selawat beramai-ramai. Disamping itu, ceramah agama pulatelah disampaikan oleh oleh YBhgUstaz Abdul Halim bin Hassan.

SABAH

PULAU PINANG

SUDUT WARGA POS14

IBU PEJABAT

MAJLIS JASAMU DIKENANG POSMELSetelah 36 tahun menabur bakti, akhirnya pada 14 Jun 2007 denganrasminya Hj Mohamed Razi Abd Manap telah bersara dari jawatannyasebagai Penolong Eksekutif di Unit Distribution Logistics & Fulfillment,Ibu Pejabat Pos Malaysia Berhad. Justeru, bagi menghargai segalajasa yang dicurahkan oleh beliau, satu majlis persaraan yang dianjurkanoleh PosMel, Ibu Pejabat telah diadakan di Dewan Sri Pos pada 18Jun 2007.

SUMBANGAN KEPADA ENCIK SOLLEH BIN AHMADMajlis penyampaian kutipan sumbangan wang tunai dari warga kerja Pos Malaysia Pulau Pinangkepada Encik Solleh bin Ahmad kakitangan Bahagian Prosesan Mel, Butterwoth telah disampaikanoleh Pengurus Negeri dalam satu majlis yang ringkas pada 29 Jun 2007 di Pejabat PengurusNegeri.

Encik Solleh bin Ahmad terpaksa menanggung penderitaan 2 orang anaknya yang mengidappenyakit kepala berair dan dan kejang otot. Berita ini telah disiarkan didalam akhbar MingguanMalaysia pada 22 April 2007. Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit masalah yangditanggung oleh Encik Solleh bagi mengubati penyakit anak-anaknya.

PULAU PINANG

SUMBANGAN IKHLAS & RASA SIMPATI WARGA KERJA POS MALAYSIA SELANGORKetua Operasi Mel Selangor Tuan Hj Ab. Aziz Othman telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,328.00 dari kakitangan Pos Malaysia Selangor kepada En. Affendi Bin Haji Mohd Hussin pada 24 Mei2007 . Beliau mengidap penyakit Barah Usus / limphmia dan telah menjalani pembedahan pada 19 April2007. Sumbangan ini bertujuan untuk membiayai kos perubatan dan meringankan sedikit bebanan.

SELANGOR

PENGANUGERAHAN PINGAT NEGERI SELANGOR DARUL EHSANSEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE-61 DYMM SULTAN SELANGOR TAHUN 2006

DYMM Sultan Sharafuddin idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangortelah mengurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) kepada Hj. Mohd. Shah bin Hassan sempena Ulang Tahun HariKeputeraan Baginda ke 61 yang telah disambut pada 11 Disember 2006. Pengurniaan Pingat telah diadakanpada 15 Mei 2007 (Selasa) di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Beliau bertugas sebagaiPen. Kanan Eksekutif Pos di Caw. Serahan Bt. 12, Puchong.

Pengurniaan pingat tersebut ialah bagi mengenang jasa baik beliau sebagai kakitangan yang telah telah bertugasdi Negeri Selangor lebih dari 20 tahun . Beliau seorang kakitangan yang mempunyai banyak pengalaman dantelah bertugas selama lebih daripada 30 tahun, serta merupakan seorang Pegawai Pos yang berdedikasi, amanah,cekap dan berinovatif. Beliau juga bergiat aktif di dalam pertubuhan Pos Malaysia seperti Ahli Lembaga PengarahKOPONAS dan Wakil Selangor di dalam KESPEP serta kegiatan luar seperti Pengerusi Sosial dan KebajikanPenduduk Desa Panda Indah.

MAJLIS PERPISAHAN / PERTUKARAN EN. WAN MUHAMAD ZAKARIA PENGURUS SERAHAN NEGERI KE TERENGGANUKakitangan Pejabat Pengurus Negeri Pos Malaysia Selangor telahmengadakan satu jamuan untuk En. Wan Muhamad Zakaria di CafeImpiana Tingkat 1, Pejabat Pengurus Negeri Pos Malaysia Selangorpada 25 Mei 2007. En. Wan Muhamad Zakaria akan bertukar ke PosMalaysia Terengganu sebagai Ketua Operasi Mel. Majlis penyerahancenderahati kepada En. Wan Muhamad Zakaria telah disempurnakanoleh Tuan Haji Wan Sharpudin Wan Ramli.

15SUDUT REKREASIPROGRAM SEHARI GOTONG ROYONG DI PEJABAT POS PARIT RAJA SEMPENA KEMPEN KEMAS DAN BERSIH

Pada 27 Mei 2007 (Ahad), Pengurus Negeri Pos Malaysia Johor, Ketua Operasi Mel,Ketua Operasi Posniaga , Wakil Kesatuan dan warga kerja PPNJ serta penguruscawangan dan anggota dari Daerah Batu Pahat telah mengadakan program gotong-royong di Pejabat Pos Parit Raja.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan wajah baru kepada PejabatPos Parit Raja dengan menambah baik / menyusun atur pejabat untuk kemudahanpelanggan dan warga kerja Pos Parit Raja bagi melaksanakan tugas. Di samping itu, iajuga bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang kondusif agar kualiti danproduktiviti dapat di pertingkatkan. Selain itu, program ini juga akan dijadikan contoh

kepada pejabat-pejabat lain bagi kaedah susun atur dan menyediakan kemudahan pelanggan serta keselesaan pekerja.

PERTANDINGAN SENAMROBIK & SPORT AEROBIC PERINGKAT KUCHINGPos Malaysia Aerobic Team yang terdiri daripada 7 orang warga Pos Malaysia Negeri Sarawaktelah menyertai pertandingan senamrobik & sport aerobic peringkat Kuching yang diadakandi Dewan Suarah, Bau dari 23 Jun 2007 hingga 24 Jun 2007. Pasukan dari Pos Malaysiatelah meraih kejuaraan dalam kategori senam robik dan hip hop dance. Dengan kemenanganini, Pos Malaysia Aerobic Team akan mewakili Kuching dalam pertandingan peringkat negeriyang akan diadakan di Kota Samarahan dari 18 Julai 2007 hingga 24 Julai 2007.

Pos Malaysia Negeri Sarawak menyahut seruan Pengarah Urusan, Dato’ Idrose Mohamed supayasentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan aktif. Oleh yang demikian, senamrobik / poco-poco diadakan pada setiap hari Jumaat, jam 5.30 petang di Pusat Mel Kuching dan ia disertai oleh semua kakitangan dan keluarga.

JOHOR

SARAWAK

EKSPEDISI BERAKIT ANTARABANGSA SUNGAI PAHANG 2007Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan Pos Malaysia Pahang buat julung kalinya telahmenyertai Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang yang telah berlangsungselama 8 hari bermula pada 29 April 2007 hingga 06 Mei 2007.

Pasukan Pos Malaysia Bhd yang diketuai oleh Pengurus Negeri Pahang dan seramai12 orang peserta-peserta yang terdiri daripada kakitangan Pos Malaysia Pahang telahberjaya mengharungi perjalanan berakit sejauh lebih dari 300km itu. Ekspedisi tersebutberjaya meletakkan nama Pos Malaysia Bhd sebaris dengan organisasi-organisasikorporat yang lain. Di sepanjang perjalanan itu para peserta juga telah berjaya

melakarkan beberapa kejayaan seperti memenangi hadiah di antara 15 pasukan terpantas dalam salah satu sektor perlumbaan danpemenang tempat ke 4 keseluruhan dalam Peraduan Cintai Sungai Kita.

PAHANG

MAJLIS MAKAN MALAM MERAIKAN KONTINJEN PERAKKelab Sukan dan kebajikan Pos Perak telah menganjurkan majlis makanmalam di Hotel Syuen pada 16 Jun 2007 bagi meraikan peserta-pesertayang berjaya menjuarai Kontinjen Terbaik di karnival sukan Shah Alam.Majlis ini telah dihadiri oleh 110 orang kakitangan. Pengurus Negeri, EnMohd Azizi bin Mohd Sanusi mengucapkan tahniah dan menasihatisemua peserta untuk membuat persediaan awal agar dapatmenunjukkan kecemerlangan di Karnival Sukan akan datang yang bakaldiadakan di Negeri Kelantan pada Tahun 2008.

Pengurus Negeri juga turut menyampaikan hadiah kepada Johan Badminton Lelaki dan Wanita. Johan Bakat Pos En Azlali bin Aziz jugamendendangkan lagu-lagu bagi memeriahkan majlis tersebut.

MAJLIS PENGHARGAAN & TERIMA KASIH SEMPENA KARNIVAL SUKAN POS MALAYSIA KE-XIVMajlis Penghargaan & Terima Kasih Sempena Karnival Sukan Pos Malaysia telah di adakan di Dewan Raja Lumu, Lembaga MuziumAlam Shah Alam pada 29 Jun 2007 pada jam 8.00 malam . Majlis ini diadakan bagi meraikan Jawatankuasa Induk & JawatankuasaKecil, Kontinjen Selangor dan para tetamu. Seramai 330 orang telah hadir di majlis ini. Para tetamu yang sedang menikmati jamuan telah

dihiburkan oleh persembahan Bakat Seni Pos Malaysia Selangor En. Ahmad Lehan BinPardi dan En. Mohd Fais Bin Mat Rawi. Majlis ini juga turut dihiburkan oleh KumpulanDikir Barat Merpati Putih Selangor yang diketuai oleh En. Wan Rosdee. Pada majlis iniTuan Haji Wan Sharpudin Wan Ramli turut menyampaikan cenderahati dan SijilPenghargaan kepada semua AJK dan Kontinjen.

PERAK

SELANGOR

RALAT:Adalah dimaklumkan bahawa berita tentang “Mesyuarat Agung Puteri Pos” yang disiarkan pada keluaranlepas ialah mengenai Puteri Pos Pulau Pinang. Segala kesulitan amat dikesali, terima kasih

SUDUT SENI16

POLIS, POSMEN, KERANI,SUMBANGANMU SUATUAMANAH

Polis di aurPosmen di muaraKerani di tebing3 warga pos saling memerlukanKepadamu pos bergerak majuKeranamu pos berdaya saingAntara wawasan & matlamatIbarat tangan & kakiSentiasa bergerak bersama-samaImej dijaga, amanah dipikul, senyuman diberiPolis mengiring, posmen memberi, kerani membantuMasyarakat tersenyum kerana sumbanganmuEngkaulah polis, posmen, keraniSembanganmu suatu amanah

PENA41439, JOHOR BAHRU

SATU PERJALANAN

Hidup ini satu perjalananMelalui jalan lorong dan jambatanTujuannya satu matlamatMenuju kebahagiaan mencapai nikmat

Namun laluan penuh berlikuTiada jangkaan penuh kejutanHarapan penuh penantianNamun ujian terus mendatang

Namun ku cuba terus ku cubaMenumpuh onak duri belantaraMerentasi jambatan yang kini goyangMenanti rempuhan ombak melanda

Kini aku masih bertahanSambil menanti perahu mendatangMeninggalkan jambatan yang kian goyangBersama hati yang remuk rendam

Bukan aku tak percayaTetapi aku dah mencubaBukan sekadar mencubaTetapi hatiku lama menderita

Jambatan dibina dah lama usiaTumang dipasak dah mula goyahPaku di alang kian mereputPapan di lantai dimamah anai-anai

Kini aku tak bertahan lagiMungkin daku terpaksa pergiMeninggalkan jambatan yang kian sepiDiharap bebanmu tiada lagi

Jasa baktimu tetap ku kenangKu jadikan sejarah lipatan kenanganBersama kesedihan dakapan malamKetika kesyahduan di dini hari

Namun kini takdir menentuMungkin di sini persimpangan melikuMaafkanlah wahai jambatankuRelakan aku pergi dahuluBiarlah kenangan terus berlalu

HJ. RAHIM ABDUL RAHMAN

UNIT KAWALAN KUALITI, MPC, KUALA LUMPUR