oktob 2015 - roketkini.com filedap kutuk pijak gambar najib, hadi hapuskan gst untuk semua jenis...

9

Upload: others

Post on 21-Oct-2019

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

3OKTOBER 2015

2OKTOBER 2015

DAP SARAWAK MAHU NAJIB UNDUR UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA

KENINGAU: DAP akan menghormati dan menunaikan semua jaminan yang telah diberikan oleh kerajaan sejak pembentukan Malaysia jika diberi mandat oleh pengundi untuk bersama membentuk kerajaan baru di Sabah.

Se t i a u s a h a D A P Sa b a h , Dr E d w i n B o s i , berkata pelbagai program telah diadakan untuk mengembalikan hak rakyat Sabah yang selama ini telah gagal ditunaikan oleh Barisan Nasional.

Beliau yang juga Adun Kepayan mempersoalkan kemampuan kerajaan untuk mempertahankan hak adat Orang Asal di Sabah.

“Bagaimana kita nak pertahankan hak adat kalau kerajaan tidak prihatin?” katanya di majlis pelancaran program “Land For The Landless’ di sini baru-baru ini.

Kata bel iau, program dan kempen yang dilancarkan itu merupakan satu komitmen DAP untuk memperjuangkan hak Orang Asal yang telah lama didak dipedulikan.

Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin, pula menegaskan komitmen parti untuk memperjuangkan kepentingan autonomi Sabah.

“Saya ingin tekankan Sabah asalnya bukan sebuah negeri yang hanya sebahagian dari sebuah negara. Sabah adalah rakan kongsi Malaya yang membentuk Malaysia. DAP berjuang supaya autonomi Sabah dikembalikan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu berkata, selain memperjuangkan autonomi Sabah, DAP juga bukan sebuah parti hanya hanya berjuang untuk satu-satu kaum sahaja.

“Saya ingin tegaskan bahawa DAP perjuangkan kebebasan beragama dan berbudaya di Sabah seperti termaktub di Batu Sumpah. DAP percaya, rakyat Malaysia khususnya di Sabah boleh hidup aman damai walaupun berbeza budaya dan agama,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai, meminta rakyat Sabah memberi mandat kepada DAP dalam pilihanraya umum ke-14 akan datang.

Menurutnya, tidak mustahil untuk menukar kerajaan UMNO-BN di Sabah memandangkan parti pemerintah itu semakin tidak popular di Sabah akibat pelbagai isu yang melanda termasuk isu hak Orang Asal.

“Pada pilihanraya umum 2008, BN mendapat 61 peratus undi majoriti. Tetapi pada pilihanraya umum ke 13 yang lalu, BN hanya dapat 55 peratus,” ujar beliau.

Ahli Parlimen Cheras itu menegaskan, rakyat Sabah harus berani melakukan perubahan memandangkan kerajaan sedia ada semakin menindas dan bersikap tidak adil terutamanya terhadap masyarakat Orang Asal.

TANAH UNTUK YANG TAK BERTANAH DI SABAH

JOHOR BHARU: AMANAH, DAP dan PKR negeri Johor menyatakan iltizam untuk memikul tanggungjawab merealisasikan agenda per ubahan dan merampas tampuk pemer intahan neger i dar i UMNO BN menerusi penubuhan pakatan pembangkang yang baharu.

“D e n g a n t e r t u b u h n y a A M A N A H Johor, gerak kerja bersepadu melibatkan AMANAH, PKR dan DAP dalam sebuah gabungan pembangkang baharu yang kuat

secara tidak rasmi telahpun bermula untuk Johor malam ini (11 September 2015)” kata Aminolhuda Hassan selaku Pengerusi AMANAH Johor.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi AMANAH Pusat, Mohamad Sabu, dengan turut dihadiri Pengarah Pilihanraya PKR Pusat, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Selain itu, turut hadir adalah Pengerusi

DAP Johor, Liew Chin Tong dan Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim.

Menurut Chin Tong, kerjasama politik antara DAP, PKR dan AMANAH peringkat negeri Johor berada pada tahap yang paling matang dan bakal menjadi negeri pertama membentuk pakatan pembangkang yang baharu pasca krisis Pakatan Rakyat mutakhir ini.

Hassan Karim pula mahu pakatan baru pembangkang digerakkan segera tanpa

BUKIT MERTAJAM: Sejak memegang tampuk kuasa pada 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang sentiasa gigih berusaha untuk meringankan beban kewangan keluarga, terutamanya ibu bapa serta waris, daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata, kerajaan negeri mampu membiayai kerana ia berpegang kepada prinsip bahawa sebuah kerajaan bersih akan menjalankan tata kelola dan urustadbir yang lebih baik daripada sebuah kerajaan yang rasuah.

Katanya, kejayaan prinsip itu boleh dilihat melalui prestasi kerajaan negeri

BERSIH JIWA PENTADBIRAN KERAJAAN PULAU PINANG

DAP KUTUK PIJAK GAMBAR NAJIB, HADI

HAPUSKAN GST UNTUK SEMUA JENIS UBATBATU GAJAH : Kerajaan diminta menghapuskan cukai jualan dan perkhidmatan (GST) ke atas semua jenis ubat, dan bukan hanya memberi pengecualian kepada ubat-ubat terpilih sahaja.

Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar, berkata banyak jenis ubat masih tertakluk kepada GST yang semakin membebankan pesakit.

“Pengecualian cukai hanya untuk ubat penting nasional tidak memadai. Oleh yang demikian, kerajaan harus m e n g k a j i s e m u l a p e l a k s a n a a n proses pengecualian bagi semua ubat yang digunakan untuk merawat para pesakit,” katanya dalam satu kenyataan.

Me n u r u t n y a , p a d a m a s a i n i , senarai ubat penting nasional adalah merupakan sebahagian daripada 7,000 produk ubat terkawal dan 4,000 produk ubat bukan racun yang dikategorikan oleh Kementerian Kesihatan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah menambah, ubat- ubat di bawah kategori ubat penting nasional yang bebas daripada GST adalah sebanyak 4,217 jenama yang digunakan untuk merawat 30 jenis penyakit seperti, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, dan barah.

“Namun, masih terdapat lebih dar ipada 2,700 jenis ubat yang dikenakan GST. Kerajaan seharusnya lebih prihatin akan kesihatan rakyat,” katanya.

GABUNGAN BARU PEMBANGKANG MUNCUL DI JOHOR

KUCHING: DAP Sarawak memberi kerjasama penuh dengan pihak polis berhubung siasatan terhadap penyertaan parti di perhimpunan Bersih 4 di Kuching pada akhir Ogos lalu.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata beliau telah memberitahu polis bahawa tuduhan sepanduk yang dikatakan provokatif hanyalah “Bersihkan Malaysia, Undurlah Najib”.

“Kita tidak melanggar undang-undang. Tiada sebarang kesalahan atau jenayah membawa sepanduk seperti itu kerana ia hanya meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa terkejut kerana parti-parti pembangkang lain di Sarawak termasuk pengerusi jawatankuasa Bersih 4 Kuching, Nicholas Mujah, yang juga pemimpin PKR di Sarawak, enggan mendesak Najib meletak jawatan.

“DAP tetap mahu Najib meletak jawatan kerana ia adalah cara terbaik untuk menyelamatkan negara dan ekonomi kita,” ujar beliau.

Menurutnya, terpulang kepada mana-mana pihak, sama ada BN atau pun parti lain, yang mahu memuja Najib kerana DAP tetap bertegas mahu Perdana Menteri berundur.

teragak-agak dengan disusuli oleh proses perancangan strategi politik secara spesifik menuju PRU ke-14.

Ketiga-tiga pimpinan AMANAH, DAP dan PKR Johor tersebut sepakat bahawa harapan rakyat yang inginkan perubahan merupakan suatu amanah yang perlu digalas bersama. Ia perlu diurus dengan serius dan pakatan baharu pembangkang di Johor perlu memulakannya.

sejak 2008 yang mana telah mencatatkan lebihan Belanjawan set iap tahun, penurunan hutang negeri sebanyak 90% dan pertambahan nilai rizab aset sebanyak 50%.

Menurutnya, dalam tempoh 6 tahun di antara 2008-2013, lebihan Belanjawan secara terkumpul adalah RM453 juta, jauh melebihi lebihan Belanjawan untuk tempoh 50 tahun seterusnya iaitu dari tahun 1957-2007 sebanyak RM373 juta.

“Hasil kerajaan bersih inilah yang mendapat pujian bukan sahaja daripada Laporan Ketua Audit Negara tetapi juga Transparency International. Itulah yang

dikatakan Bahasa Jiwa Bangsa, Bersih Jiwa Negara,” katanya di majlis sumbangan untuk pendaftaran universiti bagi pelajar-pelajar di Seberang Perai di sini baru-baru ini.

Permohonan iBiTA telah dibuka mulai 1 September 2015 dan akan ditutup pada 30 September 2015 bagi Sesi Akademik 2015/2016 ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda lepasan STPM / Matrikulasi/ Diploma dan setaraf.

Pelajar-pelajar yang memenuhi semua syarat kelayakan boleh memohon melalui pautan http://ibita.penang.gov.my.

KUALA LUMPUR: Pimpinan DAP mengutuk tindakan dua peserta Bersih 4 memijak gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang dilakarkan berpelukan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata perbuatan itu bukanlah budaya politik atau sivik yang diingini di Malaysia.

Beliau menolak perbuatan tersebut kerana berpegang kepada pendirian dan prinsip beliau sejak berkecimpung dalam dunia politik hampir 50 tahun lalu.

“ S e p a n j a n g 5 0 t a h u n penglibatan saya dalam politik, saya tidak pernah memijak gambar mana-mana pemimpin politik,” ujarnya.

Kit Siang yang juga Ahli P a r l i m e n G e l a n g P a t a h menjelaskan, memang ada orang yang menuduh beliau dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memijak gambar bekas Adun-Adun Pakatan Rakyat yang belot kepada parti sehingga menyebabkan Pakatan kehilangan kuasa di Perak pada 2009, walaupun ia merupakan pembohongan.

“Ini t idak benar dan ia adalah putar belit kebenaran. (Pada masa i tu) memang penganjur konvensyen DAP

Perak meletakkan gambar Adun-Adun pembelot tersebut di ruang masuk untuk dipijak, tetapi saya dan Guan Eng enggan memijaknya.

“Ma l a h g a m b a r- g a m b a r yang diambil oleh jurugambar menunjukkan sedaya-upaya mengelak diri daripada memijak gambar tersebut,” jelas beliau.

Menurutnya, politik bukan sesuatu untuk memijak gambar pihak lawan, walau betapa bencinya kita kepada mereka, tetapi ia adalah tentang dasar dan program untuk kebaikan rakyat tanpa mengira kaum, agama, gender atau parti politik.

Katanya, pihak polis telah tidak bertindak sama adil terhadap ahli atau penyokong UMNO yang telah melakukan perbuatan yang keji seperti kencing, bakar dan simbah darah binatang ke atas gambar-gambar pemimpin pembangkang.

“Sudah ada senarai panjang t e n t a n g k e s - k e s d i m a n a pemimpin Pakatan Rakyat dan masyarakat sivik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, bekas pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenivasan yang telah dimaki hamun dan dihina tanpa sebarang tindakan, malah tiada kutukan daripada pihak kerajaan,” ujar beliau.

BERITA

4OKTOBER 2015

5OKTOBER 2015

Oleh ISKANDAR FAREEZ

SAUDARA dan saudari,Dalam kalangan rakan-

rakan saya ada penyokong daripada banyak parti politik baik UMNO, PKR, PAS, DAP dan lain-lain. Satu-satunya titik persamaan antara kesemua penyokong-penyokong pelbagai parti ini adalah bagaimana kita semua mahukan yang terbaik buat Malaysia, negara yang kita cintai. Walaupun caranya berbeza, matlamatnya tetap sama.

Sebagai negara berdemokrasi, p a r t i - p a r t i t e r s e b u t a k a n bersaing sesama sendiri dengan mempersembahkan ideologi dan dasar yang mereka fikirkan dapat memberikan manfaat kepada rakyat. Rakyat pula akan memberi

undi kepada parti yang paling serasi dengan mereka. Parti yang memiliki majoriti akan seterusnya membentuk kerajaan.

S e b a g a i k o n v e n s y e n , parti majoriti akan melantik presidennya sebagai Perdana Me n t e r i n e g a ra . B e g i t u l a h aturannya di Malaysia, dengan a d a n y a s i s t e m d e m o k r a s i , rakyat mengharapkan wujudnya mekanisme semak dan imbang yang dapat memastikan kerajaan s e n t i a s a m e n g u t a m a k a n k e p e r l u a n r a k y a t . Ap a b i l a seorang Perdana Menteri mula menyeleweng maka sepatutnya beliau diganti dengan seseorang yang lebih berkelayakan.

Saban hari sejak tercetusnya s k a n d a l 1 M D B , k i t a l i h a t Perdana Menteri Najib Razak masih kekal memegang tampuk kuasa walaupun persoalan demi persoalan t imbul berkaitan penglibatan beliau dalam skandal tersebut. Bagi yang belum sedar, walaupun dalam teorinya kita boleh ganti seorang Perdana Menteri j ika beliau disyaki terlibat dalam penyelewengan, dari segi realitinya amatlah sukar untuk membawa beliau ke muka pengadilan.

Setelah hampir dua dekad b e rk u a s a , m a n t a n Pe rd a n a Menteri Tun Dr. Mahathir telah berjaya mengukuhkan kuasanya dan menyatukan semua kuasa dan tanggungjawab dibawah j a w a t a n Pe rd a n a Me n t e r i . Malah, tidah salah untuk kita mengatakan bahawa akibat daripada perubahan tersebut, sesiapa yang memegang jawatan tersebut merupakan individu paling berkuasa di Malaysia.

P e r k a r a i n i d i b u k t i k a n menerusi beberapa insiden yang berlaku ketika siasatan skandal 1MDB masih sedang dijalankan. Peguam Negara tiba-tiba ditukar atas alasan kesihatan. Dua orang menteri yang kerap kali bersuara berkenaan 1MDB tiba-tiba digugurkan. Beberapa

Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tiba-tiba diserap masuk barisan kabinet baru seterusnya menyebabkan penangguhan dalam siasatan oleh jawatankuasa tersebut. D u a p e g a w a i S P R M y a n g bertanggungjawab atas siasatan syarikat SRC International yang dilapor mendepositkan RM42

juta ke akaun persendir ian Perdana Menteri Najib Razak tiba-tiba ditukar ke Jabatan Perdana Menteri. Selain itu beberapa pegawai SPRM juga turut ditangkap untuk membantu siasatan berkenaan dokumen-dokumen yang mungkin telah terbocor.

Apa yang terjadi sekarang ialah

pihak penyiasat telah menjadi pihak yang disiasat. Sementara itu Perdana Menteri Najib Razak masih lagi tidak disiasat ataupun disoal malah masih memegang kuasa sebagai Perdana Menteri, justeru, membolehkan beliau untuk mempengaruhi setiap aspek siasatan skandal ini. Najib perintah pihak berkuasa untuk siasat. Mereka lapor balik kepada Najib. Kemudian Najib sendiri yang isytiharkan diri sendiri tidak bersalah. Lawak jenaka apakah ini?

Saudara serta saudari,Ternyata insititusi kita sedang

di landa barah yang padah. Sekarang presiden anda pula mengatakan disebabkan ahli UMNO telah menerima manfaat daripada dana yang beliau terima maka ahli UMNO seharusnya m e m p e r t a h a n k a n b e l i a u daripada segala kritikan.

Saya yakin, seperti rakan-rakan saya juga, anda mahukan yang terbaik untuk negara. Persoalannya, adakah anda sanggup melihat parti anda, UMNO, dan negara lingkup hanya kerana hendak mempertahankan seorang individu? Tentunya tidak. Jadi bagaimanakah anda sebagai penyokong dapat memainkan peranan?

Di sini saya hendak meminjam kata-kata Najib sendiri bahawa beliau bukanlah Presiden parti y a n g m a h u k a n p e m i m p i n d a n a h l i U M N O m e n j a d i ‘Yes Men’. Sahutlah cabaran ini dan persoal setiap tindak tanduk pemimpin parti anda. Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan segelintir pemimpin dan ahli di negeri Johor sudah mula bersuara. Khairy Jamaluddin, walaupun pada mulanya cuba untuk mempertahankan Najib, juga sudah mula melontarkan persoalan-persoalan berkenaan k e p i n c a n g a n y a n g s e d a n g berlaku.

Ahli UMNO lain bagaimana? Sudah serik jadi ‘Yes Men’ atau dana yang diberi sudah cukup untuk tutup mata dan mulut anda?

Oleh SHEIKH OMAR

BULAN lalu, seorang senior saya semasa bergiat dalam Persatuan Mahasiswa

Islam UM (PMIUM) dahulu mengutus mesej mener usi WhatsApp. Bel iau memohon agar saya menjawab beberapa persoalan yang diajukan oleh rakan beliau berkaitan Melayu dalam DAP. Saya terpanggil untuk kongsikan pandangan dan pendirian saya sebagai seorang Melayu dalam DAP kepada pembaca.

Kenapa Melayu-Islam perlu bersama DAP?

Melayu Islam perlu bersama DAP kerana DAP merupakan sebuah parti politik yang sah seperti termaktub dalam perlembagaan dan pendaftaran pertubuhan. Menurut perlembagaan DAP, ia merupakan parti yang bukan berasaskan kaum atau agama. Tidak kira apa juga bangsa dan agama,

boleh sertai DAP.DAP berjuang atas dasar sosial

demokrasi. Sosial bermaksud DAP ingin mengangkat martabat rakyat tanpa mengira latar belakang. Demokrasi bermaksud DAP akan bergerak mengikut lunas-lunas demokrasi untuk menjayakan agenda perjuangannya. Pendirian saya, demokrasi adalah selari dengan Islam dan disahkan oleh Qardhawi dalam banyak tulisannya mutakhir ini. Dalam Islam, ia menepati konsep ‘Masdaqul Ijtima’iyyah’ – people’s mandate.

Apa faktor yang menyebabkan sebilangan orang Melayu-Islam kini menyertai DAP?

Orang Melayu Islam menyertai DAP kerana ruang yang luas diberikan oleh DAP selari dengan perjuangan digariskan dalam perlembagaan parti. DAP juga serius dalam menarik seramai mungkin anak muda khususnya untuk bersama DAP dan menjadi pemain utama dalam menentukan halatuju politik negara menerusi wadah parti politik DAP. Contoh sebagai bukti, 80% Adun DAP di Johor adalah di bawah paras umur 35 tahun.

Selain itu, bertepatan dengan usaha serius pimpinan DAP iaitu membetulkan persepsi rakyat yang telah diracuni UMNO bahawa DAP parti Cina. Liew Chin Tong – AJK DAP pusat sendiri pernah menggagaskan dalam konvensyen DAPSY Johor tahun lalu dan diperteguhkan menerusi satu retreat DAP Kebangsaan pada pertengahan tahun ini, ke arah merealisasikan DAP sebagai parti semua rakyat Malaysia dan benar-benar berwajah Malaysia selepas lebih 50 tahun UMNO mendakyahkan DAP di mata rakyat dengan api perkauman.

Justeru, tidak salah dan DAP amat mengalu-alukan seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama; termasuklah Melayu-Islam untuk menyertai DAP.

Sejauh mana DAP boleh menjamin hak/kedudukan Melayu-Islam?

DAP serius mempertahankan hak Melayu-

Islam yang selari dengan roh perlembagaan sepertimana yang pernah digariskan dalam Common Policy Framework PR satu masa dahulu berkaitan kedudukan raja, agama, bahasa dan bangsa.

Dalam masa yang sama, DAP turut mengangkat, menghormati dan mengiktiraf kepelbagaian bangsa, agama dan bahasa yang lain yang wujud di Malaysia sesuai dengan semangat keharmonian rakyat dalam bernegara.

D A P m e l a w a n s e b a ra n g b e n t u k penyalahgunaan elemen agama, bangsa dan bahasa yang akhirnya menyemai kebencian serta prejudis di kalangan rakyat seterusnya meruntuhkan keharmonian dalam bernegara.

Ahli-ahli DAP tergolong dari golongan l i b e r a l y a n g b a n y a k m e n y e n t u h isu sensitif Islam seperti LGBT. Apa pandangan dan bagaimana ia boleh menjamin kedudukan Islam?

Saya ingin menjadi seorang Muslim yang baik dan kuat beragama. Dalam masa yang sama, saya tidak sedikit pun merasa rendah diri menjadi ahli DAP. Saya dihormati rakan dan pimpinan DAP dan saya tidak pun menerima sebarang ancaman sepanjang berada dalam DAP!

Menurut perlembagaan parti, DAP merupakan sebuah parti sekular. DAP tidak akan menjadikan sentimen mana-mana agama sekalipun disalahgunakan untuk kepentingan parti atau kelompok tertentu. Dan DAP menghormati mana-mana sahaja ahlinya untuk menjadi seorang yang kuat beragama. Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya.

Adapun nilai-nilai baik yang datang daripada ajaran agama tidak menjadi masalah dalam DAP untuk diterima. Selagi mana ia boleh dikemukakan, dihujahkan dan diperbahaskan dalam kerangka kebebasan bersuara, mengkritik dan memilih mengikut lunas-lunas demokrasi.

Itulah juga ajaran Islam. Kita tidak boleh memaksa, sebaliknya menerang, mendakwahkan dan mendatangkan hujah sehingga datang keyakinan orang untuk menerimanya.

*Penulis merupakan Pegawai Khas kepada Pengerusi DAP Johor.

Demokrasi bermaksud DAP akan bergerak

mengikut lunas-lunas demokrasi untuk

menjayakan agenda perjuangannya. Dalam

Islam, ia menepati konsep ‘Masdaqul

Ijtima’iyyah’ – people’s mandate.

EMPAT SOALAN TENTANG MELAYU DAN DAP

DAP melawan sebarang bentuk penyalahgunaan

elemen agama, bangsa dan bahasa yang

akhirnya menyemai kebencian serta

prejudis di kalangan rakyat seterusnya

meruntuhkan keharmonian

dalam bernegara.

Satu-satunya titik persamaan antara kesemua

penyokong-penyokong

pelbagai parti ini adalah

bagaimana kita semua mahukan

yang terbaik buat Malaysia,

negara yang kita cintai. Walaupun

caranya berbeza, matlamatnya tetap sama.

Saya yakin, seperti rakan-rakan saya juga, anda mahukan yang

terbaik untuk negara. Persoalannya, adakah anda sanggup melihat

parti anda, UMNO, dan negara lingkup hanya kerana hendak

mempertahankan seorang individu?

SURAT UNTUK PENYOKONG UMNO

7OKTOBER 2015

6OKTOBER 2015

Oleh ZAIRIL KHIR JOHARI

SATU soalan yang sering dilemparkan k e p a d a s a y a , b i a s a n y a d e n g a n

niat provokasi, adalah sama ada saya menyokong pemansuhan pendidikan venakular, dan sejajar dengan itu sama ada saya percaya bahawa jawapan kepada masalah perpaduan negara kita terletak pada pendidikan satu aliran.

Jawapan saya setiap kali saya diajukan soalan ini adalah tidak, dan bukan kerana saya meluahkan jawapan politik semata-mata. Saya mengatakan tidak kerana saya percaya kepada pilihan dan persaingan d a l a m p e n d i d i k a n , s e r t a h a k i k a t bahawa bahasa pengantar mahupun komposisi etnik sekolah bukanlah punca perpecahan atau faktor yang menyebabkan kecenderungan kepada perkauman.

Ya , m u n g k i n p re m i s n y a m u d a h dipercayai – sekiranya anak-anak kita ke sekolah yang terdiri daripada hanya satu bangsa dan bercakap satu bahasa, maka mereka akan mengalami kesukaran dalam pergaulan mereka dengan yang mempunyai rupa dan bahasa yang berbeza.

Pemikiran beginilah yang dicetuskan kembali baru-baru ini oleh Menteri Pendidikan baru Dato’ Seri Mahdzir Khalid, yang mengumumkan bahawa modul pembinaan negara yang dikenali sebagai “Bina Bangsa” akan diperkenalkan tahun depan di peringkat sekolah rendah, bagi menangani apa yang difikirkan oleh beliau sebagai punca perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia, yakni kekurangan interaksi antara kanak-kanak daripada aliran sekolah yang berlainan.

Menjelaskan rasional untuk program ini, Mahdzir merungut bahawa sekolah kebangsaan menghadapi kesukaran menarik bukan Bumiputera kerana kewujudan sekolah vernakular, yang menyediakan pendidikan dalam bahasa ibunda Cina dan Tamil. Oleh itu, satu program wajib diperlukan untuk memaksa kanak-kanak sekolah vernakular untuk bergaul dan beramah mesra dengan rakan-rakan mereka dari sekolah-sekolah lain.

Wa l a u p u n i d e a m e n g g a l a k k a n penglibatan yang lebih silang budaya wajar dipuji, dan dengan sendirinya tidak menjadi masalah, rasional di sebalik logik Menteri Pendidikan untuk melaksanakan program ini adalah amat terpesong.

PERPECAHAN DAN PERPADUAN?

Pertama, andaian bahawa sekolah v e r n a k u l a r m e m u p u k p e r p e c a h a n manakala hanya sekolah kebangsaan dapat menyatukan rakyat Malaysia adalah satu anggapan yang salah dari segi empirikal.

Bertentangan dengan persepsi umum, sekolah kebangsaan kini sebenarnya lebih mono-etnik berbanding dengan sekolah-sekolah vernakular Cina. Walaupun sekolah kebangsaan pada 1960-an dan 1970-an boleh berbangga dengan kemasukan bukan Bumiputera yang tinggi, trend ini telah lama melihatkan penurunan. Malah, menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), murid Bumiputera kini merupakan 94 peratus daripada enrolmen di sekolah rendah kebangsaan. Ini bermakna bahawa enrolmen bukan Bumiputera di sekolah kebangsaan telah menurun kepada paras rendah iaitu hanya 6 peratus.

Sementara itu, PPPM juga melaporkan bahawa pendaftaran bukan Cina di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina telah meningkat kepada 12 peratus – dan semakin meningkat. Ini secara langsung bermakna sekolah-sekolah Cina hari ini lebih berciri pelbagai kaum berbanding

sekolah kebangsaan. Malah, ada sekolah Cina dengan jumlah enrolmen bukan Cina yang sangat besar. Satu contoh ialah SJKC Tiong Hua Kok Bin di Klang, yang mempunyai kira-kira 45 peratus pelajar bukan Cina.

Hakikat bahawa semakin kurang ibu bapa bukan Bumiputera memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan manakala lebih ramai ibu bapa Bumiputera kini memilih sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina lantas meleburkan mitos bahawa sekolah-sekolah vernakular adalah punca perpecahan kaum dan membuktikan bahawa ibu bapa lebih mementingkan kualiti pendidikan dan daya saingan sebagai pertimbangan utama dalam pemilihan sekolah.

MENJADI RASIS?

Kedua, menurut logik Mahdzir ini, semua murid Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) akan menjadi manusia rasis yang bersifat syak wasangka terhadap bukan Melayu atas dasar sekolah tersebut dikhaskan hanya untuk Melayu. Walau bagaimanapun, saya benar-benar boleh mengesahkan bahawa hal ini tidak benar, kerana saya mempunyai ramai kawan dan saudara-mara yang pernah belajar di sana.

Pada masa yang sama, saya juga mempunyai rakan-rakan yang belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina sepanjang tempoh pendidikan mereka, dan hari ini menjadi warga Malaysia sejati yang cintakan negara sebagaimana rakan saya

daripada MCKK. Dalam nada yang sama, saya juga mengenali ramai orang Eropah yang membesar dalam persekitaran seluruhnya Caucasian tanpa berjumpa dengan mana-mana orang bukan-Eropah sehinggalah alam dewasa, namun tidak sedikit pun taksub dalam cara pandang dunia mereka.

Pada masa yang sama, meskipun anak-anak kita bersekolah di sekolah kebangsaan tetapi berulang kali diberitahu agar tidak makan, bergaul dan beramah mesra dengan rakan-rakan bukan Islam mereka, atau bahawa kaum lain adalah pendatang yang tidak berhak dilayan serata dengan mereka, bagaimanakah cara pandang dunia yang akan mereka bentuk?

ISUNYA BUKAN KOMPOSISI ETNIK

Sebenarnya, bukan komposisi etnik atau bahasa yang digunakan dalam persekitaran seseorang itu yang membentuk cara pandang hidupnya, sebaliknya nilai-nilai yang disampaikan di sekolah dan di rumah. Selagi sekolah-sekolah kita menggalakkan rasa hormat dan menghargai warisan m a s i n g - m a s i n g s e r t a m e r a i k a n kepelbagaian budaya sebagai sumber kekuatan, maka pastinya anak-anak kita akan membesar menjadi rakyat Malaysia yang sopan dan terangkum.

Justeru, jika kita menghadapi masalah perpecahan pada hari ini, mungkin kita perlu secara serius mempersoalkan nilai-nilai dan naratif yang tersemai dalam sukatan pelajaran sistem pendidikan kita, dan bukannya beralih menyalahkan sekolah aliran berlainan yang telah kita warisi sejak Merdeka lagi.

Oleh itu, masalah dengan sekolah vernakular bukanlah sekolah vernakular itu semata-mata, tetapi pendapat sesat yang tersebar luas bahawa sekolah-sekolah ini mewujudkan perpecahan kaum dan menjadi penghalang kepada keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia. Lagipun, saya ragu-ragu jika ada ahli Perkasa yang bersekolah di sekolah Cina.

Selagi sekolah-sekolah kita menggalakkan rasa hormat dan menghargai warisan masing-masing serta meraikan kepelbagaian budaya

sebagai sumber kekuatan, maka pastinya anak-anak kita akan membesar menjadi rakyat

Malaysia yang sopan dan terangkum.

MASALAH DENGAN SEKOLAH VERNAKULAR

Oleh EDRY FAIZAL

SATU perhimpunan bakal diadakan pada 16 September dikatakan sebagai tindak balas kepada perhimpunan

Bersih 4. Perhimpunan anti-Bersih itu diberi nama Himpunan Rakyat Bersatu sebagai samaran kepada nama asalnya yang cuba mengapi-apikan sentimen kaum, Himpunan Maruah Melayu.

Tanpa menafikan hak berhimpun warga Malaysia yang dijamin perlembagaan, perlu bagi rakyat Malaysia perhalusi tujuan setiap perhimpunan itu agar tidak jatuh dalam jerat tuntutan yang tidak munasabah. Apakah semata-mata kerana ramai yang hadir sewaktu Bersih 4 terdiri daripada masyarakat bukan Melayu maka perlu diadakan perhimpunan khas untuk orang Melayu? Kalau begitu rata-rata yang hadir pada Bersih 4 adalah orang muda, apakah perlu diadakan pula Himpunan Maruah Orang Tua?

T i d a k j e l a s u n t u k menggunakan nama yang mana (Himpunan Rakyat Bersatu atau Himpunan Maruah Melayu) itu sendiri menunjukkan perhimpunan i n i t i d a k m e m p u n y a i matlamat yang jelas. Ya ada di kalangan rakyat Malaysia itu Melayu tetapi bukan semua rakyat Malaysia itu Melayu.

Sehingga kini, tuntutan kepada perhimpunan itu sendiri tidak diperjelaskan. Seruan untuk berhimpun tertumpu kepada “anti-Bersih” dan “maruah orang Melayu”.

Penganjur sendiri tidak diketahui siapa dan apakah tuntutan mereka secara rasmi juga tidak digariskan. Menggunakan dua petunjuk di atas mungkin kita semua boleh membuat anggapan apakah tuntutan sebenar mereka. Mereka mahu orang Melayu bersatu melawan tuntutan Bersih 4.

Perhimpunan Bersih 4 secara rasmi, baik melalui kenyataan media atau tertera di kemeja T perhimpunan, menuntut:

1. Pilihanraya bersih2. Kerajaan bersih3. Hak membantah4. Perkukuh demokrasi berparlimen5. Selamatkan ekonomi Malaysia

Sekiranya perhimpunan kumpulan baju merah itu merupakan penentangan kepada Bersih 4 maka tuntutan mereka tentu sekali berlawanan dengannya. Anggapan kita tuntutan mereka tentulah:

1. Pilihanraya kotor2. Kerajaan kotor3. Hak tunduk ikut perintah4. Lemahkan demokrasi berparlimen5. Hancurkan ekonomi Malaysia

SOKONG PERHIMPUNAN BERSIH, BUKAN PERHIMPUNAN KOTOR

PERHIMPUNAN PERKAUMAN DI HARI MALAYSIA

Keinginan kumpulan baju merah ini kelihatannya sangat membahayakan. Lebih berbahaya, mereka menyeru orang Melayu untuk bersatu mengangkat tuntutan anti-Bersih ini. Seolah-olah menganggap orang Melayu itu sukakan perkara-perkara yang merosakkan negara.

Bagaimanakah maruah orang Melayu boleh terbela dengan kemahuan penuh kekotoran sedemikian? Maruah orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Iban, orang Kadazan dan semua anak Malaysia hanya boleh dibela melalaui tuntutan Bersih 4 dan bukannya kumpulan anti-Bersih yang mahu berhimpun 16 September ini.

Orang Melayu dan semua anak Malaysia berhak mendapatkan pilihanraya yang bersih. Melaluinya diharap terbentuk kerajaan yang bersih kerana pemerintah tahu mereka boleh diturunkan melalui pilihanraya

atau bantahan rakyat sekiranya cuba bertindak korup.

Melalui demokrasi berparlimen yang kukuh k e p e n t i n g a n o r a n g semua anak Malaysia akan mendapat lebih tempat. Melalui sistem p o l i t i k y a n g b e r s i h maka harapan untuk menyelamatkan ekonomi negara juga semakin cerah dan manfaatnya meliputi setiap anak Malaysia.

O r a n g M e l a y u bermaruah tentu bijak m e n i l a i s a m a a d a p e r h i m p u n a n y a n g mahu diadakan pada 16 September itu demi k e b a i k a n m e r e k a , a t a u s e m a t a - m a t a mempergunakan nama mereka, demi mencapai matlamat yang samar dan penuh kekotoran.

Saya orang Melayu d a n s a y a m e n o l a k perhimpunan itu. Orang Melayu memang perlu bersatu, bersama dengan semua anak Malaysia, menuntut sebuah negara yang lebih baik dan bukan sebaliknya.

SIKAP tidak bertanggungjawab sesetengah pemimpin tertinggi UMNO yang menggalakkan perhimpunan perkauman yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di Hari Malaysia p a d a 1 6 S e p t e m b e r h a r u s dikecam sekeras-kerasnya.

Ahli Majlis Eksekutif Sosialis Muda DAP, Muhammad Shakir A m e e r, b e r k a t a s o k o n g a n pimpinan UMNO itu, termasuk d a r i p a d a m e r e k a y a n g m e r u p a k a n m e n t e r i k a n a n kerajaan mendedahkan sikap hipokrit Barisan Nasional yang kononnya berjuang untuk semua kaum.

Katanya, kenyataan seorang pemimpin UMNO Jamal Md Yunos yang t idak menolak kemungkinan sesetengah peserta

perhimpunan akan mengamuk kerana ‘beremosi’ perlu dikutuk dan dipandang serius oleh pihak polis kerana ini melibatkan keselamatan umum.

“Kami tidak mempersoalkan usaha untuk berhimpun kerana ia adalah hak setiap rakyat Malaysia m e n g i k u t Perlembagaan Pe r s e k u t u a n . Namun, kami menyeru pihak p o l i s u n t u k mengutamakan d a n m e m a s t i k a n k e s e l a m a t a n o r a n g r a m a i d i s e l u r u h Kuala Lumpur t e r u t a m a n y a

pada cuti umum Hari Malaysia,” u j a r n y a , m e n g i n g a t k a n tentang tema perhimpunan itu yang merupakan provokasi perkauman.

S e h u b u n g a n i t u , b e l i a u mahu pihak polis benar-benar menjaga keselamatan rakyat, dan

bertindak tegas terhadap anasir-anasir perkauman.

Menurut beliau, orang awam termasuk umat Islam sendiri berada dalam ketakutan, dan mereka tidak berani untuk turun ke Kuala Lumpur pada hari tersebut kerana bimbang akan

keselamatan m a s i n g -masing.

B e r b e z a d e n g a n perhimpunan B e r s i h 4 sebelum ini y a n g m a h u kepada sistem pentadbiran yang bersih ser ta bebas rasuah yang

sesuai dan baik untuk semua rakyat , Shakir menjelaskan b a h a w a , p e r h i m p u n a n 1 6 September ini amat bersifat perkauman.

“ P i h a k p e n g a n j u r t i d a k m e n g a m b i l k i r a b a h a w a perhimpunan provokasi sebegini a k a n m e r u g i k a n e k o n o m i t e m p a t a n , m e n c e t u s k a n ketegangan antara kaum tanpa sebab dan menakutkan orang ramai termasuk orang Islam.

“Ini juga akan menjejaskan Hari Malaysia yang sepatutnya m e m p r o m o s i k a n h a r m o n i sesama rakyat Malaysia,” katanya, turut mengingatkan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak juga menolak ketuanan satu kaum.

Pihak penganjur tidak mengambil kira bahawa perhimpunan provokasi sebegini

akan merugikan ekonomi tempatan, mencetuskan ketegangan antara

kaum tanpa sebab dan menakutkan orang ramai termasuk orang Islam

RENCANA RENCANA

8OKTOBER 2015

9OKTOBER 2015

Golongan wanita tidak ketinggalan menyertai pesta demokrasi.

Peserta muslim menunaikan solat dengan kerjasama peserta non-muslim yang mengawal keadaan.

Segenap lapisan masyarakat sama-sama turun ke jalan sebagai tanda protes terhadap kerajaan UMNO-BN. Sebahagian besar peserta bermalam di sekitar Dataran Merdeka. Gobind Singh Deo (tengah) bersama masyarakat India menyertai ‘lautan kuning’.

Bersih 4.0 jadi titik pertemuan rakyat yang mengimpikan sebuah Malaysia yang lebih baik.

Lim Kit Siang (tengah) bersama Liew Chin Tong dan Mohamad Sabu.Sekitar himpunan di Kota Kinabalu, Sabah.Sekitar himpunan di Kuching, Sarawak.

Terima kasih, rakyat Malaysia!

Tun Mahathir datang memberi sokongan.

11OKTOBER 2015

10OKTOBER 2015

Oleh STEVEN SIM

500,000 orang telah berhimpun di ibu kota pada minggu Merdeka yang

lalu. Sesiapa yang pernah menyertai perhimpunan awam di Malaysia akan mendapati bahawa terdapat perbezaan pada himpunan Bersih 4.0 tersebut. Suasananya seperti pesta dengan peserta menyanyi , berpuisi , dan membuat persembahan seni. Saya turut tertarik ke dalam ragam karnival tersebut sehinggakan apabila saya diminta untuk berucap, saya menyanyi, suatu perkara yang amat jarang sekali berlaku. Lagu yang dinyanyikan itu lagu perjuangan orang lama, “Darah Rakyat”.

Himpunan kali ini dilabel sebagai program kaum Cina kerana kehadiran orang Cina yang amat memberangsangkan. Tapi, tempoh hari saya terdengar satu jenaka tentang Bersih 4.0 dan orang Cina. Katanya, Cina sudah jadi liberal, sedangkan dalam bulan “hantu” mereka tetap berani keluar ke jalanan dan lagi dahsyat, bermalam di jalanan. Pantang orang Cina terhadap angka “4” yang bunyinya semacam “mati” juga diketepikan. Cina sudah jadi liberal, sudah murtad kecinaannya.

Satu lagi perkara yang terang lagi nyata tentang Bersih 4.0 ini sudah tentulah kehadiran orang Melayu yang kurang berbanding perhimpunan terdahulu. Pandangan saya tentang perkara ini ialah, sebenarnya ramai orang Melayu yang mendukung tuntutan Bersih merupakan ahli dan penyokong PAS. PAS sebuah parti politik, ada disiplin tersendiri. Disiplin ini termasuklah akur dengan mobilisasi pemimpin mereka. Justeru, walaupun majoriti besar orang Melayu ini menyokong penuh tuntutan Bersih 4.0, namun tanpa digerakkan oleh kepimpinan, maka mobilisasi Melayu lebih rendah.

Namun tidak dapat dinafikan orang Melayu turut beramai-ramai keluar berarak, berhimpun, bermalam di Kuala Lumpur semasa Bersih 4.0, sampai solat pun di atas jalan raya.

ADAKAH BERSIH 4.0 MEMBAWA APA-APA PERUBAHAN?

Selepas Bersih 4.0 ada yang bertanya,

“Jadi apa korang sudah capai?”“Adakah apa-apa yang telah berubah?”Yang sinis pula bertanya, “Berhimpun

sudah, apakah Najib pun sudah meletak jawatan?”

Yang optimis menjawab, “Perjuangan kita untuk jangka masa lama, perubahan bukan sehari dua”.

Saya pula berpendapat memang ada sesuatu yang telah berubah. Apabila 500,000 orang rakyat Malaysia berarak, berhimpun dan tidur di jalanan di Kuala Lumpur dan puluhan ribu lagi berkumpul di lokasi-lokasi lain di seluruh Malaysia dan di seluruh dunia, ada suatu perubahan telah berlaku serta merta. Dan bagi mereka yang terlibat secara tidak langsung, yakni mereka yang mempunyai ahli keluarga ataupun kenalan yang menyertai Bersih 4.0, ataupun mereka yang mengambil tahu dan mengikuti perkembangan Bersih 4.0 tersebut, ataupun mereka yang membantu menyebarkan maklumat, yang “Share” dan “Like” dalam Facebook, yang membeli T-shirt kuning, yang memuatnaik foto bertema kuning di laman media sosial, yang memakai baju ataupun apa-apa yang berwarna kuning pada hari minggu tersebut, buat mereka juga, ada suatu perubahan telah berlaku serta merta.

APA PERUBAHAN TERSEBUT?

Dari dulu lagi, kita sudah tahu bahawa “negara sedang menghadapi krisis”. Tahu itu tahu dari membaca ataupun berbincang, tahu buku teks kata orang, “tahu dari jauh”. Tapi selepas melalui Bersih 4.0, tahu itu sudah menjadi “tahu dari pengalaman sendiri”. Macam belajar secara teori dan belajar secara pengalaman kerja, dua-dua pengetahuan yang penting, tetapi tak sama. Selepas bermandi keringat di Bersih 4.0, sudah tentu pengalaman itu memberi nafas dan pengertian baru kepada idea “negara sedang menghadapi krisis”. Pada masa yang sama, pengalaman baru itu juga memberi dorongan yang lebih kuat kepada mereka untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan negara.

Apakah tidak, apabila seseorang itu sanggup bersusah payah membeli T-shirt, mengembara ke Kuala Lumpur, mengambil risiko berhimpun walaupun diancam penguasa, berarak dan berkumpul di bawah

panas terik ibu kota, bertilam-bantalkan tar yang kasar dan keras pada malam hari, menyeberangi halangan psikologi pemikiran “selamat” yang konservatif seperti “jaga kestabilan masyarakat”, jangan provokasi, peristiwa 13 Mei dan termasuk sekali pantang larang tentang “bulan hantu”; jika seseorang itu sanggup bersusah payah sebegitu, maka tidak hairan komitmennya terhadap matlamat selamatkan Malaysia pun berganda.

Di atas jalanan pada hari itu, walau yang paling sinis sekalipun, semua yang terlibat dapat merasai harapan yang menggunung. Di atas jalanan pada hari itu, rakyat Malaysia berkeyakinan bahawa “ya, kita mampu untuk mengubah nasib negara”.

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKARANG?

Tiga tahun lalu, saya telah menulis dalam buku saya,

“Pada masa di mana ada terlalu banyak suara menawarkan pelbagai pilihan, Ironinya perkara paling pragmatik dan juga paling revolusionari yang boleh dilakukan adalah jangan buat apa-apa, diam dan berfikir sejenak. Analisa keadaan secara kritis dahulu sebelum mengambil tindakan seterusnya, supaya tak timbul keadaan “pi mai pi mai tang tu”, iaitu buat bermacam-macam tetapi hasilnya tetap sama sahaja.”

Apabila semua orang tengah sibuk nak melakukan sesuatu, ambil selangkah ke belakang dan renungi masalah di depan kita secara kritis sebelum kita masuk semula sibuk beraktiviti.

Jadi apa sebenar permasalahannya di sini?

Masalah yang kita hadapi sekarang, yang menyebabkan krisis negara ini bukannya ketamakan individu semata-mata. Ia juga bukan tentang Najib semata-mata. Kalau ia tentang seorang individu bernama Najib yang tamak haloba, maka mudah ditangani, tukar saja orangnya. Tapi kita semua sedia maklum, Najib tukar Zahid Hamidi kah, tukar Muhyiddin Yasin kah, tukar Mukhriz Mahathir kah, tukar Khairy Jamaluddin kah, tukar siapa-siapa sekalipun, tetap sama. Justeru tidak memadai sekadar suruh Najib letak jawatan.

MASALAH SEBENARNYA ADALAH SISTEM

Sistem di mana semua benda boleh dijual beli atau dalam bahasa seharian kita, budaya “boleh settle”. Dalam sistem ini, semua orang berpotensi menjadi Najib. Sebab sistem ini membenarkan siapa sahaja yang buat salah untuk “membeli jalan keluar”. Asalkan ada kuasa atau wang atau lebih baik, kedua-duanya sekali.

Dalam sistem ini, kita boleh jual beli apa sahaja, daripada pendidikan terbaik sehingga kepada keputusan peperiksaan yang cemerlang, sampai boleh jualbeli soalan bocor UPSR. Kita boleh jualbeli layanan keutamaan di lapangan terbang dan di hospital sekalipun. Kita boleh membayar wang lebih untuk servis VIP di hotel, begitu juga untuk “layanan istimewa” di jabatan kerajaan. Kita boleh jualbeli perlindungan undang-undang malah bila kita buat salah boleh dibeli perlindungan daripada dikenakan tindakan undang-undang. Kita bukan sahaja boleh jualbeli perkhidmatan orang lain, malah boleh jualbeli organ-organ orang lain, dan yang paling dashyat sampai jualbeli orang lain pun boleh, kalau ada wang dan kuasa. Kita boleh jualbeli sokongan walaupun tiada yang sudi menyokong – itulah sebabnya parti yang dapat sokongan hanya 48% itu boleh tubuh kerajaan.

Semuanya boleh dijual beli dan kita sebahagian dari sistem ini.

Minggu lalu, ada seorang wanita telah menghubungi saya untuk minta pertolongan. Dia telah mencuri barangan bayi bernilai kira-kira RM200 di sebuah pusat membeli belah dalam kawasan saya. Dia merayu minta saya tolong “settle” di luar mahkamah. Saya menasihatinya untuk mendapatkan khidmat guaman, itu sekadar yang boleh saya bantu buat masa ini. Dia kecewa dan berkata, “Kerana RM200 hidup saya musnah, namun sesetengah orang terlepas walaupun sudah ambil RM2.6 billion”.

BERSIH 4: KITA SEMUA BERPOTENSI MENJADI NAJIB?

Perkara ini bukan soal ketamakan peribadi, sebaliknya, ia adalah akibat satu sistem yang tidak menjamin akauntibiliti dan ketelusan. Sistem yang mana kalau buat salah sekalipun, “jalan keluar” boleh dibeli. Wanita tadi tidak mampu untuk membeli jalan keluar bagi dirinya, tapi di bawah sistem ini, ramai yang mampu dan telah melakukannya. Jika yang buat salah terlepas begitu sahaja, maka di manakah keadilan? Di manakah amar ma’ruf nahi munkar? Di manakah soal hak dan tanggungjawab? Sebab semua perkara boleh “settle”, boleh dijual beli, asalkan ada wang dan kuasa.

Yang paling menyedihkan ialah, dalam sistem tersebut, semua benda, waima demokrasi sekalipun, menjadi mahal. Bukankah Barisan Nasional sendiri telah mengaku bahawa perlu RM2.6 billion semata-mata untuk mengalahkan satu parti lawan iaitu DAP semasa pilihan raya yang lalu. Demokrasi sudah menjadi terlalu mahal untuk marhaen dan murba. Orang biasa sudah tidak mampu memiliki demokrasi, terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan demokrasi untuk menyuarakan kepedihan hidup.

JANGAN CELOTEH BANYAK, BERIKAN SATU STRATEGI YANG PRAKTIKAL

Ada juga yang akan berkata kepada saya, “Tak payahlah cerita panjang lebar, bagi tau terus apa benda yang boleh kita semua lakukan selepas Bersih 4.0, benda yang betul-betul praktikal”.

Baiklah…Sementara kita menanti sistem ini

diubah oleh “orang-orang politik besar” – entah bila – satu nasihat saya kepada semua penyokong Bersih 4.0 pasca himpunan kita ialah ini: Ayuh kita semua berpura-pura bahawa apa yang kita inginkan benar-benar wujud.

Maksud saya ialah, kita anggap seolah-olah demokrasi itu wujud, tadbir urus baik itu wujud, hak asasi manusia wujud, keadilan juga wujud. Walau dalam keadaan sekarang, memang susah nak anggap

semua perkara ini wujud di Malaysia, marilah kita berpura-pura ia ada.

Contohnya, tentang keadilan, hiduplah seolah-olah ada keadilan, anda mungkin akan dilihat sebagai naif dan ditertawakan, tetapi tuntutlah keadilan, kejar keadilan dan berlaku adil kepada sesiapa sahaja. Sudah tentu tabiat ini tidak masuk akal dalam sistem yang saya sebut tadi. Sudah tentu lebih mudah untuk kita beli jalan keluar daripada susah payah menuntut keadilan. Tapi biar kita anggap dunia ini semacam ada keadilan dan bertekad untuk mencarinya.

Dan tuntutlah tadbir urus baik daripada kerajaan di semua peringkat: kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Kita kena buat semacam tadbir urus baik ini perkara biasa bukan perkara luar biasa. Justeru kita mesti mengharapkan perkhidmatan yang baik daripada kerajaan,

kalau tidak memperolehnya, kita kena tuntut “kao kao”, tuntut sampai dapat, seolah-olah perkara ini patut berlaku. Kita perlu buat-buat bodoh macam budak kecil yang tidak segan silu minta dan minta dan terus meminta supaya tadbir urus baik ini dilaksanakan.

Bagi demokrasi pula, kita turun berkempen dan mengundi seolah-olah usaha kita mampu mengubah keadaan. Memang lebih mudah untuk kita putus asa dan anggap bahawa kita t idak mampu mengubah sistem ini. Memang lebih mudah untuk kita sinikal dan tolak sebarang usaha sebagai sia-sia. Tapi untuk sekarang, biar kita naif, kita tuntut demokrasi seolah-olah benda ini wujud, seolah-olah pilihan raya itu adil bersih dan telus.

Bayangkan, jika cukup ramai orang yang berpura-pura demokrasi itu wujud

. Ini bukan sahaja rasisi, malah zalim kerana enggan menerima hakikat kehadiran suara muda, suara pencabar establishment, yang jarang kedengaran sejak kebangkitan mahasiswa pada

awal 1970-an dahulu.

Oleh WAN HAMIDI HAMID

DUA perkara yang penting tetapi tidak semestinya relevan dalam perhimpunan aman Bersih 4 adalah isu

kaum dan jumlah peserta. Dalam asas jurnalisme, media massa di negara kita telah memilih untuk memaparkan “who” (siapa) dan “apa” daripada “why” (mengapa) yang sepatutnya mampu menjelaskan fakta dan kebenaran.

Isu kaum sebenarnya tidak memberi kesan yang besar, sama ada positif atau negatif, terhadap matlamat Bersih 4 yang menuntut pilihanraya bersih melalui pentadbiran dan amalan kerajaan yang bersih.

Namun, fokus kepada kaum telah ditimbulkan oleh pemimpin parti pemerintah serta penyokong-penyokong mereka termasuk media massa.

Begitu juga dengan keghairahan pihak yang menyertai perhimpunan itu yang bermain dengan angka – ada yang mengatakan 100,000, ada pula yang mendakwa 500,000. Sama ada 100,000 atau 500,000, ia adalah satu jumlah yang cukup besar untuk satu perhimpunan aman yang sering diuar-uar pemerintah sebagai “bukan budaya kita”.

Malah, mereka yang menentang Bersih 4 cuba m e m p e r l e k e h k a n n y a dengan mengatakan cuma 20,000 saja yang hadir. Apa pun, kita tahu ia lebih dari 100,000 orang.

Dalam kedua-dua isu tersebut, kita perlu kembali kepada matlamat. Seperti yang dijelaskan awal tadi, segala-galanya berkisar pada usaha pembersihan politik Malaysia melalui tuntutan reformasi pentadbiran kerajaan dan proses pilihanraya.

Sama ada kaum Cina menjadi majoriti hadirin atau jumlahnya peserta adalah 500,000, matlamatnya sudah tercapai apabila Kuala Lumpur menjadi lautan kuning menjelang ulangtahun Merdeka ke-58.

Adakah matlamat Bersih 4 akan berubah jika majoriti peserta adalah Melayu atau India? Apakah bezanya jika jumlah peserta adalah 100,000 atau 500,000 (asalkan bukan kurang daripada 20,000 sebagai tanda aras sambutan perhimpunan)? Jawapan kepada kedua-dua soalan itu adalah tidak.

Yang penting, matlamat asas tercapai. Soal-soal lain adalah langkah susulan – meluaskan publisiti kejayaan Bersih 4 ke kawasan separa bandar dan luar bandar, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana

Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, menarik penyertaan anak muda agar lebih perihatin politik, dan banyak lagi usaha lain.

ANAK MUDA

Jika ada yang mahu melakukan post-mortem Bersih 4, antara isu penting adalah penyertaan anak-anak muda dalam perhimpunan aman tersebut. Tiada siapa menjangka begitu ramai sekali anak muda mengambil bahagian, mungkin lebih 70 peratus daripada keseluruhan warga yang menyertainya.

Kehadiran mereka bukan sekadar memenuhi syarat tetapi datang dengan penuh semangat, membawa pelbagai sepanduk ciptaan sendiri, menghasilkan bermacam persembahan jalanan sendiri. Pendek kata, segala-galanya hasil karya original tanpa dibayar mana-mana pihak tertentu. Terbukti ini adalah kreativiti anak muda yang

sering dibungkam pihak berkuasa yang semakin tua usia kekuasaan mereka.

Anak-anak muda yang selama ini dikatakan hanya suka merempit, bergaya, bermain computer games dan malas berfikir telah d a t a n g b e r b o n d o n g -bondong menghadiri pesta demokrasi yang terbesar dalam sejarah negara. Dan mereka datang tanpa dibayar, tanpa dibawa dengan bas percuma, tanpa diberi t-shirt percuma.

A n a k - a n a k m u d a yang ser ing dikatakan

berjiwa agresif, sikap tak peduli dan keras juga rupa-rupanya sangat berdisiplin tanpa dipantau oleh guru atau pengawas. Secara natural mereka mewujudkan kumpulan-kumpulan kecil untuk mengutip sampah, menunjuk arah, membahagikan makanan dan minum sumbangan warga-warga perihatin, mengawasi dan mengawal orang Islam bersolat di jalan raya, berkongsi apa sahaja dengan sesiapa sahaja yang berdekatan. Fenomena itu telah menitiskan air mata beberapa orang lama yang selama ini hidup dengan segregasi/pemisahan kaum.

Sayangnya media massa enggan mengiktiraf kehadiran mereka, semata-mata kerana warna kulit mereka. Ini bukan sahaja rasisi, malah zalim kerana enggan menerima hakikat kehadiran suara muda, suara pencabar establishment, yang jarang kedengaran sejak kebangkitan mahasiswa pada awal 1970-an dahulu.

Tidak cukup dengan anak muda, kehadiran wanita,

khususnya generasi yang muda, juga sesuatu yang mengejutkan. Masyarakat konservatif Malaysia biasanya suka membelakangkan wanita kerana lelaki hati-wira menganggap dirinya perlu duduk di barisan depan untuk meneruskan stereotaip peranan gender.

Seperti dalam isu kaum, media massa gagal melihat gajah di depan mata kerana terlalu asyik dengan kuman di seberang laut. Malah, apabila wanita digambarkan dalam media, ia masih bersifat negatif – seolah-olah memberi gambaran lama bahawa wanita tidak perlu bersuara, tidak boleh agresif, dan hanya perlu duduk di rumah memasak, membasuh baju dan menjaga anak.

Satu lagi fenomena dalam Bersih 4 ialah kehadiran golongan bandar (urban) kelas pertengahan yang biasanya dikaitkan dengan kehidupan mewah. Gaya hidup sebegini tentu janggal jika dikaitkan dengan protes jalanan. Malah ia menjadi lebih ganjil apabila golongan mewah dan bergaya ini rela tidur di atas jalan raya, di kaki lima sepanjang dua hari perhimpunan aman itu.

Amalan kewartawan yang sebenar menuntut fenomena seperti ini diterima sebagai “news” kerana ia adalah perkara baru, segar dan menarik perhatian umum. Namun media di negara ini masih tidak berubah dengan gaya pemberitaan basi yang hanya mampu melihat kaum, etnik dan ras sebagai asas.

JALAN KELUAR PERKAUMAN

Sepatutnya media massa, sama ada arus perdana atau portal berita, bertanya:

• Mengapa ramai sangat anak muda menyertai Bersih 4?• Mengapa ramai benar wanita muda menyertai Bersih 4?• Mengapa ramai golongan kelas pertengahan menyertai Bersih 4?• Mengapa semakin ramai rakyat, khususnya dari bandar dan separa bandar, berani mempertikai kerajaan?• Mengapa sekarang rakyat semakin berani?• Mengapa dahulu rakyat kurang berani? Jika persoalan mudah ini ditanya saban hari, berkali-

kali dalam pelbagai suasana, dan didedahkan jawapannya kepada umum, ia mampu menjadikan perkauman tidak relevan lagi. Kerana dalam hal ini “why” (mengapa) adalah lebih penting daripada “what” (apa) dan “who” (siapa). Kerana dalam hal ini, kaum atau agama bukan menjadi penentu atau jawapan kepada sebab “mengapa”.

Hanya mereka yang terdesak serta takut hilang kuasa sahaja yang akan mempertahankan kebatilan mereka dengan bertopengkan perkauman dan tafsiran agama yang sempit.

BERSIH 4: KERANA KAUM, TAK NAMPAK HADIRNYA RATUSAN RIBU ANAK MUDA?

dan berkesan, jika cukup ramai orang yang menuntut demokrasi, turun berkempen dan turun mengundi seolah-olah tiada penipuan dalam pilihan raya, jika cukup ramai orang yang rela dicemuh sebagai naif dan mereka masih percaya serta yakin bahawa undi mereka itu penting – maka nescaya kita akan nampak, harapan tinggi menggunung di jalanan Bersih 4.0 hari itu, semangat “ya, kita mampu untuk mengubah nasib negara” yang diperlihatkan oleh peserta-peserta perhimpunan akan diulang-ulang kali ini bukan hanya di Kuala Lumpur tetapi di seluruh pelosok Malaysia.

Sahabatku, bukankah itu suatu revolusi?Apa yang ingin saya sampaikan dalam

panjang lebar ini sebenarnya ialah: Kipidap, dongibap.

*Penulis ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam.

RENCANA RENCANA

12OKTOBER 2015

13OKTOBER 2015

MASA DEPAN POLITIK MALAYSIA

Pa d a m a s a y a n g s a m a , gabungan PR juga berasa janggal di Malaysia Timur. Adakah idea PR itu betul-betul relevan kepada Sabah dan Sarawak? Bagaimana mungkin, apabila peranan PAS di kedua-dua negeri ini adalah sebagaimana DAP di pantai timur Semenanjung – hampir tidak wujud. Ketegangan yang ketara ini akhirnya mendorong DAP Sarawak untuk menzahirkan pendirian bebas dalam perkara ini.

Pa d a m a s a y a n g s a m a , k e p e n t i n g a n d a n a s p i r a s i kewilayahan juga bermakna Pas di pantai timur juga tidak serasi dengan aturan PR. Secara tidak langsung, isu hudud yang merupakan duri dalam daging adalah manifestasi persoalan ini. Menurut penyokongnya, k e r a j a a n n e g e r i K e l a n t a n semata-mata menjalankan hak demokratik dalam mengejar cita-cita perundangannya. Walaupun objektifnya berkemungkinan b e s a r b e r c a n g g a h d e n g a n Perlembagaan, i tu menjadi persoalan lain. Dalam konteks ini, sebagaimana PAS Kelantan mempunyai hak untuk mengejar pelaksanaan hudud, DAP dan sesiapa sahaja mempunyai hak yang sama untuk menentangnya, bukan sekadar secara legislatif tetapi juga melalui mahkamah.

W a l a u b a g a i m a n a p u n , dinamik demokratik ini tidak boleh muncul dalam konteks gabungan kekal. Memandangkan h u d u d b u k a n s e b a h a g i a n daripada Kerangka Bersama PR yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti, cubaan Pas Kelantan untuk melaksanakannya merupakan pelanggaran perjanjian yang jelas.

Namun demikian, muncul juga soalan yang lebih besar – wajarkah kerajaan negeri PAS terikat dengan kontrak PR apabila ia sebenarnya bukanlah sebuah kerajaan PR? Oleh yang demikian, masalah ini membawa kepada persoalan struktur.

PEMBINAAN GABUNGAN YANG TERPENCAR

Kepentingan dan aspirasi kewilayahan di negara kita sangat berbeza dan ada kalanya bercanggah dengan satu sama lain. Ini merupakan kelaziman d a n b u k a n l a h s u a t u y a n g mengejutkan. Apakah tidaknya, s e d a n g k a n s e t i a p w i l a y a h mempunyai perbezaan yang sangat ketara, baik dari segi budaya, sosio-ekonomi atau demografi.

O l e h i t u , d a r i p a d a memaksakan struktur gabungan kekal ke atas semua, cara yang lebih afdal adalah untuk m e n g g a l a k k a n g a b u n g a n terpencar melalui pakatan tidak kekal dan berdasarkan kontrak. Ini bermakna wilayah atau negeri yang berbeza boleh membuat gabungan tempatan mereka

sendiri yang mungkin berbeza daripada gabungan parti mereka di peringkat persekutuan.

K o n s e p s e d e m i k i a n sebenarnya menjadi amalan lazim di serata dunia. Di Jerman, s e b a g a i c o n t o h , C h r i s t i a n Democratic Union (CDU) di bawah kepimpinan Canselor Angela Merkel kini membentuk kerajaan campuran dengan Social Democratic Party (SPD) d i p e r i n g k a t p e r s e k u t u a n , manakala blok pembangkang terdiri daripada Green Party dan Die Linke.

Pun begitu, konfigurasinya jauh berbeza di peringkat negeri. Misalnya, di negeri Brandenburg, S P D m e n t a d b i r d e n g a n kerjasama Die Linke, manakala di North Rhine-Westphalia, SPD membentuk kerajaan dengan Green Party. Lebih menarik lagi, di negeri Hessen, CDU membentuk kerajaan campuran dengan Green Party, iaitu satu perkiraan yang amat luar biasa memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai paksi ideologi yang jauh bertentangan.

Konfigurasi yang nampak mengelirukan ini sebenarnya lebih fleksibel dan dinamik. Malah, ia juga lebih rasional, kerana gabungan berlainan di peringkat berlainan ini lebih m e n c e r m i n k a n k e p e r l u a n dan aspirasi kewilayahan dan kepentingan politik yang berbeza.

Mungkin ada yang tertanya bagaimana pakatan sedemikian boleh berfungsi, khususnya apabila melibatkan ideologi yang tidak selari dalam kalangan parti yang terlibat. Jawapannya mudah – kerana mereka tidak kekal, setiap gabungan hanya terikat kepada perjanjian berasaskan kontrak yang dipersetujui bagi tempoh kitaran pilihan raya tersebut. Perjanjian-perjanjian ini pula dibuat secara terbuka

a g a r s e m u a r a k y a t b o l e h menjangkakan apa dasar-dasar yang bakal dilaksanakan oleh sesuatu kerajaan gabungan.

S a t u l a g i k e l e b i h a n perjanjian sedemikian adalah ia membenarkan parti-parti kecil untuk memainkan peranan yang penting tanpa mengikatkan diri mereka secara kekal kepada mana-mana gabungan tertentu. Ambil sebagai contoh kes Free Democratic Par ty (FDP) di Jerman. Walaupun ia merupakan pemain kecil berbanding gergasi seperti CDU dan SPD, FPD sebenarnya telah berkuasa lebih lama daripada mana-mana parti lain. Kejayaan ini dicapai dengan memainkan peranan sebagai rakan kongsi gabungan dalam kedua-dua kerajaan CDU dan SPD yang masa yang berasingan.

Di samping itu, pembinaan gabungan yang terpencar juga bermakna bahawa parti kecil seperti Die Linke dan Green Party, walaupun kekurangan kekuatan nasional, turut boleh menyumbang kepada tadbir urus negara melalui pembentukan gabungan peringkat negeri. Perkara ini sudah tentu mustahil j ika mereka semua menjadi sebahagian daripada pakatan

yang kekal dan terpusat.Gabungan terpencar bukan

sahaja lebih demokratik, ia j u g a k u ra n g m e n y e b a b k a n polarisasi. Dikotomi dua parti atau dua gabungan seringkali m e n i m b u l k a n s u a s a n a p e r m u s u h a n , s e p e r t i y a n g berlaku di Malaysia, lantas mengecilkan ruang kerjasama dan kompromi. Namun, apabila sebuah pihak sedar bahawa lawan mereka pada hari ini boleh menjadi rakan kongsi mereka pada keesokan hari, mereka akan secara spontan menzahirkan pendirian yang lebih sederhana.

ADAKAH GABUNGAN TERPENCAR RELEVAN UNTUK MALAYSIA?

Satu soalan lazim yang kerap timbul apabila membincangkan isu ini ialah sama ada pengundi Malaysia sudah cukup matang dan bijak untuk memahami idea gabungan tidak tetap dan tidak terpusat ini, memandangkan mereka sudah begitu terbiasa dengan kerangka sedia ada. Saya juga sering dinasihatkan agar tidak membandingkan Malaysia dengan Jerman, kerana Jerman merupakan sebuah negara maju yang sudah lama mengamalkan

demokrasi.M e s k i p u n i t u m e n j a d i

tanggapan umum, ia tidak benar. Jangan kita lupa, Jerman secara keseluruhannya hanya menjadi negara demokratik sejak 25 tahun lalu berikutan kejatuhan tirai besi dan penyatuan semula antara Jerman Barat dan Jerman Timur pada tahun 1990. Malah, Jerman Barat pun hanya menjadi demokrasi sejak tahun 1949. Sebelum itu, Jerman merupakan negara diktator fasis yang paling terkenal dalam dunia moden.

Tambahan pula, bukan sahaja negara maju seperti Jerman yang mengamalkan konsep gabungan terpencar, malah negara jiran kita seperti Indonesia dan Filipina juga sama. Oleh itu, tidak ada sebab mengapa rakyat Malaysia tidak dapat memahami konsep ini.

Dalam konteks negara kita y a n g re n c a m d a n b e r b e z a dari segi budaya mahupun geograf i , konsep gabungan t e r p e n c a r m e n a w a r k a n konfigurasi politik yang paling praktis dan efisien buat negara kita. Pembentukan pakatan berdasarkan kewilayahan bukan sahaja dapat mencerminkan aspirasi dan keperluan tempatan serta menghidupkan demokrasi tempatan, ia juga akan membantu membentuk landskap politik yang lebih progresif dan terangkum.

Oleh itu, di tengah-tengah krisis politik di negara kita yang tampaknya tiada penghujung, d e n g a n p e m b u b a r a n P R sementara BN bakal meledak, b a r a n g k a l i p e n y e l e s a i a n k e p a d a k e m e l u t M a l a y s i a memerlukan paradigma baru yang dapat membawa kepada pendemokrasian yang lebih bermakna kepada rakyat.

*Penulis adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera

Oleh LIEW CHIN TONG

KRISIS ekonomi yang sangat kritikal sedang melanda Malaysia dan seakan-

akan tidak kelihatan jalan keluar dalam masa terdekat ini. Kerajaan pula tidak sedikit pun dilihat bersedia mengakui keadaan ekonomi yang amat merudum kini, apatah lagi untuk menangani beberapa asas pemahaman makroekonomi atas apa yang sedang berlaku dan apa yang perlu dilakukan untuk Malaysia ke hadapan nanti.

Tukaran matawang ringgit pula telah mencecah nilai terendah semenjak 17 tahun sebelum ini ke paras bukan l a g i R M 3 . 8 0 /U S D , b a h k a n menjangkau RM4/USD!

S e t a k a t i n i , m a k l u m b a l a s daripada kerajaan pula ialah dengan m e n g a t a k a n n i l a i m a t a w a n g ringgit yang kian m e r o s o t a d a l a h baik untuk urusan e k s p o r t n e g a r a dan juga industri p e l a n c o n g a n , selain kejatuhan n i l a i m a t a w a n g M a l a y s i a disebabkan oleh f a k t o r g l o b a l seperti penurunan renminbi China yang tidak dijangka-jangka.

Lebih menyedihkan, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani menyatakan bahawa rakyat tidak perlu panik manakala Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz pula mengatakan nilai ringgit yang lemah adalah baik untuk industri pelancongan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Jusoh mengatakan bahawa nilai ringgit yang lemah sekarang ini mampu membawa masuk lebih ramai pelajar asing menyambung pengajian di Malaysia. Dakwaan sebegini tidak akan membawa kita ke mana-mana!

BAGAIMANA KITA JADI BEGINI

Jika kita melihat dari perspektif yang lebih luas, sejak krisis ekonomi Asia 1997, Malaysia banyak bergantung kepada tenaga buruh asing kurang berkemahiran, dan tidak banyak mengalami peningkatan dan penambahbaikan dari segi pendapatan, produktiviti, kemahiran dan teknologi.

Sejak Perang Teluk 2003 yang telah mengakibatkan peningkatan harga minyak dan komoditi yang berlipat ganda, Malaysia banyak bergantung kepada hasil minyak untuk mengekalkan keutuhan ekonomi dan juga untuk menampung perbelanjaan kerajaan yang tinggi.

D e n g a n p e n g e n a l a n t e r h a d a p Pelonggaran Kuantitatif atau Quantitative Easing (QE) yang diperkenalkan oleh Rezab Persekutuan AS sebagai respon kepada Krisis Ekonomi Global 2008, ekonomi Malaysia telah banyak bergantung pada penggunaan yang berasaskan hutang dan spekulasi hartanah.

PERMASALAHAN MALAYSIA

P e r g a n t u n g a n j a n g k a p a n j a n g

kepada buruh murah bermakna sektor pengeksportan kita tidaklah begitu kuat dan teguh seperti yang kita bayangkan. Sebahagian besar output ekonomi Malaysia datangnya dari sumber minyak dan gas, serta bahan-bahan komoditi; di mana harga bagi bahan-bahan tersebut kini kian menurun.

Lebih buruk lagi, tidak seperti krisis 1997, Malaysia dan negara-negara Asia tidak lagi dapat menggunakan eksport sebagai jalan keluar kepada permasalahan ekonomi yang dihadapinya. Ini kerana negara yang menjadi pemain utama dalam ekonomi dunia sendiri iaitu Amerika Syarikat; juga berada dalam situasi yang

tidak terlalu baik buat masa ini.

H a r i i n i , dar ipada empat p e m a i n u t a m a ekonomi dunia – Amerika Syarikat, E r o p a h , J e p u n dan China – hanya ekonomi Amerika S y a r i k a t y a n g k e l i h a t a n ‘a g a k baik’ berbanding yang lain. Namun begitu, ekonomi n e g a r a - n e g a r a t e r s e b u t t a k sekukuh sewaktu krisis ekonomi Asia 1 9 9 7 . Ap a y a n g dipanggil sebagai ‘ t h e e m e r g i n g

markets’ seperti Rusia, Brazil dan lain-lain, kini pula seakan-akan ‘hidup segan mati tak mahu’.

Dari satu aspek, Malaysia tidak dapat mengeksport sebarang hasil dagangannya melainkan hanya ke Amerika Syarikat. Dari aspek yang lain pula, terdapat persaingan untuk menurunkan nilai matawang dari kalangan negara Jepun, Eropah dan kini China dengan tujuan untuk meningkatkan pengeksportan. Kemungkinan, inilah noktah yang paling menakutkan dalam krisis yang akan berlaku.

MENTERI, BERHENTILAH MEREPEK

Saya berharap menteri-menteri yang gemar mengeluarkan dakwaan bahawa nilai matawang Malaysia yang lemah akan membantu peningkatan eksport negara agar berhentilah daripada bercakap s e s u a t u y a n g ‘tidak masuk akal’. Perhatikan dengan t e l i t i l a p o r a n terbaru Bank Negara yang menunjukkan e k s p o r t k a s a r menurun sebanyak 3 . 7 % p a d a Su k u K e d u a 2 0 1 5 ( 1 Q 2 0 1 5 : - 2 . 5 % ) w a l a u p u n n i l a i ringgit menyusut sepanjang tempoh tersebut.

Antara cabaran utama yang lain juga ialah menyelesaikan persoalan bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan “normal baru” senario ‘post-Quantitative Easing’. Harga minyak lumpuh tidak lama selepas Rizab Persekutuan mengakhiri program Quantitative Easing pada lewat 2014.

Harga aset yang melambung di seluruh Asia antara 2009 hingga 2014 akibat daripada QE terpaksa berhadapan kaedah pelarasan/penyesuaian yang amat sukar.

Nisbah keberhutangan isi rumah dan spekulasi nilai harta yang sangat tinggi di Malaysia mungkin akan menyebabkan kaedah pelarasan/penyesuaian menjadi ber tambah-tambah sukar. Kejutan seterusnya kepada ekonomi Malaysia adalah jika Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadarnya pada bulan September.

E k s p o r t t i d a k a k a n m e n g a l a m i peningkatan yang terlalu banyak dalam jangka masa pendek (berikutan kapasiti eksport Malaysia yang terhad, perlumbaan yang sengit dalam menurunkan nilai matawang dan kurangnya ‘minat’ Amerika Syarikat terhadap import) dan nilai ringgit berkemungkinan besar semakin menguncup jauh (krisis politik domestik, k e n a i k a n k a d a r A m e r i k a Sy a r i k a t , kejatuhan harga minyak), walau apa keadaan sekalipun, Malaysia perlu mencari jalan keluar.

5 JALAN KELUAR UNTUK MENYELAMATKAN EKONOMI

Saya mencadangkan 5 jalan keluar untuk menyelamatkan Malaysia daripada krisis yang sedang memuncak ini:

1. Najib perlu berundur daripada menjadi Perdana Menteri

Kita patut akui bahawa Datuk Seri Najib Razak merupakan satu ‘masalah’ kepada Malaysia hari ini. Walaupun terdapat faktor-faktor global lain yang menyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara, Najib adalah punca kepada kehilangan keyakinan terhadap integriti institusi-institusi di Malaysia. Seperti mana ‘bangkai yang bernyawa’, mengekalkan Najib sebagai Perdana Menteri hanyalah akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan kepada ekonomi Malaysia.

2. Lantik Menteri Kewangan yang baru dan kompeten

Kalau pemimpin dalam parti pemerintah hari ini masih tidak dapat menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri, sekurang-kurangnya seorang Menteri Kewangan yang baru dan kompeten serta benar-benar ‘bijak’ dalam memahami makroekonomi dan permasalahan-permasalahannya perlu dilantik segera; demi menyelamatkan ekonomi Malaysia.

I n i l a h masanya untuk m e n g h e n t i k a n praktis di mana seorang Perdana M e n t e r i t u r u t m e n g e m u d i p o r t f o l i o kewangan negara secara serentak. Dua nama yang b e r l e g a r d a l a m fikiran saya buat masa ini; Datuk S e r i Mu s t a p h a Mo h a m e d d a r i kalangan menteri d a l a m k a b i n e t

sedia ada dan Datuk Seri Nazir Razak sekiranya perlu dari luar kabinet hari ini.

3. Tetapkan GST pada kadar sifarEkonomi global hari ini tersekat dalam

situasi yang tidak seimbang. Contoh; kebergantungan terhadap ekonomi

Amerika Syarikat sebagai destinasi tunggal pengguna. Kita hanya memiliki potensi eksport yang terhad; itu pun jika ada! Malaysia perlulah segera mengatasi trend kejatuhan ekonomi kini dengan m e m a s t i k a n t e rd a p a t p e n g g u n a a n domestik yang mencukupi di peringkat bawahan.

D e n g a n k e j a t u h a n p a n t a s n i l a i ringgit, inflasi import dijangka akan mengakibatkan kenaikan nilai matawang yang tinggi. Satu cara untuk memastikan bahawa penggunaan domestik tidak lumpuh adalah dengan menghapuskan GST atau sekurang-kurangnya meletakkannya pada kadar sifar untuk tempoh setahun sebelum kajian lanjut dijalankan.

4 . Me n g h e n t i k a n p r o j e k m e g a melibatkan kroni

Semua projek mega melibatkan kroni mestilah dihentikan dan perlu diletakkan pada sebuah penilaian ‘kesan tukaran nilai matawang asing’. Terdapat banyak projek berskala besar seperti tren berkelajuan tinggi Malaysia-Singapura dan juga projek MRT yang telah menelan harga yang melampau; tidak diperlukan sama sekali sekiranya opsyen lain yang lebih murah dan efektif dapat dikemukakan.

Jika diteliti masa lalu, jawapan kerajaan kepada sesuatu krisis adalah dengan menyuntik lebih banyak dana kepada kroni untuk tujuan menambah projek-projek pembinaan. Projek-projek pembinaan yang didorong kerajaan (government-driven) biasanya melibatkan pengambilan tenaga buruh asing tidak mahir yang akhirnya hanyalah memberikan impak yang sangat kecil terhadap ekonomi negara secara menyeluruh. Terdapat cara lain untuk meningkatkan ekonomi.

5. Menghentikan pengambilan tenaga buruh asing tidak mahir

Salah satu cara yang penting untuk memastikan berlakunya perubahan bersifat struktural terhadap ekonomi Malaysia ialah dengan mengecilkan jumlah tenaga buruh asing tidak mahir dan memperluaskan penggunaan jentera mesin serta peralatan auto agar pekerja tempatan dapat dibayar dengan upah yang lebih baik dan kemahiran mereka boleh ditingkatkan. Oleh itu, cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk membawa masuk 1.5 juta lagi pekerja tidak mahir Bangladesh adalah tidak bijak dan bercanggah dengan kepentingan negara.

Dengan meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah untuk meningkatkan penggunaan domestik tatkala peluang eksport amat terhad akan menjadi satu strategi penting untuk terus bertahan dalam krisis ekonomi yang sedang melanda. Meningkatkan pendapatan di peringkat bawahan adalah amat penting kerana nisbah sedia ada keberhutangan isi rumah Malaysia berada pada tahap yang sangat tinggi. Penggunaan domestik mestilah dikembangkan segera tanpa menyebabkan lebih banyak hutang terkumpul.

Kita sedang berhadapan saat getir. Malaysia memerlukan pemimpin politik dan ekonomi yang kompeten dan berintegriti untuk mengatasi fasa yang sukar ini.

*Ucapan oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong semasa Forum The Rocket di Kluang, Johor pada 13 Ogos 2015

Kejutan seterusnya kepada ekonomi

Malaysia adalah jika Rizab Persekutuan Amerika Syarikat

menaikkan kadarnya pada bulan September.

LIMA CARA UNTUK MENYELAMATKAN EKONOMI MALAYSIA

Sudah terlalu lama politik di Malaysia didominasi satu gabungan rasmi, iaitu

BN dan pendahulunya, Perikatan. Usaha sememangnya dibuat untuk

membentuk gabungan pembangkang pada masa lalu, seperti Barisan

Sosialis, Gagasan Rakyat dan Barisan Alternatif, namun secara umumnya ia

tidak tekal dan bersifat sementara.

Lebih buruk lagi, tidak seperti krisis 1997, Malaysia dan negara-negara Asia

tidak lagi dapat menggunakan eksport

sebagai jalan keluar kepada permasalahan

ekonomi yang dihadapinya.

SAMBUNGAN DARI MUKA BELAKANG

RENCANARENCANA

15OKTOBER 2015

14OKTOBER 2015

Oleh WAHYUDI YUNUS

BUKU terbitan Gerak Budaya bertajuk Young and Malay ini dengan mudah

menarik perhatian dengan reka grafik muka depan; lakaran separuh badan pemuda berjaket kulit dengan rambut pacak-pacak, trend rambut yang telah melariskan gel-gel penggaya rambut di pasaran satu ketika dulu. Trend rambut ini sangat terkenal di kalangan pelajar sekolah ketika itu sehingga guru-guru berkongsi satu jenaka yang sama, “rambut kau ni kalau kucing jatuh boleh mati.”

Ia lebih kelakar jika diucapkan pada waktu itu. Kamu perlu ketawa. Kehidupan di sekolah agak mencabar. Guru sekolah lebih passionate dengan tugas mereka dan rotan sentiasa dibawa masuk kelas. Tapi itu cerita saya. Yang tak ada kaitan dengan buku ini. Sama seperti muka depan buku ini yang sebenarnya tak banyak kaitan dengan kandungan tulisan di dalamnya, kecuali satu tulisan pengakuan seorang fanboy punk rock yang meminati muzik dan attitude punk sekaligus menjadi latar utama yang mempengaruhi perspektifnya melihat sekeliling.

Young and Malay bagaimanapun bukanlah catatan angry young men dan pemberontakannya. Tapi boleh saja buku ini mempunyai karakter sendiri. Letak tepi reka grafik Fahmi Reza itu, buku ini secara sopan dan berlapik cuba mengupas persolan perkauman dari mata si budak Melayu (yang membesar di sebuah negara dengan budaya majmuk).

Sembilan penulis berkongsi pengalaman membesar masing-masing. Ia ditulis dari sudut retrospektif dengan memfokuskan pengaruh-pengaruh dan anekdot-anekdot yang membawa mereka kepada perspektif politik yang mereka ada hari ini. Setiap penulis cuba bercerita tentang “kenapa saya jadi saya yang hari ini”.

TERIMA KASIH MAHATHIR

Antara tulisan yang menarik berjudul Sapere Aude; Daring To Be Wise oleh Izmil Amri. Tulisan yang mengambil frasa terkenal tokoh pencerahan Immanuel Kant itu merupakan kisah pengalaman seorang yang lahir di Pulau Pinang dalam sebuah keluarga Umno. Seawal umur dua bulan lagi, bayi Kantian ini telah dibawa datuknya

ke Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur. Dari situ bermulalah kisah pergolakan jiwa batin, akal fikir si penulis untuk meneroka wilayah gelap, memecahkan tempurung yang ditanda dengan nama Mahathir.

Seperti kebanyakan generasi yang lahir awal tahun 80-an, penulis ‘terhutang budi’ kepada bekas Perdana Menteri itu yang meraih kesedaran politik di kalangan rakyat dengan Reformasi 1998 sebagai garis mula. Ketika budak berumur 11 tahun lain teruja menunggu tibanya waktu kelas Pendidikan Jasmani, si penulis sudah bertatih menyebut perkataan ‘Bangsa Malaysia’, Wawasan 2020, Koridor Super Multimedia, liwat dan Anwar Ibrahim. Sesuatu yang mungkin juga dikongsi sedikit sebanyak oleh kebanyakan budak Melayu yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan.

Y a n g m u n g k i n m e m b e z a k a n pengalaman s i penul is dan rakan sebayanya yang lain adalah beliau melukis bendera PAS dengan lakaran muka Anwar Ibrahim pada dinding biliknya ketika di sudut dunia lain Son Goku telah dihidupkan semula oleh tujuh biji mutiara naga dan membuat kanak-kanak lain menyimpan tekad melawan kuasa jahat yang ingin menghancurkan planet Bumi. Tanpa mengenali penulis, membaca p e n g a l a m a n n y a k a m u m u n g k i n m e m b a y a n g k a n ketika ini si penulis adalah pemegang kad ahli Angkatan M u d a K e a d i l a n a t a u b e k e r j a d e n g a n N G O y a n g c e n d e r u n g mengkritik dasar-dasar kerajaan. Atau cuma salah seorang dari ratusan ribu y a n g b e r b a j u kuning di Dataran Merdeka hujung minggu lalu. Yang kita boleh pasti, p e n u l i s a d a l a h salah satu benih generasi yang dibaja dengan propaganda ‘Um n o p e m b e l a bangsa Melayu’ tapi kemudian apabila

dihadapkan dengan pil biru dan pil merah dia akan kata; “Kau jangan nak kencing aku.”

Dalam tulisan yang diselit anekdot yang menghiburkan ini, ia cuba menyelitkan tema buku ‘1984’ karya Orwell, yang kebetulan tahun kelahiran si penulis. Mungkin jika karya Orwell itu dijadikan teks KBSM, murid sekolah hari ini akan melukis gambar Bunga Raya dengan di bawahnya slogan “War Is Peace, Freedom Is Slavery, and Ignorance Is Strength”. Analogi simplistik barangkali, tapi apa kurangnya status facebook seperti “budak-budak Melayu perlu bangkit melawan Cina Lowyatt”… yang ditulis oleh seorang bapa dengan lapan orang anak.

BUKA GELANGGANG

Sembilan tulisan dalam buku Young and Malay ini, boleh dikatakan semuanya tidak terlepas dari menyentuh soal pendidikan. Masing-masing berkongsi pengalaman k e t i k a m e re k a m e m a k a i u n i f o r m sekolah, berbaris di padang setiap Isnin menyanyikan lagu Negaraku dan meratap setiap minit banal mendengar ucapan Guru Besar. Setakat pembacaan saya, sembilan penulis ini tidak menyorok bawah meja

u n t u k p o n t e n g perhimpunan. Atau mungkin mereka se gan be rce r i ta tentangnya kerana buku ini sendiri a d a l a h s e b u a h r e t r o s p e k t i f dengan temanya s e a k a n - a k a n sebuah ‘political c o r re c t n e s s’ d i m a n a m e r e k a memilih anekdot yang sesuai untuk mesej penceritaan. S e k a l i i m b a s , m e r e k a s e m u a b o l e h s a j a j a d i ‘role model’ belia bangsa Malaysia.

Sedikit sisi naif bagaimana mereka turut menyertai ‘dunia kegelapan’ m u n g k i n a k a n

lebih real untuk dibaca, atau setidaknya sebagai pembaca saya boleh melihat soal-soal pokok dalam pergelutan mereka keluar dari ‘pembasuhan minda’. Bagaimana mereka tidak pernah tahu menyebut nama pelajar Cina yang duduk di bangku depan dan sentiasa membawa botol air ke sekolah. Atau ketika kelas Pendidikan Jasmani mereka sentiasa bermain bola sepak ketika sekumpulan pelajar bangsa lain bermain bola keranjang.

Banyak yang kita boleh belajar dari pengalaman sembilan penulis buku ini yang mempunyai kesedaran tentang hak kesamarataan dan keadilan sosial. Mereka bertuah memilikinya. Mungkin di buku yang lain, atau di kedai kopi, kita juga boleh membincangkan secara terbuka dan lebih jujur sesuatu permasalahan seperti sikap perkauman. Kerana saya rasa, saya tidaklah ‘secerah’ sembilan penulis ini semasa kanak-kanak. Saya ada mulut yang cenderung mengulang apa-apa yang saya dengar di sekeliling dan akal yang mudah dipengaruhi oleh kartun di TV. Mengabaikan perenggan-perenggan cerita dimana seseorang itu menjadi prejudis terhadap bangsa lain tak jauh beza dengan mana-mana slogan kosong yang membayangkan betapa bersatu padunya kita sebagai rakyat Malaysia, dan betapa kosongnya pengisian slogan itu.

Tulisan lain dalam buku ini yang menarik untuk dibaca adalah Deconstructing The Malay Narative karangan Altaf Deviyati. Penulis berkongsi sisi pengalamannya sebagai anak Malaysia yang dibesarkan di Scotland, jauh dari tanah air dan bagaimana sekembalinya ke tanah air ia belajar mengenal hati budi Malaysia sebagai sebuah naratif identiti. Altaf Deviyati tidak seperti Izmil Amri yang perlu memilih antara pil merah dan pil biru dalam ‘conditioning’ dan ‘brainwashing’ yang disuntik dalam segenap aspek kehidupan hariannya di tanah air. Altaf Deviyati diberi carte blanche untuk menterjemahkan sendiri identitinya sebagai anak Malaysia. Dan menurut penulis yang kini bekerja sebagai penganalisis di Penang Institue ini, pentakrifan semula identiti ini penting dalam keadaan di mana autoriti termasuklah penguasa dan institusi agama masing-masing cuba memaksakan identiti definitif yang lebih bersifat untuk menjaga kepentingan politik mereka.

Zairil Khir Johari dalam tulisannya The Real Malay Dilemma yang turut dimuatkan buku ini cuba merumuskan kritikan Dilema Melayu bukan hanya sebagai sebuah buku buruk yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri, tapi juga sebagai ‘kesedaran palsu’ orang Melayu yang membantutkan proses pembentukan bangsa Malaysia.

Sembilan tulisan dalam buku ini seakan cuba membuka gelanggan perbincangan tentang identiti Bangsa Malaysia yang telah disebut-sebut sejak lebih dua dekad lalu. Ia mungkin ditulis dari kaca mata si anak Melayu, tapi mereka yang dihatinya sudah lama berbunga mekar membayangkan sebuah bangsa yang lebih dari sekadar keturunan. Ia adalah kuncup-kuncup baru untuk sebuah mimpi yang boleh saja menjadi realiti atau mimpi buruk. Yang mungkin semua penulis dalam buku ini cuba katakan persis ini: “Pilihan di tangan kita”.

Young and Malay boleh didapatkan di kedai buku atau dengan berhubung terus dengan penerbit di http://gbgerakbudaya.com/bookshop/.

BUKA GELANGGANG PERBINCANGAN IDENTITI

Young and Malay: Growing Up in Multicultural Malaysia

ISBN: 9789832344377

Penerbit: Gerakbudaya

Tahun terbit: 2015

BUDAYA BUDAYA

SEKUMPULAN komuniti bergabung menganjurkan Festival Idearaya yang

berlangsung di Laman Budaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada 12 dan 13 September lepas. Antara komuniti yang terlibat adalah Buku Jalanan, Frinjan, Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM), The Sponsorship Movement (TSM), Kuliah Buku (KuBu), Pusat Kajian dan Apresiasi Filem (PKAF) dan Kelab Filem Bangsar. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang dua hari festival itu seperti forum, syarahan, tayangan, diskusi, bengkel, persembahan serta pameran seni. Roketkini sempat menemuramah Mar yam Lee, waki l penganjur Festival Idearaya. Tahniah atas penganjuran Idearaya. Boleh ceritakan secara ringkas Festival Idearaya. Terima kasih. Festival Idearaya ialah sebuah festival seni, budaya dan ilmu ke arah pemberdayaan masyarakat progresif seputar Asia Tenggara. Penganjuran festival terinspirasi oleh Festival of Ideas di luar negara seperti United Kingdom dan Australia, di mana festival idea adalah tempat para ilmuwan, seniman dan masyarakat setempat itu sendiri berkumpul meraikan i lmu. Festival Idearaya merupakan festival idea yang serupa, tetapi kami ingin memasukkan konteks Asia Tenggara dan melakukannya dalam Bahasa Melayu serantau. Ap a p a n d a n g a n s a u d a r i t e rh a d a p tanggapan bahawa golongan muda tidak gemar acara seperti forum kerana

ia membosankan, dan mereka lebih gemarkan hiburan mudah seper ti menonton wayang aksi di pawagam pada hujung minggu? Pada pandangan saya, tanggapan ini terlalu simplistik. Hanya kerana golongan muda jarang pergi ke forum, tidak semestinya ia adalah kesan langsung daripada suka aktiviti hiburan. Ramai saja dari golongan muda membuat program ilmiah sendiri kerana sekatan-sekatan institusi, sama ada dari pihak universiti atau pihak badan berkuasa.

Mereka menganjurkan forum sendiri di kedai mamak seperti Kuliah Buku, atau reading group di rumah kawan-kawan atau kawasan sekitar kampus seperti Universiti Terbuka Anak Muda. Buku Jalanan yang mempunyai 72 buah di seluruh negara juga dijalankan golongan muda, kerana mereka juga mencari ruang-ruang untuk mereka menimba ilmu sesama mereka. Kesemua aktiviti mereka dianjurkan sendiri tanpa sekatan dari mana-mana pihak, dan mereka mengajak semua orang dari semua golongan untuk sama-sama meraikan. Saya amat tidak bersetuju dengan tanggapan cetek bahawa golongan muda tidak gemar program ilmu. Apakah antara respons yang diberikan pengunjung, terutamanya golongan muda, terhadap forum-forum yang dianjurkan? Tiga per empat hadirin di Festival Idearaya adalah golongan muda berumur 18 hingga 30 tahun. Semua program, termasuk

forum, menunjukkan demografik hadirin yang sama. Mereka menunjukkan perasaan ingin tahu (curiosity) yang amat tinggi. Forum-forum bukanlah seperti kelas-kelas di universiti di mana kita akan mempelajari semua teori berkaitan topik itu di forum itu juga. Forum adalah tempat untuk mengetahui pendapat panelis atau hasil kajian-kajian yang mereka lakukan. Di forumlah tempat untuk berbahas dengan matang, dan sesiapa pun boleh mencabar pendapat atau hasil kajian sekiranya ada bantahan.

Di Festival Idearaya, kami meletakkan tempat panelis dengan hadirin di tempat yang sama untuk sama-sama berkongsi ilmu. Hadirin kebanyakkannya melihat positif perkara ini. Jarang sekali untuk mereka ke forum yang tidak meletakkan panelis di tempat yang lebih tinggi daripada audiens. Mereka juga kelihatan selesa dengan konsep kesamarataan yang dipraktikkan, ianya tidak sama sekali memberi halangan untuk mereka tetap menjaga adab menimba ilmu.

Dari segi pengisian program, tema dan tajuk yang dibincangkan, apa yang membezakan Idearaya dengan acara budaya lain seperti Festival Belia Putrajaya, kalau ada? Semestinya terdapat perbezaan dari segi falsafah penganjuran festival itu sendiri. Festival Idearaya dianjurkan oleh masyarakat akar umbi dari bawah-atas (bottom-up) dan bergerak dalam kerangka kebudayaan, Festival Belia dianjurkan dari atas-bawah (top-down) dan bergerak

dalam kerangka kekuasaan. Di Festival Idearaya, kami mengangkat kesamarataan dan menolak pemahaman feudalis yang perlu menampilkan strata kedudukan masyarakat.

Ketika Exco Budaya dan Exco Pendidikan Negeri Selangor hadir memberikan ucapan, mereka tidak dipanggil “YB Amirudin” atau “YB Nik Nazmi” melainkan hanya dipanggil “saudara Amirudin” dan “saudara Nik Nazmi”. Perbezaan ini sangat jelas pada audiens dan mereka menangkap hal ini hampir serta merta. Mereka datang kepada pihak penganjur dan bertanyakan apakah betul kami benar-benar tidak menggunakan istilah “YB” dan kami menjelaskan kedudukan ini.

Acara-acara hiburan/seni/budaya di Malaysia, dari yang besar sehinggalah gig-gig kecil di ibu kota masih lagi menunjukkan segregation di mana m a s i n g - m a s i n g a c a r a m e m p u n y a i kelompok majoriti kaum tertentu, adakah ini menunjukkan dalam seni budaya kita masih lagi belum menembusi tembok perkauman? Tembok perkauman adalah tembok ilusi yang dibentuk dan diperkukuh oleh faktor-faktor ekonomi dan politik. Ekonomi dan politik berasaskan kaum adalah mudah dan stabil suatu ketika dahulu, namun pada zaman kian rumit ini adakah kita bersedia untuk menerima kemungkinan bahawa ia sudah tidak relevan.

Jika mahukan masyarakat yang lebih bersatu, kerangka kebudayaan itu sendiri perlu diperkukuhkan dengan mendidik masyarakat tempatan untuk bergiat sendiri dalam konteks tempat sendiri. Tidak boleh hanya menjalankan program di tempat orang dan berfikiran seperti kolonial “oh, kami datang untuk memberi kamu seni dan memberi kamu budaya” - ini salah, dan ini juga boleh disalah-erti dan berpotensi untuk lebih merumitkan masalah perpaduan.

Apa harapan terhadap penganjuran acara seni budaya? Pada pengamatan saya, kebudayaan bergerak paling pantas dalam dua perkara - seni dan sukan. Kita sebenarnya kena kaji lagi apa sebenarnya yang kita nak. Setiap acara seni yang saya pergi, saya akan lihat golongan mana yang diangkat, selebihnya perlu dilihat kepada keterbukaan pihak penganjuran acara-acara itu untuk berdepan dengan kritikan. Harapan saya adalah untuk menjadikan Festival Idearaya sebagai satu polisi masyarakat setempat, bukan dikecilkan peranannya hanya sebagai sebuah program.

FESTIVAL IDEARAYA ANGKAT KESAMARATAAN

Wan Hamidi, salah seorang penyunting buku Young and Malay.

16OKTOBER 2015

JURUGAMBAR AHMAD YUSUFI | PENYELARAS ROKETKINI EDRY FAIZAL YUSOF | REKALETAK SHAFIQ HALIM | GRAFIK MUKADEPAN WAHYUDI MOHD YUNUS

The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.

HARMONI KE ARAH GABUNGAN BARU

Oleh ZAIRIL KHIR JOHARI

RAMAI rakyat Malaysia kecewa dengan perpecahan Pakatan Rakyat (PR), sebuah gabungan berusia tujuh

tahun yang telah bersatu atas keperluan bersama berikutan keputusan mengejutkan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008.

Pilihan raya yang penting itu bukan sahaja menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan dua pertiga majoriti di Parlimen buat julung kali serta melepaskan kawalan ke atas lima daripada 13 negeri, tetapi juga meletakkan ketiga-tiga parti pembangkang utama, iaitu DAP, PKR dan PAS, dalam kedudukan yang janggal setelah mencukupi jumlah kerusi untuk membentuk lima kerajaan negeri – secara bersama. Justeru, atas dasar pragmatisme, ketiga-tiga parti telah mengetepikan perbezaan mereka. Hatta lahirlah Pakatan Rakyat (PR).

Secara umumnya, aturan ini telah berjaya. Menjelang pilihan raya umum berikutnya pada tahun 2013, sungguhpun keretakan mula kelihatan, gabungan PR mampu menyerlah sebagai alternatif kepada BN. Premis ini diabsahkan oleh keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang menyaksikan gabungan tiga parti itu menguasai 52 peratus undi popular – namun dinafikan hak untuk membentuk Kerajaan Persekutuan akibat amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan pembahagian kerusi yang tidak adil.

Malangnya, itu menjadi kemuncak kisah PR dan semuanya mula merosot selepas itu. Desakan agresif oleh media Melayu kawalan UMNO yang mengapi-apikan agenda nasionalis Melayu-Islam serta perbalahan dalaman PAS telah membawa kepada kemunculan semula isu-isu yang amat memecahbelahkan seperti polemik kanun jenayah syariah atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud.

Kesudahannya, janji-janji dikhianati dan perang mulut meledak dalam kalangan parti komponen. Ekoran daripada

itu, Muktamar PAS telah menaikkan golongan sayap kanan sebagai pemimpin dan, melalui usul yang diterima tanpa bahas, mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Maka berakhirlah gabungan PR.

Gabungan kekal dan terpusat tidak mapanWalaupun ada yang meratapi penguburan PR sebagai

halangan kepada pembangunan demokrasi di Malaysia, saya tidak seluruhnya bersetuju. Ini kerana perbezaan mendasar antara parti-parti PR akan senantiasa menjadi bom jangka yang menghantui kemampanannya. Oleh itu, saya lebih suka melihat bahawa perpecahan yang berlaku pada ketika ini akan membuka peluang untuk menyusun semula landskap politik Malaysia melalui penzahiran gabungan politik baru dan lebih progresif.

Sudah terlalu lama politik di Malaysia didominasi satu gabungan rasmi, iaitu BN dan pendahulunya, Perikatan. Usaha sememangnya dibuat untuk membentuk gabungan pembangkang pada masa lalu, seperti Barisan Sosialis, Gagasan Rakyat dan Barisan Alternatif, namun secara umumnya ia tidak tekal dan bersifat sementara. Namun begitu, oleh kerana PR tidak dilihat sebagai gabungan “pembangkang” semata-mata, dek kerana ia berjaya mentadbir di lima negeri ketika kemuncaknya, maka besarlah harapan rakyat bahawa gabungan ini dapat menjadi alternatif kekal kepada hegemoni BN.

Walaupun ramai yang menginginkan sebaliknya, hakikatnya adalah PR bukan sebuah konsep yang mapan. Malah, saya ingin mencanangkan bahawa sebarang jenis pakatan politik yang bertujuan untuk menggabungkan kesemua kepentingan kewilayahan yang rencam dan jauh berbeza di negara kita dalam bentuk yang seragam, kekal dan terpusat, tidak mungkin berjaya. Ini kerana konsep sebegitu bercanggah dengan sifat-sifat fitrah masyarakat yang senantiasa dinamik.

Bagi BN pula, jelas gabungan mereka hanya berkekalan atas dasar kuasa dan hakikat bahawa ia dikawal secara terpusat oleh UMNO, memandangkan parti nasionalis

MASA DEPAN MALAYSIA PASCA-PR, PASCA-BNMelayu tersebut menguasai dua pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen BN. Oleh kerana itu, parti-parti yang lebih kecil telah hilang kerelevanan dan daya upaya mereka. Kini, kesetiaan mereka dalam gabungan BN semata-mata berdasarkan kepada jaminan jawatan dan habuan.

Sebagai contoh, parti politik yang dahulunya berpengaruh seperti PPP, yang pada suatu ketika menjadi parti utama di Perak, kini tidak lagi mempunyai seorang wakil rakyat pun. Manakala, Gerakan yang pernah memerintah Pulau Pinang pula menyaksikan penguasaan mereka terhakis sehingga jumlah kerusi mereka diatasi oleh UMNO – malah sebelum BN kalah di negeri tersebut pada tahun 2008.

Satu lagi parti yang menjadi mangsa adalah PAS. Tidak lama selepas menyertai gabungan BN, mereka telah hilang penguasaan ke atas Kelantan akibat pengkhianatan UMNO. Malah, PAS tidak berjaya merampas kembali tampuk kuasa di Kelantan sehingga lebih sedekad kemudian.

Walaupun gabungan PR tidak mempunyai satu rakan yang dominan, perselisihan antara pusat kuasa, iaitu kepimpinan pantai barat Semenanjung, dan wilayah pinggir seperti pantai timur Semenanjung dan Borneo, terbukti menjadi kehancuran Pakatan.

Di luar pantai barat, PR itu sendiri merupakan konsep yang samar. Sebagai contoh, sementara Pulau Pinang, Selangor, Perak dan, sedikit sebanyak, Kedah, boleh digambarkan sebagai negeri PR, label yang sama mungkin meragukan apabila merujuk kepada Kelantan. Bagaimanakah Kelantan boleh dikatakan kerajaan PR apabila DAP tidak bertanding di negeri ini dan PKR hanya mempunyai seorang wakil tunggal? Dalam erti kata lain, Kelantan tidak lain tidak bukan hanyalah kerajaan PAS.

BERSAMBUNG DI MUKA 13

BERITA

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, mengulas tindakan UMNO Kota Bharu yang membakar patung dengan topeng wajahnya.