dalam negeri khamis, 21 mac 2013 orang melayu paling · pdf fileorang melayu paling ramai...

1
Oleh NUR DHUHA ESOOF [email protected] ORANG Melayu paling ramai menghidap barah lim- foma berbanding kaum Cina dan India di Singapura. Bagi setiap 100,000 penduduk, 21.3 merupakan lela- ki Melayu yang menghidap barah limfoma. Bilangan ini lebih tinggi berbanding 15.3 pesakit lela- ki Cina dan 15.2 pesakit lelaki India yang menghidapi barah tersebut. Di kalangan wanita, bagi setiap 100,000 penduduk, 14.7 merupakan wanita Melayu yang menghidap barah limfoma – lebih tinggi berbanding 9.6 pesakit Cina dan 9.4 pesakit India yang menghidapi barah itu. Meskipun kaum Melayu mendahului kaum lain dalam barah limfoma, bilangan pesakit barah Melayu se- cara keseluruhan adalah sekitar 1.5 hingga dua kali le- bih rendah daripada kaum Cina. Demikian perangkaan daripada laporan Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional (NRDO) mengenai trend penyakit barah di Singapura antara 2007 dengan 2011. Menurut Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi di Hos- pital Tan Tock Seng dan Institut Barah Universiti Na- sional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, orang Melayu mendahu- lui kaum lain dalam barah limfoma sejak tahun 1998. Namun, beliau berkata buat masa ini tidak ada penje- lesan kukuh mengapa kadar limfoma lebih tinggi di ka- langan orang Melayu dan berpendapat ia mungkin ber- gantung kepada genetik, faktor sekitaran dan perbezaan dalam gaya hidup. Barah limfoma menjejas sistem limfa. Ia terbahagi kepada limfoma Non-Hodgkin yang leb- ih kerap menjejas pesakit berusia 55 tahun ke atas dan limfoma Hodgkin yang menjejas orang muda berusia antara 15 dan 20 tahun dan mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Bilangan pesakit yang menghidapi barah limfoma te- lah meningkat dari 1,746 pesakit antara tahun 1998 dan 2002 ke 2,839 pesakit antara tahun 2007 dan 2011. Pesakit barah limfoma di peringkat pertama dan ke- dua mempunyai 80-90 peratus harapan sembuh manakala pesakit di peringkat lebih lanjut hanya mem- punyai 40-60 peratus harapan. Dr Choo juga berkata kebanyakan kes barah limfo- ma tidak diketahui sebabnya. Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko sese- orang menghidap barah limfoma adalah pendedahan ke- pada ubat pembunuh serangga (pesticide), merokok, bekerja dalam industri berkaitan dengan kayu, sistem imun atau daya tahan penyakit yang rendah dan jangki- tan beberapa jenis virus. Antara tanda-tandanya ialah nodus atau ketulan be- sar yang ketara di leher, ketiak dan bahagian kemaluan serta hilang selera, berat badan yang menurun dan de- mam yang berterusan. Buat masa ini, tiada ujian saringan boleh dilakukan untuk mengesan barah limfoma. Di Singapura, secara keseluruhan, barah limfoma adalah barah kelima paling kerap dihidapi kaum lelaki dan ketujuh paling kerap dihidapi kaum wanita. Antara tahun 2007 dengan 2011, seramai 26,267 lela- ki dan 27,734 wanita menghidapi barah. Tiga barah paling biasa dihidapi kaum lelaki ialah barah usus besar (17.6 peratus), barah paru-paru (15.6 peratus) dan barah prostat (11.8 peratus). Bagi kaum wanita pula, tiga barah paling biasa dihida- pi ialah barah buah dada (29.3 peratus), barah usus be- sar (13.9 peratus) dan barah paru-paru (7.8 peratus). Namun, bagi golongan Melayu, barah yang paling bi- asa dihidapi kaum lelaki ialah barah paru-paru (18.3 per- atus) diikuti barah usus besar (15.3 peratus) dan barah limfoma (12 peratus). Dr Choo berkata barah paru-paru mendahului sena- rai itu kerana jumlah perokok di kalangan lelaki Melayu adalah tinggi. “Rokok mempunyai 4,000 bahan kimia yang mem- bahayakan badan dan 70 daripada bahan kimia ini bo- leh menyebabkan barah paru-paru. “Jika seseorang merokok lebih 25 batang rokok se- hari, dia mempunyai 25 kali lebih kemungkinan terkena barah paru-paru berbanding bukan perokok,” kata Dr Choo. Di kalangan wanita Melayu, barah paling biasa di- hidapi ialah barah buah dada (32.2 peratus), barah usus besar (10.8 peratus) dan barah limfoma (7.4 peratus). Dr Choo berkata meskipun barah paru-paru adalah barah ketiga paling kerap di kalangan wanita Singapura, ia adalah barah keenam di kalangan wanita Melayu. Ini mungkin kerana wanita Melayu kurang meng- hisap rokok berbanding kaum lain, kata beliau lagi. TAHUKAH anda bahawa sepertiga jenis barah boleh dielakkan? Caranya pula agak mudah – iaitu dengan menjaga pengambilan makanan, bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini dijelaskan oleh Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi Institut Barah Universiti Na- sional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, dalam satu wawancara baru-baru ini. Beliau berkata barah biasanya dapat dike- kang menerusi gabungan beberapa faktor dalam gaya hidup seseorang. “Pemakanan anda memainkan peranan penting. Senaman pula membantu me- ningkatkan sistem imun atau daya tahan peny- akit dalam diri anda, menguatkan tubuh serta membantu anda mengawal berat badan. “Jika anda hanya melakukan satu dari- padanya iaitu bersenam tetapi tidak menjaga pemakanan, ia boleh membantu menghalang beberapa jenis barah seperti barah usus dan barah buah dada tetapi jika anda melakukan kedua-duanya adalah lebih baik,” kata Dr Choo, yang juga Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi di Hospital Tan Tock Seng sejak em- pat tahun lalu. Mengenai pemakanan, Dr Choo menasihat- kan supaya lima hidangan buah-buahan dan/atau sayur-sayuran dimakan setiap hari. Pengambilan daging merah seperti daging lembu atau kambing pula dikurangkan kepa- da 70 gram sehari, sementara pengambilan ma- kanan dalam tin, makanan barbeku dan ma- kanan yang diawet seperti kicap dikurangkan. Menurut Dr Choo, antara sebab mengapa barah perut lebih kerap berlaku di kalangan orang Cina ialah mereka selalu makan makan- an yang diawet dan menggunakan sos yang di- awet dalam masakan. Perokok pula dinasihati supaya berhenti merokok kerana 80 - 90 peratus barah pa- ru-paru berpunca daripada tabiat merokok. “Jika rokok diharamkan, bilangan pesakit barah paru-paru di kalangan masyarakat Me- layu akan berkurang. “Daripada menduduki tempat teratas se- bagai barah paling kerap di kalangan lelaki Melayu, barah paru-paru mungkin turun ke tempat ke-10 jika semua orang Melayu di- haramkan merokok,” kata Dr Choo. Selain itu, beliau juga berkata senaman ada- lah penting bagi mengelak berat badan berlebi- han yang didapati berkaitan dengan barah usus besar, barah rahim dan barah buah dada. “Kajian klinikal menunjukkan bahawa se- naman sederhana selama 30 minit sehari boleh mengurangkan risiko meninggal dunia awal akibat barah sebanyak 50 peratus,” jelas Dr Choo. Dr Choo selanjutnya berkata, setiap orang harus menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun dan melakukan ujian saringan seperti mamogram, pap smear, Faecal Occult Blood Test (FOBT) bagi mengesan barah usus besar dan ujian Prostate Specific Antigen (PSA) un- tuk mengesan barah prostat mengikut had usia yang ditetapkan. Memandangkan 5 hingga 10 peratus barah disebabkan faktor keturunan, mereka yang mempunyai anggota keluarga yang meng- hidap barah perlu melakukan ujian saringan lebih awal. Sebagai contoh, Dr Choo berkata jika anda mempunyai kakak yang menghidap barah buah dada ketika berusia 35 tahun, anda harus menjalani ujian saringan tiga tahun lebih awal iaitu ketika anda berusia 32 tahun. Salah satu cara mengesan barah pada peringkat awal ialah dengan mengenali tanda-tandanya. Secara umum, tanda-tanda barah termasuk berat badan yang menurun tanpa sebab, kurang sel- era makan, rasa penat dan sakit yang berterusan. Menurut Dr Choo, beberapa je- nis barah, seperti barah buah dada, mudah dikesan awal kerana ketu- lannya boleh dirasa. Barah paru-pa- ru dan ovari lebih sukar dikesan ker- ana kedudukannya yang tersembun- yi. “Kebanyakan barah, seperti barah buah dada, yang dikesan melalui ujian saringan masih berada di peringkat pertama dan kedua. “Jika dikesan apabila tanda-tan- danya sudah kelihatan dan berlaru- tan, barah itu mungkin sudah bera- da antara peringkat kedua dan ke- empat,” kata Dr Choo. Jika ada tanda-tanda barah, Dr Choo menasihatkan pesakit supaya berjumpa doktor bagi menda- patkan rawatan secepat mungkin dan menyempurnakan semua rawa- tan yang disyorkan dan jangan me- ninggalkannya separuh jalan. Menurut Dr Choo, bergantung pada jenis barah dan peringkatnya, rawatan yang diperlukan boleh mengambil masa sekitar sembilan bulan. Pembedahan boleh dilakukan dalam masa sehari dan memerlu- kan sekitar sebulan untuk pesakit pulih sepenuhnya. Rawatan kemoterapi pula boleh mengambil masa tiga hingga enam bulan dan radioterapi mengambil masa sekitar enam minggu. Kos pembedahan pula adalah sekitar $3,000, kos kemoterapi boleh menjangkau le- bih $12,000 dan kos bagi radioterapi sekitar $3,500. “Jika barah dikesan pada peringkat perta- ma, kemoterapi mungkin tidak diperlukan. Ja- di lebih awal ia dikesan, belanja yang dikeluar- kan untuk rawatan adalah sedikit. “Pesakit yang mengikuti rawatan lengkap juga dapat meningkatkan peluang hidup mere- ka sebanyak 10 hingga 20 peratus,” jelas Dr Choo. Kadar kejayaan merawat barah pula ber- gantung pada jenis barah dan peringkat ia dikesan. Sebagai contoh, kebanyakan barah pa- ru-paru dikesan di peringkat tiga dan empat dan rawatan kemoterapi dan radioterapi kurang berkesan untuk merawat keseluruhan barah itu. Dr Choo menggalakkan pesakit barah su- paya berbincang dengan doktor mereka kera- na rawatan bagi barah kini dilakukan berdasar- kan keperluan individu dan tidak semua pesa- kit memerlukan rawatan lanjut seperti kemo- terapi atau radioterapi. Orang Melayu paling ramai hidapi barah limfoma Sepertiga jenis barah boleh dielak Rokok mempunyai 4,000 bahan kimia yang membahayakan badan dan 70 daripada bahan kimia ini boleh menyebabkan barah paru-paru. Jika seseorang merokok lebih 25 batang rokok sehari, dia mempunyai 25 kali lebih kemungkinan terkena barah paru-paru berbanding bukan perokok. – Dr Choo Bok Ai. Antara makanan yang boleh membantu mencegah barah: Epal Beri biru Kranberi Buah delima Oren Anggur merah Kayu manis Daun selasih Bawang putih Buah pala Bawang Kunyit Kubis Tomato Brokoli Lobak Keledek Kubis bunga Sawi Buah zaitun Tauge Bayam Coklat Madu E Sumber: http://www.eattode- feat.org TEKNOLOGI BARU MERAWAT BARAH: Dr Choo Bok Ai kini menggunakan mesin radioterapi Varian yang baru dipasang di Hospital Tan Tock Seng untuk merawat pesakit barah. Mesin yang merupakan teknologi baru dalam merawat barah itu mampu mengurangkan masa rawatan radioterapi sebanyak 50 peratus berbanding mesin yang menggunakan teknologi lama. – Foto KHALID BABA ELAK BARAH Dahului kaum lain sejak lebih sedekad lalu, mungkin sebab faktor genetik, sekitaran dan gaya hidup Kajian klinikal menunjukkan bahawa senaman sederhana selama 30 minit sehari boleh mengurangkan risiko meninggal dunia awal akibat barah sebanyak 50 peratus. – Dr Choo Bok Ai. Berita Harian 3 Khamis, 21 Mac 2013 3 DALAM NEGERI

Upload: lamthuy

Post on 23-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: DALAM NEGERI Khamis, 21 Mac 2013 Orang Melayu paling · PDF fileORANG Melayu paling ramai menghidap barah lim- ... Mesin yang merupakan teknologi baru dalam merawat barah itu mampu

Oleh NUR DHUHA [email protected]

ORANG Melayu paling ramai menghidap barah lim-foma berbanding kaum Cina dan India di Singapura.

Bagi setiap 100,000 penduduk, 21.3 merupakan lela-ki Melayu yang menghidap barah limfoma.

Bilangan ini lebih tinggi berbanding 15.3 pesakit lela-ki Cina dan 15.2 pesakit lelaki India yang menghidapibarah tersebut.

Di kalangan wanita, bagi setiap 100,000 penduduk,14.7 merupakan wanita Melayu yang menghidap barahlimfoma – lebih tinggi berbanding 9.6 pesakit Cina dan9.4 pesakit India yang menghidapi barah itu.

Meskipun kaum Melayu mendahului kaum laindalam barah limfoma, bilangan pesakit barah Melayu se-cara keseluruhan adalah sekitar 1.5 hingga dua kali le-bih rendah daripada kaum Cina.

Demikian perangkaan daripada laporan PejabatPendaftaran Penyakit Nasional (NRDO) mengenaitrend penyakit barah di Singapura antara 2007 dengan2011.

Menurut Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi di Hos-pital Tan Tock Seng dan Institut Barah Universiti Na-sional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, orang Melayu mendahu-lui kaum lain dalam barah limfoma sejak tahun 1998.

Namun, beliau berkata buat masa ini tidak ada penje-lesan kukuh mengapa kadar limfoma lebih tinggi di ka-langan orang Melayu dan berpendapat ia mungkin ber-gantung kepada genetik, faktor sekitaran dan perbezaandalam gaya hidup.

Barah limfoma menjejas sistem limfa.Ia terbahagi kepada limfoma Non-Hodgkin yang leb-

ih kerap menjejas pesakit berusia 55 tahun ke atas danlimfoma Hodgkin yang menjejas orang muda berusiaantara 15 dan 20 tahun dan mereka yang berusia 50tahun ke atas.

Bilangan pesakit yang menghidapi barah limfoma te-lah meningkat dari 1,746 pesakit antara tahun 1998 dan2002 ke 2,839 pesakit antara tahun 2007 dan 2011.

Pesakit barah limfoma di peringkat pertama dan ke-dua mempunyai 80-90 peratus harapan sembuhmanakala pesakit di peringkat lebih lanjut hanya mem-punyai 40-60 peratus harapan.

Dr Choo juga berkata kebanyakan kes barah limfo-ma tidak diketahui sebabnya.

Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko sese-orang menghidap barah limfoma adalah pendedahan ke-pada ubat pembunuh serangga (pesticide), merokok,bekerja dalam industri berkaitan dengan kayu, sistemimun atau daya tahan penyakit yang rendah dan jangki-tan beberapa jenis virus.

Antara tanda-tandanya ialah nodus atau ketulan be-sar yang ketara di leher, ketiak dan bahagian kemaluan

serta hilang selera, berat badan yang menurun dan de-mam yang berterusan.

Buat masa ini, tiada ujian saringan boleh dilakukanuntuk mengesan barah limfoma.

Di Singapura, secara keseluruhan, barah limfomaadalah barah kelima paling kerap dihidapi kaum lelakidan ketujuh paling kerap dihidapi kaum wanita.

Antara tahun 2007 dengan 2011, seramai 26,267 lela-ki dan 27,734 wanita menghidapi barah.

Tiga barah paling biasa dihidapi kaum lelaki ialahbarah usus besar (17.6 peratus), barah paru-paru (15.6peratus) dan barah prostat (11.8 peratus).

Bagi kaum wanita pula, tiga barah paling biasa dihida-pi ialah barah buah dada (29.3 peratus), barah usus be-sar (13.9 peratus) dan barah paru-paru (7.8 peratus).

Namun, bagi golongan Melayu, barah yang paling bi-asa dihidapi kaum lelaki ialah barah paru-paru (18.3 per-atus) diikuti barah usus besar (15.3 peratus) dan barahlimfoma (12 peratus).

Dr Choo berkata barah paru-paru mendahului sena-rai itu kerana jumlah perokok di kalangan lelaki Melayuadalah tinggi.

“Rokok mempunyai 4,000 bahan kimia yang mem-bahayakan badan dan 70 daripada bahan kimia ini bo-leh menyebabkan barah paru-paru.

“Jika seseorang merokok lebih 25 batang rokok se-hari, dia mempunyai 25 kali lebih kemungkinan terkenabarah paru-paru berbanding bukan perokok,” kata DrChoo.

Di kalangan wanita Melayu, barah paling biasa di-hidapi ialah barah buah dada (32.2 peratus), barah ususbesar (10.8 peratus) dan barah limfoma (7.4 peratus).

Dr Choo berkata meskipun barah paru-paru adalahbarah ketiga paling kerap di kalangan wanita Singapura,ia adalah barah keenam di kalangan wanita Melayu.

Ini mungkin kerana wanita Melayu kurang meng-hisap rokok berbanding kaum lain, kata beliau lagi.

TAHUKAH anda bahawa sepertiga jenisbarah boleh dielakkan?

Caranya pula agak mudah – iaitu denganmenjaga pengambilan makanan, bersenamdan mengamalkan gaya hidup sihat.

Hal ini dijelaskan oleh Konsultan JabatanRadiasi Onkologi Institut Barah Universiti Na-sional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, dalam satuwawancara baru-baru ini.

Beliau berkata barah biasanya dapat dike-kang menerusi gabungan beberapa faktordalam gaya hidup seseorang.

“Pemakanan anda memainkan perananpenting. Senaman pula membantu me-ningkatkan sistem imun atau daya tahan peny-akit dalam diri anda, menguatkan tubuh sertamembantu anda mengawal berat badan.

“Jika anda hanya melakukan satu dari-padanya iaitu bersenam tetapi tidak menjagapemakanan, ia boleh membantu menghalangbeberapa jenis barah seperti barah usus danbarah buah dada tetapi jika anda melakukankedua-duanya adalah lebih baik,” kata DrChoo, yang juga Konsultan Jabatan RadiasiOnkologi di Hospital Tan Tock Seng sejak em-pat tahun lalu.

Mengenai pemakanan, Dr Choo menasihat-kan supaya lima hidangan buah-buahandan/atau sayur-sayuran dimakan setiap hari.

Pengambilan daging merah seperti daginglembu atau kambing pula dikurangkan kepa-da 70 gram sehari, sementara pengambilan ma-kanan dalam tin, makanan barbeku dan ma-kanan yang diawet seperti kicap dikurangkan.

Menurut Dr Choo, antara sebab mengapabarah perut lebih kerap berlaku di kalanganorang Cina ialah mereka selalu makan makan-an yang diawet dan menggunakan sos yang di-awet dalam masakan.

Perokok pula dinasihati supaya berhentimerokok kerana 80 - 90 peratus barah pa-ru-paru berpunca daripada tabiat merokok.

“Jika rokok diharamkan, bilangan pesakitbarah paru-paru di kalangan masyarakat Me-layu akan berkurang.

“Daripada menduduki tempat teratas se-bagai barah paling kerap di kalangan lelakiMelayu, barah paru-paru mungkin turun ketempat ke-10 jika semua orang Melayu di-haramkan merokok,” kata Dr Choo.

Selain itu, beliau juga berkata senaman ada-lah penting bagi mengelak berat badan berlebi-han yang didapati berkaitan dengan barahusus besar, barah rahim dan barah buah dada.

“Kajian klinikal menunjukkan bahawa se-naman sederhana selama 30 minit sehariboleh mengurangkan risiko meninggal duniaawal akibat barah sebanyak 50 peratus,” jelasDr Choo.

Dr Choo selanjutnya berkata, setiap orangharus menjalani pemeriksaan kesihatan setiaptahun dan melakukan ujian saringan sepertimamogram, pap smear, Faecal Occult BloodTest (FOBT) bagi mengesan barah usus besardan ujian Prostate Specific Antigen (PSA) un-tuk mengesan barah prostat mengikut hadusia yang ditetapkan.

Memandangkan 5 hingga 10 peratus barahdisebabkan faktor keturunan, mereka yang

mempunyai anggota keluarga yang meng-hidap barah perlu melakukan ujian saringanlebih awal.

Sebagai contoh, Dr Choo berkata jika andamempunyai kakak yang menghidap barahbuah dada ketika berusia 35 tahun, andaharus menjalani ujian saringan tiga tahun lebihawal iaitu ketika anda berusia 32 tahun.

Salah satu cara mengesan barahpada peringkat awal ialah denganmengenali tanda-tandanya.

Secara umum, tanda-tandabarah termasuk berat badan yangmenurun tanpa sebab, kurang sel-era makan, rasa penat dan sakityang berterusan.

Menurut Dr Choo, beberapa je-nis barah, seperti barah buah dada,mudah dikesan awal kerana ketu-lannya boleh dirasa. Barah paru-pa-ru dan ovari lebih sukar dikesan ker-ana kedudukannya yang tersembun-yi.

“Kebanyakan barah, sepertibarah buah dada, yang dikesanmelalui ujian saringan masih beradadi peringkat pertama dan kedua.

“Jika dikesan apabila tanda-tan-danya sudah kelihatan dan berlaru-tan, barah itu mungkin sudah bera-da antara peringkat kedua dan ke-empat,” kata Dr Choo.

Jika ada tanda-tanda barah, DrChoo menasihatkan pesakit supayaberjumpa doktor bagi menda-patkan rawatan secepat mungkindan menyempurnakan semua rawa-tan yang disyorkan dan jangan me-ninggalkannya separuh jalan.

Menurut Dr Choo, bergantungpada jenis barah dan peringkatnya,rawatan yang diperlukan bolehmengambil masa sekitar sembilanbulan.

Pembedahan boleh dilakukandalam masa sehari dan memerlu-kan sekitar sebulan untuk pesakitpulih sepenuhnya.

Rawatan kemoterapi pula bolehmengambil masa tiga hingga enam

bulan dan radioterapi mengambil masa sekitarenam minggu.

Kos pembedahan pula adalah sekitar$3,000, kos kemoterapi boleh menjangkau le-bih $12,000 dan kos bagi radioterapi sekitar$3,500.

“Jika barah dikesan pada peringkat perta-ma, kemoterapi mungkin tidak diperlukan. Ja-di lebih awal ia dikesan, belanja yang dikeluar-kan untuk rawatan adalah sedikit.

“Pesakit yang mengikuti rawatan lengkapjuga dapat meningkatkan peluang hidup mere-ka sebanyak 10 hingga 20 peratus,” jelas DrChoo.

Kadar kejayaan merawat barah pula ber-gantung pada jenis barah dan peringkat iadikesan.

Sebagai contoh, kebanyakan barah pa-ru-paru dikesan di peringkat tiga dan empatdan rawatan kemoterapi dan radioterapikurang berkesan untuk merawat keseluruhanbarah itu.

Dr Choo menggalakkan pesakit barah su-paya berbincang dengan doktor mereka kera-na rawatan bagi barah kini dilakukan berdasar-kan keperluan individu dan tidak semua pesa-kit memerlukan rawatan lanjut seperti kemo-terapi atau radioterapi.

Orang Melayu paling ramai hidapi barah limfoma

Sepertiga jenis barah boleh dielak

’Rokok mempunyai 4,000bahan kimia yangmembahayakan badan dan 70daripada bahan kimia ini boleh

menyebabkan barah paru-paru. Jikaseseorang merokok lebih 25 batangrokok sehari, dia mempunyai 25 kalilebih kemungkinan terkena barahparu-paru berbanding bukanperokok.– Dr Choo Bok Ai.

Antara makanan yangboleh membantumencegah barah:

EpalBeri biruKranberiBuah delimaOrenAnggur merahKayu manisDaun selasihBawang putihBuah palaBawangKunyitKubisTomatoBrokoliLobakKeledekKubis bungaSawiBuah zaitunTaugeBayamCoklatMadu

E Sumber:http://www.eattode-feat.org

TEKNOLOGI BARU MERAWAT BARAH: Dr Choo Bok Ai kini menggunakan mesin radioterapi Varian yang baru dipasang di Hospital Tan TockSeng untuk merawat pesakit barah. Mesin yang merupakan teknologi baru dalam merawat barah itu mampu mengurangkan masa rawatanradioterapi sebanyak 50 peratus berbanding mesin yang menggunakan teknologi lama. – Foto KHALID BABA

ELAKBARAH

Dahului kaum lain sejaklebih sedekad lalu, mungkinsebab faktor genetik,sekitaran dan gaya hidup

’Kajian klinikalmenunjukkanbahawa senamansederhana selama

30 minit sehari bolehmengurangkan risikomeninggal dunia awalakibat barah sebanyak 50peratus.– Dr Choo Bok Ai.

Berita Harian 3

Khamis, 21 Mac 2013 3DALAM NEGERI

chongchj
Rectangle
chongchj
Rectangle