daftar homonim p5

10
www.saujana.sg daftar kata Nama : ________________________________________ Darjah : _______________________________________ Sekolah : ______________________________________ homonim P5

Upload: mohamed-naim-daipi

Post on 28-Nov-2014

1.744 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Siri Pemaknaan Kata - Daftar Homonim untuk P5

TRANSCRIPT

Page 1: Daftar Homonim P5

www.saujana.sg

daftar kata

Nama : ________________________________________ Darjah : _______________________________________ Sekolah : ______________________________________

homonim P5

Page 2: Daftar Homonim P5

DAFTAR HOMONIM P5 / MND / 2009

1. ACU

Perompak itu mengacukan pistolnya ke arah pengawal bank itu. Acuan kuih yang dipegang ibu itu berbentuk bintang.

2. ADA

Ayah saya ada sebidang tanah di Indonesia. Walaupun kurang berada, hidupnya makmur dan bahagia

3. ADU Dia mengadukan kenakalan adiknya kepada ayahnya. Badang pun beradu dengan panglima dari Benua Keling itu.

4. AGUNG P. Ramlee dikenali sebagai seniman agung. Mesyuarat agung persatuan itu akan berlangsung pada hari Ahad ini

5. AKU Aku tidak berani berkata dusta kepada kedua-dua ibu bapa saya. Penjahat itu tidak mengaku akan kesalahannya.

6. ALAH Dia mengalah tetapi tidak semestinya dia bersalah. Pesakit itu alah akan ubat antibiotik itu.

7. ALAM Dia mendapat banyak pengalaman sewaktu mendaki gunung Everest. Semua selok-belok alam ini belum diketahui manusia.

8. ALAMAT Dia menulis alamat rumah kawannya di sampul surat itu. Bunyi ayam berkokok alamat hari hendak siang

9. ALAS Dia memberikan alasan yang menasabah akan kelewatannya pagi tadi. Ibu mengalas meja itu dengan kain batik dari Kelantan.

10. ALIR Air sungai itu mengalir dengan deras. Air matanya mengalir ketika dimarahi cikgu.

11. AM Saya hendak bermandi-manda di Pantai Changi pada hari kelepasan am ini. Membaca buku itu dapat menambahkan pengetahuan am kita

12. AMBANG Budak itu duduk di ambang pintu rumahnya. Sebelum melangkah ke ambang perkahwinan, abang saya mengikuti kursus

13. AMPU Kayu yang mengampu pondok itu sudah patah. Sesiapa yang pandai mengampu akan dber hadiah

Page 3: Daftar Homonim P5

DAFTAR HOMONIM P5 / MND / 2009

14. ANCAM Penculik itu mengancam akan membunuh mangsanya. Kejadian tanah runtuh boleh mengancam nyawa manusia.

15. ANGGUR Pemuda itu terus menganggur sejak berhenti dari sekolah. Anggur yang dibeli oleh ibu saya itu sangat manis

16. ANTARA Dia menunggu saya antara pukul dua hingga pukul empat petang. Antara yang cedera dalam kejadian itu ialah abang saya

17. ASLI Barang-barang yang tidak asli tidak dijual di kedai antik itu. Dia mengirim karangan aslinya kepada editor akhbar itu.

18. BADAN Badan itu dianggotai oleh belia-belia di kampung itu. Badan pemuda itu calar-balar kerana bergelut dengan harimau itu

19. BAHASA Bahasa yang diucapkan oleh budak itu sopan. Budak yang tidak berbahasa itu ditegur oleh pengetua.

20. BALAS Jika kamu menderhaka kepada ibu kamu, kamu akan mendapat balasan. Saya hendak membalas surat yang dikirim oleh abang saya itu.

21. BANGKIT Biskut yang bangkit itu sangat harum. Abang saya baru bangkit dari tidurnya.

22. BARANG Barang yang lepas jangan selalu dikenang. Semua barang itu telah saya simpan ke dalam stor.

23. BEKAS Bekas yang berisi minyak wangi itu cantik dan berwarna-warni. Profesor Tarmimi ialah bekas pelajar Sekolah Rendah Griffiths

24. BEKU Air yang disimpan ke dalam peti sejuk itu telah beku. Fikirannya beku jikalau dia terlalu penat.

25. BELAH Pemuda yang tampan itu sedang membelah kayu api. Budak kecil itu duduk di sebelah datuk saya.

Page 4: Daftar Homonim P5

DAFTAR HOMONIM P5 / MND / 2009

26. BELAS Dia berasa belas setelah melihat kehidupan pengemis itu. Kawan baik saya itu tinggal di tunggal tiga belas

27. BIAR Wanita itu dihukum kerana membiarkan bayinya di kolong flat itu. Berilah aku peluang biar aku membaiki kesalahanku itu.

28. BIASA Keadaan huru-hara di negeri itu telah pulih seperti biasa. Saya biasa tidur di atas gunung yang tinggi itu.

29. BILANG Adik hendak membilang duit di dalam tabung itu. Saya akan bilang ibu jika anda berbuat nakal lagi.

30. BISA Dia pengsan kerana patukan ular itu sangat bisa. Darlina bisa bertutur bahasa Jerman dan Perancis.

31. BOLOT Dia telah membolot hadiah pertama dalam peraduan mengarang itu. Pemuda itu membolot kepalanya dengan tuala.

32. BUNGA Dia hanya mengeluarkan bunga wang simpanannya itu. Bunga itu layu kerana cahaya matahari tersangat panas.

33. BURUK Mukanya yang buruk itu menakutkan kanak-kanak. Perangainya yang buruk itu telah memalukan keluarganya.

34. BUSUK Mayat yang telah berbau busuk itu tela diusung ke bilik mayat. Menteri yang mengambil rasuah itu meninggal dunia dengan nama yang busuk

35. BUTA Orang buta itu berjalan dengan menggunakan tongkat putih. Pada pagi buta itu, nelayan tua itu sudah berada di pantai

36. CABANG Cabang pokok itu patah lalu menghempap kereta itu. Perpustakaan dan cabang-cabangnya akan mengadakan rumah terbuka.

Page 5: Daftar Homonim P5

DAFTAR HOMONIM P5 / MND / 2009

37. CABUT Budak-budak nakal itu cabut apabila pengetua sekolah datang. Pekebun itu hendak mencabut ubi kayu itu.

38. CELAH Dia dimarahi ayah kerana suka mencelah percakapan beliau. Dia memasukkan kertas itu di celah dinding itu

39. CERAH Masa depan anda akan cerah jika anda rajin belajar Kakaknya keluar rumah ketika langit kelihatan cerah

40. CERUT Asap cerut yang dihisap oleh datuk saya itu berbau busuk. Dia mati akibat tali yang mencerut lehernya.

41. CUCUK Setelah bersara, ayah dan ibunya bercucuk tanam. Singsih itu mencucuk badan pesakitnya dengan peniti.

42. DAPAT Dia mendapat hadiah pertama dala peraduan itu. Dia dapat membuktikan kebenarannya.

43. DARAT Abang hendak melamar pekerjaan sebagai tentera darat. Helikoter itu mendarat secara cemas kerana kehabisan minyak.

44. DINGIN Projek itu gagal kerana mendapat sambutan dingin. Dia berbaju tebal kerana Bilik komputer itu sangat dingin.

45. ELOK Eloklah anda meminta izin daripada ayah anda dahulu. Buah epal itu masih elok lagi, jangan dibuang.

46. ERTI Perkataan yang kamu sebut itu, tidak mempunyai erti. Segala penat lelah awak tidak akan bererti jika kamu tidak mengambil peperiksaan.

47. FAEDAH Dia mendermakan semua faedah wang simpanannya kepada pertubuhan itu. Awak pasti mendapat faedah jika awak membaca buku itu.

48. GANTUNG Kejayaan seseorang dalam peperiksaan bergantung kepada ketekunannya. Pengedar dadah itu telah digantung sehingga mati

Page 6: Daftar Homonim P5

DAFTAR HOMONIM P5 / MND / 2009

49. GELORA Pada musim ribut, air laut bergelora. Hatinya bergelora setelah berita sedih itu didengarinya.

50. GIAT Budak nakal itu menggiat adik saya sehingga adik saya menangis. Abang saya bergiat di Kelab Masyarakat Tampines West.

51. GONDOL Kamariah menggondol beberapa hadiah dalam pertandingan itu. Luncai menangis ketika melihat kepala sultan yang gondol itu

52. GUGUR Panglima perang itu gugur ketika bertempur dengan musuh. Pekebun itu menyapu daun-daun pokok yang gugur itu.

53. HABIS Dia belum menghabiskan tugasan yang diberi oleh gurunya. Habis membaca, dia menonton siri kartun di televisyen.

54. HAL Hal itu telah diadukan kepada pengetua dan ibu bapanya. Mesyuarat itu akan membincangkan beberapa hal penting.

55. HAMPIR Daud hampir dilanggar kereta biru itu. Rumah barunya hampir dengan Kompleks Sukan.

56. HANGAT Pesta Muzik di Pulau Sentosa mendapat sambutan hangat. Saya membawanya bertemu dengan doktor kerana suhu badannya hangat.

57. HANYUT Hartanya hanyut setelah dia kaki judi. Sampan itu hanyut dibawa oleh arus yang deras.

58. HAPUS Dosanya akan hapus sekiranya dia bertaubat. Parut di mukanya itu tidak akan hapus

59. HITUNG Dia hendak menghitung wang di dalam celengan itu. Hang Tuah hendak membuat perhitungan dengan Hang Jebat.

60. HULU Dia ke hulu kampung itu dengan menaiki sampan. Hulu keris itu dibuat daripada gading.

Page 7: Daftar Homonim P5

DAFTAR HOMONIM P5 / MND / 2009

61. JADI Jika saya besar, saya hendak menjadi inspektor polis. Setelah lukisannya jadi, dia pun bermain bola

62. JAMU Wanita Indonesia itu menjual jamu. Dia mengundang saya ke rumahnya kerana hendak menjamu saya

63. JATUH Orang itu muflis kerana harga saham yang dimilikinya jatuh. Budak yang jatuh di tengah padang itu, adik saya

64. KACAU Pak cik saya sedang mengacau dodol. Budak yang mengacau adik saya tadi telah dimarahi bapanya.

65. KANAN Di sebelah kanan jalan raya itu ditanam dengan pokok mangga. Guru kanan sekolah itu akan bersara pada bulan hadapan.

66. KARANG Dia memasukkan batu karang itu ke dalam akuarium. Penulis itu hendak mengarang sebuah novel sejarah.

67. KAWAT Askar-askar itu sedang berkawat di tengah panas itu. “Jangan pegang kawat yang hidup itu!” kata Cikgu.

68. KECUT Jika awak kecut janganlah bercampur dengan kami. Limau kasturi di atas meja itu sedah kecut.

69. KELAS Cikgu masuk ke dalam kelas lalu memanggil ketua murid. Dia membayar tambang tiket kelas dua ketika menaiki keretapi itu.

70. KEMBANG Kemajuan Singapura akan terus berkembang jika rakyatnya terus rajin. Kembang itu layu kerana tidak disiram air.

71. KUAT Badang yang kuat itu hendak menentang panglima dari Benua Keling. Budak yang kuat makan itu sakit perut.

72. KUSUT Fikirannya kusut kerana tidak dapat menyelesaikan masalah itu. Dia hendak menyikat rambutnya yang kusut itu.

Page 8: Daftar Homonim P5

DAFTAR HOMONIM P5 / MND / 2009

73. LANGKAH Dia bergerak beberapa langkah ke belakang. Langkah pemuda itu menyelamatkan budak itu sangat dialu-alukan.

74. LARUT Gula itu larut dengan cepat dalam minuman itu. Ayah pulang ke rumah larut malam kerana mencari rezeki.

75. LICIN Kulit muka seniwati filem itu putih dan licin. Dia terjatuh kerana lantai itu licin.

76. LULUS Pelajar itu lulus dengan markah yang cemerlang. Nenek terkial-kial memasukkan benang ke jarum itu sehingga lulus.

77. MATI Jam itu mati kerana kehabisan bateri. Pemuda itu mati kerana dipanah petir.

78. NAIK Dia menaiki tangga hingga ke rumahnya di tingkat dua puluh dua. Setelah telur yang dipukulnya naik, dia pun memasukkannya ke dalam acuan.

79. PARAS Putera raja itu terpegun melihat paras tuan puteri yang jelita itu. Dalamnya kolam itu separas dada saya.

80. PEDAS Saya tidak berkecil hati walaupun kekatanya pedas. Rojak yang dibuat oleh kakak saya itu sangat pedas.

81. PULANG Datuk saya telah berpulang ketika usianya lapan puluh tahun. Ayah saya pulang ke rumah pada pukul enam petang.

82. PUSAT Pusat bayi itu dibubuh ubat kerana luka. Pusat tahanan kanak-kanak akan dibina di Tampines.

83. SAPU Kakak saya menyapu rumah dua kali sehari. Buyung menyapu ubat salap itu dahinya.

84. SEDANG Walaupun tidak sedang, dia memakai baju itu. Pencuri itu sedang memecah-masuk ke rumah orang kaya itu.

85. SEDAR Setelah sedar dari tidurnya, dia segera ke bilik air. Walaupun telah dipenjara beberapa kali, pemuda itu belum sedar lagi

Page 9: Daftar Homonim P5

DAFTAR HOMONIM P5 / MND / 2009

86. SEGAR Badan pemuda itu bertambah segar setelah mandi d air terjun itu. Ikan-ikan yang dijual di pasar itu segar belaka.

87. SERANG Ayah saya pernah menjadi serang di kapal perang itu. Askar-askar kita menyerang musuh yang berhimpun di sempadan.

88. SERI Keputusan perlawanan bola sepak malam itu seri. Wajahnya berseri setelah keputusan peperiksaan diumumkan.

89. SILA

Pemuda yang datang ke rumah saya itu duduk bersila di atas tikar Kami mempersilakan tetamu kami itu naik ke rumah kami.

90. SIPUT

Siput itu telah merosakkan pokok yang ditanam ibu Siput di rambut wanita itu terlepas lalu jatuh.

91. SULIT

Walaupun kertas matematik itu sulit, dia berusaha menjawabnya Perkara itu sulit dan tidak boleh dihebahkan kepada umum

92. TAHAN Penjahat itu ditahan kerana menikam kawannya sendiri. Bas itu ditahan lalu dinaikinya.

93. TAJAM Bapa mengasah pisau itu sehingga tajam. Walaupun sudah tua, fikirannya masih tajam

94. TANDA Murid-murid sering melakukan kesilapan tanda baca. Bunyi ayam berkokok bersahut-sahutan menandakan hari akan siang,

95. TANDING Beberapa orang atlit negara akan menyertai pertandingan itu. Kecantikan tuan puteri itu tiada tandingnya.

96. TANGAN Kedua-dua tangannya bengkak kerana disengat lebah. Masalah itu ditanganinya dengan tenang dan tabah.

97. TANGGAL Pada tanggal 9 Ogos ini, perayaan hari nasional disambut dengan meriah. Giginya tanggal kerana berulat.

Page 10: Daftar Homonim P5

DAFTAR HOMONIM P5 / MND / 2009

98. TAPIS Filem yang baru diimport itu perlu ditapis dahulu. Santan itu ditapis ibu agar bersih.

99. TARUH Bertaruh dengan apa jua benda dianggap berjudi. Buku itu telah ditaruhnya di atas meja itu.

100. TERANG Bilik itu tidak berapa terang kerana dia hanya menggunakan lampu colok. Pelajaran itu diterangkan oleh Cikgu Adnan.