dari meja editor - terengganu.uitm.edu.my · edisi mei — ogos 2019 dari meja editor...

14
EDISI MEI — OGOS 2019 Dari Meja Editor Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Info Usahawan diterbitkan oleh MASMED UiTM (Terengganu) Sumbangan rencana daripada pembaca adalah dialu- alukan. Sumbangan rencana boleh dihantar ke email:i dan setiap sumbangan tidak akan dikembalikan. Prof. Madya. Ts. Dr. Mazidah Puteh Dr. Rosman Mahmood Prof. Madya. Hjh Khlipah Ibrahim Wan Ahmad Khusairi Wan Chek Noorazlina Ahmad Noorazlina Ahmad Norizan Ahmed Nur Athirah Mohamad Hatta Syukur alhamdulillah ke atas segala nikmat yang diberi oleh Allah SWT, mempertemukan kembali kita semua dalam Info Usahawan Edisi ke 14 iaitu keluaran Mei - Ogos 2019. Tahniah dan terima kasih kepada semua penyumbang artikel atas minat dan sokongan terhadap Info Usahawan. Terima kasih juga kepada barisan editor Info Usahawan atas kerjasama dan komitmen padu yang diberikan.Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 62 tahun.. Noorazlina binti Ahmad Ketua Editor Majalah Info Usahawan

Upload: others

Post on 15-Oct-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EDISI MEI — OGOS 2019

Dari Meja Editor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Info Usahawan diterbitkan oleh MASMED UiTM (Terengganu)

Sumbangan rencana daripada pembaca adalah dialu- alukan. Sumbangan rencana

boleh dihantar ke email:i dan setiap

sumbangan tidak akan dikembalikan.

Prof. Madya. Ts. Dr. Mazidah Puteh Dr. Rosman Mahmood Prof. Madya. Hjh Khlipah Ibrahim

Wan Ahmad Khusairi Wan Chek

Noorazlina Ahmad

Noorazlina Ahmad Norizan Ahmed Nur Athirah Mohamad Hatta

Syukur alhamdulillah ke atas segala nikmat yang diberi oleh Allah SWT, mempertemukan kembali

kita semua dalam Info Usahawan Edisi ke 14 iaitu keluaran Mei - Ogos 2019. Tahniah dan terima

kasih kepada semua penyumbang artikel atas minat dan sokongan terhadap Info Usahawan. Terima kasih

juga kepada barisan editor Info Usahawan atas kerjasama dan komitmen padu yang diberikan.Selamat

Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 62 tahun..

Noorazlina binti Ahmad Ketua Editor

Majalah Info Usahawan

BENGKEL ASAS PENGENALAN PENTERNAKAN KELULUT:

Nik Fazlin Hiryati Nik Jaafar, Norizan Ahmed, Marha Abdol Ghapar, Azlina Shamsudin,Nazlin Emieza Ngah, Wan Zuhaila Wan Abdul Rahman, Norlaila Ibrahim &

Rusnah Ismail

UiTM Cawangan Terengganu

Keusahawanan

Sosial

Menganjurkan program berbentuk latihan keusahawanan merupakan salah satu peranan yang dimainkan oleh Malaysian Academy of SME &

Entrepreneurship Development (MASMED). Memenuhi peranan ini, pihak MASMED telah berjaya merancang dan melaksanakan ‘Bengkel Asas Pengenalan

Penternakan Kelulut’ pada 31hb Mac 2019 (Ahad) bertempat di Dewan Cemara, ladang kelulut UiTM dan juga makmal kelulut PJI, UiTM Cawangan Terengganu

Kampus Dungun. Objektif penganjuran adalah seperti berikut:

Pelaksanaan bengkel ini mendapat sokongan padu daripada pihak pengurusan UiTM. Tuan Rektor, Prof. Dr Hj Abdol Samad Nawi juga berbesar hati untuk

memberikan sedikit ucapan aluan sebagai pembuka majlis. Beliau juga bersama-sama menyertai bengkel ini sehingga selesai. Penternakan kelulut sudah terbukti

menjadi satu aktiviti yang memberikan banyak manfaat samada dilakukan secara kecil-kecilan mahupun untuk tujuan komersil. Istimewanya, penternakan kelulut

boleh dilakukan di rumah dengan skala yang kecil mahupun dengan skala yang besar. Adalah amat baik jika aktiviti yang bermanfaat ini dapat disebar luaskan lagi

dalam kalangan masyarakat.

Penyertaan bagi bengkel ini dibuka kepada warga UiTM dan juga masyarakat luar dengan yuran yang minimum. Alhamdulillah, sambutan amat

menggalakkan sehingga pihak MASMED dengan berat hati terpaksa menolak beberapa penyertaan yang mendaftar di luar tarikh yang dibenarkan. Jumlah peserta

yang mendaftar seramai 38 orang. Peserta datang dari pelbagai tempat dan latar belakang. Antaranya ialah guru-guru dari SMK Sultan Omar, SMK Sura, dan

SMK Pulau Serai. Terdapat juga pesara, bakal pesara serta suri rumah. Peserta menyatakan minat mereka menyertai bengkel ini untuk menambah pendapatan

serta sebagai aktiviti selepas berpencen.

Bengkel kali ini mengundang seorang pakar di dalam bidang penternakan kelulut iaitu Encik Zakaria Hussin, Penolong Pegawai Pertanian, Bahagian

Pengurusan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian, Kelantan. Menariknya, bengkel ini bukan sekadar menawarkan sesi perkongsian ilmu secara ceramah, namun

diselitkan juga aktiviti praktikal dan lawatan.

Seawal jam 8 pagi, para peserta sudah mula mendaftar. Kit bengkel diagihkan untuk kegunaan peserta semasa berbengkel. Encik Zakaria menyampaikan

pelbagai ilmu dan informasi berkaitan. Terdapat banyak maklumat baharu yang dikongsi. Beliau tidak lokek berkongsi pengalaman di dalam bidang penternakan

kelulut ini. Para peserta kusyuk mendengar sambil mencatat. Pelbagai soalan juga diajukan oleh para peserta. Sesi ceramah begitu interaktif dan tidak

membosankan. Sebelum para peserta bergerak ke ladang kelulut bagi sesi praktikal, mereka dijamu dengan minum pagi.

1. Mendedahkan ilmu asas penternakan kelulut.

2. Mempromosikan manfaat penternakan kelulut dengan lebih meluas.

3. Mempamerkan aktiviti penternakan kelulut UiTM.

4. Mengeratkan lagi hubungan UiTM dengan pihak industri dan masyarakat.

Di ladang kelulut, Encik Zakaria berkongsi teknik pemecahan, pemindahan dan penggandaan koloni secara praktikal di hadapan semua peserta. Peserta juga

aktif bertanyakan pelbagai soalan. Sesi ini amat bermanfaat kerana peserta dapat melihat sendiri bagaimana proses ini dilakukan. Para peserta kelihatan begitu

teruja dan bersemangat. Pelbagai tips berguna telah dikongsikan oleh Encik Zakaria selama hamper sejam sesi praktikal ini berlangsung.

Selesai sesi praktikal di ladang kelulut, para peserta di bawa ke makmal kelulut di bahagian PJI (Penyelidikan, Jaringan dan Industri) untuk melihat sendiri

bagaimana kaedah pemprosesan madu kelulut sehinggalah ia dibotolkan. Dr Rosman selaku TR PJI juga banyak memberikan pelbagai input dan informasi. Sesi soalan

jawab juga berlaku dengan interaktif.

Akhir sekali, para peserta dijamu dengan menu istimewa hidangan kampung di dataran PJI. Walau penat berbengkel, kelihatan semuanya berselera menjamu

hidangan makan tengahari. Sebelum peserta bersurai, pihak penganjur mendapatkan respon secara verbal dan online menerusi ‘Google Form’. Ini penting untuk

memastikan tahap kepuasan peserta berada di tingkat yang baik. Secara keseluruhannya, mereka memberikan maklumbalas positif dan memberangsangkan.. Mereka

berpuas hati kerana bengkel ini dilaksanakan secara interaktif dan praktikal.

Melihat kepada sambutan yang baik ini, MASMED merancang untuk mengadakan edisi kedua bengkel dengan pelbagai penambahbaikan yang telah dikenalpasti

agar manfaat yang diperolehi oleh peserta adalah secara maksima. Akhir kata, pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat

secara langsung ataupun tidak langsung di dalam penganjuran bengkel ini. Juga ucapan kemaafan jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati mahupun apa jua

kesilapan sepanjang penganjuran. Jika direzekikan, maka berjumpalah lagi kita di penganjuran kali kedua.

Terima kasih semua.

Keusahawanan

Sosial

Profil

Usahawan

Kisah Ibu Tunggal Yang Berjaya

Aishah binti Mahat

UiTM Pasir Gudang

S

Permandangan di sekitar kedai

Seni Hias Landskap

Melalui pemerhatian yang dijalankan, kebiasaan yang dihadapi oleh para usahawan IKS adalah sikap yang ada pada usahawan itu sendiri iaitu kurang mengambil inisiatif, tiada mempunyai

daya saing, tiada usaha untuk meningkatkan ilmu perniagaan, tidak berdisiplin dan suka menunda kerja. Kurang mengambil inisiatif membawa maksud, contohnya kerajaan telah banyak memberi peluang bantuan dan sokongan bagi membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana dalam memantapkan perniagaan mereka, namun disebabkan usahawan tidak menunjukkan inisiatif untuk megambil tahu dan merebut peluang yang sedia ada, maka banyak bantuan kerajaan yang diberikan terlepas begitu sahaja. Kesannya, akan wujud pembaziran seperti contoh, dari aspek mengendalikan operasi perniagaan. Operasi perniagaan biasanya melibatkan input, proses dan output. MARA (Majlis Amanah Rakyat) adalah antara agensi kerajaan yang sentiasa memberi komitmen untuk membantu usahawan IKS dalam bentuk latihan, kewangan dan bukan kewangan yang meliputi input, proses dan output. Antara peruntukan yang diberikan oleh MARA ialah pemberian mesin di mana kebayakan usahawan IKS tidak tahu MARA turut menyediakan bantuan. Akibat tidak memohon mesin yang diperuntukkan oleh kerajaan, maka proses kerja terpaksa dibuat berlipat kali ganda kerana meggunakan sepenuhnya tenaga manusia yang membawa kepada pembaziran masa, tenaga dan wang.

Komunikasi juga memainkan peranan penting dalam memastikan sesebuah perniagaan berjalan dengan lancar. Kesilapan dalam menyampaikan sesuatu maklumat akan menyebabkan berlakunya kecuaian

yang tidak disengajakan. Sememangnya isu pembaziran akan timbul kerana komunikasi yag tidak berkesan antara majikan dan pekerja, yang akan mencipta proses kerja yang berulang-ulang. Komunikasi bukan sahaja dilihat dari aspek antara pekerja, majikan, dan pembekal sahaja malah melibatkan keseluruhan aspek dari dalam dan luar organisasi. Kebanyakan perniagaan tidak akan dapat diteruskan dalam jangka masa yang panjang sekiranya gagal dalam aspek komunikasi secara telus antara semua pihak. Tidak patut bagi seorang usahawan untuk hanya menggunakan komunikasi sehala sahaja tetapi mengharapkan agar orang lain (pekerja, pembekal, pelanggan) faham apa yang cuba disampaikan. Cabaran ini dapat diatasi dengan lebih berkesan sekiranya komunikasi dua hala digunakan dalam perniagaan. Apabila menggunakan komunikasi sehala, tiada maklum balas yang boleh diberi berbanding dengan komunikasi dua hala di mana terdapat ruang dan peluang untuk memberi maklum balas.

USAHAWAN

DAN STRATEGI

ISU PEMBAZIRAN DALAM KALANGAN USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN

SEDERHANA Azyyati binti Anuar & Daing Maruak bin Sadek

UiTM Kedah

Dalam usaha meningkatkan keberkesanan dalam menguruskan sesebuah perniagaan, daya tahan seorang usahawan adalah penentu faktor utama dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan. Sememangnya banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan dalam menjalankan perniagaan. Antara cabaran yang jarang disentuh ialah isu pembaziran terutamanya dalam kalangan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Umum mengetahui, setiap pembaziran dari segi masa, wang dan tenaga akan mengundang kerugian kepada organisasi. Justeru, terdapat beberapa cabaran yang dikenalpasti sebagai satu solusi untuk menangani pembaziran dalam perniagaan. Antaranya ialah:

1. Cabaran Usahawan

2. Cabaran komunikasi

USAHAWAN

DAN STRATEGI

Kebiasaannya kita akan mendengar kebanyakan pengurus akan bercakap “semuanya adalah budaya”, “ia merupakan isu manusia” dan “mengubah sesuatu budaya adalah perkara yang paling sukar”. Ditambah pula budaya negatif seperti

malas, tidak mahu ambil tahu, cukup dengan apa yang ada dan tidak mempunyai sasaran dalam berniaga perlu dihapuskan dalam kalangan usahawan. Pembawakan budaya seperti ini sebenarnya dapat menjadikan seseorang usahawan lebih mundur dan tidak berdaya saing. Bagaimanakah caranya untuk memperbetulkan sesuatu budaya negatif supaya menjadi sesuatu yang positif dan seterusnya dapat diterima oleh semua ahli dalam organisasi? Kebanyakan budaya yang ditonjolkan oleh para IKS adalah tidak mesra pekerja yang kadang-kala pekerja susah untuk kekal dalam organisasi tersebut dalam jangka masa yang panjang. Budaya tidak baik yang diterapkan didalam sesebuah organisasi akan menimbulkan isu pembaziran. Sebagai contoh, budaya pekerja yang suka datang lewat, secara tidak langsung ianya akan memberi kesan yang negatif kepada organisasi dan menyebabkan kehilangan pelanggan.

3. Cabaran budaya

Cabaran yang seterusnya ialah bagaimana usahawan dapat meningkatkan operasi secara cekap? dan soalan tipikal yang biasa ditanya ialah bagaimana untuk meningkatkan produktiviti?

Sudah tentu jawapan tipikal yang akan diberi ialah dengan meningkatkan bilangan pekerja, menambah bilangan mesin, bekerja lebih masa atau perlu bekerja keras bagi memastikan produktiviti sesebuah organisasi meningkat. Sedangkan pada hakikatnya, tidak semestinya kecekapan sesebuah organisasi itu dapat dipertingkatkan dengan solusi tersebut. Malah akan berlaku pembaziran yang banyak apabila kos operasi yang digunakan adalah lebih daripada keuntungan yang diperolehi.

Sehubungan dengan itu, untuk merungkai segala permasalahan dalam menghadapi cabaran sedia ada mahupun yang akan datang, satu kaedah yang dinamakan sebagai lean telah diperkenalkan untuk menambahbaik dan memantapkan sesebuah perniagaan. Terdapat beberapa alat pengurusan lean yang boleh diamalkan dalam keusahawanan. Antaranya ialah 5s, kanban, kaizen, just in time (JIT), nilai pemetaan stream (value stream mapping) dan sebagainya. Antara contoh syarikat yang melaksanakan kaedah lean ialah syarikat GE yang berpusat di Amerika Syarikat. Syarikat ini telah melaksanakan program “Work-Out” iaitu satu amalan kaizen atau lebih dikenali sebagai pembaikan berterusan yang mana praktis ini pada asalnya telah diamalkan oleh syarikat Toyota yang sememangnya amat dikenali di seluruh dunia. Pekerja-pekerja GE diarahkan untuk mengalihkan perhatian mereka daripada melakukan aktiviti harian semasa bertugas bagi tujuan untuk mengenalpasti bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah pembaziran bagi setiap proses kerja dan bagaimanakah cara untuk menggabungkan kerja yang dilakukan oleh be-berapa orang pekerja kepada seorang pekerja sahaja. Secara kesimpulannya, walaupun kaedah lean telah dipraktikkan oleh beberapa organisasi, namun kaedah ini baru sahaja diperkenalkan beberapa tahun yang lepas dalam pelbagai sektor terutamanya sektor pengeluaran dan kesihatan di Malaysia khususnya. Seharusnya, kaedah lean boleh diaplikasikan dalam IKS dalam menjadikan IKS terus berdaya maju dan sentiasa memberi nilai tambah kepada organisasi dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

4.Cabaran meningkatkan produktiviti

USAHAWAN

DAN STRATEGI

Cabaran Menjadi Usahawan ShaHira Abd Jabar

UiTM Johor

Menjadi usahawan memerlukan semangat, keyakinan, usaha, kreativiti dan ketekunan yang tinggi. Tanpa

sifat tersebut, perniagaan mungkin kurang berkembang. Setiap perkara di dunia ini pasti ada cabarannya

tersendiri termasuklah dalam menjadi usahawan yang berjaya. Antara cabarannya adalah:

1. Persaingan

Sememangnya setiap perkara ada persaingannya tetapi adakah persaingan itu berdaya sihat atau sebaliknya. Jika ia berdaya sihat

maka beruntunglah kita. Kemungkinan pesaing itu boleh menjadi rakan perniagaan. Tetapi jika tidak, maka usahawan perlu lebih

bersabar, berusaha dan lebih kreatif untuk memastikan perniagaan terus berkembang.

2. Sukar mendapatkan pelanggan

Pelanggan adalah perkara paling penting yang perlu dikejar. Kebanyakan perniagaan yang masih baru mengalami masalah

dalam mendapatkan kepercayaan pelanggan. Usahawan perlu bijak dalam mempromosikan produk mereka. Dengan adanya

teknologi yang canggih pada abad ini, ianya dapat membantu mereka mempromosikan perniagaan secara lebih meluas. Faktor

produk yang unik, lain daripada yang lain dan yang tidak banyak pilihan di pasaran akan membuka ruang para usahawan untuk

mendapatkan pelanggan. Selain daripada itu, faktor akses yang mudah untuk mendapatkan barangan juga amat penting. Ini kerana

manusia di era ini sangat sibuk dengan segala tanggungjawab di luar sana dan ada di antara mereka yang tiada masa langsung

untuk ke kedai. Segalanya perlu dihantar ke rumah. Maka teknik delivery adalah yang terbaik.

USAHAWAN

DAN STRATEGI

3. Kos yang tinggi

Tidak dapat dinafikan bahawa sekarang ini segala kos perbelanjaan adalah amat tinggi. Sebagai usahawan, perkara ini amat memeningkan terutamanya apabila bajet perniagaan semakin berkurangan. Bagi menghadapi masalah ini, usahawan perlu bijak dalam menguruskan hal kewangan syarikat. Tabung kecemasan perlu diwujudkan. Setiap kali mendapat keuntungan, 5% dari jumlah itu perlu diketepikan terlebih dahulu untuk dimasukkan ke dalam tabung ini. Mereka juga harus berhati-hati dalam membuat

pelaburan terutamanya dalam pembelian asset dan modal.

4. Hilangnya motivasi

Setiap perniagaan akan merasai saat-saat kejatuhan. Maka usahawan perlu mempunyai sifat tabah. Hidupkan aura positif di dalam

diri. Letakkan kebergantungan diri kepada yang Esa dan keyakinan dalam diri bahawa rezeki adalah daripada Nya. Jangan pernah

berputus asa. Apa yang penting adalah usaha, doa dan tawakal.

USAHAWAN

DAN STRATEGI

CABARAN SEBAGAI USAHAWAN DIGITAL

Naliza Solat dan Zuria Akmal Saad UiTM Cawangan Pahang

Senario perniagaan hari ini memerlukan para usahawan bergerak pantas merebut peluang. Fenomena perniagaan atas talian dan

berdagang secara digital tanpa sempadan kini dilihat sebagai idea yang sangat menarik. Oleh itu, ramai yang ingin melibatkan diri

apatah lagi terdapat banyak jaringan sosial dan medium yang tersedia bagi memenuhi keperluan perniagaan sebegini. Bagi usahawan

digital yang bijak, peluang sebegini perlu digunakan dengan sebaik mungkin bagi merancakkan lagi perniagaan mereka. Kemudahan

aplikasi internet dtambah dengan kewujudan pelbagai blog, facebook dan instagram merupakan antara pemangkin dalam memudahkan urusan

perniagaan atas talian kerana ia menjadi sumber utama bagi mendapatkan informasi dan medium untuk berhubung dengan ejen, pembekal,

pelanggan dan bakal pelanggan. Maka tidak hairanlah, pada tahun 2018 sahaja, e-dagang menyumbang sebanyak RM86.5 bilion kepada

pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Malaysia.

Data yang dikemukakan SME Corporation Malaysia menyatakan bahawa sebanyak 20.6 peratus wanita di negara ini terlibat dalam bidang keusahawanan. Tren

penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan dijangkakan akan meningkat kepada 23 peratus menjelang tahun 2020. Pemerkasaan wanita melalui aspek ekonomi juga

diperlihatkan dalam dasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia yang berhasrat untuk mengoptimumkan potensi wanita di dalam

pembangunan ekonomi. Sifat semulajadi wanita yang penyabar, melindungi, kreatif dan berdaya saing memberi kelebihan kepada golongan ini untuk menangani

cabaran perniagaan. Golongan wanita terutamanya suri rumah dan ibu tunggal dilihat semakin mampu mendominasi perniagaan walaupun ianya hanya bermula dari

rumah sendiri.

Bak kata pepatah “tangan yang menggoyang buaian mampu menggoncang dunia”. Namun, di sebalik kejayaan, risiko kegagalan di dalam bidang keusahawaan

juga adalah sesuatu yang biasa berlaku. Kajian di United States membuktikan 90 peratus kegagalan adalah bermula dari perniagaan yang baru. Faktor seperti

diskriminasi, konflik keluarga dan kerjaya, kurangnya pendedahan dan pengetahuan, perniagaan yang tidak formal serta pinjaman yang terhad juga merupakan

halangan yang dihadapi oleh usahawan. Antara cabaran wanita sebagai usahawan digital ini ialah mereka perlu celik IT dan sentiasa lebih peka dengan

perkembangan teknologi digital. Usahawan digital wanita perlu sentiasa menambah baik kepakaran teknikal serta berusaha memanfaatkan platform e-dagang yang

tersedia bagi memperolehi jaringan sosial yang mantap dalam mengembangkan lagi produk jualan mereka. Antara platform e-dagang Malaysia yang paling banyak

dilawati masa kini ialah Lelong, Hermo dan GoShop. Shopee dan 11street pula dikatakan mempunyai purata lima juta pengunjung pada tahun 2018. Perkembangan

teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan peningkatan kuasa beli pelanggan merupakan pemacu kepada kejayaan perniagaan atas talian. Kajian mendapati

usahawan wanita yang berani berhadapan dengan risiko, berinovasi serta kerap berkomunikasi dengan pembekal dan pelanggan di atas talian, secara signifikan akan

dapat memperkasakan lagi diri mereka sebagai usahawan. Selain itu, usahawan digital wanita juga harus berupaya menghasilkan produk berinovasi yang bersifat

unik serta mampu mencipta kelainan bagi menawan hati pelanggan.

Sesungguhnya untuk mengimbangi kerjaya keusahawanan dan urusan rumahtangga sambil memainkan peranan sebagai isteri, ibu dan anak perempuan bukanlah

sesuatu yang mudah. Usahawan digital wanita sewajarnya perlu berani menongkah cabaran dalam menguruskan risiko perniagaan sebegini. Mereka juga perlu lebih

cekal dalam menangani masalah perniagaan dan terus proaktif bagi mendepani cabaran yang mendatang.

USAHAWAN

DAN STRATEGI

ANCAMAN KEPADA REKOD KEWANGAN ( BAHAGIAN KE 4) Ahmad Azman Mohamad Ramli

UiTM Rembau

Pada keluaran majalah ini yang lepas, kertas ini telah membincangkan dua jenis ancaman yang boleh membahayakan rekod kewangan yang dimiliki oleh para usahawan. Ancaman-ancaman tersebut ialah habuk dan air. Pada keluaran kali ini, kertas ini akan menyambung perbincangan tersebut dengan memberi tumpuan kepada dua jenis lagi ancaman iaitu api dan bencana alam.

Ancaman daripada Api

Kebakaran boleh menyebabkan rekod musnah atau rosak dengan cepat. Sehubungan dengan itu, ruang penyimpanan rekod kewangan hendaklah ditempatkan jauh daripada punca-punca api seperti kantin, dapur, depoh-depoh minyak, stor peralatan, bahan kimia dan sebagainya. Peralatan-peralatan mencegah dan memadam kebakaran hendaklah dipasang di ruang penyimpanan rekod tersebut. Peralatan-peralatan tersebut ialah seperti penyembur air, alat pemadam kebakaran, alat pengesan asap, salur bantu mula, loceng amaran, telefon kecemasan dan pintu rintangan api. Semua kakitangan organisasi hendaklah mengikuti latihan memadam kebakaran sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan atau setahun.

Gambarajah 1: Rekod yang dimusnah oleh api

Ancaman daripada Bencana Alam

Bencana alam boleh memberikan ancaman yang besar kepada keselamatan rekod kewangan disebabkan ia berlaku dalam keadaan yang tidak dijangka atau hanya memberikan sedikit amaran sebelum berlakunya sesuatu bencana alam. Bencana alam yang biasa berlaku di Malaysia ialah seperti banjir, kebakaran, ribut dan tanah runtuh.

Gambarajah 2: Kejadian banjir

Salah satu kaedah untuk mengurangkan kerosakan terhadap rekod kewangan akibat daripada kejadian bencana alam ialah organisasi mengadakan pelan tindakan bencana alam untuk rekod (disaster preparedness plan for records). Pelan tindakan bencana alam ialah suatu dokumen yang menyatakan prosedur yang perlu dilaksanakan kepada rekod seperti prosedur untuk mengelakkan bencana, prosedur untuk bersedia semasa berlakunya bencana, prosedur semasa berlakunya bencana dan prosedur pemulihan selepas berlakunya bencana. Bagi organisasi kerajaan, khidmat nasihat kepakaran untuk menyediakan pelan tersebut boleh diperolehi daripada Arkib Negara Malaysia.

(Akan bersambung di keluaran hadapan)

USAHAWAN

DAN STRATEGI

Mohd Ab Malek Md Shah UiTM Melaka

Literally, the term mediation is originated from the verb “mediate” which means to try to end a disagreement between two

or more people or groups by talking to them and trying to find things that everyone can agree on. Besides, it also means to

succeed in finding a solution to a disagreement between people or groups (Oxford Advanced Learner’s Dictionary, 2000).

Thus, a mediator can be regarded as a person or an organization that tries to get agreement between people or groups who

disagree with each other. In the similar vein, engaging the assistance of a neutral third party, namely a mediator who acts

as a facilitator during the process of negotiation. This appointed mediator will ensure that the parties are guided during

the process of settlement to resolve their disputes amicably (Carol Liew, 2008). From the aspect of authoritative manner,

mediation also denoted the idea of “assisted negotiation” which could be understood as “communications for agreement”.

Here, mediation could simply be upheld as “assisted communications for agreement” (James Melamed, 2008).

Technically, by virtue of the preamble of the 2005 version to the Model Standard of Conduct for Mediators, mediation refers to a process where an

impartial third party facilitates communication and negotiation as well as promotes voluntary decision making by the parties to the dispute. On the other hand,

in the eyes of legal jargon, mediation reflects a process which is moulded in several stages; inter alia the mediator will identify the relevant issues, later

develop any options and finally consider alternatives and endeavours to resolve such disputes.

Basically, as human beings are regarded to be social beings, they are ‘forced’ to face disputes among themselves. Thus, in seeking means for settling

these ‘burdens’, settlement through court proceedings has been adopted to be the best option. Alas, it is undoubtedly true that this judicial settlement of

disputes would definitely consume plenty of the litigant parties’ time, high cost and even would affect their privacy entirely.

Thus, in order to have a better mode of amicable settlement, mediation emerged as the ‘saviour’ to be a preferred option in ensuring that such

conflicting interests between the parties could be resolved in peaceful and proper manner. Historically, mediation has been recognized as the best choice by the

Malaysian society during ancient time whereby they have attempted this mode of settlement rampantly (Syed Hussin Ali, 1975). In fact, this type of dispute

settlement has been practiced at the very lowest level, especially by the headman (Penghulu) in the Malay society. Hence, it can be submitted that this kind of

amicable settlement has been proved to function effectively passed by the older generation traditionally. Consequently, it can be upheld that any attempts to

apply mediation is practically familiar as it has been rooted in the heart of Malaysian previously.

Recently, there are many efforts, as well as steps have been exerted in order to materialize the use of mediation as an alternative dispute resolution

(ADR) rather than focusing to the judicial settlements solely. This scenario can be seen whereby many people are attempting to extend the application of

mediation to resolve their disputing matters which caters various issues like medical cases, matrimonial matters, civil suits and others through mediation. In

this context, they argue that this kind of dispute settlement basically could entertain their claims better and more satisfactorily.

Indeed, by virtue of the Arbitration Act 1952 which governs the laws and procedures relating to the application of arbitration and mediation in Malaysia,

it clearly shows that mediation is justified to be one of the solutions in resolving the disputes. Moreover, the Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration

(KLRCA) which was established in 1978 is aimed at the application of international mediation and arbitration pertaining to the commercial disputes mostly.

USAHAWAN

DAN STRATEGI

In order to attract greater number of foreign investors, the Malaysian Government has established the Regional Centre for Arbitration at Kuala Lumpur

in 1978. In fact, this centre was established due to the support by the African-Asian Legal Consultative (AALCC), by the Malaysian Government which provides

assistance and full cooperation towards its development. Consequently, this institution mainly becomes such an independent body under the patronage of AALCC.

Basically, the application of mediation has been consistently supported by this institution as an alternative to arbitration. Thus, various steps have been

taken by this institution in order to promote the emphasis in using mediation as a mode of amicable settlement rather than giving a priority to other

alternative dispute settlements.

By referring to the application of sulh at the Syariah Courts in Malaysia, for example, Section 87 of the Selangor Syariah Civil Procedure that both parties who seek for divorce are encouraged to undergo sulh process to resolve their disagreements. This effort has been moved to operate in 2002. A Mediation Work Manual was introduced which provides guidelines and standard for the mediators regarding the procedures to comply with by the sulh officers (mediators) in conducting the sulh process. As regards to the provisions under Section 23, 45 and 47 of the Islamic Family Law (State of Selangor) Enactment

2003, any cases which are brought under these sections would be settled in short time whereby the parties are present before the court files their claims.

Mediation process will start once both of them have agreed to do so. Consequently, the mediator would submit the agreement, if reached, to the judge for an

order to be issued.

In a nutshell, by resorting mediation, the relationship between parties could be strengthened in surviving their dispute due to the fact that it allows

them to formulate their own mutually acceptable solutions. In this context, if the parties do not settle their dispute, they do clarify and narrow the issues

at the mediation thereby reducing the time and expense of the hearing. Furthermore, at the very least, parties who have been through a mediation will have had

an opportunity to discuss and clarify the disputed issues without being ‘forced’ to undergo formal procedure which eventually would lead to the failure of

settling such disputes.

ZAKAT PRODUKTIF : JENIS-JENIS BANTUAN KEPADA USAHAWAN ASNAF

UiTM Cawangan Perlis

Strategi kutipan yang inovatif seperti perbankan internet, pembayaran melalui khidmat pesanan ringkas, melalui e-pay dan skim potongan gaji telah diperkenal dan dilaksanakan oleh institusi zakat di setiap negeri bagi memastikan jumlah kutipan meningkat setiap tahun. Peningkatan kutipan perlu disusuli dengan pengagihan yang

cekap untuk memaksimumkan manfaat wang zakat yang diperoleh dari pembayar zakat. Ini dibuat agar setiap asnaf tidak tertinggal untuk menikmati hak-hak mereka.

Objektif agihan zakat bukan setakat untuk membantu golongan asnaf menampung keperluan asas mereka seperti makanan, pakaian serta perlindungan, malah bertujuan

untuk mengeluarkan golongan asnaf ini dari belenggu kemiskinan dengan hasil usaha mereka sendiri. Ini dikenali sebagai zakat produktif. Zakat produktif adalah sejumlah

dana zakat yang bertindak sebagai modal yang diagihkan kepada golongan asnaf bagi membantu mereka menjana sumber pendapatan.

Fungsi zakat produktif ini selari dengan galakan Rasulullah SAW agar umatnya menjadi usahawan kerana bidang keusahawanan ini mampu memberikan keuntungan dan

pendapatan yang lumayan. Malah pendapatan tersebut akan menjadi sumber utama bantuan kepada orang Islam lain melalui zakat dan sedekah. Melalui perniagaan, golongan

usahawan asnaf tersebut juga turut menyumbang kepada pengukuhan sistem ekonomi, sosial dan politik diri dan sekaligus kepada negara. Rasulullah SAW pernah bersabda

yang bermaksud:

“Sembilan per sepuluh (90%) rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Pemberian zakat diperkasakan dalam bentuk baru di mana pengendalian zakat produktif ini dimulakan dengan pemberian modal kepada asnaf yang telah dikenalpasti

mempunyai minat atau kecenderungan untuk berniaga. Kemudian, institusi zakat akan memberi ilmu serta bimbingan sebelum dan semasa perniagaan dijalankan. Program

keusahawanan seperti ini membina sifat kendiri golongan penerima zakat tersebut dan mereka juga turut dididik untuk jangka panjang bagi berusaha menyara kehidupan

dengan titik peluh sendiri. Jadual 1 di bawah menyenaraikan aktiviti-aktiviti dan projek zakat produktif untuk beberapa buah negeri terpilih.

Jadual 1 :

Negeri Aktiviti Projek

Wilayah Persekutuan Kursus Membuat Kek

Kursus Jahitan Jubah Bantuan Perniagaan berupa peralatan perniagaan

Kedai Makan Asnaf 1Malaysia

Selangor Kursus Kemahiran Terapi

Kursus Masakan Komersial Kursus Kemahiran Jahitan

Kursus Keusahawanan

Lawatan, Seminar, Bengkel

Bengkel Jahitan (D’Asnaf Anggun) Asnaf Kraf Dobi Point Pasar Rakyat Asnaf Usahawan Bazar Ramadan

Negeri Aktiviti Projek

Pulau Pinang Latihan kemahiran masakan

Bengkel kemahiran menjahit

Kursus penanaman berteknologi tinggi

Gerak Asnaf Katering

Gerak Asnaf Jahitan

Gerak Asnaf Tani

Gerak Asnaf Niaga

Kedah Bengkel Jahitan

Seminar Bengkel Perniagaan Bengkel Zakat Perniagaan

Program pembuatan kek dan kuih raya

Pusat Jahitan Asnaf

Perak Kursus Kemahiran Jahitan

Bengkel Pembuatan Perabot Bengkel Pembangunan Usahawan Asnaf

Program Keusahawanan Sinar Asnaf

Program Sinar Asnaf - kerjasama MAIPk dengan Kolej Komuniti Program kerjasama dengan Syarikat Ayamas Sdn Bhd

Sumber: Laman sesawang Majlis Agama Islam negeri-negeri

Sikap proaktif dan inovatif institusi zakat mampu mengubah nasib seseorang asnaf apabila berjaya menyalurkan bantuan wang zakat kepada usahawan asnaf yang

tepat. Kesempurnaan keadilan sosio-ekonomi Islam akan dapat dicapai apabila asnaf yang menerima zakat menjadi asnaf yang produktif dan berupaya untuk mengeluarkan

zakat mereka sendiri untuk diagihkan kepada asnaf lain iaitu berjaya menjadi seorang pembayar zakat.