ctu151 – tamadun dan pemikiran islam · maruwiah ahmat 5 9 tujuan komunikasi islam 1. ... sunnah...

25
CTU263 8/29/2013 Maruwiah Ahmat 1 1 Maruwiah Ahmat CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN PENGENALAN 2 HASIL PEMBELAJARAN Menjelaskan definisi, fungsi dan metod komunikasi menurut Al-Quran. KANDUNGAN 4. Komunikasi dalam Pengurusan Islam 4.1 Definisi Komunikasi 4.2 Fungsi Komunikasi 4.3 Metod Komunikasi menurut Al-Quran 4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 4.5 Halangan dalam Komunikasi

Upload: phungdien

Post on 15-Mar-2019

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 1

1

Maruwiah Ahmat CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN

PENGENALAN 2

HASIL PEMBELAJARAN

• Menjelaskan definisi, fungsi dan metod komunikasi menurut Al-Quran.

KANDUNGAN

4. Komunikasi dalam

Pengurusan Islam

4.1 Definisi Komunikasi

4.2 Fungsi Komunikasi

4.3 Metod Komunikasi

menurut Al-Quran

4.4 Nilai dan Etika

Komunikasi

4.5 Halangan dalam

Komunikasi

Page 2: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 2

PENGENALAN 3

Komunikasi memainkan peranan dalam perjalanan kehidupan setiap

makhluk Allah yang ada di muka bumi ini. Ia adalah asas dalam

kehidupan seseorang manusia. Dalam aspek pekerjaan dan

perniagaan, komunikasi menjadi nadi yang menentukan kejayaan

dan kegagalan sesebuah operasi atau perancangan.

Sebagai alat untuk menyampaikan maksud serta maklumat kepada

setiap individu, masyarakat mahupun organisasi. Kegagalan untuk

menyampaikan maklumat atau maksud yang sebenar-benarnya

boleh menyebabkan salah faham dan seterusnya krisis yang tidak

diingini.

Oleh itu setiap inidividu atau pekerja dalam sesebuah organisasi

dari semua peringkat perlu mengamalkan kaedah atau sistem

komunikasi yang berkesan.

Komunikasi dari segi bahasa berasal dari perkataan

“communicate” yang bermaksud penyertaan atau

pemberitahuan. Oleh yang demikian, perkataan

komunikasi menekankan kegiatan seseorang individu atau

kelompok atau sifat ingin mempengaruhi orang lain.

Menurut Kamus Dewan (2002), komunikasi ialah

perhubungan (secara langsung atau perantaraan surat,

radio, telefon dan lain-lain); mengadakan perhubungan

(bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat dan

lain-lain).

4

4.1 Definisi Komunikasi

Page 3: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 3

5

Menurut Sillars (1988) dalam Succes in Communication:

“Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat, pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual (atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut) supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat.”

Menurut The American Heritage Dictionary (1991), komunikasi bermaksud proses pertukaran pemikiran, mesej, dan maklumat melalui ucapan, isyarat, tanda atau penulisan.

4.1 Definisi Komunikasi

6

Trenholm dan Jensen (1991) telah mendefinisikan

komunikasi sebagai proses untuk menghantar

maklumat, idea, perasaan, kemahiran dan lain-lain

dari penyampai kepada penerima melalui saluran

tertentu.

Kesimpulannya, komunikasi ialah satu proses

perpindahan maklumat, perasaan, idea dan

fikiran seseorang individu kepada

individu/sekumpulan individu yang lain.

4.1 Definisi Komunikasi

Page 4: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 4

7

Unsur-unsur komunikasi

4.1 Definisi Komunikasi

penyampai

saluran

penerima mesej

maklum balas

8

Jenis Komunikasi

4.2 Fungsi Komunikasi

• Komunikasi lisan satu proses komunikasi yang melibatkan suara.

• Berkomunikasi secara lisan lebih menitik beratkan kepada nada suara, bahasa yang digunakan, kefasihan sebutan dan kelancaran perkataan yang digunakan.

Komunikasi Lisan

• Komunikasi jenis ini tidak melibatkan suara. Prosesnya adalah secara bertulis, bercetak ataupun melalui penggunaan isyarat, simbol dan pergerakan lain-lain anggota badan.

Komunikasi bukan lisan

• Secara amnya media dan saluran adalah benda yang sama kerana kedua-duanya membawa atau mengandungi mesej untuk disampaikan daripada pihak sumber atau pengeluar kepada pihak penerima.

• Dalam konteks penulisan media ditakrifkan sebagai alat atau bahan yang mempunyai mesej, maklumat atau pengetahuan yang terbit atau dikeluarkan oleh pihak tertentu bagi tujuan berkomunikasi.

Komunikasi media

Page 5: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 5

9

Tujuan Komunikasi Islam

1. Memberitahu.

- memaklumkan kepada seseorang atau sesebuah masyarakat

tentang ajaran-ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan as-

Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan

dengan akidah, syariah dan akhlak.

- menghebahkan kepada umat manusia tentang Islam adalah

agama yang membawa rahmat kepada dunia.

2. Menerangkan.

- memberi penjelasan tentang ajaran-ajaran agama secara

terperinci mengenai ajaran-ajaran Al-Quran dan as-Sunnah

supaya ia difahami oleh semua golongan masyarakat dan

mudah untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian kita.

4.2 Fungsi Komunikasi

10

3. Memberi kefahaman.

- perjelaskan tentang ajaran Islam agar ia boleh

difahami oleh umat Islam.

4. Memberi ilmu.

- Komunikasi Islam atau juga disebut komunikasi

dakwah sangat diperlukan untuk menyampaikan

pelbagai ilmu pengetahuan yang terkandung dalam

ajaran Islam. Ilmu-ilmu tersebut terdiri daripada ilmu

wahyu atau naqli dan juga ilmu-ilmu aqli (pemikiran).

4.2 Fungsi Komunikasi

Page 6: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 6

11

5. Memberi petunjuk.

- Komunikasi Islam ini penting untuk mengajar individu dalam

masyarakat tentang bagaimana cara-cara yang perlu dilakukan

oleh umat Islam dalam melaksanakan ajaran Al-Quran dan as-

Sunnah. Memberi petunjuk di sini bermaksud memberi panduan

atau mengarahkan jalan kehidupan yang benar dan diredhai Allah

SWT.

6. Menyeru kepada kebajikan.

- Komunikasi Islam juga merupakan komunikasi dakwah yang

sangat penting, dalam hal ini ia membantu menangani masalah

kemiskinan, pendidikan, kesihatan dan lain-lain. Antara kaedah

dakwah ialah melalui lisan, selain perbuatan.

4.2 Fungsi Komunikasi

12

7. Menguruskan pemerintahan. - Melalui komunikasi Islam ini membantu hubungan dua hala menjadi baik dan menjadikan negara kita lebih makmur.

8. Memberi hikmah. - hikmah ialah kebijaksanaan

atau suatu kebenaran. - tindakan yang hikmah dapat

membentuk masyarakat pada

hari ini lebih persefahaman

antara satu sama lain.

4.2 Fungsi Komunikasi

Page 7: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 7

13

9. Menyampaikan khabar gembira dan peringatan. - khabar gambira bererti berita-berita dari Al-Quran dan as-Sunnah tentang:

balasan syurga kepada umat yang patuh kepada ajaran Islam.

pahala yang berlipat ganda kepada orang yang beribadah di bulan dan di hari mulia.

kesediaan Allah untuk mengampuni dosa umatnya yang bertaubat dengan taubat nasuha.

kenikmatan yang dialami oleh penghuni syurga.

kelebihan mati syahid dan lain-lain lagi.

4.2 Fungsi Komunikasi

14

yang dimaksudkan memberi peringatan ialah perkara yang merupakan amaran dari Allah SWT terhadap umat yang lalai dam melanggar ajaran-ajaran Islam.

balasan azab neraka kepada orang yang melanggar hukum-hukum agama.

azab kubur dan seksaan Mahsyar terhadap orang yang mati dengan membawa dosa.

kutukkan Allah terhadap orang yang melakukan kezaliman di atas muka bumi.

ditimpa bencana terhadap kaum atau masyarakat manusia yang membuat kerosakan di muka bumi ini.

Tujuan pengkhabaran perkara-perkara tersebut terhadap umat manusia adalah untuk mendorong manusia supaya selalu melakukan kebaikan dalam hidup dan cuba kawal diri untuk melakukan perkara yang tidak diredha Allah.

4.2 Fungsi Komunikasi

Page 8: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 8

15

4.2 Fungsi Komunikasi

Tujuan Komunikasi dalam Organisasi Islam

1. Saling Faham Memahami

Majikan dan pekerja berkomunikasi kerana ada beberapa tujuan

yang hendak dicapai. Kadangkala mereka berkomunikasi untuk

memahami keadaan yang berlaku di sekeliling mereka. Sama ada

yang berkait dengan tugas, bidang kerja, gaji, ganjaran dan

sebagainya.

2. Menjalin Hubungan.

Sebagai majikan yang mempunyai ilmu berkomunikasi yang baik,

pasti mereka dapat mendekati para pekerja mereka dengan baik.

Perkara ini akan menyebabkan kedua-dua pihak merasa dihargai

dan dihormati.

16

4.2 Fungsi Komunikasi

3. Mempengaruhi.

Perbuatan berkomunikasi juga berkait rapat dengan

perbuatan cuba mempengaruhi fikiran, perasaan,

tingkah laku orang lain

4. Membantu.

Seorang majikan akan memberitahu tentang tugas-

tugas yang perlu dilakukan oleh pekerjanya.

Page 9: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 9

17

Adab Berkomunikasi dalam Islam untuk

Individu

Sentiasa senyum dan elakkan bermasam muka atau

bermuram. Bercakaplah dengan lembut dan jangan

meninggikan suara.

Jika ketawa, ketawalah

secara bersederhana dan

bukan berdekah-dekah.

4.3 Metod Komunikasi Islam

18

Jika anda bercakap dengan orang yang sedang berdiri maka berdirilah sama, jika tidak, jemputlah ia untuk duduk. Sebaik mungkin, anda duduk setelah orang itu duduk.

Jadilah orang yang pertama menyapa dengan memberi salam melainkan sekiranya anda sedang duduk atau berada dalam kumpulan.

Jawablah salam dengan penuh dan bukan sebahagian sahaja. Jawablah dengan penuh keceriaan.

4.3 Metod Komunikasi Islam

Page 10: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 10

19

Apabila seseorang itu bercakap dengan anda, berikan perhatian sepenuhnya.

Apabila berbicara dengan jantina sejenis anda, pandanglah mukanya ketika ia sedang berbicara.

Sebutlah sedikit sahaja mengenai diri anda dan hindarkan percakapan yang menyakitkan hati seseorang walaupun ia benar. Sekira perlu maka susun ayat anda supaya ia tidak menyakitkan hati si pendengar

4.3 Metod Komunikasi Islam

20

Belajarlah untuk memberi pujian

kepada orang yang anda sedang

bercakap dan doakan kerahmatan

Allah kepadanya semasa perbualan.

Jaga penampilan anda, sentiasa

dalam keadaan tengak dan bukan

membongkok atau menyandar.

Apabila menguap atau bersin, tutup

mulut anda dengan sesuatu atau

dengan tangan.

4.3 Metod Komunikasi Islam

Page 11: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 11

21

Organisasi

Semakan Ketepatan Fakta

Sebelum sesuatu maklumat itu

disampaikan, pastikan maklumat

tersebut mempunyai fakta yang

tepat. Oleh itu, setiap fakta yang diterima dan yang hendak

di sampaikan hendaklah ditapis, disaring dan disahkan

kebenarannya sebelum disampaikan kepada orang lain.

Elakkan dari menyebarkan maklumat-maklumat yang masih

spekulatif atau semata-mata sangkaan.

4.3 Metod Komunikasi Islam

22

Pilih Maklumat yang Sesuai Dengan Penerima yang

Sesuai

Pilihlah maklumat yang hendak disampaikan. Ketepatan

memilih maklumat berasaskan fungsi atau kedudukan

sipenerima maklumat. Maklumat yang tepat, jika diberikan

kepada penerima yang tidak sepatutnya, boleh

menyebabkan kesilapan atau krisis.

Kekuatan Bahasa dan Kepetahan Berbicara

Sebagai pengurus yang baik, anda wajar melatih diri

supaya anda petah berkata-kata bagi menyampaikan

sesuatu maklumat. Sekiranya anda tidak mampu maka anda

perlu melantik jurucakap yang petah berkata-kata.

4.3 Metod Komunikasi Islam

Page 12: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 12

23

Hikmah Dalam Komunikasi

Berbicaralah dengan penuh hikmah kerana ia mampu

untuk mengelakkan konflik antara dua pihak. Berbicara

dengan penuh hikmah dapat memberi pengajaran

yang baik kepada mereka yang sealiran dengan kita,

malah berbincang dan berbahas dengan baik

merupakan cara terbaik bagi mengatasi konflik.

Konflik tidak boleh dibiarkan berlalu tetapi perlu

diselesaikan dengan cara komunikasi yang berhemah.

4.3 Metod Komunikasi Islam

24

Prinsip Taqwa Takwa bererti sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam

melalukan sesuatu perkara dengan mengelakkan diri daripada dosa

dan sifat tercela. Dalam organisasi sudah tentu terdapat pelbagai

bangsa, kaum, budaya dan ragam manusia. Sistem komunikasi yang

berjaya ialah dengan menggunakan pelbagai saluran, saluran rasmi

dan saluran tidak rasmi, namun, krisis sering terjadi apabila saluran

komunikasi tidak rasmi tidak dikawal dengan nilai dan etika. Nilai

dan etika yang digariskan oleh manusia, tidak mampu dikawal

sepenuhnya. Oleh itu prinsip taqwa amat penting dalam

berkomunikasi kerana dengan adanya taqwa manusia akan menjaga

batas-batas komunikasi mereka secara lebih berkesan. Takwa juga

menjadikan seseorang itu sentiasa manjauhi sifat buruk sangka

terhadap orang lain.

4.3 Metod Komunikasi Islam

Page 13: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 13

25

Bentuk-bentuk komunikasi yang dianjurkan oleh Islam

KOMUNIKASI ANTARA HAMBA DENGAN ALLAH S.W.T.

1. Berdoa

Firman Allah s.w.t :

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai

Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku

(Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan

permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-

Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan

mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman

kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.

(Al-Baqarah:186)

4.3 Metod Komunikasi Islam

26

4.3 Metod Komunikasi Islam

2. Solat

Solat adalah asas komunikasi antara hamba dengan Allah s.w.t. Ini kerana amalan solat adalah perintah yang diambil sendiri oleh Rasulullah s.a.w daripada Allah s.w.t.

Selain itu solat merupakan tiang agama dan menjadi ukuran antara muslim dan kafir. Manakala apabila dibangkitkan semula amalan solat akan ditanya dahulu kemudian disusuli amalan lain.

Page 14: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 14

27

3. Zikir

Zikir adalah komunikasi yang unggul.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah

semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka

berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan

tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):

Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-

benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka

peliharalah kami dari azab neraka (Ali Imran: 191).

4.3 Metod Komunikasi Islam

28

4. Melakukan ibadah

Perlaksaan ibadah melalui perbuatan sebagai lambang

komunikasi Muslim.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Pada waktu itu Kami meterikan mulut mereka dan (memberi

peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami

(kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi

saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Yaasin: 65)

4.3 Metod Komunikasi Islam

Page 15: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 15

29

KOMUNIKASI SESAMA MANUSIA/ HAMBA

1. Komunikasi Dengan Ibu bapa.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu

bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung

kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir

menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa

dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan

kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua

tempat kembali (untuk menerima balasan) (Luqman: 3).

4.3 Metod Komunikasi Islam

30

2. Komunikasi dengan rakan sebaya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu

dalam kerugian; kecuali orang yang

beriman dan beramal soleh dan mereka

pula berpesan-pesan dengan kebenaran

serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-

Asr: 1-3 ).

4.3 Metod Komunikasi Islam

Page 16: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 16

3. Komunikasi dengan Jiran Tetangga.

Nabi s.a.w telah bersabda: Tidak

sempurna iman seseorang itu,

sebelum dia mengasihi saudaranya

atau baginda bersabda: Sebelum

dia kasihkan jiran tetangganya,

sebagaimana dia kasihkan dirinya

sendiri.

31

4.3 Metod Komunikasi Islam

4. Komunikasi dengan Pemimpin

32

4.3 Metod Komunikasi Islam

Sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya kebenaran itu membawa

kebaikan, dan kebaikan itu membawa kepada syurga. Dan

sesungguhnya seseorang itu akan berkata benar

sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang

yang berkata benar.

Sesungguhnya dusta itu membawa

kepada kedurjanaan, dan kedurjanaan

membawa kepada neraka.

Sesungguhnya seseorang itu akan

berkata dusta hingga dia ditulis di

sisi Allah sebagai pendusta.

Page 17: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 17

33

5. Komunikasi Dengan Staff/Rakyat

Semua ketua bertanggungjawab kepada setiap rakyat yang

bernaung di bawah pentadbirannya. Maka setiap ketua

hendaklah menjalankan peranan tersebut.

Dalam memberi arahan kepada staf bawahan ataupun

berhubungan dengan unit, atau bahagian atau jabatan ketua

juga harus berhubung dengan pihak luar atau rakan kongsi di

luar lingkungan organisasi.

Oleh itu, komunikasi bukan hanya sekadar melalui

percakapan atau perbualan tetapi juga melalui, penulisan,

gambar lakaran atau melalui tindakan, ataupun bahasa

badan.

4.3 Metod Komunikasi Islam

34

Komunikasi juga boleh dijalankan secara formal atau pun tidak.

Selain itu komunikasi digunakan untuk mengembangkan

organisasi contohnya dalam latihan, taklimat dan mesyuarat.

Komunikasi juga penting dalam penyelasaian masalah, membuat

keputusan dan juga menguruskan konfliks. Oleh itu, sorang ketua

harus mengetahui pendekatan dan strategi komunikasi yang

berkesan.

Kepimpinan yang berkesan mestilah mempunyai kemahiran

dalam berkomunikasi, di mana komunikasi dua hala dia antara

pemimpin dan staf bawahan merupakan kaedah komunikasi

yang hebat dan boleh memberi kejayaan kepada organisasi.

4.3 Metod Komunikasi Islam

Page 18: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 18

35

Selain itu, memberi latihan atau membimbing staf

dengan kaedah yang betul dan sistematik di samping

kaedah mentoring merupakan cara terbaik untuk

membangun staf atau pengikut.

Kemahiran mengurus konflik juga harus ada pada

setiap pemimpin bagi menghadapi konflik dalam

organisasi.

Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang

mempunyai pengetahuan dalam komunikasi,

kejurulatihan dan juga mengurus konflik.

4.3 Metod Komunikasi Islam

36

Kaedah Komunikasi Islam

Qaulan Kariman

Qaulan Sadidan

Qaulan Balighan

Qaulan Layyinan

Qaulan Ma’rufan

4.3 Metod Komunikasi Islam

Page 19: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 19

37

Qaulan Kariman

Sebagai muslim kita harus berkata dengan kata-kata yang mulia, hindarilah kata-kata yang hina, seperti mengejek, mengolok-ngolok hingga menyakiti perasaan orang lain.

Pepatah mengatakan, “Lidah tidak bertulang”, walaupun lidah tak bertulang, namun lidah boleh lebih tajam dari pedang. Banyak orang boleh sembuh bila dilukai dengan pedang, namun bila dilukai dengan lidah, sakitnya akan terbawa sampai mati.

Hati-hati dengan perkataan, bila ingin bergurau tetap jaga lidah dari kata-kata yang menyakiti, bergurau dan bergaul harus tetap dengan kata-kata yang mulia.

4.3 Metod Komunikasi Islam

38

Ayat Al-Quran yang menyuruh mengamalkan qaulan kariman:

53. Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. (al-Isra’: 53)

4.3 Metod Komunikasi Islam

Page 20: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 20

39

Qaulan Ma’rufan

“Berkatalah yang baik atau diam” itu pesan rasullulah kepada umatnya. Sebagai muslim yang beriman lisan harus dijaga dari perkataan yang sia-sia, apapun yang diucapkannya harus selalu mengandungi nasihat, menyejukkan hati bagi orang yang mendengarnya. Jangan biarkan lisan ini mencari-cari kejelekan orang lain.

Hindari kata-kata yang hanya bisa mengkritik atau mencari kesalahan orang lain, memfitnah, menghasut. Ia perbuatan yang sangat hina, hingga Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 12, ia seumpama orang yang memakan bangkai temannya sendiri. Sungguh sangat menjijikkan.

4.3 Metod Komunikasi Islam

40

12. Wahai orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

4.3 Metod Komunikasi Islam

Page 21: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 21

41

Ayat Al-Quran yang menyuruh mengamalkan qaulan makrufan:

5. Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada Dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. (an-Nisa: 5)

4.3 Metod Komunikasi Islam

42

Qaulan Sadidan

Seorang muslim berkata harus benar, jujur jangan berdusta. Kerana sekali kita berkata dusta, selanjutnya kita akan berdusta untuk menutupi dusta kita yang pertama, begitu seterusnya, sehingga bibir kita pun selalu berbohong tanpa berasa berdosa. Siapapun tak ingin dibohongi, seorang akan sangat sakit hatinya bila mengetahui orang yang dipercayainya berbohong. Rakyat pun akan marah bila dibohongi pemimpinnya. Juga amat penting dalam menyampaikan kebenaran, adalah keberanian untuk berbicara tegas, jangan ragu dan takut, apa lagi ia jelas hukumnya dalam Al-Quran dan hadis.

“Katakanlah kebenaran itu, meskipun sakit”.

4.3 Metod Komunikasi Islam

Page 22: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 22

43

Ayat Al-Quran yang menyuruh mengamalkan

qaulan sadidan:

70. Wahai orang yang beriman, bertaqwalah

kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat

- benar (dalam segala perkara). (Ahzab: 33)

4.3 Metod Komunikasi Islam

44

Qaulan Balighan

Sebagai orang yang bijak bila berkomunikasi kita harus melihat stuasi yang tepat dan menyampai-kan dengan kata-kata yang tepat. Bila bicara dengan kanak-kanak kita harus berkata sesuai dengan pemikiran mereka, bila dengan remaja kita harus memahami dunia mereka. Jangan kita berbicara tentang teknologi nuklear di hadapan khalayak yang berusia lanjut tentu sangat tidak tepat sasaran, malah membuat mereka semakin tidak faham.

4.3 Metod Komunikasi Islam

Page 23: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 23

45

Ayat Al-Quran yang menyuruh mengamalkan qaulan balighan:

63. Mereka itulah orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah Engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka. (al-Nisa’: 63)

4.3 Metod Komunikasi Islam

46

Qaulan Layyinan

Tidak mengeraskan suara, seperti membentak, meninggikan suara. Siapapun tidak suka bila berbicara dengan orang yang kasar.

Rasullulah SAW selalu bertutur kata dengan lemah lembut, hingga setiap kata yang beliau ucapkan sangat menyentuh hati siapapun yang mendengarnya.

Allah SWT melarang bersikap keras dan kasar dalam berdakwah, kerana kekerasan akan mengakibatkan dakwah tidak akan berhasil malah akan dijauhi orang.

Dalam berdoa pun Allah memerintahkan agar kita memohon dengan lemah-lembut, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lemah-lembut, sungguh Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas,” (Al-A’raaf: 55)

4.3 Metod Komunikasi Islam

Page 24: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 24

47

Ayat Al-Quran yang menyuruh mengamalkan

qaulan layyinan:

44. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepada-

Nya, Dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga

ia beringat atau takut". (Taha: 44)

4.3 Metod Komunikasi Islam

48

Asas-asas Komunikasi dalam Islam

4.3 Metod Komunikasi Islam

Taqwa

Rahmah

Ukhuwwah Kemaafan

Melebihkan orang lain

Page 25: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · Maruwiah Ahmat 5 9 Tujuan Komunikasi Islam 1. ... Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan ... semasa mereka berdiri dan

CTU263 8/29/2013

Maruwiah Ahmat 25

49

Rujukan Nota Kuliah Bab 4

1. Nota kuliah/slide Ustzh Nadiyah Hashim, ACIS, Kota

Samarahan, Sarawak.

2. http://zahien.blogspot.com/2006/09/pengurusan-dalam-

islam.html (18/7/2013)

3. http://epjjuitmdgn.blogspot.com/2009/03/komunikasi-dalam-

pengurusan-islam.html (15/8/2013)

4. http://www.squad99.org/sq/index.php?option=com_content&vi

ew=article&id=181:kaedah-ber (15/8/2013)

5. http://ideologi.my/v3/modules/AMS/article.php?storyid=6

(15/8/2013)

RUJUKAN