iklan banner paling berkesan

23

Click here to load reader

Upload: ijart85

Post on 24-Nov-2015

73 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

bagaimana hendak membuat banner yang dapat menarik orang masuk

TRANSCRIPT

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    Panduan Pengiklanan BannerYang Berkesan

    satu kajian dan pandangan

    Edisi Kemaskini 2007/2008!

    Versi 2.0

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 1

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    Panduan Pengiklanan BannerYang Berkesan

    satu kajian dan pandangan

    Pengiklanan merupakan salah satu cara mempromosikan laman web bagi tujuan

    mendapatkan trafik atau pun pelawat, sama ada untuk tujuan menambahkan bilangan

    pelawat atau tujuan menukarkan pelawat tersebut kepada menjadi seorang pembeli.

    Di dalam usaha menarik pengguna internet untuk klik banner iklan kita, maka kita perlu

    tahu apakah ciri-ciri atau kriteria penting yang perlu ada pada satu-satu banner. Ini

    adalah amat penting agar bayaran yang dikeluarkan untuk iklan banner tersebut

    berbaloi dan memberikan kesan yang diinginkan iaitu menambahkan keuntungan

    jualan produk anda di laman web.

    Terdapat dua faktor utama yang perlu diketahui di dalam melakukan pengiklanan

    banner iaitu:

    1. Rekabentuk (design) banner itu sendiri2. Tempat mengiklan banner

    Boleh dikatakan ramai yang mengabaikan kedua-dua aspek utama ini terutama aspek

    yang kedua. Selain itu, satu perkara yang membezakan seorang usahawan yang

    serius di dalam aktiviti promosi laman webnya dengan yang tidak serius adalah,

    mereka tahu aspek-aspek atau 'pengiraan' penting terhadap promosi iklan banner

    mereka. Mereka bukan hanya membayar dan kemudian 'membiarkan' sahaja banner

    tersebut di situ dengan harapan, ramai yang akan klik.

    Di dalam laporan ringkas ini, saya akan menyentuh mengenai beberapa perkara

    penting seperti rekabentuk banner, tempat mengiklan dan pengiraan asas bagi

    kempen pengiklanan menggunakan banner. Selain itu, saya akan menerangkan asas-

    asas dan juga beberapa istilah penting bagi pengiklanan banner.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 2

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    Asas Pengiklanan Banner

    Beberapa perkara penting yang perlu anda tahu di dalam pengiklanan banner adalah

    istilah-istilah yang berkaitan serta pengiraan asas untuk melihat keberkesanan iklan tersebut terhadap promosi jualan produk anda. Pengiraan? Oh, anda jangan risau, ia

    bukanlah pengiraan matematik yang susah tu, tetapi pengiraan budak darjah satu

    sahaja. :)

    Dan lebih memudahkan, kadang-kadang anda tidak perlu pun mengira kerana

    sesetengah sistem pengiklanan telah membuat pengiraan untuk anda. Dan di ruang

    pengiklanan smartusaha.com, anda diberikan akaun percuma untuk melihat statistik

    bagi pengiklanan banner anda di sistem yang digunakan.

    Antara istilah yang asas adalah seperti:

    CPM Cost Per 1000 Impression / Views. Huruf M pada CPM mewakili perkataan 'mille' yang diambil daripada bahasa Latin yang membawa maksud one-thousand. Ia

    bermaksud, berapakah bayaran untuk setiap 1000 kali paparan banner. Untuk mengira CPM, mudah sahaja dengan menggunakan formula ini:

    CPM = (Kos Bayaran x 1000) / Bilangan Impression

    Sebagai contoh, katakan saya membuka ruang iklan banner dengan kadar RM35 untuk 35,000 impression. Maka, untuk 1000 impression, anda perlu membayar sebanyak RM1.00 (inilah nilai CPM) iaitu RM1.00 untuk 1000 paparan (impression):

    CPM = (35 x 1000) / 35000

    CPM = RM1.00

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 3

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    Latihan: Jika CPM adalah RM15 untuk 1000 kali paparan, berapakah kos yang perlu anda bayar untuk 15,000 kali paparan (impression)?

    Impression Berapa kali banner anda akan dipaparkan pada laman web tersebut. Biasanya, iklan jenis banner menggunakan konsep rotate iaitu bergilir-gilir dengan

    banner-banner yang lain untuk dipaparkan di ruang iklan banner tersebut.

    CTR Click Through Rate atau disebut juga Click Through Ratio. Inilah satu perkara yang perlu dan amat wajib anda tahu kerana dengan melihat nilai ini sahaja, ia sudah

    dapat menyatakan tahap keberkesanan pengiklanan banner tersebut.

    CTR adalah peratusan klik pada banner anda daripada jumlah paparan keseluruhan.

    Atau, daripada 100 paparan, berapakah yang akan klik pada banner anda. Bagaimana

    cara mengira CTR? Mudah sahaja, iaitu bahagikan bilangan klik yang telah dilakukan pada banner anda dengan jumlah impression di ruang iklan tersebut.

    Sebagai contoh, katakan anda menggunakan satu ruang iklan banner untuk 10,000 views atau impression. Habis sahaja bilangan impression tersebut atau promosi melalui banner itu telah tamat, anda dapati sebanyak 2500 klik telah terhasil.

    Maka, CTR bagi iklan banner itu adalah:

    CTR = (2500/10,000) X 100 = 25%

    Jika dinyatakan dalam bentuk nisbah (ratio), ia berbentuk begini: 10000:2500 iaitu

    dari 10,000 paparan, 2500 orang akan klik. Jika dikecilkan nilainya iaitu 10,000 bahagi

    2500, maka hasilnya adalah 4. Bermaksud, daripada 4 orang pelawat, 1 orang akan

    klik (4:1). Atau, untuk lebih mudah menilai erti CTR, 25% membawa maksud, daripada

    100 orang, 25 orang akan klik banner iklan anda tersebut.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 4

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    Anda pasti bertanya, apakah nilai CTR yang terbaik? Soalan ini perlu ditujukan kepada

    diri anda sendiri. Jika kali ini nilai CTR bagi iklan banner anda adalah 25%, maka

    sudah pasti yang terbaik bagi anda adalah tingkatkan nilai CTR tersebut! Semakin

    tinggi CTR, bermaksud semakin berkesan pengiklanan anda melalui banner itu.

    Semakin naik CTR, semakin ramai (trafik) yang akan ke laman web anda.

    Bermaksud, semakin tinggi CTR bermakna semakin ramai yang klik pada iklan banner

    anda itu. Kadar CTR ini boleh ditingkatkan dengan dua faktor yang saya katakan

    sebelum ini iaitu rekabentuk banner dan juga tempat anda meletak iklan banner

    tersebut.

    Di dalam ebook ini, saya akan terangkan tip dan trik untuk meningkatkan CTR bagi

    iklan banner anda.

    Bilangan Klik Semua sudah sedia maklum, bilangan klik bagi banner bermaksud berapakah jumlah klik yang telah dilakukan pada banner tersebut di ruang iklan

    tersebut.

    Bagaimana untuk mengetahui bilangan klik pada banner anda? Di sinilah pentingnya

    anda atau pihak penyedia ruang iklan menyedia sistem tracking untuk iklan banner

    tersebut. Ruang iklan di blog smartusaha menggunakan sistem sebegini yang mana

    pengiklan boleh melihat bilangan klik serta melihat statistik yang tertentu. Hebatnya,

    mereka tidak perlu mengira sendiri nilai CTR kerana sistem akan mengirakan untuk

    mereka.

    Andaikata tempat anda meletak iklan banner itu tidak menyediakan sistem sebegini,

    anda boleh lakukannya sendiri tetapi ada beberapa kekangan atau syaratnya.

    Pengiraan CTR memerlukan dua nilai iaitu jumlah impression dan juga bilangan klik pada banner.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 5

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    Conversion Rate (CR) Ia bermaksud, daripada jumlah keseluruhan pelawat laman web jualan anda, berapa peratuskah yang bertindak untuk membeli. Katakan sehingga

    hari ini, jumlah pelawat keseluruhan adalah 10,000 orang dan jualan keseluruhan atau

    bilangan yang membeli adalah sebanyak 200 jualan (bukan jumlah ringgit, tetapi

    bilangan produk yang telah dibeli unit).

    Maka, conversion rate di sini adalah sebanyak 2%. Perkiraannya adalah seperti

    berikut:

    (200 / 10,000) X 100 = 2%

    Apa kaitan CR ini dengan iklan banner? CR digunakan untuk melihat sejauh mana

    keberkesanan iklan banner anda dan keberkesanan mengiklan di sesuatu laman web, maka anda perlu mengira nilai CR ini. Tetapi, amat cerewet untuk menilai nilai CR jika anda melakukan promosi dengan pelbagai cara kerana sukar untuk anda track

    maklumat pelawat seperti dari mana mereka datang.

    Namun, cara yang boleh anda lakukan adalah dengan menggunakan tracking system

    di laman web anda untuk melihat dari manakah pembeli tersebut datang. Jadi, dengan

    merujuk kepada sistem itu, anda dapat tahu berapa ramai pelawat yang datang dari

    laman web melalui iklan banner tadi dan daripada jumlah pelawat itu, berapa orangkah

    yang membeli.

    Maka, jika ramai yang membeli itu bermakna melakukan iklan banner di laman web

    tersebut amat berbaloi dan anda boleh meneruskan iklan di situ. Mengapa? Kerana

    laman web itu mempunyai 'highly targeted-buyers' yang saya nyatakan sebelum ini

    serta membuktikan 'design' banner anda adalah berkesan (berjaya menarik ramai

    orang untuk klik pada banner dan kemudian membeli).

    Di dalam ebook ini, saya tidak akan menerangkan cara untuk membuat tracking.

    Perkara ini, anda perlulah belajar atau merujuk mana-mana sumber.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 6

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    Tip Rekabentuk Banner Yang Efektif

    1. Lebihkan 'ayat' yang berkesan daripada banyak menggunakan animasi grafik. Ini terbukti kepada salah seorang pelanggan iklan banner saya sebelum ini yang mana

    banner beliau hanya teks sahaja tetapi tiada imej. Iklan banner beliaulah yang paling

    banyak bilangan klik! Namun, jika anda ingin menggunakan grafik atau imej, jangan

    letak begitu banyak, berpada-padalah.

    2. Ada Call To Action. Banner anda mestilah diletakkan dengan ayat suruhan seperti Klik Di Sini, Dapatkan Sekarang. Klik Di Sini!, Daftar Sekarang, atau apa sahaja yang jelas dan mudah difahami. Ini amat penting kerana tanpa Call To Action, kita seolah-olah

    hanya berharap 100% kepada pelawat untuk klik, padahal kita mesti 'memaksa'

    mereka untuk klik.

    Kadang-kadang, ada juga pembaca iklan banner tidak tahu apa yang perlu dibuat,

    adakah banner tersebut tidak perlu diklik? Bahkan ada juga mereka yang masih baru

    dengan dunia internet, maka ayat suruhan sebegitu akan 'membantu' mereka

    memahami apa yang perlu dibuat (action).

    3. Warna teks atau warna banner mestilah tidak menyakitkan mata. Secara mudah, jangan berlebih-lebihan dan gunakan 2 atau 3 warna sahaja. Anda

    mungkin boleh merujuk di mana-mana laman web mengenai warna, kerana setiap

    warna atau kombinasi warna mempunyai kesannya tersendiri terhadap psikologi

    manusia.

    Dan setiap warna juga perlulah disesuaikan dengan perkara yang anda ingin iklankan.

    Jika mengenai kesihatan, mungkin warna tertentu, jika pasal kewangan, mungkin

    warna tertentu.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 7

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    4. Saiz file banner mesti rendah. Inilah antara aspek yang ramai mengabaikannya. Bandingkan satu banner yang

    bersaiz 200 kilobait (kb) dengan yang bersaiz 20 kb, yang mana satukah akan keluar

    atau terpapar lebih cepat di ruang iklan? Ya, sudah pasti yang 20Kb.

    Anda perlu tahu, tidak semua pengguna internet memiliki talian internet yang laju dan

    anda juga perlu tahu, masa adalah satu ciri yang penting dan ia amat berharga bagi

    pelawat laman web tersebut. Maka, ciri ke-5 ini perlu dititik-beratkan.

    Sebagai panduan asas, iklan bersaiz 468x60 digalakkan bersaiz 12kb hingga 20kb

    (cadangan) atau kurang daripada itu. Maka, anda mesti kurangkan penggunaan imej,

    animasi dan grafik untuk mendapatkan saiz banner yang rendah sebegitu. Cara lain

    untuk mengurangkan saiz file banner adalah menggunakan format gif.

    5. Teruskan mengiklan secara berulangan dengan design yang samaJika boleh, sebelum melakukan cara ke-5 ini, pastikan banner anda sudah memiliki

    ciri-ciri banner yang berkesan. Tip kelima ini bermaksud, jika anda mengiklan di satu-

    satu tempat ruang iklan, teruskan mengiklan di ruang itu dengan menggunakan banner

    yang sama.

    Kajian pakar mengatakan, anda perlu melakukan pengiklanan dalam tempoh yang

    tertentu secara berulangan dengan design yang sama, untuk memastikan pelawat

    tahu akan kewujudan iklan anda dan membina keyakinan pada diri mereka.

    Selain itu, anda juga boleh gunakan banner yang sama untuk membina 'branding'

    tersendiri. Bermaksud, anda menggunakan design yang sama atau lebih kurang sama

    walau di mana sahaja anda mengiklan.

    6. Gunakan ayat yang powerful dan diperlukan sahajaJika boleh, optimakan atau maksimakan penggunaan perkataan yang penting dan

    diperlukan sahaja. Utamakan perkataan-perkataan yang berkesan atau powerful

    seperti percuma, hebat, murah, peluang terhad dan lain-lain lagi.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 8

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    7. Teknik TUJUH perkataanFormula ini menyarankan kita menggunakan tujuh perkataan atau kurang untuk satu

    ayat pada banner. Teknik ini ada kaitan dengan point yang ke-6 di dalam usaha

    meminimakan penggunaan perkataan.

    Bandingkan dua ayat ini:

    Ayat 1: Dapatkan pakej hosting yang servernya amat reliable dan mampu

    untuk anda membayarnya.

    Ayat 2: Pakej Hosting Paling Fleksibel Di Malaysia.

    Pada pendapat anda, ayat yang mana satukah paling mudah dan cepat dibaca?

    Sudah tentu ayat yang kedua bukan? Susah untuk membuat ayat dengan hanya tujuh

    perkataan? Ia bukan satu formula yang wajib untuk anda ikuti, ia cuma satu saranan.

    Pendek kata, besederhanalah di dalam membentuk ayat pada banner. Perhatikan

    banner di bawah dan lihat bilangan perkataan yang digunakan, dan adakah anda jelas

    apa yang banner ini mahu sampaikan?

    Menarik, tertarik dan 'simple' bukan?

    8. Gunakan imej yang bersesuaian dan 'eye catching'Gunakan imej yang sesuai dan jangan berlebih-lebihan agar saiz file banner tidak

    besar. Cuba lihat contoh banner sebelum ini, imejnya hanya satu tetapi sudah cukup

    menarik perhatian dan sesuai dengan produk yang ditawarkan iaitu servis hosting.

    Tiada imej? Jangan risau, di internet ada banyak imej 'percuma' yang boleh anda

    ambil dan guna. Taip free stock photo di enjin carian seperti google, dan anda akan

    disenaraikan laman web yang memberikan foto/imej percuma.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 9

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    9. Kombinasi yang baikBanner yang seimbang adalah banner yang mempunyai kombinasi yang baik seperti

    teks yang di-bold-kan, imej atau foto, warna latar belakang dan animasi. Kesemua unsur ini perlu dibuat secara 'kontras' iaitu adanya timbal-balik di antara satu sama

    lain. Cuba perhatikan sekali lagi contoh banner tadi. Perhatikan baik-baik mengenai

    ciri ke-9 ini pada banner tersebut.

    10. Hadkan penggunaan jenis huruf (font)Hadkan kepada satu atau dua jenis font sahaja pada design banner anda. Jika anda

    gunakan font jenis Arial, gunakan font itu sahaja atau kombinasikan dengan font lain

    yang sepadan. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya keserabutan pada design

    banner anda dan ia membosankan pembaca (tidak menarik).

    11. Animasi yang tidak begitu lajuJika anda menggunakan animasi untuk banner, pastikan ia tidak begitu laju dan tidak

    juga begitu perlahan gerakannya. Jika begitu laju, animasi tersebut akan tidak berjaya

    menyampaikan mesej kepada pembaca iklan di banner anda.

    Itulah 11 tips yang perlu anda lakukan pada rekabentuk banner anda. Ingat, usaha

    yang dilakukan dengan 'susah' pada awalnya akan berbaloi kelak apabila anda

    menggunakan banner yang berkesan daripada usaha itu. Berbeza dengan banner

    yang tidak berkesan, anda akan menghabiskan banyak wang untuk meletak iklan

    banner anda, tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

    Pendek kata, banner anda mestilah mempunyai kombinasi yang baik di antara teks,

    warna, grafik dan animasi. Jika kombinasi ini seimbang, maka ia adalah banner yang

    berkesan. Cara terbaik untuk mempelajari banner yang efektif dan baik adalah dengan

    melihat banner-banner yang menarik perhatian anda, atau melihat di mana-mana

    laman web.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 10

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    Lihat dan kaji, bagaimana banner tersebut direkabentuk, teksnya, grafiknya,

    animasinya. Dari situ, anda akan mendapat idea secara tidak langsung dan

    menambahkan daya kekreatifan anda.

    Contoh banner yang mempunyai kombinasi yang seimbang:

    Tip Ekstra 1: Ada kajian mengatakan, dengan menggunakan banner yang beranimasi (ada gerakan), bilangan CTR atau bilangan klik meningkat 33% berbanding banner

    statik (tiada animasi)! Tapi pastikan semua aspek yang berkaitan dipatuhi untuk

    mendapat hasil sebegitu.

    Tip Ekstra 2: Anda perlu melakukan percubaan demi percubaan (testing) untuk mengetahui design banner yang manakah memberikan hasil yang baik. Ini dapat

    diukur dengan peratusan CTR. Semakin tinggi CTR sesebuah banner, maka semakin

    tinggi keberkesanan banner tersebut dengan syarat, anda meletak banner tersebut di

    laman web yang sepatutnya serta mematuhi beberapa aspek yang lain.

    Di mana Tempat Mengiklan Yang Sesuai?

    1. Highly Targeted-Buyers / TrafficsSebagai contoh tempat mengiklan banner adalah di blog smartusaha.com sendiri.

    Target atau kategori pelawat di blog ini adalah terdiri daripada mereka yang berminat

    mengenai perniagaan dan keusahawanan internet. Maka, pada fikiran anda, apakah

    produk ataupun perkhidmatan yang sesuai untuk golongan pelawat ini?

    Saya berikan satu contoh iaitu ebook panduan membina laman web. Ya, sudah pasti

    mereka yang ingin berniaga di Internet perlu membina laman web. Katakan anda

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 11

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    penulis ebook tersebut, maka amatlah sesuai jika anda mengiklan di ruang iklan smartusaha tersebut kerana ebook anda (produk) itu ada kaitannya dengan isi

    kandungan blog smartusaha.

    Inilah yang dimaksudkan dengan 'targeted buyers' atau paling kurang ada pelawat

    (trafik) yang berminat mahu tahu mengenai produk anda tersebut.

    Sebaliknya, jika produk anda mengenai kesihatan seperti penyakit kanser, maka amat

    kurang berkesan jika anda mengiklan di blog smartusaha kerana blog ini mengenai perniagaan internet, bukan blog kesihatan. Namun, jika produk kesihatan tersebut ada

    kaitan atau ada fokus atau diperlukan oleh usahawan internet, maka anda boleh

    mengiklankannya di blog ini.

    Contohnya, mungkin anda ada satu produk yang dapat menjaga kesihatan mata dan

    berguna untuk usahawan internet, yang mana mereka biasanya sentiasa

    menggunakan banyak masa di hadapan komputer dan perlu menjaga kesihatan mata

    mereka. Maka produk itu sesuai diiklankan di blog smartusaha.com yang

    kandungannya banyak fokus kepada usahawan internet.

    Contoh lain yang tidak digalakkan adalah, katakan produk anda berkaitan dengan hobi

    mengumpul setem, atau sebuah ebook mengenai kucing, atau ebook resepi masakan,

    maka ia tidak sesuai diiklankan di sebuah blog perniagaan internet. Sebaliknya, anda

    perlulah mencari blog atau laman web yang berkaitan dengan produk tersebut. Jika

    produk berkaitan dengan kucing, maka carilah laman web yang berkaitan dengan

    kucing untuk meletak iklan anda.

    Bukankah mereka yang masuk ke blog perniagaan internet tu pun manusia biasa,

    mesti ada minat juga kan terhadap benda-benda lain.. Anggapan ini betul, tetapi

    TIDAK TEPAT. Ketahuilah, mereka masuk ke blog perniagaan internet adalah untuk

    mencari maklumat mengenai mengenai keusahawanan internet dan yang berkaitan,

    bukan pasal kucing.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 12

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    Maka, 90% fokus mereka adalah lebih kepada maklumat yang mereka mahukan, dan

    mereka sudah tidak pedulikan lagi mengenai perkara lain pada masa tersebut. Inilah

    dikatakan mereka bukan targeted-buyers untuk produk yang tidak berkaitan dengan

    laman web tersebut.

    Kata-kata Hikmah: Target As Deep As You Can.

    2. Ruang Iklan Banner Tidak Over-SellSaya tidak galakkan anda mengiklan di ruang iklan (laman web, portal, dan lain-lain)

    yang PENUH DENGAN IKLAN banner! Atau dalam erti kata yang mudah, mereka over-sell ruang iklan mereka. Atau dalam bahasa yang lagi mudah, mereka terus

    terima dan terima bayaran dari pembeli iklan dan mereka hanya meletakkan di ruang

    iklan mereka tanpa melihat dan menekan aspek keberkesanan. Mudah cerita, mereka

    tidak kisah banner anda ada klik atau tak, janji mereka untung!

    Walaupun portal mereka ada puluhan ribu pelawat sehari, bagi saya ia kurang berbaloi

    dan berkesan kerana banner anda terselit di antara banner-banner yang lain. Maka,

    belilah ruang iklan banner yang tidak sesak dengan banner yang lain dan hati-hatilah

    dengan tawaran banner yang ruang iklannya over-sell. Ini hanya sekadar pandangan,

    tetapi terserah kepada anda. Tidak salah untuk mencuba.

    Pendek kata, ruang iklan yang terbaik adalah laman web atau portal yang mempunyai

    isi kandungan yang sama dengan laman web atau produk yang anda ingin iklankan

    melalui banner tersebut. Pastikan juga ruang iklan tersebut tidak sesak dengan iklan!

    Bagi ruang iklan di blog smartusaha, hanya bilangan banner tertentu sahaja yang

    diterima bagi satu-satu masa, tiada unlimited, tiada over-sell.

    Ada juga pihak penyedia iklan banner menggunakan konsep bid, yang mana, jika anda

    ingin meletakkan banner di antara teratas, maka anda perlu bid dengan harga

    (bayaran) yang lebih tinggi daripada pengiklan yang lain. Semakin tinggi nilai bidaan

    yang anda letak, semakin ataslah kedudukan banner anda.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 13

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    Soalan saya, jika anda pernah melakukan hal ini, adakah ia memberikan kesan yang

    menguntungkan kepada jualan di laman web anda (convertion rates)? Bukan saya

    menyalahkan konsep bid, tetapi anda telah bid untuk membayar satu ruangan iklan

    yang kurang sesuai dan rendahnya kadar targeted-buyers! Jadi sebelum melakukan

    pengiklanan melalui cara bid ini, pastikan keberkesanan iklan dan ruang iklan tersebut.

    3. Iklan di laman web iklan?Saya tidak ada statistik dan fakta untuk mengatakan mengiklankan banner anda di

    laman web iklan (samada berbayar atau percuma) berkesan atau tidak. Cuma, dari

    segi pemerhatian saya, ia kurang berkesan kerana peratusan besar yang masuk ke

    laman web iklan hanyalah untuk membuat iklan, bukan untuk membaca iklan.

    Maka, dari situ pun kita sudah dapat menganggap bahawa, keberkesanan terhadap

    promosi iklan banner kita adalah rendah. Ingin saya ulangi sekali lagi, pengiklanan

    banner yang berkesan adalah di laman web yang berkaitan dengan apa yang anda

    ingin promosikan. Ini kerana anda mempunyai targeted-visitors atau targeted-buyers.

    Lagi-lagilah jika laman iklan tersebut AMAT PENUH dengan iklan banner dan ini biasanya terdiri daripada banner piksel yang kecil. Saya yakin anda tahu banner jenis

    ini, cantik, cute, nice... Banner kecil ini biasanya diletak di tepi laman web iklan

    tersebut dan di manakah letaknya banner anda? Ya, terselit di celah-celah kesesakan

    banner lain. :) Banner jenis ini juga ada menggunakan konsep bid, dan soalnya,

    sejauh manakah keberkesanannya?

    Mengapa saya sering menekankan mengenai targeted buyers atau laman web yang

    berkaitan dengan produk yang ingin diiklankan? Mudah sahaja. Jika anda keluarkan

    kos untuk mengiklan dan anda tidak mendapat hasil daripada iklan itu, adakah anda

    mendapat untung? Dalam bisnes, kita jangan mudah melabur atau mengeluarkan kos

    tanpa perancangan dan strategi yang efektif. Fikir-fikirkan.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 14

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    4. Iklan di laman web yang ada 'kandungan'Saya telah huraikan hal ini di 'point' pertama, tetapi saya mahu menerangkan sedikit

    lagi. Mengiklan di laman web, portal atau blog yang mempunyai kandungan seperti

    artikel lebih berkesan dan efektif. Mengapa? Kerana, point pertama telah menjawab

    soalan ini iaitu adanya TARGETED-BUYERS dan laman web sebegini tidak oversell

    ruang iklan dan bukanlah laman web iklan semata-mata.

    Anda juga perlu tahu, sesebuah laman web seperti sebuah blog mempunyai pelawat yang konsisten dan tetap, tidak seperti laman web iklan percuma atau ruang-ruang iklan lain yang semata-mata iklan sahaja.

    Seperti di point pertama, saya galakkan anda mengiklan di laman web yang berkaitan

    dengan produk yang anda ingin promosikan kerana ia lebih berkesan berbanding

    mengiklan di laman web atau ruang iklan yang umum.

    Sebagai contoh, jika produk anda untuk penyakit kencing manis, maka sudah

    semestinya adalah lebih sesuai dan efektif anda mengiklan di laman web mengenai

    kesihatan. Begitu juga jika anda ingin mempromosikan perisian yang anda jual, adalah

    lebih berkesan jika mengiklan di laman web mengenai komputer dan lebih efektif jika

    di laman web yang fokus kepada perisian.

    Mengapa? Saya sudah menjawabnya, kerana jika anda lakukan cara ini, anda

    mempunyai prospek yang bertumpu (targeted buyers/traffics).

    Persoalan lain, bagaimana saya boleh mencari ruang iklan yang efektif sebegini? Mudah sahaja.. Teruskan membaca, saya akan memberikan tip dan trik untuk anda.

    5. Iklankan di laman web atau blog yang ramai pelawatSalah satu faktor yang menyebabkan iklan anda akan banyak diklik ialah meletak

    banner di laman web yang mempunyai trafik yang tinggi. Trafik di sini bermaksud

    pelawat (orang) yang datang ke laman web tersebut. Semakin ramai pelawat, maka

    semakin tinggi kemungkinan untuk iklan banner anda diklik.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 15

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    Kedudukan banner

    Semasa ingin menentukan lokasi atau kedudukan banner yang berkesan, anda pilihlah

    bahagian atau spot (ruang) yang sentiasa menjadi tumpuan biasa mata pelawat laman

    web atau blog. Contohnya ruang paling atas (top), di bahagian sidebar (tepi) bahagian

    atas dan juga di akhir artikel laman web tersebut.

    Itulah beberapa bahagian yang amat digalakkan untuk anda pilih. Walaupun mungkin

    bahagian tersebut mahal, namun ia amat berbaloi kerana kita bermain dengan masa & 'psikologi' pelawat laman web tersebut. Jika kita meletak banner di bahagian yang tidak strategik, maka kemungkinan klik akan kurang dan pengiklanan anda di situ

    mengalami kerugian.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 16

    Ruang Iklan Banner di blogSmartUsaha.com

    Top Banner

    Side Banner

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    Saiz Standard BannerTerdapat banyak saiz standard yang digunapakai di dalam pengiklanan banner. Saiz

    standard yang diwujudkan ini adalah untuk memudahkan pihak pengiklan dan pihak

    yang menyediakan ruang iklan itu mudah untuk melakukan proses pengiklanan banner

    tersebut. Namun begitu, saiz-saiz standard tersebut bukanlah sesuatu yang wajib

    untuk diikuti, tetapi sebaliknya ia bertujuan untuk memudahkan sahaja.

    Antara saiz banner yang standard dan banyak digunapakai boleh dirujuk di laman web

    berikut: http://www.iab.net/standards/adunits.asp.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 17

    Iklan selepas artikel (bawah)

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    TIP & TRIK:Jika anda mengetahui sesebuah blog atau portal web tertentu mempunyai trafik yang

    tinggi dan berkaitan dengan produk anda, anda boleh mengiklan di laman web

    tersebut WALAUPUN mereka tidak menawarkan ruang iklan di laman web mereka.

    Bagaimana? Ada dua cara, yang pertama percuma dan kedua adalah berbayar.

    Trik 1: Anda melakukan 'banner exchange' dengan web tersebut. Anda letak bannernya di laman web anda dan pihak web tersebut meletak banner anda di laman

    webnya. Sebelum melakukan banner exchange, pastikan laman web anda dan pihak

    tersebut masing-masing mempunyai potensi yang sama rata dan memberi kesan yang

    baik untuk kedua-dua belah pihak (Win-Win Situation). Inilah banner exchange yang

    berkesan dan bukan banner exchange yang tidak fokus seperti yang anda biasa

    dengar dan tahu.

    Trik 2: Anda membuat permohonan kepada pemilik laman web tersebut. Beritahu kepadanya bahawa anda berminat untuk meletakkan banner di laman webnya bagi

    mempromosikan produk anda. Cadangkan harga bayaran untuk beliau atau anda

    memintanya menyatakan apa-apa caj (jumlah bayaran) dengan kiraan tertentu seperti

    untuk tempoh tertentu atau bilangan 'impression' banner.

    Minta kepadanya agar letak di mana-mana bahagian yang berkesan seperti yang saya

    nyatakan sebelum ini dan tajuk untuk bahagian tersebut jika boleh ditandakan dengan

    tajuk yang baik seperti produk terbaik, sponsor atau sebagainya. Dengan trik ini,

    anda dengan 'mudah' akan terselamat daripada mengiklan di laman web atau portal

    yang tidak sesuai dan tidak 'targeted'.. Malah mungkin hanya banner anda sahaja

    berada di laman web tersebut!

    Daripada trik di atas, anda tidak hanya perlu menunggu sesebuah laman web atau

    blog itu menawarkan ruang iklan dan baru anda mahu bertindak mengiklan di situ.

    Tetapi, anda boleh meminta pemilik laman web itu menyediakan ruang iklan untuk

    anda. Jika tidak dengan cara banner exchange, maka bayarlah kepadanya untuk

    meletak iklan di situ.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 18

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    Contoh IklanContoh iklan banner di blog SmartUsaha.com:

    Saiz 468x60 (bahagian Top)

    Di bahagian sidebar

    Di bahagian sidebar paling bawah

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 19

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    KesimpulanSebagai penutup kepada laporan ringkas pengiklanan banner berkesan ini, terdapat

    tiga aspek yang perlu anda kuasai dan fahami iaitu rekabentuk yang berkesan, tempat

    iklan banner yang sesuai (targeted) dan 'pengiraan' asas.

    Dengan mengamalkan beberapa tips dan triks yang telah saya berikan di sini,

    insyaAllah banner iklan anda akan mendapat klik yang banyak, namun saya tidak

    mahu menjanjikan 1001 mimpi indah. Anda cuba sendiri dan tentukan apakah yang

    terbaik untuk anda.

    Setiap teknik kadang-kadang sesuai untuk anda tetapi tidak untuk orang lain. Maka

    cara untuk mengetahui ia berguna atau tidak untuk anda adalah, anda perlu

    mencubanya sendiri.

    Ada beberapa perkara yang saya sentuh di dalam laporan ini mungkin tidak tepat dan

    ia adalah pandangan peribadi saya. Nasihat saya adalah, anda jadilah PENGGUNA yang BIJAK di dalam melakukan apa sahaja jenis pengiklanan termasuk iklan banner.

    Jangan jadi mangsa kepada mereka yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-

    mata melalui servis iklan walaupun portal atau web mereka mempunyai puluhan ribu

    pengunjung setiap hari.

    Dan jika anda adalah pihak penyedia iklan atau ingin menyediakan sedikit ruang iklan

    di laman web anda, jagalah 'kebajikan' pelanggan anda. Anda tahu apa yang saya

    maksudkan. Kita berniaga bukan untuk sehari dua, tetapi binalah satu hubungan dua

    hala dengan pelanggan kita dan salah satu caranya, jaga 'kebajikan' mereka. Inilah

    usahawan yang sebenar.

    Sekian.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 20

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    Anda boleh sebarkan special report ini secara

    percuma (jangan dijual!) untuk kebaikan bersama.

    Hakcipta adalah milik SmartUsaha.Com.

    Edarkan dengan apa cara sekalipun selagi tidak

    mengenakan sebarang harga.

    Yang Ikhlas,

    Mohd Zulfadli @ SmartZuLhttp://blog.smartusaha.comBlog Keusahawanan Internet

    ps. Pastikan anda telah mendaftarkan diri di http://banner.malaysiasoho.com agar

    kami dapat menghantar maklumat dan info yang terkini mengenai kemaskini Ebook

    ini, di samping tips dan panduan percuma terus ke emel anda.

    pps. Lawatilah selalu blog SmartUsaha.Com yang sentiasa dikemaskini dari semasa

    ke semasa. Blog ini adalah di antara perintis utama mengenai perniagaan internet

    menggunakan bahasa Malaysia di dalam rangka untuk mendidik dan memberikan

    informasi mengenai Keusahawanan Internet kepada rakyat Malaysia. Lawati

    blog ini di alamat http://blog.smartusaha.com.

    ppps. Perlukan khidmat design banner bagi pengiklanan anda? Sila rujuk pada

    mukasurat berikut.

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 21

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    Langkah Bijak Pengiklanan Banner!

    Jika anda tidak tahu merekabentuk iklan sendiri, tidak usahlah menyusahkan diri sendiri. Serahkan segalanya kepada yang PAKAR.

    Berikut adalah enam orang 'designer' yang boleh membantu anda menyediakan

    banner yang anda mahukan dengan kadar kos yang amat berpatutan. Jangan lupa

    berpesan kepada mereka agar membuat banner yang menarik, berkesan dan efektif. :)

    1. Cheapest-design.com menyediakan perkhidmatan design seperti banner, minisite, ecover, header, menu, footer dan banyak lagi. Anda hanya beri perhatian kandungan website/surat jualan anda, kami hasilkan grafik yang berkualiti bagi mewarnai kandungan tersebut.

    Hubungi kami di http://www.cheapest-design.comNurulhayati Binti Mohamed (Luvlee)No telefon: 013-4569270

    2. Perlukan Banner Yang Menarik? ImpianWanita.com menawarkan perkhidmatan tempahan banner yang menarik mengikut selera anda. Sesuai untuk laman web dan promosi. Statik atau beranimasi juga pelbagai ukuran. 100% Unik. Harga bermula dari RM15.00.

    Hubungi kami di http://design.impianwanita.comRasyidah OmarNo telefon: 07-4846108, 019-7760600

    3. Berpatutan dan berkualiti. Dapatkan banner untuk produk pengiklanan anda dengan kami. Kepuasan anda menjadi sasaran kami.

    Hubungi kami di http://www.18design.co.nrIzzuddinEmail: [email protected]

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 22

  • Panduan Asas Pengiklanan Banner Efektif

    4. Dapatkan Banner Berkualiti Tinggi Pada Harga Termurah. 30 Hari Jaminan Wang Dikembalikan. Diskaun 70% Untuk 5 Rakyat Malaysia Terawal Setiap Bulan. Diskaun 50 % Untuk Seterusnya.

    Maklumat lebih lanjut di http://www.myproecover.com/bannerAhmad MawardiNo telefon: 014-8204360 (Celcom) atau 014-2325080 (Maxis)

    5. Dapatkan banner beranimasi yang menarik dengan kadar bayaran yang mampu anda bayar. Info lanjut sila hubungi kami.

    Hubungi kami di http://www.formulasakti.comMohamad AsmidNo telefon: 016-7583483

    6. Ingin membina grafik sendiri untuk ebook, laman web dan juga bagi pengiklanan anda? Dapatkan panduan yang mudah difahami daripada kami. *Khidmat rekabentuk banner juga disediakan.

    Dapatkan maklumat lanjut di http://www.pakejatoz.comShuhaimi IsmailEmel: [email protected]

    Hakcipta Terpelihara 2006-2008 SmartUsaha.Com 23