ayam masak merah yang paling best

15
Ayam Masak Merah Yang Paling Best

Upload: noor-shaiera

Post on 13-Dec-2015

34 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Page 1: Ayam Masak Merah Yang Paling Best

Ayam Masak Merah Yang Paling Best

Page 3: Ayam Masak Merah Yang Paling Best

Saya memang suka mencuba resepi turun temurun atau resepi yang digunakan oleh mereka yang berniaga atau resepi yang digunakan oleh tukang tukang masak bagi majlis majlis kahwin. Kerana yang pasti, resepinya adalah proven and tested recipe. Resepi Ayam Masak Merah yang ini diambil dari blog Ana Suzana yang dipelajari dari ayahnya yang merupakan seorang tukang masak bagi majlis kenduri kawin yang tersohor di kampung beliau. Dah lama resepi ini disalin, cuma belum ada kesempatan dan masa yang sesuai untuk dicuba sendiri sehingga lah hari ini.

Page 4: Ayam Masak Merah Yang Paling Best

Serius, sangat sedap Ayam Masak Merah ini dan pastinya ia akan menjadi a keeper recipe untuk masakan Ayam Masak Merah saya di masa masa hadapan. Bahan bahan yang digunakan pun sangat simple. Ada sesetengah resepi, menggunakan tomato puree yang agak mahal. Dan yang paling tak best, ianya digunakan sedikit sahaja dan bakinya jika tak digunakan akan terbuang begitu sahaja. Saya perhatikan resepi ini tidak menggunakan gula tapi saya menambah sedikit gula bagi melengkapkan rasanya mengikut citarasa kami.

Seronok melihat Dato Saleh dan anak anak menambah meratah ayam masak merah yang dihidangkan walaupun saya tidak menyediakan nasi. Klik di SINI untuk entri berkenaan. Sebenarnya saya boleh jer menyediakan nasi minyak atau nasi tomato kerana semua gandingan lauk sudah serasi seperti gulai kambing di SINI, ayam masak merah dan acar timun masak. Tapi memikirkan hidangan petang, pasti nasi tidak berapa sesuai. Jadi kami sediakan roti jala, nasi impit dan lemang sebagai ganti nasi.  

Jom kita tengok resepi di bawah ini. Jika anda ingin tahu bagaimana rasanya, bolehlah cuba memasaknya sendiri. Pasti terpikat dengan sambalnya yang pekat melekat giteww...

Page 5: Ayam Masak Merah Yang Paling Best

Ayam Masak MerahOleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.2 kuntum bunga lawang1 batang kulit kayu manis2 sudu besar sos cili60 ml santan 250 ml air 3 biji tomato - belah 4Garam secukup rasaGula secukup rasa - saya tambah

Page 6: Ayam Masak Merah Yang Paling Best

Minyak utk menumisKacang peas - opsyenal

Bahan bahan kisar halus:4 biji bawang besar5 ulas bawang merah5 ulas bawang putih2 cm halia15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan bahan hiris:3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland5 ulas bawang putih2 cm halia - hiris jadi 3 keping

Cara cara:Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.

Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak. 

Page 9: Ayam Masak Merah Yang Paling Best

Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.

Page 10: Ayam Masak Merah Yang Paling Best

Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.

Page 11: Ayam Masak Merah Yang Paling Best

Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.

Page 13: Ayam Masak Merah Yang Paling Best

Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.