cukai gst

2
Saya amat bersetuju sekiranya kerajaan mengambil langkah untuk melaksanakan a goods and services tax (GST) bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang telah digunakan di negara ini untuk beberapa dekad yang lalu.Antara kebaikan pelaksanaan GST ialah meningkatkan aliran pendapatan yang kemudiannya boleh digunakan bagi melaksanakan projek- projek untuk manfaat seluruh rakyat. Asas percukaian yang lebih meluas serta yang dikenakan pada satu kadar akan memudahkan kerajaan mengurus dan mentadbir sistem tersebut. Perlaksanaanya juga amat mudah untuk difahami oleh rakyat berbanding cukai yang dikenakan pada kadar berbeza bagi perkhidmatan dan barangan yang berlainan. Selain daripada itu, perlaksanaannya juga dapat mengurangkan beban pembayar cukai kerana jumlah yang membayar cukai pendapatan hanya beberapa peratus berbanding keseluruhan rakyat Malaysia. Perlaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Menurut laporan banda bertindak ekonomi, negara telah mengalami bajet defisit selama 46 tahun, semenjak 52 tahun yang lalu. Pada tahun 2009, bajet defisit dianggarkan sebanyak 7.6%, yang merupakan tertinggi semenjak tahun 1987. Ini kerana sumber ekonomi negara telah semakin berkurangan terutama pada sumber yang tidak boleh di perbaharui seperti petroleum dan bijih timah.Untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber ini, negara perlu melaksanakan GST supaya ekonomi negara dapat diseimbangkan. GST akan dikenakan ke atas semua barang dan pekhidmatan termasuk yang diimport melainkan barang dan perkhidmatan yang dikecualikan oleh kerajaan.Pengecualian beberapa barangan dan perkhidmatan telah ditetapkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah bagi memastikan golongan ini tidak dibebankan dengan pembayaran cukai.Antara barangan yang dikecualikan daripada GST adalah barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, sayur- sayuran, ikan, telur, daging, ayam, gula dan tepung. Sementara perkhimatan asas yang digunakan rakyat Malaysia seperti pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, tol lebuhraya juga tidak dikenakan GST

Upload: map9704

Post on 14-Jun-2015

339 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cukai gst

Saya amat bersetuju sekiranya kerajaan mengambil langkah untuk melaksanakan a goods and services tax (GST) bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang telah digunakan di negara ini untuk beberapa dekad yang lalu.Antara kebaikan pelaksanaan GST ialah meningkatkan aliran pendapatan yang kemudiannya boleh digunakan bagi melaksanakan projek-projek untuk manfaat seluruh rakyat. Asas percukaian yang lebih meluas serta yang dikenakan pada satu kadar akan memudahkan kerajaan mengurus dan mentadbir sistem tersebut.

Perlaksanaanya juga amat mudah untuk difahami oleh rakyat berbanding cukai yang dikenakan pada kadar berbeza bagi perkhidmatan dan barangan yang berlainan. Selain daripada itu, perlaksanaannya juga dapat mengurangkan beban pembayar cukai kerana jumlah yang membayar cukai pendapatan hanya beberapa peratus berbanding keseluruhan rakyat Malaysia.

Perlaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Menurut laporan banda bertindak ekonomi, negara telah mengalami bajet defisit selama 46 tahun, semenjak 52 tahun yang lalu. Pada tahun 2009, bajet defisit dianggarkan sebanyak 7.6%, yang merupakan tertinggi semenjak tahun 1987. Ini kerana sumber ekonomi negara telah semakin berkurangan terutama pada sumber yang tidak boleh di perbaharui seperti petroleum dan bijih timah.Untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber ini, negara perlu melaksanakan GST supaya ekonomi negara dapat diseimbangkan.

GST akan dikenakan ke atas semua barang dan pekhidmatan termasuk yang diimport melainkan barang dan perkhidmatan yang dikecualikan oleh kerajaan.Pengecualian beberapa barangan dan perkhidmatan telah ditetapkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah bagi memastikan golongan ini tidak dibebankan dengan pembayaran cukai.Antara barangan yang dikecualikan daripada GST adalah barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ikan, telur, daging, ayam, gula dan tepung. Sementara perkhimatan asas yang digunakan rakyat Malaysia seperti pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, tol lebuhraya juga tidak dikenakan GST (pembekalan yang dikecualikan). Layanan yang sama juga diberi kepada perkhidmatan kewangan.

Selain daripada itu, kebaikan perlaksanaan GST ialah membenarkan peniaga menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input perniagaan secara automatik. Tuntutan dalam bentuk kredit cukai yang dibuat dengan menolak cukai input yang ditanggung dengan cukai output yang dikutip. Bagi mengurangkan beban cukai yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah khususnya peniaga kecil-kecilan, hanya perniagaan yang mempunyai jualan tahunan melebihi RM 500,000 setahun sahaja yang dibenarkan untuk mengenakan GST ke atas jualan mereka. Pengeculian perlaksnaan GST juga melibatkan kedai runcit di kawasan luar Bandar. Mereka akan terkeluar daripada sistem GST dan boleh menjual barang keperluan tanpa dikenakan GST.

Page 2: Cukai gst

Kajian yang dijalankan mendapati Indeks Harga Pengguna (IHP) akan mengalami penurunan sebanyak 0.10%. Walaubagaimanapun akan terdapat harga barang-barang dan perkhidmatan tertentu akan naik, manakala terdapat pula harga barang dan perkhidmatan yang lain akan menurun. Tetapi, disebapkan ada pengecualian terhadap beberapa barangan dan perkhidmatan beban pengguna dapat dikurangkan khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Perlaksanaan GST juga akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi terutamanya pengeluaran barangan daripada industry berasaskan bahan tempatan. Ini kerana permintaan dari pengguna akan meningkat disebabkan permintaan barangan import akan berkurangan kerana factor harga yang tinggi kesan daripada cukai yang dikenakan kepada barangan import.