dal

3
Dalam bidang profesion perguruan, kita perlu ada pelbagai variasi kebolehan untuk diaplikasikan dalam anak-anak murid kita di sekolah. Seperti yang kita semua tahu, bidang perguruan ini tidak spesifik tugasnya ketika bekerja. Selain dari mendidik pelajar dalam kelas, kita juga sebenarnya mengajar mereka secara tidak langsung di luar bilik darjah. Contohnya, seorang guru akan mengiringi murid- murid dalam aktiviti perkhemahan atau aktiviti rumah sukan. Jadi, tidak kiralah kita guru subjek apa sekalipun, hakikatnya, kita melakukan pelbagai tugas di luar opsyen kita sendiri. Jadi, amatlah penting bagi seseorang guru itu mempunyai pelbagai kebolehan untuk mendidik anak bangsa supaya terus berjaya. Dalam konteks guru muzik, secara am nya guru muzik sering kali menjadi guru kesukaan murid-murid di sekolah kerana mata pelajaran muzik sangat menyeronokkan dan bersifat santai. Untuk menjadi seorang guru muzik yang baik, pengetahuan mengenai cara-cara bermain alat-alat muzik sangat penting. Kod – kod mudah perlu dikuasai di hujung jari sahaja. hal ini sangat berguna kerana ketika mengajar di dalam kelas, pelajar lebih tertarik sekiranya guru itu memainkan muzik secara ‘live’ di hadapan mereka berbanding hanya memutarkan minus one dari radio. Oleh itu, pembelajaran kibod dari peringkat PPISMP di IPG ini sememangnya asas dalam menjadi seorang guru muzik yang berkaliber. Bak kata pepatah, berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Tidak semua antara kami yang baru sahaja memasuki alam IPG ini tahu bermain kibod. Kami semua mempunyai pelbagai latar belakang muzik dan setiap seorang mempunyai kelebihan masing-masing. Namun perkara itu tidak menjadi masalah yang besar kerana dalam kelas J1.5, kami mengamalkan sikap saling bantu-membantu sesama kami. Dalam kelas kami, majoriti sudah

Upload: leiazaifin

Post on 02-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dal

Dalam bidang profesion perguruan, kita perlu ada pelbagai variasi kebolehan untuk

diaplikasikan dalam anak-anak murid kita di sekolah. Seperti yang kita semua tahu, bidang

perguruan ini tidak spesifik tugasnya ketika bekerja. Selain dari mendidik pelajar dalam

kelas, kita juga sebenarnya mengajar mereka secara tidak langsung di luar bilik darjah.

Contohnya, seorang guru akan mengiringi murid-murid dalam aktiviti perkhemahan atau

aktiviti rumah sukan. Jadi, tidak kiralah kita guru subjek apa sekalipun, hakikatnya, kita

melakukan pelbagai tugas di luar opsyen kita sendiri. Jadi, amatlah penting bagi seseorang

guru itu mempunyai pelbagai kebolehan untuk mendidik anak bangsa supaya terus berjaya.

Dalam konteks guru muzik, secara am nya guru muzik sering kali menjadi guru

kesukaan murid-murid di sekolah kerana mata pelajaran muzik sangat menyeronokkan dan

bersifat santai. Untuk menjadi seorang guru muzik yang baik, pengetahuan mengenai cara-

cara bermain alat-alat muzik sangat penting. Kod – kod mudah perlu dikuasai di hujung jari

sahaja. hal ini sangat berguna kerana ketika mengajar di dalam kelas, pelajar lebih tertarik

sekiranya guru itu memainkan muzik secara ‘live’ di hadapan mereka berbanding hanya

memutarkan minus one dari radio.

Oleh itu, pembelajaran kibod dari peringkat PPISMP di IPG ini sememangnya asas

dalam menjadi seorang guru muzik yang berkaliber. Bak kata pepatah, berakit-rakit dahulu,

berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Tidak

semua antara kami yang baru sahaja memasuki alam IPG ini tahu bermain kibod. Kami

semua mempunyai pelbagai latar belakang muzik dan setiap seorang mempunyai kelebihan

masing-masing. Namun perkara itu tidak menjadi masalah yang besar kerana dalam kelas

J1.5, kami mengamalkan sikap saling bantu-membantu sesama kami. Dalam kelas kami,

majoriti sudah mempunyai asas piano bagi pelajar perempuan manakala lelaki lebih kepada

guitar serta drum.

Setiap kumpulan untuk kerja kursus kami dibahagi kepada empat. Setiap kumpulan

mempunyai 3 orang ahli. Untuk kumpulan saya terdiri daripada Ennos Julian, Nik Nurliyana

dan saya sendiri. Kami bergabung dan membentuk sebuah ensemble kibod. Kami diberi

skor lagu ‘Jangan bercakap bohong’ yang telah digubah oleh Ramlan Harun. Lagu ini

bernada gembira iaitu C major. Satu bar mempunyai dua nilai not krocet. Jumlah bar adalah

16.

Dalam kumpulan saya, setiap seorang memainkan peranan sendiri. Saya

memainkan melodi lagi menggunakan ‘piano voice’ . Ennos pula memainkan rentak (rhythm)

serta intro. Nik pula memainkan kod. Tempo yang kami gunakan ialah 120 .Kami memilih

rentak yang berbunyi ‘country’ kerana lebih sesuai dengan mood lagu ini yang gembira.

Page 2: Dal

Kami pernah mempersembahkan ensemble kibod kumpulan kami kepada rakan-rakan

sekelas kami dan semua menikmati lagu yang kami persembahkan.

Saya berasa cukup bertuah berada dalam kumpulan ini kerana kumpulan saya

semuanya mempunyai asas bermain piano yang boleh diaplikasikan di keyboard. Ennos

mempunyai grade 6 piano sama seperti saya. manakala Nik grade 4. Jadi, kami tiada

masalah dalam penjarian ketika bermain keyboard. Apa yang kami lakukan untuk

mempertingkatkan kualiti persembahan kami ialah dengan berlatih setiap hari untuk

melahirkan rasa keyakinan untuk membuat persembahan.

Hasil yang saya dapat sepanjang melaksanakan kerja kursus ini sangat bernilai.

Dengan ensemble kibod saya bukan sahaja belajar mengenai kibod semata-mata. Saya

juga belajar cara-cara untuk bekerjasama dalam satu kumpulan untuk melaksanakan

sesuatu persembahan. Amat berbeza sebenarnya menyiapkan tugasan bertulis dalam

kumpulan dengan membuat persediaan untuk persembahan. Tahap keyakinan yang tinggi

perlu disemai supaya tidak gemuruh di hadapan penonton. Kerana itulah kami sekumpulan

kerap mengadakan latihan untuk melatih diri kami supaya biasakan diri dengan penonton.

Saya juga dapat belajar bagaimana hendak menegur rakan sekumpulan sekiranya

mereka melakukan kesalahan dalam persembahan tanpa membuat dia berasa kecil hati

terhadap teguran saya. Contohnya, saya menegur Nik yang tersalah bermain kod. Nik juga

menerima teguran saya dengan hati yang terbuka. Ennos juga menegur saya bermain

melodi tidak mengikut tempo. Saya juga belajar untuk menerima teguran Ennos tanpa rasa

kecil hati.

Memetik kata-kata bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir, ‘setiap

kejayaan yang anda kecapi, bermula dari selangkah tapak di hadapan’. Oleh itu, Kemahiran

kibod yang kami belajar ini hanyalah permulaan sahaja. masih banyak lagi yang kami belum

tahu yang kami akan belajar secara lebih mendalam pada masa akan datang. Walau

bagaimanapun, kami berasa puas hati dengan persembahan kami dan berharap dapat

mempertingkatkan prestasi kami lebih lagi pada masa akan datang. Seterusnya, saya

berharap kami semua dapat menjadi guru muzik yang cemerlang dan mencapai hasrat IPG

untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti untuk berbakti kepada anak bangsa.