w huruf yg ke-23 abjad rumi - lamanbahasa's blog  · web viewmembuat (mengikat ... sj makanan...

51
w huruf yg ke-23 abjad Rumi. W simbol kimia bagi tungsten. wa I 1. dan (disebut dlm beberapa ungkapan Arab); wallahuaklam dan Allah Yang Lebih Mengetahui; 2. demi (disebut utk bersumpah); wallahi demi Allah. wa II = pak (mak) ~ (a) pak (mak) tua (panggilan kpd ibu atau bapa saudara yg tertua); b) bp kekasih (lelaki atau perempuan); wak I. waad Ar 1. janji: tiadalah kami kedua-dua ini mengubah ~ kami dan setia kami; melupakan ~ mengingkari janji; mengubahkan ~ memungkiri janji; 2. sampai janjinya (ajalnya); datang ~ Allah atasnya sampai janjinya, mati; berwaad membuat (mengikat) perjanjian, berjanji: jikalau tuanku mahu anak patik itu, mahulah Duli Yang Dipertuan ~ dgn patik. waadah waadat. waadat Ar perjanjian; berwaadat berjanji, membuat perjanjian: perjanjian atau ~ itu semacam bertentangan dgn asas keutuhan asal-usul raja itu. waang Mn engkau: dah lama kami menunggu ~. wabah wabak. wabak 1. sj penyakit menular, (berjangkit) yg merebak: ~ cacar; ~ taun; 2. kejadian atau perbuatan buruk (spt penagihan dadah, perbuatan jenayah, dll) yg merebak ke merata

Upload: hoangdien

Post on 14-Jul-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

w huruf yg ke-23 abjad Rumi.

W simbol kimia bagi tungsten.

wa I 1. dan (disebut dlm beberapa ungkapan Arab); wallahuaklam dan

Allah Yang Lebih Mengetahui; 2. demi (disebut utk bersumpah);

wallahi demi Allah.

wa II = pak (mak) ~ (a) pak (mak) tua (panggilan kpd ibu atau bapa

saudara yg tertua); b) bp kekasih (lelaki atau perempuan); wak I.

waad Ar 1. janji: tiadalah kami kedua-dua ini mengubah ~ kami dan

setia kami; melupakan ~ mengingkari janji; mengubahkan ~

memungkiri janji; 2. sampai janjinya (ajalnya); datang ~ Allah

atasnya sampai janjinya, mati;

berwaad membuat (mengikat) perjanjian, berjanji: jikalau tuanku

mahu anak patik itu, mahulah Duli Yang Dipertuan ~ dgn patik.

waadah waadat.

waadat Ar perjanjian;

berwaadat berjanji, membuat perjanjian: perjanjian atau ~ itu

semacam bertentangan dgn asas keutuhan asal-usul raja itu.

waang Mn engkau: dah lama kami menunggu ~.

wabah wabak.

wabak 1. sj penyakit menular, (berjangkit) yg merebak: ~ cacar; ~ taun;

2. kejadian atau perbuatan buruk (spt penagihan dadah, perbuatan

jenayah, dll) yg merebak ke merata tempat: ~ dadah perlu

dibanteras; ~ kepincangan yg melanda koperasi;

mewabak merebak dgn cepat: ruapan itu ~ hingga memenuhi

setiap ruang tanah itu; bayangan hitam itu ~ ke hati Raid yg

memaksanya mengasak terus;

mewabakkan menyebabkan merebak, merebakkan: aku tahu

jawaban itu akan ~ suasana tegang ke seluruh pelosok rumah

kami.

Page 2: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

wabakdahu Ar dan kemudian drpd itu, dan sesudah itu.

wacana 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan,

pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea

secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg

utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan

(spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur

kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~

sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak;

mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: para ilmuan cuba

berbincang dan membuat analisis terhadap tajuk-tajuk yg dipilih

utk diwacanakan secara objektif.

wad bilik atau bahagian di sesebuah hospital yg menjadi tempat tinggal

para pesakit, biasanya mereka yg mengalami penyakit yg sama, utk

menjalani rawatan: ~ kecemasan; ~ ortopedik; ~ bersalin;

mengewadkan memasukkan seseorang ke dlm wad: Selvamuthu

telah diwadkan selama tiga minggu.

wadah 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas,

medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu):

pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ utk

para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar

pendapat; ada orang melihatnya berfungsi sbg ~ pengiklanan,

medan propaganda, suatu saluran utk menyampaikan informasi,

dan bermacam-macam lagi;

berwadahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wadah:

kita telah dapat mengemukakan penyelesaian agama dgn ~ ilmu

pengetahuan, sains dan teknologi, di samping berdoa dan

bertawakal kpd Allah;

mewadahi menjadi wadah kpd (atau bagi): kebosanannya sudah

lama ~ kekecewaan utk mendapatkan sebarang kerja.

Page 3: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

wadai wade.

wadar pegawai yg mengawal orang tahanan di penjara, pegawai penjara,

pengawal orang tahanan di penjara.

wadas Jw lapisan tanah yg keras spt karang; cadas.

wadat Jw tidak berkahwin, membujang.

wade (wadé) sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd

tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di

tengahnya.

wadheh (wadhéh, wadhih) Ar → wadih.

wadi I Ar sungai yg tidak berair di padang pasir (berisi air apabila turun

hujan), lembah.

wadi II sj air putih (pekat) yg keluar dr zakar atau faraj ketika badan

penat bekerja.

wadih Ar sl jelas, terang dan nyata (bkn khabar dll), sahih: supaya boleh

~ dan selesai perkhabaran kita.

wadon Jw sl perempuan.

waduh sr utk menyatakan kehairanan (rasa sakit dsb), aduh.

waduk Jw 1. perut besar (tempat mencernakan makanan); 2. = ~ air sj

kolam tempat mengumpul dan menyimpan air utk digunakan pd

musim kering; 3. = ~ air sj tangki air yg tinggi.

wadung Jw beliung.

wafak Ar 1. waktu yg pasti (berlakunya sesuatu); 2. setuju dgn, menurut.

wafat Ar, bh meninggal dunia (digunakan utk nabi dan rasul): setelah

Nabi ~, Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah;

kewafatan kematian (nabi dan rasul): selepas ~ Rasulullah,

sayidina Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah pertama.

wafel sj pankek yg tebal dan rangup, biasanya dimakan dgn madu dsb.

wafer sj biskut yg nipis, agak manis dan rapuh, biasanya dimakan dgn

aiskrim.

Page 4: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

wagon gerabak kereta api, gerbong.

wah sr utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): ~, dahsyat

sungguh!; ~, bukan main banyaknya wang masuk!

wahadah wahdah.

wahadaniah wahdaniah.

wahadat, wahadiah, wahadiat wahdah.

wahah kawasan yg agak subur di padang pasir (berair dan ada tumbuh-

tumbuhan).

wahai sr kata utk menyatakan rasa sedih (menarik perhatian,

memperingatkan, dll): ~, tidak ada pertolongan lagi, tidak ada

harapan lagi!; ~ kawan, berhati-hatilah sedikit!

waham sangkaan atau alasan yg samar-samar (jauh drpd yakin), was-

was: tiga kali saya mengangkat takbir barulah berasa betul bersih

dan tidak ada syak dan ~;

mewahamkan 1. menduga, menyangka-nyangka; 2.

mencurigakan, meragu-ragukan, mengesyaki;

kewahaman sesuatu yg diwahamkan (dicurigai): ilmu al-Yaqin itu

tidak mengandungi sebarang keraguan, kesalahan, dan ~.

wahana saluran atau perantaraan (yg memungkinkan sesuatu dilakukan,

disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yg layak menjadi

bahasa ilmu utk ~ pemikiran dan utk pengembangan budaya

bangsa; lukisan kartun sering digunakan orang sbg ~ propaganda;

RTM seharusnya menjadi ~ komunikasi ilmu dan sekali gus ~

komunikasi budaya yg berkesan;

berwahanakan menggunakan sesuatu (spt bahasa) sbg wahana:

keperluan khusus yg ~ bahasa asing.

wahdah Ar keesaan (Tuhan).

wahdaniah Ar keesaan, ketunggalan.

wahi Ar wahyu.

Page 5: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

wahid Ar yg esa (sifat Tuhan), tunggal.

wahmi dianggap tidak wujud, agakan atau sangkaan belaka: sungguhpun

pd zahirnya dia wujud tetapi ~ jua.

wahon wagon.

wahyu firman (kalam) Allah yg dibacakan kpd nabi dan rasul-Nya yg

disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa

melaluinya: Nabi Muhammad SAW menerima ~ utk

mengembangkan agama Islam;

mewahyukan menurunkan wahyu kpd, menyampaikan petunjuk

(pengajaran dll) dgn wahyu: wahyu disampaikan kpd Nabi oleh

Jibril, dan segala apa yg diwahyukan kepadanya itu

disampaikannya pula kpd sahabat-sahabatnya;

pewahyuan proses menyampaikan wahyu: ~ dan penyebaran al-

Quran.

wai I sr utk menyatakan rasa terkejut (hairan dsb).

wai II batang air, kali, sungai.

waiduri baiduri.

wailol Pl bodoh, bahlul.

waima, waimma Ar sama ada, walaupun: apa pun yg dibuat manusia, ~

dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan

berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan.

wain minuman keras yg dihasilkan drpd peraman air anggur.

waisya sl kasta yg ketiga dlm agama Hindu (terdiri drpd golongan

pedagang, petani, dan tukang).

waizuri raja muda; wizurai.

waja 1. = besi ~ sj besi yg keras dan kuat, baja; hati ~ ki hati yg keras:

semangat ~ ki semangat yg kuat; 2. (bkn semangat, cita-cita, dsb)

kuat: Afifi berani dan punya cita-cita ~;

berwaja menjadi teguh: keyakinan ~ di hatinya;

Page 6: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

kewajaan sifat atau keadaan waja, kekuatan: yg penting ialah ~

semangat kaum tani dlm menghasilkan tuaian mereka.

wajah 1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula

terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keadaan

luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu)

sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah

sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia

pasti menggembirakan;

berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah; ~ sedih (suka,

lesu, dsb); 2. mempunyai atau menampakkan wajah (rupa atau

keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur

pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej

sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru;

berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah:

masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia;

mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah

sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia.

wajan Jw kuali tempat menggoreng, bajan.

wajar 1. memang begitu (tidak dibuat-buat, ditambah-tambah, dll); nasi

~ nasi biasa (nasi putih, tidak bersantan, dll); 2. sebagaimana yg

sepatutnya (bersesuaian, kena pd tempatnya, dsb), dapat diterima

atau dipertahankan sbg munasabah, seharusnya, semestinya,

sepatutnya: kaum wanita harus mendapat tempat yg ~ dlm

masyarakat; tuntutan rakyat yg ~ utk keperluan hidup;

sewajar; ~ dgn sama halnya dgn, selaras dgn, setimbal dgn, sesuai

dgn;

sewajarnya 1. memang begitu halnya (keadaannya dll),

sebenarnya (demikian), sememangnya: sbg seorang yg dilahirkan

di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati

Page 7: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang

begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu:

pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg

berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak

dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang

fikiran kanak-kanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya,

sebagaimana mestinya, sebagaimana patut: kandungan Quran itu

harus difahami dgn ~;

mewajarkan menjadikan dapat diterima atau dianggap sbg

sepatutnya atau seharusnya demikian, menjadikan

(memperlihatkan dsb) wajar: filem ini tidak berusaha utk ~

kekuasaan kolonial bangsa kulit putih; saya tidak nampak

sebarang alasan atau hujah yg kuat yg dapat ~ kita bertindak

menghapuskan tulisan Jawi;

kewajaran perihal wajar: perbincangan di atas telah menunjukkan

~ pendirian ini; apakah ada ~ atau tidak utk bertindak

sedemikian?

wajib Ar 1. hukum suruhan (dlm Islam) yg apabila dilaksanakan

mendapat pahala dan apabila ditinggalkan berdosa, mis

sembahyang lima waktu dan menunaikan zakat: ada lima rukun

Islam yg ~ ditunaikan oleh tiap-tiap orang Islam; 2. tidak boleh

tidak (diamalkan, dilakukan, dsb), mesti, perlu: orang tua ~

memberikan asuhan yg cukup kpd anak mereka; 3. sudah

seharusnya (sepantasnya, sepatutnya): kita ~ mengucapkan syukur

dan berterima kasih kpd orang yg telah menolong kita;

~ belajar kemestian menuntut ilmu (belajar); ~ pajak Id orang yg

wajib membayar cukai;

sewajibnya semestinya, sewajarnya, seharusnya: ~lah mereka

bersatu padu dan bekerjasama utk mencapai kemajuan;

Page 8: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

berwajib bertanggungjawab mengelolakan atau mengurus sesuatu

(bkn orang, institusi, dll yg): bantahan itu sudah disampaikan kpd

yg ~; bidang ini juga melibatkan DBP, pihak-pihak yg ~, dan

orang ramai dlm menentukan taraf bahasa Melayu di negara ini;

mewajibkan 1. menjadikan wajib (dilakukan, diamalkan, dll),

menjadikan kemestian, memestikan, mengharuskan: Islamkah

engkau kalau engkau tidak mengikut syarat dan undang yg

diwajibkan ke atas seorang Islam? 2. menyerahkan tugas (kerja

dll) kpd, memestikan sesuatu kpd: kerajaan ~ suntikan cacar;

kewajiban, kewajipan 1. sesuatu yg diwajibkan, kemestian,

keharusan: ia setia kpd suaminya, dan suaminya itu pun tidak

melupakan ~nya; 2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas

perintah: kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut;

berkewajiban, berkewajipan mempunyai kewajiban

(tanggungjawab), bertanggungjawab: suamilah yg ~ mencari sara

hidup.

wajik sj penganan yg dibuat drpd beras pulut (gula, santan), nasi manis,

pulut kacau;

~ takik wajik yg dibuat keras (supaya tahan lama); potong ~

potongan (kuih dll) yg berbentuk empat persegi menyerong.

wak I panggilan kpd bapa atau ibu saudara yg tua (atau orang yg boleh

dianggap bapa); wa II.

wak II bunyi spt bunyi itik dll.

wak III sl; Seri W~ Raja sl gelaran utk pembesar (kerajaan Melaka).

wakaf I Ar 1. sesuatu yg diberikan utk kegunaan orang ramai (sbg

derma), sesuatu yg diberikan atau diuntukkan bagi keperluan dsb

yg berkaitan dgn agama Islam; sumur (telaga) ~ sumur (telaga) yg

dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi

Page 9: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

keperluan agama (utk perkuburan, mendirikan masjid, dll); 2.

badan (institusi) yg dibentuk yg ada kaitan dgn agama Islam;

berwakaf memberikan sesuatu (tanah, harta, dll) utk keperluan

(kegunaan) umum atau keagamaan;

mewakafkan memberikan (tanah, harta, dll) utk kegunaan orang

ramai, memberikan sesuatu utk hal atau keperluan yg berkaitan

dgn agama: pokok manggis itu diwakafkan kpd sesiapa yg tidak

mempunyai pokok manggis dlm paraknya;

pewakaf orang yg mewakafkan sesuatu: ~ berkuasa menentukan

orang yg bertanggungjawab sbg pentadbir harta wakafnya.

wakaf II Ar tempat berhenti sebentar (membaca dll), jeda.

wakalah Ar perwakilan.

wakil 1. orang yg diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak

orang lain, pengganti, sulih: ia dihantar sbg ~ ayahnya utk

menyelesaikan hutang-piutang itu; 2. orang yg dilantik sbg utusan

atau utk bertindak dsb bagi pihak (kerajaan, persatuan sekerja,

rakyat, dll), utusan: beliau dihantar sbg ~ Malaysia ke persidangan

B.B; 3. orang (syarikat dll) yg menjalankan urusan perniagaan dsb

utk orang atau pihak lain, ejen: syarikat itu telah dilantik sbg ~

General Motors di negeri ini; 4. Id jawatan yg kedua tingginya (di

bawah jawatan yg disebutkan berikutnya), naib, penolong,

timbalan: ~ kedua; ~ presiden;

~ dagang orang yg dilantik utk mengurus perdagangan; ~ mutlak

wakil yg diberi kuasa (hak dll) yg penuh; ~ nikah orang yg menjadi

wakil pengantin dlm pernikahan; ~ (pejabat) pos pejabat pos kecil

(yg biasanya menjadi wakil urusan pos di kampung-kampung dan

tidak mempunyai bangunan yg khas); ~ rakyat seseorang yg telah

dipilih dlm pilihan raya utk menjadi wakil penduduk di kawasan

pilihan rayanya (dlm parlimen dsb), ahli parlimen, ahli majlis

Page 10: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

undangan negeri; ~ tetap orang dll yg dilantik menjadi wakil utk

waktu yg berpanjangan; ~ tunggal wakil perdagangan yg satu-

satunya (tidak ada wakil yg lain);

berwakil mempunyai (memakai) wakil, melantik (memberi kuasa

dsb kpd) seseorang utk berlaku sbg wakil: masalahnya, dia sendiri

tidak hadir dan tidak pula ~;

berwakilkan menggunakan (melantik dll) sbg wakil: pelabur-

pelabur yg ~ pejabat pos akan menerima surat akuan penerimaan

dr Ibu Pejabat ASNB;

mewakili menjadi wakil kpd, bertindak sbg wakil atau pengganti

kpd atau bagi pihak (seseorang dll), menyulihi: peguam yg telah

disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana

mahkamah utk ~ orang;

mewakilkan 1. memberi kuasa kpd seseorang utk menjadi wakil,

menunjuk (melantik) seseorang lain utk mewakili: semua ahli

mesti hadir sendiri, tidak boleh ~ orang lain; 2. menyerahkan kpd

orang yg dipercayai utk diurus dsb, mempercayakan

(mengamanahkan) kpd: perahu besar itu tinggal di pangkalan

Saleh, diwakilkannya kpd orang di situ;

perwakilan 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-

mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah

dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan

(pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~

seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan

Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat

wakil-wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg

mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat

perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi duta-duta

Page 11: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili)

perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya.

waktu 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan

datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk

bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg

tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat

(masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah

ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu;

jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd

~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk

(berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~

lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll,

suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~

malam;

W~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan

sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat

waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau

pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang;

~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg

paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan

biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu

lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling

tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara

dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana;

habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg

tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal;

sewaktu dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan

itu telah dirompak ~ menangkap ikan;

Page 12: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

sewaktu-waktu bila-bila sahaja, sebarang waktu: ~ kami dapat

ditangkap;

berwaktu mempunyai waktu yg tertentu, memakai waktu;

sembahyang diberi ~, janji diberi berketika prb sesuatu pekerjaan

hendaklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna.

wakwak sj kera, ungka, wawa.

walabi sj marsupial drpd famili Macropodidae, yg serupa dgn kanggaru

tetapi saiz tubuhnya lebih kecil, mempunyai kaki belakang yg

besar dan ekor yg panjang.

walad Ar anak (laki-laki).

walah kewalahan.

walak Mn ark; mewalakkan menaruh, meletakkan;

terwalak terletak.

walakin Ar 1. meskipun, walaupun, sungguhpun: kehendak yg suci itu

diperkenankan oleh kepala kantor itu, ~ dgn hati berat; 2. akan

tetapi, namun (demikian).

walang I = ~ hati = berhati ~ bersusah (bersedih) hati, dukacita, gelisah,

khuatir;

berwalang; ~ hati walang hati.

walang II Jw sj belalang; ~ sangit sj serangga, cenangau, pianggang.

walaru sj kanggaru besar yg terdapat di kawasan berbatu-batan di

Australia, Marcopus robustus.

walau 1. dan sekiranya, dan jika: ~ ke laut sekalipun, adinda akan ikut

juga; 2. = walaupun biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah

lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I.

waledan Jw gaji (kenaikan atau tambahan gaji) yg belum dibayar.

waleh (waléh) Jw tidak berselindung lagi, berterus terang, mengaku.

walet (walét) Jw sj burung layang-layang.

Page 13: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

walhal 1. padahal, sedangkan, dlm pd itu: sehingga hari itu, zakat harta

dikenakan pd petani sahaja ~ yg wajib mengeluarkannya bukanlah

petani sahaja; 2. meskipun, sungguhpun: belum puas lagi Ani

melihat gambar yg tertera di muka itu, ~ sudah sekian kali dia

melihatnya.

walhasil 1. dan hasilnya, kesudahannya, kesimpulannya: maka

panjanglah borak dan bual kedua-dua orang perempuan itu, ~

apabila perempuan berjumpa sama-sama perempuan macam-

macamlah jadi; 2. sebenarnya, pd hakikatnya: pd namanya saja

mereka itu Islam, ~ pd amalannya mereka menyimpang drpd

ajaran Islam.

wali I 1. orang (bapa, datuk, abang, bapa saudara, sepupu laki-laki) yg

boleh menikahkan pengantin perempuan: Cik Rabiah masih

mempunyai ~ ikrabnya yg kuat, iaitu bapanya sendiri; 2. orang yg

diberi kuasa (dlm Islam) utk mengurus anak yatim dan hartanya

sehingga ia dewasa; 3. = ~ Allah = waliullah orang yg dipilih oleh

Allah SWT utk mendapat pertolongan-Nya dgn dirapatkannya pd

kehadiran-Nya: saya ini bukannya keramat atau ~ Allah; 4. orang

yg memerintah sesebuah daerah (negeri dll);

~ akrab, ~ ikrab a) orang yg layak menjadi wali yg sangat rapat

hubungannya dgn pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yg

sulung, atau ayah saudara; b) ayah atau ibu kpd anak yatim yg

layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa; ~ kota Id datuk

bandar; ~ negara Id ketua negara bahagian (pd zaman penjajahan

Belanda dan zaman Republik Indonesia Serikat); ~ negeri Id a)

ketua negeri; b) Gabenor Jeneral; ~ rumah mamak yg berkuasa dlm

rumah adat, tungganai;

berwalikan mempunyai seseorang sbg wali;

mewalikan bertindak sbg wali, menjadi wali utk;

Page 14: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

memperwalikan menjadikan seseorang (sbg) wali, menunjuk

seseorang sbg wali;

kewalian darjat sbg seorang wali: sesiapa yg menafikan ~nya

dituduh jahil;

perwalian 1. perihal wali; 2. pengasuhan anak yatim serta

penjagaan hartanya; 3. pengasuh negara yg belum boleh berkuasa

sendiri.

wali II sl sj kain kuning yg disampaikan di bahu pegawai istana yg

membawa alat kerajaan.

wali III = pisau ~ sj pisau kecil utk mengukir (kayu dll).

walid bp ayah, bapa: perkahwinan kita mendapat restu ~, dan telah

berlangsung dua puluh tahun genap.

wali hakim orang yg bukan waris (mis raja, kadi, dll) yg boleh

menikahkan pengantin perempuan jikalau ketiadaan walinya (spt

bapanya, datuknya, abangnya, dll);

berwalihakimkan menggunakan seseorang sbg wali hakim:

pernikahannya ~ kadi daerah.

walikukun Jw sj tumbuhan (pokok), Actinophora buurmani.

walimah walimat.

walimana sl sj burung yg besar utk kenaikan (kenderaan); wilmana.

walimat walimatulurus.

walimatulurus Ar kenduri perkahwinan.

waliullah wali Allah; wali I.

wallah, wallahi Ar 1. demi Allah (waktu bersumpah): ~, saya tidak

bermain-main; 2. sr utk menyatakan terperanjat (kehairanan dll),

ya Allah.

wallahuaklam Ar 1. dan Allah jua yg lebih mengetahui; 2. sr utk

menyatakan keraguan (tidak mengetahui), entah; ~ bissawab dan

Allah sahaja yg mengetahui sebenarnya.

Page 15: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

walkie-talkie sj alat komunikasi kecil mudah alih yg membolehkan dua

pihak atau lebih berkomunikasi secara langsung, biasanya pd jarak

yg dekat.

walmana walimana.

walnat 1. sj pokok drpd genus Juglans yg mempunyai daun yg wangi,

biasanya ditanam utk menghasilkan kacang yg boleh dimakan dan

kayu yg boleh dibuat perabot dsb: kayu ~; 2. kacang berwarna

perang dan berkedut-kedut, yg boleh dimakan begitu sahaja,

dijeruk atau dibakar utk dicampurkan ke dlm aiskrim, biskut, kek

dan beraneka jenis pencuci mulut.

walrus sj mamalia laut (spt anjing laut), biasanya di laut utara, yg diburu

utk mendapatkan kulitnya.

waltz 1. sj tarian Barat yg dua orang penarinya menari (biasanya sambil

berpimpin tangan) dgn langkah tertentu mengikut rentak muziknya;

2. muzik utk tarian ini.

waluku Jk bajak, luku, tenggala.

wam; ~ panas ruam atau guam (yg timbul kerana panas).

-wan akhiran asing 1. orang yg ahli (atau pelaku) dlm sesuatu bidang

pekerjaan atau tugas, mis angkasawan, sejarawan dan

pustakawan; 2. orang yg memiliki sesuatu sifat atau kepunyaan,

mis hartawan, ilmuwan, jutawan dan dermawan.

wan 1. gelaran utk suatu bangsawan Melayu: W~ Andak; W~ Empuk; W~

Malini; 2. Pr panggilan utk ibu saudara; 3. Ph, NS panggilan utk

nenek perempuan; 4. Kd panggilan utk datuk lelaki.

wanara (Sanskrit) sl kera.

wandu Jw banci, pondan.

wang I 1. alat pertukaran yg mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui

sah, duit: satuan ~ negeri kita ini ialah ringgit dan sen; 2. ki gaji,

harta, kekayaan, pendapatan, upah; ~ buta wang yg diberikan kpd

Page 16: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

orang yg tidak bekerja selama menanti pencen, gaji buta; 3. sl duit

yg bernilai satu pertiga tali: pd masa itu di Melaka, segala jenis

makanan pun mahallah, telur ayam tiga buah dua ~, dan ayam

seekor satu rupiah;

tiga ~ setali; ~ adat Id wang utk perbicaraan di mahkamah; ~

bandar wang yg dipertaruhkan dlm perjudian; ~ belanja a) wang

utk kegunaan hari-hari; b) ark gaji; ~ cengkeram (muka,

pendahuluan) wang yg dibayar dahulu utk menandakan setuju

membeli (menyewa) sesuatu barang, panjar; ~ duduk (sidang) Id

wang upah utk anggota dewan dll ketika menghadiri persidangan;

~ duka (sungkawa) Id wang yg diberikan kpd ahli waris yg

meninggal semasa mengerjakan tugasnya; ~ hangat (Eko) wang yg

beredar (dr negeri ke negeri) kerana kadar bunga yg rendah; ~

hantaran wang yg dihantarkan oleh pihak pengantin lelaki kpd

pihak pengantin perempuan (dlm perkahwinan); ~ jaga-jaga

(cadangan) wang persediaan utk digunakan apabila diperlukan; ~

jantan Id wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~

jalan wang utk bekal dlm perjalanan; ~ jasa a) wang yg diberikan

sbg pembalas jasa; b) bunga wang, faedah; ~ kancing sj wang utk

jaminan; ~ karun a) wang yg terjumlah dlm harta karun; b) wang

yg diperoleh secara haram; ~ kecil (pecah-receh) duit yg rendah

nilaiannya (sen dll); ~ keras wang yg tetap nilaiannya (dlm

pertukaran antarabangsa); ~ kertas wang yg berupa kertas; ~

kontan Id wang tunai; ~ kopi (jerih, sirih, teh) wang yg diberi sbg

hadiah (kerana mengerjakan sesuatu); ~ kuliah Id wang

perbelanjaan belajar di sekolah tinggi; ~ kunci (tiap) wang yg

dibayar kpd tuan rumah yg disewa rumahnya; ~ lembur Id wang

upah kerana kerja lebih masa; ~ logam (emas, perak, dll); ~ luar

wang (pendapatan) yg diterima hasil membuat kerja luar; ~ mahar

Page 17: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

(wang) mas kahwin; ~ makan wang bayaran makan (semasa

menjalankan tugas); ~ meja Id wang pembayaran perbicaraan di

mahkamah; ~ panas a) (Eko) wang yg dipindahkan dr sebuah

negara ke sebuah negara yg lain, atau dr satu jenis pelaburan yg

lain, utk mendapatkan kadar pulangan yg terbaik; b) Id wang

pinjaman dgn bunga yg banyak; c) Id wang yg berlebih-lebih (dlm

peredaran); d) Id wang yg senang dapat dan senang habisnya; ~

pangkal wang yg harus dibayar dahulu ketika mula-mula masuk

persatuan dll (bayaran masuk); ~ perlindungan wang yg dibayar

oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda,

perniagaan atau nyawanya dsb tidak diganggu atau diancam oleh

kongsi gelap atau samseng; ~ pertaruhan wang yg dibayar sbg

tanda sanggup menerima sesuatu tawaran (menjadi ahli dll); ~

plastik ki kad kredit; ~ poket bp = ~ saku wang yg dibawa utk

digunakan apabila diperlukan; ~ pokok wang yg menjadi modal

dlm perniagaan; ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai tertentu

yg boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat pos dgn

mengenakan komisen; ~ ringgit a) sl sj mata wang drpd perak; b)

satuan mata wang Malaysia; c) segala macam kekayaan; ~ sagu

hati a) wang yg diberikan sbg membalas jasa; b) wang yg

diberikan kpd ahli waris anggota (polis, tentera, dll) yg meninggal

semasa bertugas; ~ sekolah wang bayaran sekolah; ~ sembah Jk

wang yg diberikan oleh pihak laki-laki kpd bakal mentua sesudah

pinangan diterima; ~ syiling duit kecil yg dibuat drpd logam; ~

simpanan wang yg disimpan utk masa depan; ~ sogok (sorok,

suap) wang yg diberikan utk menyogok (menyuap); ~ songsongan

wang berlebih yg dikembalikan selepas membayar (sesuatu): ~

sumbangan wang yg diberikan sebagai hadiah (sumbangan); ~

tambang wang utk membayar sewa atau tambang (kenaikan); ~

Page 18: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

tegur (penegur) Jk wang yg diberikan kpd isteri utk memulakan

pergaulan sbg suami isteri; ~ tengahan Id setengah rupiah, suku

(50 sen); ~ terjun Id wang tambahan utk ahli pasukan payung

terjun; ~ tinta wang upah kpd orang yg membuatkan surat

(menandatangani surat keterangan dll); ~ tunai wang yg boleh

digunakan pd bila-bila masa;

ada ~ abang saya, tak ada ~ abang paya (payah) = ada ~ abang

sayang, tak ada ~ abang melayang prb orang yg disukai semasa ia

kaya (berharta) sahaja; setali tiga ~ prb sama sahaja keadaannya

(halnya);

wang-wangan mata wang tiruan, wang palsu;

berwang 1. mempunyai wang: dia tidak ~, satu sen pun tidak ada;

2. ki kaya, berharta;

mengewangi memberi modal kpd, membelanjai, membiayai;

mengewangkan menukarkan kiriman wang dll dgn wang;

kewangan perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala

sesuatu yg berkaitan dgn wang; Kementerian K~ kementerian yg

menguruskan wang negara; kesukaran ~ kesukaran (kekurangan)

wang dll;

perwangan keadaan dan pengurusan wang.

wang II Kd; ~-wing berjalan mundar-mandir tanpa tujuan.

wang III sl; ~ hati sedih (pilu) hati.

wang IV singkatan bagi awang.

wangi I 1. sangat sedap baunya, harum; air (minyak) ~ air (minyak) yg

harum baunya; serai ~ serai yg harum baunya; 2. ki terkenal,

harum: namanya menjadi ~ di seluruh negeri;

berwangi-wangian memakai wangi-wangian: si isteri juga

digalakkan ~ ketika suami berada di rumah;

Page 19: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

mewangi berbau harum, semerbak harum: sbg batik Lasam, makin

dibasuh makin ~ baunya;

mewangikan menjadikan wangi, mengharumkan: teh ini dibubuh

sehiris limau nipis yg bertikam cengkih, bukan utk menghiasnya

tetapi utk ~nya;

wangian bau (minyak) wangi: lebih semerbak drpd ~ kasturi;

wangi-wangian segala sesuatu yg harum, bau-bauan yg harum;

kewangian perihal wangi, bau wangi, keharuman;

pewangi sesuatu yg mewangikan (menjadikan berbau wangi),

pengharum: di Mesir, upacara keagamaan, terutama kematian

mestilah dilengkapi dgn penggunaan ~;

wangi II; akar ~ = rumput ~ sj tumbuhan (rumput), naga setu, narwastu,

Vetiveria zizanioides.

wangkang sj jong yg kecil, perahu besar.

wangsa (Sanskrit) bangsa, keluarga (raja, keturunan raja); muda ~ muda

bangsawan; ~ Shailendra keluarga raja-raja Shailendra.

wani Jw berani.

wanita bh orang perempuan, lwn lelaki: fikirannya tertumpu kpd ~-~

genit sahaja; kaum ~ kaum ibu, kaum puteri;

kewanitaan perihal wanita, sifat-sifat wanita, keputerian: Rohaya

mempunyai sifat ~ yg cukup lemah-lembut serta paras yg cantik;

pewanitaan (Bio) 1. perkembangan ciri-ciri kewanitaan; 2.

pencetusan atau perkembangan ciri-ciri seks sekunder wanita pd

lelaki.

wanti-wanti Jw berulang kali (melarang, memesan, dll), bersungguh-

sungguh.

wap gas yg terjadi drpd air (cecair) yg dipanaskan;

berwap mengeluarkan wap: menghirup teh yg ~;

mengewap menjadi wap, meruap: air dlm belanga sedang ~;

Page 20: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

mengewapi mengasapi dgn wap, mengukus;

mengewapkan 1. memanaskan (memasukkan) dgn wap air panas,

mengukus: segala pakaian orang itu hendaklah direbus atau

diwapkan supaya mati segala hama; 2. menjadikan berwap,

mengeluarkan wap: ~ sesuatu bererti menukarkan bentuknya drpd

cecair menjadi gas;

pengewapan proses mengewap (mengewapi, mengewapkan).

WAP akronim bagi Wireless Application Protocol (Protokol Aplikasi

Tanpa Wayar, iaitu suatu sistem yg membolehkan pengguna

mengakses internet dgn menggunakan telefon bimbit).

war Kl berasa dahaga kerana makan kacang (kuih dll).

wara; wara-wara pemberitahuan, pengumuman, pengisytiharan.

warak I Ar taat dan patuh kpd Allah, tidak melanggar larangan agama;

kewarakan sifat warak: agar kehidupan setiap manusia terisi dgn

kebijaksanaan, semangat wira dan ~ mestilah dipupuk.

warak II badan.

warakatulikhlas Ar surat yg dikirimkan dgn tulus ikhlas (dlm surat-

menyurat cara lama).

waran 1. surat kuasa yg dikeluarkan oleh majistret, biasanya kpd

pegawai polis utk membolehkannya menangkap seseorang atau

menggeledah (merampas) harta, dll: ~ telah dikeluarkan utk

menangkapnya; 2. surat kebenaran yg membolehkan sesuatu

pembayaran atau penerimaan wang dibuat;

~ geledah perintah bertulis yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa kpd

polis atau pihak berkuasa lain utk menggeledah sesuatu tempat

bagi mencari barang curi, dadah, dokumen dsb; ~ pencen surat yg

membolehkan bayaran pencen dibuat; ~ tangkap surat kuasa yg

dikeluarkan oleh mahkamah kpd pihak polis utk menangkap

seseorang kerana tidak hadir di mahkamah dsb.

Page 21: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

warangan sl racun tikus dll: ~ kuning; ~ merah; ~ putih.

warangka Jw bahagian sarung keris yg di atas, sampir.

waranti jaminan secara bertulis yg diberikan oleh syarikat kpd pembeli

utk membaiki atau menukarkan sesuatu barang yg dibeli jika

barang itu rosak atau tidak berfungsi dlm tempoh masa tertentu.

waras 1. sihat, sembuh (jasmani): dia tidak hendak masuk bekerja

kerana kurang ~ rasa badannya; 2. sihat rohani (mental, ingatan);

kurang (tidak) ~ akalnya (ingatannya, otaknya, fikirannya) bp gila;

fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna (dapat berfikir dgn

baik); 3. berdasarkan taakulan (bkn pertimbangan, keputusan dsb),

menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, rasional: keputusan

itu dibuat mengikut pertimbangan yg saksama dan ~;

mewaraskan mewajarkan tindakan, emosi dsb dgn memberikan

penjelasan, fakta dsb yg logik atau dapat diterima akal,

merasionalkan: sambil menghirup kopi, dia mencari-cari alasan

bagi ~ tindakannya tidak pulang ke kampung selama itu; dia hanya

diminta ~ fakta atau pandangan yg dikemukakan dlm rencananya;

kewarasan perihal waras, keadaan sihat (tubuh), keupayaan

berfikir (bkn otak atau fikiran);

ketidakwarasan perihal atau keadaan tidak waras (tubuh, otak).

warasa Ar pewarisan.

warawiri I Jw; kembang ~ bunga raya.

warawiri II Jw 1. bp berjalan ke sana ke mari dgn tiada tujuan, mundar-

mandir; 2. tidak tetap (pendirian dll).

warden 1. orang yg bertanggungjawab menjaga seseorang atau sesuatu;

2. pegawai kerajaan yg bertanggungjawab dlm penguatkuasaan

undang-undang atau peraturan tertentu: permit sementara itu

hendaklah dikemukakan kpd polis, para pegawai JPJ atau ~ lalu

lintas apabila dikehendaki berbuat demikian.

Page 22: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

wardi ark perintah; ordi.

warga 1. ahli (suatu keluarga, syarikat, dll), anggota; ~ dalam kerabat

raja yg tinggal dlm istana; ~ dunia orang yg bukan rakyat sesuatu

negara; ~ jagat ark warga dunia; ~ kota penduduk kota; ~ tua bh

orang tua: Hari W~ Tua Sedunia disambut pd 1 Oktober; 2. ark

tingkatan masyarakat dlm agama Hindu, kasta;

kewargaan keanggotaan.

warganegara rakyat sesebuah negara (yg terdiri drpd penduduk asli

tempatan ataupun orang asing yg telah diterima menjadi rakyat

mengikut undang-undang): ~ Malaysia;

mewarganegarakan menjadikan warganegara;

kewarganegaraan perihal warganegara, kerakyatan sesebuah

negara: tidak seorang pun boleh dilucuti ~nya secara sewenang-

wenang;

pewarganegaraan perihal mewarganegarakan.

wari Mn; berwari sl maka (tersebutlah); berwari.

warid I Ar menurut yg dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW (berdoa,

sembahyang, dll).

warid II urat nadi.

waringin Jw beringin.

waris I Ar 1. orang atau pihak yg berhak menerima pusaka orang yg

telah meninggal: apabila seseorang mati meninggalkan harta,

maka harta itu mestilah diturunkan kpd ~nya; ahli ~ orang yg

menjadi waris; 2. penjaga atau wali (kanak-kanak): apakah

hukumnya jika penjaga atau ~ kanak-kanak yg berumur tujuh

hingga sepuluh tahun mengabaikan ajaran sembahyang kpd

kanak-kanak tersebut? 3. = warisan harta pusaka, harta

peninggalan: anak cucu akan menerima ~ ayah bondanya;

Page 23: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

~ ahli waris yg sebenarnya (anak dll); ~ kuat (yg karib) waris yg

hampir sekali (anak, cucu, dll); ~ negeri sl waris yg bakal

menggantikan sultan; ~ sah orang yg berhak menjadi waris

menurut hukum (adat, agama, dll);

berwaris meninggalkan waris, ada warisnya: bagi orang mati yg

tidak ~, urusan harta peninggalannya terserah kpd pemerintah;

mewarisi 1. menerima harta pusaka drpd, mempusakai: dia telah ~

tanah getah ibunya; 2. menurut dan membawa perangai (rupa,

sifat, dll) orang tua dll, mengikut jejak orang dll yg sebelumnya

(dlm pekerjaan dll): Martinah ~ muka ibunya; Semaun ~ sifat-sifat

Pak Kasa; ayah seorang lelaki yg ~ zamannya; 3. ki menerima apa

yg ditinggalkan: pegawai-pegawai tinggi Melayu yg sudah

memang biasa di kelab itu sejak zaman lampau, berasa diri

mereka ~ sisa-sisa nikmat menjadi tuan yg ditinggalkan oleh

pegawai kolonial;

mewariskan 1. meninggalkan harta pusaka kpd, memberikan

pusaka atau peninggalan kpd: aku akan ~ hasil-hasil seni ini kpd

rakyatku; 2. menjadikan seseorang sbg waris; 3. ark mewarisi;

warisan 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke

Bandung utk suatu urusan ~; 2. sesuatu yg diwarisi, sesuatu yg

turun-temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata ~

kolonial;

kewarisan mendapat warisan;

perwarisan hal yg berkaitan dgn berwaris: undang-undang ~; hak

~;

pewarisan perihal mewarisi (mewariskan): penyelidikan tentang

asal-usul dan ~ segala gagasan bahasa merupakan bidang sejarah

linguistik;

Page 24: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

pewaris orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~

kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul

sbg ~ jawatan Perdana Menteri.

waris II Jk = warisan selalu bernasib baik (dlm perniagaan dll),

beruntung, mujur.

warita ark sl berita, cerita, khabar, warta; urit.

warkah, warkat Ar 1. surat: senang sungguh hatinya menerima ~ itu; 2.

kandungan (isi) surat.

warna 1. kesan yg didapati oleh mata drpd cahaya yg dipantulkan oleh

benda-benda (dgn gelombang yg berbeza-beza) yg dilihatnya, rona:

~ merah; ~ hijau: ~ cempaka; ~ tua; ~ muda; 2. bermacam-

macam, berbagai-bagai (dlm kata majmuk): ~ sari; 3. ragam atau

corak (keadaan atau sifat sesuatu): pekerjaan saya banyak

memerlukan pengetahuan tentang bentuk dan ~ negara lain; 4. ark

kasta atau golongan (dlm masyarakat): masyarakat Hindu

mempunyai empat ~;

~ biji remia Kd warna ungu; ~ dasar (utama) warna iaitu merah,

biru dan kuning, yg menjadi dasar utk memperoleh warna lain; ~

karat warna coklat gelap dgn campuran warna merah atau

kekuningan; ~ primer warna dasar (utama); ~ sekunder warna yg

terhasil drpd dua warna primer;

berwarna 1. mempunyai warna (spt merah, hijau, dll), ada

warnanya: kain tabir ~ biru tua; bangsa (kulit) ~ bangsa yg

kulitnya hitam (coklat dll), bukan bangsa kulit putih; 2. menarik,

istimewa, berlainan drpd sesuatu yg biasa: pelbagai kaum

mempunyai cara hidup, kepercayaan, dan sifat semula jadi sendiri

dan ini menjadikan suasana di sini lebih ~ dan unik;

berwarna-warna = berwarna-warni.

Page 25: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

mewarnai 1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak),

menyapu dgn warna: kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~

lukisan mereka; 2. ki meragamkan, mencorakkan, memberikan

corak (yg tertentu) kpd: kedua-dua ciri inilah yg ~ sesuatu budaya;

pewarnaan perihal atau proses mewarnakan (mewarnai): mulakan

dgn ~ pipi;

pewarna bahan utk mewarnakan (mewarnai).

warna bunyi ark, Id fonem.

warna nada Id warna suara.

warna sari 1. berjenis-jenis bunga, bermacam-macam; 2. kumpulan

bermacam-macam karangan yg penting-penting (indah dll),

antologi, bunga rampai.

warna-warni 1. berbagai-bagai warna(nya) (spt biru berserta merah dan

warna-warna lain): bangunan yg dihiasi bendera ~; 2. berbagai-

bagai ragam atau corak, aneka ragam: ~ dlm puisi Malaysia

mutakhir;

berwarna-warni 1. mempunyai warna yg berbagai-bagai,

bermacam-macam warnanya, beraneka warna: hulu keris itu

dihiasi dgn permata yg ~; 2. mempunyai atau menunjukkan ragam

atau corak yg berbagai-bagai, beraneka ragam: tiga belas esei dlm

terbitan ini membicarakan tiga belas bidang budaya yg ~ dan

beragam;

mewarna-warnikan menjadikan berwarna-warni.

warna warta bermacam-macam berita (khabar).

warta berita, khabar: tidak pernah kami dengar ~ bahawa manusia

menjadi binatang; juru~ jurukhabar, wartawan;

~ berita berbagai-bagai berita; ~ harian surat khabar yg diterbitkan

setiap hari; ~ kerajaan risalah yg diterbitkan oleh kerajaan utk

Page 26: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

menyiarkan undang-undang (pelantikan dll) yg telah disahkan oleh

kerajaan; ~ sepekan Id majalah yg dikeluarkan seminggu sekali;

~ dibawa pikat dan langau sl perkhabaran yg belum sah, khabar

angin;

mewartakan memaklumkan, memberitahukan, mengkhabarkan:

pemberita kita di Melaka ~ bahawa pemilihan johan bagi negeri

itu telah selesai;

terwarta telah diwartakan: teks ~;

pewartaan perihal mewartakan, pemberitaan, pengkhabaran,

pemberitahuan;

pewarta orang yg memberitakan, pemberita.

wartawan orang yg menulis berita atau rencana utk surat khabar atau

majalah; ~ bebas wartawan yg bebas menulis utk sebarang akhbar

(majalah);

kewartawanan yg berkaitan dgn bidang tugas (kegiatan dll)

wartawan, segala yg berkaitan dgn hal penerbitan dan penulisan

surat khabar atau majalah: saya memilih jurusan ~ ; serentak dgn

perkembangan pesat media elektronik, timbul pula tuntutan supaya

wartawan generasi sekarang tidak semata-mata terlatih dlm

bidang komunikasi biasa tetapi perlu juga dilatih dlm disiplin ~

penyiaran.

wartawati ark wartawan wanita.

wartel (wartél) Id akronim bagi warung telekomunikasi (iaitu tempat yg

menyediakan khidmat telefon).

waru sj tumbuhan (pokok kecil), baru-baru, baru laut, buah keras laut,

Thespesia populnea.

warun (Sanskrit) sl sj dewa laut.

warung kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman, lepau: ~

makan; ~ kopi;

Page 27: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

berwarung mempunyai (berniaga) di warung, berlepau.

wasak Ar kemampuan yg terbawa oleh unta (lebih kurang 180 kati atau

109 kilogram).

wasangka = syak ~ syak dan sangka, curiga, kecurigaan, kebimbangan

hati, khuatir (bimbang, ragu-ragu), sangsi: tegur sapa orang

dijawabnya dgn tulus dgn tiada menaruh syak ~ sedikit jua;

berwasangka menaruh syak wasangka: janganlah kita begitu

mudah ~ terhadap orang lain.

wasap wap yg terbebas drpd cecair mudah meruap yg kelihatan spt asap,

biasanya beracun dan kuat baunya;

mewasapi mengenakan atau menyemburkan wasap pd sesuatu

tempat dsb utk membasmi hama, serangga dsb: pihak berkuasa

tempatan telah ~ kawasan perumahan itu utk mencegah pembiakan

nyamuk Aedes;

pewasapan perihal (proses, perbuatan dsb) mewasapi: ~ ini akan

membasmi segala serangga perosak yg mungkin terdapat bahan

tumbuhan itu;

pewasap bahan atau alat yg digunakan utk mewasapi: kaedah ini

juga melibatkan pendedahan kpd bahan kimia spt asap dan bahan

~.

wasi Ar orang yg dilantik utk menunaikan wasiat.

wasiat I kehendak yg penghabisan yg disampaikan oleh orang yg hampir

meninggal (bkn harta benda dll), pesan yg terakhir: aku telah

satukan kamu semua dgn seberapa daya yg boleh spt ~ ibu engkau

itu; surat ~ surat yg menyatakan kehendak orang yg meninggal;

berwasiat membuat wasiat, berpesan: dia ~ kalau dia mati segala

hartanya diberikan kpd isteri dan ibunya; Khalifah Abu bakar

telah ~ kpd Usamah dan tenteranya;

Page 28: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

mewasiatkan memberi wasiat, menentukan orang sbg waris,

mewariskan: maksud hamba yg kedua ialah hendak ~ sekalian

harta;

pewasiat orang yg membuat (meninggalkan) wasiat.

wasiat II 1. pusaka; keris ~ keris pusaka; 2. yg bertuah, yg dapat

membuat sesuatu yg ganjil dll, yg aneh, yg ghaib: tongkat ~.

wasiat III Id; Kitab W~ Baru (Lama) Kitab Perjanjian Baru (Lama) dlm

agama Kristian.

wasilah, wasilat Ar ikatan, perhubungan, pertalian: apa yg jelas dan

nyata ialah ilmu yg dituntut oleh manusia hanyalah sbg ~ dan

jalan utk mengenal Allah.

wasir singkatan bagi bawasir.

wasit Ar 1. sl orang tengah (dlm perniagaan dll), pengantara; 2. orang yg

meleraikan (orang berkelahi dll), pelerai, pendamai; 3. pengadil

(dlm pertandingan bola sepak dll).

wasitah Ar 1. wasit perempuan; 2. pengantara (dlm perkahwinan),

telangkai; 3. orang perempuan yg boleh berhubung dgn orang

halus; ilmu ~ ilmu pengetahuan yg boleh menghubungkan diri

seseorang dgn roh.

waskita ark awas, berjaga-jaga, waspada.

waslah Ar tanda dlm tulisan Arab yg menunjukkan penyambungan yg

menghilangkan bunyi huruf alif (hamzah), penghubungan,

perangkaian.

waspada = berwaspada tidak cuai, berawas-awas, berhati-hati, berjaga-

jaga, beringat-ingat: dia selalu ~ dan berhati-hati benar;

kewaspadaan perihal atau keadaan waspada: ~ tentera kita

diperhebat lagi.

wassalam Ar 1. selamatlah, sejahteralah; 2. hormat dan takzim drpd

(biasanya pd penutup surat).

Page 29: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

waswas I 1. (perasaan) sangsi: dia mahu suaminya hidup di sisinya tanpa

bimbang dan ragu-ragu, tanpa syak dan ~; 2. (perasaan) curiga,

kecurigaan: drpd perjumpaan itu hilanglah ~ aku kepadanya;

seorang babu yg tidak pernah aku lihat yg berwajah samseng

mengerling aku dgn ~ dr pintu; 3. khuatir: janganlah Datuk berasa

~ terhadap perkataan hamba;

mewaswaskan menyebabkan berasa waswas: saya ingat tidak ada

apa-apa lagi yg boleh ~ hati;

kewaswasan rasa (keadaan) waswas: dlm dirinya ada ~ tentang

kesahan sembahyangnya;

waswas II Ar sangkaan buruk yg merunsingkan hati (fikiran dll), godaan

batin.

wat rumah berhala Buddha, kuil, tokong: mereka bersoal jawab dgn

salah seorang sami di ~ tersebut.

watak 1. sifat (seseorang) yg zahir dan batin (merangkumi budi pekerti

dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb):

kesopanan dan ketenangan mereka menggambarkan ~ orang yg

berpendidikan; 2. tokoh atau pelaku dlm karya sastera atau seni

(spt novel, cerpen dan drama, dsb): penulis itu memberikan

personaliti kpd tiap-tiap ~nya;

berwatak mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian: dia

sendiri memang sudah ~ seniman;

berwatakkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg watak:

nama Parameswara tidak pernah disebut dlm Sejarah Melayu,

tetapi yg disebut ialah Raja Iskandar Syah yg tentunya ~ Islam;

memperwatakkan membentuk watak (seseorang pelaku dlm

cerita), menggambarkan (memaparkan dsb) watak: ketaralah

bahawa kejadian-kejadian dlm drama "Tamu di Bukit Kenny"

Page 30: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

tertumpu kpd fikiran, kelakuan, dan tindakan Si Pegawai yg

diperwatakkan sbg manusia yg agak baik;

perwatakan 1. watak (seseorang) keseluruhannya, keseluruhan

watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat

asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentukan watak,

penggambaran (pemaparan dsb) watak.

watan Ar tanah air, tanah tumpah darah: rela berkorban utk berbakti kpd

~;

kewatanan semangat utk membela nasib bangsa dan negara:

faham kebangsaan Melayu berdasarkan ~, rasa kemanusiaan, dan

persaudaraan.

watang Jw, sl batang (pohon kayu).

wataniah Ar perihal tanah air, yg berkaitan dgn tanah air; tentera ~

tentera sukarela.

watas Jw batas, perenggan, sempadan: sebatang sungai mengalir dekat ~

kebun itu;

berwatas, berwatasan berbatasan, berperenggan, bersempadan: di

sebelah utara Tanah Arab, ~ dgn daerah Kerajaan Rom;

mewatasi membatasi, menyempadani;

perwatasan perbatasan.

watek Jw watak.

watermantel IB, bp sj senapang mesin besar yg larasnya berselongsong

yg diisi dgn air.

waterpas IB, 1. bp sj alat utk menentukan rata tidaknya (permukaan dll);

2. rata (permukaan dll).

waterpruf bp tidak masuk air, kalis air, kedap air: jam tangannya ~.

wates watas.

Page 31: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

wati ark 1. sl alam, angkasa, langit (dlm kata majmuk); 2. bentuk yg

menyatakan perempuan (spt yg digunakan dlm perkataan

peragawati dan seniwati).

watikah surat dsb yg menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak,

dsb) yg diberikan kpd seseorang: pengisytiharan itu telah

dibacakan oleh Menteri Besar Perak sebaik-baik sahaja beliau

menerima ~ drpd Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

watt (Fiz) unit ukuran kuasa elektrik.

wattan jumlah kuasa elektrik yg diukur dlm nilai watt.

watt-jam unit kerja atau tenaga yg bersamaan dgn 1 watt kuasa elektrik

yg digunakan selama 1 jam.

wau I layang-layang yg dibuat drpd kertas dan buluh: ~ bulan; ~ kapal; ~

kemetek;

bagai ~ putus teraju prb putus harapan dan berserah kpd nasib;

laksana ~ melawan angin prb membuat pekerjaan yg tidak

mungkin terkerjakan.

wau II 1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam); 2. huruf ke-30 abjad Jawi; tahun ~ tahun yg ketujuh dlm satu

windu: pd tahun Hijrah seribu seratus sebelas, tahun ~.

wau III sr utk melahirkan rasa kagum, terkejut, atau seronok: ~,

besarnya ikan ini!

wawa, wawak wakwak.

wawancara soal jawab antara wartawan dsb dgn orang yg terkemuka dll

utk mendapatkan keterangan (pandangan dsb) utk disiarkan, temu

ramah, temu bual, interviu;

berwawancara bersoal jawab antara wartawan dgn orang yg

terkemuka dll, bertemu ramah, bertemu bual;

mewawancara, mewawancarai mengadakan (melakukan)

wawancara, menemuramah, menemu bual, menginterviu: dr siang

Page 32: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

tadi sampai petang ini rajin sekali doktor Robert Winata

memeriksa sambil mewawancarai diriku; sebuah akhbar mingguan

telah ~ beberapa orang pemuda bukan Melayu;

pewawancara orang (wartawan dsb) yg mewawancara, penemu

ramah, penemu bual, penginterviu.

wawansabda ark wawancara;

berwawansabda berhubung: memungkinkan insan ~ dgn pencipta-

Nya.

wawas; mewawaskan menghasilkan wawasan: jika mahu membentuk

masyarakat Malaysia yg bertaraf maju spt yg diwawaskan,

sembilan cabaran hendaklah diatasi;

wawasan 1. fahaman atau tanggapan bkn sesuatu hal, pandangan,

konsepsi: pola penceritaannya lebih kelihatan spt main-main, iaitu

tidak didukung oleh kematangan ~; 2. pandangan jauh

(terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan) bagi

mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi:

W~ 2020; kita mestilah proaktif dan ada ~ jika ingin berjaya dgn

cemerlang;

berwawasan mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau

perkembangan masa depan sesuatu: agama Islam berjaya

membentuk tamadun yg harmoni, merdeka dan ~ tinggi;

sememangnya dia seorang pemimpin yg ~.

wayang 1. patung dll yg dibuat drpd kulit dll utk mempertunjukkan

sesuatu cerita: kita adalah ~ di tangan dalang; 2. pertunjukan

pentas (sandiwara, bangsawan, dll); anak ~ orang yg berlakon dlm

pertunjukan pentas (sbg profesion); 3. = ~ gambar = ~ gelap

pertunjukan gambar hidup yg berupa cerita dsb (yg ditayangkan pd

layar putih): budak-budak di situ dapat menonton ~ gambar di

sebuah panggung tempatan;

Page 33: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

panggung ~ tempat wayang gambar dipertunjukkan (ditayangkan);

~ bangsawan sj pertunjukan pentas (sandiwara dan nyanyi-

nyanyian); ~ Cina = ~ potehi sj permainan pentas orang Cina; ~

golek = ~ kelitik = ~ kerucil = ~ patung = ~ tongkol wayang yg

dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll); ~ kulit = ~ purwa

wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; ~ orang sj

sandiwara Jawa dgn tarian yg diiringi oleh gamelan (melakonkan

cerita-cerita yg berasal drpd kitab Mahabharata); ~ suluh Id

wayang kulit yg dimainkan dlm bahasa Indonesia;

mewayangkan memainkan wayang, menjadikan lakonan wayang,

melakonkan, mendalangkan.

wayar dawai, kawat: ~ elektrik; ~ telefon.

wayarles (wayarlés) 1. tidak melalui kawat tetapi melalui gelombang

elektrik di udara (utk menghantar berita); 2. alat yg digunakan utk

menghantar atau menerima berita dll tanpa melalui kawat.

wayu sl angin, bayu.

wayuh Jw beristeri lebih drpd seorang.

wazir sl menteri, perdana menteri.

we (wé) weh.

Weda (wéda) kitab suci agama Hindu (dlm bahasa Sanskrit).

Wedam (wédam) Weda.

wedana Jw ketua daerah;

kewedanaan pejabat (tempat kediaman atau daerah) wedana.

wedani Jw sj tumbuhan (pokok memanjat), Quisqualis indica.

wede (wédé) IB, bp wakil, paltu.

weduk Jk kebal;

kewedukan ilmu kekebalan.

wegah Jw rasa tidak suka melakukan apa-apa, enggan, malas, segan.

Page 34: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

weh (wéh) sr utk menarik perhatian orang: adinda ~, dengar kekanda

bermadah; awak nak minum juga ~?.

weharima (wéharima) (Sumbawa) ark gotong-royong.

wejang Jw; diwejang diberi nasihat (tunjuk ajar dll);

wejangan 1. ajaran, nasihat, tunjuk ajar: demikianlah ~ ayah yg

tidak pernah kulupakan; 2. pidato yg bertujuan utk menyampaikan

pengajaran: setiap orang ingin melihat pemimpinnya, menyentuh

pemimpinnya, mendengarkan ~nya.

weker (wéker) IB jam utk menjagakan, jam gerak, beker.

welahar ark tasik kecil.

welas Jw belas, kasihan; ~ asih belas kasihan.

welasan (Palembang) tambahan (tiap sepuluh ditambah satu), imbuh.

weling Jw pesan, wasiat.

welirang Jw belerang.

Weltanschauung (wéltanschauung) (Jerman) pandangan menyeluruh,

terutama bagi seseorang individu terhadap kehidupan manusia dan

alam sejagat.

wenang Jw wewenang;

berwenang mempunyai hak (utk berbuat sesuatu): ketua regu itu ~

utk menuntut ketaatan anggota regu;

sewenang-wenang, bersewenang-wenang 1. (membuat sesuatu)

dgn sekehendak hati sahaja, dgn semahu-mahunya: kita tidak boleh

membiarkan kaum bapa ~ sahaja bertindak terhadap kaum ibu; 2.

bermaharajalela (melakukan sesuatu), kejam, zalim: tawanan

mereka telah disakiti dgn cara yg kejam dan ~; 3. melakukan

sesuatu tidak dgn teliti (dgn sembarangan sahaja, tidak dgn usul

periksa): kata nasional yg digunakan dgn ~ itu sangatlah

mengelirukan;

kesewenang-wenangan perbuatan sewenang-wenang, kezaliman;

Page 35: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

kewenangan hak dan kekuasaan utk berbuat sesuatu.

werak (wérak), werek (wérek) Jw, bp orang yg mencari-cari buruh

kontrak (biasanya dgn menggunakan tipu helah).

Wesak (wésak); Hari W~ hari perayaan keagamaan yg dirayakan oleh

penganut agama Buddha pd bulan Mei setiap tahun.

wesel (wésel) I IB 1. = pos ~ surat utk mengirim wang kpd seseorang

(syarikat dsb) yg dikeluarkan oleh pejabat pos; 2. surat ~ surat yg

membolehkan seseorang mengambil wang yg dikirimkan (di

pejabat pos).

wesel (wésel) II IB alat utk mengalihkan rel kereta api di persimpangan

(persambungan) rel; salah ~ bp salah faham, salah pengertian,

keliru.

weskot (wéskot) ark sj baju dalam yg tidak berlengan, labuhnya hingga

ke pinggang, berbutang depan, dan dipakai di bawah kot atau jaket,

rompi.

wet (wét) I IB undang-undang, hukum.

wet (wét) II Kl; mengewet membengkokkan (benda yg keras dan

panjang).

wetan (wétan) Jw timur.

wewangian ark wangi-wangian.

wewenang Jw hak dan kekuasaan (utk berbuat sesuatu): eh, kalau aku

punya ~, aku juga ingin punya duit banyak-banyak.

WHO kep World Health Organisation (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

wibawa = kewibawaan 1. kekuasaan, hak, atau keupayaan yg

membolehkan seseorang dll menguasai atau mengarah orang lain

atau menerbitkan pengaruh yg kuat: kewibawaannya sbg pemimpin

persatuan itu dipertikaikan; memang benar pemimpin yg dikurniai

daya penarik dan ~ utk menggerakkan rakyat itu seorang diktator;

~nya terpelihara dan dia akan menguasai terus masyarakatnya; 2.

Page 36: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

sifat atau keistimewaan sesuatu, spt sesebuah institusi atau terbitan

yg menjadikannya dapat dipertanggungjawabkan atau dijadikan

pegangan: ~ Dewan Bahasa dan Pustaka sbg badan pembinaan

dan pengembangan bahasa;

berwibawa = berkewibawaan mempunyai wibawa (kewibawaan):

penggunaan kata ini akan diterima orang akhirnya jika kamus

tersebut ~; utk menjadi media massa yg ~, maka gaya, isi, dan

pendekatannya harus ditumpukan pd manusia dan

permasalahannya yg sebenar; pemimpin juga harus cekap berfikir,

cekap berpidato, mempunyai karisma tertentu, ~ tinggi, serta

sentiasa bercakap positif.

widara bidara.

widuri Jw sj tumbuhan (pokok renek), Caloptropis gigantea.

wig sj rambut palsu berkeriting berwarna putih, yg dipakai oleh hakim

dsb semasa perbicaraan di mahkamah.

wih weh.

wijaya (Sanskrit) sl kemenangan, menang; ~ mala (mulia, kesuma) sl sj

bunga sakti yg dipercayai boleh menghidupkan orang mati.

wijen (wijén) Jw bijan.

wijil Jw jalan keluar, pintu.

wikalat Ar jawatan (sbg) wakil, perwakilan.

wiket (wikét) (dlm permainan kriket) tiga kayu pancang yg dipacak dgn

dua anak pancang melintang di atasnya, yg ditujui oleh bola yg

dibaling oleh pihak lawan, dan yg dihadang oleh pemukul.

wiku sl pendeta yg bertapa.

wila; orang ~ suku bangsa orang asli di Kedah.

wiladah Ar; mandi ~ a) mandi yg diwajibkan bagi ibu yg baru bersalin

(dlm agama Islam); b) upacara mandi bagi perempuan hamil (7

bulan), mandi lenggang perut, mandi tian.

Page 37: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

wilangon Jw, sl asyik berahi, dendam berahi.

wilangun Jw, sl wilangon.

wilayah Ar jajahan, daerah, kawasan, negeri, provinsi: ~ Jawa Barat; ~-~

Afrika Tengah; hak ~ Id hak utk menguasai tanah dll (tetapi tidak

memiliki);

kewilayahan sifat yg mementingkan wilayah atau daerah sendiri.

wilayat Ar wilayah.

wilis Jw, sl biru kehijau-hijauan, hijau tua, ratna ~ sl permata yg hijau.

wilmana (Sanskrit) sl kereta, kenderaan.

windu jangka waktu yg lamanya lapan tahun, daur kecil;

berwindu-windu beberapa windu (lamanya).

wineka (winéka) ark sangat hati-hati (terhadap sesuatu).

wingit Jw suci dan keramat, muhtasyam;

kewingitan keadaan wingit, kekeramatan: malam terus bening,

disepuh ~ yg turun bersama rintik-rintik pawitera dr puncak

wisesa.

wira sl pahlawan, lelaki;

kewiraan sifat-sifat sbg seorang wira: ternyata bahawa ~

Benjamin tidak sama dgn ~ Ratu Bongsu.

wirama irama.

wirang Jw aib, malu; membalas lara ~ membalas dendam kerana diberi

malu.

wiraswasta orang yg bijak dan berkebolehan dlm mengusahakan aktiviti

perniagaan atau perdagangan secara profesional, spt mengenal

pasti, menentukan keluaran baru, dsb: usahawan Melayu bukan

sbg kapitalis yg berwatak binatang ekonomi, tetapi sbg ~ Muslim

yg terikat dgn norma dan etika agamanya.

wirawan sl gagah berani, gagah perkasa: kenapakah kamu menanyakan

yg serupa itu, wahai anak muda yg ~?

Page 38: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

wirawati perempuan yg gagah berani (gagah perkasa): Florence kini

muncul sbg ~ olahraga Amerika Syarikat bagi era 1988.

wirid Ar 1. petikan drpd Quran yg ditentukan utk dibaca (dipelajari dll);

2. zikir yg dibaca selepas sembahyang;

berwirid membaca wirid, berzikir: lepas sembahyang, mereka ~

membilang tasbih.

wirit; wiritan bp amalan, kelaziman, kebiasaan.

wiron wiru.

wiru Jw lipatan (pd kain dll);

berwiru-wiru berlipat-lipatan (kain dll).

wisata (ber)darmawisata.

wisatawan orang yg berdarmawisata, pelancong.

wisel (wisél) sj alat berupa tiub kecil dsb yg mengeluarkan bunyi siulan

yg nyaring apabila ditiup: sebaik-baik ~ berbunyi mengisyaratkan

kereta api itu akan bertolak, Ramlan dgn segera turun mencium

tangan ibu bapanya.

wisesa (wisésa) ark kekuasaan yg tertinggi.

wiski minuman keras yg diperbuat drpd bijian, spt barli, oat, rai, dll.

wisma 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat,

kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.

wit Kl, Pr; mengewit mengarahkan (perahu dll) ke tempat yg dituju.

witir Ar ganjil (bilangan); sembahyang ~ sembahyang sunat yg bilangan

rakaatnya ganjil dan dikerjakan antara selepas sembahyang isyak

dgn waktu subuh.

wiyata Jw ark pengajaran: ~ praja jawatan urusan pengajaran di

Yokyakarta.

wizurai sl naib raja, gabenor jeneral; waizuri.

woksyop bp bengkel.

wolanda ark Belanda.

Page 39: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

wolfram sj logam yg tahan dibakar, tungsten.

wong Jw orang.

wongweng (wongwéng) Pl mundar-mandir, ulang-alik, bolak-balik.

wortel IB sj lobak merah.

worawari Jw bunga raya.

writ (Udg) perintah atau proses yg dikeluarkan oleh mahkamah atau

pegawai kehakiman meminta mana-mana orang melakukan atau

tidak melakukan sesuatu, dan yg mengandungi arahan tentang apa

yg patut dibuat; ~ habeas corpus writ yg boleh membebaskan

seseorang drpd tahanan yg tidak sah; ~ pilihan raya writ yg

dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yg mengandungi

arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan

raya mengambil langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya

mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang.

WTO kep World Trade Organization (Pertubuhan Perdagangan Dunia,

iaitu pertubuhan antarabangsa yg menggalakkan dan mengawal

selia perdagangan antara negara-negara anggotanya).

wuduk I 1. Ar perbuatan menyucikan diri dgn air (sebelum beribadah,

spt bersembahyang): sudahkah engkau mengambil ~?; 2. air

sembahyang; ada ~ ada air sembahyang atau berada dlm keadaan

yg membolehkan seseorang beribadah, spt bersembahyang,

membaca al-Quran, dll;

berwuduk menyucikan diri (sebelum sembahyang), mengambil air

sembahyang: tidak sah ~ kalau tidak disertakan niat; tawaduk II.

wuduk II Jw; nasi ~ nasi yg dimasak dgn santan dan bumbu; uduk II.

wujud 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat

dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll

yg dapat dilihat;

Page 40: w huruf yg ke-23 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog  · Web viewmembuat (mengikat ... sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal ... wangi I 1. sangat

berwujud 1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dll), berupa

benda yg nyata; 2. konkrit, maujud, nyata;

mewujudkan 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll),

mengadakan: kadang-kadang amanah diwujudkan melalui

perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan

(cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg

nyata;

terwujud sudah diwujudkan (dilaksanakan): ada suatu waktu

ketika alam belum lagi ~;

kewujudan perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu);

perwujudan 1. bentuk atau rupa (yg benar-benar dapat dilihat dll);

2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg

konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll);

pewujudan perbuatan atau proses mewujudkan.

wul; ~ kaca serat kaca yg dipintal halus spt kapas; ~ kapas kapas yg

diolah menjadi putih dan bersih (biasanya digunakan utk tujuan

perubatan); ~ keluli gumpalan serat keluli yg halus (biasanya

digunakan utk menggilap).

wuquf Ar berhenti: ~ di Arafah berhenti (hadir) seketika di Arafah pada 9

Zulhijah antara ketika gelincir matahari hingga ketika terbit fajar

hari kesepuluh (salah satu rukun haji).

wusyu seni mempertahankan diri orang Cina.

wuwungan Jw bumbungan.