peranan majlis kraftangan sarawak dalam … majlis kraftangan sarawak dal… · kajian ini untuk...

24
PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM MEMPROMOSIKAN KRAFTANGAN MANIK MASYARAKAT SARAWAK Siti Asma Binti Latif Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2013

Upload: others

Post on 23-Nov-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM MEMPROMOSIKAN KRAFTANGAN MANIK MASYARAKAT

SARAWAK

Siti Asma Binti Latif

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2013

Page 2: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

Puo; Khidmat A1Aluinat Akademik UN[VERSITI A'IALAYSIA SARAWAK

P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

UNIMAS

IIIIIIIV! RIpVI 100027521 iPERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM MEMPROMOSIKAN

KRAFTANGAN MANIK MASYARAKAT SARAWAK

SITI ASMA BINTI LATIF

28206

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2013

Page 3: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM MEMPROMOSIKAN KRAFTANGAN MANIK MASYARAKAT SARAWAK

SESI PENGAJIAN : 2012 / 2013

Saya SITI ASMA BINTI LATIF mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat syarat kegunaan seperti berikut:

I. Tesis/Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat 5. salinan tesis im sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 6. *sila tandakan 0

I--, '

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh:

(Tandatangan Penulis)

Tarikh : 1 3/ a/ 2 013

Alamat tetap: 403, Kampung Pangkal Jenereh 19500 Machang, Kelantan Darul Naim

(Tandatangan Penyelia)

Tarikh : 1 3 (ý: '

J 2 0 13

C atatllll: * "I rsis Laporan dimaksudktui sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika tesis ini SULIT wau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/Laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TFRHAD

Page 4: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

PENGAKUAN

Projek bertajuk Peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam Mempromosikan

Kraftangan Manik Masyarakat Sarawak mi telah disediakan oleh Siti Asma Binti

Latif dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi

syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

Profesor Dr. Hashim bin Awang

Tarikh:

ý3 ` 203

I

Page 5: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

PENGHARGAAN

Assa/amualaikum Warahnzatul/ahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat

menyiapkan kajian im dengan lancar dan sempurna pada masa yang telah ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ingin saya tujukan kepada pihak-

pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan

kajian ini.

Penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada

pensyarah Jabatan Seni Liberal, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia

Sarawak (UNIMAS) terutamanya sekali kepada penyelia saya iaitu Profesor Dr. Hashim

bin Awang yang telah banyak meluangkan masa, memberikan bimbingan, tunjur ajar,

panduan, idea yang bernas serta memberikan cadangan yang membina dalam

menyempurnakan penulisan ilmiah ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang tidakjemu

daripada beliau, mungkin kajian ini tidak dapat disempurnakan dengan baik.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak organisasi Majlis

Krallangan Sarawak khususnya pegawai Bahagian Promosi iaitu En. Reynold Ahviet,

Puan Susie Easter Andrian, usahawan kraftangan manik, Puan Juliana Mambi, serta pihak

pengurus kedai di Main Bazaar Kuching Sarawak yang telah banyak memberikan

kerjasama dalam menyampaikan maklumat bagi menjayakan kajian saya ini.

ii

Page 6: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada ayahanda dan bonda

yang tercinta iaitu En. Latif Bin Mamat dan Pn. Naemah Binti Ibrahim diatas

pengorbanan mereka dalarn memberikan nasihat, semangat, bimbingan dan dorongan

serta bantuan kewangan kepada saya dalarn menyiapkan kajian ini. Tanpa berkat dan doa

mereka tidak mungkin saya berjaya menyiapkan kajian ini dengan sempurna.

Disamping itu, ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan

diatas sokongan, galakkan serta tidak jemu berkongsi ilmu dalam memberikan idea-idea

bagi melengkapkan kajian ini. Akhir kata dari saya, terima kasih atas segalanya. Selamat

maju jaya.

Sekian Terirna Kasih

Siti Asma Binti Latif

III

Page 7: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

ABSTRAK

Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam

mempromosikan kraftangan manik masyarakat Sarawak. Majlis Kraftangan Sarawak

merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam mengembang serta

mempertingkatkan industri kraftangan Sarawak dari perusahaan kecil-kecilan ke taraf

global. Objektif kajian adalah untuk meneliti peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam

membangunkan industri kraftangan di Sarawak, mengkaji dan memberi gambaran

produk-produk kraftangan manik yang ada di Sarawak, serta mengkaji kaedah dalam

mempromosikan kraftangan manik masyarakat Sarawak kepada masyarakat setempat dan

para pelancong. Hasil kajian ini didapati bahawa industri manik perlu dikembangkan

supaya kraftangan manik menjadi antara kraftangan yang diminati oleh masyarakat dan

tidak luput ditelan zarnan.

iv

Page 8: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

ABTRACT

This research was to investigate the role of the Sarawak Craft Council in

promoting the handicraft bead society Sarawak. Sarawak Craft Council is an

organization that is responsible. for expanding and enhancing the Sarawak handicraft

industry of small-scale enterprises into standard globally. The objective of the study was

to examine the role of the Sarawak Craft Council in the development of the handicraft

industry in Sarawak, review and reflective products crafts beads in Sarawak, as well as

look into promoting handicraft bead society Sarawak to the local community and tourists.

The study. found that the industry bead should be expanded to craft beads into the craft of

great interest to society and does not lapse through time.

V

Page 9: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

Pusat Khidmat Maklurtiat Akademik ! JN1VERS... '''1 MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

ISI KANDUNGAN

SENARAI CARTA

i

ii

iv

V

Muka surat

Carta 1: Carta Organisasi Majlis Kraftangan Saraýt-ak ..........................................

4

SENARAI GAMBAR

Gambar 1: Majlis Kraftangan Sarawak .......................................................................... 6

Gambar 2: Baby C'arrier's atau alat pengendong bayi .....................................

80

Gambar 3: Pelapik meja ........................................................................ 80

Garnbar 4: Marik empang ..................................................................... 81

Gambar 5: Rantai leher manik ................................................................ 81

Gambar 6: Hiasan pasu ......................................................................... 82

Garnbar 7: Gelang langan manik ............................................................. 82

Garnbar 8: Keychain manik .................................................................. 83

Garnbar 9: Bekas pensil ........................................................................ 83

Page 10: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

Gambar 10: Beg manik .......................................................................... 84

Gambarl 1: Costume manik .................................................................... 84

SENARAI JADUAL

Jadual 1: Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh bahagian promosi Majlis

Kraftangan Sarawak .................... . 74

BAB SATU: PENGENALAN

Pengenalan ....................................................................................................................... 1

Latar Belakang Organisasi . . . . . . . . . ... .............................................................................. 2

Misi Organisasi............

Objektif Organisasi..

. 3

.3Lokasi Kajian

.................................................................................. ................................ 5

Objektif Kajian ...............................................................................................................

7

Persoalan Kajian .............................................................................................................

8

Kerangka Konseptual

Promosi . . . . . . . . . . . . . .

Kraf .. ... .

Manik... ... ...

.. 9

15

... 17

Signifikasi Kajian ......................................................................................................... 19

(ZU111USa11 .......................................................................................................................

22

Page 11: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

BAB DUA: KUPASAN KEPUSTAKAAN

Pengenalan ................................................................................................................... 23

Isu 1: Kedudukan manik dalam kalangan masyarakat Sarawak ... ... ... ... ... ... ... ... 24

Isu 2: Peranan Organisasi dalam mempromosikan produk ........................................ 30

Isu 3: Sejauhmanakah promosi kraftangan manik berjaya dicapai oleh Majlis

Kraftangan Sarawak . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . ... . . . . . . . . . . . . . . . . . . ... ... ... ... ...

35

Rumusan .....................................................................................................................

40

BAB TIGA: METODOLOGI KAJIAN

Pengena lan ..................................................................................................................

41

Kaedah penyelidikan pertama ..................................................................................... 42

Kaedah penyelidikan kedua . . . ... .. . ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...

46

Rumusan ....... .... ...... .................. .............. ...... .................................... . . . ....................... 50

BAB EMPAT: ANALISIS DATA

P engen lan ................................................................................................................

51

Kaedah analis is data ...................................................................................................

52

Temura ma h ................................................................................................................

54

Page 12: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

Penemuan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . .. . .. . . . . . . . . . . . . . . . . .. . ... .......... 86

Rumusan . . ......... ...... ................................ ...... .. ................ ..................... . . . . . . . . . ... ............ 91

BAB LIMA: PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

Pengenalan ...................................................................................................................... 92

Perbincangan ................................................................................................................... 93

Cadangan ........................................................................................................................ 96

Kesimpulan ................................................................................................................... 104

Rujukan ......................................................................................................................... 105

Lampiran

Lampiran A: Soalan temuramah bersama pegawai Majlis Kraftangan

S arawak . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 107

Lampiran B: Temuramah bersama responden ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... . 108

Lampiran C: Kerja lapangan ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ....... ... ... ... ... ...... 110

Lampiran D: Poster dan pamplet Majlis Kraftangan Sarawak ... ... ... ... ... ... 111

Page 13: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

BAB I: PENGENALAN

Pengenalan

Bab satu merupakan bahagian yang menjelaskan tentang perkara yang terkandung

dalam penyelidikan. Dalam kajian ini, pengkaji akan membincangkan mengenai tajuk

yang telah dikaji iaitu "Peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam Mempromosikan

Kraftangan Manik Masvarakat Sarawak". Sarawak merupakan sebuah negeri yang

mempunyai pelbagai etnik yang terdiri daripada Melayu, Iban, Melanau, Orang Ulu dan

banyak lagi. Setiap satunya mempunyai adat, budaya seni yang unik dan halus. Ianya

jelas terbukti apabila nilai-nilai ini terpapar dalam seni kraftangan masyarakatnya.

Produk kraftangan yang dihasilkan di Sarawak adalah direka khas untuk fungsi dan

tujuan yang tertentu termasuklah untuk perhiasan, kegunaan harian, sehinggalah kepada

upacara-upacara ritual yang masih diamalkan oleh segelintir masyarakatnya. Seni tangan

yang begitu halus dan unik ini adalah faktor yang membuatkan seni kraftangan Sarawak

diangkat sebagai antara yang terbaik di dunia. Kraftangan manik merupakan perhiasan

din bagi masyarakat terutamanya suku kaum masyarakat Sarawak yang terkenal iaitu

suku kaum Kenyah dan Kayan. Bagi kaum wanita, menghasilkan produk kraftangan ini

1

Page 14: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

adalah sebagai satu budaya atau gaya hidup yang dilakukan secara rutin harian dan hobi

sama ada secara persendirian mahupun secara berkumpulan. Boleh dikatakan bahawa

aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti sosial penduduk setempat yang menjadi medan

bertukar pendapat, berkongsi ilmu, dan bersantai disamping mampu menjana pendapatan

yang lumayan melalui jualan produk kraf. Peranan yang dimainkan oleh Majlis

Kraftangan Sarawak adalah penting bagi mengetengahkan dan mempromosikan hasil

kraftangan tempatan, serta mempopularkan kesenian suku kaum tempatan yang ada di

negeri Bumi Kenyalang ini.

Latar Belakang Organisasi

Majlis Kraftangan Sarawak adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab

dalam mengembang serta mempertingkatkan industri kraftangan Sarawak dari

perusahaan kecil-kecilan ke taraf yang lebih global. Majlis Kraftangan Sarawak ini

ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Pembangunan

Luar Bandar Sarawak. Majlis Kraftangan Sarawak ini terletak di bandar Kuching iaitu di

Jalan Tun Abang Hj. Openg bersebelahan dengan Plaza Merdeka, Kuching Sarawak.

Majlis Kraftangan Sarawak ini merupakan sebuah badan yang dipanggil semi

government. Pada awal penubuhan Majlis Kraftangan Sarawak ini, hanya terdapat dua

orang pegawai sahaja yang bertugas di bangunan tersebut iaitu seorang pegawai di

bahagian promosi dan seorang lagi pegawai di bahagian penyelidikan. Kini, kesemua

kakitangan di Majlis Kraftangan Sarawak ialah seramai 12 orang. Selain itu, penubuhan

Majlis Kraftangan Sarawak ini adalah untuk membangunkan industri kraftangan ke arah

perniagaan yang lebih sisternatik dan berkembang maju selari dengan keperluan industri

2

Page 15: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

pelancongan di Sarawak. Ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada

orang ramai tentang keunikan kraftangan yang ada di Sarawak disamping dapat

membantu mengekalkan kemahiran artistik yang dimiliki oleh usahawan kraf agar tidak

luput dengan peredaran zaman. Disamping itu, Majlis Kraftangan Sarawak ini ditubuhkan

bagi membantu golongan usahawan kraf yang terlibat secara langsung dalam industri

kraftangan dan melalui kemahiran yang ada pada usahawan ini secara tidak langsung

dapat membantu menambahkan sumber pendapatan tambahan bagi masyarakat Sarawak.

Selain itu, Majlis Kraftangan Sarawak juga dapat membantu dalam meningkatkan taraf

hidup penduduk kawasan pendalaman Sarawak. Majlis Kraftangan Sarawak juga

bertindak bersama-sama agensi kerajaan atau swasta yang terlibat secara langsung

mahupun tidak langsung dalam pembangunan kraftangan yang wujud di Sarawak.

Misi Oraanisasi

� Majlis Kraftangan Sarawak memainkan peranan utama dalam perkembangan dan

kemajuan industri kraftangan di Sarawak.

� Majlis Kraftangan Sarawak membuka peluang ke arah pembangunan dan

kepentingan industri kraftangan di Sarawak.

Obiektif Orianisasi

� Memajukan industri kraftangan agar selaras dan progresif dengan perkembangan

industri pelancongan.

� Membangunkan industri kraftangan ke arah perniagaan yang lebih sistematik dan

berkembang maju selari dengan keperluan industri pelancongan.

3

Page 16: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

Carta 1: Carta Organisasi Majlis Kraftangan Sarawak

PENGERUSI

YB Datuk Gramong Juna

ANGGOTA MAJLIS

PKKM, KPLB, UNIMAS, SFC, KEMAS, SMD, SPU, SED C, JPS, MOT

ý

SETIAUSAHA

KPLB

PEGAWAI EKSEKUTIF

Diweng Bakir

- -4

HRD R&D

THHTP

Tandang Matu

PEGAWAI EKSEKUTIF

Beatrice Kedoh

DANA PENGELUAR

TKEWANGAN

Susie Galau

PENTADBIRAN

Esther Indut

I- ---I

PROMOSI

Reynold

PUSAT

Dennis

PEMBANTU PEJABAT

Kadariahi

PENIBANTU JUALAN

Habsah- Pusingan Menara

Christina- Pusinga Menara

Suzy-Kanowit

Sumber: Majlis Kraftangan Sarawak (2013)

4

Page 17: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

I'usat Khidmat Maklurnat Akademik UMVERS(71 MALAYSIA SARAWAK

Lokasi Kajian

Pengkaji telah memilih lokasi kajian iaitu di Majlis Kraftangan Sarawak yang

terletak di bandar Kuching, iaitu di Jalan Tun Abang Haji Openg bersebelahan dengan

Plaza Merdeka, Kuching Sarawak. Pengkaji telah memilih organisasi Majlis Kraftangan

Sarawak sebagai tempat kajian utama penyelidikan ini. Majlis Kraftangan Sarawak

merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam mempromosikan kraftangan

yang terdapat di negeri Sarawak. Disamping itu, dalam menjalankan penyelidikan ini,

pengkaji juga telah membuat pemerhatian di sekitar kedai Main Bazaar Kuching,

Sarawak yang menjual produk-produk kraftangan manik masyarakat Sarawak. Main

Bazaar Kuching, Sarawak merupakan lokasi bersejarah di Kuching iaitu terletak

berdekatan Kuching Waterfront dimana bangunan asal telah dibina sekitar awal 1800

tahun dahulu. Main Bazaar Kuching juga dikenali sebagai Bazaar Utama ini telah wujud

beratus-ratus tahun dahulu sebagai pusat perniagaan yang sehingga kini masih teguh

dengan aktivitinya boleh dilabelkan sebagai gedung khazanah warisan Sarawak. Hal im

demikian kerana di Main Bazaar Kuching Sarawak merupakan deretan kedai kaki lima

yang menjual barangan perhiasan dan pelbagai jenis produk kraftangan yang ada disitu.

Kraftangan manik yang terdapat di Sarawak sangat unik dan menarik dimana ianya

dihasilkan secara asli dan buatan halus tangan masyarakat Sarawak itu sendiri. Lokasi

kajian ini dipilih kerana disitu pemerhatian dapat dibuat kerana terdapat pelbagai jenis

produk kraftangan manik yang ada disitu yang bersesuaian dengan tajuk pengkaji

berkaitan kraftangan manik masyarakat Sarawak.

5

Page 18: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

Gamhar 1: Majlis Kraftangan Sarawak

Sumber: Majlis Kraftangan Sarawak (1996)

6

Page 19: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

Objektif Kajian

Majlis Kraftangan Sarawak ditubuhkan untuk mengetengahkan, membangunkan

serta mempromosikan hasil kraftangan tempatan bagi mempopularkan kesenian suku

kaum tempatan yang pelbagai di negeri ini. Oleh itu, objektif kajian pengkaji ialah

pertama 1) Meneliti peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam membangunkan industri

kraftangan yang terdapat di negeri Sarawak. Peranan Majlis Kraftangan Sarawak adalah

sangat penting kerana ianya merupakan satu-satunya organisasi yang diberikan

tanggungjawab oleh pihak kerajaan pusat dalam membangunkan industri kraftangan di

Sarawak; 2) Mengkaji dan memberi gambaran produk-produk kraftangan manik yang ada

di Sarawak. Jika diperhatikan terdapat pelbagai jenis produk kraftangan yang diperbuat

daripada manik yang dikatakan sangat unik dengan kepelbagaian corak, rupa, dan motif.

Oleh itu, pengkaji ingin mengenalpasti produk-produk kraftangan manik yang terdapat di

Sarawak yang dikatakan menarik dengan kehalusan tangan masyarakat Orang Ulu yang

terkenal sebagai usahawan kraftangan manik di Sarawak; 3) Mengkaji kaedah promosi

yang digunakan dalam usaha memperkenalkan produk kraftangan manik masyarakat

Sarawak kepada masyarakat setempat dan para pelancong. Sekiranya kraftangan manik

tidak dipromosikan dengan berkesan maka masyarakat kurang mengetahui tentang

keunikan produk kraftangan manik yang ada di negeri Bumi Kenyalang ini. Melalui

promosi terhadap produk-produk kraftangan manik ini ianya dapat meningkatkan serta

memajukan lagi produk kraftangan masyarakat Sarawak.

7

Page 20: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

Persoalan Kajian

Sarawak Bumi Kenyalang kaya dengan seni kraftangan yang unik dan kompleks

yang menggambarkan kepelbagaian suku kaum yang terdapat di negeri ini. Produk-

produk kraftangan yang ada ini perlu dipromosikan kepada masyarakat dalam dan luar

negeri Sarawak ini sudah menjadi tanggungjawab organisasi Majlis Kraftangan Sarawak.

Oleh sebab itu, persoalan kajian ialah: 1) Apakah peranan Majlis Kraftangan Sarawak

dalarn mempromosikan kraftangan yang terdapat di Sarawak? Peranan sesebuah

organisasi sangat penting khususnya Majlis Kraftangan Sarawak untuk membangunkan

serta memajukan industri kraftangan yang ada di Sarawak. Secara tidak langsung, ianya

dapat membantu usahawan-usahawan kraf dalam meningkatkan hasil keluaran produk-

produk kraftangan mereka; 2) Apakah cabaran Majlis Kraftangan Sarawak dalam

mempromosikan kraftangan yang ada di Sarawak? Bagi membangunkan industri

kraftangan sememangnya cabaran dan rintangan terpaksa dihadapi. Namun jika semua

pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bekerjasama dalam

membantu organisasi ini semestinya cabaran tersebut mungkin dapat diatasi dengan baik;

3) Sekiranya produk kraftangan manik terpinggir, bagaimanakah cara untuk

meningkatkan pemasaran barangan kraftangan manik? Hal ini demikian kerana produk

kraftangan manik yang ada masih kurang mendapat sambutan yang menggalakan dalam

kalangan masyarakat terutamanya golongan muda yang dikatakan kurang berminat

terhadap produk kraftangan manik.

8

Page 21: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

Kerangka Konseptual

1) Promosi

Promosi bermaksud segala usaha dan kegiatan untuk menggalakan serta

meningkatkan jualan barang atau untuk memperkenalkan album lagu, filem dan

sebagainya supaya laris jualannya serta barang-barang tempatan akan diadakan secara

besar-besaran atau melakukan promosi untuk sesuatu yang akan dipasarkan.

Tujuan promosi diadakan untuk menyebarkan informasi produk kepada target

golongan sasaran. Promosi juga berperanan untuk mendapatkan kenaikan penjualan dan

keuntungan. Selain itu, promosi diadakan untuk mendapatkan pelanggan baru dan

menjaga kesetiaan pelanggan. Seterusnya, promosi adalah untuk menjaga kestabilan

penjualan dan mengubah tingkahlaku dan pendapat konsumen. Ini diperkatakan oleh

Belch & Belch (1998).

"Promotion is one of those critical leverage points. By applying a

modest e. Toi t in planning and executing promotional strategies, you can double; triple, even quadruple the results of your trade show investment

(Stevens, 2005, p. 144)

Bermaksud, promosi ialah salah satu titik memanfaatkan kritikal iaitu dengan

menggunakan satu usaha sederhana dalam merancang dan melaksanakan strategi-strategi

promosi, anda botch menggandakan dua, tiga, malah empat kali ganda keputusan-

keputusan pameran perdagangan anda.

9

Page 22: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

"Advertising and promotion are increasingly being viewed by marketing

managers as highly interrelated yet distinctly specialized means of

informing customers about products and services and persuading them to

buy. Advertising and promotion are highly interrelated because they both

rely on marketing communication processes , for their effects and are so

ofien uses together. Yet they are specialized because of the respective

effectiveness of the techniques available for each

(Rossiler & Percy, 1987, p. 3)

Bermaksud, pengiklanan dan promosi semakin mendapat perhatian pengurus pemasaran

khususnya dari aspek memaklumkan pelanggan tentang produk dan perkhidmatan serta

menyakinkan mereka untuk membeli produk yang dihasilkan. Pengiklanan dan promosi

adalah saling berkaitan kerana kedua-duanya bergantung kepada proses komunikasi

pemasaran yang dapat memberikan kesan kepada mereka dan mereka dapat

menggunakan bersama-sama. Namun pendekatan yang dilakukan berbeza berdasarkan

teknik yang tersedia.

"Promotion is often regarded as a more direct from of persuasion, based

. frequently on external incentives rather than inherent product benefits,

which is designed to stimulate immediate purchase and to more sales

forward' more rapidly than would otherwise occur "

(Rossiler & Percy, 1987, p. 22)

Bermaksud promosi selalunya dianggap sebagai secara langsung dari pemujukan, yang

berpangkalkan insentif luar daripada faedah-faedah produk sedia ada. Produk dihasilkan

untuk merangsang pembelian segera dan untuk meningkatkan 'pulangan jualan'.

10

Page 23: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

"Promotion involves any technique, under a seller 's control, that can

communicate favourable, persuasive information about that seller's

product to potential buyers".

(Dommermuth 1989, p. 22)

Bermaksud, promosi melibatkan apa-apa teknik, di bawah kawalan penjual, yang

dapat menggalakan berkomunikasi, maklumat yang meyakinkan tentang produk dari

penjual kepada pembeli berpotensi.

Selain itu, promosi jualan juga penting untuk meningkatkan pemasaran sesuatu barangan.

"Promotion refers to any incentive used by a manufacturer to induce the trade

(wholesalers, retailers, or other channel members) or consumers to buy a brand and to

encourage the sales force to aggressively sell it. Retailers and not-for-profit

organizations also use promotional incentives to encourage desired behaviors from their

consumers and clientele-shop at this store rather than a competitor 's buy this brand

rather than another, purchase larger quantities donate now rather than later, become a

season-ticket holder, and so on. The incentive is additional to the basic benefits provided

by the brand and temporarily changes its perceived price or value.

(Shimp, 2007, p. 35)

Bermaksud promosi merujuk kepada apa-apa insentif yang digunakan oleh

pengilang untuk mendorong perdagangan (pemborong, peruncit, atau ahli-ahli saluran

lain) dan pengguna untuk membeli jenama serta menggalakan pasukan jualan agar

menjual secara agresif. Peruncit dan pertubuhan bukan kerajaan juga menggunakan

insentif bagi mendapatkan keuntungan dan menggalakan tingkah laku yang dikehendaki

daripada pelanggan. Selain daripada itu, mereka dan pelanggan-kedai di kedai ini dan

bukannya membeli pesaing jenama ini lebih daripada yang lain, membeli kuantiti yang

11

Page 24: PERANAN MAJLIS KRAFTANGAN SARAWAK DALAM … majlis Kraftangan Sarawak dal… · Kajian ini untuk mengkaji peranan Majlis Kraftangan Sarawak dalam mempromosikan kraftangan manik masyarakat

lebih, menjadi satu musim pemegang tiket dan sebagainya. Insentif ini adalah tambahan

kepada manfaat asas yang disediakan oleh jenama dan sementara perubahan harganya

dirasakan atau nilai.

Aspek Promosi

Pemasaran

Menurut Kotler (1992), pemasaran ialah suatu cara baru untuk memikirkan

bagaimana syarikat atau organisasi lain dapat memajukan pertukaran yang berfaedah

dengan pelanggan sasaran supaya dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

Menurutnya lagi, pengurus pemasaran sebagai analisa, perancangan, pelaksanaan dan

kawalan program-program yang dibentuk untuk mendapatkan pertukaran dengan

kumpulan sasaran dengan matlamat memperoleh faedah perseorangan atau faedah

bersama dan tertumpu kepada usaha-usaha mengubahsuai serta menyelaras keluaran

bahan, harga, promosi dan pemilihan tempat untuk menjamin keberkesanan.

Selain itu, dalam buku ini juga menyatakan pengurusan pemasaran ialah kaedah

terancang dan teratur untuk menyempurnakan hubungan pertukaran. Kaedah yang

terancang dan tersusun dalam sebarang bidang dinamakan profesionalisme. Disamping

itu, dan aspek pemasaran yang diperkatakan ialah apabila seseorang pengguna

didedahkan kepada mesej pengiklanan yang berkesan dengan berulang-ulang, pertama

sekali akan mewujudkan kesedaran terhadap keluaran itu (kesedaran) dan selepas itu

memahaminya (pengetahuan) setelah mesej itu diterima (penerimaan), dia mungkin

berkeputusan untuk membeli jenama im apabila dia ingin membeli jenis keluaran itu. Ini

bernlaksud jika penduduk setempat dan para pelancong didedahkan dengan mesej

12