nota ctu151 uitm

223
KURSUS PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM (CTU 151) Universiti Teknologi MARA

Upload: azfar-zakaria

Post on 30-Nov-2014

609 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Hak Milik Terpelihara UiTM..

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA CTU151 UiTM

KURSUS

PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM

(CTU 151)

Universiti Teknologi MARA

Page 2: NOTA CTU151 UiTM

2

Isi Kandungan

Bil Tajuk Halaman

1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

1.1 Konsep Tamadun Islam 3

1.2 Konsep Tamadun Barat 11

1.3 Nilai-Nilai Universal Dalam Tamadun 13

1.4 Interaksi Antara Tamadun 33

2 ISLAM DI ALAM MELAYU

2.1 Teori Kedatangan Islam 41

2.2 Faktor-Faktor Perkembangan Islam 54

2.3 Pengaruh Islam Di Alam Melayu 63

2.4 Tamadun Melayu Sebagai Asas Pembinaan Tamadun

Malaysia

84

3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA

PERADABAN DUNIA

3.1 Perkembangan Tamadun Islam 90

3.2 Pengaliran Tamadun Islam Ke Afrika Dan Eropah 99

3.3 Andalusia Sebagai Anugerah Tamadun Islam Kepada

Kebangkitan Eropah

101

3.4 Pengaruh Tamadun Islam Dalam Pelbagai Bidang Ilmu

Pengetahuan

106

4 ISLAM HADHARI SEBAGAI PENDEKATAN

PEMBANGUNAN UMMAH DI MALAYSIA

4.1 Konsep Islam Hadhari 117

4.2 Prinsip-Prinsip Islam Hadhari 125

4.3 Islam Hadhari Sebagai Penjana Pembangunan Ummah 144

4.4 Cabaran Dalam Perlaksanaan Islam Hadhari 174

5 ISU-ISU KONTEMPORARI DUNIA ISLAM

5.1 Dunia Islam Dalam Perkembangan Semasa 187

5.2 Isu Perpaduan Dunia Islam 194

5.3 Cabaran Globalisasi Dalam Ekonomi, Sosial Dan Politik

Dunia Islam

198

5.4 Masa Depan Dunia Islam 199

Page 3: NOTA CTU151 UiTM

3

Bab 1

Pengenalan Ilmu Ketamadunan

1.1 Konsep Tamadun Islam

PERISTILAHAN

Ada empat istilah yang pernah digunakan oleh sejarawan-sejarawan Islam untuk

menghuraikan makna Tamadun yang telah digunakan dalam penulisan tentang

tamadun setakat ini.

Pertama :

Perkataan “Umran”. Perkataan ini telah digunakan oleh Ibn Khaldun, seorang

pengkaji tamadun yang pertama di dunia dalam bukunya yang terkenal al-

Muqaddimah lil-Kitab al-Ibar dalam kurun yang ke-14. Pada masa ini, ia lebih

dikenali dengan panggilan Muqaddimah Ibn Khaldun sahaja.

Perkataan ‘Umran berdasarkan kepada Firman Allah s.w.t.

uu uuθθθθ èè èèδδδδ ΝΝΝΝ ää ää.... rr rr'''' tt tt±±±±ΡΡΡΡ rr rr&&&& zz zz ÏÏ ÏÏ ii iiΒΒΒΒ ÇÇ ÇÇÚÚÚÚ öö öö‘‘‘‘ FF FF{{{{ $$ $$#### óó óóΟΟΟΟ ää ää.... tt tt���� yy yyϑϑϑϑ ÷÷ ÷÷èèèè tt ttGGGG óó óó™™™™ $$ $$#### uu uuρρρρ $$$$ pp ppκκκκ ÏÏ ÏÏùùùù çç çç

Terjemahan: Dia lah Yang menjadikan kamu dari bahan-bahan

bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. (Surah

Hud:61).

Perkataan ini telah diterjemahkan oleh sarjana Barat, Prof. Franz Rosenthal

sebagai Urbanization yang bererti perbandaran dan tamadun dinyatakan sebagai

Page 4: NOTA CTU151 UiTM

4

civilization yang bererti tamadun itu belum wujud di dalam perkamusan orang

Barat. Oleh kerana itu, pengarang kamus Dictionary of the English Language, Dr.

Samuel Johnson (1709-1784) telah enggan memasukkan perkataan ini ke dalam

kamusnya.

Beliau suka menggunakan perkataan civility bagi makna tersebut. Perkataan

civilization ini hanya lahir di kalangan penulis-penulis Barat pada kurun yang ke-

19. Ini membawa kita kepada pengertian bahawa Barat mengenali tamadun

dengan konsepnya hanya pada kurun yang ke-19.

Kedua :

Perkataan “Hadarah” juga digunakan oleh Ibn Khaldun sebagai seerti dengan

perkataan Umran. Ini diakui oleh Prof. G.T. Vorn Grunebum dengan makna

civilization. Hadarah dalam bahasa Arab bererti tinggal menetap dalam sesebuah

wilayah, daerah atau bahagian ibu kota dan bandar. Daripada erti perkataan

Hadarah ini dapat difahamkan bahawa apa yang kita namakan tamadun itu adalah

berasal dari bandar. Kerana bandar merupakan tempat yang sesuai untuk

melahirkan ketamadunan disebabkan di situ terdapat segala perkara dan

kemudahan yang boleh menjadi asas kepada kelahiran dan peningkatan tamadun.

Ketiga :

Dalam kurun yang ke-20 timbul pula perkataan “Madaniyyah” sebagai perkataan

yang ketiga yang telah digunakan oleh dua orang penulis Islam dan mereka juga

membayangkan erti tamadun. Muhammad Firid Wajdi telah menggunakan

perkataan ini dalam bukunya al-Madaniyyah Wal-Islam" (Tamadun dan Islam)

dalam tahun l899.

Page 5: NOTA CTU151 UiTM

5

Manakala Syekh Muhammad Abduh pula menggunakan perkataan ini dalam

bukunya Al-Islam Wa-an-nasraniyyah Ma'al-'ilm Wa al-Madaniyyah dalam tahun

1901. Yang menariknya, Muhammad Abduh telah menggunakan perkataan ini

dalam buku tafsir al-Qurannya, Tafsir al-Manar.

Bagaimanapun, kedua-dua penulis ini telah memberi nafas baru dalam pendekatan

terhadap kefahaman tentang tamadun di kalangan masyarakat, terutamanya di

kalangan ahli bahasa sendiri.

Keempat :

Selepas beberapa ketika, perkataan Madaniyyah telah mengambil tempat dalam

bidang penulisan dengan memberi erti yang sama dengan Tamadun maka lahirlah

pula kemudiannya perkataan “Tamadun” yang berakarkan perkataan Madaniyyah.

Perkataan Tamadun lebih cepat berkembang dan popular di kalangan masyarakat

dengan pengekalan konsep Madaniyyah yang berakarkan perkataan Madinah

yang bererti bandar dengan pengertian bahawa tamadun itu adalah kebudayaan

bandar. Perkataan ini telah digunakan oleh seorang penulis Arab, Jurji Zaidan

dalam bukunya yang berjudul Tarikh at-Tamaddun al-Islam (The History of

Islamic Civilization). Buku ini terkenal sebagai sebuah buku yang lengkap dalam

memperkatakan tamadun Islam dan sejarah perkembangannya, dan telah

dialihbahasakan ke dalam berbagai-bagai bahasa seperti Turki, Parsi dan Urdu

selain bahasa Inggeris. Buku ini juga telah dapat menonjolkan pengertian sebenar

yang dibayangkan oleh perkataan ketamadunan manusia seperti yang

dikehendaki.

Page 6: NOTA CTU151 UiTM

6

DEFINISI TAMADUN ISLAM

Sebagaimana yang telah diterangkan bahawa setiap individu mempunyai

pandangan yang berbeza terhadap tamadun. Adalah nyata tentang perbezaan

pendapat tentang tamadun apabila diikuti definisi yang telah dikemukakan oleh

mereka dalam menerangkan pengertian sebenar tamadun itu.

Di sini dirangkaikan beberapa definisi yang pernah diberikan oleh beberapa orang

penulis daripada kalangan orang Islam dan juga orang Barat.

1. Penulis Barat, Clive Bell telah mendefinisikan tamadun seperti berikut:

"Tamadun merupakan suatu ciri masyarakat yang membezakan sebuah

masyarakat maju dengan masyarakat mundur adalah tamadunnya."

2. Robert Haini mengatakan, "Tamadun adalah suatu cara hidup yang dapat

dicirikan. Tamadun merupakan kemuncak kebudayaan sesebuah

masyarakat dan juga merupakan pencapaian kejayaan manusia yang

mengangkat dirinya ke atas seperti sebuah gunung di pertengahan bukit-

bukit dan dataran."

3. Manakala Riberio, seorang anthropologis menegaskan, "Tamadun sebagai

cantuman susunan dan proses tamadun individu." Riberio menekankan

beberapa proses dalam menuju tamadun. Baginya yang penting sekali

ialah revolusi bandar. Katanya, "Bandar-bandar rnemancarkan kepada

manusia peluang-peluang untuk kemajuan material dan spiritual mereka."

4. Bagi Arnold J. Toynbee, tamadun dikatakan jenis kebudayaan yang wujud

di bandar-bandar. Ini memberikan kesimpulan bahawa tamadun itu adalah

merupakan tatacara hidup yang dicetuskan oleh orang yang tinggal di

bandar-bandar. Ini sangat menepati dengan perkataan Madinah yang

menjadi akar kepada tamadun.

Page 7: NOTA CTU151 UiTM

7

5. Manakala daripada kalangan sarjana Islam pula, didapati definisi yang

dikemukakan oleh Ibn Khaldun mengatakan, "Kalimah Tamadun

memberi erti segala pelbagai dalam kemewahan hidup dan setiap usaha

untuk mempertingkatkan kilang perindustrian yang sentiasa digunakan

dalam berbagai-bagai sektor".

6. Dr. Muhammad Baki pula mendefinisikan, "Tamadun ialah segala usaha

dan daya cipta yang membayangkan secara khusus daripada manusia

dengan menggunakan akal, perasaan dan tingkah laku. Ia dimaksudkan

juga dengan falsafah, ilmu pengetahuan, agama, kesenian, kesusasteraan,

akhlak, dan perkara-perkara lain yang menerima peningkatan dan

pembangunan."

7. Seorang ilmuwan tempatan, Syed Muhammad Naqiub al-Attas pula

mengatakan, "Tamadun bermaksud keadaan kehidupan insan yang

bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan

kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya."

8. Abu Bakar Hamzah pula mengatakan dalam bukunya Sejarah

Kebudayaan Islam. "Tamadun ialah sesuatu yang lahir dan kembang

bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-

perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa

niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material)."

9. Definisi-defimsi tersebut telah disimpulkan oleh M.AJ. Beg; "Maksud

tamadun sebagai suatu rangkaian terdiri daripada fenomena masyarakat

manusia seperti bandar, huruf, senibina, agama, undang-undang dan

rangka dasar politik."

KONSEP TAMADUN ISLAM

Walaupun tidak didapati definisi yang khusus tentang Tamadun Islam yang

pernah dikemukakan oleh penulis-penulis, sama ada Ibn Khaldun dan yang lain-

Page 8: NOTA CTU151 UiTM

8

lain tetapi dapat juga difahami apa yang dikatakan Tamadun Islam itu daripada

kandungan dan huraian yang telah diberi oleh ilmuwan dalam penulisan mereka.

Mereka menyatakan bahawa Tamadun merupakan segala yang dihasilkan oleh

fikiran orang Islam menurut wataknya dan panduan agama Islam sendiri, dan ini

termasuklah juga segala alat, perkakas dan sebagainya, yang pernah mereka hasil

dan gunakan sejak dahulu hingga sekarang.

Selain daripada bangsa Arab yang telah mengembangkan Tamadun Islam itu,

bangsa Sepanyol, Parsi, Turki, India dan bangsa yang lain yang berada di dalam

pemerintahan Islam turut sama memberi sumbangan penting dalam pembinaan

Tamadun Islam.

Disamping itu, dapat dibuat kesimpulan bahawa Tamadun Islam itu merupakan

suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk antara bangsa. Sifat ini dapat

dibuktikan daripada hasil-hasil pencapaian Tamadun Islam itu sendiri di dalam

berbagai-bagai bidang kemajuan, terutama sekali dalam bidang kesenian, dan ini

termasuk juga senibina. Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina adalah

lahir daripada Tamadun Islam. Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam,

iaitu al-Quran dan al-Hadis yang dilahirkan dalam satu bentuk tamadun pemikiran

yang mempunyai sifatnya yang tersendiri. Ini merupakan tamadun yang baru,

melambangkan keperibadian Islam yang terus berkembang untuk memberi

sumbangan terhadap kehidupan manusia keseluruhannva.

HUBUNGAN TAMADUN DENGAN KEBUDAYAAN

Apabila membincangkan tentang tamadun bererti tidak dapat dipisahkan daripada

membicarakan tentang kebudayaan, kerana kebudayaan dan tamadun merupakan

dua konsep yang mempunyai perkaitan yang rapat di antara satu dengan yang

Page 9: NOTA CTU151 UiTM

9

lain. Perkaitan di antara kedua-duanya pula merupakan bahawa kebudayaan

merupakan keseluruhan tamadun hidup manusia, sementara tamadun adalah

merupakan pecahan daripada kebudayaan itu.

Kebudayaan dalam pengertiannya boleh diertikan sebagai cara hidup. Oleh itu,

Kebudayaan Islam, bererti cara hidup Islam manakala Kebudayaan Barat adalah

cara hidup orang Barat. Kebudayaan Islam adalah berlainan daripada Kebudayaan

Baral. Kebudayaan Islam adalah cara hidup Islam yang dilaksanakan dalam

masyarakat Islam yang digariskan mengikut apa yang terdapat di dalam al-Quran

dan al-Hadis Nabi s.a.w. Dari itu, kebudayaan Islam tunduk kepada peraturan-

peraturan yang ditentukan oleh kedua-duanya yang berpokok kepada al-Quran

sendiri, sebagai kitab perundangan yang telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi

Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril, dan ini merupakan wahyu Allah kepada

pesuruhNya Muhammad s.a.w. Yang demikian, kebudayaan Islam wujud dengan

kedatangan agama sebagai agama tanzil atau agama langit yang tunduk kepada

peraturan Yang Maha Kuasa.

Dalam menerangkan bidang kemajuan dan percapaian hidup manusia, Abdul

Rahman Hasan Habannakah, pengarang buku al-Hadarah al-Islamiyyah telah

membahagikan kedua-duanya itu kepada tiga bahagian:

1. Kemajuan dan pencapaian hidup manusia mempunyai perkaitan dengan

jasmani dan kemudahan-kemudahan hidup, termasuk faktor-faktor

kemewahan dan keselesaan. Semua itu merangkumi jenis kemajuan

seperti pertanian, perkilangan, perlombongan, perindustrian, dan lain-lain

lagi.

2. Sistem yang dapat mengatur aktiviti masyarakat ke arah mewujudkan

keamanan, keadilan, serta kebenaran yang dapat menegakkan disiplin

dalam masyarakat seperti peraturan-peraturan pentadbiran, perundangan,

Page 10: NOTA CTU151 UiTM

10

harta benda, dan hal-hal keluarga. Seterusnya, ia meliputi akhlak, adat

resam, amalan hidup yang baik dan seluruh tatacara pergaulan manusia di

antara satu dengan yang lain.

3. Pencapaian dan kemajuan hidup juga merupakan kebahagiaan yang

berkekalan dengan mengetahui hakikat diri dan alam sekitar, perpindahan

ke alam barzakh. Kemudian manusia berpindah ke alam baqa, iaitu alam

akhirat dengan mendapat balasan yang sempurna. Ini meliputi pemikiran

yang mendalam yang dapat membawa manusia mengenal Penciptanya.

Manusia dapat mengetahui di sebalik kewujudannya, matlamat hidup dan

tempat kembali setelah mati, kewajipan yang mesti dilakukan dalam

kehidupan dunia dan akhirat. Ini adalah juga bersangkutan dengan

pegangan dan kepercayaan dalam kewajipan yang telah digariskan oleh

Syariat Islam.

Ada tiga sumber yang dianggap dapat memajukan tamadun dalam proses

pembangunannya, iaitu sumber wahyu atau ilham daripada Allah s.w.t yang

disampaikan melalui nabi-nabi dan rasul-rasul pesuruh Allah. Apa yang dapat

dilakukan melalui pemikiran hasil daripada kajian ilmiah. Apa yang diperolehi

oleh manusia melalui pengalaman dan percubaan-percubaan serta pengkajian

semula dengan perhatian yang mendalam daripada segi kesalahan-kesalahan dan

kekurangan, dan seterusnya dengan menyempurnakan ilmu-ilmu yang telah sedia

ada.

Dalam masalah ini, hanya Tamadun Islam sahaja yang melengkapi ketiga-tiga

sumber ini. Kerana itu, pembangunan Tamadun Atom meliputi pembangunan

tamadun rohani dan jasmani, atau apa yang disebut tamadun spiritual dan

tamadun material. Berbanding dengan Tamadun Barat yang bersumberkan dua

Page 11: NOTA CTU151 UiTM

11

perkara sahaja dan mereka lebih menitikberatkan pembinaan tamadun yang

bersifat kebendaan semata-mata.

Tamadun Islam telah merubah cara hidup dan orang Arab Jahiliah. Tamadun

Islam juga telah wujud berasaskan suasana keadaan tamadun umat Arab, tempat

Tamadun Islam itu lahir.

KELAHIRAN TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam seperti yang ada sekarang ini telah mula lahir apabila lahirnya

sebuah masyarakat Islam yang berkeadaan serba sederhana di Makkah pada tahun

610M, serentak dengan kelahiran agama Islam dan perlantikan Nabi Muhammad

s.a.w sebagai Rasul Allah. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w berpindah ke

Madinah pada tahun 622-623M, di sana tertubuhnya sebuah kerajaan Islam yang

dipimpin oleh baginda. Kerajaan Islam inilah yang telah menjadi pendorong dan

sebab berkembangnya Tamadun Islam itu setapak demi setapak hingga terdirinya

suatu tamadun yang tinggi yang telah menjadi sebab munculnya tamadun dunia

moden. Sebelum lahir Tamadun Islam sudah pun ada tamadun lain seperti

Tamadun Parsi, Tamadun India, Tamadun Yunani, Tamadun Mesir dan Tamadun

Romawi. Orang Arab sendiri pun telah ada satu bentuk tamadun yang tidak

kurang majunya. Tamadun-tamadun ini banyak sekali mempengaruhi Tamadun

Islam yang baru lahir.

1.2 Konsep Tamadun Barat

Kebudayaan Barat adalah cara hidup Baral yang tidak tunduk kepada peraturan-

peraturan tertentu yang berbentuk kitab yang diturunkan daripada langit dalam

bentuknya yang asli dan murni. Walaupun orang Barat menganut agama Kristian

tetapi kitab Injil dalam bentuknya yang asli dan murni sudah tidak kedapatan lagi

Page 12: NOTA CTU151 UiTM

12

pada hari ini. Pada mereka pelaksanaan agama Kristian dalam masyarakat sudah

jauh menyeleweng daripada kehendak-kehendak agama Kristian yang sebenarnya.

Oleh itu, hingga dalam hal-hal agama yang berbentuk dasar pun terdapat

perubahan-perubahan yang telah disesuaikan dengan apa yang terdapat dalam

kebudayaan mereka seperti yang pernah digariskan oleh Edward Burnett Taylor,

ahli antropologi Inggeris tentang kebudayaan. Menurut beliau, keseluruhan yang

kompleks di dalam terkandung ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral,

undang-undang, dan adat istiadat.

Di sini ternyata Edward Burnett Taylor telah memasukkan "kepercayaan" sebagai

teras agama adalah sebagai satu daripada ciri-ciri kebudayaan yang menerima

perubahan. Berbeza dengan kebudayaan Islam yang dibentuk oleh kepercayaan,

yang bererti bahawa lahirnya kebudayaan merupakan hasil daripada agama itu

sendiri.

Begitu juga dengan tamadun Barat yang timbul daripada kebudayaan Barat yang

telah memasukkan agama itu sebagai satu ciri tamadun seperti yang didefinisikan

oleh Arnold J. Toynbee menurut beliau bahawa tamadun itu secara langsung

memberi gambaran kepada fikiran kita tentang perkara yang berikut: iaitu Agama,

Senibina, Senilukis, Akhlak dan Adat Istiadat. Manakala Tamadun Islam adalah

satu ciri yang timbul daripada keadaan kehidupan manusia (insan) yang digelar

masyarakat Islam yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan

yang dipandu oleh kepercayaan agama Islam itu sendiri. (Abdul Rahman Nawas,

dll. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Pustaka haji Abdul Majid)

Page 13: NOTA CTU151 UiTM

13

1.3 Nilai-Nilai Universal Dalam Tamadun

Nilai-nilai universal ini memperlihatkan wujudnya persamaan antara Tamadun

Islam dengan tamadun dunia yang lain. Ini bermakna, Tamadun Islam itu

bukanlah sesuatu yang terlalu terasing daripada ruang lingkup ketamadunan

manusia. Hal ini berlaku kerana Tamadun Islam turut mengandungi beberapa ciri

yang terdapat pada tamadun-tamadun lain dan menjelaskan betapa Tamadun

Islam tetap mementingkan beberapa ciri yang bersifat material tersebut namun

diseimbangkan dengan ciri khusus yang menekankan aspek ruhaniah. Oleh yang

demikian, sebagaimana kelaziman dalam melihat sesuatu tamadun, beberapa

aspek yang disifatkan sebagai material dengan makna yang luas itu boleh dilihat

dalam Tamadun Islam. Misalnya, dalam aspek urbanisasi, revolusi pertanian,

pembentukan sistem pemerintahan dan pentadbiran, perkembangan perdagangan

dan sebagainya. Dalam sejarah manusia, tamadun sering sahaja dilihat sebagai

satu pencapaian tinggi yang mampu dicapai oleh sesuatu bangsa. Berdasarkan hal

ini, maka telah wujud beberapa tamadun besar seperti Tamadun Lembah Indus,

Tamadun Hwang Ho, Tamadun Mesir, Tamadun Greek, Tamadun Rom dan

sebagainya. Kewujudan keseluruhan tamadun ini sebenarnya sangat bergantung

kepada kebolehan bangsa pembentuk tamadun tersebut untuk memenuhi beberapa

kriteria umum yang telah diletakkan oleh kalangan sarjana yang mendalami aspek

ini dan sering kali kriteria ini diguna pakai dan menjadi garisan dalam melihat

pembelajaran tamadun.

Antara ciri terpenting yang mendasari tamadun universal ini ialah amalan

beragama, pembandaran, pengkhususan pekerjaan, inovasi teknologi dan

penulisan. Edward L. Farmer dalam bukunya, 'Comparative History of

Civilization in Asia', misalnya menegaskan bahawa sesuatu tamadun itu dapat

ditentukan kewujudannya berdasarkan beberapa ciri, iaitu revolusi pertanian,

penempatan kekal, stratifikasi sosial, amalan beragama, urbanisasi, pengkhususan

Page 14: NOTA CTU151 UiTM

14

pekerjaan, inovasi teknologi dan pengenalan sistem tulisan. M.A.J. Beg pula

melihat aspek sejagat dalam tamadun ialah 'penyebaran teknologi pertanian dan

penternakan yang mengubah tradisi kehidupan nomad dan membolehkan

pembentukan satu sosiobudaya masyarakat yang baru, pengkhususan dalam

masyarakat, revolusi dalam perbandaran yang menekankan aspek kemunculan

bandar dan negeri, stratifikasi sosial, kewujudan sistem pengairan, teknologi

tembaga dan besi serta sistem penulisan'. Sarjana lain pula menekankan salah satu

ciri sebagai lebih penting daripada ciri yang lain. Misalnya, Edward Taylor

menyatakan bahawa tamadun itu sangat mempunyai ikatan kuat dengan

kewujudan sistem tulisan. Kalangan sarjana yang memberi penekanan besar

terhadap aspek penulisan ini selanjutnya menyatakan bahawa, 'civilization cannot

exist without a system of writing and a system of writing can not exist except in a

civilization'.

Terdapat juga sarjana yang melihat aspek urbanisasi sebagai aspek terpenting

dalam melihat sesebuah tamadun. Secara terperinci ada antara sarjana yang

meletakkan bahawa sesebuah bandar harus mempunyai lebih daripada 5,000

orang penduduk, mempunyai satu sistem tulisan dan mempunyai monumen-

monumen keagamaan yang penting. Penyokong pandangan ini melihat bahawa

kewujudan bandar dan monumen-monumen ini memperjelas satu pencapaian

yang tinggi dalam tamadun tersebut. Meskipun demikian, istilah yang digunakan

bagi merujuk kepada revolusi pembandaran itu haruslah diberikan penjelasan

yang lebih terperinci. Antara sarjana yang memperincikan konsep urban

revolution ini ialah V. Gordon Childe dan telah menjelaskan bahawa terdapat

beberapa aspek penting yang harus dilihat dalam perkara ini, iaitu perkembangan

penduduk yang ekstensif, organisasi masyarakat yang tersusun termasuklah

pembahagian yangjelas kepada kelas buruh, lebihan dalam pengeluaran,

kewujudan monumen-monumen khusus untuk pembesar dan pemerintah, hierarki

Page 15: NOTA CTU151 UiTM

15

sosial yang ketara, penemuan dan pengamalan sistem penulisan, perkembangan

sains dan teknologi, perkembangan aspek kesenian dan perdagangan. Kesemua

kriteria ini diwujudkan sebenarnya untuk memisahkan antara masyarakat dan

pencapaian yang telah berjaya dilakukan oleh sesuatu bangsa tersebut.

Tamadun Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. secara jelas turut

menjadikan ciri-ciri tamadun sejagat ini sebagai satu kriteria yang penting.

Malahan dalam keseluruhan Tamadun Islam sama ada di Tanah Arab mahupun di

kawasan lain termasuklah di Asia Tengah, Asia Selatan, Eropah, Asia Timur

mahupun di Asia Tenggara, ciri-ciri ini dapat dilihat dan dikesan dengan mudah.

Malahan dipandang dari sudut Tamadun Islam, perkataan tamadun yang

mempunyai beberapa terminologi lain seperti madaniyah, hadarah, umran dan

tamaddun itu mempunyai pertalian yang erat dengan aspek perbandaran yang

menjadi antara aspek yang boleh dilihat dalam mana-mana tamadun dunia.

Secara umum pembandaran merupakan proses kehidupan bandar atau perkara-

perkara yang berkaitan dengan bandar dan kehidupan di bandar. Malah terdapat

sarjana yang menyatakan bahawa kehidupan bandar ini mempunyai ciri-ciri

kemakmuran dan tamadun yang berbeza dengan kehidupan di kawasan luar

bandar yang lebih bersifat sederhana, statik dan primitif.

Ibn Khaldun dalam karya unggulnya, iaitu Mukadimah, misalnya menggunakan

terminologi umran sebagai kata ganti bagi tamadun dan menyatakan, 'peradaban

(‘umran), maksudnya ialah manusia harus menghuni di suatu tempat yang umum

dan sama-sama tinggal di kota-kota dan di perkampungan untuk keselesaan

beramah-tamah serta memenuhi keperluan kepuasan manusia, sesuai dengan sifat

semula jadi manusia yang perlu bantu-membantu demi mencapai suatu taraf hidup

(yang baik)...'. Ibn Khaldun menggunakan perkataan ini setiap kali merujuk

Page 16: NOTA CTU151 UiTM

16

kepada masyarakat bandar atau negeri yang dibuka dan diduduki oleh pemerintah-

pemerintah Islam. Selain itu, Ibn Khaldun juga menggunakan perkataan hadharah

yang dikatakan oleh E.W. Lane sebagai, 'A region, district or tract of cities or

town or villages and of cultivated land'. Perkataan tamadun atau tamaddun yang

berasal daripada kata Madana pula bermakna membina atau membangunkan

bandar. Berdasarkan terminologi-terminologi ini, adalah jelas bahawa dalam

melihat Tamadun Islam, aspek-aspek yang disenaraikan sebagai aspek sejagat itu

juga berdiri sebagai aspek yang harus diberikan perhatian terutamanya aspek

urbanisasi. Ini kerana adalah menjadi satu realiti sejarah bahawa masyarakat

Islam dikenali sebagai masyarakat bandar dan perkara ini sangat jelas berlaku

dalam melihat perkembangan Islam di benua kecil India.

Penumpuan masyarakat Islam di kawasan-kawasan bandar dan pelabuhan berkait

rapat dengan peranan kalangan saudagar Islam hingga menyebabkan bandar-

bandar pelabuhan seperti Dibul dan Makran di Sind, Cambay, Lothal dan lain-lain

menjadi tumpuan masyarakat Islam sejak abad ke-9 dan ke-10 Masihi. Berikutan

daripada penumpuan inilah, Islam kemudiannya berkembang dan merebak ke

benua kecil India.

Jurzi Zaydan yang dianggap pelopor kepada penggunaan perkataan tamadun

dalam karyanya yang terkenal, iaitu Tamaddun al-Islami atau Sejarah Tamadun

Islam memberikan perhatian kepada beberapa aspek dalam pembentukan

Tamadun Islam, iaitu pemerintahan Islam termasuklah sistem pentadbirannya,

bandar-bandar Islam, stratifikasi sosial, perkembangan ilmu sains dan pendidikan,

bangunan-bangunan yang mempunyai ciri Islam dan kesenian Islam sama ada

muzik (musiqa) serta nyanyian atau qhina.

Page 17: NOTA CTU151 UiTM

17

Aspek urbanisasi atau pembangunan bandar dilihat menjadi antara aspek penting

yang diberi penekanan khusus dalam melihat keseluruhan perkembangan

Tamadun Islam. Al-Quran sendiri telah menyebutkan perkataan Madinah yang

bermakna bandar sebanyak beberapa kali sementara kata jamak bagi Madinah,

iaitu mada'in turut disebut sebanyak tiga kali. Menurut Ahmad Zaki Hj. Abd.

Latiff dalam buku “Perbandaran di Timur Tengah: Kesanya Terhadap

masyarakat Islam” mengatakan, sebutan sebanyak 13 kali daripada istilah

Madinah di dalam al-Quran menggambarkan beberapa bandar purba yang telah

wujud sejak zaman nabi-nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad s.a.w. ,

misalnya bandar Memphis yang menjadi pusat pemerintahan Firaun, bandar Hijr,

bandar Antioch atau Antokiyyah, kota Aikah dan sebagainya. Disebutkan juga di

dalam al-Quran perihal kota Yathrib, iaitu nama lama bagi Madinah dan kota

Makkah.

Pembangunan dan pertumbuhan bandar telah diterima oleh kebanyakan sarjana

sebagai ramuan utama dalam melihat kelahiran Tamadun Islam. Ini menjelaskan

betapa eratnya hubungan antara Tamadun Islam dengan aspek perbandaran.

Dalam masa yang sama juga pembandaran telah dilihat sebagai antara penanda

mudah dalam melihat sesuatu masyarakat itu telah mencapai tahap tamadun atau

sebaliknya. Ira P. Lapidus menyatakan 'The study of tradisional Muslim cities

touches on all aspects of Islamic civilization'. Malah kemunculan Islam di kota

Makkah sebelum berkembang dan bertapak kukuh di Madinah membuktikan

kenyataan bahawa Islam lahir dalam persekitaran bandar. Kota Makkah telah

dikenali sejak zaman pra-Islam sebagai pusat perdagangan kabilah yang penting

di Timur Tengah. Malah kepentingan dan kemasyhuran kota Makkah telah

sampai hingga ke pengetahuan pedagang-pedagang Greek. Kota ini pada asalnya

merupakan sebuah wadi yang menjadi kawasan laluan perdagangan antara

kawasan Mediterranean dengan Tanah Arab, Afrika dan Asia Selatan. Ia terletak

Page 18: NOTA CTU151 UiTM

18

di antara Ma'rib di selatan dengan Petra di utara. Ptolemy menamakan kota ini

sebagai Macoraba. Selain sebagai pusat perdagangan, Makkah menjadi pusat

keagamaan apabila patung-patung tertentu diletakkan di sekeliling Kaabah dan

sering dikunjungi oleh masyarakat Arab. Kedua-dua faktor inilah, iaitu pusat

perdagangan kabilah dan keagamaan menjadikan Makkah muncul sebagai kota

penting. W.M. Watt misalnya, menyatakan,

'The first Muslims were not bedouin actually living in the desert,

but men from the commercial centre of Mecca and the agricultural

oasis of'Medina...,'.

Kewujudan kota-kota Islam ini mula menjadi penting sepanjang sejarah

penyebarannya. Kota Madinah menjadi kota penting dalam perkembangan

Tamadun Islam malah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun pertama

hijrah (622-23 Masihi) merupakan turning-point kepada sejarah Islam. Kota

Madinah telah dilengkapi dengan segala keperluan dan kemudahan bagi

masyarakat Islam melaksanakan ajaran agama dan melaksanakan kehidupan

harian mereka. Ini termasuklah mendirikan masjid al-Nabawi dan menyusun

petempatan penduduk berasaskan kepada suku-suku yang ada di kota tersebut.

Asas ini kemudiannya diikuti dalam mewujudkan bandar-bandar baru di Timur

Tengah kemudiannya. Misalnya, dalam perancangan bandar Basrah, Kufah,

Wasit, Fustat dan Qayrawan turut mempunyai bentuk yang sama dengan Madinah

di mana masjid menjadi pusat bandar dan dikelilingi oleh kawasan-kawasan

petempatan. Masjid yang terletak di pusat bandar bertindak sebagai 'pusat

spiritual' sementara subjek-subjek di sekelilingnya seperti bazar, kawasan

petempatan dan sebagainya menjadi lambang kehidupan dunia. Kedudukan yang

berdekatan memberi makna bahawa keseimbangan antara kepentingan dunia

dengan akhirat itu menjadi teras dalam kehidupan masyarakat Islam dan

seterusnya teras Tamadun Islam. Pasar atau bazar yang didirikan di persekitaran

Page 19: NOTA CTU151 UiTM

19

masjid menjadi pusat penting dalam perkembangan ekonomi dan perniagaan

dalam Tamadun Islam. Sewaktu pemerintahan Islam di India, bazar yang

mempunyai harga tetap dan pasar-pasar kecil yang dikenali sebagai qasbah

menjadi 'landmarks' yang penting serta ia diwujudkan di seluruh utara India.

Lebih penting lagi, kemunculan bandar-bandar Islam ini telah berjaya

mengembangkan sinar Islam ke daerah-daerah sekitar termasuklah kawasan-

kawasan pedalaman yang masyarakatnya mempunyai ikatan tertentu sama ada

ekonomi dan sebagainya dengan kawasan bandar. Tanpa kehadiran bandar-bandar

seperti ini akan menyebabkan Tamadun Islam itu berada dalam keadaan jumud

dan tidak berkembang. Ibn Khaldun misalnya, menyatakan bahawa bandar-bandar

merupakan kawasan petempatan dan kawasan perlindungan masyarakat.

Segala kemudahan di bandar akan membantu masyarakat tersebut mencapai

keselesaan dan membantu kepada pencapaian-pencapaian cemerlang masyarakat.

Dilihat dari sudut ini, kepentingan bandar itu adalah sangat penting bagi

masyarakat yang bertamadun dan segala keperluan dalam kehidupan masyarakat

tersebut mampu disalurkan oleh bandar tersebut. Al-Bustani mengatakan bahawa

orang yang bertamadun ialah orang yang tinggal menetap di bandar yang sudah

tentu kehidupannya berbeza dengan masyarakat yang hidup secara berpindah

randah atau al-Badawah.

Ini bermakna bahawa banar dalam Tamadun Islam merupakan pusat perubahan

yang menjadi pemangkin kepada pencapaian-pencapaian cemerlang dalam

tamadun tersebut. Besim Salim Hakim menyatakan bahawa bandar-bandar Islam

dapat dikenali kerana ia dilengkapi dengan segala kemudahan termasuklah

beberapa elemen asas, iaitu masjid, kawasan petempatan pemerintah, qasbah atau

kota berkubu, rabad atau pinggir kota, sur atau dinding kota, bab atau pintu kota,

Page 20: NOTA CTU151 UiTM

20

burj atau kubu pertahanan, shari' atau toriq nafiq, iaitu jalan raya, bataha atau

tempat awam, musalla atau tempat solat, maqbarah atau kawasan perkuburan,

khazzan atau tempat menyimpan air, khandaq atau parit yang mengelilingi kota

dan muhalla atau kawasan petempatan penduduk.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. , secara umumnya Islam telah

berkembang dengan pesat ke seluruh jazirah Tanah Arab. Di setiap sudut

perkembangan Islam, bandar-bandar baru telah diwujudkan seperti Baghdad dan

Samarra atau dikembangkan berdasarkan bandar yang telah sedia ada seperti

Damascus. Malahan sepanjang pemerintahan kerajaan Abbasiah dan Umayyah,

bandar-bandar ini bukan sahaja menjadi pusat pentadbiran malah turut

berkembang sebagai pusat perkembangan Tamadun Islam secara keseluruhannya.

Bandar Kufah misalnya, bukan sahaja penting sebagai ibu negara sejak zaman

Saidina Ali bin Abi Talib malah turut bertindak sebagai pusat perkembangan ilmu

dan kebudayaan Islam. Terdapat juga bandar-bandar yang mempunyai

kepentingan strategik dan ketenteraan seperti bandar Qairawan di Tunisia yang

dibina pada tahun 607 Masihi dan bandar Fustat di Mesir yang dibina pada tahun

642 Masihi oleh Amr ibn al-As. Bandar ini dikelilingi oleh tembok untuk tujuan

pertahanan dan melindungi penghuninya daripada ancaman ribut pasir.

Berdasarkan kepada hakikat ini, kewujudan sesebuah bandar dalam Tamadun

Islam bukan sekadar melambangkan sifatnya sebagai masyarakat urban itu

dikekalkan malah ia mempunyai kepentingan dan peranan yang cukup besar.

Bandar-bandar ini bertanggungjawab sebagai pusat pentadbiran, pusat

pengembangan ilmu pengetahuan, pusat perkembangan kebudayaan Islam, pusat

ekonomi dan penumpuan masyarakat. Kota Baghdad mula dibina pada tahun 146

Hijrah atau 763 Masihi dan siap pada tahun 149 Hijrah atau 766 Masihi dan

menjadi ibu kota bagi pemerintahan Islam Abbasiah yang menggunakan lebih

Page 21: NOTA CTU151 UiTM

21

daripada 100,000 orang tenaga buruh bagi menyiapkannya. Kota ini dibina di

kawasan seluas 7,000 hektar dan dilengkapi dengan tembok-tembok kukuh

sebagai pertahanan daripada serangan musuh. Ia juga mempunyai sistem

petempatan penduduk yang teratur dan disusun di sekitar Masjid al-Jami' yang

menjadi pusat bagi kota Baghdad.

Bagi pemerintahan Islam Umayyah pula, kota Damascus telah dijadikan ibu kota

pemerintahan mereka. Kota ini dilengkapi dengan istana yang dikenali sebagai

Qubbat al-Khandra atau Istana Berkubah Hijau, rumah-rumah pembesar yang

dikenali sebagai dar-al-imarah, masjid besar yang dikenali sebagai Jami'' al-

Umawi telah dibina pada zaman pemerintahan al-Walid ibn Malik antara 705-715

Masihi yang menjadi simbol penggabungan kepakaran dan kesenian Arab serta

Byzantine.

Dalam melihat sejarah perkembangan Islam, salah satu perkara asas yang sering

sahaja diberi perhatian ialah peranan kalangan saudagar dan pedagang. Aktiviti

perdagangan mereka telah membolehkan agama Islam disebarkan hingga

menjangkau kawasan-kawasan di luar jazirah TanahArab. Hubungan perdagangan

antara pedagang-pedagang Islam dengan pelabuhan-pelabuhan di India, Asia

Tenggara dan di Negara China membuktikan hakikat ini. Malah beberapa

pelabuhan yang sering didatangi oleh pedagang-pedagang India kemudiannya

menjadi pusat kepada perkembangan Tamadun Islam di kawasan tersebut,

misalnya Canton di Negara China, Melaka dan pelabuhan Malabar serta Bengal di

India.

Secara umum, pedagang-pedagang Islam memberi tumpuan kepada kota-kota

pelabuhan yang telah sedia wujud. Pengaruh mereka yang semakin mendalam dan

usaha penyebaran Islam menyebabkan Islam kemudiannya mampu menarik

Page 22: NOTA CTU151 UiTM

22

perhatian masyarakat tempatan hingga membolehkan ia muncul sebagai kuasa

yang penting. Secara beransur-ansur mereka diberi kepercayaan untuk terbabit

dalam pentadbiran kerajaan. Ini bermakna sebagai sebuah tamadun yang

berkembang dalam persekitaran bandar ia akan menarik minat masyarakat di

kawasan tersebut. Dengan kata lain, Islam berkembang dari kawasan bandar

sebelum tersebar ke kawasan-kawasan luar bandar. Kepentingan bandar sebagai

medium penyebaran Islam yang penting telah menyebabkan pemerintah-

pemerintah Islam di India mendirikan kota-kota tertentu.

Zaman Mughal merupakan zaman gemilang dalam Tamadun Islam di India malah

penumpuan terhadap penubuhan bandar sangat jelas kelihatan pada masa itu.

Pemerintah Mughal terutamanya Akhbar (1556-1605) dan Shah Jahan (1628-58)

merupakan pemimpin yang mempunyai tanggungjawab besar dalam

mengembangkan aspek ini. Perkembangan dan kewujudan bandar-bandar baru

semasa zaman Mughal ini mempunyai perkaitan rapat dengan beberapa

pencapaian tamadun yang lain termasuklah aspek seni bina, perancangan bandar

dan perkembangan ekonomi.

Bandar-bandar seperti Shahjahanbad atau dikenali juga sebagai Delhi Lama,

Agra, Fatehpur Sikri dan sebagainya melambangkan pencapaian gemilang

Tamadun Islam di India. Bandar Shahjahanbad didirikan di kawasan seluas 5,000

hektar dan semasa zaman Aurangzeb pada abad ke-17, ia mempunyai 60,000

orang penduduk. Kota ini menjadi begitu penting malah terdapat pepatah lama

yang menyebut, 'He who rules Delhi, rules India'. Kota ini dibina dengan lengkap

sebagai pusat pemerintahan, ekonomi dan kebudayaan zaman Mughal.

Shah Jahan telah membina masjid Jamik pada tahun 1644. Ia terletak di tengah-

tengah bandar ini. Bentuk dan reka corak yang menghiasi masjid ini

Page 23: NOTA CTU151 UiTM

23

melambangkan kewujudan sebuah tamadun yang cemerlang. Fatehpur Sikri pula

merupakan bandar yang didirikan oleh Maharaja Akhbar dan dimulakan

pembinaannya pada tahun 1569. Ia hanya siap pada tahun 1574. Sebuah masjid

juga didirikan di tengah-tengah bandar ini. Walau bagaimanapun, bandar ini

kemudiannya ditinggalkan oleh Akhbar pada tahun 1585 kerana berbagai-bagai

masalah termasuklah bekalan air dan cuaca yang dikatakan terlalu panas.

Aspek perbandaran ini turut menjadi perkara penting dalam melihat kewujudan

Tamadun Islam di Asia Tenggara. Sebenarnya sejarah pembangunan bandar di

Asia Tenggara telah pun berlaku sejak zaman pra-Islam lagi. Kehadiran Islam

turut mengikuti corak yang telah sedia ada tersebut, namun dengan semangat yang

berbeza, iaitu lebih kepada roh dan semangat Islam. Ini semua dapat dilihat dalam

pembangunan bandar-bandar seperti Melaka yang dianggap sebagai bandar

Melayu pertama menjadi bandar Islam di Semenanjung Malaysia, Demak, Acheh,

Brunei dan sebagainya. Kebesaran dan kepentingan bandar Melaka dapat dilihat

berdasarkan ungkapan Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental yang

menyatakan bahawa masyarakat Melaka menggunakan sebanyak 80 bahasa dan

kenyataan ini menggambarkan betapa Melaka merupakan sebuah bandar yang

besar. Malahan Mahayudin Haji Yahaya dalam bukunya “Islam di Alam Melayu”

tanpa ragu-ragu menegaskan bahawa bandar Melaka pada abad ke-16

dikategorikan sebagai sebuah bandar metropolitan kerana jumlah penduduknya

yang besar dan dianggarkan jumlah penduduk Melaka mencapai 90,000 orang

pada tahun 1511.

Salah satu ciri universal dalam melihat tamadun ialah perkembangan dalam

bidang ekonomi. Sektor pertanian mengalami revolusi yang tidak pernah berlaku

sebelumnya dalam masyarakat tersebut. Ini diikuti dengan berbagai-bagai sektor

perekonomian yang lain termasuklah perdagangan, penternakan dan sebagainya.

Page 24: NOTA CTU151 UiTM

24

Revolusi pertanian dalam masyarakat yang bertamadun menandakan berakhirnya

aktiviti secara nomad dan kini bertumpu kepada pertanian secara menetap.

Usaha pertanian secara menetap ini memungkinkan perubahan dan inovasi dapat

dilakukan bagi memajukan bidang pertanian. Keadaan ini sebenarnya tidak jauh

berbeza dengan aspek perbandaran. Ini kerana masyarakat bandar akan

mempunyai kesempatan melakukan berbagai-bagai rupa bentuk inovasi dan

perubahan dalam aktiviti mereka berbanding dengan masyarakat yang hidup

secara nomad. Sektor pertanian dilihat menjadi asas penting dalam kehidupan

sesuatu tamadun kerana ia menjadi sumber asas kepada pembekalan makanan

penduduk. Tanpa keperluan asas ini, adalah amat sukar untuk sesuatu masyarakat

mencapai kejayaan-kejayaan lain dalam kehidupan mereka.

Menyedari kepentingan inilah, Ibn Khaldun, misalnya mengatakan bahawa sektor

ini menjadi syarat kepada keberlangsungan tamadun. Perkembangan Tamadun

Islam yang melewati rantau jazirah Tanah Arab hingga ke Eropah, Afrika dan

Asia secara langsung turut menyebarkan elemen-elemen dalam Tamadun Islam.

Asas Tamadun Islam yang dibawa dari Timur Tengah itu telah disesuaikan pula

dengan beberapa keadaan tempatan. Ini dapat dilihat dalam aspek perkembangan

pertanian sebagaimana yang berlaku diAndalus (Sepanyol).

Meskipun sebelum kedatangan Islam ke Andalus, aktiviti pertanian telah

berlangsung namun ia menjadi begitu pesat sewaktu zaman pemerintahan Islam.

Antara kawasan pertanian yang penting ialah Saragossa, Malaga, Lorca dan

sebagainya. Masyarakat keturunan Arab yang datang ke Andalusia sejajar dengan

perkembangan Islam dikatakan sebagai kalangan yang rajin mengerjakan tanah

mereka. Malahan mereka dianggap sebagai pakar dalam bidang pertanian dan

menjalankan aktiviti ini dengan menggunakan teknologi moden dan saintifik.

Page 25: NOTA CTU151 UiTM

25

Antaranya termasuklah menggunakan alatan baru untuk meratakan kawasan

tinggi dan menggunakan baja untuk menambahkan kesuburan tanah.

Salah satu perkara yang dipentingkan dalam menjalankan aktiviti pertanian ini di

Andalus ialah penggunaan sistem pengairan yang moden dan sistematik.

Menyedari hakikat bahawa Andalus mengalami masalah bekalan air, maka

berbagai-bagai teknik untuk mengairi kawasan pertanian telah dilakukan

termasuklah dengan menggunakan perigi yang digali atau menggunakan air

sungai. Sebelum perigi dapat digali, kajian topografi dalam menentukan

kesesuaian kawasan dilakukan. Untuk menimba air dari perigi, orang-orang Islam

menggunakan sebuah roda air yang berasal dari Parsi dan dikenali sebagai

Na'urah. Selain perigi, terusan air juga dibina dan ia bukan sahaja untuk keperluan

pertanian malah turut membekalkan air ke bandar-bandar diAndalus.

Penekanan Tamadun Islam dalam aspek pertanian ini turut dicerminkan melalui

pengetahuan masyarakat Islam Andalus mengenai teknik mengawetkan makanan.

Buah-buahan seperti anggur, ceri dan sebagainya boleh disimpan selama beberapa

tahun tanpa kehilangan rasanya malah Ibn al-Awwam, iaitu seorang ahli botani

telah menulis mengenai cara-cara mengawet jagung, buah-buahan dan minyak

zaitun. Kehadiran Islam turut membawa beberapa jenis tanaman yang sebelumnya

tidak ditanam oleh petani-petani di Andalus. Antaranya termasuklah padi atau

dalam bahasaArab dikenali sebagai aruzz yang mula ditanam di Andalus pada

abad ke-10, buah delima atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai rumman, limau

yang dibawa dari India, pisang yang dibawa pada abad ke-10 dan kunyit yang

disebut sebagai azfran dalam bahasa Andalus.

Gabungan antara kekayaan tanah pertanian, perdagangan dan sektor

perekonomian yang lain menjadi asas kepada kekuatan Tamadun Islam.

Page 26: NOTA CTU151 UiTM

26

Pemerintahan Abbasiah, misalnya telah berusaha untuk mewujudkan satu

persekitaran yang mantap di daerah-daerah terpencil agar bidang pertanian

menjadi makmur dan secara langsung turut memakmurkan kerajaan serta

Tamadun Islam keseluruhannya. Aspek pertanian sangat dibantu oleh pembinaan

tali air terutama di kawasan-kawasan yang mengalami masalah kekurangan air.

Sistem pemilikan tanah yang berkembang pada akhir abad ke-10 terdiri daripada

empat jenis hartanah, iaitu hartanah yang dimiliki oleh pemerintah, tanah

anugerah yang juga disebut sebagai iqta dalam bahasaArab, tanah persendirian

dan tanah untuk tujuan keagamaan atau waqf atau habus. Dalam melihat

perkembangan sektor pertanian dan kepenggunaan tanah, maka institusi waqf

harus diberi perhatian yang mendalam. Institusi ini memainkan peranan yang

sangat penting dalam Tamadun Islam. Tanah jenis ini menjadi asas kepada

pembinaan masjid, sekolah, hospital dan sebagainya. Kepentingan tanah wakaf

dalam sistem ekonomi Islam dapat diperjelaskan seperti berikut: Kita (Islam)

sebenarnya mempunyai satu sumber harta yang amat berpotensi, dan sekiranya

dirancang dan dibangunkan secara teliti dan ikhlas, mampu menyelesaikan atau

sekurang-kurangnya mengurangkan permasalahan sosioekonomi dan

pembangunan ummah, selaras dengan tuntutan-tuntutan agama Islam yang maha

suci.

Selain sektor pertanian, sesuatu tamadun itu turut ditentukan garisnya berdasarkan

aktiviti komersil terutamanya perdagangan. Pedagang-pedagang Islam

menjalankan aktiviti mereka meliputi kawasan Asia Barat, Eropah dan Asia.

Antara barangan yang diperdagangkan termasuklah kain, barangan besi, tembikar,

permaidani, minyak wangi dan barangan kulit. Pasar atau bazar menjadi pusat

penjualan yang penting di mana bangunan-bangunan kedai atau wikala didirikan

untuk memudahkan urusan tersebut. Satu sistem yang teratur dilakukan agar

segala urusan jual-beli dapat dilakukan dengan lancar. Setiap barangan

Page 27: NOTA CTU151 UiTM

27

didaftarkan, disimpan dan cukai kastam ditaksir. Tempat tinggal pedagang dari

luar juga disediakan. Lebih penting lagi, sektor perdagangan ini dapat

berkembang pesat kerana kemampuan kerajaan-kerajaan Islam mengawal dan

mendominasi perdagangan lautan dan daratan. Kerajaan Abbasiah, misalnya

dilihat bersifat kedaratan sementara kerajaan Fatimiah dan Mamluk membina

angkatan laut untuk mengawal perdagangan di lautan.

Dalam masa yang sama, struktur ekonomi yang wujud dalam Tamadun Islam mi

"sebenarnya membawa keuntungan bukan sekadar dari sudut perolehan

pendapatan yang dibayangkan melalui wang ringgit, perdagangan dan sebagainya,

malah ia turut memberi keuntungan dari sudut yang lain. Misalnya, dalam aspek

membiayai segala bentuk kemudahan yang ada dalam kerajaan tersebut.

Berlandaskan kepada konsep kebajikan masyarakat menyebabkan orang

perseorangan yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang ekonomi

akan memberikan bantuan untuk pembinaan sekolah, hospital, tempat penginapan

pedagang, aktiviti pengembangan agama dan menyokong kegiatan intelektual

Islam.

Di tinjau dari sudut yang lain, terlihat satu perkaitan yang erat antara

perkembangan ekonomi dengan kepesatan perkembangan bandar. Ini kerana di

kawasan bandar berbagai-bagai aktiviti ekonomi dapat dilaksanakan dengan

berkesan hasil daripada terdapatnya berbagai bentuk peralatan termasuklah alat-

alat pertanian bagi kaum tani memajukan usaha pertanian mereka. Malahan

penduduk luar bandar, misalnya tidak mempunyai mata wang sendiri bagi

keperluan jual beli yang mana kesemua kemudahan ini hanya diperoleh di

kawasan bandar. Walau bagaimanapun, sewaktu perkembangan ekonomi dilihat

begitu menekankan kawasan bandar, kawasan luar bandar tetap mempunyai

peranan yang besar kerana segala kemewahan di bandar tersebut tidak akan dapat

Page 28: NOTA CTU151 UiTM

28

dicapai tanpa adanya daya usaha kaum tani dalam mewujudkan keperluan asasi

kehidupan di bandar.

Perkaitan antara sektor perdagangan dengan perbandaran ini secara jelas dapat

dilihat di Andalus. Bandar-bandar seperti Seville, Tortosa, Toledo dan sebagainya

telah menjadi pusat perdagangan yang penting. Dalam masa yang sama Andalus

menjalin hubungan dagangan dengan Itali, Morocco, Mesir, Yunani, Syria, Afrika

Tengah, India dan Negara China. Dalam menentukan agar aktiviti perdagangan

dapat berjalan dengan keadaan teratur, maka sebuah kawasan yang di kenali

sebagai al-Qaysariyah telah didirikan yang dilengkapi dengan segala kemudahan

termasuklah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan sebarang masalah.

Pasar-pasar yang menjual barangan pula dikenali dengan berbagai-bagai jenis

seperti funduq yang menjual barang-barang harian, alcaiceria atau pasar awam

dan suq atau pasar-pasar kecil. Bagi mengelakkan sebarang penipuan, pemerintah

Islam di Andalus telah mewujudkan institusi yang dikenali sebagai muhtasib. Ia

bertanggungjawab menentukan harga bagi setiap barangan dan sistem ini

diteruskan setelah zaman kekuasaan Islam berakhir di Andalus.

Penyusunan sistem ekonomi Islam yang menjadi antara pengisi penting dalam

keseluruhan Tamadun Islam itu turut dipaparkan melalui kewujudan Baitulmal

yang bertindak sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan pendapatan negara.

Meskipun institusi ini telah wujud sejak zaman awal kemunculan Islam, namun

kerana belanjawan negara sewaktu itu lebih bersifat sederhana dan tidak rumit

pengurusannya, maka kepentingannya adalah minimum. Kedudukan Baitulmal

dalam konteks perkembangan ekonomi Islam berubah semasa zaman Umar ibnu

al-Khattab menjadi khalifah. Perubahan ini berlaku kerana perkembangan Islam

yang pesat hingga berbagai-bagai masalah pentadbiran mula menjelma dan

memerlukan satu sistem yang lebih tersusun. Maka, sebuah dewan atau jabatan

Page 29: NOTA CTU151 UiTM

29

perbendaharaan diputuskan bagi mengawal urusan pentadbiran ke atas segala

harta kerajaan dan secara rasmi kemudiannya dikenali sebagai Baitulmal. Ini

bermakna Umar ibnu al-Khattab telah bertanggungjawab meletakkan asas

penyelarasan pentadbiran dan penggunaan harta awam.

Perkembangan Islam kemudiannya membolehkan institusi ini turut berkembang.

Institusi ini diperkukuhkan pada zaman al-Mahdi semasa pemerintahan Abbasiah,

sebuah jabatan baru, iaitu Jabatan Akauntan Negara atau al-Zimam ditubuhkan

dengan tujuan mengawal akaun setiap jabatan mengenai basil pendapatan dan

perbelanjaan negara. Struktur yang sebegini diikuti oleh pemerintah-pemerintah

Islam kemudiannya. Berdasarkan perkara ini, Tamadun Islam sangat

menitikberatkan soal ekonomi dan kewangan. Bukan sekadar aktiviti pertanian

dan perdagangan dipentingkan malahan aspek dalaman sesuatu ekonomi itu turut

diambil kira termasuklah soal pembahagian harta, kebajikan rakyat dan

sebagainya. Secara jelas kekayaan yang diperoleh oleh sesuatu pemerintahan

dalam keseluruhan Tamadun Islam itu bukan sekadar diperlihatkan dalam aspek-

aspek fizikal seperti pembinaan tali air, pembinaan kapal-kapal dagang, malah

turut membabitkan soal-soal 'dalaman' seperti kebajikan rakyat dan sebagainya.

Hal ini jelas apabila persoalan zakat dibangkitkan kerana antara lain ia bertujuan

untuk menyucikan din dan membantu saudara seagama yang tidak mampu. Ikatan

ukhwah Islamiah inilah yang menjadikan Tamadun Islam itu cukup unik

berbanding tamadun-tamadun lain.

Satu lagi aspek universal yang sering sahaja menjadi penanda kepada kewujudan

tamadun adalah kewujudan satu sistem tulisan yang memancarkan erti bagi

tamadun tersebut. Merujuk kepada tamadun-tamadun lain seperti Tamadun China,

secara jelas dikatakan bahawa ia mempunyai satu sistem tulisan yang tersusun

dan keadaan yang sama dilihat pada Tamadun Mesir, Lembah Indus, Greek, Rom

Page 30: NOTA CTU151 UiTM

30

dan sebagainya. Ciri ini sebenarnya tidak terkecuali dalam Tamadun Islam.

Agama Islam yang bermula di Makkah menjadikan bahasa Arab sebagai medium

utama dan sekali gus menjadikan tulisan Arab sebagai tulisan yang penting dalam

perkembangan Tamadun Islam. Bahasa dan tulisan ini dianggap sebagai bahasa

dan tulisan pilihan sebagaimana yang dibuktikan di dalam al-Quran. Sebenarnya

masyarakat Arab pra-Islam yang menduduki kawasan-kawasan bandar telah pun

mempunyai tradisi membaca' dan menulis. Bagaimanapun ia masih bersifat terhad

dan tidak meluas berbanding tradisi lisan. Pengetahuan ini diperoleh daripada

kewujudan satu sistem pendidikan. Kanak-kanak akan diajar membaca dan

menulis di sekolah-sekolah permulaan. Pada tahap ini, bentuk-bentuk penulisan

masih lagi berasaskan kepada gambar yang melambangkan dan mempunyai

maksud yang tertentu. Asas ini kemudiannya berkembang sejajar dengan

penguasaan kanak-kanak tersebut. Akhirnya menjelang usia remaja, kanak-kanak

ini telah mampu untuk membaca dan menulis dengan baik hingga melahirkan

penghasilan-penghasilan kesusasteraan yang bermutu tinggi.

Sebelum perkembangan agama Islam, tulisan Arab adalah berbentuk persegi atau

dikenali sebagai al-murabba. Kehadiran agama Islam menjadikan bidang

penulisan bahasa Arab berkembang dan tulisan yang dikenali sebagai kufi, mula

menjadi penting. la dimantapkan apabila dijadikan bahasa al-Quran. Malahan

secara keseluruhannya, Tamadun Islam sangat menekankan aspek penulisan dan

pembacaan ini sebagaimana ayat pertama yang diturunkan, iaitu 'iqra' atau

'bacalah'. Oleh sebab peranannya sebagai bahasa al-Quran, maka satu sistem

tulisan yang sistematik telah disusun terutama untuk memudahkan kalangan

bukan Arab menguasai bahasa tersebut. Bagi mencapai matlamat tersebut, maka

diwujudkan tanda-tanda bacaan/bunyi, iaitu fathah, dommah dan kasrah.

Sepanjang Tamadun Islam, terdapat juga beberapa perubahan dalam tulisan ini.

Misalnya, semasa zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, setelah mendapati

Page 31: NOTA CTU151 UiTM

31

bahawa tanda-tanda bacaan/bunyi yang asal dalam bentuk titik masih

menimbulkan masalah kepada kalangan bukan Arab, maka ia ditukar dalam

bentuk garis dan dilengkapkan dengan diletakkan tanda shaddah.

Secara langsung, kedatangan agama Islam telah mengubah tradisi meluas

masyarakat Arab yang sebelumnya begitu menekankan tradisi lisan kepada tradisi

tulisan. Perubahan dan perkembangan ini berlaku begitu pantas, sesuai dengan

perkembangan yang berlaku terhadap Islam itu sendiri. Pada tempoh ini, bahasa

dan tulisan Arab memainkan peranan penting dalam perkembangan Tamadun

Islam. Malah keadaan ini begitu nyata sekali sewaktu zaman Umayyah. Hal ini

berlaku kerana perkembangan dan penyebaran agama Islam turut membawa

bahasa dan tulisan ini bersamanya.

Masyarakat tempatan yang menerima agama Islam akan terdedah kepada aspek

ini terutamanya kerana ia dijadikan bahasa al-Quran. Selain itu, tulisan Arab juga

merupakan sejenis tulisan yang elastik, fleksibel dan berirama sehingga mudah

diterima dan dipelajari oleh masyarakat bukan Arab. Setiap huruf mengandungi

nilai keindahan gaya, estetika yang dapat digubah dengan mudah. Secara

langsung masyarakat di luar Tanah Arab yang baru sahaja memeluk agama Islam

akan terdedah kepada bahasa dan tulisan ini. Masyarakat ini akan

mengasimilasikan gaya bahasa Arab dan mengambil tulisan Arab sebagai tulisan

bahasa sendiri.

Penyesuaian fonetik bahasa dan huruf-huruf Arab dilakukan sebagaimana yang

berlaku di kalangan masyarakat Melayu yang menggunakan tulisan jawi,

masyarakat Islam di India yang menggunakan bahasa dan tulisan Urdu dan Turki

yang telah menggunakan daya cipta masing-masing untuk menghasilkan huruf-

huruf baru mengikut gaya bentuk huruf Arab. Bahasa Arab juga mempunyai

Page 32: NOTA CTU151 UiTM

32

keluasan bidang terutama dari segi asal usul perkataan yang merangkumi semua

aspek yang terdapat di dalam bahasa-bahasa Samiyah yang lain seperti bahasa

Ibrani dan Siryani. Ia juga mempunyai berbagai-bagai jenis perkataan, kata nama,

kata kerja dan pecahannya serta kata-kata lain yang jarang terdapat di dalam

bahasa-bahasa lain di dunia.

Kedatangan agama Islam di alam Melayu, misalnya telah menyebabkan berlaku

transformasi dalam masyarakat yang sebelumnya begitu terikat dengan budaya

Hindu-Buddha-Animisme termasuklah dalam soal tulisan. Masyarakat Melayu

yang memeluk agama Islam telah menerima abjad dan tulisan Arab sebagai

sebahagian daripada anutan agama baru tersebut.

Selain huruf-huruf Arab, ia.itu.jim, 'ayn, fa, kaf dan nun, beberapa huruf baru

telah dicipta bagi menandakan bunyi-bunyi lazim yang ada pada masyarakat

Melayu, iaitu cha, nga, pa, ga dan nya. Berdasarkan kepada hal ini, huruf-huruf

jawi itu boleh mewakili secara total fonem, mofem dan makhraj atau tempat

keluar kalimah-kalimahArab yang sering digunakan dalam bahasa Melayu dan

mampu mengatasi sebarang kesalahan dalam menyebut dan membunyikan

kalimah Arab yang diasimilasikan ke dalam bahasa Melayu tersebut.

Secara langsung juga perkara ini menjelaskan betapa Tamadun Islam bukan

sahaja menekankan aspek bahasa dan tulisan sebagai medium penyebaran

tamadun malah lebih penting lagi ia menjadi asas kepada penciptaan tulisan dan

abjad-abjad baru yang berasaskan kepada abjad dan tulisan Arab sebagaimana

yang berlaku dalam masyarakat Melayu di Asia Tenggara. (Azhar Hj. Mad Aros,

2003).

Page 33: NOTA CTU151 UiTM

33

1.4 Interaksi Antara Tamadun

1.4.1 Pengenalan

Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian dan

keunikan yang tersendiri. Namun demikian, ia tidak bermakna sesebuah tamadun

itu tertutup dan tidak menerima pengaruh luar sebaliknya terdapat interaksi yang

berlaku antara tamadun. Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai,

idea, institusi dan insan. Ia berlaku sepanjang sejarah. Interaksi ini melahirkan

kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses

yang tertentu dan juga dengan pelbagai cara yang berbeza.

Interaksi antara tamadun ini terjadi kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi

dan sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang

lain. Sifat terbuka sesebuah tamadun ini memberi peluang kepada berlakunya

percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut

dalam pelbagai aspek. Hal ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada

menjadi beku dan jumud yang akhirnya boleh meruntuhkannya. Proses interaksi

antara tamadun berlaku disebabkan pelbagai faktor. Interaksi antara tamadun

memberikan dua kesan yang penting, iaitu kesan positif dan kesan negatif.

1.4.2 Kesan Positif

Interaksi antara Tamadun Islam, Yahudi dan Kristian semasa zaman kemunculan

Islam di Tanah Arab telah memberi beberapa kesan positif. Dalam Perlembagaan

Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w., di

Madinah hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain

telah diberi perlindungan.

Mereka telah diberi kebebasan mengamalkan tuntutan agama mereka tanpa

sebarang gangguan baik daripada Nabi Muhammad s.a.w. ataupun umat Islam

Page 34: NOTA CTU151 UiTM

34

yang lain. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman

Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbasiah, Uthmaniah dan kerajaan-kerajaan

Islam di India. Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu

Yahudi dan Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran,

contohnya dalam kerajaan Abbasiah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian

telah memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke

dalam bahasa Arab.

Begitu juga di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual

daripada kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian. Interaksi antara

Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada

kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke Negara China melalui

interaksi ini. Di samping itu, terdapat kemahiran-kemahiran lain yang

diperkembangkan, contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India

telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut

diperkembangkan di Negara China oleh ahli-ahli astronomi India.

Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi

kesusasteraan China. Kesan positif kepada Tamadun India ialah berkembangnya

teknologi membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari Tamadun

China ke dalam Tamadun India. Interaksi antara Tamadun India dengan China

berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

Antara interaksi Tamadun Islam dengan China yang turut memperlihatkan kesan

positif ialah proses interaksi secara aman, iaitu melalui perdagangan. Pedagang-

pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Hasil

daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di Negara

China.

Page 35: NOTA CTU151 UiTM

35

Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-

wanita tempatan. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan

dan Ming, telah muncul beberapa orang tokoh Islam yang memainkan peranan

penting dalam pentadbiran.

Kesan penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam

di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina.

Perkembangan seterusnya menyebabkan munculnya cendekiawan-cendekiawan

Islam tempatan yang mashyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Cendekiawan-

cendekiawan tempatan ini telah mencari keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai

Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan

kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran

Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam

kepada masyarakat Cina. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam tidak

mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang

dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Di samping itu, interaksi ini turut

menemukan senibina Arab-Islam dengan seni bina China, contohnya dalam

bentuk masjid-masjid di China hari ini.

Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan

kesan yang amat ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara

aman, iaitu melalui perdagangan. Namun demikian kedatangan pengaruh Islam di

Asia Tenggara ataupun khususnya ke Kepulauan Melayu dikatakan dari tiga

kawasan yang berbeza, iaitu dariArab dan Parsi, dari India dan Negara China.

Teori-teori ini telah diperbincangkan dengan hangat dan beberapa bukti yang

berkaitan telah dikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi menyokong

Page 36: NOTA CTU151 UiTM

36

pendapat mereka. Namun apa yang lebih penting ialah kesan yang didapati

daripada hubungan ini. Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu

telah melahirkan beberapa kesan positif yang penting.

Kesan yang paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu

serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh,

Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain

lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Ia

juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan

ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positif boleh juga dilihat

pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti

pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan

positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan

kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi

membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu

juga kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan

logam. Di samping itu, terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat Cina

yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan

sebagainya.

Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua

cara, iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman

berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik,

contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara China dengan Kepulauan

Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka.

Page 37: NOTA CTU151 UiTM

37

Manakala hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku semasa

pemerintahan Dinasti Yuan/Monggol (1279-1368 Masihi) yang pernah

menyerang Myanmar (Kemboja) dan Jawa pada abad ke-13 Masihi. Kesan positif

daripada interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada hubungan antara

Tamadun China-Jepun. Jepun telah mendapat faedah yang banyak hasil daripada

hubungan ini. Tamadun China telah menyumbangkan beberapa perkara penting

ke dalam Tamadun Jepun. Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan

tulisan. Agama Buddha dari Negara China telah dikembangkan dalam Tamadun

Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal orang

Jepun, iaitu agama Shinto. Walaupun asimilasi ini berlaku tetapi ia tidak

mengubah identiti ajaran Buddha. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun.

Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian.

Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh

Tamadun China ke Jepun. Tulisan Cina telah menjadi asas kepada pembentukan

tulisan Jepun, iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan Cina telah

memainkan peranan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam

Tamadun Jepun. Di samping dua kesan positif yang penting ini, Tamadun China

turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun,

contohnya upacara minum teh, seni taman, serta struktur pembinaan bandar.

Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun

Jepun. Ajaran Konfusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga

telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun. Manakala, konsep mandat dari

syurga telah memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai

berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu. Interaksi antara Tamadun China

dengan Jepun telah berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China dalam

Tamadun Jepun telah memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.

Page 38: NOTA CTU151 UiTM

38

1.4.3 Kesan Negatif

Adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa interaksi antara tamadun hanya

menghasilkan kesan positif. Sebaliknya interaksi antara tamadun turut

menghasilkan kesan negatif. Di Eropah, misalnya hubungan antara orang-orang

Kristian dengan Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan

daripada hubungan yang tidak baik ini menyebabkan berlakunya pembunuhan

orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan ke-18 Masihi. Perkara ini

berlaku akibat daripada faktor-faktor perbezaan agama, ketidakseimbangan

ekonomi dan sosial. Begitu juga halnya dengan hubungan orang-orang Islam

dengan Kristian dalam Zaman Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah

Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri peperangan ke atas

orang-orang Islam yang dikenali sebagai Perang Salib. Peperangan tersebut telah

mengorbankan ramai penganut Islam dan Yahudi. Peperangan ini turut di-

cetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik.

Di India juga, hubungan antara penganut Islam dengan Hindu sentiasa berada

dalam keadaan tegang. Terdapat peristiwa-peristiwa yang mana orang-orang

Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang

beragama Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut

agama Hindu dan kuil-kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah

Islam. Contohnya, raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan

pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara keagamaan Hindu.

Semasa zaman pemerintahan Moghul, Aurangzeb merupakan raja Moghul yang

bertindak keras terhadap penganut-penganut Hindu. Baginda telah mengharamkan

pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai

Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain lagi.

Page 39: NOTA CTU151 UiTM

39

Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat

melihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke

dalam masyarakat Cina pada zaman pemerintahan Dinasti Han Timur.

Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendekiawan

Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-

sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk

menghalang perkembangan agama tersebut.

Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan

Tamadun China. Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah

pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang

dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam

Abbasiah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara

China. Permusuhan antara orang Islam dengan orang Cina juga dicetuskan oleh

rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan.

Contohnya, pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di tenggara Negara China telah

mewujudkan permusuhan dengan orang Islam kerana iri hati terhadap kemewahan

yang dinikmati oleh orang Islam yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti

perdagangan. Pada tahun-tahun 758 Masihi dan 876 Masihi telah berlaku

pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkan ramai orang Islam dibunuh

dan melarikan diri dari Canton. Pemberontakan pada tahun 876 Masihi bukan

sahaja bersifat anti-Islam tetapi juga anti orang asing. Pemberontakan ini

menyebabkan lebih kurang 120,000 hingga 200,000 orang asing telah dibunuh

termasuk orang Islam.

Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan ramai orang Islam telah

melarikan diri dari Negara China dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di

Palembang dan Kedah. Hubungan orang Islam dengan penduduk tempatan China

Page 40: NOTA CTU151 UiTM

40

turut terjejas semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan

kepada pengukuhan ajaran Konfusianisme. Orang Islam mendapat layanan yang

tidak adil daripada pemerintah Ching. Rasa tidak puas hati penganut-penganut

Islam disokong pula oleh perkembangan pengaruh gerakan Kaum Muda ataupun

Wahabi di kalangan orang Cina Islam. Rasa tidak puas hati orang Islam telah

menyebabkan berlakunya beberapa siri pemberontakan semasa pemerintahan

Dinasti Ching, iaitu Pemberontakan Sinkiang I (1756 Masihi), Pemberontakan

Kansu (1781 Masihi), Pemberontakan Jehangir (1820-27 Masihi), Kebangkitan

Yussof Syamsuddin (1828-31 Masihi), pemberontakan Yunan (1850-68 Masihi),

Pemberontakan Shensi dan Kansu (1862 Masihi) dan Kebangkitan Sinkiang

(1864-77 Masihi). (Azhar Hj. Mad Aros : 2003).

Page 41: NOTA CTU151 UiTM

41

Bab 2

Islam Di Alam Melayu

2.1 Teori Kedatangan Islam Ke Nusantara

Proses Pengislaman

Pada dasarnya proses Islamisasi di Nusantara berlaku dalam dua tahap:

1. Dari abad ke-7 —13 M yang kebanyakannya dijalankan oleh orang-orang

Arab sendiri.

2. Dari abad ke-13 M dan seterusnya yang dijalankan oleh mubaligh-mubaligh

India, Arab dan juga orang-orang tempatan. Tahap ini pula memperlihatkan

beberapa ciri yang menarik:

(i) Pada tahun 1200-1400 M, bidang Fiqhiah yang banyak memainkan

peranannya di kalangan orang-orang Melayu., sedangkan konsep

Tauhid masih kabur. Tahap ini dapat disifatkan sebagai perubahan dari

segi luaran.

(ii) Pada tahun 1400-1700 M, di samping meneruskan proses di atas, aspek

yang banyak memainkan peranannya ialah Ilmu Tasawuf dan Ilmu

kalam, iaitu pentafsiran konsep-konsep Tauhid belaka. Tahap ini

dikatakan telah merobah 'jiwa' orang-orang Melayu.

(iii) Sejak tahun 1700 M dan seterusnya, di samping menyambung tahap-

tahap (i) dan (ii) di atas, tahap inilah bermulanya proses pembaratan

Page 42: NOTA CTU151 UiTM

42

(Westernisation) yang menekankan sikap rasionalisme, individualisme

dan internasionalisme yang sebenarnya yang telah dimulai oleh Islam

dulu.

Beberapa hujah dapat dikemukakan di sini tentang bukti-bukti kedatangan Islam

sejak abad pertama Hijrah lagi. Pertama-tama kita harus merujuk kepada

hubungan negeri Arab dengan China melalui kawasan-kawasan Asia Tenggara

sejak zaman Jahiliah lagi. Bagi Dr. O.W. Wolters, hubungan perdagangan antara

Parsi dengan China telahpun wujud sejak abad ke-3 M, yang akhirnya turut

mempengaruhi sejarah Indonesia Barat. Dikatakan bahawa China sangat

memerlukan barang-barang 'Po-ssu' (Parsi), tetapi dengan tertutupnya jalan

perdagangan darat, barang-barang 'Po-ssu' itu dikeluarkan oleh Indonesia sendiri,

iaitu sekitar abad-abad ke-5 dan 6 M. Pusat baru yang mengeluarkannya ialah

Kan-to-li, iaitu pendahulu kerajaan Srivijaya.

Bagi Marshall Broomhall, perhubungan antara orang-orang Arab dengan China

berlaku pada pertengahan abad ke-5 M., dan baru berpengaruh di zaman Tang

(618-907), hingga dapat mencetuskan pemberontakan pada 758 M.

Bagaimanapun pada 878 M, tercetus suatu pemberontakan petani di Canton

pimpinan Huang Chao yang mengorbankan antara 120,000 hingga 200,000 orang-

orang Islam (Arab dan Parsi).

Bagi mereka yang sempat melarikan diri kemudiannya telah berhijrah ke

Nusantara. Menurut Prof. Wang Gungwu, mulai abad ke-9 M, pedagang-

pedagang Arab telah menguasai perdagangan-perdagangan Nanhai (Asia

Tenggara). Kapal-kapal mereka dikatakan telah belayar dari Oman ke Kedah,

iaitu pelabuhan kerajaan Srivijaya. Sebenarnya sekitar 850 M, Kedah adalah

sebuah pelabuhan yang terpenting bagi kapal-kapal Arab. Ibnu Khuzdazbih

Page 43: NOTA CTU151 UiTM

43

sendiri menyebutkan bahawa pada tahun 846 M terdapat pedagang-pedagang

Arab di Kedah. Hakikat adanya mereka di sini terbukti dengan terjumpanya dua

keping dirham tempaan Baghdad tahun 848 M, iaitu di zaman khalifah Al-

Mutawakkil bin Al-Muktasim.

Wujudnya perhubungan orang-orang Arab dengan kawasan-kawasan Asia

Tenggara sejak abad pertama Hijrah lagi diakui oleh Prof. Thomas Arnold: It

(Islam) may have been carried thither by the Arab traders in the early centuries of

the Hijrah, long before we have any historical notices of such influences being at

work.

Dari apa yang dikemukakan di atas, nyatalah bahawa faktor perdaganganlah yang

membawa orang-orang Arab ke China melalui kawasan Asia Tenggara.

Sungguhpun Asia Tenggara tidak lebih sebagai kawasan lalu lintas perdagangan

sahaja, namun terdapat bukti-bukti yang mereka telah mengadakan penempatan

atau perkampungan di sini sejak permulaan Islam. Misalnya suatu rombongan

sahabat-sahabat Nabi yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah

mengunjungi Riau pada 627 M. Selama lima tahun mereka di sana, baru mereka

pulang ke Madinah, iaitu sebulan setelah wafatnya suatu perkampungan orang-

orang Arab di Sumatera Timur pada 674 M. Ini ditegaskan juga oleh J.C. Van

Leur: It goes without saying that there were also Moslem colonies to be found at

the intermediary stations on the long trade route in Southeast Asia. That there are

allusions to Arab settlements or colonies on the west coast of Sumatra as early as

674 AD.

Hubungan antara orang-orang Arab (Islam) dengan Nusantara menjadi lebih

bermakna di zaman Bani Umayyah. Muawiyah sendiri pernah mengutus surat

kepada Raja Srivijaya 'Lokitarvarman' di Jambi melalui pedagang-pedagang Parsi,

Page 44: NOTA CTU151 UiTM

44

dan mempelawanya memeluk Islam serta mengadakan hubungan perdagangan

dengan Damshik.

Dari catatan-catatan Ferrand dan Schrieke pula, disebutkan bahawa suatu armada

yang terdiri daripada 35 buah kapal-kapal Parsi telah berlepas ke Ceylon menuju

Palembang pada 717 M, dan tinggal di sana selama lima bulan, kemudian baru

menuju China. Tidak syak lagi bahawa angkatan ini adalah milik Khalifah Umar

Abdul Aziz (717-720) yang mana banyak sekali mengirim misi-misi dakwah

Islam ke serata negeri.

Bahkan di zaman Umarlah Raja Srivijaya 'Srindavarman' (pengganti

Lokitarvarman) dikatakan telah memeluk Islam, hingga sepanjang 100 tahun

kerajaannya masyhur dengan nama 'Kerajaan Sri Buddha Islam'. Bukti adanya

hubungan antara Umar dengan Raja Srindavarman ini terdapat pada copy

correspondence antara Umar dengannya, yang fotokopinya masih tersimpan

dalam koleksi General Abdul Kadir di Muzium Sepanyol di Madrid.

Bagaimanapun selepas itu pengaruh Islam lenyap di Srivijaya akibat

counteraction dari wangsa Tang yang merasa kepentingan ekonominya tergugat

oleh kegiatan-kegiatan Bani Umayyah. Untuk itu diutusnya dua orang sami

Buddha-Mahayana iaitu Wajarabodhi dan Amoghabajra ke Srivijaya. Usaha-

usaha China telah mengakibatkan kematian Raja Srivijaya Indravarman pada 730

M, dan dengan itu pusatnya lalu beralih dari Jambi ke Palembang.

Kesimpulan

1. Faktor perdagangan telah membawa orang-orang Arab ke Nusantara, iaitu

sejak zaman Jahiliah lagi.

Page 45: NOTA CTU151 UiTM

45

2. Kegiatan-kegiatan dakwah Islamiah pada peringkat awalnya adalah

dilakukan oleh orang-orang Arab sendiri.

3. Misi-misi dakwah Islamiah ke Nusantara telah bermula sejak zaman

Rasulullah lagi, dan semakin diperhebatkan oleh Umar Abdul Aziz.

Semuanya ini berlaku sepanjang abad pertama Hijrah lagi.

Teori-Teori Kedatangan Islam

Beberapa teori telah dikemukakan tentang asal-usul Agama Islam di Nusantara;

adakah ianya datang melalui India dan China, ataupun terus dari Arab atau Parsi.

(i) Teori dari India

Berbanding dengan teori-teori lain, teori dari India-lah yang lebih banyak

pendukungnya. Bagaimanapun sarjana-sarjana tidak sependapat tentang dari

daerah manakah di India tersebut yang membawa Islam ke sini. Van Ronkel

misalnya menganggap yang Islam dibawa dari India Selatan, dengan alasan

bahawa bentuk-bentuk popular Islam seperti ciri-ciri mistik, sastera roman dan

sebagainya di Indonesia itu adalah berasal dari India Selatan. Sebab itu katanya

Islam di Indonesia berasal dari sana, bukannya terus dari Arab.

Jika van Ronkel menekankan India Selatan, Moquette dan R.A. Kern pula

memilih Gujerat sebagai tempat asalnya Islam. Dalam hujahnya. Moquette

mengemukakan bukti tentang adanya kesamaan batu-batu nisan di Pasai (1428)

dan di Gerisek (1419) dengan batu nisan di Gujerat. Jadi Islam semestinya berasal

dari kawasan Gujerat.

Teori dari Gujerat ini nampaknya dicabar oleh G.E. Morrison, sebab baginya.

ketika Samudera diislamkan, Gujerat dan daerah-daerah lain di India masih lagi

Page 46: NOTA CTU151 UiTM

46

beragama Hindu. Menurutnya Bengal-lah yang lebih dulu menerima Islam, iaitu

setelah ditawan oleh orang-orang Islam sejak awal abad ke-13 M, kemudian baru

diikuti oleh kawasan-kawasan lain. Lagipun Gujerat bermazhab Hanafi,

sedangkan Nusantara, seperti juga Bengal, adalah menganut mazhab Shafie.

Sebab itu Bengal lebih munasabah dari Gujerat sebagai tempat kedatangan Islam.

Di samping Morrison, S.Q. Fatimi juga menolak hujah tersebut. Menurutnya,

Malikus-Salleh bukanlah orang tempatan, tetapi orang Benggali. Sebab itu negeri

Bengalalah negeri yang utama dari mana asalnya agama Islam di Nusantara.

Mengenai batu-batu nisan tersebut, bagi Fatimi batu nisan Malikus-Salleh (1297)

berbeza daripada batu nisan di Pasai (1428) dan batu nisan Malik Ibrahim di

Gerisek (1419). Jika Kern berpendapat bahawa batu nisan Malikus-Salleh juga

berasal dari Gujerat oleh kerana batu-batu nisan di Pasai dan di Gerisek juga

berasal dari sana, adalah kurang tepat. Gujerat hanya baru memeluk Islam

menjelang akhir abad ke-13, setelah itu baru hubungan perniagaan dengan

Nusantara bertambah rancak. Batu-batu nisan dari Gujerat memangnya sangat

digemari, tetapi ia baru dikirim ke Nusantara selepas 200 tahun mangkatnya

Malikus-Salleh. Dari segi lain pula, percubaan Moquette mengaitkan tempat

asalnya batu-batu nisan tersebut sebagai membuktikan tempat asalnya Islam di

rantau ini nyatalah suatu kekeliruan yang besar. Bagi Syed Muhammad Naguib

Al-Attas, adalah batu-batu di sini cuma menunjukkan yang ianya mudah dipesan

dari sana, bukannya menunjukkan Islam datang dari sana.

Sebenarnya pendapat Morrison bahawa Gujerat tidak menganut mazhab Shafie

tidaklah begitu tepat, sebab pada peringkat awalnya kawasan-kawasan di barat

India adalah menganut mazhab tersebut, sama seperti sebelah selatannya,

termasuk Bengal sendiri. Tentang persamaan mazhab ini, ada juga yang

mengusulkan yang Islam dibawa dari pantai Malabar (Coromandel), sebab

Page 47: NOTA CTU151 UiTM

47

kawasan ini menganut mazhab Shafie. Teori dari Malabar ini diperkukuhkan

dengan peranan 'Fakir Muhammad' yang berasal dari sana (Malabar) dan

mengislamkan Merah Silu (Malikus-Salleh) di Pasai. Tetapi hujah ini ditolak oleh

Hamka, sebab katanya, Malabar atau Mu'tabar yang bermakna 'tempat

persinggahan' itu hanyalah menjadi tempat persinggahan Syeikh Ismail yang

diutus oleh Sharif Makkah untuk mengislamkan Merah Silu. Di Malabar inilah

dia disertai oleh Fakir Muhammad, bekas seorang raja (Sultan Muhammad)

keturunan Abu Bakar Al-Siddiq, bukannya orang Malabar jati.

Kesimpulan

1. Sarjana-sarjana tidak sependapat tentang dari kawasan manakah di India

tersebut sebagai tempat asalnya Islam di rantau ini.

2. Kebanyakan hujah-hujah untuk menegakkan teori ini hanya mengemukakan

abad ke-13 M sebagai tarikh bermulanya Islam di Nusantara, walhalnya

proses Islamisasi di sini sudah pun berjalan sejak abad pertama Hijrah lagi.

(ii) Teori dari China/Indochina

Selain dari teori melalui India tersebut, Islam juga dikatakan datang ke Nusantara

melalui China atau Indochina. Sebagai hujahnya, Syed Naguib Al-Attas menyebut

tentang pemberontakan di Canton pada tahun 877 M yang mengorbankan kira-

kira 120,000 hingga 200,000 pedagang-pedagang yang kebanyakannya beragama

Islam (Arab dan Parsi). Yang lain-lainnya terpaksa menyelamatkan dirinya

dengan berhijrah ke Kalah (Kedah), yang kemudiannya mengambilalih peranan

Canton sebagai pelabuhan utama bagi pedagang-pedagang Arab. Ujar Syed

Naguib: This event seems to have marked the beginning of the coming of Islam in

the Archipelago, yakin peristiwa ini menandakan permulaan kedatangan Islam ke

Kepulauan Melayu.

Page 48: NOTA CTU151 UiTM

48

Di kalangan pendukung-pendukung teori ini, nampaknya S.Q. Fatimilah yang

lebih nyaring suaranya. Dalam hujahnya, beliau menyebut tentang kewujudan

kerajaan Bani Champa (1000-1471) yang dianggapnya didirikan oleh pelarian-

pelarian Syiah Alawiyah dari Damshik. Tetapi akibat serangan kerajaan Annam,

orang-orang Islam Alawiyah ini lalu berpindah ke Makkah dan Acheh. Hujah lain

ialah tentang Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 1386 (sebenarnya

bertarikh 1303 M) yang disamakannya dengan batu nisan di Champa Selatan.

Selain dari Fatimi juga cuba membandingkan batu nisan Fatimah binti Maimon

(1082 di Leran, Jawa Timur dengan batu-batu nisan di Phan-rang, Champa

Selatan. (1039 dan 1035).

Kesamaan seperti ini bagi Fatimi membuktikan yang Islam di Nusantara datang

melalui Champa Selatan (Indochina). Menurut Dr. Abdul Jalil Hj. Hassan, dalam

catatan sejarah Chau-Ju-Kua (1225 M) terdapat negeri Islam yang disebut sebagai

'Fo-lo-an'. Bagi Paul Wheatley, besar kemungkinan Fo-lo-an ini ialah Kuala

Brang di Terengganu yang menjalankan perniagaan dengan orang Arab di

samping Srivijaya. Dengan terjumpanya Batu Bersurat (1303 M) di Kuala Brang

tersebut, nyatalah betapa pentingnya peranan Terengganu sebagai kawasan

pengaruh Islam ketika itu. Dan ini juga menunjukkan yang Islam datang melalui

Pantai Timur, yang bererti ianya datang melalui China atau Indochina.

Baru-baru ini pula ditemui Batu Bersurat di Teluk Cik Munah, Pahang yang

tarikhnya dikatakan 419 H, iaitu lebih awal dari Batu Bersurat di Terengganu

yang bertarikh 702 H (1303 M) itu. Bukti terbaru ini dapat juga menunjukkan

bahawa kemungkinan Islam masuk melalui Pantai Timur, yang tentunya bererti

dari China atau Indochina.

Page 49: NOTA CTU151 UiTM

49

(iii) Teori dari Arab/Parsi

Jika tadinya dikatakan Islam di Nusantara datang melalui India atau China, kini

timbul kecenderungan baru yang mengatakan bahawa ianya dibawa terus dari

Tanah Arab atau Parsi. Sebenarnya hujah-hujah untuk menguatkan teori ini

tidaklah sukar dicari, memadai dengan meninjau kegiatan pedagang-pedagang

Arab di kawasan Asia Tenggara sejak zaman Jahiliah lagi. Seperti kata Wang

Gungwu dan C.A. Majul, sejak pedagang-pedagang Arab memonopoli kegiatan-

kegiatan perdagangan dari India dan Mesir, mereka mula menguasai perdagangan

'Nanhai' (Asia Tenggara). Ertinya sehingga abad ke-9 M, merekalah yang

menguasai kegiatan perdagangan laut antara Mesir, India, Asia Tenggara dan

China, serta mendirikan penempatan-penempatan di kawasan-kawasan pantai

Nusantara. Semuanya ini berlaku sejak zaman Jahiliah, dan terus berlaku

sepanjang abad pertama Hijrah lagi.

Dengan mengkaji proses Islamisasi di Nusantara di peringkat awal tersebut, kita

sudah dapat membuat kesimpulan bahawa orang-orang Arab-lah yang sebenarnya

merintis jalan. meskipun dengan agak pasif. Selepas itu baru diikuti oleh

mubaligh-mubaligh India pada abad ke-13, seperti yang sudah dijelaskan.

Bagaimanapun kita masih dapat mengemukakan hujah-hujah lain buat

mengukuhkan teori ini, dan di antara sarjana-sarjana yang paling menonjol dalam

teori ini ialah Syed Muhammad Al-Naguib Al-Attas dan Hamka.

Dengan menitik-beratkan alasan-alasannya dari sudut 'dalaman', iaitu dari segi

bahasa dan kesusasteraan, Syed Naguib berpendapat:

1. Jika ditinjau kenyataan hasil kesusasteraan keagamaan yang telah merujuk

kepada sumber-sumber tulisan lama Islam yang berkenaan dengan

Kepulauan ini kita akan dapati bahawa tiada suatu pun laporan, rujukan atau

Page 50: NOTA CTU151 UiTM

50

sebutan yang merujuk kepada penulis atau kepada kitab yang berasal dari

India atau digubah oleh orang India.

2. Mubaligh-mubaligh lama Islam di daerah ini pun terdiri dari orang-orang

Arab atau Arab/Parsi, seperti yang ternyata pada gaya nama dan gelaran

mereka masing-masing.

3. Kandungan faham keagamaan yang dibawa oleh mereka adalah bersifat

Timur Tengah, bukan India. Misalnya kedudukan dan cara penghuraian

akidah-akidah pelbagai mazhab Ilmu Tasawuf, peribentuk tulisan Jawi dan

corak beberapa huruf-hurufnya, nama gelaran bagi hari-hari mingguan, cara

melafazkan Al-Quran dan lain-lainnya menyatakan ciri-ciri tegas bangsa

Arab, bukan India, sebagai pembawa dan penyebar asli agama Islam di

rantau ini.

Bagi Hamka pula, adalah menjadi kepercayaannya dengan pedagang turun-

temurun dalam sejarah pada seluruh negeri-negeri Melayu, bahawasanya mereka

menerima Islam dari Arab, atau dari salah seorang Syeikh atau seorang Waliullah

dari Arab. Kepercayaan ini diperkuatkan oleh alasan-alasan berikut:

1. Pengislaman ke negeri-negeri Melayu adalah langsung dari sumbernya

Makkah, iaitu dengan terutusnya Syeikh Ismail oleh Sharif Makkah yang

singgah di Malabar untuk mengambil 'Fakir Muhammad' (keturunan Abu

Bakar Al-Siddiq) menyertainya ke Nusantara untuk mengislamkan Merah

Silu.

2. Pengislaman Parameswara dilakukan oleh Sayyid Abdul Aziz yang datang

dari Jeddah.

Page 51: NOTA CTU151 UiTM

51

3. Pengislaman di Acheh dirintis oleh Syeikh Abdullah Arif yang datang dari

Tanah Arab bersama muridnya Burhanuddin.

4. Maulana Malik Ibrahim (salah seorang Wali Songo) yang turut mempelopori

penyiaran Islam di Jawa adalah keturunan Ali Zainal Abidin, cucu Sayidina

Ali bin Abi Talib.

5. Susan Gunung Jati atau Sharif Hidayatullah salah seorang Wali Songo yang

turut mengembangkan Islam di Jawa juga dikatakan keturunan bangsawan

Quraisy.

6. Pengislaman Raja Kedah seperti tersebut dalam Hikayat Merong

Mahawangsa dilakukan oleh Syeikh Abdullah Yamani, seorang ulama Arab.

7. Raja-Raja Maluku (Tidore, Bachan, Ternate dan Jailolo) dikatakan keturunan

empat saudara, putera Imam Jaafar Al-Sadiq, keturunan Rasulullah.

8. Pengislaman di Sukadana, Kalimantan dilakukan oleh Syeikh Shamsuddin

dari Makkah.

9. Pengislaman Raja Tidore iaitu Chireli Lijatu dilakukan oleh Syeikh Mansor

dari Tanah Arab, yang lalu menukar namanya menjadi Sultan Jamaluddin.

10. Sampai kini Raja-Raja Brunei menganggap bahawa nenek-moyang mereka

adalah bangsa Arab, keturunan Nabi.

Page 52: NOTA CTU151 UiTM

52

11. Kemasukan Islam ke Mindanao dimulai oleh keturunan-keturunan Sharif

dari Makkah, seperti Sharif Kebungsuan yang datang dari Johor

12. Pengislaman di Pulau Sulu diusahakan oleh Sayyid Abdul Aziz yang

mengislamkan Parameswara dulu, dan juga Abu Bakar, seorang penyair

Arab.

13. Raja-raja lain juga ada yang berasal dari orang-orang Arab, seperti Sultan

Badrul-Alam (1699-1702) dan penggantinya Sultan Perkasa Alam di Acheh,

hulubalang-hulubalang di Acheh sehingga 1946, Sultan-Sultan Siak Seri

Inderapura, Sultan di Pontianak dan Raja-Raja Perlis.

14. Tersangat dalamnya pengaruh mazhab Shafie di negeri-negeri Melayu

membuktikan bahawa mubaligh utama ialah orang-orang Arab. Sezaman

dengan tegaknya kerajaan Samudera-Pasai ialah kerajaan Mameluk di Mesir

yang menganut mazhab Shafie. Adalah jelas bahawa nama-nama Sultan

seperti Malikus-Salleh dan Malikuz-Zahir adalah diambil (dipengaruhi) dari

nama-nama gelaran Sultan-sultan Mameluk tersebut.Di istana Sultan

Malikuz-Zahir di Pasai terdapat Sayyid Al-Shirazi, seorang ulama mazhab

Shafie dari Parsi yang dilantik sebagai Kadi Besar Pasai.

Demikianlah antara lain hujah-hujah tentang kedatangan Islam dari Arab.

Sebenarnya dari segi pandangan Islam, soal siapa atau bangsa apa yang membawa

Islam itu mungkin tidak begitu penting, asalkan apa yang dibawanya itu ialah

Islam. Tetapi dari segi pandangan sejarah, kata Syed Naguib Al-Attas, sangatlah

penting bagi para ahlinya mengemukakan butir-butir faktanya dengan tepat dan

benar, sebab kesimpulan-kesimpulan yang akan dirumuskan dari butir-butir fakta

itu akan mempengaruhi corak perumusan teori pensejarahan.

Page 53: NOTA CTU151 UiTM

53

Sebagai kesimpulannya, kita petik rumusan-rumusan dari 'Seminar Sejarah

Masuknya Islam ke Indonesia' yang diadakan di Medan pada 17-20 Mac 1963.

1. Bahawa menurut sumber-sumber yang kita ketahui, Islam untuk pertama

kalinya telah masuk ke Indonesia pada abad pertama Hijrah dan langsung

dari Arab.

2. Bahawa daerah yang pertama didatangi oleh Islam ialah pesisir Sumatera;

dan bahawa setelah terbentuknya masyarakat Islam, maka Raja Islam yang

pertama berada di Acheh.

3. Bahawa dalam proses pengislaman selanjutnya orang-orang Indonesia ikut

aktif mengambil bahagian.

4. Bahawa mubaligh-mubaligh Islam yang pertama-tama itu selain sebagai

penyair Islam adalah juga sebagai saudagar.

5. Bahawa penyiaran Islam itu di Indonesia dilakukan secara damai.

6. Bahawa kedatangan Islam ke Indonesia itu membawa kecerdasan dan

peradaban yang tinggi dalam membentuk keperibadian bangsa Indonesia.

(Abdul Rahman Haji Abdullah (1984). Sejarah Dan Pemikiran Islam.

Selangor : Penerbitan Pena Sdn. Bhd.)

Page 54: NOTA CTU151 UiTM

54

2.2 Faktor-Faktor Perkembangan Islam

Beberapa cara pendekatan telah digunakan oleh penulis-penulis dalam pengkajian

mereka tentang sebab-musabab perkembangan Islam di Nusantara. Ada yang

melihat dari sudut politik, ekonomi, sosial dan sebagainya, di samping ada yang

menekankan faktor-faktor perdagangan, ahli sufi, perkahwinan dan lain-lainnya.

Tanpa menolak cara-cara pendekatan seperti itu, pendekatan yang akan dipakai di

sini adalah berasaskan Metodologi Dakwah Islamiah yang mengandungi empat

aspek besar:

1. Isi kandungan ajaran Islam.

2. Hikmah atau cara penyampaian.

3. Pendakwah.

4. Masyarakat.

i) Isi Kandungan Ajaran Islam

Faktor ini merupakan sebab utama penyebaran Islam di Nusantara. Ajaran Islam

yang mudah difahami dan mudah pula diamalkan menjadikan ianya cepat

merebak. Pokok ajaran Islam terletak kepada konsep Tauhidnya yang murni, tidak

berbelit-belit atau bersimpang-siur seperti agama-agama lain. Dan dari segi

sosialnya, Islam tidak membezakan seseorang individu dengan individu lain.

Ketika memperkatakan sebab-sebab perkembangan Islam di Nusantara. Willem

Wertheim mengatakan:

Islam gave the small man a sense of individual worth as a member

of the Islamic community, according to Hindu ideology he was

merely a creature of lower order than the members of the fligher

castes. Under Islam he could, as it were, feel himself their equal,

or, even, in his quality as a Moslem, the superior of such of them

as were not Moslems themselves, even though he still occupied a

subordinate position in the social structure. (Abdul Rahman :1984)

Page 55: NOTA CTU151 UiTM

55

Islam juga mudah diterima kerana terdapat semacam kesejajaran dalam setengah

nilai-nilai tempatan. Inilah yang disebut sebagai faktor autoktoni, iaitu keadaan di

mana sesuatu itu dianggap telah sedia ada, sejak purbakala, sebagai kepunyaan

atau sifat kebudayaan sesuatu masyarakat. Misalnya penerimaan Ilmu Tasawuf

Islam oleh orang-orang Melayu adalah sedikit banyaknya kerana latar belakang

kebudayaannya telah menyediakan dirinya untuk menerima bentuk-bentuk ajaran

sedemikian. Memangnya faham tasawuf Islam jauh bercanggah dengan faham

mistik Melayu, tetapi ianya telah cuba dikurangi (meskipun tidak kesemuanya

berjaya) dengan usaha-usaha penyesuaian diri dengan faham tasawuf Islam.

ii) Metode atau hikmah dalam penyampaian.

Yang dimaksudkan dengan metode di sini ialah cara-cara yang dipakai dalam

proses menyeru ke arah memeluk serta menghayati Islam. Terkandung dalam

pengertian ini ialah usaha-usaha secara lisan atau tulisan, secara audio (alat

pendengaran) atau audio-visual (alat pandang dengar). Bagaimanapun kesemua

cara-cara tersebut harus berpusat kepada ketentuan-ketentuan Al-Quran sendiri

yang menuntut ianya dilakukan dengan penuh bijaksana, dengan pengajaran dan

diskusi yang baik (Al-Nahl: 125, Al-Ankabut: 46).

äí ÷Š $# 4’ n<Î) È≅‹Î6 y™ y7 În/ u‘ Ïπ yϑõ3Ïtø: $$ Î/ Ïπ sàÏãöθ yϑø9 $# uρ Ïπ uΖ|¡ ptø: $# ( Ο ßγ ø9 ω≈ y_ uρ ÉL ©9 $$Î/

}‘Ïδ ß |¡ôm r& 4 ¨β Î) y7−/ u‘ uθ èδ ÞΟ n=ôãr& yϑÎ/ ¨≅ |Ê tã Ï& Î#‹ Î6 y™ ( uθ èδ uρ ÞΟ n=ôãr&

tωtGôγ ßϑø9 $$ Î/ ∩⊇⊄∈∪

Terjemahan: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad)

Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik,

dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu)

Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua

Page 56: NOTA CTU151 UiTM

56

Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan

Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang

mendapat hidayah petunjuk. (Surah al Nahl:125).

* Ÿω uρ (# þθ ä9 ω≈ pg éB Ÿ≅÷δ r& É=≈ tGÅ6 ø9 $# �ω Î) ÉL©9 $$ Î/ }‘Ïδ ß |¡ôm r& �ω Î) t Ï%©!$#

(#θ ßϑn=sß óΟ ßγ÷Ψ ÏΒ ( (# þθ ä9θè%uρ $ ¨ΖtΒ# u ü“Ï% ©!$$ Î/ tΑÌ“Ρé& $ uΖøŠs9 Î) tΑÌ“Ρé& uρ öΝ à6ö‹ s9 Î)

$ oΨ ßγ≈s9 Î)uρ öΝ ä3ßγ≈ s9Î)uρ Ó‰Ïn≡uρ ßøtwΥ uρ …çµ s9 tβθ ßϑÎ=ó¡ ãΒ ∩⊆∉∪

Terjemahan: Dan janganlah kamu berbahas Dengan ahli Kitab

melainkan Dengan cara Yang lebih baik, kecuali orang-orang

Yang berlaku zalim di antara mereka; dan Katakanlah (kepada

mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) Yang diturunkan

kepada Kami dan kepada (Taurat dan Injil) Yang diturunkan

kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu;

dan kepadaNyalah, Kami patuh Dengan berserah diri." (Surah al

Ankabut:46).

Ketentuan asasi inilah yang rupanya sangat diperhatikan oleh para-para mujahid

dakwah dulu, hingga telah terhasil membawa Islam dengan segala kebijaksanaan,

kemahiran dan ketrampilan.

Agar mudah mendekati penduduk-penduduk Nusantara, pendakwah-pendakwah

terpaksalah berbicara dalam bahasa yang mudah difahami serta luas pula

penggunaannya. Sebelum kedatangan Islam, memang terdapat bahasa Jawa Kuno

(Kawi) di Jawa dan bahasa Melayu Kuno tulisan Palava di Srivijaya, Sumatera,

tetapi penggunaannya terhad di daerah-daerah tersebut sahaja. Dan yang menjadi

masalah besar pula ialah pada bahasa Jawa itu sendiri yang sudah dicemari oleh

konsep-konsep Hindu-Buddha yang jika digunakan juga sudah tentu dapat

mengabur atau mengelirukan konsep-konsep Islam.

Page 57: NOTA CTU151 UiTM

57

Berasaskan istilah-istilah yang sedia ada, oleh mubaligh-mubaligh tersebut

'diciptalah' suatu bahasa lingua franca yang dinamakannya Bahasa Melayu dengan

memasukkan istilah-istilah Islam ke dalamnya. Dan yang pentingnya dalam

'penciptaan' bahasa ini ialah penggunaan tulisan 'Jawi' yang berasaskan abjad

Arab-Parsi. Ertinya konsep bahasa dan sastera (tulisan) Melayu baru wujud sejak

kedatangan Islam ke Nusantara.

Di samping masalah bahasa Jawa yang sudah tercemar itu, pemilihan bahasa

Melayu sebagai bahasa lingua franca juga dibuat atas dasar persamaan sifatnya

dengan bahasa Arab sendiri. Dari sudut linguistiks, bahasa Arab dan bahasa

Melayu adalah sama-sama bahasa 'oligosintesis' di mana "semua atau hampir

semua perbendaharaan kata boleh dibuat dari akar-akar kata yang sedikit

jumlahnya". Ambil saja akar kata Arab 'ilm' dan akar kata Melayu 'ajar' yang

banyak sekali pecahannya. Seperti ta'allama (belajar), 'allama (mengajarkan),

ista'lama (mempelajari), 'aliim (berpelajaran), a'alam (berpengajaran), 'allaamah

(terpelajar), mu'allim (pengajar), muta'allim (pelajar), 'ilm (ajaran), ta'liim

(pengajaran),

Jika dibuat perbandingan, pecahan teach (ajar) dalam bahasa Inggeris tidak

banyak jumlahnya, cuma ada empat (4) derivasi: teacher, teaching, teachable dan

teachability. Ini bermakna bahasa Inggeris bukannya bahasa oligosintesis.

Dengan terciptanya bahasa Melayu dengan tulisan Jawi (abjad Arab) tersebut.

barulah muncul apa yang dinamakan kesusasteraan Melayu. Sebelum abad ke-15,

tidak terdapat bukti-bukti adanya bahasa dan sastera Melayu. Bukti-bukti yang

ada hanya terdapat pada catatan batu-batu bersurat yang tertulis dalam abjad

Sanskrit. Walaupun Prof. M.A. Jaspan cuba mengesannya dari abjad Rejang Ka-

ga-nga di Sumatera Selatan. tetapi itu hanya percubaan untuk menulis sastera

Page 58: NOTA CTU151 UiTM

58

Melayu sebelum Islam. Sastera 'Melayu' yang wujud sebelum abad ke-15

hanyalah bercorak lisan. Dan kalaupun ada sastera tulisan. ianya tertulis dalam

bahasa Jawa. Tetapi dengan kedatangan Islam yang membawa tulisan Jawi,

barulah ada sastera tulisan, hingga sastera (lisan) yang berasal dari zaman Hindu

dulu barulah dituliskan di zaman Islam dengan tulisan Jawi.

Melalui bahasa Melayu itu, timbullah ulama-ulama yang giat berdakwah melalui

tulisan. Maka terkenallah nama-nama seperti Hamzah Al-Fansuri, Nuruddin Al-

Raniri, Bukhari, Al-Jauhari, Shamsuddin Al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel dan

lain-lain. Melalui karya-karya merekalah agama Islam dapat tersiar dengan lebih

meluas dan pesat. Semuanya dengan menggunakan bahasa Melayu, iaitu bahasa

Islam di rantau ini. Khusus di Tanah Jawa, penyiaran Islam tidak dapat dilankan

melalui bahasa Melayu tersebut. Ini kerana Jawa menyaksikan suatu tingkat

kemajuan yang tersendiri, hingga wujud semacam kebanggaan terhadap

keagungannya. Dari sinilah timbulnya konsep 'Nusantara' yang bererti 'pulau-

pulau lain sebagaimana ditinjau dari pulau Jawa atau Bali'. Dengan asas-asas

kebanggaan seperti ini. tidak mungkin bahasa Melayu mendapat tempat di hati

orang-orang Jawa. Maka untuk mendekati mereka, terpaksalah para-para

mubaligh bertolak-ansur dengan sebahagian cara hidup mereka. Dengan itu

lahirlah apa yang dinamakan 'wayang purwa' oleh mubaligh-mubaligh di Jawa

yang lebih terkenal dengan gelaran 'Wali Songo'. Antara wali-wali sembilan yang

sangat berjaya dalam penyiaran Islam secara pewayangan ini ialah Sunan Giri dan

Sunan Bonang.

Penyesuaian bentuk-bentuk wayang tradisi Jawa dengan wayang Islam berlaku

baik dalam bentuk mahupun isinya. Dari segi bentuknya, anggota badan pelaku-

pelakunya tidak lagi menyerupai bentuk manusia normal, sebaliknya jauh dari

sifat-sifat manusia biasa, dan masing-masing tokoh pula dijadikan gambar

Page 59: NOTA CTU151 UiTM

59

berasingan. Dan dari segi isinya, sungguhpun ianya berasal dari kitab-kitab Hindu

dan Jawa, namun ianya disesuaikan dengan semangat Islam. Misalnya cerita-

cerita Pandawa Lima merupakan simbol Rukun Islam yang lima, atau Lima

Waktu Solat.

Demikianlah, melalui cara-cara seperti ini mudahlah Islam dapat tersiar hingga

dengan itu berjaya menggulingkan agama-agama Hindu-Buddha sebelumnya.

Walau bagaimanapun, memanglah tidak dapat dinafikan bahawa agama Islam di

Nusantara juga tersiar melalui kegiatan penaklukan. Ini tidaklah bermakna yang

Islam sengaja disebarkan secara kekerasan. Sebenarnya penaklukan-penaklukan

tersebut lebih bermotif politik atau ekonomi, sedang Islam hanya tersebar secara

tidak langsung saja. Jadi penaklukan-penaklukan oleh kerajaan Melaka atau

Acheh bukannya untuk menyebarkan Islam, tetapi implikasinya Islam lalu

tersebar ke negeri-negeri taklukannya.

(iii) Pendakwah

Islam adalah agama dakwah yang menjadikan setiap orang pemeluknya sebagai

anggota umat dakwah. Tugas berdakwah bukannya hak sesuatu pihak, tetapi

merupakan kewajipan setiap Muslim sekadar kesanggupan atau pengetahuan yang

dimilikinya (Al-Hujurat: 15).

$ yϑΡÎ) šχθãΨ ÏΒ ÷σ ßϑø9 $# t Ï%©!$# (#θãΖtΒ# u «!$$ Î/ Ï& Î!θ ß™u‘ uρ §Ν èO öΝs9 (#θ ç/$ s?ö�tƒ

(#ρ߉yγ≈ y_ uρ öΝ Îγ Ï9≡ uθ øΒ r'Î/ óΟ Îγ Å¡ à$Ρr&uρ ’Îû È≅‹Î6 y™ «!$# 4 y7 Í× ¯≈ s9'ρé& ãΝ èδ šχθè%ω≈ ¢Á9 $# ∩⊇∈∪

Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya

beriman hanyalah orang-orang Yang percaya kepada Allah dan

RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-

ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa

Page 60: NOTA CTU151 UiTM

60

mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang Yang benar

(pengakuan imannya). (Surah al Hujurat:15).

Bagaimanapun memang dituntut agar dibentuk sekumpulan orang yang khusus

bertugas untuk berdakwah (Ali Imran: 104, Al-Taubah: 122) tanpa mengenepikan

peranan pihak-pihak lain yang dapat bertugas secara 'sambilan', seumpama Imam

Abu Hanifah yang di samping berniaga adalah juga begitu giat mengajar ilmu.

ä3tF ø9 uρ öΝ ä3ΨÏiΒ ×πΒ é& tβθ ããô‰tƒ ’n<Î) Î(ö8 sƒø: $# tβρã� ãΒù' tƒ uρ Å∃ρã�÷è pRùQ $$ Î/ tβ öθ yγ ÷Ζtƒ uρ Çtã

Ì� s3Ψßϑø9 $# 4 y7 Í×≈ s9 'ρé& uρ ãΝ èδ šχθßs Î=ø$ ßϑø9 $# ∩⊇⊃⊆∪

Terjemahan: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang

menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam),

dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang

daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang

bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya. (Surah ali

Imran:104).

* $ tΒ uρ šχ% x. tβθ ãΖÏΒ ÷σ ßϑø9 $# (#ρã� Ï$ΨuŠÏ9 Zπ©ù!$ Ÿ2 4 Ÿω öθ n=sù t� x$tΡ ÏΒ Èe≅ ä. 7π s%ö� Ïù

öΝ åκ÷]ÏiΒ ×πx$ Í←!$ sÛ (#θ ßγ¤)x$tGuŠÏj9 ’Îû ǃÏe$!$# (#ρâ‘ É‹ΨãŠÏ9 uρ óΟ ßγ tΒöθ s% # sŒ Î) (# þθãè y_ u‘ öΝ Íκö s9 Î)

óΟßγ ¯=yè s9 šχρâ‘ x‹øts† ∩⊇⊄⊄∪

Terjemahan: Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang

beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah

keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka,

supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara

mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya

mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila

Page 61: NOTA CTU151 UiTM

61

orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka

dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (Surah al

Taubah:122).

Dalam konteks penyebaran Islam di Nusantara, memang terdapat golongan-

golongan pendakwah 'profesional' dan 'sambilan'. Adanya golongan yang

profesional inilah yang menimbulkan teori mubaligh (missionary theory) sebagai

salah satu faktor perkembangan Islam. Di antara mereka yang profesional itu

terdapatlah nama-nama seperti Syeikh Ismail yang diutus khas oleh Sharif

Makkah ke Samudera, Sayyid Abdul Aziz, seorang makhdum dari Jeddah yang

mengislamkan Parameswara, Syeikh Abdullah Yamani, seorang ulama Makkah

yang mengislamkan Raja Kedah dan sebagainya.

Sejajar dengan teori mubaligh tersebut ialah peranan ahli-ahli Sufi dalam

penyebaran Islam di Nusantara. Nampaknya di kalangan tokoh-tokoh Sufi itu,

yang paling terkenal sekali ialah 'Wali Songo' yang dikatakan sangat berjasa di

Jawa itu. Di samping terkenal sebagai tokoh tasawuf, wali-wali sembilan itu juga

merupakan tokoh-tokoh politik. Pernah dikatakan bahawa perlantikan Raden

Patah sebagai raja pertama kerajaan Demak adalah dibuat oleh mereka. Sebab itu

dalam konteks zaman Demak, istilah 'wali' ini lebih tepat diertikan sebagai "orang

yang diberi kuasa mengurus negara", oleh kerana selain dari mengurus soal-soal

keagamaan, mereka juga mengatur urusan-urusan pemerintahan. Di samping

golongan pendakwah 'sepenuh masa' tersebut, terdapatlah para-para pedagang

yang juga berperanan sebagai pendakwah. Adanya golongan ini yang turut

menyebar-luaskan Islam inilah yang melahirkan teori perdagangan (trade theory)

sebagai salah satu faktor perkembangan Islam.

Menurut Tom Pires: Some of them (merchants were Chinese, some Arabs,

Parsees, Gujaratees, Bengalees and of many other nationalists, and they flourished

Page 62: NOTA CTU151 UiTM

62

so greatly that Mohamed and his followers determined to introduce their doctrines

in the sea-coast of Java (together) with the merchandise.

Adanya hubungan perdagangan yang erat antara Jawa dengan Melaka turut

menolong dalam penyebaran Islam di Jawa, sebab pedagang-pedagang Jawa yang

berdagang di Melaka itu setelah kembali lalu menyiarkan Islam di negerinya pula.

Pentingnya hubungan inilah yang menimbulkan semacam anggapan bahawa

"tanah Jawa diislamkan oleh Melaka".

Jika tadinya setiap orang Islam sudah terbeban oleh tugas berdakwah, hingga

dengan itu merupakan umat dakwah, tetapi dengan berlakunya Perang Salib

(1097-1292) pedagang-pedagang Islam semakin ghairah malah berlumba-lumba

untuk menyiarkan Islam. Menurut teori Perang Salib (Crusader theory), konflik

antara pedagang-pedagang Islam dengan Portugis yang menimbulkan semangat

perlumbaan agama itu adalah lanjutan daripada Perang Salib tersebut.

iv) Masyarakat

Pendakwah yang baik ialah yang dapat memahami corak masyarakat yang

dihadapinya. Sesungguhnya kejayaan besar dakwah Islamiah di Nusantara adalah

disebabkan para-para pendakwah cukup mengerti hakikat ini. Mereka sedar

bahawa konsep masyarakat feudal Melayu adalah sangat menjunjung tinggi

golongan aristokrat sehingga apa saja yang diperintahnya akan segera dipatuhi

tanpa banyak bicara. Apa lagi jika yang diperintahkan oleh raja itu memangnya

suatu kebaikan, maka dengan rela hati mereka akan menurutinya. Demikianlah

yang terjadi apabila raja-raja mereka sudah memeluk Islam setelah didatangi oleh

pendakwah-pendakwah tersebut, maka rakyat pun berbondong-bondonglah

mengikuti jejaknya. Inilah yang dikatakan oleh Prof. M.A. Rauf:

Page 63: NOTA CTU151 UiTM

63

The conversion of royalty was the beginning of the conversion of

the Malay world.

Selain dari itu, faktor perkahwinan diraja juga sangat berkesan dalam

menyebarluaskan Islam. Dengan perkahwinan Parameswara dengan puteri raja

Pasai, atau perkahwinan puteri-puteri raja Melaka sendiri dengan raja-raja di

tanah jajahannya, semuanya ini turut membantu dalam penyiaran Islam hingga

meliputi daerah-daerah yang lebih jauh. Sebagai suatu ikhtiar agar para-para

pedagang terus menetap di dalam negerinya, mereka digalakkan berkahwin

dengan puteri pembesar-pembesar tempatan. Ini adalah motif ekonomi oleh

kerana kemakmuran sesebuah negeri itu banyak bergantung kepada faktor

perdagangan luar, tetapi implikasinya sangat penting dari segi perkembangan

Islam. Demikian kita melihat beberapa faktor yang saling bantu-membantu dalam

penyebaran Islam di rantau ini. Walau bagaimanapun suatu hakikat yang

seharusnya tidak dilupakan ialah betapa faktor HIDAYAH itulah yang

menentukan segala-galanya. Walau apapun sebab-sebab yang dikemukakan

tentang perkembangan Islam di rantau ini atau di mana-mana saja, namun Allah

s.w.t. sajalah faktor pertama yang menjadikan sesuatu itu adanya. (Abdul Rahman

Haji Abdullah (1984). Sejarah Dan Pemikiran Islam. Selangor : Penerbitan Pena

Sdn. Bhd.)

2.3 Pengaruh Islam Di Alam Melayu

ZAMAN HINDU-BUDDHA DI ASIA TENGGARA

Menjelang kedatangan Islam ke Asia Tenggara, masyarakat tempatan sedikit

banyaknya telah dicorakkan oleh pengaruh-pengaruh India. Dari segi amalannya,

nampaknya cuma golongan bangsawan sajalah yang menganuti agama Hindu

dengan bersungguh-sungguh. Itu pun dengan hanya mementingkan aspek-aspek

upacara dan ajaran-ajaran yang membesar-besarkan keagungan dewa-dewa demi

Page 64: NOTA CTU151 UiTM

64

kepentingan mereka sendiri, dengan dakwaan bahawa merekalah penjelmaan

dewa-dewa tersebut. Ada pun terhadap masyarakat umumnya, mereka lebih asyik

kepada sifat kesenian daripada sifat falsafah, sejajar dengan bawaan asli mereka

sendiri. Dan jika ada apa yang dinamakan kesusasteraan, tumpuannya cuma

sekitar gelanggang kraton dan istana, dengan gambaran penjelmaan dewa-dewa

pada raja dan kebijaksanaan pendita-pendita. Peranan karya-karya tersebut

tidaklah untuk menerangi akal dan budi, melainkan untuk menawan rasa dan jiwa

rakyat agar terus terpesona oleh kehebatannya.

Tentang agama Buddha, sungguhpun pengaruhnya sudah wujud sejak abad ke-6,

namun kesannya tidak seberapa, kecuali di bidang kesenian juga seperti terjelma

pada candi Borobodur itu. Kalaupun pernah dikatakan adanya 1,000 orang rahib

Buddha di Sumatera, namun mereka kelihatannya tiada berminat untuk

menyebarkan ajaran-ajarannya di situ. Lagipun kebanyakan mereka adalah orang-

orang luar belaka yang datang ke situ untuk belajar, dan kemudiannya

menyebarkannya di negeri sendiri, seumpama Atisha yang nantinya termasyhur

sebagai tokoh Buddha di Tibet.

Keterbatasan pengaruhnya bukan sahaja kerana faktor 'dalam diri' agama-agama

tersebut, bahkan juga dibataskan oleh faktor bahasa. Seperti yang dijelaskan

sebelumnya, sebelum kedatangan Islam, bahasa yang dipakai di Jawa ialah bahasa

Jawa Kuno (Kawi), dan di Sumatera ialah bahasa Melayu Kuno tulisan Palava

(Hindu Kuno). Tidak ada apa yang dinamakan bahasa lingua franca yang dapat

mendekatkan agama-agama tersebut dengan rakyat jelata umumnya. Demikianlah

suasananya menjelang kedatangan Islam ke Nusantara. Kelihatannya proses

Indianisasi yang berabad-abad lamanya itu semacam tidak membawa apa-apa

perubahan yang bererti, khasnya di bidang pemikiran falsafah. Apa yang ada ialah

sekadar mengekal dan mengukuhkan lagi bawaan asli rakyat tempatan yang

Page 65: NOTA CTU151 UiTM

65

mementingkan kesenian, metos dan pelbagai bentuk kehidupan di alam fantasi.

Pandangan dan cara hidup mereka yang lama semacam tidak tersentuh langsung

dengan kedatangan pengaruh India tersebut, hinggalah berlakunya proses

Islamisasi yang nantinya akan merubah secara radikal bawaan lama tersebut.

MUNCULNYA ZAMAN BAKU DI ASIA TENGGARA

Sebab-sebab timbulnya Zaman Pertengahan di Eropah harus dirujuk pada sejarah

kebangkitan Islam di Asia Barat. Seperti yang ditegaskan oleh Henri Pirenne,

Islam bukan saja memusnahkan perpaduan kebudayaan (Barat) di sekitar Laut

Meditteranean, bahkan juga memindahkan paksi kehidupan mereka jauh ke utara.

Dengan berlakunya dua perubahan penting inilah baru bermulanya Zaman

Pertengahan di Eropah. Kita juga telah menegaskan bahawa kehancuran Zaman

Pertengahan dan timbulnya Zaman Renaissance sebagai asas Zaman Moden di

Eropah itu adalah juga akibat perhubungan mereka dengan tamadun Islam baik di

Timur (Baghdad) mahupun di Barat (Sepanyol).

Pandangan yang sama harus juga dikenakan terhadap peranan Islam dalam

membentuk peradaban baru di Nusantara, sebagaimana kesannya terhadap

kemunduran dan kebangkitan Eropah. Besar tidaknya pengaruh Islam di Asia

Tenggara harus dinilai berdasarkan perubahan-perubahan yang timbul sesudah

berlakunya proses Islamisasi. Perubahan-perubahan tersebut dapat dikaji dari dua

segi: dalaman dan luaran.

Dari segi dalamannya, kedatangan Islam telah merubah pandangan hidup (world-

view) atau Weltanschauung orang-orang Melayu. Jika dulunya mereka lebih asyik

di bidang-bidang kesenian, metos dan khayal, maka kini timbullah pandangan

yang mementingkan unsur-unsur rasionalisme dan intelektualisme. Seperti kata

Prof. Syed Naguib Al-Attas, para penyebar Agama Islam mendakyahkan

Page 66: NOTA CTU151 UiTM

66

kepercayaan ketuhanan yang Tunggal, yang kudrat-Nya terhukum pada hikmat-

Nya; yang iradat-Nya berjalan selaras dengan Akal. Insan diciptakan sebagai hasil

tertinggi ciptaan raya, bahawa pada gelang kehidupan semesta insanlah yang

umpama khatim permata jauharnya. Sifat asasi insan itu ialah akalnya, dan unsur

akiiah inilah yang menjadi perhubungan antara dia dan hakikat semesta. Jika

dulunya mereka asyik menggemari bermenungan, berpoya-poya, dongengan

khayal, kini mereka giat menganjurkan penulisan dan penafsiran ilmu-ilmu

sejarah dan tasawuf serta falsafah Islam, justeru kerana tugas penghargaan dan

penilaian sastera kini tiada lagi terletak dalam genggaman mereka, akan tetapi

dipengaruhi oleh penulis-penulis intelektual dan penterjemah-penterjemah handal

yang menghasilkan karya-karya ini bukan lagi suatu golongan kecil tertentu,

malah sesungguhnya bagi keperluan meninggikan adab dan susila serta kesedaran

ramai terhadap kemuliaan insan dan keagungan Tuhan menerusi Islam. Demikian

menurut pandangan Prof. Syed Naguib Al-Attas.

Selain dari isi kandungan faham agama yang bersifat intelektual itu, bersamanya

datang juga istilah-istilah Arab ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu yang

sekian lama cuma asyik mendendangkan irama metos. Tidaklah perlu dijelaskan

lagi betapa mendalamnya pengaruh perkataan-perkataan seperti akal, fikir,

dakwat, qalam, hikmat, kertas dan sebagainya terhadap kebangkitan semangat

nasionalisme dan intelektualisme manusia Melayu. Kebanjiran istilah-istilah Arab

yang menggugah daya fikir seperti inilah yang turut merubah world-view orang-

orang Melayu yang sekian lama terpeluk di bawah ribaan seni yang anti akliah.

Semuanya itu merupakan kesan dalaman belaka. Ada pun dari segi luarannya,

pertama sekali Islam telah membawa bersamanya bahasa lingua franca di

Kepulauan Melayu, iaitu bahasa Melayu sendiri. Jika dulunya tidak ada apa yang

dapat dinamakan sebagai bahasa internasional, maka kini dengan berasaskan

Page 67: NOTA CTU151 UiTM

67

tulisan huruf Arab (Jawi), terciptalah bahasa yang mampu menjadi alat

perhubungan bagi bangsa-bangsa di daerah ini. Dan seiiring dengan kemunculan

bahasa Melayu tersebut maka bermulalah perkembangan sastera tulisan,

sedangkan sebelumnya cuma terdapat sastera lisan sahaja. Kalaupun ada sastera

tulisan sebelumnya, itu bukannya sastera Melayu, tetapi sastera Jawa. Dan sastera

Jawa bukannya sastera Melayu, oleh kerana ia tegak dengan keperibadiannya

sendiri.

Kedatangan Islam bukan hanya bermakna kedatangan suatu agama dan suatu

bahasa, bahkan dari segi sosialnya, terbentuk pula suatu konsep bangsa yang

dinamakan bangsa Melayu. Jika dulunya cuma terdapat suku-suku kaum yang

tegak dengan identitinya sendiri, maka dengan kedatangan Islam, barulah muncul

konsep bangsa Melayu dengan Islam sebagai teras keperibadiannya. Ertinya

konsep kebangsaan Melayu hanya wujud sejak kedatangan Islam ke Nusantara.

Sebab itu kata Dr. Deliar Noer, konsep bangsa Melayu akan terus kekal selagi

Islam tidak dipisahkan, tetapi bila mana Islam dipisahkan daripadanya, akan

hilanglah bangsa Melayu itu sendiri!

Tidak setakat itu sahaja, Islam dengan faham kesamarataannya yang tersendiri

telah merubah secara radikal sistem kelas yang selama ini menjadi anutan

masyarakat Nusantara. Seperti kata W. Wertheim, Islam telah memperkenalkan

konsep sama rata atau unsur demokrasi sebagai ganti sistem kasta Hindu yang

membahagikan penduduk Nusantara kepada beberapa susun lapis seperti di India.

Menurutnya Islam juga telah menghapuskan semangat kedaerahan dan

membentuk perpaduan di kalangan penduduk Alam Melayu melalui konsep

Ummah atau masyarakat Islam, dan ini dicapai melalui perlakuan ibadat. seperti

haji misalnya. Wertheim nampaknya telah menyamakan peranan Islam di Alam

Melayu dengan zaman permulaan Islam di Tanah Arab, kerana Islam telah

Page 68: NOTA CTU151 UiTM

68

menghapuskan semangat kesukuan orang-orang Arab dan mewujudkan

masyarakat universal.

Selain dari segi sosialnya, Islam juga telah membawa perubahan yang besar

terhadap sistem politik Nusantara. Yang nyata sekali ialah tertubuhnya kerajaan-

kerajaan Melayu-Islam seperti di Pasai, Acheh, Demak dan sebagainya. Memang

benar bahawa sebelum terdirinya kerajaan-kerajaan ini, berlaku proses Islamisasi

selama berabad-abad, yakni kedatangan Islam tidaklah terus secara langsung

mendirikan suatu kerajaan. Sejak adanya bukti awal kedatangan Islam hingga

berdirinya suatu kerajaan Islam dengan raja yang Islam pula, ianya melintasi

jangka masa yang panjang, bahkan amat panjang. Ini kerana di Nusantara

sudahpun berdiri kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha yang hidup semenjak beratus-

ratus tahun sebelumnya. Sebab itu dalam berjuang di tengah-tengah sesuatu

kekuasaan, tentulah memerlukan kesabaran dan mengharungi proses yang

panjang sekali. Ini pun dapat menjadi bukti pula bahawa penyebaran Islam di

Nusantara berlaku secara lemah-lembut dan penuh hikmah.

Islam tidak sahaja membawa kerajaan, bahkan berjaya pula meninggalkan kesan-

kesan di dalam sistem perundangan Melayu, sungguhpun pada setengah-setengah

tempat kita masih dapat mempersoalkannya. Dalam Hukum Kanun sendiri

tercatat firman Allah yag menuntut agar orang-orang Mukmin mentaati Allah dan

Rasul-Nya, serta pemimpin-pemimpin di antara kaum (Al-Nisa: 59).

$ pκš‰r' ¯≈ tƒ t Ï%©!$# (# þθ ãΨtΒ#u (#θ ãè‹ÏÛr& ©!$# (#θ ãè‹ÏÛr& uρ tΑθ ß™§�9$# ’ Í<'ρé& uρ Í/ö∆ F{$# óΟ ä3ΖÏΒ

( β Î* sù ÷Λäôãt“≈ uΖs? ’ Îû & ó x« çνρ–Š ã� sù ’n<Î) «!$# ÉΑθ ß™§�9$# uρ β Î) ÷ΛäΨ ä. tβθ ãΖÏΒ ÷σ è? «!$$ Î/

ÏΘ öθ u‹ø9 $# uρ Ì� Åz Fψ$# 4 y7 Ï9≡sŒ ×(ö8 yz ß |¡ôm r& uρ ¸ξƒÍρù' s? ∩∈∪

Page 69: NOTA CTU151 UiTM

69

Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu

kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada

"Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu.

kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam

sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya

kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika

kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang

demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula

kesudahannya. (Surah al Nisa’:59).

Sedang dalam Sulalatus-Salatin (Sejarah Melayu) diceritakan bahawa di saat-saat

akhir Sultan Mansur Shah, diingatkannya puteranya sepotong hadis bahawa

"setiap orang adalah pemimpin, dan mereka bertanggungjawab di atas

pimpinannya". Nukilan dari Nas-Nas ini menuntut agar rakyat taat setia kepada

pemerintahannya, sedang pemerintah pula mestilah bertanggungjawab di atas

rakyat pimpinannya.

Sungguhpun dari segi praktiknya tindakan raja-raja lebih banyak berdasarkan

budi bicaranya sendiri, dan rakyat pula kurang menghormati ketentuan-ketentuan

Islam tersebut, namun kesanggupannya untuk mencatat atau memaktubkan

ketentuan-ketentuan seperti itu sudah menunjukkan wujudnya pengaruh Islam

terhadap sistem perundangan Melayu. Beberapa aspek daripada hukum-hukum

Islam tersebut sudah kita bicarakan sebelumnya.

Dari segi ekonominya pula, kedatangan Islam ternyata sekali membawa revolusi

besar. Jika sebelumnya Henri Pirenne mengatakan bahawa dengan kedatangan

Islam mengakibatkan perpaduan Laut Tengah itu hancur lebur di Eropah, hingga

menjadikan punca atau paksi kehidupan kebudayaan Eropah lalu beralih ke Utara,

demikian jugalah kita lihat dengan kedatangan Islam ke Nusantara ini perpaduan

Lautan India yang mempengaruhi kehidupan daerah ini, baik di bidang

kebudayaan mahupun perdagangan, telah juga hancur lebur. Sebelum kedatangan

Page 70: NOTA CTU151 UiTM

70

Islam perdagangan daerah ini terbatas dalam sekitar Lautan India; punca

kehidupannya berkisar dalam gelanggang kebudayaan India, dan tiada terlintas

baginya saujana alam internasional dewasa itu.

Jelasnya dengan kedatangan Islamlah maka kegiatan-kegiatan perdagangan

meluas sehingga tidak lagi terbatas di Lautan India, bahkan sampai menjangkau

Laut Merah, ke Laut Parsi, ke Laut Meditteranean, dan seterusnya ke pelabuhan-

pelabuhan Eropah. Dengan ini kita lihat bahawa dengan kedatangan Islam, punca

atau paksi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Kepulauan Melayu telah

beralih dari India ke Timur Tengah, sama seperti pemindahan paksi kehidupan

orang-orang Eropah dari Laut Meditteranean ke Utara.

Semua perubahan-perubahan yang berlaku ini menyebabkan timbulnya suatu

Zaman Baru; suatu zaman yang tidak sahaja baru dari segi pandangan hidupnya,

bahkan sekaligus pada cara hidupnya juga. Ertinya kedatangan Islam telah

membawa revolusi besar bukan sahaja dari segi luarannya bahkan segi

dalamannya sekali.

Bagaimanapun dengan kedatangan imperialisme Barat, proses pengislaman yang

sekian lama berjalan lancar itu menjadi terbantut. Mereka bukan sahaja cuba

menghidupkan tradisi feudal, bahkan telah mengabaikan kepentingan dan peranan

Islam di Kepulauan Melayu. Maka hasilnya dapat kita saksikan kini dengan

hidupnya kembali nilai-nilai feudal dan istana, serta adat istiadat lama dan

sebagainya.

Tetapi dari segi lain pula, kedatangan Barat dapat juga dianggap sebagai

meneruskan proses Islamisasi juga. Jika orang-orang Barat didakwa sebagai

bertanggungjawab memperkenalkan semangat rasionalisme, individualisme dan

Page 71: NOTA CTU151 UiTM

71

internasionalisme, maka itu tidak lain daripada cita-cita Islam juga. Jika kita

mempelajari punca-punca semangat ini dalam sejarah kebangkitan Barat,

semuanya itu adalah berasaskan tamadun Islam sendiri. Dan ini berkait rapat

dengan penentangan mereka terhadap sistem feudal dan penguasaan Gereja di

Zaman Pertengahan. Ertinya dalam sejarah Barat, agama (Kristian) menghalang

cita-cita intelektualisme, sedang dalam sejarah Islam, agamalah yang mendorong

malah mewajibkannya. Sebab itu jika dinilai peranan Barat dalam menggalakkan

cita-cita intelektualisme di Nusantara, maka itu tidak lain merupakan penerusan

kepada proses Islamisasi belaka. (Abdul Rahman Haji Abdullah (1984). Sejarah

Dan Pemikiran Islam. Selangor : Penerbitan Pena Sdn. Bhd.)

Sumbangan Islam Kepada Tamadun Melayu

Sebelum kedatangan Islam penduduk di Nusantara pada umumnya menganut

agama Hindu. Walaupun begitu, masyarakat Melayu pada ketika itu sudah

mempunyai kebudayaan mereka yang tersendiri, kemudian mereka dipengiruhi

oleh kebudayaan Hindu dalam beberapa hal. Selepas abad kedua belas pengaruh

Islam pun mulai berkembang dengan pesatnya. Dengan kedatangan Islam, maka

beberapa sumbangan dan pembaharuan telah dibawa oleh Islam demi untuk

memperkayakan lagi kebudayaan Melayu.

Ahli-ahli kebudayaan berpendapat bahawa agama Islam tidak memberi perubahan

dalam struktur ekonomi orang Melayu. Misalnya sebelum kedatangan Islam orang

Melayu menjalankan perdagangan dan pertanian, demikianlah halnya juga

sesudah kedatangan Islam. Tegasnya, Islam tidak membawa bentuk yang baru

daripada sistem perekonomian Islam. Walau bagaimanapun Islam telah memberi

sumbangan dalam susunan perekonoman orang Melayu. misalnya sistem

pengeluaran zakat dan fitrah merupakan sebagai satu cara mengambil harta orang

yang berada untuk diberi kepada orang yang susah. Demikian juga sistem

Page 72: NOTA CTU151 UiTM

72

sedekah, kafarah, wakaf dan sistem Baitulmal yang merupakan satu fenomena

baru dalam masyarakat Melayu dalam zaman Islam. Hal ini merupakan juga

sebagai aspek perekonomian yang penting yang telah disumbangkan oleh Islam.

Perkembangan Islam ke daerah Nusantara dibawa oleh mubaligh Islam, dan

ajaran yang dibawa oleh mereka adalah berbentuk metafizik dan bercorak

intelektralisme. Dengan yang demikian, flkiran orang-orang Melayu telah

terbuka, dan lahirlah rasionalisme dan intelektualisme dalam masyarakat Melayu

yang tiada terdapat sebelum kedatangan Islam. Dengan kelahiran unsur

rasionalisme, ia merupakan sebagai satu cabaran kepada unsur mitologi dan

dongeng-dongeng yang menitikberatkan alam khayalan dan fantasi yang

membicarakan tentang dewa-dewa dan pari-pari. Mubaligh-mubaligh Islam

membawa kepercayaan monoteisme dengan penekanan kepada fikiran yang

rasional untuk mempertahankan keterangan-keterangan mengenai wujudnya

Tuhan.

Kedatangan Islam membawa dorongan utama ke arah penghayatan ilmu

pengetahuan dan daya berfikir bukan sahaja kepada golongan istana, tetapi juga

kepada orang awam. Hasil penulisan pada zaman Islam bukan semua dihasilkan

untuk kepentingan raja-raja dan golongan bangsawan, malah kitab-kitab itu

dituliskan untuk bacaan orang Islam umumnya. Jelaslah daripada perkembangan

baru hasil penulisan dan karya-karya kesusasteraan lebih bercorak demokrasi dari

masa yang sudah-sudah. Islam telah membawa bentuk baru dalam bidang

kesusasteraan. Hasil-hasil kesusasteraan Islam dalam bentuk kisah nabi-nabi dan

pahlawan-pahlawan Islam mengambil alih epik-epik dan hikayat-hikayat Hindu

yang penuh dengan khayalan dan fantasi. Kitab-kitab agama dan falsafah Islam

telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu mulai berkembang

Page 73: NOTA CTU151 UiTM

73

dengan pesatnya. Istilah-istilah daripada bahasa Arab dipinjam dan ditambahkan

lagi untuk memperkayakan lagi perbendaharaan kata-kata Melayu.

Agama Islam dengan semangat jihadnya memberi inspirasi untuk menyintai

tanahair di dalam diri penduduk di daerah Alam Melayu. Semangat Islam

memainkan peranan utama menyatupadukan tenaga politik penduduk setempat

untuk menentang kolonialisme dari Barat. Semangat persaudaraan yang

dianjurkan oleh Islam dapat menyatupadukan berbagai-bagai suku dan puak,

misalnya terdapat berbagai-bagai suku kaum di Indonesia, namun dengan

semangat Islam mereka dapat bersatu di bawah pertubuhan-pertubuhan

kebangsaan telah berjuang menuntut kemerdekaan berdasarkan agama Islam.

Tidak syak lagi bahawa agama Islam dengan semangat keislamannya yang

berkobar-kobar telah menyatukan penduduk di Nusantara bagi berjuang

membebaskan diri mereka daripada kuasa penjajahan Barat.

Antara ciri-ciri kebudayaan Islam yang menjadi amalan penduduk di Nusantara,

ialah gambaran masyarakat Islam yang hidup secara persaudaraan di dalam

sebuah kampung. Masjid merupakan tempat tumpuan pada hari-hari Jumaat, atau

pada waktu malam hari kerana mendengar pengajaran-pengajaran agama. Masjid

merupakan balai permesyuaratan di kalangan penduduk di sesebuah kampung, di

situ mereka berunding bersama-sama dalam hal-hal kehidupan mereka. Agama

Islam memainkan peranan yang penting dalam kesejahteraan rakyat di Alam

Melayu. Apabila agama mendapat tempat yang begitu baik, maka terdapat

keamanan dan kesejahteraan di kalangan penduduknya. Maka lahirlah perasaan

bersatu padu dan kasih sayang antara mereka seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Islam sebagai agama yang menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan, maka

dengan kedatangan Islam pusat-pusat pendidikan Islam mulai didirikan di merata-

Page 74: NOTA CTU151 UiTM

74

rata tempat di daerah Alam Melayu. Di samping masjid dan surau, sekolah agama

didirikan untuk mengajar ilmu pengetahuan agama Islam mulai daripada pelajaran

membaca Quran hinggalah kepada pelajaran ilmu fekah, tauhid, tasawuf, bahasa

Arab, nahu dan lain-lain lagi.

Undang-undang Islam daripada Mazhab Shafie memainkan peranan penting

dalam menentukan hal-hal yang mengenai kehidupan penduduk di Alam Melayu

seperti perkara yang berkaitan dengan warisan, harta, undang-undang mu'amalah

perkara yang berkaitan dengan perkahwinan, dan hukuman yang tertentu terhadap

orang-orang yang membuat kesalahan. Pengaruh undang-undang Islam juga

terdapat dalam undang-undang setempat seperti Undang-undang Luaran di

Filipina dan Hukum Kanun Melaka di Semenanjung Tanah Melayu. Di samping

itu, terdapat undang-undang adat yang diamalkan di beberapa daerah tertentu

yang bercampur dengan pengaruh undang-undang Islam.

Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Kebudayaan

Agama Islam mempengaruhi semua aspek kehidupan orang Melayu. Misalnya

dalam bidang politik, sistem pemerintahan Melayu yang terawal di Semenanjung

ialah sistem Kesultanan Melayu Melaka. Kemudian diikuti oleh negeri-negeri

yang lain seperti Terengganu dan Pahang. Salah satu peninggalan bertulis dari

zaman Melaka ialah Undang-undang Melaka.Undang-undang Melaka ini

menggambarkan kepada kita corak, atau cara pemerintahan yang telah dijalankan

di negeri itu. Undang-undang itu juga mungkin merupakan sebahagian

perlembagaan negeri yang berkenaan.

Jika dikaji Hukum Kanun Melaka yang wujud sejak abad ke-14 itu ternyata sekali

bahawa Islam telah memainkan peranan yang penting. Mukadimah undang-

undang tersebut dimulakan dengan doxologi keislaman, kemudian didefinisikan

Page 75: NOTA CTU151 UiTM

75

jawatan Sultan Mahmud dan Raja-raja Melaka sebagai Khalifah al-Mu'minin.

Satu fasal undang-undang itu ada menyebut: "berhubung dengan menteri-menteri,

pegawai-pegawai istana dan pasukan tentera, mereka hendaklah bertindak

berdasarkan firman Allah dalam al-Quran dan menjalankan suruhannya untuk

membuatkan kebaikan dan menegahkan kejahatan."

Apa-apa yang diperkatakan oleh Hukum Kanun Melaka itu memang bertepatan

sekali dengan laporan Sejarah Melayu tentang wasiat Sultan Mansur Syah kepada

puteranya Sultan Alauddin supaya menjalankan pentadbiran negeri menurut

perintah Allah. Sultan Alauddin pernah meniru jejak langkah Khalifah Umar ibn

al-Khattab yang menyamar diri pada waktu malam hari untuk menyiasat tentang

kesusahan rakyat. Sultan Alauddin berbuat demikian kerana ingin menghapuskan

perompak-perompak yang bermaharajalela di Melaka pada waktu malam hari.

Menurut Sejarah Melayu, tindakan Sultan Alauddin itu telah menjadikan bandar

Melaka menjadi aman kembali.

Hukum Kanun Melaka yang menjadi sistem undang-undang bagi mentadbir

negeri Melaka memperlihatkan beberapa fasal yang disandarkan kepada sistem

undang-undang Islam. Salah satu fasalnya ada menyebutkan tentang keperluan

ketua negara untuk berunding dan bermesyuarat dengan pegawai-pegawai

kerajaan dan rakyat jelata. Hal ini sama seperti sistem pemerintahan Islam pada

zaman Khulafa' al-Rasyidin, yang berdasarkan konsep 'Syura' seperti yang

ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran. Beberapa fasal dalam Hukum Kanun

Melaka yang berhubung dengan kesalahan membunuh, berzina, membuat fitnah,

meminum minuman keras, bersumpah, kesaksian, hukum murtad, wakaf, wang

bunga dan lain-lain memperlihatkan bahawa Hukum Kanun Melaka itu kuat

dipengaruhi oleh unsur-unsur Islam. Sejarah Melayu juga menyebut tentang

masalah-masalah agama yang menjadi perhatian. Raja-raja Melaka hingga

Page 76: NOTA CTU151 UiTM

76

terpaksa dihantar beberapa utusan ke Pasai. Walau bagaimanapun, tidak dapat

dinafikan tentang sifat kezaliman beberapa orang Sultan Melaka. Keadaan ini

mungkin berlaku kerana kekuasaan politik tertumpu kepada ketua kerajaan sahaja,

seperti yang berlaku dalam pemerintahan Islam daripada keluarga Umaiyah dan

Abbasiyah yang menyalahgunakan kuasa mereka.

Undang-undang Pahang yang mungkin merupakan perlembagaan negeri itu sejak

tahun 1592 Masihi telah memproklamirkan Pahang sebagai 'Dar al-Islam' dengan

Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Syah (1592-1614 T.M.) sebagai Khalifah.

Undang-undang Pahang itu telah digubal hampir sepenuhnya berdasarkan hukum

Islam. Daripada 68 fasal dalam Undang-undang Pahang, 42 fasal merupakan

terjemahan sepenuhnya daripada undang-undang Islam daripada Mazhab Syafie.

Islam juga memainkan peranannya dalam sistem pemerintahan Melayu di

Terengganu. Pada catatan di batu bertulis terdapat bukti bahawa hukum Islam

mengenai kesalahan zina telah dilaksanakan di negeri itu sejak tahun 1303 Masihi

lagi.

Dalam sistem pemerintahan Kerajaan Aceh banyak bukti yang dapat diberikan

tentang kedudukan Islam dalam pentadbiran negeri itu. Snouck Hungronje dalam

bukunya The Achinese walaupun mendakwa undang-undang adat berleluasa di

negeri itu, juga mengakui bahawa undang-undang Islam amat kuat dijalankan di

Aceh berbanding dengan tempat-tempat lain di Alam Melayu. Jawatan pentadbir

undang-undang tertinggi di bawah Kesultanan Aceh ialah Kadi-Malik al-Adil.

Jawatan yang rendah sekali ialah Imam yang bertanggungjawab bagi pentadbiran

di tiap-tiap mukun, termasuk urusan sembahyang Jumaat. Oleh kerana pengaruh

Islam begitu kuat di Aceh, sistem perlantikan ketua kerajaan daripada kalangan

kaum wanita telah diberhentikan selepas Sultanah Kamalat Syah (1688-1699

Page 77: NOTA CTU151 UiTM

77

Masihi) kerana didasarkan kepada satu fatwa dari Mekah yang melarang

perlantikan wanita sebagai ketua Kerajaan Islam.

Dalam bidang sosial, Islam telah membawa satu perubahan yang radikal seperti

yang diperkatakan oleh Wertheim dalam bukunya Indonesian Society in

Transition. Menurut beliau, Islam telah memperkenalkan konsep sama rata, atau

unsur demokrasi sebagai ganti sistem kasta Hindu yang membahagikan penduduk

Alam Melayu kepada beberapa susun lapis seperti di India. Menurut Wertheim,

Islam telah menghapuskan semangat kedaerahan dan membentuk perpaduan di

kalangan penduduk Alam Melayu melalui konsep umah, atau masyarakat Islam.

Proses perpaduan ini menurut beliau dicapai melalui perlakuan ibadat, termasuk

mengerjakan haji. Beliau menyamakan peranan Islam di Alam Melayu dengan

zaman permulaan Islam di negeri Arab, kerana Islam telah menghapuskan

semangat kesukuan orang-orang Arab dalam zaman pralslam, dan menggantikan

fahaman yang bercorak universal tanpa semangat perkauman, atau kebangsaan

yang sempit.

Apabila orang Melayu mula memeluk agama Islam, mereka mempelajari ayat-

ayat Quran untuk tujuan menunaikan fardu sembahyang. Dari tahap ini, orang

Melayu mula digalakkan belajar membaca serta diikuti pula dengan proses

pembelajaran yang bercorak ilmu-ilmu agama. Penulisan bahasa Melayu yang

menggunakan huruf Quran mulai berlaku dengan tujuan mengarang buku-buku

mengenai agama Islam.

Daripada dorongan pembelajaran itu, lahirlah institusi-institusi agama Islam yang

berpusat di madrasah, surau dan masjid, diikuti oleh peringkat yang lebih tinggi,

iaitu pondok, langgar, rangkang dan pesantren. Pesantren merupakan satu institusi

pengajian tinggi agama Islam yang bercorak tradisi di Pulau Jawa. Kini beberapa

Page 78: NOTA CTU151 UiTM

78

buah pesantren di Pulau Jawa telah disamakan kedudukannya dengan universiti

Islam, walaupun nama dan beberapa identiti tradisinya masih dikekalkan.

Pengajian agama Islam serta penulisan yang bercorak keislaman telah

menggalakkan perkembangan bahasa Melayu bukan sahaja di Alam Melayu,

tetapi di beberapa daerah di Tenggara Asia, termasuk rantau Indo-China.

Pengaruh Islam meliputi semua aspek kebudayaan Melayu. Apa-apa yang telah

diperkatakan di atas merupakan sebahagian daripada contoh bidang kebudayaan

yang telah diterokai oleh agama Islam dalam zaman permulaannya. Benarlah

pendapat Wertheim bahawa agama Islam dalam beberapa hal turut mencetuskan

revolusi dan memodenkan masyarakat Melayu tradisi.

Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Kesusasteraan

Dalam zaman permulaan Islam penyebar-penyebar Islam telah menulis risalah-

risalah agama yang menerangkan tentang rukun-rukun iman dan rukun-rukun

Islam. Di samping tulisan mengenai ajaran Islam, penyebar-penyebar agama

Islam itu tentu turut mengisahkan tentang pembawa ajaran yang tersebut, iaitu

Nabi Muhammad. Cerita-cerita tentang Nabi Muhammad dapat dianggapkan

sebagai yang paling tua usianya, jika dibandingkan dengan karya kesusasteraan

pengaruh Islam yang lain. Lagipun cerita-cerita seperti ini tiba bersama-sama

kedatangan Islam ke daerah ini. Cerita-cerita mengenai Nabi Muhammad ini

memperkatakan tentang ketokohannya, sifat-sifatnya yang ideal, peristiwa-

peristiwa yang luar biasa mengenai dirinya sebagai pesuruh Allah dan lain-lain.

Cerita-cerita ini disadurkan oleh penulis-penulis Islam setempat daripada

kesusasteraan Arab dan Parsi seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Makjizat

Nabi, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Mikaj, dan

Hikayat Rasulullah. Ajaran-ajaran Islam juga disampaikan melalui cerita-cerita

mengenai Nabi seperti Hikayat Nabi Muhammad Dengan Iblis. Hikayat Puteri

Page 79: NOTA CTU151 UiTM

79

Salamah yang mengandungi nasihat Nabi tentang tugas seorang isteri dalam

Islam. Hikayat Seribu Masalah mengandungi dialog antara Nabi dengan

pemimpin Yahudi. Hikayat-hikayat lain daripada jenis yang sama seperti Hikayat

Nabi Mengajar Ali, Hikayat Nabi Mengajar Anaknya Fatimah, Hikayat Nabi

Dengan Orang Miskin, dan lain-lain.

Dalam al-Quran ada tersebut tentang cerita-cerita yang ringkas mengenai nabi-

nabi. Cerita tentang nabi-nabi ini telah disadurkan oleh penulis-penulis Islam

daripada bahasa Arab atau Parsi, ke dalam kesusasteraan Melayu. Misalnya

Hikayat Nabi-nabi, Hikayat Nabi Sulaiman, Hikayat Nabi Musa, Hikayat Nabi

Yusuf, Hikayat Raja Jumjumah, Hikayat Zakaria, Hikayat Lumkan al-Hakim,

Hikayat Nabi Allah Ayub, Hikayat Nabi Musa Munajat dan lain-lain.

Cerita-cerita mengenai para sahabat Nabi dan tokoh-tokoh Islam juga digubahkan

menjadi cerita seperti Hikayat Abu Bakar, Hikayat Amir al-Mu'minin Umar,

Hikayat Abu Syahmah, Hikayat Abu Bakar dan Rahib Yahudi, Hikayat Raja

Khandak, Hikayat Hassan dan Hussain, Hikayat Tamin al-Dari dan lain-lain.

Penulis-penulis Islam dipercayai juga menghasilkan cerita-cerita mengenai

pahlawan-pahlawan Islam dalam Kesusasteraan Melayu seperti Hikayat Amir

Hamzah. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Sa'ifZul Yazan, Hikayat

Semaun dan seterusnya. Menurut Winstedt bahawa Cerita-cerita Berbingkai

adalah bersumberkan dari Tanah Arab, atau Parsi. Untuk menyalin, atau

menyadurkan karya-karya yang tersebut memerlukan orang-orang yang

menguasai bahasa Arab dan Parsi. Orang Melayu yang menguasai bahasa-bahasa

tersebut pada umumnya terdiri daripada mereka yang mendapat didikan melalui

institusi-institusi pengajian Islam. Bahasa-bahasa tersebut merupakan sebagai

bahasa asas dalam bidang pengajian Islam pada masa yang lampau. Dengan yang

Page 80: NOTA CTU151 UiTM

80

demikian, penyalin-penyalinnya adalah daripada penulis-penulis Islam. Cerita-

cerita Berbingkai yang dimaksudkan itu ialah Hikayat Bayan Budiman, Hikayat

Kalilah Dan Daminah, Hikayat Bakhtiar, dan lain-lain.

Dalam sejarah perkembangan Islam terdapat ahli-ahli sufi yang terkenal dalam

dunia Islam dan aliran fahaman mereka telah menjadi ikutan. Cerita-cerita tentang

ahli-ahli sufi itu dituturkan sehingga menjadi suatu legenda. Cerita-cerita itu

kemudian dituliskan orang. Penulis-penulis Islam di Alam Melayu turut

menyadur, atau mengubahkan cerita-cerita mengenai tokoh-tokoh yang tersebut

untuk menjadi contoh dan teladan kepada pembacanya. Cerita-cerita tersebut

adalah seperti Hikayat Sultan Ibrahim, Hikayat Abu Yazid Bistami, Hikayat

Syeikh Abdul Kadir Jailani, Hikayat Rabe'ah, Hikayat Darmatasih, dan lain-lain.

Cerita-cerita rekaan telah digubahkan untuk tujuan memberi hiburan di samping

memasuki beberapa unsur didaktik. Cerita-cerita seperti ini ialah mengenai Raja-

raja Islam dan putera-putera raja. Persoalan-persoalan dalam cerita ini selalunya

menyentuh tentang pengembaraan, percintaan, perjuangan mereka untuk

menegakkan keadilan dan lain-lain. Hikayat-hikayat seperti ini dalam

Kesusasteraan Melayu telah digubah oleh penulis setempat, atau disadurkan

daripada tulisan-tulisan dalam bahasa Arab, Parsi dan Hindustan. Antara saduran-

saduran itu ialah Hikayat Raja Damsyik, Hikayat Muhammad Mukabil, Hikayat

Jauhar Manikam, Hikayat Hassan Damsyik, Hikayat Sultan Bustaman, Hikayat

Gul Bakawali, dan lain-lain. Cerita-cerita jenaka turut diciptakan seperti cerita-

cerita mengenai Abu Nawas, seorang penyair yang terkenal dalam zaman

Kerajaan Abbasiyah. Daripada jenis yang sama juga termasuk Hikayat Umar

Umaiyah yang telah dipadankan daripada sebuah karya asal dalam bahasa Arab.

Page 81: NOTA CTU151 UiTM

81

Sumbangan penulis-penulis selanjutnya dalam bentuk sastera ketatanegaraan yang

pada umumnya telah disusunkan bersumberkan daripada ajaran Islam, malah

judulnya sendiri telah menggunakan bahasa Arab, seperti Bustan al-Salatin

(Taman Segala Raja) yang dikarangkan oleh Syeikh Naruddin al-Raniri, dan Taj

al-Salatin (Mahkota Raja-raja) yang telah dikarangkan oleh Bokhari al-Jauhari.

Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Puisi Melayu

Sumbangan penulis-penulis Islam termasuk juga dalam pengenalan bentuk-bentuk

puisi dalam Kesusasteraan Melayu yang telah dipadankan dari Arab dan Parsi,

seperti syair, nazam, masnawi, rubai'i, kitab, gazal, kasidah dan lain-lain. Pencipta

syair yang pertama di Alam Melayu menurut Saiyid Muhammad Naguib al-Attas

ialah Hamzah Fansuri, seorang pujangga Islam. Dalam karyanya, Hamzah Fansuri

memusatkan persoalan-persoalannya pada soal-soal tasawuf. Hamzah telah

menulis syair-syair seperti Syair Dagang, Syair Burung Pungguk, Syair Perahu,

Syair Burung Pinggai, dan Syair Sidang Fakir. Syekh Abdul Rauf Singkel yang

banyak menulis kitab-kitab agama juga turut menulis syair yang bercorak tasawuf

berjudul 'Syair Makrifat'. Mansur anak murid Abdul Rauf telah menulis sebuah

karya puisi yang bertemakan tasawuf juga berjudul 'Syair Takrif al-Huruf. Syair-

syair yang lain yang bertemakan tasawuf yang tidak dapat dipastikan nama

pengarangnya, seperti Syair Makrifat dan Alam Tasawuf, Syair Mistik dan

Tauhid, Syair Unggas Bersoal Ilmu Akhirat, Syair Kiamat, Syair Cerita Dalam

Kubur, dan lain-lain.

Syair merupakan bentuk puisi yang agak popular dalam Kesusasteraan Melayu

Lama. Penulis-penulis Islam menggunakannya juga sebagai media untuk

menyalurkan dakwah agama; malah puisi-puisi keagamaan telah ditulis dengan

menyentuh tentang rukun-rukun Islam, rukun-rukun Iman, pengajaran hukum-

hukum Islam, akhlak yang baik dan budi pekerti yang mulia. Penulis-penulis

Page 82: NOTA CTU151 UiTM

82

Islam juga turut mengubahkan cerita-cerita mengenai nabi dalam bentuk syair

seperti Syair Nabi Bercukur, Syair Nabi Yusuf, dan Syair Puji-pujian kepada

Nabi. Syair-syair yang tersebut juga dilagukan dan dinyanyikan dalam perayaan-

perayaan Islam, atau dalam sesuatu istiadat keislaman. Syair-syair lain yang

membawakan tema keagamaan ialah seperti Syair Qawa'id al-Islam, Syair Alif Ba

Ta, Syair Ibadat, Syair Haji dan lain-lain.

Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Perlembagaan

Menurut perlembagaan Malaysia, agama Islam ialah agama rasmi bagi

Persekutuan Tanah Melayu (tetapi tidak menjadi agama rasmi di Sabah dan

Sarawak) seperti yang tercatat dalam perlembagaan Malaysia Bab (3) Ceraian (1),

iaitu agama Islam menjadi agama Persekutuan Tanah Melayu. Ceraian (2) pula

menyatakan bahawa di tiap-tiap negeri, melainkan Melaka dan Pulau Pinang,

kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama di negerinya seperti yang diakui oleh

perlembagaan negeri itu, dan dalam lengkongan perlembagaan itu segala hak,

keutamaan dan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama itu terpelihara. Tetapi dalam

sebarang perlakuan, acara-acara dan upacara-upacara yang telah dipersetujukan

oleh Majlis Raja-raja supaya meliputi kepada seluruh Persekutuan Tanah Melayu,

maka tiap-tiap Sultan sebagai Ketua Agama di negerinya dapat memberi kuasa

kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

untuk mewakilinya. Bagi negeri Pulau Pinang dan Melaka Bab (3) itu

menyebutkan: "Perlembagaan-perlembagaan negeri Melaka dan Pulau Pinang

akan mengandungi syarat-syarat untuk menganugerahkan kepada Duli Yang

Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama

Islam di negeri-negeri itu".

Dalam bidang perundangan mengenai hal-ehwal agama Islam kerajaan negeri

mempunyai kuasa penuh. Kerajaan Pusat tidak boleh membuat sesuatu undang-

Page 83: NOTA CTU151 UiTM

83

undang berhubung dengan agama Islam, tanpa terlebih dahulu mendapat

persetujuan dengan kerajaan negeri yang bersangkutan. Menurut perlembagaan

itu, bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong menjadi

ketua agama di negeri baginda sendiri dan juga di negeri-negeri Melaka dan Pulau

Pinang, sedangkan di negeri-negeri lain Sultan masing-masing bertanggungjawab

sebagai Ketua Agama. Di tiap-tiap buah negeri Persekutuan Tanah Melayu telah

dibentuk sebuah pejabat agama untuk mengendalikan pentadbiran hal-ehwal

agama Islam. Majlis ini diketuai oleh seorang Yang di-Pertuan. Di samping itu,

terdapat Kadi-kadi dan Kadi Besar yang bertanggungjawab bagi membicarakan

soal perceraian, khalwat, tidak berpuasa di bulan Ramadan, enggan menunaikan

sembahyang Jumaat, bersekedudukan dan perbuatan-perbuatan yang melanggar

undang-undang Syarak. Majlis agama juga bertanggungjawab mengeluarkan

tauliah kepada guru-guru agama Islam di dalam tiap-tiap negeri itu. Di samping

itu, terdapat pula jawatan Mufti yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan

sesuatu fatwa berkaitan dengan kepentingan agama dan umat Islam. Majlis

Agama bertanggungjawab mengenai harta wakaf dan Baitulmal dan

mentadbirkannya untuk kebajikan orang Islam.

Kutipan-kutipan zakat dan fitrah adalah terletak di bawah kuasa Sultan yang

biasanya melantik suatu jawatankuasa untuk mengendalikan kutipan ini, dan

biasanya tertakluk di bawah kuatkuasa Majlis Agama Islam. Kuasa Majlis Agama

itu menurut perlembagaan negeri meliputi hukum syarak seperti undang-undang,

berhubung dengan harta pusaka dengan melalui cara-cara wasiat, atau tidak.

Mengenai perkahwinan, nikah, talak, mas kahwin, nafkah, khalwat,

bersekedudukan, harta wakaf, Baitulmal dan juga bertanggungjawab mengenai

tempat ibadat, menghukum orang-orang yang melanggar hukum-hukum syarak,

kecuali perkara yang terkandung dalam senarai persekutuan. Mahkamah Syariah

hanya berkuasa terhadap orang-orang Islam. Majlis Agama juga

Page 84: NOTA CTU151 UiTM

84

bertanggungjawab mengawal sesiapa yang mencuba mengembang ajaran dan

kepercayaan lain kepada penganut agama Islam.

Menurut perlembagaan Malaysia Bab (12) Ceraian (2) menyatakan: "Undang-

undang Persekutuan membolehkan diberi bantuan kewangan khas untuk

mengadakan atau menanggung tempat-tempat pengajian Islam, atau mengadakan

pengajaran agama Islam kepada orang-orang Islam. Dengan itu, telah dicatatkan

dalam Undang-undang Pelajaran 1956 Bahagian 49 antaranya menyebutkan.

"Manakala ada 15 orang murid atau lebih beragama Islam di sebuah sekolah yang

menerima bantuan, maka guru agama hendaknya diadakan." Dengan itu, pelajaran

agama telah diberikan dengan cara meluas di semua tingkatan persekolahan di

Tanah Melayu.

Untuk melicinkan lagi pentadbiran agama Islam, Jabatan Perdana Menteri

mempunyai peruntukan khas untuk mengendalikan hal ehwal agama Islam,

misalnya pentadbiran Masjid Negara terletak di bawah tanggungjawab Jabatan

Perdana Menteri. Bantuan kewangan juga diberi kepada pertubuhan-pertubuhan

Kebajikan Islam untuk usaha-usaha penyiaran Islam di kalangan penduduk Tanah

Melayu dan lain-lain lagi. Kini Jabatan Perdana Menteri menjalankan aktiviti

dakwah melalui Institiut Dakwah Islam dan kegiatan penyelidikan melalui Pusat

Penyelidikan Islam Jabatan Perdana Menteri. (Dr. Ismail Hamid (1985).

Pengantar Sejarah Umat Islam. Kuala Lumpur : Heinemann (malaysia) Sdn. Bhd.)

2.4 Tamadun Melayu sebagai asas pembinaan Tamadun Malaysia

Tamadun Malaysia yang sedang dimantapkan sekarang wujud dari satu proses

sejarah yang sambung-menyambung dan dapat dibuktikan melalui pelbagai

sumber arkeologi mahupun sejarah. Dari segi sejarah terbukti bahawa wilayah

politik yang bernama Malaysia sekarang adalah lanjutan daripada politik-politik

Page 85: NOTA CTU151 UiTM

85

Melayu seperti Melaka, Johor, Perak, Pahang, Selangor, Kedah, Kelantan,

Terengganu dan Negeri Sembilan.

Politik-politik ini juga adalah kesinambungan daripada pelbagai kerajaan Melayu

yang pernah wujud pada zaman sejarah seperti Srivijaya, Temasik (Singapura),

Langkasuka, Melaka, Johor-Riau-Lingga dan lain-lain. Keseluruhan politik ini

terangkum di dalam satu wilayah budaya yang dikenali sebagai Kepulauan

Melayu, Alam Melayu atau Nusantara dan di wilayah inilah Tamadun Melayu

wujud berkembang.

Lantaran fakta sejarah tersebut, maka paksi utama yang menyumbang kepada

pembinaan dan pemantapan Tamadun Malaysia ialah Tamadun Melayu. Setiap

politik Melayu yang disebutkan di atas diperintah oleh raja atau sultan. Sistem

pemerintahan raja berpelembagaan sekarang ini adalah antara sumbangan utama

Tamadun Melayu kepada Tamadun Malaysia. Perlembagaan Malaysia

memaktubkan dua institusi, iaitu Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Yang diPertuan Agong merupakan ketua utama negara, yang mengetuai tiga

badan di dalam kerajaan, iaitu perundangan (legislative), pemerintahan

(executive) dan kehakiman (judiciary).

Sebagai ketua legislatif, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan dalam

memperkenankan undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Parlimen,

iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diwartakan menjadi undang-

undang yang sah. Sebagai ketua utama negara, baginda melantik Perdana Menteri

dan Menteri-menteri, Ketua Hakim dan Hakim-hakim, Pesuruhjaya Tinggi dan

Duta-duta Malaysia ke luar negara. Sebagai sumber keadilan negara, baginda juga

mempunyai kuasa mengampun setiap kesalahan sama ada di mahkamah sivil yang

dilakukan di Wilayah Persekutuan; atau mahkamah tentera. Baginda juga adalah

Page 86: NOTA CTU151 UiTM

86

pemerintah tertinggiAngkatan Bersenjata Malaysia, di samping bertindak sebagai

ketua agama Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan

Sarawak.

Yang diPertua Agong tidak terlibat di dalam politik dan pemerintahan negara, dan

baginda boleh mewakilkan tugasnya kepada sesiapa atau suruhanjaya yang

dilantik oleh baginda. Baginda adalah payung dan paksi kepada perjalanan sistem

pemerintahan. Inilah hakikat sistem raja berperlembagaan kerana baginda tidak

berkuasa mutlak. Baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah

Menteri, seperti termaktub di dalam perlembagaan. Sebagai satu entiti politik,

Malaysia merupakan sebuah negara merdeka yang menjunjung keluhuran

perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Dari semenjak zaman sejarah, negeri-negeri Melayu memiliki kanun perundang

yang berasaskan adat Melayu dan perundangan Islam. Negeri Melayu seperti

Melaka memiliki Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka, Johor

dengan Undang-undang Johor dan Undang-undang Tubuh Negeri Johor (1895),

Pahang dengan Undang-undang Pahang; Kedah dengan Undang-undang Kedah;

Terengganu dengan Itqan Al-Mulk (Perlembagaan Negeri Terengganu 1911);

Perak dengan Undang-undang II dan Undang-undang Keturunan Daripada Turun

Negeri Perak; Negeri Sembilan pula dengan Hukum Adat atau Undang-undang

Adat yang terdapat di empat daerah utama, iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol

dan Jelebu. Tradisi pemerintahan berasaskan perundangan dan perlembagaan ini

dilanjutkan pula kepada entiti politik Malaysia.

Semenjak zaman sejarah sehingga kini, Tamadun Melayu telah dimantapkan oleh

Islam. Islam dan adat Melayu, secara khusus telah menjadi salah satu struktur

terpenting kemelayuan. Islam dan adat Melayu merupakan struktur yang saling

Page 87: NOTA CTU151 UiTM

87

melengkapi dan terintegrasi ke dalam wadah kemelayuan. Islam terus menjadi

faktor definitif Melayu, iaitu Melayu mengamal adat Melayu, berbahasa Melayu

dan beragama Islam. Takrifan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi secara

meluas di Alam Melayu. Islam menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu.

Islam bukan sahaja menjadi faktor yang mentakrifkan Melayu, juga dimaktubkan

di dalam perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama persekutuan dan

setiap raja atau sultan adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan

Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Fasal 3 Perlembagaan Malaysia dan

dengan peruntukan ini membolehkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri

melaksanakan pembangunan Islam dalam pelbagai bidang, termasuk

melaksanakan pentadbiran dan Undang-undang Islam. Dengan termaktubnya

agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia, tidak bermakna agama-agama

lain tidak boleh dianuti oleh orang-orang bukan Melayu atau bukan Islam.

Perkembangan Islam di Alam Melayu tidak boleh dipisahkan daripada peranan

yang dimainkan oleh bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan sahaja menjadi

bahasa tulisan untuk sejumlah besar kitab-kitab agama dan kesusasteraan Melayu,

malah menjadi pengantar komunikasi utama perkembangan Alam Melayu. Para

pendakwah menggunakan bahasa Melayu sebagai media komunikasi mereka.

Bahasa Melayu menjadi lingua franca di kalangan para pedagang yang berdagang

di kawasan ini. Bahasa Melayu adalah bahasa persatuan dan kesatuan Melayu di

Alam Melayu. Berdasarkan logika sejarah tersebut, maka dimaktubkan juga di

dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia bahawa bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan Malaysia.

Akta Pendidikan 1961, telah menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar utama sistem pendidikan negara, dari sekolah rendah hinggalah ke

peringkat pengajian tinggi. Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga menjamin

Page 88: NOTA CTU151 UiTM

88

kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam. Perlembagaan Persekutuan

juga mengiktiraf akan adanya undang-undang adat yang terlaksana di kalangan

orang Melayu dan juga peribumi Sabah dan Sarawak. Undang-undang adat yang

sudah lama dipakai semenjak sebelum adanya undang-undang bertulis, telah lama

digunakan oleh orang Melayu dan masyarakat peribumi lain, namun undang-

undang tersebut tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Tamadun Melayu sebenarnya telah banyak memainkan peranan sebagai asas

Tamadun Malaysia. Kemasukan British ke negeri-negeri Melayu telah banyak

mengubah landskap budaya dan ketamadunan. British telah membawa masuk atau

membenarkan kemasukan orang-orang Cina dan India ke negeri-negeri Melayu

kerana kepentingan ekonomi. Semangat kebangsaan Melayu mula berkembang

pada awal tahun 1900 apabila golongan inteligensia Melayu yang berpendidikan

Islam menerbitkan akhbar, seperti Al-Imam (1906) yang cuba membangkitkan

kesedaran terhadap agama, bangsa dan tanah air. Usaha demikian dilanjutkan pula

oleh inteligensia Melayu yang berpendidikan Melayu khususnya dari Maktab

Perguruan Sultan Idris (SITC) melalui tulisan-tulisan mereka di akhbar-akhbar

dan majalah yang berusaha membangkitkan kesedaran kebangsaan Melayu.

Bersama-sama dengan inteligensia Melayu berpendidikan Inggeris, mereka telah

bersatu menentang gagasan Malayan Union yang cuba diperkenalkan oleh British

Military Administration (BMA) pada tahun 1946. Penentangan terhadap Malayan

Union, yang cuba menghapus kedudukan raja-raja Melayu dan memberi

kerakyatan kepada orang asing, telah menyatupadukan semua orang Melayu dari

pelbagai negeri Melayu untuk menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan.

Akhirnya pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya mencapai

kemerdekaan, pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak bersetuju menjadi

sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

Page 89: NOTA CTU151 UiTM

89

Semangat Melayu yang berasaskan Islam telah berjaya menyatupadukan orang

Melayu dan merupakan instrumen terpenting untuk mencapai kemerdekaan

negara bersama-sama rakyat bukan Melayu. Intrumen ini juga berjaya

menghapuskan ideologi komunis dari negara ini. Inilah sumbangan terbesar

Tamadun Melayu dalam pembentukan negara dan bangsa Melayu yang harus

difahami oleh semua rakyat Malaysia danjuga dunia luar.

Page 90: NOTA CTU151 UiTM

90

Bab 3

Sumbangan Tamadun Islam Kepada Peradaban

Dunia

3.1 Perkembangan Tamadun Islam

Arab Jahiliah

Penduduk Arab sebelum Islam menganut pelbagai kepercayaan dan agama.

Agama yang dianut terdiri daripada agama samawi, iaitu Kristian dan Yahudi,

ajaran Nabi Isa dan Musa (a.s.) serta agama hanif (ajaran Nabi Ibrahim (a.s.),

manakala kepercayaan-kepercayaan yang diamalkan adalah seperti menyembah

berhala, api, matahari dan sebagainya yang dipanggil sebagai amalan Jahiliah.

Perkataan "Jahiliah" dari segi etimologinya berasal daripada kata kerja bahasa

Arab "jahila" yang bermaksud jahil, bodoh dan tidak berilmu pengetahuan. Dari

segi terminologinya, jahiliah merujuk kepada kejahilan masyarakat Arab sebelum

Islam dalam bidang akhlak dan keagamaan kerana dalam bidang-bidang lain

mereka telah pun maju seperti pemiagaan, binaan, kesusasteraan pertanian dan

sastera.

Tamadun manusia yang tertua di dunia dapat dikesan dan ia lahir di lembah

Tigris-Euphrates, Iraq kira-kira 5000 tahun yang silam. Selain tamadun Islam,

tidak dapat dipastikan titik permulaan dan peralihan sesuatu tamadun secara tepat

malah tidak jelas asal-usulnya. Tamadun Islam, bermula apabila berlaku peristiwa

penerimaan wahyu yang pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah

Page 91: NOTA CTU151 UiTM

91

s.w.t. melalui malaikat Jibrail (a.s.) pada bulan Ramadan tahun 610 Masehi,

ketika baginda berusia 40 tahun.

Ketika baginda dilahirkan, Semenanjung Arab berjiran dengan tamadun-tamadun

terkemuka dalam sejarah, iaitu tamadun Greek dan Byzantin di sebelah utara,

tamadun Iran (Parsi) di sebelah timur, tamadun India di sebelah tenggara, dan

tamadun Aramaik-Hebrew dan Aryan di sebelah barat laut.

Perkembangan tamadun Islam di dunia Arab boleh dibahagikan kepada empat

peringkat, iaitu zaman Rasulullah dan al-Khulafa al-Rashidin (610 M - 660 M),

zaman Bani Umaiyah (660 M - 750 M), zaman Bani Abbasiyah (750 M - 1261

M), zaman Bani Mughuliyah (Monggols) dan zaman Bani Uthmaniah (1261 M -

1924 M). Kekuatan pengaruh tamadun Islam turut menyumbang ke arah

tercetusnya pembaharuan di Eropah dan seterusnya perluasannya hingga ke

Kepulauan Melayu.

Zaman Rasulullah S.A.W dan sahabat

Zaman Rasulullah S.A.W. dan al-Khulafa' al-Rashidin (r.a.) merupakan zaman

model tamadun Islam. Pada prinsipnya tamadun Islam selepas zaman awal Islam

dicorakkan berdasarkan zaman model ini.

Nabi Muhammad S.A.W. lahir pada 12 Rabi' al-Awwal tahun Gajah, bersamaan

20 April tahun 571 Masehi dari kalangan bangsa Arab Quraisy. Sifatnya

yangjujur dan amanah menyebabkan baginda dikenali sebagai al-Amin (yang

jujur) di kalangan masyarakat pada ketika itu. Pada 17 Ramadan bersamaan 6

Ogos tahun 610 Masehi baginda mendapat wahyu yang pertama daripada Allah

s.w.t., sekali gus rasmilah pelantikan Baginda sebagai Rasul Allah.

Page 92: NOTA CTU151 UiTM

92

Selama 13 tahun berikutnya Baginda menjalankan dakwah di Makkah yang

bertemakan tauhid, iaitu mengesakan Allah s.w.t. dan menentang segala bentuk

syirik, khurafat dan tahyul. Pada tahun 622 Masehi baginda diperintahkan supaya

berhijrah ke Yathrib kerana menghadapi tentangan yang hebat dari segi fizikal

dan kejiwaan daripada orang kafir Quraisy. Mulai dari penghijrahan ini Yathrib

dikenali sebagai Madinah al-Nabi (bandar nabi).

Di Madinah, usaha-usaha dakwah Rasulullah secara kasarnya tertumpu kepada:-

1. Membina dan menyusun masyarakat serta negara Islam.

2. Memelihara dan mempertahankan masyarakat dan negara Islam.

Bagi melaksanakan usaha-usaha ini:

a - Beberapa perjanjian telah diadakan

1. Perjanjian Aqabah I (antara isinya orang Madinah berikrar tidak akan

mensyirikkan Allah s.w.t, mencuri, berzina, membunuh anak dan menolak

perbuatan baik).

2. Perjanjian Aqabah II (mempersaudarakan orang Muhajirin dan Ansar)

b - Meletakkan prinsip dan dasar pemerintahan Islam iaitu pembentukan Piagam

Madinah (Sahifat al-Madinah) yang mengandungi 47 fasal yang menekankan

konsep taqwa dan kesatuan

Setelah Rasulullah S.A.W. wafat pada tahun 632 Masehi bermulalah kerajaan

yang dipimpin oleh Sahabat-sahabat Nabi yang dikenali sebagai al-Khulafa' al-

Rashidin. Zaman ini diwakili oleh empat orang Khalifah, iaitu:

1. Khalifah Abu Bakr al-Siddiq - 632 Masehi (r.a)

2. Khalifah 'Umar ibn al-Khattab - 634 Masehi (r.a)

Page 93: NOTA CTU151 UiTM

93

3. Khalifah 'Uthman ibn al-'Affan - 444 Masehi (r.a)

4. Khalifah 'Ali ibn Abi Talib - 655 Masehi (k.w)

Zaman ini menyaksikan keempat-empat Khalifah (r.a.) meneruskan usaha-usaha

dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah dan meletakkan al-Qur'an dan al-Sunnah

sebagai rujukan dan asas dalam menjalankan pemerintahan.

Pada masa pemerintahan Abu Bakr al-Siddiq, beliau telah berjaya mewujudkan

keamanan dengan menumpaskan golongan yang enggan membayar zakat dan

mereka yang mendakwa diri mereka sebagai nabi selepas kewafatan Rasulullah.

Pada masa pemerintahan 'Umar ibn al-Khattab (r.a.) dengan kekuatan tentera yang

dimiliki, wilayah Islam mula berkembang ke Syria dan Mesir dan berjaya

menundukkan pemerintahan Romawi di timur dan menghancurkan pemerintahan

Farsi di Iraq. Pada masa pemerintah 'Uthman ibn 'Allan (r.a.) pula kerajaan Islam

terus berkembang luas sehingga ke Afrika di bahagian barat dan Turkistan di

Timur. Antara usaha penting 'Uthman ibn 'Affan ialah pembukuan al-Qur'an

menjadi sebuah mashaf yang lengkap. Pada masa pemerintahan 'Ali ibn Abi Talib

(k.w.), ilmu sains dan matematik mula diperkenalkan.

Zaman Bani Umaiyyah

Khalifah-khalifah kerajaan Bani Umayyah meletakkan al-Qur'an, al-Sunnah dan

al-Ijma' sebagai sumber perundangan negara, dan bentuk organisasai negara

seperti politik, pentadbiran dan kewangan dikekalkan seperti pada zaman Nabi

dan Sahabat, tetapi ia diperluas dan diubah suai sesuai dengan pertambahan

penduduk dan keluasan daerah Islam pada ketika itu. Pusat pemerintahan kerajaan

Bani Umayyah adalah di Damsyik (Syam) atau dikenali sebagai Syria sekarang.

Di Syam kegiatan ilmu pengetahuan sangat digalakkan. Pada masa itulah ilmu-

Page 94: NOTA CTU151 UiTM

94

ilmu al-Qur'an dan al-Hadis seperti 'ulum al-Qur'an dan mustalah Hadith mula

dikembangkan, begitu juga ilmu-ilmu sains seperti perubatan dan sebagainya.

Kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol yang dipimpin oleh 'Abdul al-Rahman al-

Dakhil memisahkan diri dari pusat pemerintahan Islam di timur, dengan

mendirikan kerajaan Islam di Andalusia, iaitu di Benua Eropah. Pusat

pemerintahannya adalah di Cordova.

Zaman Bani Abbasiyah

Pada zaman ini perkembangan kebudayaan, keilmuan, kegiatan ekonomi dan

politik begitu meluas dan gemilang. Kerajaan Bani Abbassiyah pada waktu itu

berpusat di Baghdad.

Dalam bidang kebudayaan, kegiatan seni seperti puisi, binaan dan ukiran

berkembang pesat. Perkahwinan campur telah melahirkan cantuman kebudayaan

Farsi, Hindu, Arab, dan Greek. Dari sudut keilmuan, pada zaman pemerintahan

Kerajaan Bani Abbassiyah berlaku penubuhan Bayt al-Hikmah dan gerakan

terjemahan yang diberi perhatian serins yang telah membantu perkembangan

dunia keilmuan. Masjid dijadikan sebagai pusat segala kegiatan ilmu.

Perkembangan dalam bidang ekonomi juga dapat dilihat dengan peranan yang

dimainkan oleh Bayt al-Mal. Fungsinya menjaga khazanah negara dan

mengagihkannya mengikut keperluan negara. Ini dapat diselenggarakan dengan

berkesan. Sumber-sumber ekonomi seperti pertanian dan perdagangan juga

berkembang pesat.

Dari segi politik, kelahiran fahaman politik mula wujud. Kerajaan juga mampu

menyediakan angkatan perang yang mantap untuk menghadapi sebarang bentuk

ancaman musuh sama ada dari luar atau dalam. Ketika ini juga organisasi

Page 95: NOTA CTU151 UiTM

95

kehakiman menjadi satu organisasi yang kukuh dan mempunyai peranan yang

besar.

Zaman Moghul dan Uthmaniah

Perkembangan dan kemajuan tetap berlaku, tetapi kerancakannya semakin

menurun akibat daripada penjajahan melalui peperangan dan usaha-usaha untuk

melumpuhkan Islam. Pada ketika itu budaya ilmu mula bertukar menjadi budaya

politik. Pada abad ke-13 Masehi kerajaan Islam Moghul telah diserang dan

dimusnahkan. Ini mengakibatkan banyak khazanah Islam musnah dan

dipindahkan ke dunia Barat. Pada masa yang sama juga Eropah mula membina

tamadun mereka. Kerajaan Moghul berpusat di Asia Tengah dan kemudian di

India, manakala kerajaan Uthmaniah mula-mula bertapak di Asia Kecil, kemudian

bertapak kuat di Istanbul. Pengaruh Tamadun Islam yang Membawa kepada

Renaissans di Eropah Perkataan renaissans berasal daripada bahasa Perancis, yang

bermaksud kelahiran semula (rebirth). Istilah ini merujuk kepada zaman

perkembangan tamadun Barat semasa zaman perubahan (transition) dari zaman

kegelapan (medieval) ke zaman modennya. Pengaruh pemikiran Islam ke atas

Barat bermula dari abad ke-11 sehingga abad ke-13 dan ke-14 Masehi.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Barat

Perkembangan intelektual masyarakat Islam di sebelah Timur. Kemuncaknya

ialah apabila Khalifah Bani Abbasiyah, al-Ma'mun, menubuhkan Bayt al-Hikmah

(House of Wisdom) pada tahun 830 Masehi. Ia berfungsi sebagai perpustakaan

dan pusat percetakan serta aktiviti penerjemahan.

Tahun 600 hingga 1000 Masehi merupakan zaman kegelapan Barat. Era

kegelapan ini disebabkan oleh keadaan masyarakat yang mundur dalam bidang

ekonomi, keilmuan dan kerohanian akibat daripada keadaan politik yang tidak

Page 96: NOTA CTU151 UiTM

96

stabil. la juga disebabkan oleh pemisahan antara ilmu dengan agama yang

dilakukan oleh pihak gereja.

Pendedahan Islam kepada dunia Barat adalah melalui corak pemerintahan Islam

di Sepanyol terutamanya dari segi layanan pemerintah terhadap rakyat, keadaan

masyarakat, agama dan ilmu yang tidak terpisah. Kewujudan institusi pengajian

tinggi di Sicily yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari Eropah turut

meninggalkan kesan kepada dunia Eropah. Percanggahan pendekatan keilmuan

yang wujud antara golongan scholastic dengan scientific, seperti dogma-dogma

yang dibawa tidak boleh diterima akal, juga menyumbang ke arah perubahan.

Fasa-fasa Pemindahan Pemikiran Islam ke Eropah

Penghijrahan sarjana Barat ke negara Islam dan aktiviti terjemahan yang

dijalankan merupakan fasa pertama pemindahan pemikiran Islam ke Barat. Antara

teks yang diterjemah ialah teks Arab yang diterjemah daripada teks Greek dan

teks asal karangan sarjana Muslim. Sarjana Barat yang pertama datang ke negara

Islam ialah Constantine of Africa (1017 M - 1087 M), Abelard of Bath (1079 M -

1142 M), kemudian diikuti oleh Robert Chester (1110 M - 1160 M), Jew Moses

Farache (1285 M), dan Gerald of Cremonar (1114 M - 1187 M).

Penubuhan universiti-universiti terawal di Barat turut menyumbang ke arah

pemindahan pemikiran Islam ke Eropah. Rasa tanggungjawab para sarjana Barat

yang menuntut di negara Islam untuk memindahkan pegetahuan mereka kepada

generasi muda di Barat telah mendorong mereka kembali ke Barat dan

menubuhkan institusi pengajian tinggi. Universiti pertama di Barat didirikan di

Salerno dan Naples oleh King Roger. Melalui institusi pertama di Salerno inilah

berlakunya pemindahan ilmu-ilmu Islam ke Barat dan penubuhan institusi

pengajian tinggi yang seterusnya. Peristiwa Perang Salib yang bermula pada

Page 97: NOTA CTU151 UiTM

97

tahun 1097M juga memberi kesan yang besar kepada pemindahan pemikiran

Islam. Perang tersebut berlangsung selama 130 tahun, dengan melalui tujuh siri

peperangan. Dalam tempoh inilah segala ilmu pengetahuan, corak pentadbiran

dan pengendalian perkhidmatan awam berpindah ke Barat. Akhirnya penaklukan

kembali Andalus dan Sicily oleh kerajaan Kristian turut mempengaruhi faktor

pemindahan tersebut.

Pengaruh Tamadun Islam dalam Alam Melayu

Islam berkembang di Asia Tenggara melalui pelbagai cara, dan pengembang-

pengembang agama itu pula datang dari berbagai-bagai bangsa seperti Arab,

Farsi, India, Turki, Maghribi dan orang-orang Melayu sendiri. Islam mula

bertapak kuat di daerah Aceh, kemudian di Melaka. Dari Melaka, Islam

berkembang ke daerah-daerah lain di Asia Tenggara seperti Pulau Jawa bahagian

Timur, Palembang, Jambi, Riau dan negeri-negeri Semenanjung). Dari Melaka

juga Islam berkembang ke Brunei dan terus ke Sulu di Filipina Selatan. Dari Jawa

Timur pula Islam berkembang ke Maluku, Kalimantan Selatan, Sulawesi Selatan

dan Jawa Barat. Dari Jawa Barat Islam berkembang ke Lampung. Dari Acheh

Islam merebak ke Minangkabau dan terus ke Tapanuli Selatan. Dari daerah

Sulawesi Selatan Islam tersebar ke Nusa Tenggara.

Tanda yang jelas membuktikan kedatangan Islam ke Asia Tenggara ialah buku-

buku sejarah yang ditulis pada zaman itu, seperti buku Sejarah Melayu, Hikayat

Raja-Raja Pasai, Hukum Kanun Melaka dan lain-lain. Selain itu batu-batu

bersurat seperti batu bersurat di Terengganu (1303 M), dan di Minye Tujuh, Aceh

(1380 M). Yang ketiga ialah kerajaan-kerajaan Islam yang diasaskan di Asia

Tenggara seperti di Acheh, Melaka, Johor, Demak (Jawa Tengah), Tidore, Banten

(Jawa Barat), Goa (Makasar), Ternate, Brunei, Sulu dan kerajaan-kerajaan yang

Page 98: NOTA CTU151 UiTM

98

lain. Kedatangan Islam memberi jiwa yang baru dan besar kepada kebudayaan

Melayu khususnya bahasa Melayu.

Kedatangan pengaruh Islam menjadikan bahasa Melayu kaya dan mampu

digunakan untuk membahas perkara-perkara yang ilmiah seperti falsafah (yang

tidak pernah berlaku pada masa sebelum kedatangan Islam sekalipun pengaruh

Hindu cukup kuat bertapak pada kebudayaan Melayu sebelum itu), tasawuf,

hukum dan undang-undang, penterjemahan al-Qur'an (misalnya Abdul Rauf Al-

Fansuri menerjemahkan al-Qur'an buat kali pertama dalam bahasa Melayu pada

abad ke-17 M), perbahasan ilmu Hadis, ilmu fikah dan berbagai-bagai ilmu lagi.

Pendeknya kedatangan Islam menjadikan bahasa Melayu mampu untuk

digunakan bagi membahas perkara-perkara yang bersifat intelektual.

Satu lagi pengaruh Islam yang meresap ke dalam kebudayaan Melayu ialah

tulisan Melayu-Arab atau biasa disebut tulisan Jawi. Dengan tulisan ini bahasa

Melayu dapat ditingkatkan, sementara hasil-hasil kebudayaan Melayu zaman

dahulu dapat dirakamkan sehingga kita dapat menyaksikannya sampai sekarang

ini. Bahkan karya-karya Melayu lama lebih banyak dalam bentuk tulisan Jawi

daripada yang telah dirumikan.

Pengaruh Islam yang lain di Asia Tenggara adalah dalam bidang politik,

perundangan (perlaksanaan hukum shara') dan pentadbiran. Ini dapat disaksikan

pada sistem pemerintahan Kesultanan Melaka (1403 M - 1511 M), Kesultanan

Johor-Riau (1511 M - 1824 M), Kesultanan Aceh terutama dalam zaman Iskandar

Muda Mahkota Alam (1606 M - 1636 M), Kerajaan Bantan (1527 M - 1640 M),

Kerajaan Brunei (sejak 1500 M) dan lain-lain. Dalam perkara ini peranan ulama-

ulama Islam sangatlah penting khasnya dalam membentuk masyarakat Islam di

Asia Tenggara, selain men-jadi para pemimpin untuk menentang pencerobohan

Page 99: NOTA CTU151 UiTM

99

kuasa-kuasa asing terutamanya dari penjajah Barat. Ulama-ulama inilah juga yang

telah mengajar dan mendidik masyarakat dan umat Islam untuk menegakkan

maruah bangsa, mempertahankan tanah air, agama dan bangsa, di samping selain

daripada menghayati ajaran-ajaran agama Islam sesuai, dengan sifatnya sebagai

agama untuk kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat.

Penutup

Sejarah menyaksikan tamadun Islam melalui beberapa peringkat perkembangan.

Ajaran Islam diturunkan di kota Makkah, tamadunnya diasaskan di kota Madinah,

dikembangkan di kota Syam dan Damsyik, seterusnya digemilangkan di kota

Baghdad. Selepas menguasai dunia kira-kira enam abad, tamadun Islam

mengalami satu jangka waktu kemunduran, tetapi ia tidak musnah malah terus

hidup hingga ke hari ini. Pengaruhnya mula bertapak di semenanjung Arab

sehingga berjaya menukar kehidupan masyarakat Arab Jahiliah pada ketika itu

kepada kehidupan bersusila. Kekuatan pengaruh Islam juga turut menyumbang ke

arah kelahiran renaissan di Eropah dan seterusnya perluasannya ke Nusantara dan

ke seluruh pelosok dunia. (Ahmad Fauzi Hj. Morad ed. (2001). Tamadun Islam.

Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.)

3.2 Pengaliran Tamadun Islam Ke Eropah

Hasil kemajuan ilmu pengetahuan yang dicapai oleh orang Islam Sepanyol

menarik minat orang Barat untuk mempelajari ilmu pengetahuan bangsa Arab.

Hal ini membuatkan mereka mendirikan sebuah sekolah di Paris bagi mempelajari

bahasa-bahasa Timur pada abad kedua belas Masihi. Mereka meniru cara

mempelajari ilmu pengetahuan seperti yang dibuatkan oleh sarjana-sarjana Islam

melalui perbahasan, di antaranya termasuk Roger Bacon, seorang sarjana

Inggeris. Orang Eropah mengambil ilmu perbuatan daripada Ibn Zuhr dan Ibn

Baithar. Dengan cara yang teristimewa mereka berjaya mengubat penyakit cacar

Page 100: NOTA CTU151 UiTM

100

dan sampar. Raja-raja dan kaum bangsawan Eropah seringkali memanggil doktor-

doktor Arab untuk mengubati mereka. Sekolah perubatan yang didirikan oleh

orang Perancis di Kota Montpellier mempunyai beberapa orang mahaguru

daripada bangsa Arab Sepanyol.

Daripada bangsa Arab juga, orang Eropah mengetahui cara membuat gula, sutera

dan cara membuat serta menggunakan pedoman. Orang Arab amat terkenal

tentang kemahiran mereka dalam ilmu peperangan dan membuat kapal perang.

Angkatan laut Islam di Lautan Mediterranean menjadi contoh kepada angkatan

laut negara-negara Kristian. Keuntungan yang diperolehi oleh orang Eropah

daripada bangsa Arab bukan hanya tentang ilmu pengetahuan dan pertukangan

sahaja, bahkan sampai kepada nyanyian dan muzik. Kedua bidang kesenian ini

mempengaruhi pelajar-pelajar Eropah yang mempelajari kebudayaan Arab di

Sepanyol sehingga syair dan nyanyian Arab itu mereka bawa balik ke Eropah.

Sampai sekarang dalam muzik Sepanyol masih ada kesan-kesan pengaruh Arab.

Amat banyak kitab Arab yang disalin daripada bahasa Greek telah disalin pula

oleh orang-orang Eropah ke dalam bahasa mereka, seperti geografi Butlaimus,

Geometri Iklidius dan Falsafah Aristotle. Dengan itu, berkembanglah semula

kebudayaan Greek di Eropah, dan bangsa Arab di Sepanyol menjadi jambatan

penghubung kepada kebudayaan dan tamadun baru di Benua Eropah. (Dr. Ismail

bin Hamid, 1984;120).

Page 101: NOTA CTU151 UiTM

101

3.3 Andalusia Sebagai Anugerah Tamadun Islam Kepada Kebangkitan

Eropah

Penaklukan Negeri Andalus

Negeri Andalus terbahagi kepada Sepanyol dan Portugal yang terletak di

semenanjung yang dikenali dengan sebutan 'Iberian Peninsular.' Sebelum orang

Islam menguasai negeri itu, Andalus diperintah oleh suku bangsa Visigoth. Pada

masa orang Rom memerintah negeri itu, mereka membawa masuk bangsa Yahudi,

akibatnya sering berlaku perselisihan yang sengit antara orang Yahudi dan

Kristian. Di samping itu, sering pula berlaku rebutan kuasa untuk menduduki

takhta Kerajaan Andalus dari semasa ke semasa. Keadaan yang seumpama itu

melemahkan Kerajaan Andalus dan membuka peluang bagi orang Islam

menakluki negeri tersebut.

Antara faktor yang membawa kepada penaklukan negeri Sepanyol itu ialah kerana

seorang pembesar negeri itu bernama Roderick telah merampas takhta kerajaan,

dan beliau telah menindas putera bekas raja negeri tersebut. Lalu mereka lari ke

Afrika dan menyebelahi orang Islam. Sebab yang langsung berlakunya

penaklukan negeri Sepanyol itu ialah kerana berlaku perselisihan antara Count

Julian, Gabenor Sabtah dengan Roderick yang dikatakan telah menjatuhkan

kehormatan Puteri Count Julian. Oleh itu, beliau ingin membalas dendam, lalu

mempelawa orang Islam menakluki Sepanyol. Beliau telah memberi kerjasama

kepada mereka.

Gabenor Afrika, Musa ibn Nusair memohon kebenaran Khalifah al-Walid ibn

Abdul Malik untuk menakluki Andalus, tetapi pada mulanya Khalifah agak

keberatan membenar tentera Islam menyeberangi lautan demi keselamatan

mereka. Tetapi Musa akhirnya berjaya mendapat kebenaran Khalifah untuk

Page 102: NOTA CTU151 UiTM

102

menggerakkan tenteranya ke Sepanyol. Tariq bin Ziyad seorang panglima yang

ditugaskan oleh Musa untuk menawan negeri itu. Pada tahun 710 Masihi, Tariq

telah mengirim satu pasukan tentera Islam untuk menyiasat dan membuat laporan

kepadanya. Pada tahun 711 Masihi, Tariq bersama dengan pasukan tenteranya

sebanyak 7,000 orang telah mendarat di bahagian selatan semenanjung itu yang

kemudiannya disebut 'Jabal Tariq', atau 'Bukit Tariq' yang sekarang terkenal

dengan sebutan Gibraltar. Di sini Tariq mengatur garis kemaraan tenteranya dan

dikatakan beliau telah membakar kapal yang membawa mereka supaya siapa pun

tidak dapat melepas diri balik ke Afrika. Dalam pidatonya yang sangat masyhur

Tariq berkata: "Wahai tuan-tuan sekalian, di manakah jalan untuk tuan-tuan

melarikan diri, di belakang tuan-tuan lautan terbentang luas dan di hadapan tuan-

tuan musuh. Tuan-tuan tidak mempunyai apa-apalagi melainkan dengan nama

Allah kebenaran dan kesabaran".

Apabila Roderick mendengar berita pelanggaran tentera Islam, beliau

mengerahkan tenteranya hampir sebanyak 100,000 orang. Lalu Tariq meminta

bantuan daripada Musa yang kemudiannya mengirim bantuan sebanyak 5,000

orang lagi, lalu berlakulah peperangan antara kedua pihak di lembah Lakkah, atau

Bakkah. Walaupun tentera Roderick banyak bilangannya, namun beliau

mempunyai banyak musuh dari dalam; orang Yahudi telah memberi kerjasama

kepada tentera Islam. Tentera yang di bawah perintah saudara bekas Raja

Sepanyol telah berundur dari medan perang. Oleh kerana sikap Roderick yang

mewajibkan cukai yang berat kepada rakyat, maka mereka tidak sepakat di bawah

perintahnya. Dalam pertempuran itu, Roderick telah terbunuh. Tariq sebagai

seorang panglima yang cekap telah berjaya menawan Malaga, Granada, Cord ova

dan Toledo.

Page 103: NOTA CTU151 UiTM

103

Pencapaian Kerajaan Islam Di Sepanyol

Apabila sarjana-sarjana Barat membicarakan tentang tamadun Islam di Sepanyol,

mereka mengakui tentang keindahan bangunan-bangunan yang ditinggalkan oleh

orang Islam di situ. Mereka juga mengenang jasa orang Islam yang telah

menyumbangkan tenaga bagi membawa cahaya ilmu pengetahuan ke Benua

Eropah yang diselubungi kegelapan kejahilan berabad-abad lamanya. Pusat-pusat

pengajian tinggi Islam di Sepanyol telah menaburkan ilmu pengetahuan kepada

dunia Kristian Eropah selama dua abad lamanya. Nama-nama sarjana Islam

seperti ibn Rushd yang dipanggil Averroes dan Abdul Maimun yang dipanggil

Maimonides, ibn Jubair dan ibn Battutah, seorang pengembara Islam sangat

terkenal di Benua Eropah hingga ke hari ini. Sarjana-sarjana Islam itu telah

menghasilkan suatu tamadun Islam di Sepanyol. Kota Seville, Cordova dan

Granada merupakan pusat-pusat pengajian dan kebudayaan Islam pada ketika itu.

Pusat Pengajian

Orang Islam Sepanyol mempunyai peluang mendapat pelajaran melalui sistem

pendidikan rendah dan tinggi. Peluang itu lebih luas lagi daripada apa yang

diperolehi di bawah Kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Ahli-ahli pendidik, atau

guru-guru mendapat kedudukan yang istimewa dalam masyarakat. Malah kaum

wanita pun mendapat peluang yang sama. Al-Maqqari seorang ahli sejarah Islam

Sepanyol telah membuat catatan mengenai peluang mendapat pelajaran bagi

kaum wanita. Universiti-universiti telah didirikan di Cordova, Seville, Malaga dan

Granada. Universiti Cordova, misalnya mempunyai jabatan sains di samping

jabatan bahasa, agama dan falsafah. Universiti Granada mempunyai jabatan

undang-undang, perubatan, kimia, falsafah dan astronomi. Malah orang Kristian

dari Castile dan Aragon yang memusuhi orang Islam Sepanyol datang menuntut

ilmu di Universiti Granada. Universiti-universiti tidak dapat mencapai kemajuan

tanpa adanya buku-buku mengenai ilmu pengetahuan. Oleh itu, buku-buku telah

Page 104: NOTA CTU151 UiTM

104

dituliskan dengan banyak dan mendapat pasaran yang luas sekali di Eropah.

Tanpa ada kertas, maka buku pengetahuan tidak dapat diterbitkan. Dengan itu,

perusahaan membuat kertas juga mencapai kemajuan. Dari Sepanyol cara

membuat kertas telah dibawa ke Itali, Perancis dan seterusnya ke seluruh Benua

Eropah. Oleh itu, kertas merupakan satu peninggalan orang Islam yang diwarisi

oleh Benua Eropah.

Sains

Dalam bidang botani, orang Islam di Sepanyol telah memulakan kajian yang

bercorak saintifik yang dimulakan oleh al-Ghafi dari Cordova dan Ibn al-Awwam

dari Seville. Ibn al-Awwam menghasilkan sebuah buku yang penting dalam ilmu

pertanian pada zaman pertengahan bernama al-Filahah. Dalam bidang perubatan,

para ahli perubatan Sepanyol telah banyak membuat kajian dan penulisan. Abu

Marwan seorang tokoh perubatan di Sepanyol yang menulis buku al-Teisir yang

membicarakan sejarah penyakit. Ibn Abbas al-Zahrawi seorang doktor istana

Hakam telah menulis buku yang berjudul al-Tasrif yang membicarakan asas

pembedahan. Ibn Rusyd seorang ahli falsafah dan perubatan menghasilkan

bukunya yang terkenal, iaitu al-Kulliyat (Prinsip-prinsip Perubatan). Dalam

bidang astronomi orang Islam telah membuat kejayaan yang tinggi. Al-Majriti

telah membuat pembetulan terhadap jadual astronomi ciptaan al-Khawarizmi. Al-

Bitruji tokoh astronomi Sepanyol yang mengarang buku al-Hayah yang

membicara tentang bintang-bintang.

Kesenian

Khalifah-khalifah Islam di Sepanyol sangat berminat kepada kesenian dan seni

binaan. Sementara seni muzik telah diperkenalkan oleh Ziryab yang menjadi

tokoh muzik di istana Khalifah Abdul Rahman II. Abu Qasim Abbas terkenal

sebagai seorang tokoh muzik yang memperkenal seni muzik timur di Sepanyol.

Page 105: NOTA CTU151 UiTM

105

Dalam bidang seni bina, pemerintah Sepanyol telah membina berbagai-bagai

bangunan dengan menyertai seni ukir Islam. Kesan sejarah yang berbentuk rumah

ibadat telah dimusnahkan di Sepanyol selepas orang Islam tewas, kecuali masjid

Cordova. Orang Islam telah berjaya melahirkan suatu tamadun yang amat tinggi

di Sepanyol, dan memberi sumbangan yang tidak sedikit kepada perkembangan

peradaban dunia.

Industri

Dalam bidang perusahaan, orang Islam Sepanyol terkenal di kalangan negara

perusahaan dewasa itu. Mereka menjalankan perusahaan membuat pinggan

mangkuk, tembikar, kemudian dieksport ke luar negeri. Orang Islam Sepanyol

juga maju dengan perusahaan membuat kain dan mendapat pasaran yang luas di

Eropah Barat. Mereka juga menjalankan perusahaan membuat kain daripada bulu

kambing, Cordova merupakan pusat pengeluarannya yang terpenting. Almeria

sahaja ada mempunyai empat ribu lapan ratus mesin tenun kain. Pengeluaran

kain-kain sutera yang bermutu juga diusahakan bagi pakaian di-raja, atau untuk

hiasan perayaan dan gereja. Rekaan bentuk bunga adalah hasil ciptaan orang

Islam Sepanyol yang kekal dipakai di Eropah hingga abad keenam belas. Mereka

juga menjalankan perusahaan logam. Pengaruh Islam dalam bidang perusahaan

itu masih kekal sampai hari ini sehingga istilah-istilah barang perusahaan-

perusahaan itu masih menggunakan bahasa Arab. Gading gajah diimport dari

Afrika, dan barang ukiran yang diperbuat daripadanya dieksport ke luar negeri.

(Dr. Ismail Hamid, 1984:119).

Page 106: NOTA CTU151 UiTM

106

3.4 Pengaruh Tamadun Islam Dalam Pelbagai Bidang Ilmu Pengetahuan

Berikut akan dibicarakan beberapa bidang ilmu yang telah dibawa ke Eropah

yang kemudiannya bertanggungjawab dalam melahirkan zaman renaissance di

sana.

Ilmu Falsafah.

Berbanding dengan tokoh-tokoh lain, Ibnu Rusyd-lah yang nampaknya telah

memberi saham yang amat besar terhadap alam fikiran Barat, sehingga mereka

amat terhutang budi kepadanya. Sesungguhnya Ibnu Rusyd (Averroes) telah

menguasai alam pemikiran sejak akhir abad ke-12 hingga akhir abad ke-16

meskipun menghadapi berbagai-bagai gugatan, baik dari golongan Ahli Sunnah di

Sepanyol mahupun dari ahli-ahli Talmud dan pemuka-pemuka Gereja. Misalnya

beliau pernah disingkir dari istana oleh pemerintah Muwahidin, Abu Yusuf

Yaqub Al-Mansur. Dan bagi kepala-kepala Gereja, Ibnu Rusyd merupakan

sumber yang memancarkan mata air ilmu pengetahuan dan kebebasan. Maka

tertumpahlah segenap kemarahan mereka terhadapnya, termasuk pengikut-

pengikutnya dari golongan Muslim dan Yahudi juga (muridnya yang terbesar dan

paling setia, Musa bin Maimon, adalah seorang Yahudi).

Lihat sahaja ketika Christopher Columbus bermaksud untuk mengembara di

Lautan Atlantik, beliau telah dihalang oleh pihak Gereja. Tetapi dengan dibantu

oleh beberapa orang raja Eropah, beliau tetap dengan pendiriannya. Kata

Columbus: "Yang memberi ilham kepadaku untuk melakukan tujuan yang mulia

ini, adalah buku-buku dari Ibnu Rusyd!"

Ketika Frederick II menjadi Maharaja Rom, beliau telah mendirikan Universiti

Naples yang bertujuan untuk menyiarkan ilmu falsafah dan pengetahuan Islam di

Eropah. Sebagai seorang yang pernah belajar di Universiti Palermo dan sangat

Page 107: NOTA CTU151 UiTM

107

berminat pada pemikiran-pemikiran Ibnu Rusyd, pengajian-pengajian utama di

universiti itu ialah menterjemahkan karya-karya Aristotle yang berisi komentar-

komentar Ibnu Rusyd, dan kemudiannya berusaha mengirimkannya ke universiti-

universiti Paris dan Bologne. Salinan karya-karya Ibnu Rusyd ini banyak

diusahakan oleh Michael Scott, kesayangan Raja Frederick II. Kebanyakan

salinan Michael Scott adalah mengenai zoology sebab Raja Frederick sangat

gemar pada haiwan-haiwan.

Atas perintah General Order of Preaches, iaitu sebuah badan tertinggi Kristian,

diusahakanlah terjemahan kepada karya-karya islam. Antaranya ialah Tahafutul-

Falasifa oleh Al-Ghazali (Algazel) dan juga Tahafutut-Tahafut oleh Ibnu Rusyd.

Buku Raymund Martin Summa contra Gentiles adalah sebenarnya berasal dari

karya Al-Ghazali. Seorang padri yang juga ahli falsafah, St. Thomas Aquinas

telah memerintahkan agar disalin kitab-kitab Abul-Hassan Al-Shaari untuk

digunakan oleh pihak Gereja untuk melawan arus atheisme di Eropah. Buku

tersebut dikenali dengan nama Loquentes (Mutakallimun).

Sejauh manakah kesan pemikiran Islam terhadap alam fikiran Barat? Untuk

mengukur kesannya, haruslah ditinjau alam fikiran Barat serta dibuat

perbandingan dengan alam fikiran Timur. Melalui perbandingan ini akan

terdapatlah beberapa kesamaan antara keduanya, yang sukar sekali untuk

mengatakan yang ianya berlaku secara kebetulan belaka. Misalnya teori 'Cogito'

dari Descartes yang menyamai dalil 'orang terbang' dari Ibnu Sina (Avicenna),

apakah tidak mungkin adanya pengaruh-mempengaruhi di antara mereka?

Sebenarnya 50 tahun sebelum lahirnya Descartes (1597-1650), sudah terdapat

terjemahan karya-karya Ibnu Sina dalam bahasa Latin yang diterbitkan di Venice

(antara 1496-1546). Ketika zaman Descartes persoalan jiwa dan keabadiannya

menjadi persoalan hangat. Besar kemungkinan pembahas-pembahas Barat ketika

Page 108: NOTA CTU151 UiTM

108

itu mencari sumber yang ada memperkatakan tentangnya, dan Ibnu Sinalah

orangnya yang paling banyak membicarakannya. Atau boleh jadi Descartes

mengenal Ibnu Sina lewat Roger Bacon (1214-1291), seorang murid tokoh-tokoh

falsafah Islam.

Kebanyakan buku-buku Ibnu Sina telah diterjemahkan ke bahasa Hebrew dan

Latin sebelum abad ke-12. Dan Roger Bacon sendiri mempelajari buku Falsafah

Timur karya Ibnu Sina tersebut. Ramai sekali murid-murid Ibnu Sina yang

terpengaruh kepada cara pengajiannya. Antaranya ialah Musa bin Maimon

(Maimonides), seorang ahli falsafah Yahudi, Albert the Great yang hidup

sezaman dengan Padri Thomas, Ulrich of Strasburg (murid Albert), Henri of

Ghent, pengikut-pengikut Bonaventure of Bagnoregio termasuk Duns Scotus dan

Meister Eckhart.

Jika tadinya dikatakan yang Descartes dipengaruhi oleh Ibnu Sina, tetapi bagi

George Henry Lewis, Descartes juga dipengaruhi oleh Al-Ghazali. Katanya: "Al-

Ghazali telah mengemukakan pendapat-pendapat ilmiah dan metode pengajian

yang kemudiannya lahir begitu jelas dalam buku Descartes Discourse Sur lu

Method sehingga jika ada naskhah terjemahan kitab Ihya Ulumiddin oleh Al-

Ghazali di waktu itu, sudah tentu tulisan Descartes ini merupakan suatu plagiat

yang nyata." Bukti yang amat jelas ialah mengenai 'teori sangsi' Al-Ghazali yang

menyamai Descartes. Kedua-dua tokoh ini telah dibelenggu oleh kesangsian

sebegitu jauh sehingga ke darjah menyangsikan wujudnya diri sendiri. Dan sebab-

sebab kembalinya mereka kepada keyakinan itu pun hampir-hampir sama. Bagi

Al-Ghazali, "Saya mempunyai kemahuan dan inilah buktinya saya ada." Sedang

bagi Descartes, "Saya berfikir maka inilah bukti saya ada" (Cogito urgo sum).

Bagi mereka kesangsian-kesangsian tersebut bukanlah untuk meruntuh,

melainkan sebagai jalan ke arah memperolehi pengetahuan dan hakikat yang

Page 109: NOTA CTU151 UiTM

109

sebenar. Pengaruh Al-Ghazali juga dapat dikesan pada fikiran-fikiran ketuhanan

Spinoza, murid Descartes.

Jelaslah bahawa pemikiran-pemikiran Descartes tersebut banyak dipengaruhi oleh

fikiran-fikiran sebelumnya, terutamanya Ibnu Sina dan Al-Ghazali. Di Eropah,

Descartes bukannya sebarang orang. Dialah yang mempelopori falsafah moden.

Menurut Betrand Russel:

Moden philosophy begins with Descartes, whose fundamental

certainty is the existence of himself and his thoughts, from which

the external world is to be inferred. This was the first stage in a

development, through Berkeley and Kant, to Fichte, for whom

everything is only an emanation of the ego."

Mengenai masalah sumber ilmu pengetahuan, pemikiran Al-Ghazali juga sangat

mendalam pengaruhnya. Bagi Al-Ghazali, eksperimen (melalui pancaindera, akal

fikiran atau roh) iaitu sarananya untuk memperolehi pengetahuan. Berasaskan

pendapat inilah ianya mempengaruhi ahli-ahli falsafah Barat menurut

kemampuannya masing-masing. John Locke misalnya memilih aliran

pancaindera, sebab katanya: "Tidak satu pun yang ada dalam akal yang tidak

melalui pancaindera sebelumnya". Sedang Emmanuel Kant pula berpendapat

akallah satu-satunya sarana ilmu pengetahuan, kerana pancaindera juga dipunyai

oleh binatang, tetapi ia tidak membawa binatang-binatang itu kepada ilmu

pengetahuan. Cuma aliran roh yang belum mencapai kematangannya, walaupun

Bergso hampir-hampir akan sampai kepadanya.

ii) Ilmu Sains dan Perubatan

Seperti bidang falsafah, orang-orang Eropah juga banyak memanfaatkan kajian-

kajian kaum Muslimin dalam bidang sains dan perubatan. Dalam ilmu fizik,

Page 110: NOTA CTU151 UiTM

110

kajian-kajian Al-Kindi dalam bidang optika yang diselaraskan dengan teori-teori

geometri dan fiziologi telah diterjemahkan ke bahasa Latin dengan judul De

Aspectibus, dan ianya mempunyai kesan yang amat besar dalam pengajian Roger

Bacon. Bagaimanapun dari segi kepintarannya, Ibnul-Haytham (Al-hazen)

mengatasi Al-Kindi. Tesisnya tentang pengajian optika telah disalin ke bahasa

Latin pada 1572 dengan judul 'Opticae Thesaurus', dan menjadi sangat

berpengaruh dalam mengembangkan pengajian optika di Barat dan menjadi asas

kepada semua pengajian dan penyelidikan di Eropah, seperti oleh Roger Bacon,

Leonardo da Vinci dan Johann Kepler. Kepler yang kemudiannya menulis sebuah

buku Dioptrics (bias sinar) pada tahun 1604 itu didasarkan seluruhnya kepada

karangan Ibnul-Haytham dan diberi nama Ad Vitellionem Paralipmena. Sebuah

buku Ibnul-Haytham yang lain, iaitu Light juga disalin dari bahasa Yunani.

Tentang Al-Zarqali (Arzachel), bukunya tentang astronomi telah disalin oleh

seorang dari Montpellier di Perancis ke bahasa Latin. Raja Alfonso di Castille

sendiri menyalin dua buah bukunya. Dan pada abad ke-15, Regiomontanus

menerbitkan kumpulan-kumpulan 'Safiha' dari Al-Zarqali. Adalah satu hal yang

nyata bahawa Copernicus juga terpengaruh pada pendapat-pendapat Al-Zarqali

dan Al-Battani (Albategnius) dalam karyanya De Revolutionibus orbium

coelestium. Demikian juga dengan karangan-karangan Raymond of Marseilles

yang pada hakikatnya merupakan petikan-petikan dari jadual-jadual falam Al-

Zarqali. Seorang ahli astronomi yang lain, Al-Butruji (Alpetragius) telah berjaya

menyusun sebuah buku besar tentang perjalanan bintang-bintang. Kerana sangat

penting, ia disalin ke bahasa Hebrew oleh Musa bin Tibbon pada abad ke-16, dan

disalin pula ke bahasa Latin oleh Kalonymos ben David. Dan ketika Raja Alfonso

hendak membuat 'armillary', ia meminta bantuan ahli-ahli astronomi Islam untuk

mendirikannya. Sebenarnya armillary adalah salinan gelang pengukur Nasiruddin

Tusi.

Page 111: NOTA CTU151 UiTM

111

Mengenai Al-Battani tersebut, buku-bukunya telah disalin ke bahasa Latin, dan

disusun kembali dalam bahasa Arab oleh Nallino pada 1903. Mengenai Al-Fazari,

pencipta pertama astrolabe, bukunya telah disalin ke bahasa Latin oleh Johannes

de Luna Hispalensis yang mana dipergunakan oleh universiti Eropah untuk

mengajar astronomi. Dari sinilah orang-orang Barat mengetahui benda-benda di

cakrawala, Buku-buku astronomi Al-Khawarizmi pula telah disalin ke bahasa

Latin, dan pada 1914 diedit semula dan diterbitkan oleh H. Suter di Copenhagen.

Antara Al-Battani dan Al-Khawarizmi, sarjana-sarjana Barat lebih memilih

pendapat Al-Battani dalam soal astronomi tersebut. Kajian-kajian Al-Battani jelas

membuktikan betapa originalnya pengajian-pengajian matematik dalam tamadun

Islam. Kalau dulunya orang-orang Greek menggunakan chord (tali), tetapi Al-

Battani menggunakan sine di samping juga cara tangent dan kotengent.

Sebuah karya Nasiruddin Tusi tentang ilmu matematik telah disalin ke bahasa

France oleh Cara theodory Pasha di Istanbul. Bagaimanapun dalam bidang

matematik ini, nama Al-Khawarizmi sentiasa berada di puncak. Sebuah bukunya

tentang soal hitungan dan asal-usul angka telah disalin ke bahasa Latin oleh

Prince Boncompagni dengan nama Trattati d' Arithmetica pada 1857 di Rom.

Bukunya yang lain tentang ilmu hisab telah disalin ke bahasa Latin oleh Adelard

of Bath dan dua buah yang tain telah disalin oleh Gerard of Cremona. Mengenai

bukunya tentang algebra, iaitu Hisab Al-Jabr wal-Muqabalah telah disalin oleh F.

Rosen di London.

Sebenarnya tanpa buku-buku Islam, sukar bagi orang-orang Barat untuk

memahami klasik-klasik Greek. Pernah Regiomontanus diperintah agar membuat

perkakas gerhana bulan berasaskan ilmu Ptolemy. Kerana tidak cukup, dia lalu

Page 112: NOTA CTU151 UiTM

112

merujuk kepada buku-buku astronomi Islam. Selesai saja membuat perkakas itu ia

diberi nama 'Alidade', sebagai peringatan atas jasa Alidad yang menciptanya.

Dalam bidang kimia, karangan Jabir (Geber) telah disalin ke bahasa Inggeris oleh

Robert Chester dalam bahasa Latin dengan nama Book of Composition of

Alchemy pada 1144. Bukunya yang lain Book of the Seventy disalin oleh Gerard

Cremona pada 1187 ke bahasa Latin, sedang pada 1678 Richard Russell

menterjemahkan buku Jabir Sun of Perfection.

Dalam pengajian perubatan pula, zaroan gemilangnya, bermula dengan Al-Razi

(Rhazes). Oleh Raja Charles I dari Anjou diperintahkannya agar diterjemahkan

kitab Al-Hawi (120 jilid) ke bahasa Latin, bahasa rasmi ilmu pengetahuan di

Eropah. Pekerjaan ini dilakukan oleh Faraj bin Salim dan Girgenti pada 1279

dengan nama Liber Continens (Buku yang dapat dipakai untuk seluruh benua).

Terjemahan-terjemahannya terus menerus diterbitkan hingga tahun 1486, dan

pada 1542 diterbitkan bahagian-bahagiannya sebanyak 5 jilid. Kitab Al-Razi yang

lain, Al-Kitab Al-Mansuri (10 jilid) diterjemahkan ke bahasa Latin di Milan pada

akhir abad 15, dan kemudiannya ke bahasa-bahasa Perancis dan Jerman.

Seorang tokoh perubatan lain, Ali Abbas (Haly Abbas) telah menulis bukunya Al-

Kitab Al-Maliki berupa sebuah ensaiklopedia tentang teori dan praktik perubatan.

Kitab yang diterjemahkan ke bahasa Latin iaitu Liber Regius ini diterbitkan

beberapa kali, dan salinannya dalam bahasa Inggeris berjudul The Whole Medical

Art. Tentang Abul-Qassim Zahrawi (Abulcassis), kitabnya At-Tasrif telah

diterjemahkan ke bahasa Latin dengan judul Medical Vademecum. Buku inilah

yang telah meletakkan asas kedoktoran gigi di Eropah. Demikian juga buku Ibn

Zuhr (Avenzoar) iaitu At-Taisir telah diterjemahkan ke bahasa Latin pada 1280

Page 113: NOTA CTU151 UiTM

113

dengan judul Theisir oleh Paravicius, dan dalam bahasa Inggerisnya berjudul

Facilitation of Treatment.

Mengenai penyakit mata (optika), selain dari Ibnu-Haytham (Alhazen) tersebut,

Al-Kindi juga banyak mengkaji tentangnya. Bukunya tentang ilmu optika telah

disalin ke bahasa Latin dengan nama Optics, dan salah seorang pengikutnya ialah

Roger Bacon. Ada pun kitab Ibnu Rusyd Kulliyat fit-Tib, ianya telah diterjemah

ke bahasa Latin oleh Bonacosa pada 1255 dengan judul Colliget, dan salinan

dalam bahasa Inggerisnya berjudul General Rules of Medicine. Kalender Ibnu

Jazlah (1100) tentang penyakit-penyakit dan cara mengubatinya diterjemahkan ke

bahasa Latin pada 1532.

Bagaimanapun, tokoh perubatan yang telah mencapai kemuncaknya ialah Ibnu

Sina (Avicenna). Kitabnya Al-Qanun fit-Tib (Cannon of Medicine) yang

dianggap sebuah ensaiklopedia lengkap dalam perubatan dan pembedahan

dijadikan teks perubatan di Eropah mulai abad 12 hingga 17. la diterbitkan dalam

bahasa Latin sebanyak 15 kali dan dalam bahasa Hebrew sekali pada abad 15, dan

pada abad l6 dicetak sebanyak 21 kali.

Tidak hairanlah dengan kemajuan yang sebegitu tinggi itu ilmu perubatan Islam

mulai mempengaruhi Eropah sejak pertengahan abad II dan lebih-lebih lagi abad

13. Di Italy muncullah Sekolah Perubatan yang didirikan oleh Constantine

African, bekas siswa di negeri-negeri Islam. Kemudiannya terdiri pula universiti-

universiti di Rom, Paris dan Jerman yang kurikulum perubatannya berasaskan

perubatan Islam sedang teks pengajiannya ialah karya-karya Ibnu Sina dan Ibnu

Rusyd. Dan sesiapa yang mengunjungi Fakuiti Perubatan di Universiti Paris akan

dapat melihat gambar-gambar Ibnu Sina dan Al-Razi menghiasi dewan besarnya.

Page 114: NOTA CTU151 UiTM

114

iii) Kesusasteraan

As Europe owes its religion to Judaea, so he owes its romance to Arabia (Prof.

Mackail). Pendapat ini sejajar dengan pandangan M. Haureau, bahawa jikalau

Islam tidak datang, di Eropah orang tidak akan mengenal apa ertinya

kesusasteraan dan ilmu. Mungkin pandangan-pandangan seperti ini dikira

keterlaluan, apa lagi bagi pemuja-pemuja sastera Barat. Benar tidaknya anggapan

tersebut haruslah dikaji secara objektif.

Seperti dijelaskan sebelumnya, terdapat dua saluran utama yang menghantarkan

tamadun Islam ke Eropah. Pertama orang-orang Sepanyol sendiri, baik dari

golongan Moors mahupun Mozarabes. Dan keduanya melalui Sicily atau Italy

Selatan terutama di bawah pemerintahan Raja Frederick II. Melalui perantaraan-

perantaraan inilah orang-orang Eropah mengenal sastera Islam. Di antara karya-

karya sastera Islam yang sangat terkenal di Barat ialah seperti Hikayat 1001

Malam, Rubaiyat Umar Khayyam, Shah Nameh oleh Firdausi, Mantiqut-Tair oleh

Fariruddin Attar, Al-Masnawi oleh Salahuddin Al-Rumi, Gulistan dan Bustan

oleh Al-Saadi dan Tuti Nameh oleh Al-Shirazi. Mengenai Hikayat 1001 Malam

itu, ianya telah mempengaruhi Geofrey Chaucer untuk menulis bukunya Squires

Tales. Dan berdasarkan hikayat ini juga Christopher Sly menyusun bukunya The

Taming of the Shrew dan The Sleeper Wakened. Sebenarnya penyalin pertama

Hikayat 1001 Malam ini ialah seorang Perancis, Antione Galland pada tahun

1704. Dan dari salinannya itulah Voltaire menulis bukunya Zaiiq. Hikayat ini

kemudiannya diedit semula ke bahasa Inggeris oleh Dr. A.W. Lane dan Henry

Torrens. Tetapi salinan yang terbaik dan lengkap dikerjakan oleh Sir Richard

Burton dengan judul barunya Arabian Nights. Dan judul inilah yang dikenali di

Eropah, tidak lagi 1001 Malam seperti judul asalnya.

Page 115: NOTA CTU151 UiTM

115

Mengenai Rubaiyat Umar Khayyam pula, ia menjadi begitu popular sejak Edward

Fitzgerald menyalinnya ke bahasa Inggeris. Dan dari salinan ini A.W. Hamilton

menterjemahkannya ke bahasa Melayu. Seperti Hikayat 1001 Malam juga, buku

Shah Nameh oleh Firdausi bertukar judulnya menjadi Epic Kings setelah disalin

oleh Helene Zimmern pada 1883, dan pada 1923 George Warner dan Edmund

Warner sekali lagi menyalinnya ke bahasa Inggeris yang mengandungi 8 jilid

besar. Salinan ke bahasa Jerman dilakukan oleh von Schach. Sebagai seorang

sastera Muslim, Muslehuddin Al-Saadi dengan karya-karyanya Gulistan dan

Bustan sungguh-sungguh dapat dibanggakan. Pujangga Jerman, iaitu Goethe

dikatakan sangat tertarik pada kedua-dua hasil ini. Penyalinan Gulistan ke bahasa

Jerman oleh Goethe sendiri dipandang oleh orang-orang Eropah sebagai

sekuntum bunga yang paling wangi daripada segala bunga yang pernah tumbuh di

Eropah. Goethe sendiri sanggup mendakwa bahawa dia adalah orang Timur yang

dilahirkan kembali di Eropah.

Seperti disebutkan tadi, Jalaluddin Al-Rumi telah menulis Al-Masnawi.

Bagaimanapun ini bukanlah karya satu-satunya. Oleh Prof. Nisholson dan Prof A.

J. Arberry diusahakannya untuk menerbitkan karya-karya Al-Rumi ke dalam

bahasa Inggeris. Sebenarnya hasil-hasil karya Al-Rumi dapat diikuti dalam

hampir-hampir semua bahasa Eropah. Seiiring dengan kelahiran Al-Rumi,

terdapat juga Fariruddin Attar dengan karya agungnya Mantiqut-Tair, serta

seorang tokoh mistik Islam, Ibnul-Arabi. Menurut Prof. Miguel Asin, buku Divine

Comedy oleh Dante Aligieri dipengaruhi oleh kitab Al-Isra' dan Futuhatul-

Makkiya oleh Ibnu-Arabi.

Sebelumnya kita telahpun menyatakan betapa besarnya pengaruh roman falsafah

Hayy bin Yaqzhan ciptaan Ibnu Tufail. Begitu besar pengaruhnya terhadap

kelahiran Robinson Crusoe oleh Daniel Defoe, hingga Prof. A.R. Pastor

Page 116: NOTA CTU151 UiTM

116

mengatakan dalam bukunya The Life and Strange Surprising of Robinson Crusoe

bahawa Defoe telah melakukan plagiat dari sastera Islam. Demikian juga ia

mempengaruhi Jonathan Swift ketika menulis Gullivers Travel. Swift juga

menulis Battle of the Books yang didasarkan daripada karya Al-Ghazali

Tahafutul-Falasifa. Selain dari itu, buku Don Quixote karya Miguel de Cervates

juga telah diragui keasliannya. Menurut William H. Prescott, Don Quixote

bukanlah karya original Cervantes, melainkan disalin dari sebuah buku karya Said

Hamid bin Anjali. Demikian juga buku Decamarone oleh Giovanni Boccacio,

adalah juga berdasarkan sastera Islam.

Sebenarnya Boccaciolah orang Italy pertama yang menyampaikan pula bahan-

bahan itu kepada novelis-novelis Italy yang lain. Hasil dari semuanya ini, sastera

Eropah mendapat cahaya baru. Seperti pengakuan Prof. H.A.R. Gibb, sastera

Eropah lalu bangun dengan bentuk dan jiwa baru. Baginya, besar tidaknya

pengaruh sastera Islam dapat diukur betapa sampai kini orang-orang Barat masih

tidak jemu-jemu membaca The Arabian Nights, Ali Baba and the 40 Thieves,

Aladdin and the Magic Lamp, Sindbad the Sailor yang mana semuanya itu hasil

kreativiti penulis-penulis Islam belaka. Dan sampai sekarang, kata Prof. Bedier,

sebahagian terbesar sastera popular di Eropah sekurang-kurangnya mesti berisi

episod-episod dari sastera Islam. (Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1984).

Page 117: NOTA CTU151 UiTM

117

Bab 4

Islam Hadhari Sebagai Pendekatan Pembangunan

Ummah Di Malaysia

4.1 Konsep Islam Hadhari

Pengertian Tamadun

Ibn Khaldun menjelaskan perkataan tamadun ini dapat diertikan sebagai (‘Umran)

bermaksud kawasan tanah dan rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal

menetap dalam keadaan subur dan makmur. Ia merangkumi makna bunyan iaitu

pembinaan bangunan dan ia harus dirangkumi bersama dengan maksud hadharah.

Tamdun berasal dari perkataan arab “madana” “madinah” bermaksud masyarakat

bandar yang terbina melalui proses urbanisasi. Manakala perkataan “peradaban”

pula selalu dirujuk kepada adab sopan, tatasusila hidup yang baik. luhur dan

penuh dengan kehalusan budi bahasa.

Oleh itu boleh diertikan bahawa dua perkataan ini (tamadun dan peradaban)

apabila digabungkan akan memberi makna sesebuah masyarakat yang

membangun melalui proses urbanisasi dengan nilai-nilai luhur, adab-adab dan

tatasusila hidup.

Malik bin Nabi pula menjelaskan bahawa Hadharah dari perkataan hadara

bermaksud kehidupan secara menetap, tempat lahirnya perkembangan ilmu,

kesenian, kesusateraan, undang-undang dan kemasyarakatan serta mencapai tahap

kehidupan yang tinggi, bukan liar dan ganas.

Page 118: NOTA CTU151 UiTM

118

E.B. Taylor seorang ahli antropologi menjelaskan bahawa tamadun/ budaya

merangkumi keseluruhan pencapaian manusia termasuk pengetahuan,

kepercayaan, seni moral, undang-undang, adat dan keupayaan-keupayaan serta

tabiat lain yang di dapati oleh manusia sebagai anggola masyarakat.

Colingwood mendefinisikan perkataan civilization sebagai suatu proses bagi

mencapai tahap kehidupan civil (sopan), membawa lahirnya ciri-ciri masyarakat

bandar yang mempunyai kehalusan budi (Dr. Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad.

2004).

Pengertian Hadhari

Merupakan suatu aspek dalam kehidupan Islam atau penghayatan Islam yang

syumul. Aspek Hadhari merupakan satu bidang yang perlu ditekankan oleh

masyarakat Islam termasuklah sudut Aqidah. Ibadah Khusus. Perundangan dan

lain-lain. la seharusnya menumpukan pembangunan masyarakat ke arah

peningkatan mutu kehidupan dari sudut keilmuan, pembangunan fizikal, ekonomi

dan kewangan, kesihatan dan lain-lain lagi.

Islam menekankan konsep kehidupan yang cemerlang dan bermulu, kehidupan

yang seimbang, pembangunan menjurus kepada pembinaan pcradaban serta

memenuhi tuntutan rohani.

Ibnu Khaldun menggunakan istilah "Umrun Hadhari", bagi menjelaskan

pembinaan peradaban yang baru. Beliau telah membanding dan membezakan

masyarakat nomad yang sering berpindah-randah dengan masyarakat bandar yang

menetap tinggal di suatu tempat dan membina sebuah peradaban.

Page 119: NOTA CTU151 UiTM

119

“Hadhari” diterjemahkan sebagai kemajuan peradaban. Begitu juga pemikir

Aljazair iaitu Malik Bennabi yang cenderung menggunakan istilah "hadhara"

yang dianggap hampir kepada maksud keseimbangan kemajuan antara aspek

material dengan akhlak spiritual.

Justeru "Islam Hadhari" ditakrifkan sebagai Islam yang mempunyai sifat-sifat

kemajuan peradaban: lawannya ialah "Islam Raj’i " iaitu Islam yang mempunyai

sifat-sifat kemunduran. Dalam ertikata lain, Islam datang bersama sifat-sifatnya

yang positif: Islam itu adil, Islam itu syumul. Islam itu aman, Islam itu sejahtera,

Islam itu kasih sayang, Islam itu Hadhari, dan sebagainya.

Islam Hadhari Membantu Bawa Kecemerlangan

Istilah "Hadhari" sudah digunakan ilmuwan Islam Ibnu Khaldun dalam kitabnya

Al Muqaddimah dan pemikir dari Algeria Malik Bennabi cenderung

menggunakan istilah "hadhara" yang dianggap hampir kepada maksud

keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. Ia

berkait rapat dengan agama, akidah dan akhlak.

Keagungan tamadun Islam Andalus (Sepanyol) yang wujud selama 800 tahun

sering dijadikan contoh penterjemahan konsep Islam Hadhari dan bagaimana

Islam yang syumul itu telah membawa rahmat untuk seluruh alam.

Franz Rosenthal, seorang sarjana Barat yang menterjemahkan buku Muqaddimah

Ibnu Khaldun ke dalam Bahasa Inggeris, menulis bahawa tamadun atau

peradaban Islam, yang dirujuk kepada Andalus, bukan sebuah peradaban kerana

kekuatan tentera, keluasan wilayah dan penduduk yang besar; tetapi adalah kerana

kekuatan ilmu atau knowledge triumphant.

Page 120: NOTA CTU151 UiTM

120

Islam Hadhari adalah Islam yang berasas kepada pembangunan. Pembangunan

pula berkait rapat dengan agama. Tamadun Islam adalah tamadun yang

berasaskan akidah, akhlak. dan ilmu diikuti dengan asas keadilan, semangat

kejiranan, toleransi dan kebebasan beragama. Andainya salah satu dari unsur ini

diabaikan, ia menunjukkan tanda keruntuhan tamadun tersebut.

Dari sudut sejarah.

Kegemilangan umat Islam bermula pada era pemerintahan Islam di Madinah dan

berkembang pesat pada zaman Khulafa' al-Rasyidin, Bani Umayyah dan Bani

Abasiyyah. Kemudian ia bertapak di benua Eropah yang menyumbang kepada

kegemilangan tamadun Islam di Andalusia. Ketamadunan Islam yang berbentuk

universal membawa manfaat dan rahmat kepada seluruh umat dan alam.

Selepas keruntuhan kerajaan Islam pada abad keduabelas, imej masyarakat Islam

di kacamata dunia kini telah banyak dikaitkan dengan kelemahan dan

kemunduran. Persepsi sebahagian besar umat Islam kini terhadap agamanya

masih terbatas kepada aspek-aspek ibadah khusus semata-mata. Walaupun wujud

kefahaman bahawa Islam sebagai suatu cara hidup, namun sebahagiannya

ditampilkan dalam bentuk slogan dan retorik semata-mata. Majoriti masyarakat

sukar untuk memasukkan agenda pembangunan ummah, peradaban bangsa dan

keutuhan negara sebagai sebahagian daripada ruang lingkup "agama" sepertimana

yang dikehendaki oleh ajaran Islam.

i. Islam, sebagaimana yang difahami adalah "al-Din", iaitu cara hidup dalam

konteksnya yang sangat luas, bukan sekadar suatu kepercayaan, tetapi cara

hidup yang lengkap, maju dan progresif serta mampu menyelesaikan

permasalahan semasa kehidupan manusia sepanjang zaman. Suatu

pendekatan dan penilaian semula pemikiran masyarakat Islam terhadap

Page 121: NOTA CTU151 UiTM

121

ajaran agamanya wajar dilakukan. Umat Islam perlu kembali

mengamalkan Islam secara syumul pada peringkat individu, keluarga,

masyarakat dan negara.

ii. Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang

menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang memberi

fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui

penguasaan ilmu, pembangunan insan dan pembangunan fizikal.

iii. Islam Hadhari bukanlah mazhab barn atau ajaran baru dan jauh sekali

agama baru. Islam Hadhari adalah suatu pendekatan dan usaha untuk

mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang

terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan

tamadun Islam.

iv. Ajaran Islam menjaga serta memelihara kehidupan manusia dan setiap

makhluk. Manusia diberi tanggungjawab oleh Allah s.w.t sebagai

pemimpin atau khalifah (vice-gerent) di muka bumi. Pelaksanaan Islam

secara realistik akan memberi rahmat dan kesejahteraan kepada seluruh

manusia tanpa mengira bangsa, pegangan agama dan budaya. Kenyataan

ini menepati firman Allah s.w.t dalam surah al-Anbiya': 107,

Maksudnya: "Dan tidaklah Kami mengutuskan kamu (wahai

Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat bagi seluruh

alam".

PENDEKATAN ISLAM HADHARI

Kerajaan telah merangka pelbagai agenda pembangunan yang selaras dengan

tuntutan Islam melalui pendekatan seimbang dalam aspek-aspek spiritual,

Page 122: NOTA CTU151 UiTM

122

ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, undang-undang dan sebagainya. Kerajaan

menyedari bahawa Islam bukanlah suatu agama bersifat ritual semata-mata, tetapi

agama yang bersifat praktikal iaitu diturunkan untuk mengatur kehidupan

masyarakat secara realistik. Dengan itu, suatu pendekatan yang dikenali sebagai

Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk membangkitkan kesedaran baru kepada

masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam, dengan harapan akan dapat

memacu pembangunan ummah dan negara.

Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru, tetapi

merupakan usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al-

Quran dan as-Sunnah sebagai teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari

merupakan suatu pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah persepsi

ummah terhadap ajaran Islam, sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi

Muhammad SAW. Islam Hadhari tidak sedikitpun mengurangkan prinsip-prinsip

akidah dan syariat dalam ajaran Islam, malah menekankan penghayatan Islam

yang syumul, menyeluruh dan realistik bagi menterjemahkan agama dalam

kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari akan membuktikan bahawa ajaran Islam

dapat mendorong penganutnya menjadi umat yang maju bagi mencapai kejayaan

di dunia dan akhirat.

Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan

pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta Islam (Islamic world

view) dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu

kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan

fizikal. Warisan tamadun Islam yang memperlihatkan kegemilangan umat Islam

dalam semua bidang akan dijadikan dorongan bagi memajukan ummah secara

menyeluruh.

Page 123: NOTA CTU151 UiTM

123

Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi merangsang ke arah perubahan

minda umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor

atau partisan, yang sudah semestinya memerlukan satu perubahan pandangan

global umat Islam. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada

Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan

mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan akan ditekankan, khususnya

dalam memenuhi prinsip-prinsip maqasid al-syariah yang sentiasa berkembang

seperti;

Menjaga, memartabat dan memperkasa;

• AGAMA

• AKAL

• NYAWA

• HARTA

• KETURUNAN

• MARUAH

• INSTITUSI KELUARGA

• ALAM SEKITAR

Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia

sebagai sebuah negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip

kesederhanaan (wasatiyyah], sesuai dengan tuntutan agama Islam. la selaras

dengan dasar-dasar negara yang dilaksanakan masa kini dan yang akan dicapai

pada masa hadapan seperti Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Negara dan

sebagainya. Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan

sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk.

Page 124: NOTA CTU151 UiTM

124

DEFINISI

Dari segi istilah, perkataan "hadhari" membawa maksud "yang bertamadun" atau

Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai "

Civilizational Islam", dan dalam Bahasa Arab sebagai "al-Islam al-Hadhari".

Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah: "Suatu pendekatan

pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat

menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam".

Sebagai huraian kepada takrif di atas bahawa;

i. Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan

menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzi'e atau terpisah-pisah

seperti Islam bersifat politik "al-Islam al-Siyasi", Islam bersifat tasawwuf

"al-Islam al-Sufi" dan seumpamanya.

ii. Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus

kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat

bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi

cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa

sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri

serta penjajahan pemikiran.

iii. Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam

pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan

jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan

tamadun yang luhur.

Page 125: NOTA CTU151 UiTM

125

VISI : Visi Islam Hadhari adalah Untuk Menjadikan Malaysia sebagai sebuah

Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.

Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki

ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang

berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama.

MISI : Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan

pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

OBJEKTIF : Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan

masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak,

intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan,

inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana,

rasional, praktikal dan damai.

4.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM HADHARI

Prinsip-prinsip asas Islam Hadhari adalah seperti berikut;

• Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah

• Kerajaan Adil dan Beramanah

• Rakyat Berjiwa Merdeka

• Penguasaan Ilmu Pengetahuan

• Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif

• Kehidupan Berkualiti

• Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

• Keutuhan Budaya dan Moral

• Pemuliharaan Alam Semulajadi

• Kekuatan Pertahanan

Page 126: NOTA CTU151 UiTM

126

Gabungan prinsip-prinsip di atas adalah dirangka menurut acuan yang diadunkan

supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan

kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi

rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan ini juga adalah untuk

memperkasa umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

Perincian kepada prinsip-prinsip di atas adalah seperti berikut;

i. Keimanan Dan Ketaqwaan Kepada Allah

Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan

kepada Allah sebagai teras utamanya. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w

sebagai teras pegangan dan mjukannya. Gabungan kemantapan akidah

(kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah

teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem

untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini bersesuaian

dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-A'raaf: 96,

öθ s9 uρ ¨β r& Ÿ≅÷δ r& #“ t�à) ø9 $# (#θ ãΖtΒ# u (# öθ s) ¨?$# uρ $ uΖós tGx$s9 Ν Íκö n=tã ;M≈ x. t� t/ zÏiΒ Ï !$ yϑ¡¡9$# ÇÚ ö‘F{ $# uρ Å3≈ s9 uρ (#θ ç/ ¤‹x. Μßγ≈ tΡõ‹s{r' sù $yϑÎ/ (#θçΡ$ Ÿ2 tβθç7 Å¡ õ3tƒ

Terjemahan: Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk

negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka

kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah

berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan

(Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa

disebabkan apa Yang mereka telah usahakan. (surah al A’raf:96 ).

Page 127: NOTA CTU151 UiTM

127

Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada

di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam agama dan

kebebasan dalam menganut agama masing-masing seperti firman Allah s.w.t.

dalam surah al-Baqarah: 256,

Iω oν# t� ø. Î) ’Îû ÈÏe$!$# ( ‰s% t t6 ¨? ߉ô© ”�9 $# z ÏΒ Äc xöø9 $# 4 yϑsù ö� à$ õ3tƒ ÏNθ äó≈©Ü9 $$Î/

-∅ ÏΒ ÷σムuρ «!$$ Î/ ωs)sù y7 |¡ ôϑtGó™$# Íοuρó;ãè ø9 $$Î/ 4’ s+ øOâθ ø9$# Ÿω tΠ$ |ÁÏ$Ρ$# $ oλ m; 3 ª!$# uρ

ìì‹ Ïÿxœ îΛÎ=tæ ∩⊄∈∉∪

Terjemahan: Tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana

Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan

(kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia

pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah

berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak

akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha

mengetahui. (surah alBaqarah:256 ).

Dalam surah al-Kafirun: 6,

ö/ ä3s9 ö/ ä3ãΨƒ ÏŠ u’ Í<uρ ÈÏŠ ∩∉∪

Terjemahan: "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

(surah alKafirun:6).

ii. Kerajaan Adil Dan Beramanah

Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar

masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl:

90,

* ¨β Î) ©!$# ã� ãΒ ù'tƒ ÉΑô‰yè ø9 $$ Î/ Ç≈|¡ ôm M}$# uρ Ç›!$ tGƒ Î)uρ “ ÏŒ 4†n1ö� à) ø9 $# 4‘sS÷Ζtƒ uρ

Ç tã Ï!$ t± ós x$ ø9 $# Ì�x6Ψ ßϑø9 $# uρ Ä øöt7ø9 $# uρ 4 öΝ ä3ÝàÏè tƒ öΝ à6=yè s9 šχρã�©. x‹ s? ∩⊃∪

Page 128: NOTA CTU151 UiTM

128

Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan

berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat;

dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji

dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan

dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan

mematuhiNya. (surah alNahl:90).

Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa,

kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan firman

Allah s.w.t dalam surah al-Maa'idah: 8,

$ pκš‰r' ¯≈ tƒ šÏ%©!$# (#θãΨtΒ# u (#θ çΡθ ä. š ÏΒ≡§θ s% ¬! u !# y‰pκà− ÅÝó¡É) ø9 $$ Î/ ( Ÿω uρ

öΝ à6 ¨ΖtΒÌ� ôf tƒ ãβ$ t↔oΨx© BΘ öθ s% #’n? tã �ω r& (#θ ä9 ω÷è s? 4 (#θä9 ωôã$# uθ èδ Ü>t� ø%r&

3“uθ ø) −G=Ï9 ( (#θà) ¨?$# uρ ©!$# 4 =χÎ) ©! $# 7(8Î6 yz $ yϑÎ/ šχθ è=yϑ÷è s? ∩∇∪

Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu

semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan

kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali

kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu

kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil

(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada

taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha

mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.

(surah al Maidah:8).

Hadis Nabi SAW, di riwayatkan oleh Bukhari

Maksudnya: "Sekiranya (anakku) Fatimah mencuri nescaya aku

akan me motong tangannya".

Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang

diletakkan ke atasnya iaitu bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah an-

Nisa':58,

Page 129: NOTA CTU151 UiTM

129

* ¨β Î) ©!$# öΝ ä. ã�ãΒ ù' tƒ β r& (#ρ–Š xσ è? ÏM≈uΖ≈ tΒ F{ $# #’ n<Î) $ yγ Î=÷δ r& # sŒ Î)uρ ΟçF ôϑs3ym t ÷ t/

Ĩ$ ¨Ζ9 $# β r& (#θ ßϑä3øtrB ÉΑô‰yè ø9 $$ Î/ 4 ¨β Î) ©!$# $ −Κ Ïè ÏΡ / ä3ÝàÏè tƒ ÿ ϵÎ/ 3 ¨β Î) ©!$# tβ% x.

$ Jè‹Ïÿxœ # Z(8 ÅÁt/ ∩∈∇∪

Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya

menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak

menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara

manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil.

Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi

pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya

Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (surah al

Nisa’:58 ).

Dan hadis Nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad maksudnya:

"Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah".

Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan

adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap,

adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang

baik, maju dan dirahmati Allah s.w.t sebagaimana ditegaskan dalam surah Saba':

15,

ô‰s)s9 tβ% x. :* t7 |¡Ï9 ’Îû öΝ Îγ ÏΨs3ó¡ tΒ ×π tƒ# u ( Èβ$ tGΨy_ tã &Ïϑtƒ 5Α$ yϑÏ© uρ ( (#θè=ä.

ÏΒ É− ø—Íh‘ öΝ ä3În/ u‘ (#ρã� ä3ô©$# uρ …çµ s9 4 ×οt$ù#t/ ×π t6 Íh‹sÛ ;>u‘ uρ Ö‘θà$xî ∩⊇∈∪

Terjemahan: Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri

Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) Yang

terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun

(yang Luas lagi subur), Yang terletak di sebelah kanan dan di

sebelah kiri (kampung mereka). (lalu dikatakan kepada mereka):

"Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah

kepadanya; (negeri kamu ini adalah) negeri Yang baik (aman dan

Page 130: NOTA CTU151 UiTM

130

makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha

Pengampun!. (surah al Saba’:15).

iii. Rakyat Berjiwa Merdeka

Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat

yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan

inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang

dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat

bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan

firman Allah s.w.t dalam al-Quran surah al-Isra': 70,

* ô‰s)s9 uρ $oΨ øΒ §� x. û Í_t/ tΠ yŠ# u öΝ ßγ≈ oΨ ù=uΗxquρ ’Îû Îh(y9 ø9 $# Ì�ós t7ø9 $# uρ Ν ßγ≈ oΨ ø%y— u‘ uρ š∅ ÏiΒ

ÏM≈t7 ÍhŠ©Ü9$# óΟ ßγ≈ uΖù=�Ò sùuρ 4’ n?tã 9(8 ÏVŸ2 ô£ϑÏiΒ $ oΨ ø)n=yz WξŠÅÒ ø$s? ∩∠⊃∪

Terjemahan: Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-

anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-

bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan

rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta

Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak

makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan. (surah al Isra’:70).

Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap

terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam

menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang

boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu.

Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada

peraturan undang-undang dan etika, sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah

digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh

dan utuh.

Page 131: NOTA CTU151 UiTM

131

Setiap anggota masyarakat harus digerakkan potensinya sebijaksana mungkin

sehingga mampu memartabatkan jatidiri, imej keluarga, integriti masyarakat,

keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak

berbelah bahagi.

Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta

bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang

tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang

terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri.

Makna jiwa merdeka bukan hanya terletak pada slogan atau pernyataan luaran

semata-mata tetapi lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan keperluan

bekerja bersungguh-sungguh ke arah menyumbang dan membangunkan negara.

iv. Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara bersepadu boleh menjadikan

kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya

kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat

ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi

melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat

Falsafah Pendidikan Negara kita. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam

al-Quran surah al-Mujadalah: 11,

$ pκš‰r' ¯≈ tƒ tÏ%©!$# (# þθ ãΖtΒ# u # sŒ Î) Ÿ≅ŠÏ% öΝ ä3s9 (#θ ßs ¡¡ x$s? †Îû ħÎ=≈ yf yϑø9 $#

(#θ ßs |¡øù$$ sù Ëx|¡ ø$tƒ ª! $# öΝ ä3s9 ( # sŒ Î)uρ Ÿ≅ŠÏ% (#ρâ“ à±Σ$# (#ρâ“ à±Σ $$ sù Æìsùö� tƒ ª!$# t Ï%©!$#

(#θ ãΖtΒ# u öΝ ä3ΖÏΒ t Ï%©!$# uρ (#θ è?ρé& zΟ ù=Ïè ø9 $# ;M≈y_ u‘ yŠ 4 ª!$# uρ $yϑÎ/ tβθ è=yϑ÷è s? ×(8 Î7yz

Page 132: NOTA CTU151 UiTM

132

Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta

kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk

orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah

melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta

kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat

orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang

Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) -

beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam

pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan. (surah al

Mujadalah:11).

Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya tidak

akan berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Tamadun Baghdad dan

Tamadun Andalusia menjadi contoh nyata bagaimana ilmu yang bersepadu

mampu menyumbang ke arah pembangunan tamadun Barat dan Timur.

Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu

bersepadu, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi

melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan

ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang

terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat. Melalui pengukuhan

ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah, hasrat

untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas. Melalui sistem pendidikan yang

melengkapi dwi pengkhususan dan double major, kita boleh melahirkan sumber

tenaga yang mampu menerajui program pembangunan negara dan ummah.

Usaha penggalian dan penerokaan serta penemuan ilmu dan teknologi amat

digalakkan dalam tradisi Islam. Amat disedari umat Islam ketinggalan dalam

penguasaan sains dan teknologi pada masa kini. Sewajarnya usaha pengkajian dan

penyelidikan (tadabbur) dijadikan matlamat keilmuan supaya asas pembangunan

Page 133: NOTA CTU151 UiTM

133

intelek, rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang, menyeluruh dan

teratur. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam surah ali-'Imran: 190,

=χÎ) ’ Îû È, ù=yz ÏN≡ uθ≈ yϑ¡¡9 $# ÇÚö‘ F{$# uρ É#≈ n=ÏF ÷z$# uρ È≅øŠ©9 $# Í‘$pκ]9 $# uρ ;M≈tƒ Uψ

’Í<'ρT[{ É=≈ t6 ø9F{ $# ∩⊇⊃∪

Terjemahan: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan

pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan,

kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang

Yang berakal; (surah ali Imran:190).

V. Pembangunan Ekonomi Seimbang Dan Komprehensif

Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi

keutamaan oleh Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif

memberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan

amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti

ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara

dan di peringkat antarabangsa. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam

surah al-Jumu'ah: 10,

# sŒ Î* sù ÏM uŠÅÒ è% äο4θ n=¢Á9$# (#ρã� ϱ tFΡ$$ sù ’Îû ÇÚö‘ F{$# (#θ äó tGö/ $# uρ ÏΒ È≅ ôÒ sù «!$#

(#ρã� ä. øŒ $# uρ ©!$# # Z(8 ÏWx. ö/ ä3=yè ©9 tβθ ßsÎ=ø$ è? ∩⊇⊃∪

Terjemahan: Kemudian setelah selesai sembahyang, maka

bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan

masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah

kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam

Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).

(surah al Jumu’ah:10).

Untuk menjayakan pendekatan tersebut, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu

sama-sama berperanan secara bersepadu. Ini sudah pun diberi penekanan dalam

Page 134: NOTA CTU151 UiTM

134

konsep pensyarikatan Malaysia. Islam Hadhari menuntut setiap masyarakat Islam

merebut peluang untuk memaju pencapaian ekonomi mereka.

Usaha-usaha untuk memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi di dalam

negara akan terus diberi keutamaan. Melalui strategi pembasmian kemiskinan,

mencapai guna tenaga penuh, kestabilan paras harga dan pertumbuhan ekonomi

yang mapan, keadilan dan kestabilan ekonomi akan dapat dicapai. Bahkan strategi

tersebut menepati aspirasi Islam Hadhari.

Melalui strategi tersebut negara mampu mengembeling kesemua tenaga rakyat

semoga mereka dapat berprestasi di peringkat optimum. Dalam rangka yang sama

pendekatan Islam Hadhari akan terus berusaha untuk meningkat kecekapan sistem

penyampaian sektor awam dan prestasi sektor swasta. Justeru itu mutu sistem

pendidikan dan Institusi Latihan Negara perlu sentiasa dipertingkatkan semoga

kesemua aspek keperluan tersebut dapat dibekalkan kepada rakyat.

Dalam suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar dan tidak menentu,

perancangan dan dasar ekonomi yang digubal perlu sensitif kepada perkembangan

tersebut. Walaupun sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang secara

besar-besaran kepada pertumbuhan ekonomi negara, demi keselamatan negara,

sektor pertanian akan turut diberi perhatian yang sewajarnya. Pembekalan kepada

makanan asasi rakyat, sesuatu yang dituntut oleh Islam. Melalui kemajuan bidang

sains bioteknologi, negara akan berusaha untuk memaju sektor pertanian dengan

teknologi tersebut.

Jelas sekali bahawa pendekatan Islam Hadhari adalah suatu pendekatan yang

komprehensif di mana pencapaian pembangunan ekonomi, negara mampu

menjana kepada wujudnya sebuah masyarakat yang bertamadun dan progresif.

Page 135: NOTA CTU151 UiTM

135

vi. KEHIDUPAN BERKUALITI

Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian

kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi

dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam

menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan

untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada

kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua

aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material. Ini bertepatan dengan

firman Allah s.w.t dalam al-Quran surah al-Qasas: 77,

ÆNtGö/ $# uρ !$ yϑ‹Ïù š�9 t?# u ª!$# u‘# ¤$!$# nοt�Åz Fψ$# ( Ÿω uρ š[Ψs? y7t7ŠÅÁ tΡ š∅ ÏΒ

$ u‹÷Ρ‘‰9 $# ( Å¡ôm r& uρ !$ yϑŸ2 z |¡ ôm r& ª!$# š�ø‹s9 Î) ( Ÿω uρ ÆNö7 s? yŠ$ |¡ x$ ø9 $# ’Îû ÇÚö‘ F{ $# ( ¨βÎ) ©! $# Ÿω K=Ïtä† tωš ø$ ßϑø9 $# ∩∠∠∪

Terjemahan: "Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah

dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari

akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan

dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-

hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan

pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah

Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah

tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ". (surah

al Qasas:77).

Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan

kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan

taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan

jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang. Bermula dengan

pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam tidak

bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek tersebut

Page 136: NOTA CTU151 UiTM

136

perlu diusaha dan dijayakan dari semasa ke semasa semoga tahap pencapaian

setanding dengan masyarakat yang maju di dunia.

Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga

yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan

berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat dikurangkan jika setiap

institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan.

Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran

turut diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir

perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga.

Dari pendekatan Islam Hadhari, kita dapati bahawa kualiti hidup masyarakat dari

kesemua aspek akan dibangunkan secara bersepadu.

vii. PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu kepada setiap

individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti.

Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi

nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam

Maqasid as-Syariah. Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau

alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke

atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang. Ini selaras dengan

firman Allah s.w.t dalam al-Quran surah al-Hujuraat: 13,

$ pκš‰r' ¯≈ tƒ â¨$Ζ9 $# $ ¯ΡÎ) / ä3≈ oΨ ø)n=yz ÏiΒ 9� x.sŒ 4 s\Ρé& uρ öΝ ä3≈ oΨù=yè y_ uρ $\/θ ãè ä© Ÿ≅Í←!$ t7 s%uρ

(# þθ èùu‘$ yè tGÏ9 4 ¨β Î) ö/ ä3tΒ t�ò2r& y‰Ψ Ïã «! $# öΝ ä39 s) ø?r& 4 ¨β Î) ©!$# îΛÎ=tã ×(8Î7 yz ∩⊇⊂∪

Page 137: NOTA CTU151 UiTM

137

Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah

menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah

menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya

kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan

Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah

orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih

keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha

Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan

dan amalan kamu). (surah al Hujurat:13).

Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. la

terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan

mengenai kebebasan asasi (Fundamental Liberties).

Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita

dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki.

Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa

jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh menyertai dalam

pentadbiran negara, aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Isu

mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam

menggubal dasar negara seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara.

Rasulullah s.a.wtelah juga menyebut dengan jelas tentang wanita sejak mula

hingga ke akhir hayat baginda dengan peringatan khusus semasa mengerjakan

Haji Wida' (Haji Perpisahan) dengan sabdanya yang telah diriwayatkan oleh

Muslim, maksudnya: "Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita

kerana sesungguhnya kamu mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah

menghalalkan kepada kamu mencampuri mereka dengan ijab kabul yang sah

sesuai dengan aturan Allah dan hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka

tidak membiarkan orang luar yang dibenci oleh suami berkunjung ke rumahnya.

Sekiranya mereka melakukan demikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang

Page 138: NOTA CTU151 UiTM

138

tidak menyakitkan. Manakala bagi mereka (wanita) ke atas kamu (lelaki) pula

ialah memberikan mereka rezeki (makanan) dan perhiasan/pakaian dengan car a

yang baik. Dan telah aku tinggalkan kepada kamu suatu yang tidak akan

menyesatkan kamu selepasnya sekiranya kamu berpegang dengannya iaitu kitab

Allah (al-Quran)".

Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke

hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka,

bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui

undang-undang negara.

Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin hak-

hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan. Kerajaan telah menubuhkan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima

Deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti

dan kemanusiaan lain, termasuk mengenai wanita. Bahkan dalam beberapa aspek

kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara

Islam. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan yang

menguruskannya. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor pekerjaan dan

perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang negara dan penyertaan dalam

pembangunan negara.

Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli, terdapat badan-

badan yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi kuasa dan bebas

untuk membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian.

Dalam beberapa penulisan barat menimbulkan isu bahawa Islam tidak memberi

perhatian dan kedudukan wajar kepada bukan Islam dan wanita. Sebenarnya hak-

Page 139: NOTA CTU151 UiTM

139

hak asasi sepatutnya diperjelaskan meliputi golongan bukan Islam dan semua

kaum serta jantina. Dalam sejarah pemerintahan Islam orang bukan Islam diberi

kedudukan dalam pemerintahan dan hak-hak mereka tidak dinafikan. Kebebasan

beragama diberikan bagi menjamin penghayatan dalam pembangunan negara dan

perkhidmatan, mereka diberikan hak sehingga menjawat jawatan menteri dan

pegawai kanan kerajaan. Sejarah membuktikan orang bukan Islam begitu senang

berada di bawah pemerintahan Islam kerana hak-hak mereka terjamin dan

kerajaan berlaku adil ke atas mereka. Keadaan yang sama dapat disaksikan

berlaku di negara kita.

Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan

bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum,

bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana

golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul

pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya. Ini

bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa': 58,

* ¨β Î) ©!$# öΝ ä. ã�ãΒ ù' tƒ β r& (#ρ–Š xσ è? ÏM≈uΖ≈ tΒ F{ $# #’ n<Î) $ yγ Î=÷δ r& # sŒ Î)uρ ΟçF ôϑs3ym t ÷ t/

Ĩ$ ¨Ζ9 $# β r& (#θ ßϑä3øtrB ÉΑô‰yè ø9 $$ Î/ 4 ¨β Î) ©!$# $ −Κ Ïè ÏΡ / ä3ÝàÏè tƒ ÿ ϵÎ/ 3 ¨β Î) ©!$# tβ% x.

$ Jè‹Ïÿxœ # Z(8 ÅÁt/ ∩∈∇∪

Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya

menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak

menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara

manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil.

Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi

pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya

Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (surah al

Nisa’:58 ).

Page 140: NOTA CTU151 UiTM

140

viii. Keutuhan Budaya Dan Moral

Satu daripada prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya

keutuhan budaya dan ketinggian akhlak sebagai identiti negara tersebut. Dalam

rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan

agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni

dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin

kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. la juga

akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan firman

Allah s.w.t dalam surah al-Mukminun: 1-2,

ô‰s% yx n=øùr& tβθ ãΖÏΒ÷σ ßϑø9 $# ∩⊇∪ tÏ% ©!$# öΝ èδ ’ Îû öΝ ÍκÍEŸξ |¹ tβθãè ϱ≈yz ∩⊄∪

Terjemahan: Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang

beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya;

(surah al Mu’minun:1-2).

Dengan demikian, kemajuan ekonomi dan teknologi akan berjalan seiring dengan

keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Namun,

gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam

masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan

pendekatan Islam Hadhari. Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan

ekonomi dan ilmu sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang

luhur. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan

diasingkan daripada nilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang luhur. Sejarah

telah membuktikan bahawa tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat

telah runtuh dan ditelan zaman akibat daripada kepincangan moral yang parah

dalam masyarakat dan negara.

Page 141: NOTA CTU151 UiTM

141

Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya harus seiring dengan nilai-nilai

murni yang berasaskan keluhuran dan kreativiti yang menyumbang ke arah

kebudayaan tinggi (high culture).

ix. PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI

Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi

juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati

oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama

manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai

kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan

dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam

semula jadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat,

pemanasan global, gempa bumi, gelombang besar, hujan asid, pencemaran alam

sekitar dan sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem

yang dilakukan oleh aktiviti manusia.

Di peringkat antarabangsa beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telah pun

dilaksanakan oleh UNDP untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi

Reo De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto (1997) merupakan antara dua

deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah

mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara

lestari dan mesra alam.

Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan

pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang

berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama,

bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah

diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi

Page 142: NOTA CTU151 UiTM

142

yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada

seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii

perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak

mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat.

Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi

harmoni dengan alam sekitar di sekitarnya disamping berusaha untuk terus maju.

x. KEKUATAN PERTAHANAN

Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan

ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan

spiritual. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam al-Quran surah al-Anfal:

60,

(#ρ‘‰Ïãr& uρ Ν ßγ s9 $Β ΟçF ÷è sÜtGó™$# ÏiΒ ;ο§θè% ∅ ÏΒ uρ ÅÞ$t/ Íh‘ È≅ø‹ y⇐ø9 $# šχθç7Ïδ ö� è?

ϵÎ/ ¨ρ߉tã «!$# öΝ à2ρ߉tãuρ tÌ� yz#u uρ ÏΒ óΟÎγ ÏΡρߊ Ÿω ãΝ ßγ tΡθ ßϑn=÷è s? ª!$#

öΝ ßγ ßϑn=÷è tƒ 4 $ tΒ uρ (#θ à) Ï$Ζè? ÏΒ & óx« † Îû È≅‹Î6y™ «!$# ¤∃uθ ムöΝ ä3ö‹ s9 Î) óΟçFΡr& uρ Ÿω

šχθßϑn=ôà è? ∩∉⊃∪

Terjemahan: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh

Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu

sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia,

untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan

musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang

kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa

sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan

disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan

dianiaya. (surah al Anfal:60).

Page 143: NOTA CTU151 UiTM

143

Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara

dari dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang

terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan untnk menyerang

dan menguasai bangsa lain.

Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan

negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan.

Perubahan snasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta penghinaan

yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai kekuatan

ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri. Negara perlu diperlengkapkan

dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan

tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara. Pendekatan

Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka berupaya

menghadapi cabaran dunia semasa.

PENUTUP

Usaha Kerajaan memperkenalkan Islam Hadhari dalam arus pembangunan

perdana negara amat tepat pada masanya ketika umat Islam sedang menghadapi

perubahan sama ada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, kemajuan sains,

teknologi dan lain-lain. Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan

yang berterusan perlu dirancang. Segala bentuk pemikiran yang mengelirukan dan

bercanggah dengan Islam perlu diperbetulkan supaya pemikiran dan jati diri

masyarakat dapat dibentuk. Dengan pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia akan

membuka minda masyarakat Islam tentang tujuan hidup yang sebenar dan sama-

sama memahami hala tuju kepimpinan negara ke arah membangun ummah dan

negara dengan cemerlang, gemilang dan terbilang yang diredhai Allah s.w.t.

Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah: 201, maksudnya: “dan

Page 144: NOTA CTU151 UiTM

144

di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “wahai Tuhan kami,

berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari

azab api neraka”.

4.3 Islam Hadhari sebagai penjana pembangunan ummah

Pendahuluan

Malaya mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Inggeris pada 31 Ogos 1957.

Pada 16 September 1963 dirasmikan penubuhan Malaysia. Tunku Abdul Rahman

Putra, Perdana Menteri pertama negara. sebagai seorang Melayu beragama Islam,

telah berjaya meyakinkan para pejuang kemerdekaan yang terdiri dari kaum Cina

dan India untuk memasukkan satu peruntukan di dalam Perlembagaan tentang

Islam sebagai agama persekutuan, dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan

aman dan harmoni.

Pada peringkat awalnya, aktiviti keagamaan yang dijalankan di dalam negara

merdeka, pada umumnya merupakan aktiviti yang lebih menekankan tentang

ritual, seperti peraduan membaca al-Qur'an. Bagaimanapun aktiviti ini telah

meletakkan negara kita ke peringkat dunia Islam lainnya, dengan berkembangnya

peraduan tersebut ke peringkat antarabangsa.

Usaha Perdana Menteri pertama menubuhkan badan dakwah yang khusus untuk

menjelaskan pengertian Islam kepada rakyat bukan Islam juga telah mencapai

kejayaan yang baik, kerana usaha ini dilihat sebagai satu agenda yang baik untuk

mendidik saudara Islam yang baru dalam memahami ajaran agamanya yang betul,

dan hubungannya dengan orang lain, khususnya dalam negara yang berbilang

kaum dan agama ini.

Page 145: NOTA CTU151 UiTM

145

Usaha meningkatkan aktiviti agama telah diteruskan oleh Perdana Menteri kedua

dan ketiga secara yang lebih luas, iaitu merangkumi pelajaran agama yang telah

dimasukkan ke dalam arus perdana dasar pendidikan negara. penubuhan badan

untuk urusan haji dan sokongan kepada badan-badan dakwah. Dalam era

pemerintahan Perdana Menteri ke empat. Tun Dr. Mahathir Mohammad. Islam

benar-benar telah dibawa ke satu arah yang baru, kerana era Dr. Mahathir adalah

satu era kebangkitan Islam yang mencabar dan segala cabaran yang globalisasi

dan teknologi maklumat dan komunikasi.

Dr. Mahathir nampaknya dengan visi dan pandangannya yang jauh, telah berjaya

membentuk satu kefahaman silam yang agak jelas di kalangan rakyat Malaysia

yang berbentuk pluralistik, dan meletakkan negara sebagai negara yang

mengamalkan Islam secara moderat, terbuka, tolerandandinamik.

Kejayaan besar beliau ialah membawakan wadah Islam ke dalam semua sektor

pentadbiran negara, bermula dari bidang pendidikan, pentadbiran negara.

perbankan dan aktiviti kewangan, membawa kepada dasar luar negara yang

konsistan terhadap negara luar dan sebagainya. Dengan itu Islam telah mengambil

tempat yang sewajarnya di dalam pemerintahan beliau, dan berjaya membuka

mata seluruh dunia tentang kepimpinannya yang dinamik, termasuk kepimpinan

Islam moden yang menjadi contoh kepada dunia luar, sama ada dunia Islam atau

dunia bukan Islam.

Maka pada zaman peralihan kuasa dari Dr. Mahathir, kepada Perdana Menteri

yang baru, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Islam telah diprojekkan dalam

imej baru, iaitu sebagai Islam Hadhari, sungguh pun agenda kerja dan

perlaksanaan Islam di Malaysia tentunya merupakan kesinambungan dari projek

Page 146: NOTA CTU151 UiTM

146

Islam yang telah dijalankan begitu banyak dan progresif seperti yang dinyatakan

dengan ringkas di atas.

Agenda Kerja Islam Hadhari

Dasar dan agenda kerja serta perlaksanaan Islam Hadhari haruslah disusun dan

dijalankan dengan sebaik-baiknya supaya satu tasawwur yang tepat tentang Islam

itu pada umumnya tidaklah hanya menjadi satu pengucapan yang tidak berisi, atau

hanya merupakan satu simbolik dan retorika sahaja.

Hal ini disebut kerana isu agama di negara kita sering di salah gunakan, itu Islam

dan agenda agama seolah-olah hanyalah merupakan pengucapan dan ceramah,

teori yang berjela-jela, dan kata-kata retorika yang sedap didengar, sehingga

dengan itu sesiapa yang pandai berceramah atau berteori tentang agama, maka dia

telah dianggap sebagai tokoh agama walau pun amalan dan pengucapannya tidak

menggambarkan peribadi, ilmu dan amalan keislamannya.

Oleh itu sekiranya Islam Hadhari bermaksud Islam yang dinamik dan

bertamadun, berilmu dan berdaya maju untuk menyusun kehidupan yang

berbahagia di dunia dan akhirat. maka penyusunan agenda negara dalam bidang

keislaman yang dinamik dan bertamadun, berilmu dan maju untuk dunia dan

akhirat itu, haruslah diatur dengan sebaik-baiknya. Persoalan yang timbul di sini,

ialah bagaimanakah seharusnya kita membangunkan Islam yang dinamik, terbuka,

maju, berteraskan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat dalam masyarakat kita

sekarang ini agar pembangunan ini akan menjadi lebih mantap dan maju ke

hadapan serta lebih bermakna lagi jika dibandingkan dengan zaman sebelum ini

yang masyarakat di negara kita munkin rata-ratanya tidak pernah mendengar

istilah Islam Hadhari?

Page 147: NOTA CTU151 UiTM

147

Persoalan penting ini haruslah dicarikan jawapannya oleh semua kalangan dalam

masyarakat, khususnya Kerajaan, dalam merangka dasar dan agenda kerjanya

dalam membangunkan Islam Hadhari.

Malahan sekiranya kita melihat Islam Hadhari dari dimensi yang lebih luas, iaitu

berasaskan masyarakat kita yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama, maka

bagaimanakah seharusnya kita menyusun agenda kerja yang lebih baik dalam

mevvujudkan masyarakat yang bertoleransi, berintegrasi dan saling memahami

dan mcnghormali antara kaum dan agama.

Bagaimanakah agaknya usaha yang seharusnya dilakukan dalam memberi

ketahaman yang jelas tentang Islam sebagai agama negara agar dalam aspek ini

tidak akan timbul sebarang prasangka yang negatif. Hal ini juga merupakan satu

isu besar yang seharusnya diselesaikan sekarang ini, terutamanya pada masa

mutakhir ini, iaitu ketika terdapat segelintir anggota masyarakat kita yang tidak

mahu memahami kontrak sosial di antara pelbagai kaum ketika Islam dijadikan

agama rasmi negara dalam Perlembagaan kita.

Isu yang timbul akibat dari ketidak-selarasan undang-undang Islam tentang hak

menjaga anak yang masih belum cukup umur bagi ibu bapa yang telah bercerai

kerana salah seorang ibu atau bapa itu telah menganut Islam umpamanya, menjadi

isu besar apabila anak atau anak-anak itu telah diislamkan oleh salah seorang ibu

atau bapa yang menganut Islam, maka mahkamah sivil mempunyai kuasa unluk

menentukan hak penjagaan anak-anak ini. Hal ini menjadi isu kerana anak-anak

tersebut telah diserahkan hak penjagaannya kepada ibu bapa yang bukan Islam,

dan keputusan ini telah menjadi perbincangan di kalangan masyarakat Islam,

sedangkan mahkamah Sivil sememangnya mempunyai hak untuk membuat

keputusan tersebut berdasarkan undang-undang yang sedia ada.

Page 148: NOTA CTU151 UiTM

148

Masyarakat Islam tentulah akan bertanya apakah penyelesaian yang dapat

dilakukan dalam isu ini, agar perkara ini tidak menjadi duri dalam daging bagi

masyarakat Islam sendiri?

Dari satu sudut yang lain, Islam Hadhari tentulah merupakan satu sistem hidup

yang bertamadun tinggi. Oleh itu bagaimanakah usaha yang seharusnya

dilaksanakan dalam memberi pendidikan yang bertamadun kepada masyarakat

umum. termasuk masyarakat Islam sendiri, yang mungkin selama ini tidak dapat

memahami sepenuhnya sistem Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap.

Islam Hadhari juga seterusnya mampu melahirkan suatu umat yang berbudaya

tinggi dan berilmu pengetahuan berasaskan nilai-nilai moral kerohanian yang

mulia. Segala gejala yang merosakkan moral dan akhlak sering diperanginya.

Hiburan melulu yang bermatlamatkan keseronokan nafsu tentulah tidak akan

mendapat tempat dalam Islam Hadhari. Nilai dan budaya liar, sama ada yang

dicipta oleh anak tcmpatan atau dibawa masuk dari luar, iaitu dari barat dan timur,

dari Hollywood atau Bollywood, nilai-nilai negatif Barat berunsurkan kehidupan

hedonisme, merupakan sesuatu yang ditolak oleh Islam Hadhari.

Maka perlaksanaan Islam Hadhari dalam keadaan ini memerlukan rancangan

strategik yang bersepadu oleh semua jentera kerajaan. termasuk kementerian-

kementerian yang menjadi asas pembangunan moral dan akhlak rakyat,

pcndidikan, penerangan dan media, kesenian, kehudayaan, belia dan lain-lain lagi

yang seharusnya juga peka dan memahami konsep dan perlaksanaan Islam

Hadhari yang diketengahkan ini.

Page 149: NOTA CTU151 UiTM

149

Ramai pembesar negara luar islam dan bukan Islam, merasa kagum dengan

penonjolan konsep dan perlaksanaan Islam Hadhari di negara kita. kerana mereka

selama ini telah dapat menyaksikan kesungguhan kita menghayati Islam di negara

dan bertamadun tanpa melupakan nilai-nilai kerohanian dan moral yang menjadi

(eras agama kita. Maka contoh islam Hadhari ini haruslah kita pertingkatkan lagi

dalam menonjol Islam yang positif dalam dunia global ini. Imej kekerasan dan

keganasan yang selama ini tidak dapat dihubungkan dengan umat Islam di negara

kita ini seharusnya dikekalkan supaya segala keganasan dan kekerasan yang

berlaku di dalam dunia ini tidak akan berlaku sama sekali di negara kita. Unsur

radikalisme dan ekstremisme haruslah dihindarkan supaya hal yang menjatuhkan

imej Islam itu tidak akan tumbuh di negara kita ini.

Pendeknya dalam memprojekkan Islam Hadhari kita amat memerlukan

pengetahuan yang cukup mendalam untuk menterjemahkan konsep dan

perlaksanaannya yang jitu dan berkesan.

Amat silap sekali sekiranya terdapat orang yang beranggapan bahawa Islam

Hadhari akan tercapai matlamatnya dengan berceramah dan berkhutbah, atau

semata-mata dengan penganjuran satu dua forum dan perbincangan seperti forum

perdana dan sebagainya.

Peristiwa sedih yang sering berlaku di negara kita termasuk kejadian rogol dan

bunuh dalam masyarakat kita termasuk yang melibatkan kalangan masyarakat

Islam sendiri, malah kematian seorang pelajar sekolah agama di Negeri Sembilan

tidak lama dulu, sebagai korban keganasan dan salah laku yang serius di kalangan

rakan sekolahnya, sudah agak memadai untuk memberi pengajaran bahawa

pendidikan agama bukanlah semata-mata terhad dalam pengajaran hukum-hakam

dan dosa pahala yang akan diterima pada hari kiamat nanti atau dengan menghafal

Page 150: NOTA CTU151 UiTM

150

beberapa Surah al-Qur'an dan al-Hadith. Tetapi pengajaran agama itu haruslah

disusun sebegitu rupa untuk dihayati dicontohi dan diterjemahkan ke dalam

amalan dan kehidupan moden yang serba mencabar ini, yang menyentuh bukan

hanya akidah dan syariah. malahan menyentuh jiwa dan psikologi pelajar, tingkah

laku dan rukun pergaulan sesama rakan dan masyarakat sekeliling.

Perkembangan yang bertentangan dengan ajaran dan nilai akhlak Islam ini juga

memberi pengajaran bahawa Islam Hadhari bukanlah dengan hanya

memperbanyakkan program agama di dalam TV umpamanya, ketika program lain

dibiarkan bermaharajalela dengan penonjolan gejala negatif yang bertentangan

dengan nilai dan budaya kita. Bukan pula hanya diisi dengan syarahan dan

ceramah agama, sedangkan banyak lagi program lain yang merosakkan moral dan

akhlak penonton, iaitu yang boleh diibaratkan seperti serangga dan racun yang

dalam sekelip mata sahaja akan mengikis segala mutiara dan bunga-bungaan yang

cuba ditaburkan melalui program agama itu. Islam Hadhari tidak hanya akan

tertonjol dalam hiburan nasyid dan penampilan sopan para artis dalam bidang

kesenian dan hiburan yang dikenali sebagai hiburan altematif, sedangkan

penonjolan hebat Akademi Fantasia atau Cit Cat Bersama Artis, dan sebagainya.

merupakan sama sekali nilai budaya yang baik, walaupun hanya dilihat dari sudut

budaya bangsa kita yang bersopan dan berakhlak mulia. Islam Hadhari bukanlah

seharusnya hanya dihayati di JAKIM atau institusi agama yang lain, sedangkan

agensi dan kementerian lain menutup mata terhadap penghayatan dan matlamat

Islam Hadhari ini. Tetapi dengan mengemukakan pandangan ini, bukanlah bererti

bahawa kita akan terpaksa melangkah ke belakang dengan mengamalkan Islam

yang tertutup dan sering dilabelkan sebagai amalan yang jumud.

Islam Hadhari ialah Islam yang membangun dengan ilmu dan moral, yang

dinamik dan maju, bertamadun dan berperadaban. Konsep ini diterima oleh semua

Page 151: NOTA CTU151 UiTM

151

lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Maka matlamat inilah yang

seharusnya difahami oleh semua, terutamanya ketika kita sedang berusaha untuk

membangunkan bangsa Malaysia yang berpegang teguh dengan nilai-nilai agama,

etika dan moral yang baik. Hal ini merupakan satu cabaran yang besar dalam

melahirkan bangsa Malaysia yang maju seperti yang dirangka dalam Wawasan

2020. Seperti yang disebutkan di atas, bahawa bidang pendidikan adalah

merupakan satu arena yang amat penting untuk memberi kefahaman tentang Islam

Hadhari, dan memupuk serta membangun generasi kita yang lebih mantap dalam

menghayati ajaran dan nilai akhlak Islam dengan sebaik-baiknya. Hal ini tentulah

secara langsungnya merupakan tanggungjawab Kementerian Pendidikan, yang

sekarang ini telah dipecahkan kepada dua buah kementerian, iaitu Kementerian

Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Bilangan institusi tersebut, terutamanya di peringkat kolej dan maktab, tumbuh

dengan agak banyak, termasuk yang dianjurkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di

negara kita ini. Wang yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk tujuan ini telah

meningkat kepada satu jumlah yang tinggi. Ibu bapa sendiri yang menyedari akan

kepentingan pendidikan agama telah mengeluarkan perbelanjaan persendirian

yang banyak untuk membiayai anak-anak mereka bagi melanjutkan pelajaran ke

institusi dan kolej agama swasta.

Oleh itu kementerian tersebut haruslah menjalankan kajian dan semakan semula

yang serius, terutamanya untuk menilai semula falsafah ilmu dan pendidikan

agama yang menjadi teras penganjuran dan penubuhan institusi yang dilabelkan

sebagai kolej, maktab atau institusi pengajian tinggi agama tersebut dan yang

benar-benar menjadi harapan umat Islam untuk melahirkan generasi baru umat

Islam yang lebih baik. Falsafah dan konsep ilmu dan pendidikan Islam inilah yang

sering mencorakkan kukurikulum pengajaran, penyusunan buku teks, latihan

Page 152: NOTA CTU151 UiTM

152

tenaga pengajar, dan pembangunan pendidikan di institusi tersebut. Malah

falsafah pendidikan Islam inilah juga yang menentukan objektif dan matlamat

penubuhan dan pengajaran institusi itu. Maka tenaga manusia yang mendapat

latihan di dalam institusi inilah yang akan lahir ketengah-tengah masyarakat

negara kita pada masa yang akan datang, sama ada akan menjadi warga negara

yang sihat mental dan akal, rohani dan jasmaninya, juga warganegara yang

berakhlak dan bermoral tinggi bertamadun dan berperadaban, atau sebaliknya.

Falsafah dan objektif pendidikan negara sememangnya telah menggariskan

tentang pembangunan insan yang sepadu dan seimbang ini, tetapi kaedah umum

ini haruslah diterjemahkan dengan sebaik-baiknya di semua peringkat dan displin

ilmu pengetahuan, termasuk dalam pendidikan agama. Kita tidak lagi seharusnya

mengambil kesimpulan yang mudah bahawa pengajaran dan pendidikan agama

merupakan satu saluran pendidikan yang ideal untuk melahirkan manusia yang

unggul dan berguna di dunia dan akhirat. Kesimpulan yang mudah ini sebenarnya

lebih banyak mengundang masalah dalam masyarakat kita, malah dalam

masyarakat Islam dan negara Islam di seluruh dunia.

Kesimpulan yang demikian telah menanamkan satu pemikiran yang mudah pula

tentang pendidikan Islam yang sebenarnya ke dalam pemikiran umat kita, maka

dengan itu kita sering saja menganggap bahawa pendidikan Islam adalah satu

sistem pendidikan yang mudah pula, dan modelnya telah tersedia sejak berpuluh-

puluh tahun yang lain.

Kematian Mohamad Farid Ibrahim, pelajar sebuah sekolah agama di Negeri

Sembilan pada 28 Mac 2004 yang lalu telah menimbulkan banyak tanda tanya di

dalam pemikiran kita. Pertamanya kita harus bertanya apakah kesilapan yang

Page 153: NOTA CTU151 UiTM

153

telah berlaku kepada generasi muda kita pada hari ini sehingga mereka kehilangan

arah dan menjelma menjadi makhluk yang tidak beperikemanusiaan?

Soalan kedua ialah di manakah pula silapnya pentadbiran sekolah kita sekarang

sehingga anak didiknya telah terlepas dari pengawasan dan kawalan pihak

berautoriti hingga mereka dapat melakukan kekejaman yang jelas bercanggah

dengan peraturan dan displin sekolah?

Di manakah hilangnya asas pendidikan anak-anak ini ketika mereka membesar di

dalam asuhan keluarga mereka sendiri sebelum mereka memasuki sekolah

berasrama atau apakah anak-anak ini sebelum ini tidak pernah dididik oleh ibu

bapa mereka untuk menjadi manusia yang berpekerti mulia?

Persoalan yang paling kritikal yang timbul dalam konteks ini ialah, oleh kerana

tragedi ini berlaku di sekolah agama maka kita tentulah akan bertanya kenapa

pula hal ini berlaku di sekolah agama, iaitu sekolah yang mengajar agama kepada

para pelajarnya. Bukankah agama merupakan satu peraturan hidup jasmani dan

rohani yang mengajar umatnya menjadi manusia yang baik, berkelakuan tertib

mempunyai perasaan belas kasihan sesama manusia, bersopan santun, beradab,

beretika dan sebagainya. Kenapakah dalam sekolah yang sepatutnya menjadi satu

tempat mala petaka, sehingga melahirkan manusia buas yang sanggup membunuh

rakan sendiri?

Pihak berkuasa agama yang menubuhkan sekolah ini, dan para guru agama yang

mengajar di sekolah ini juga, mungkin tidak mampu memahami krisis ini, apa lagi

menyelesaikannya menurut ajaran agama. Mereka telah menyusun kurikulum,

memilih buku teks, dan para guru agama pula telah mengajar mengikut kurikulum

dan buku teks, dan para guru agama pula telah mengajar mengikut kurikulum dan

Page 154: NOTA CTU151 UiTM

154

buku teks yang telah disediakan, mengajar sembahyang dan ibadat lain, mengajar

kandungan al-Qur'an dan al-Hadith, malah para pelajarnya pun mungkin telah

kelihatan amat beragama, terutamanya dipandang dari segi lahiriahnya, iaitu

berkupiah putih sebagai lambang agama. Jadi apa lagi yang dapat mereka lakukan

lebih dari itu?

Persoalan memerlukan jawapan yang menyeluruh. Jawapan mudah dan jalan

keluar yang terlalu simplistik seperti yang selalu kita berikan dalam

menyelesaikan masalah kehidupan kita ini, iaitu dengan memberikan satu

jawapan sahaja untuk menyelesaikan seribu satu persoalan yang kita hadapi,

tidaklah seharusnya menjadi cara penyelesaian lagi dalam situasi yang amat

runcing dan rumit ini. Jawapan yang mengatakan bahawa hanya dengan agama

sahaja kita konteks ini mungkin amat meleset, sekiranya kita tidak berusaha

memahami pendidikan agama bagaimanakah yang sebenar-benarnya akan dapat

melahirkan manusia yang ideal dan berguna di dunia dan akhirat.

Jawapan secara simplistik yang kita berikan diatas dengan sendirinya dinafikan

oleh kejadian terakhir di sekolah agama tersebut, walau pun sebenarnya kejadian

itu adalah merupakan satu kejadian yang terpencil dan amat jarang berlaku.

Bagaimanapun kejadian itu telah berlaku, dan berlaku di dalam sekolah agama

sendiri. Malah lebih dari itu, kejadian pukul memukul, mencuri dan gejala

samseng yang berlaku di kalangan pelajar sekolah umumnya pada masa ini, telah

berlaku juga di sekolah-sekolah agama.

Ajaran agama yang diturunkan Allah s.w.t. tentulah tidak ada cacat celanya,

malah agama adalah satu peraturan hidup yang lengkap dan sempurna, yang

mengandungi ajaran dan nilai-nilai murni untuk kesejahteraan manusia di dunia

dan akhirat juga yang mengatur kehidupan yang harmoni antara manusia. Jadi

Page 155: NOTA CTU151 UiTM

155

dimanakah silapnya dasar dan sistem pendidikan agama dalam konteks yang kita

bicarakan pada hari ini, malah dalam sistem pendidikan kita umumnya dalam

menterjemahkan dan menghayati dasar dan ajaran agama yang amat murni itu?

Persoalan yang kita hadapi sekarang ini bukanlah satu atau dua, malah

persoalannya terlalu banyak, iaitu yang berkaitan dengan masalah psikologi,

kejiwaan, persekitaraan. moral, adab sopan. cabaran alam global, keibu bapaan,

pendidikan sosial budaya, kerohanian dan agama itu sendiri. Oleh itu, kita

perlulah memeriksa semula segala sesuatu yang berkaitan dengan sistem

pendidikan agama di negara kita, bermula dari konsep dan falsafahnya, membawa

kepada kurikulumnya, penyusunan buku teks, latihan guru dan pentadbirannya.

Kita mempunyai puluhan institusi pelajaran agama, termasuk maktab dan kolej

agama.

Bilangan institusi yang banyak ini melibatkan ramai pula pelajar dan tenaga

pengajar. Malah sistem pendidikan, sukatan pelajaran, kurikulum dan

pentadbirannya mempunyai pendekatan yang berbeza-beza. Objektif

pengajarannya juga tidak pernah dinilai dengan baik, maka akibatnya para lepasan

institusi ini tidak mempunyai satu kefahaman dan satu tasawwur atau world-view

Islam. Inilah krisis pemikiran umat Islam sekarang yang membawa kepada

kehancuran dan kemunduran umat dan negara Islam seluruhnya dalam dunia

moden pada hari ini.

Malah dalam hal ini, kita sering juga mengambil model institusi pendidikan luar

negara, terutamanya dari negara-negara Islam lain seperti Mesir dan Arab Saudi

untuk kita salinkan sebagai 'carbon copy' bagi sistem dan struktur pendidikan

agama di negara kita, seperti dari Universiti AI-Azhar, Universiti Islam Madinah

dan sebagainya tanpa membuat penilaian yang terkini tentang kekuatan dan

Page 156: NOTA CTU151 UiTM

156

kelemahan institusi agama itu. Mungkin dari segi ilmu terasnya, maka pendidikan

agama itu adalah sama sahaja di mana-mana sekali pun, tetapi dari segi kurikulum

dan pengisiannya, pendekatannya, perkembangan ilmunya, kaedah pengajaran

dan latihan tenaga pengajarnya, serta buku teks dan rujukannya haruslah dinilai

dengan sebaik-baiknya supaya dengan itu kita sendiri yang sesuai dengan tuntutan

agama dan tuntutan dunia semasa.

Kita tidak boleh lagi mengambil mudah tentang pengajaran agama yang selama

ini dianggap sehagai satu pengajaran yang menyentuh akidah dan syariah dengan

segala hukum hakam, dosa pahalanya sahaja, kerana seperti yang kita maklum

bahawa pelajaran agama adalah merupakan satu asas pendidikan yang

menyeluruh untuk membina sahsiah manusia dan pelajaran itu perlu dihubungkan

dengan sejarah manusia, pertumbuhan ilmu dalam berbagai-bagai bidang yang

berhubung rapat dengan alam dan manusia, dengan sains teknologi dan

sebagainya supaya pelajar agama benar-benar menginsafi bahawa pelajaran

agama yang dipelajarinya itu adalah satu disiplin ilmu yang relevan dengan

peredaran masa. Terkini, global dan menyeluruh.

Atas asas inilah agama dapat memainkan peranannya sebagai satu teras

pembentukan manusia yang kuat, terutamanya dari sudut nilai dan akhlak

kerohaniannya. Oleh itu kita tidak lagi dapat membuat kenyataan yang mudah

bahawa dengan mengajar agama dan mendapat pendidikan agama, terutamanya di

sekolah agama, maka anak-anak kita akan menjadi manusia yang baik. Pelajaran

agama yang tidak diolah dengan baik tidak mampu mengubah minda dan sikap

serta kerohanian para pelajar, sebaliknya pendidikan menyeluruh dan bersepadu

yang dihubungkan dengan ajaran agama itulah yang akan menjadi lebih berkesan.

Page 157: NOTA CTU151 UiTM

157

Maka nampaknya kita haruslah mengkaji bagaimanakah cara yang lebih berkesan

untuk mengajar agama kepada anak-anak kita supaya agama akan dapat menjadi

satu mekanisme yang kuat bagi mcmbentuk minda.

Perlaksanaan pendidikan Islam yang menyeluruh yang dapat menepati konsep

Islam Hadhari yang seharusnya difahami dengan baik terutamanya oleh

pemerintah yang diberi amanah untuk menggubal dasar pendidikan negara yang

global, moden dan dinamik, Islam Hadhari adalah mengenai Islam sebagai satu

tamadun, sebagai wadah ilmu pengetahuan, sebagai alat untuk mencapai

kebahagian dunia dan akhirat, dan sebagai satu sistem hidup untuk umat Islam

membangunkan semula satu umat yang kuat, maju dan bermaruah serta dihormati

oleh dunia. Maka generasi muda yang seharusnya dididik sekarang ialah generasi

yang dapat hidup dengan jayanya dalam menghadapi proses globalisasi dan arus

kemodenan yang berlaku dengan amat cepat dan pesat di sekeliling kita.

Islam Hadhari dan Tamadun Manusia

Dalam membangunkan tamadun berdasarkan Islam Hadhari, umat Islam

seharusnya mempunyai persepsi yang jelas tentang tamadun Islam. Dalam

melaksanakan mesej keagungan Islam sebagai agama yang membina peradaban

dan akhlak manusia seluruhnya maka umat Islam tidaklah seharusnya sentiasa

hanya menyanyikan lagu merdu klasik mereka yang telah pun ditelan zaman.

Kita tidak perlu bernostalgia mengingati kemenangan dan keagungan zaman

silam semata-mata kerana ingin dibuai mimpi yang indah-indah. Sebaliknya

memperingati keagungan Islam dan umatnya yang telah menonjol dan memberi

sumbangan kepada dunia dalam bidang peradaban dan kesarjanaan serta tamadun

manusia, haruslah merupakan satu bahan sejarah yang mesti dipelajari dan

diambil iktibar.

Page 158: NOTA CTU151 UiTM

158

Kita tidak seharusnya hanya menunding jari kepada orang lain untuk

menjustifikasikan kelemahan dan kemunduran kita. Kita tidak seharusnya hanya

melihat keluar untuk mencari sebab kenapa kita ketinggalan di belakang,

sungguhpun elemen luar ini juga sering mempengaruhi pemikiran dan tindakan

bebal kita sehingga kita menjadi lemah, ganas, miskin, jahil dan sebagainya.

Kita sendiri yang seharusnya mengelakkan diri kita daripada diperangkap dalam

jebak penjajahan dan imprialis Barat yang sentiasa mengintai peluang untuk

memporak-perandakan kita, dan menjadikan umat kita berkrisis, bertelagah

sesama sendiri, seterusnya terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan

kemunduran.

Allah s.w.t. telah memberi amaran bahawa dunia ini hanya akan diwarisi oleh

hamba-hamba-Nya yang soleh. Maka apakah umat Islam pada hari ini benar-

benar menepati kehendak al-Qur'an sebagai hamba yang soleh untuk dunia dan

akhirat?

Kita umat Islam, seharusnya dapat juga mempelajari bagaimana Barat

membangunkan tamadun ilmu pengetahuan mereka, yang pada dasarnya telah

mengambil manfaat dari pembangunan kesarjanaan Islam. Maka kita juga

sebenarnya perlu memberikan respons yang positif kepada pembangunan tamadun

Barat yang secara jelas memberikan sumbangan yang besar terhadap kemajuan

dunia moden, terutamanya di dalam bidang sains dan teknologi.

Tamadun Barat telah menggunakan formula yang berkesan dari ilmu matematik,

sains tabi'e dan teknologi dalam membangunkan manusia moden, yang mungkin

tidak pernah berlaku dalam tamadun manusia. Penciptaan teknologi mereka telah

Page 159: NOTA CTU151 UiTM

159

berjaya mendekatkan destinasi yang jauh dalam dunia ini, iaitu dengan penciptaan

alat pengangkutan dan perhubungan elektronik yang canggih.

Dalam era perindustrian pertama, tamadun Barat menjadikan manusia sebagai

operator bagi mesin yang direka dalam berbagai-bagai bentuk. Maka manusia

ketika itu telah dapat menjimatkan tenaga fizikal dan tulang empat kerat mereka

untuk mendapat hasil kerja yang berlipat ganda. Tetapi di dalam era perindustrian

kedua, dengan terciptanya komputer yang belum pernah lahir ciptaan secanggih

itu, maka manusia diberikan peluang dengan sebaik-baiknya untuk menggunakan

kapasiti akal dan intelek mereka dengan semaksimum mungkin. Inilah isyarat

yang diberikan oleh al-Qur'an bahawa manusia itu diberikan tugas untuk

mentadbir dunia ini dengan sebaik-baiknya.

Tamadun Barat menawarkan kebebasan berfikir dan mencipta bagi individu.

Ianya menyediakan iklim dan persekitaran yang sesuai untuk meningkatkan

potensi intelektual dan pemikiran para sarjananya melalui dasar pemerintahan

yang berdisiplin, system pendidikan yang terbuka, peluang menjalankan

penyelidikan yang luas, dan asas perundangan yang mantap. Maka dalam situasi

ini seorang itu berasa bebas dan aman untuk mencipta, berpuas hati dengan iklim

dan persekitaran. dan tidak terasa merasa bimbang untuk menjadi produktif.

Hal ini perlu kita pelajari bersungguh-sungguh sekiranya kita benar-benar serius

dalam usaha membawa kembali warga kita ahli-ahli profesional yang sedang

berkerja di luar negara dalam kerangka 'brain gain' sekarang ini. Tamadun Islam

juga sebenarnya terbina atas sains dan teknologi berdasarkan kerangka moral dan

kerohanian yang tinggi. Tamadun Islam terbina atas ilmu sains dan teknologi,

matematik, algebra, astronomi, perubatan dan sebagainya. Tetapi tradisi

ketamadunan ini tidak diteruskan oleh umat Islam terkemudian kerana beberapa

Page 160: NOTA CTU151 UiTM

160

sebab yang seharusnya dipelajari dari sejarah dunia umumnya, iaitu dari segi

dasar penjajahan dan penindasan, membawa kepada pembentukan mentaliti umat

Islam sendiri yang terhakis jati diri dan hala tujunya.

Orang Barat mengambil asas perkembangan dan pembangunan Islam, dan

seterusnya memperkembangkannya lagi, merekacipta yang lebih tinggi atas

formula asalnya dan seterusnya memperkayakan bahan-bahan tamadun Islam itu,

sehingga akhirnya mereka menjadi perintis kepada ilmu pengetahuan dan

teknologi yang berasal dari Islam sendiri. Telah kita lihat umpamanya dalam

pembangunan industri, bagaimana Barat mempertingkatkan ciptaan peralatan dan

mesin yang sederhana sesuai dengan zamannya, kemudian terus berkembang

kepada alat ciptaan akal yang lebih canggih, iaitu seperti komputer, yang

merupakan satu alat yang sesuai dengan perkembangan intelektual dan

kesarjanaan manusia zaman global dan teknologi maklumat ini.

Hal inilah agaknya yang menjadi formula peningkatan intelek manusia yang amat

sesuai dengan perkembangan multimedia sekarang ini, yang ditegaskan oleh

Allah s.w.t. dalam al-Qur'an. bahawa manusia yang dilahirkan dari kandungan

ibunya tanpa mengetahui sesuatu, maka proses pembelajarannya berkembang

secara bertahap-tahap, iaitu melalui pendengarannya, kemudian dengan

penglihatannya, dan akhirnya dengan pemikirannya.

Urutan ini banyak dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur'an, iailu bagaimana

proses manusia menuntut ilmu dan memahami sesuatu yang dimulai dengan

pendengaran (audio) kemudian penglihatan (visual) dan akhirnya dengan

pemikirannya (analisis). Proses penciptaan dan perkembangan teknologi

maklumat dan multimedia sekarang ini pun bermula dengan audio, kemudian

audio visual, setelah itu meningkat kepada bentuk analisis dan kajian. Asas yang

Page 161: NOTA CTU151 UiTM

161

diterangkan oleh al-Qur'an ini menjadi kenyataan dalam pembangunan dunia siber

dan multimedia.

Pandangan Ibnu Khaldun

Ibnu Khaldun menjelaskan dalam al-Muqaddimah, adalah menjadi fitrah manusia

untuk bertanya dan mengkaji sesuatu berdasarkan rasa ingin tahu yang dijadikan

Allah s.w.t. di dalam hati sanubari manusia. Sebab itulah manusia sepanjang

sejarah kewujudannya sentiasa bertanya dan mencari sebab bagi segala sesuatu

yang berlaku kepadanya dan yang dialaminya di dunia ini, termasuk umpamanya

persoalan bilakah dunia ini akan berakhir, berapa lamakah sesebuah kerajaan akan

dapat bertahan, dan seribu satu persoalan lain mengenai segala peristiwa yang

berlaku di sekelilingnya. Dan kerana sifat ingin tahu inilah juga manusia amat

cenderung mencari tukang nujum, tukang tilik dan sebagainya untuk mengetahui

segala jawapan bagi persoalan yang bermain di kepalanya.

Hal ini banyak diceritakan oleh al-Qur'an iaitu tentang sifat manusia yang banyak

bertanya atau mencari jawapan dari sumber-sumber yang selalunya mempunyai

kaitan dengan kepercayaan khurafat, sihir dan lain-lain. Menurut Ibn Khaldun

lagi, "Selepas tahun-tahun permulaan Islam, manusia mulai bergantung kepada

ilmu pengetahuan dan terminologi yang berbentuk teknikal. Buku-buku yang

ditulis oleh ahli falsafah Yunani telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab". (Bab

Tiga Muqaddimah edisi terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka).

Penjelasan Ibn Khaldun ini memberi isyarat yang amat terang tentang

perkembangan intelek manusia yang sentiasa berkembang mengikut fitrahnya,

iaitu dari tahap kuno, meningkat ke tahap maju dan cemerlang, terutamanya

dalam perkembangan pemikiran dan minda mereka.

Page 162: NOTA CTU151 UiTM

162

Perkembangan inilah yang dapat kita tafsirkan terhadap perubahan dunia dari

abad klasik kepada abad baru, alaf baru, zaman global ini.

Oleh itu struktur dan kerangka pendidikan yang dilaksanakan juga, termasuk

pendidikan Islam, haruslah mengikut tahap perkembangan ini ketika dunia sedang

menghadapi zaman globalisasi dan teknologi maklumat yang canggih pada hari

ini.

Perkembangan minda dan intelek umat Islam juga seharusnya meningkat dan

makin sejajar dengan perkembangan ilmu pengetahuan moden dan perubahan

yang berlaku di sekeliling umat itu sendiri.

Cara berfikir dan ijtihad umat Islam pada hari ini mestilah mengambil kira

perubahan yang berlaku asalkan tidak terkeluar dari lunas dan dasar ajaran dan

nilai agama itu sendiri. Maka dalam konteks inilah, pendidikan Islam di negara

kita, malah di seluruh dunia, seharusnya telah mcngalami revolusi yang besar dan

perubahan yang agak radikal sekarang ini.

Kita seharusnya telah mengambil iktibar dan pelajaran yang baik dari revolusi

pemikiran Barat yang sering melakukan tindakan yang mendahului zamannya.

Mereka mencipta sesuatu untuk masa depan, iaitu untuk abad yang akan datang,

bukannya melakukan sesuatu mengikut acuan abad yang lalu yang telah

ketinggalan zaman.

Cuma dalam hal ini, Barat ketandusan nilai ketuhanan dan moral dalam

pembangunan tamadun mereka, maka akhirnya tamadun itu telah berdiri sebagai

satu tamadun permusuhan, pembunuhan, peperangan, konflik, krisis dan

kekosongan jiwa dan hati nurani. Barat dengan itu tanpa disedari telah

Page 163: NOTA CTU151 UiTM

163

menegakkan kemajuan pengetahuan dan tamadun mereka sebagai alat untuk nafsu

mereka sendiri dalam menguasai bangsa lain dan merealisasikan sifat tamak

haloba kebendaan yang menjadi darah daging mereka akibat dari sifat

individualistik, materialistik, pragmatik dan sekularistik mereka.

Kesan tindakan buruk dan tanpa berperadaban oleh pihak Barat inilah yang

membuahkan hasilnya yang buruk pula, seperti Firman Allah s.w.t.:

"Dan tanah yang baik, tanamannya tumbuh (subur dengan izin

Allah, dan tanah yang tidak baik, tanamannya tidak akan tumbuh

kecuali dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan

tanda-tanda (kekuasaan Kami dengan berbagai cara bagi orang-

orang yang bersyukur. (Surah Al-A'raf: 58).

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi merumuskan gejala negatif tamadun Barat seperti

berikut:

1) Ketandusan nilai moral. Visinya amat samar dan kabur tentang hubungan

tamadun dengan ketuhanan.

2) Konsep kebendaan melulu yang meletakkan "benda" sebagai asas untuk

memahami alam maya ini, juga menguasai ilmu dan cara bertindak, tanpa

sebarang hubungan dengan nilai kerohanian.

3) Dasar sekularisme yang memisahkan agama dari kehidupan sosial, ekonomi

dan segala aspek kehidupan manusia di dunia ini.

4) Tamadun yang berasaskan konflik, terpisah dari keamanan dan perdamaian.

Konflik juga berlaku antara manusia dengan dirinya sendiri, dengan manusia

lain dan akhirnya antara manusia dengan Tuhan.

Page 164: NOTA CTU151 UiTM

164

5) Barat merasakan dirinya lebih tinggi dari bangsa lain. Dengan itu timbullah

rasa sombong dan bongkak mereka, sehingga dapat mendakwa bahawa

tamadun mereka adalah sinonim dengan tamadun kemanusiaan dan mereka

juga tidak mengiktiraf sebarang tamadun lain di dunia ini.

Akibat dari anutan inilah, al-Qaradawi memberikan kesimpulan bahawa tamadun

Barat hanya mengakibatkan keruntuhan akhlak, kemusnahan keluarga,

kegelisahan jiwa, kecelaruan akal dan berleluasanya jenayah serta ketakutan.

Bagaimanapun, kita masih lagi menunggu bilakah lagi akan tiba masanya dunia

ini akan ditadbirkan atas kemajuan teknologi dan ilmu pengetahuan berasaskan

nilai kemanusiaan dan moral yang tinggi seperti yang diharap-harapkan dari umat

manusia, terutamanya umat Islam yang seharusnya menjadi umat yang terbaik,

yang menjadi ketua dan sentiasa menghayati nilai-nilai moral kerohaniannya yang

tinggi.

Inilah persoalan yang seharusnya mampu dijawab, bukan hanya oleh pembuat

dasar negara, tetapi oleh semua rakyat kita dan umat kita seluruhnyadi mana

sahaja mereka berada, kalau kita benar-benar prihatin dengan "survival" bangsa

dan umat kita.

Di atas kertas, kita mempunyai falsafah dan dasar pendidikan yang amat unggul.

Gabungan ungkapan JRR1 (Jasmani, Rohani, Intelek) yang seharusnya seimbang

dan harmoni, mestilah direalisasikan dalam terjemahan dasar kepada pemetaan di

peringkat nasional iaitu mengkaji dan mempelajari dengan bersungguh-sungguh

bagaimana cara kita mampu merealisasikan hasrat yang besar dan cantik itu.

Page 165: NOTA CTU151 UiTM

165

Penutup

Perjalanan kita yang jauh sehingga kita terpaksa mendarat di atas muka bumi pada

zaman globalisasi dan teknologi maklumat pada hari ini, memerlukan daya

"pendengaran", "penglihatan" dan "analisis" dalam bentuk dan pentafsiran baru

yang seharusnya diterjemahkan ke dalam dasar umum dan dasar pendidikan

secara khusus.

Islam Hadhari memerlukan pentafsiran dan perlaksanaan yang dinamik dan

berwibawa sejajar dengan era baru dan bumi baru tempat kita berpijak sekarang

ini.

Kelayakan Seseorang Muslim Hadhari

i. Ilmu Sebagai Bekalan Mental

Kelayakan peribadi yang pertama ialah penguasaan ilmu dan kefahaman Islam

yang sebenar sebagai bekalan kepada mental. Sesiapa pun yang meletakkan diri

mereka sebagai petugas untuk menegakkan peraturan dalam masyarakat Islam

Hadhari, patutlah mengetahui peraturan itu sendiri secara menyeluruh, sekurang-

kurangnya membolehkan mereka membezakan antara 'aqidah Islamiyah dan ciri-

ciri jahiliyah, antara cara hidup Islam dan cara hidup jahiliyah. Dengan memiliki

kefahaman demikian barulah seseorang berupaya untuk mengetahui bagaimana

Islam mampu membuat perubahan dalam masyarakat secara global.

Bagaimanapun tenaga penggerak yang memiliki kualiti intelektual yang tinggi

perlulah dilengkapi dengan ilmu yang lebih mendalam lagi; bukan sahaja ilmu-

ilmu yang berkaitan dengan diniah tetapi juga ilmu-ilmu alat yang boleh

memajukan masyarakat dalam bidang yang diceburi.

Page 166: NOTA CTU151 UiTM

166

Tenaga penggerak begini perlu berkeupayaan memberi hujah-hujah yang jelas

kepada masyarakat yang kebanyakannya masih kabur dengan cara hidup muslim

sebenar. Mereka juga mestilah mampu menyesuai dan mengintegrasikan segala

ilmu-ilmu yang bersifat duniawi dengan ukhrawi agar selari dengan kehendak

Islam. Mereka juga sepatutnya berkemampuan untuk menapis dan menyaring

secara kritikal terhadap keburukan yang tersembunyi di sebalik pemikiran dan

amalan masyarakat, di samping berkeupayaan mengekal dan mempertahankan

segala nilai-nilai murni yang sepatutnya dihayati oleh masyarakat.

ii. Keimanan Yang Teguh Sebagai Bekalan Spiritual

Selain memiliki ilmu dan kefahaman, tenaga penggerak juga mestilah mempunyai

keimanan yang teguh terhadap 'aqidah yang menjadi asas segala kegiatan mereka.

Seseorang yang masih ragu-ragu dengan apa yang hendak diperjuangkan sudah

tentu tidak akan dapat bertindak dengan sempurna. Sebab tugas besar ini tidak

mungkin dapat dilaksanakan dalam keadaan hati berbelah bagi dan fikiran yang

tidak tenang dan mudah tertarik dengan pelbagai aliran pemikiran.

Tidak ada jalan lain untuk mengelak daripada gejala ini melainkan dengan iman

yang teguh terhadap Allah s.w.t. yang maha berkuasa atas segala makhluk-Nya.

Yakin dengan al-Qur'an sebagai kitab hidayah, yakin dengan petunjuk Rasulullah

s.a.w. boleh menuju jalan selamat, yakin dengan adanya hari perhitungan amal

manusia di Yawm ul-Hisab dan yakin juga dengan ketentuan buruk dan baik

daripada Allah s.w.t.. Keyakinan kepada semua inilah yang boleh menjamin

seseorang hilang kekusutan fikiran dan ragu-ragu dalam perjuangan untuk

menegak peraturan dalam masyarakat Islam Hadhari ini.

Page 167: NOTA CTU151 UiTM

167

iii. Memiliki Peribadi Salih Sebagai Bekalan Moral

Antara kelayakan yang tidak kurang penting ialah memiliki gambaran peribadi

salih sebagai bekalan kepada moraliti seseorang pekerja Islam. Dengan bekalan

ilmu dan iman, seseorang akan mudah untuk mendapat kelayakan ketiga ini.

Gambaran peribadi salih akan dapat dicernakan dalam bentuk penghayatan tutur

kata dan amal, apabila wujud sifat-sifat mahmudah yang memantapkan

hubungannya dengan Allah s.w.t: seperti ikhlas, sabar, syukur, ridha, tawakkal,

zuhud dan wara'. Demikian juga yang menghubungkan seseorang dengan sesama

manusia; seperti adil, amanah, benar dan bertanggungjawab.

Gambaran peribadi mulia bukan sahaja diperlukan untuk meyakinkan masyarakat

kepada seruan dakwahnya, tetapi juga diperlukan untuk menangkis serangan

budaya tidak salih yang berlaku dalam masyarakat.

Dalam hal ini al-Qur'an ketika menggariskan langkah-langkah yang perlu dilalui

oleh seseorang hamba untuk meningkatkan diri sebagai seorang yang benar-benar

beriman menyebut, sebagaimana firman Allah s.w.t: Maksudnya: Al-Tai 'ibun

(Menyedari kesalahan dan bertaubat). Al-'Abidun (Memperhambakan diri kepada

Allah secara total). Al-Hamidun (Memuji dan bersyukur dengan nikmat yang

diberikan Allah). Al-Sa'ihun (Melancong dalam rangka beribadah kepada Allah).

Al-Raki'un ul-Sujidun (ruku' dan sujud), Al-Amirun bi al-Ma'ruf (Menyuruh yang

makruf). Al-Nahun 'an ul-munkar (mencegah mungkur), Al-Haftzun li hudhdi

'Llah (memelihara balas larangan Allah). (Suruh Al-Taubah:l12)

iv. Menjadikan Islam Sebagai Matlamat Hidup

Kelayakan keempat ini diperlukan juga pada sesiapa saja yang terlibat dalam

pembaharuan ini. Iaitu mereka hendaklah meletakkan perjuangan menegakkan

Page 168: NOTA CTU151 UiTM

168

masyarakat Islam Hadhari sebagai matlamat dan tujuan hidup mereka dan

bukannya sebagai satu cita-cita saja.

Terdapat sebahagian umat yang memiliki ilmu dan pengalaman yang luas, tetapi

digunakan untuk meraih kepentingan duniawi yang bersifat peribadi. Walaupun

peribadi begini tidak mendatangkan sebarang halangan kepada perjuangan,

namun untuk dipilih sebagai pekerja dan penegak risalah mereka tidak akan

mampu menghadapi dugaan dan tribulasi yang terdapat di perjalanan dakwah ini.

Para penegak risalah ini juga mesti sentiasa bersedia mempergunakan seluruh

kemampuan akal fikiran dan tenaga untuk mencapai matlamat.

Perlu juga disebutkan di sini bahawa, bekerja untuk membentuk sebuah

masyarakat Islam Hadhari tidak boleh dilakukan dengan cara berseorangan ia

mesti bergerak dalam bentuk kolektif. Bergerak secara berseorangan biasanya

akan terdorong kepada kesilapan dan niat yang tidak wara'. Lantaran itu tidak

akan mampu bertahan lama, lambat laun akan terpelanting menjadi pengganggu

di perjalanan dakwah. Kalau boleh diibaratkan adalah seperti beberapa batang lidi

yang berada dalam keadaan berasingan, biasanya tidak akan mampu

menggerakkan sampah, malah ia boleh dianggap sebagai sampah kiranya berada

di tengah sampah sarap. Tetapi kiranya lidi-lidi tadi dikutip dan digabungkan

menjadi seberkas lidi, sudah tentu akan bertukar menjadi penyapu dan boleh

menggerakkan segala sampah. Begitu juga ketika menghadapi rintangan dan

mihnah perjuangan biasanya sebatang lidi mudah untuk dipatah-patahkan tetapi

apabila kumpulan lidi bergabung ia tidak mungkin dipatahkan dengan mudah.

Demikianlah halnya dengan para penegak pembaharuan untuk melahirkan sebuah

masyarakat Islam Hadhari bukanlah kerja mudah, ia perlu disatukan segala tenaga

Page 169: NOTA CTU151 UiTM

169

dan kepakaran dalam pelbagai bidang dan masing-masing mempunyai kesatuan

matlamat dan cita-cita, kesatuan cara berfikir dan kesatuan dalam bertindak.

Kelayakan Masyarakat Islam Hadhari

i. Ikatan Ukhuwah Islamiyah Dan Sifat Kasih Sayang

Dalam usaha membentuk sesebuah Masyarakat, Islam meletakkan garis panduan

yang sangat jelas, agar masyarakal yang bakal dilahirkan adalah cemerlang dan

sempurna. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

Maksudnya: "Perumpamaan orang-orang, yang beriman dari segi

kasih sayang dan hubungan kemesraan antara mereka sepertilah

satu jasad apabila salah satu anggota mengadu sakit, nescaya

saling bersimpatilah antara mereka untuk menjaga malam dan

demam (Hadith Riwayat Muslim)

Perumpamaan di atas, adalah sebagai suatu motivasi kepada umat Islam agar

menjalinkan hubungan kasih sayang antara mereka: saling bersimpati sekiranya

ada yang terlibat dengan kemalangan dan penderitaan, saling membantu dan

bekerjasama dalam menanggung kesusahan dan kepayahan. Sekiranya terdapat

perselisihan antara mereka, diwajibkan supaya ada yang menjadi orang tengah

menyelesaikan perselisihan tersebut secara harmoni. Inilah yang ditegaskan oleh

Allah dalam al-Qur'an:

β Î)uρ Èβ$ tGx$ Í←!$ sÛ z ÏΒ t ÏΖÏΒ ÷σ ßϑø9 $# (#θ è=tGtGø%$# (#θßs Î=ô¹r' sù $ yϑåκs]÷ct/ ( .βÎ* sù ôMtó t/

$ yϑßγ1 y‰÷n Î) ’ n? tã 3“ t�÷z W{ $# (#θ è=ÏG≈ s)sù ÉL©9 $# Èöö7 s? 4®L ym uþ’Å∀s? #’ n<Î) Ì�øΒ r& «! $# 4

Page 170: NOTA CTU151 UiTM

170

β Î* sù ôNu !$ sù (#θ ßs Î=ô¹r' sù $ yϑåκs]÷ct/ ÉΑô‰yè ø9 $$ Î/ (# þθäÜ Å¡ ø%r&uρ ( ¨β Î) ©! $# K=Ïtä†

šÏÜ Å¡ ø) ßϑø9 $# ∩∪

Terjemahan: Dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman

berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah

satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak

Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika

ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan

adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam

Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang

Yang berlaku adil. (surah al Hujurat:9).

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah

di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada

Allah supaya kamu beroleh rahmat. (al Hujurat:10)

$ yϑΡÎ) tβθ ãΖÏΒ ÷σ ßϑø9 $# ×οuθ ÷zÎ) (#θ ßs Î=ô¹r' sù t ÷t/ ö/ ä3÷ƒ uθ yz r& 4 (#θ à) ¨?$# uρ ©!$# ÷/ ä3ª=yè s9

tβθ çΗxqö� è? ∩⊇⊃∪

Terjemahan: Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah

bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang

bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu

beroleh rahmat. (surah al Hujurat:10).

Umat Islam akan menjadi bangsa yang kukuh apabila wujud pertautan hati di

kalangan mereka. Elemen yang memainkan peranan utama mempertautkan hati

antara anggota ialah sifat kasih sayang dan rasa simpati yang suci murni, sifat

baik sangka dan juga semangat ingin berkorban sesama mereka. Hati-hati yang

dipenuhi perasaan benci tidak mungkin akan bersatu. Persatuan atau pertubuhan

yang dipenuhi kepura-puraan tidak akan mampu menghasilkan perpaduan yang

hakiki. Persahabatan yang berasaskan sifat tamak akan mencetuskan

pertelingkahan. Sekiranya umat Islam saling memelihara hubungan dengan ikhlas

Page 171: NOTA CTU151 UiTM

171

dan mengawasi segala unsur negatif yang membawa permusuhan sudah tentu

hasrat murni yang diimpikan akan dapat dicapai.

ii. Hubungan Baik Dengan Anggota Masyarakat Bukan Islam

Dalam sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai bangsa,

budaya dan agama seperti Malaysia, perlu sangat dipelihara hubungan dan jalinan

mesra antara satu sama lain. Pertelingkahan di kalangan anggota masyarakat yang

sebangsa tidak sama dengan berlainan bangsa. Biasanya permusuhan di kalangan

bangsa yang berlainan akan membawa padah yang lebih berat dan berlanjutan.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Sesiapa yang menyakiti dhimmiku bererti dia menyakitiku dan

sesiapa yang mencerobohi hak kepunyaan dhimmi, aku isytiharkan

perang terhadapnya".

Demikian sifat keperihatinan baginda s.a.w. kepada golongan dhimmi yang

mendiami dalam negara Islam. Sebab itu umat Islam diminta bermuamalah

dengan cara harmoni, seperti jual beli, bergotong royong dalam kerja-kerja

kebajikan, memberi ketaatan dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah

semangat perundangan Islam sekiranya menjadi pekerja di bawah mereka.

iii. Bermesyuarat Dalam Mengatur Kerja Dan Tindakan

Bermesyuarat dalam mengatur kerja dan tindakan adalah suatu rukun yang

penting dalam usaha melahirkan masyarakat yang maju dan harmoni. Hanya

melalui mesyuarat kata sepakat akan dapat dicapai. Dari sinilah akan wujud

kesatuan dalam berfikir dan bertindak. Sesebuah organisasi yang terdiri daripada

orang-orang degil dan keras kepala, bertindak mengikut pendapat sendiri masing-

masing, tidak dinamakan organisasi. Ia tidak lebih sebagai kumpulan gotong

royong yang tidak menghasilkan kerja yang benar-benar berkesan. Sebab itu

Page 172: NOTA CTU151 UiTM

172

Saidina Umar pernah mengugut untuk memotong kepala mereka yang enggan

mematuhi keputusan mesyuarat dalam Ahl al-Hall wa al-'Aqd (Majlis Syura

Tertinggi Negara). Sebab itu anggota majlis mesyuarat dikehendaki menjauhi sifat

memaksa orang lain menerima pendapatnya, merasakan pandangannya terbaik.

Sebaliknya dikehendaki supaya bersyukur apabila pendapat kita tidak dipersetujui

kerana kemungkinan di sebalik cadangan diberikan terdapat keburukan dan

apabila cadangan kita diterima dikehendaki membanyakkan istighfar kerana

mungkin cadangan kita boleh membawa keburukan kepada organisasi.

iv. Disiplin Dalam Melaksanakan Kerja

Semangat kerjasama dan bertindak secara kolektif belum tentu kejayaan dapat

dicapai sekiranya tidak mempunyai disiplin yang baik. Tekun dan disiplin dalam

tindakan bererti seluruh jentera pertubuhan bertindak menurut peraturan yang

telah ditetapkan oleh pertubuhan itu sendiri.

Individu yang diberikan amanah hendaklah menjalankan tugas dan

tanggungjawab mereka dalam ruanglingkup kuasa yang diberi dan menurut

peraturan yang telah ditetapkan. Setiap ahli sepatutnya menyedari tanggungjawab

masing-masing dan berusaha semampu mungkin bagi menyempurnakan amanah

itu tanpa lengah. Setiap tenaga penggerak mestilah bekerjasama erat antara satu

sama lain dalam melaksanakan kerja. Sementara organisasi pertubuhan haruslah

disusun dan diatur dengan sempurna, kerana kebenaran yang tidak berorganisasi

akan dapat dikalahkan oleh kebatilan yang berorganisasi. Kenyataan ini selaras

dengan sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya Allah sangat suka kepada mereka

yang tekun dalam bekerja". Sabdanya lagi:

Terjemahan: ''Allah sangat suka kepada amalan yang dilakukan

seseorang secara berkekalan walaupun sedikit".

Page 173: NOTA CTU151 UiTM

173

v. Teguran Dan Nasihat Yang Berguna

Kelayakan yang terakhir untuk mewujudkan masyarakat Islam Hadhari ialah,

wujudnya suasana pertubuhan yang mengizinkan untuk bersedia menegur dan

ditegur. Ini bermakna sesuatu pertubuhan yang hanya dilingkungi golongan yang

dikenali sebagai 'pak turut' tidak berani untuk menegur disebabkan pemimpin

yang tidak suka ditegur, menyebabkab organisasi terdedah kepada banyak

membuat kesilapan walaupun mereka sedang menjalani jalan yang benar. Dalam

hat ini Rasulullah s.a.w.

Maksudnya: Sesungguhnya agama itu adalah nasihat. Para

sahabat bertanya: Untuk siapakah wahai Rasulullah nasihat itu?.

Baginda s.a.w. bersabda: Nasihat itu adalah untuk Allah,

RasulNya, kepimpinan umat Islam dan masyarakat umum di

kalangan mereka (hadith Riwayat Muslim).

Nasihat untuk Allah dan rasul-Nya membawa maksud nasihat kepada diri sendiri

agar menerima nasihat daripada Allah dan Rasul-Nya. Dalam erti kata lain

sentiasa bersedia menjadikan al-Qur'an dan sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai

panduan dan pegangan dalam kehidupan.

Manakala nasihat kepada pemimpin adalah beruasaha menasihati agar mereka

sentiasa berada atas landasan yang benar berpandukan wahyu. Teguran membina

adalah alat terpenting untuk mengesan segala kesilapan dengan cepat. Dengan

demikian usaha mengatasinya pun dapat dilakukan dengan cepat. Bagaimanapun

harus diingat bahawa teguran yang dilakukan hendaklah dengan ikhlas dan

bertujuan membina dan membawa perubahan baik kepada organisasi. Selain itu

juga disyaratkan orang yang ingin menegur mestilah sedar akan adab-adab yang

sewajarnya ketika menyampaikan sesuatu teguran, bukan dengan nada yang

Page 174: NOTA CTU151 UiTM

174

bertujuan jahat alau sengaja ingin membongkar kesilapan-kesilapan yang

dilakukan oleh organisasi. (Musa Ahmad dll. (2005). Pembangunan Masyarakat

Islam Hadhari, Shah Alam : Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam).

4.4 Cabaran Dalam Perlaksanaan Islam Hadhari

Sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, isu kewarganegaraan adalah isu

yang cukup mencabar. Perlembagaan mengiktiraf faktor jus sanguinis (by birth)

atau menjadi warganegara kerana faktor kelahiran, tetapi dengan kematangan

politik pemimpin negara, faktor jus soli atau pengiktirafan warganegara secara

undang-undang (by act of law) juga dapat diterima. Kematangan politik melalui

musyawarah dan perundingan telah dapat menyelesaikan pelbagai isu di dalam

negara berdaulat Malaysia.

Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia berusaha untuk mewujudkan satu jati

diri kebangsaan bagi warganegaranya. Asas-asas kebangsaan tersebut telah sedia

ada seperti yang termaktub di dalam Akta Pendidikan (1961) dan Akta Bahasa

(1967). Namun selepas Tragedi 13 Met 1969, satu dasar ekonomi diperkenalkan,

dengan nama Dasar Ekonomi Baru (1971) untuk digunakan sebagai instrumen

atau wahana perpaduan kaum dan negara. Dasar kebudayaan kebangsaan (1971)

dan Rukunegara (1971) juga antara wahana untuk mencapai perpaduan kaum.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971) sudah diterima sebagai dasar negara untuk

mewujudkan jati diri tersebut. Dasar ini menyatakan bahawa, kebudayaan

kebangsaan negara hendaklah berasaskan kebudayaan masyarakat asal rantau ini,

Islam sebagai agama yang universal ialah teras kebudayaan kebangsaan dan nilai-

nilai yang baik dari budaya lain akan diambil kira. Dasar ini telah mengambil kira

bahawa imej atau ciri kebangsaan mestilah ciri kemelayuan, iaitu ciri yang sudah

sebati dengan wilayah budaya rantau ini. Dasar ini tidak pula melarang budaya-

budaya lain untuk berkembang atau dipertontonkan kepada orang luar.

Page 175: NOTA CTU151 UiTM

175

Rukunegara (1971) telah dirangka sebagai ideologi negara agar rakyat Malaysia

memiliki sistem nilai yang berasaskan prinsip-prinsip yang dipersetujui bersama.

Prinsip-prinsip tersebut ialah kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja

dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan

kesusilaan. Prinsip-prinsip tersebut dilihat universal, tetapi memiliki unsur

setempat. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Kepelbagaian tersebut adalah merupakan suatu kekuatan bukannya suatu

kelemahan. Lantaran itu setiap kepelbagaian perlu diikat dengan prinsip-prinsip

yang dapat diterima oleh semua pihak untuk menyatupadukan mereka.

Cabaran Dalam Aspek Pendidikan

Akta Pendidikan (1961) yang kemudiannya mendasari Dasar Pendidikan

Kebangsaan; Akta Bahasa Kebangsaan (1967); Dasar Kebudayaan Kebangsaan

(1971) dan Rukunegara (1971); merupakan akta dan dasar yang tidak dapat

dipisahkan daripada keseluruhan roh dan falsafah yang termaktub di dalam

perlembagaan negara. Keseluruhan dasar-dasar tersebut merupakan instrumen

yang menyumbang kepada pembinaan bangsa Malaysia dan Tamadun Malaysia

khususnya dari segi sosiobudaya dan sosiopolitik. Keseluruhan dasar-dasar

tersebut dimantapkan pula dengan proses penerapan nilai-nilai Islam di dalam

pentadbiran negara. Islam terus memainkan peranan penting di dalam pembinaan

Tamadun Malaysia dan dikemukakan sebagai alternatif kepada sistem sekular

Barat. Kekuatan sistem nilai Islam, yang berpaksikan ketauhidan, sama ada nilai

sosial politik dan budaya berasaskan prinsip 'pertengahan' yang selaras dengan

konsep Konfucius Chun Yung dan konsep etika Aristotles The Golden Mean,

telah terbukti dari segi sejarah mengukuhkan dan memantapkan jati diri serta

Page 176: NOTA CTU151 UiTM

176

identiti Melayu dan kemelayuan. Kekuatan inilah yang mengukuhkan Tamadun

Melayu sebagai asas Tamadun Malaysia.

Cabaran Dalam Aspek Ekonomi

Tamadun Malaysia kini dibina di atas asas modenisasi, khususnya dari segi

infrastruktur. Kelangsungan Tamadun Melayu di dalam Tamadun Malaysia

bertitik tolak kepada usaha-usaha untuk memodenkan orang Melayu dari segi

ekonomi khususnya. Disebabkan kepintaran penjajah menyekat dan menguasai

terusan perdagangan di Alam Melayu, ekonomi orang Melayu yang pada suatu

masa dahulu berasaskan ekonomi maritim seperti di Langkasuka, Srivijaya,

Samudra-Pasai, Temasik, Melaka, Acheh, Johor-Riau, telah berusaha mengubah

strategi kehidupan kepada ekonomi pertanian. Pada zaman penjajahan, ekonomi

orang Melayu terikat kepada sistem ekonomi dualisme. Di satu segi mereka harus

hidup secara sara diri dan terlibat dengan ekonomi sara diri dan merekajuga

terpaksa pula masuk ke sistem ekonomi wang dengan menghasilkan tanam-

tanaman berasaskan wang seperti getah. Sistem ekonomi seperti ini juga disebut

sebagai ekonomi pertanian yang terdapat di kawasan luar bandar.

Di sebalik sistem ekonomi sedemikian, orang Melayu juga menghadapi masalah

kemiskinan, disebabkan saiz pemilikan tanah yang kecil, malah ada yang tidak

bertanah, menghasilkan pengeluaran yang kecil, yang menyebabkan kadar

simpanan yang rendah atau tiada langsung. Orang Melayu terperangkap di dalam

lingkaran ganas kemiskinan. Pihak kerajaan berusaha untuk membantu

menyelesaikan masalah tersebut dengan memberikan tanah kepada mereka

melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau yang dikenali

sekarang sebagai FELDA, yang ditubuhkan pada 1956. Rancangan pembangunan

tanah merupakan tumpuan utama kerajaan untuk berusaha memodenkan orang

Melayu di luar bandar. Usaha ini untuk mengimbangi rancangan pembukaan dan

Page 177: NOTA CTU151 UiTM

177

pemberian tanah oleh pemerintah kolonial British kepada syarikat-syarikat gergasi

seperti Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Socfin dan lain-lain yang dipunyai oleh

golongan mereka dan kaum pendatang.

Setelah berlaku Tragedi 13 Mei 1969, yang memberi kesan kepada hubungan dan

perpaduan antara kaum, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dirangka pada tahun

1970 dan menjadi kerangka serta matlamat utama Rancangan Malaysia Kedua

(1970-75) dan rancangan pembangunan lima tahun seterusnya dalam tempoh

Rancangan Jangka Panjang Pembangunan I (RJPP I) (1970-90). DEB

direncanakan kerana terdapatnya data statistik yang menunjukkan bahawa

pendapatan keluarga Melayu sebulan pada tahun 1970 ialah sebanyak RM179

berbanding pendapatan keluarga Cina sebanyak RM387 sebulan dan India

RM310 sebulan. Terdapatjuga keadaan ketidakseimbangan yang serius dalam

sektor pekerjaan dan pemilikan saham antara orang Melayu dengan bukan

Melayu. Tragedi 13 Mei memerlukan iktibar untuk mewujudkan kesamarataan

dan mengurangkan jurang antara kaum di Malaysia. Jurang kesamarataan yang

meluas boleh menggugat perpaduan kaum di Malaysia.

Matlamat DEB yang tercatat di dalam Rancangan Malaysia Kedua (1970-75)

seperti yang dibentangkan di Parlimen menyatakan:

1. Bermatlamat menghapuskan kemiskinan tanpa kaum.

2. Bermatlamat menyusun semula masyarakat agar pengenalan kaum melalui

fungsi-fungsi ekonomi akan berkurangan. Tindakan ini perlu untuk

memodenkan kehidupan luar bandar, pertumbuhan yang seimbang di dalam

aktiviti perbandaran, pembentukan masyarakat perniagaan, perdagangan dan

perindustrian bumiputera.

Page 178: NOTA CTU151 UiTM

178

3. Adalah diharapkan pada tahun 1990, orang Melayu akan menguasai

sekurang-kurangnya 30 peratus keseluruhan aktiviti perdagangan industrial,

dan ekuiti permodalan.

DEB juga merupakan kerangka rujukan kepada dasar pembangunan Malaysia.

Matlamat tersebut merupakan usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui

tindakan sosiopolitik yang bercorak ekonomi. Kesan penjajahan telah

meminggirkan ekonomi Melayu, tetapi sebagai negara berdaulat, Malaysia sedar,

bahawa matlamat utamanya ialah perpaduan kaum dan menjaga kepentingan

orang Melayu serta bumiputera sebagai kelompok majoriti di negara ini. Di dalam

tempoh 20 tahun, penubuhan struktur berlaku; orang Melayu tidak lagi semata-

mata terlibat dengan pertanian tetapi telah berubah kepada perindustrian. Struktur

pekerjaan mereka juga berubah selain daripada pertanian, ada yang bekerja

dengan kerajaan dan ada pula terlibat di dalam perniagaan serta perindustrian.

Proses modenisasi ini juga melibatkan peningkatan peluang pendidikan dari

pelbagaijurusan dan sektor yang diwujudkan untuk orang Melayu bumiputera.

Ramai daripada kalangan mereka mendapat pendidikan tinggi sehingga

memenuhi bidang pekerjaan profesional dan pengurusan.

Bank Bumiputra, Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan untuk

melaksanakan matlamat mewujudkan masyarakat perniagaan, perdagangan,

perindustrian bumiputera, sesuai dengan kedudukan dan hak istimewa seperti

mana termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Institut Teknologi Mara (ITM)

ditubuhkan untuk memberi latihan iktisas kepada pelajar-pelajar Melayu dan

bumiputera juga sebagai usaha mencapai matlamat pembentukan masyarakat

perniagaan, perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Page 179: NOTA CTU151 UiTM

179

Usaha juga dibuat untuk mempertingkatkan ekuiti dan pemilikan saham Melayu

dan bumiputera di dalam pelbagai sektor ekonomi. Pemodalan Nasional Berhad,

ditubuhkan untuk menggalakkan tabungan dan simpanan orang Melayu melabur

di dalam pasaran saham melalui Amanah Saham Nasional (ASN) serta Amanah

Saham Bumiputera (ASB). Sistem ekonomi Islam sebagai altematif kepada sistem

ekonomi konvensional yang berasaskan ekonomi sekular Barat diketengahkan,

misalnya Bank Islam, Insurans Islam dan Pajak Gadai Islam. Lembaga Tabung

Haji (LTH) dipertingkatkan peranan bukan sahaja sebagai agensi simpanan untuk

menunaikan fardu haji dan menyempurnakan rukun Islam kelima, tetapi LTH

juga berperanan sebagai agensi pelaburan dan perdagangan.

Usaha pemodenan melalui ekonomi tidak terhenti setakat RJPP (1970-90) dan

rancangan tersebut dilanjutkan di dalam RJPP II (1990-2020). Perpaduan kaum,

perpaduan nasional (hubungan Malaysia Barat dan Malaysia Timur) terus

dilipatgandakan tetapi dalam semangat baru, iaitu usaha untuk mewujudkan satu

bangsa Malaysia di abad ke-21.

Arus pembangunan negara tidak dapat dipisahkan daripada suasana global. Proses

globalisasi bukanlah satu perkara yang baru berlaku kepada orang Melayu.

Semasa Barat berusaha memperluaskan empayarnya. Tanah Melayu juga turut

terserap ke dalam perluasan jajahan tersebut. Para petani Melayu khususnya

penanam getah juga secara langsung turut terseret ke dalam penentuan harga oleh

pasaran dunia. Kali ini proses globalisasi lebih meluas sifatnya kerana ia

melibatkan teknologi maklumat dan sistem komunikasi. Globalisasi secara tidak

langsung adalah usaha memantapkan kembali imperialisme Barat ke atas negara-

negara sedang membangun dan negara mundur. Orang Melayu dan Tamadun

Page 180: NOTA CTU151 UiTM

180

Malaysia turut tidak terlepas dari asakan pengaruh kultural, sosial, ekonomi dan

politik barat.

Dalam usaha memajukan negara sebagai sebuah negara industri, dalam acuan

sendiri, Malaysia juga berusaha untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang

bersatu padu pada abad ke-21. Wawasan 2020 dikemukakan sebagai asas utama

RJPP II (1990-2020) yang mengandungi sembilan cabaran diatasi dan dipenuhi.

Cabaran Ke Arah Mencapai Impian/Wawasan 2020

Idea Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad

mempunyai matlamat jangka masa panjang, iaitu selama 30 tahun. Menjelang

tahun 2020, Malaysia diharapkan dapat menjadi sebuah negara perindustrian.

Pada tahun tersebut, Malaysia dijangka dapat menempatkan diri di kalangan

negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Britain dan

Perancis. Sekiranya impian Dr. Mahathir ini menjadi kenyataan, maka Malaysia

sudah pasti akan berubah daripada sebuah negara yang ekonominya berasaskan

pertanian kepada sebuah negara industri. Ini juga bermakna Malaysia akan

memasuki era baru dengan kemajuan teknologi yang canggih dan moden.

Wawasan 2020 sebenarnya bukan suatu visi dan impian seorang pemimpin.

Wawasan ini menjadi harapan bagi semua rakyat Malaysia untuk menikmati

kehidupan yang lebih baik. Wawasan ini bukan sahaja merangkumi aspek

ekonomi, tetapi meliputi keseluruhan bidang kehidupan termasuk aspek budaya

dan politik. Namun begitu untuk menjadikan wawasan ini sebagai suatu

kenyataan bukanlah semudah yang disangkakan. Kerjasama diperlukan daripada

seluruh rakyat Malaysia dalam pelaksanaannya. Untuk menjayakan wawasan

2020, terdapat sembilan cabaran yang perlu dihadapi sebelum hasilnya dapat

dinikmati dalam tempoh masa 30 tahun yang akan datang.

Page 181: NOTA CTU151 UiTM

181

Cabaran yang pertama untuk mewujudkan negara Malaysia bersatu yang

mempunyai matlamat dikongsi bersama. Bagi mengatasi cabaran ini, seluruh

rakyat Malaysia harus bersatu padu. Setiap kaum perlu berganding bahu dengan

melupakan persengketaan sesama mereka. Identifikasi kaum patut dihapuskan

supaya seluruh rakyat dapat bersatu sebagai bangsa Malaysia. Unsur-unsur

perkauman, chauvinism dan polarisasi kaum harus dibendung sebelum ia

meracuni fikiran rakyat sekiranya kita hendak melihat penyatuan negara Malaysia

berlaku sepenuhnya.

Melahirkan penyatuan di kalangan rakyat belum dapat menjayakan Wawasan

2020. Ini kerana Malaysia memerlukan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas,

tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa

yang ada dan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Setiap

rakyat perlu ditanamkan dalam jiwa mereka semangat keyakinan untuk

menghadapi setiap cabaran yang mendatang. Rakyat harus berbangga dengan

pencapaian negara dan apa yang menjadi milik mereka.

Kebebasan amat penting untuk mencapai kemajuan dan sifat ini harus ada pada

setiap rakyat supaya matlamat yang dirancang tercapai tanpa apa-apa halangan

dan kongkongan.

Seterusnya, Malaysia seboleh-bolehnya berusaha agar dapat mewujudkan dan

membangunkan sebuah masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu

bentuk persefahaman yang matang dan sebuah masyarakat yang boleh menjadi

contoh kepada semua negara membangun. Ini bermakna masyarakat Malaysia

perlu menjadi contoh dan teladan untuk masyarakat dunia yang lain kerana ia

dapat menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia adalah progresif, dinamik dan

Page 182: NOTA CTU151 UiTM

182

demokratik. Sudah terlalu lama kita menjadikan masyarakat di negara-negara

maju sebagai contoh dan panduan dalam meniti jambatan kejayaan. Kini telah

sampai masanya untuk kita menjadi pemimpin bagi penduduk dunia.

Dalam membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, dua unsur tidak

harus diabaikan, iaitu moral dan etika. Penting diwujudkan masyarakat yang

bermoral dan beretika. Pencapaian Wawasan 2020 sangat bergantung kepada

sebuah masyarakat yang mengamalkan kedua-dua nilai ini. Keruntuhan nilai ini di

negara-negara maju sekarang perlu dijadikan pengajaran oleh Malaysia kerana

kesannya telah menyebabkan kehidupan masyarakat di negara-negara maju

semakin tidak bahagia. Oleh itu, kedua-dua nilai tersebut amat diperlukan sekali

dan diberikan perhatian utama sebelum langkah-langkah seterusnya diambil untuk

menjayakan Wawasan 2020.

Cabaran yang kelima, mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat

pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama

masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada

satu negara. Dalam mana-mana negara, semangat cintakan negara sangat penting

dalam proses pembangunan. Begitujuga dengan semangat bertolak ansur. Tanpa

tolak ansur adalah sukar untuk kaum-kaum di Malaysia bersatu dan bekerjasama.

Setiap kaum perlu memahami kebudayaan kaum yang lain. Apabila persefahaman

dapat diwujudkan, maka perasaan bertolak ansur akan lahir dalam perhubungan

rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Tolak ansur tidak membawa

apa-apa makna sekiranya setiap rakyat tidak memiliki kebebasan beragama. Dari

itu, kepercayaan setiap kaum wajar dihormati dan dilindungi. Dasar yang liberal

daripada kerajaan terhadap kebebasan beragama sudah tentu dapat melahirkan

perhubungan yang lebih intim dalam masyarakat Malaysia yang unik dan pelbagai

budaya.

Page 183: NOTA CTU151 UiTM

183

Malaysia juga perlu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai

daya perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan sahaja menjadi

pengguna terknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa hadapan. Sesuai dengan kepesatan dan pencapaian sains dan

teknologi, Malaysia sepatutnya mempunyai sebilangan saintis yang komited

terhadap kerjayanya. Dalam konteks ini, Malaysia bukan sahaja memerlukan

pekerja-pekerja yang tahu menggunakan teknologi, malah tahu mencipta

teknologi baru untuk keperluan industri. Sampai bilakah kita harus bergantung

kepada teknologi negara maju? Sudah tiba masanya, Malaysia melahirkan

segolongan saintis, jurutera, juruteknik, teknokrat dan ahli industri. Insentif yang

diberikan kepada golongan ini sudah pasti akan meningkatkan motivasi mereka

mencipta dan mereka teknologi yang lebih maju lagi.

Sesuatu yang tidak patut dilupakan adalah mewujudkan masyarakat penyayang

dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan

masyarakat, kebajikan insan yang tidak hanya berkisar kepada negara atau orang

perseorangan tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh. Sememangnya tidak

dapat dinafikan bahawa kemajuan dalam sesebuah negara akan menyebabkan

ikatan kekeluargaan menjadi semakin longgar. Pengalaman di negara maju

memberikan kita banyak bukti keruntuhan dalam sistem kekeluargaan. Untuk

mengelakkan masyarakat Malaysia mengalami nasib yang sama cabaran ini perlu

diberi perhatian oleh setiap lapisan anggota masyarakat.

Oleh itu, kebajikan setiap ahli masyarakat harus diberikan tumpuan jika hendak

melihat kewujudan sebuah masyarakat yang penyayang. Kemajuan ekonomi yang

dicapai sebaik-baiknya dapat memastikan masyarakat mendapat pengagihan yang

adil. Pengumpulan kekayaan negara di tangan segelintir individu diharapkan tidak

Page 184: NOTA CTU151 UiTM

184

lagi berlaku demi mencapai kestabilan negara, setiap rakyat patut diberi peluang

dan hak yang sama rata untuk memkmati kejayaan negara. Sering kedengaran

kritikan-kritikan dilemparkan kepada kerajaan terhadap ketidaksamarataan dalam

pengagihan kekayaan negara. Isu ini dieksploitasi dan digunakan bagi

membangkitkan kemarahan kaum di Malaysia. Oleh itu, aspek lain penting

dititikberatkan dalam Wawasan 2020.

Cabaran terakhir adalah mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai

ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Setiap rakyat perlu bekerja lebih kuat

lagi. Semua masalah harus dihadapi dengan semangat kental dan hati yang tabah.

Sikap dinamik dan berani bersaing dengan bangsa yang lebih maju disemai dalam

jiwa setiap rakyat Malaysia. Kita tidak mahu rakyat Malaysia mempunyai jiwa

penakut dan lemah kerana matlamat Wawasan 2020 tidak akan tercapai sekiranya

masyarakat masih mewarisi perasaan negatif ini.

Sembilan cabaran ini wajib diatasi dahulu dan dijadikan sebahagian daripada

kehidupan sebelum Wawasan 2020 menjadi realiti. Tidak mustahil kita dapat

mencapai taraf sebuah negara maju tetapi yang menjadi persoalan ialah

bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan suasana yang serba maju pada tahun

2020 nanti. Wawasan 2020 akan tinggal angan-angan sahaja jika rakyat dan

kerajaan tidak bekerjasama. Idea Wawasan 2020 berkemungkinan menjadi 'was-

was 2020' sekiranya masyarakat tidak berganjak daripada keadaan mereka

sekarang ini. Rakyat harus berani menerima perubahan dan bersedia berubah

untuk memasuki abad ke-21.

Dalam kelangsungan Tamadun Melayu, orang Melayu juga turut menghadapi

pelbagai cabaran dari dalam dan luar. Cabaran dari dalam ialah cabaran

sosiobudaya, kesan daripada kemajuan yang dicapai. Remaja Melayu menghadapi

Page 185: NOTA CTU151 UiTM

185

pelbagai masalah sosial seperti dadah, salah laku juvana dan lain-lain. Cabaran

dalaman yang lain ialah pengaruh dan tekanan kebendaan dan kemewahan hidup

yang membawa kepada pelbagai jenayah kewangan, penyalahgunaan kuasa,

rasuah dan lain-lain. Situasi yang memuncak kepada sekularisme (segala manfaat

dan keutamaan ialah untuk masa di dunia sahaja, tidak benar-benar yakin tentang

pembalasan akhirat) dan juga pragmatisme yang melampau yang menegaskan

bahawa 'sesuatu matlamat yang hendak dicapai itu menjustifikasikan sebarang

tindakan ke arahnya' (the end justifies the means). Cabaran-cabaran dalaman

demikian seperti yang dibuktikan oleh sejarah Tamadun Melayu hanya dapat

diatasi melalui kekuatan pembersihan dalaman berdasarkan Islam yang

menekankan penghisaban atau akauntabiliti, ketakwaan (sentiasa sedar akan

pengawasan Tuhan), kesederhanaan, pengorbanan diri, prinsip pertengahan dan

sebagainya.

Cabaran Dalam Pemerintahan Dan Isu Pembangunan

Walaupun negara Malaysia sudah menerima Islam sejak beberapa abad yang

lampau, namun oleh sebab peredaran masa dalam beberapa dasar yang bersilih

ganti, ditambah pula dengan kejutan budaya dan Tamadun Barat yang telah

banyak mempengaruhi pemikiran dan cara hidup manusia moden menyebabkan

kefahamam masyarakat tentang Islam semakin berkurangan. Justeru, kedudukan

masyarakat dan pentadbiran negara telah mengalami kepincangan. Untuk

mengembalikan semula kedaulatan negara dan umat Islam, maka tidak ada pilihan

lain kecuali kembali kepada ajaran Islam yang maha suci. Tugas para ulama dan

intelek Islam ialah memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat dan

pemimpin tentang konsep pembangunan menurut Islam yang sebenar. Adalah

jelas bahawa Islam tidak menentang konsep pembangunan, sama ada dari segi

moral, mental atau fizikal.

Page 186: NOTA CTU151 UiTM

186

Membangunkan sesebuah negara Islam merupakan usaha dan cita-cita suci dan

salah satu aspek penting dalam pemikiran Islam kini. Ini perlu diambil perhatian

kerana adalah tidak wajar membataskan diri kita dalam ruang lingkup masalah-

masalah yang ditimbulkan pada zaman silam. Masalah perselisihan mazhab,

masalah khilafah bukan lagi merupakan masalah yang berkaitan langsung dengan

masyarakat Islam hari ini. Cabaran utama kepada umat Islam hari ini ialah

masalah 'sinkretisme' di antara pelbagai kebudayaan atau yang diimport langsung

dari Barat yang kian mengancam masyarakat Islam. (Azhar Hj. Mad Aros, 2003).

Secara umumnya cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan Islam Hadhari ialah

antaranya masyarakat Islam melihat agama Islam secara terpisah dengan urusan

keduniaan. Di samping itu wujudnya perpecahan umat Islam, penyelewengan

dalam masyarakat Islam, Islam tidak difahami secara syumul. Juga berlaku

percampuran pelbagai ideologi, kefahaman, khurafat, bid'ah dalam lain-lain lagi.

Untuk mengatasinya maka umat Islam hendaklah kembali kepada ajaran al-Quran

dan al-Hadis serta menterjemahkan Islam secara lengkap. Seterusnya melakukan

proses Islamisasi ilmu dan melaksanakan gerakan Tajdid secara bersungguh-

sungguh. Akhir sekali yang amat penting ialah gandingan yang mantap dan

sepadu antara ulama', umara' dan cendikiawan.

Page 187: NOTA CTU151 UiTM

187

Bab 5

Isu-Isu Kontemporari Dunia Islam

5.1 Dunia Islam Dalam Perkembangan Semasa

Isu Keganasan

ISLAM yang damai dan Islam yang sejuk nyaman merupakan misi Rasulullah

s.a.w. dalam mengembang dan mencipta kehidupan yang adil di muka burnt, agar

ia tidak dieksploitasi oleh manusia ke atas manusia lain. Walaupun atas nama apa

saja: agama, politik ataupun ideologi tertentu, tujuannya tidak lain agar manusia

kembali pada kesaksian awalnya, iaitu tiada tuhan yang patut disembah melainkan

Allah.

Ajaran Islam selalu menawarkan keindahan akhlak, bukan menaburkan onak di

lorong-lorong lebar kemanusiaan. Dalam rahim Islam, janin-janin rahmat itu siap

dilahirkan untuk memberikan kesejukan kepada semesta alam. Peristiwa serangan

bom di Bali memperlihatkan bagaimana jalan kekerasan atau pembunuhan

menjadi misi dan agenda golongan-golongan tertentu bagi mencapai cita-cita dan

matlamat. Lebih tidak adil lagi ialah apabila setiap keganasan yang herlaku itu

dikaitkan dengan perbuatan orang Islam.

Menurut Rasulullah s.a.w, seorang yang beriman adalah orang yang menjaga

dengan baik kehidupannya dan juga orang lain dengan aman apabila berada di

tangannya (bersifat amanah). Itu tidak lain kerana Islam adalah agama damai.

Page 188: NOTA CTU151 UiTM

188

Al-Quran menyebut jalan ini sebagai jalan keselamatan (al-Maaidah: 16). Ini juga

menunjukkan bahawa rekonsiliasi (ishlah) adalah sebagai jalan terbaik (al-Nisa ;

128) Dan juga ditegaskan bahawa Allah sama sekali tidak menyukai kerosakan di

muka bumi (al-Baqarah : 205).

Memang di dunia ini apabila disebut perdamaian, ia masih merupakan suatu

persoalan vang sangat ilusif. Perbezaan, baik politik ataupun bukan terus ada dan

tidak mungkin dihilangkan antara individu, antara kumpulan ataupun antara

muslim dengan muslim yang lain. Jika setiap manusia menolak untuk bersikap

toleransi dan terbuka dalam menghadapi perbezaan dan memaksakan apa yang

menjadi kehendaknya, maka kedamaian tidak mungkin wujud di dunia ini.

Demikianlah, dengan konflik serta keganasan yang berlaku di merata-rata tempat

di dunia ini. Seseorang yang tidak memiliki rasa toleransi, maka ia bukan manusia

dalam pengertian dan ekspresi yang sebenar. Saat seseorang memuncak

kemarahannya pada hal-hal yang dibenci, maka hal itu merupakan bukti nyata

daripada kelemahan yang ada dalam dirinya.

Memang banyak orang yang tidak mahu mengaku prinsip toleransi sebagai

sesuatu yang abadi. Pada keadaan yang sangat mendesak dan tersepit, keinginan

untuk membalas dendam menjadi sangat kuat. Perasaan marah yang disertai

reaksi negatif demikian hendaknya dilepas dengar sebebas-bebasnya.

Orang yang memiliki cara berfikir demikian akan berada dalam sebuah ilusi,

bahawa apa yang dilakukan tidak ada yang melanggar hukum sama sekali.

Pandangan seperti ini sangatlah tidak tepat. Kerana kenyataannya, apabila

kemarahan seseorang memuncak akibat ada hal yang menyerang diri dan

kemahuannya, seharusnya sikap toleransi itu jadikan sebagai prioriti utama.

Page 189: NOTA CTU151 UiTM

189

Sifat manusia yang kebiasaannya berusaha menjelmakan dirinya sebagai

superman. Padahal manusia super adalah mereka yang mampu mengimbangi

sikap toleransi dalam menghadapi situasi paling sulit dan berat.

Di dunia ini kesatuan hanya akan dicapai dengan belajar untuk bersatu dan bukan

belajar berbeza atau pun memaksakan kesatuan tanpa menafi adanya perbezaan.

Untuk menghapuskan semua perbezaan yang ada, tentu merupakan hal yang tidak

mungkin dilakukan. Rahsia pencapaian kedamaian dalam keludupan adalah

toleransi terhadap adanya perpaduan atas kedamaian itu sendiri.

Agama, sebagaimana difahami dalam ajaran Islam, secara dasar adalah tindakan

yang menampakkan kecintaan kepada Allah dan keinginan agar umat manusia

menjadi baik. Firman Allah:

š∅ ÏΒ uρ Ĩ$ ¨Ζ9 $# tΒ ä‹Ï‚ −Gtƒ ÏΒ Èβρߊ «!$# # YŠ# y‰Ρr& öΝ åκtΞθ ™6 Ïtä† Éb= ßsx. «!$# ( tÉ‹ ©9 $# uρ (# þθ ãΖtΒ# u ‘‰x© r& $ {6ãm °! 3 öθ s9 uρ “t� tƒ tÏ% ©!$# (# þθãΚ n=sß øŒ Î) tβ ÷ρt� tƒ z>#x‹yè ø9 $#

¨β r& nο§θ à) ø9 $# ¬! $ Yè‹Ïϑy_ ¨βr& uρ ©!$# ߉ƒ ωx© É>#x‹ yèø9 $# ∩⊇∉∈∪

Terjemahan: (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia

yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu

(Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya)

sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang

beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-

orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika

mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa

sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi

Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab

seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

(Surah al Baqarah: 165)

Page 190: NOTA CTU151 UiTM

190

dan firmanNya lagi

öθ s9 uρ u !$ x© y7•/ u‘ Ÿ≅yè pg m: } $ ¨Ζ9 $# Zπ ¨Βé& Zοy‰Ïn≡ uρ ( Ÿω uρ tβθ ä9# t“ tƒ šÏ$ Î=tGøƒèΧ ∩⊇⊇∇∪

�ω Î) tΒ zΜÏm§‘ y7 •/ u‘ 4 y7 Ï9≡ s%Î!uρ óΟ ßγ s)n=yz 3 ôM £ϑs?uρ èπyϑÎ=x. y7 În/ u‘ ¨β V| øΒ V{

zΟ ¨Ψyγ y_ z ÏΒ ÏπΨ Éf ø9 $# Ĩ$ ¨Ζ9 $# uρ tÏè uΗød r&

Terjemahan: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad)

menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya

menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan

kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-

orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di

dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah

Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian

sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi

neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang

berdosa)". (Surah hud: 118-119)

Mengapa demikian? Sebab Allah sendiri telah memberikan kemerdekaan dan

kebebasan memenuhi kehendak kepada manusia untuk memilih jalan hidupnya.

Termasuk dalam hal beragama, Allah tidak memaksa manusia, sebaliknya

berserah apakah dia akan beragama Islam atau tidak?

Kemerdekaan yang dikurniakan Allah itu sebenarnya juga merupakan bahagian

daripada rahmat-Nya, di mana manusia benar-benar diberi kebebasan untuk

memilih jalan taat atau mengingkari agama yang dibawa oleh Rasul-Nya.

Cuma kalau umat Islam kadang-kadang menunjukkan sikap keras dan garang, itu

lebih banyak disebabkan oleh adanya pengkhianatan daripada pihak luar. Atau

mungkin juga kerana banyak orang luar daripada Islam telah melakukan hal-hal

Page 191: NOTA CTU151 UiTM

191

yang tidak benar dalam menyebarkan agama. Misalnya, mendekati umat lain

dengan menggunakan cara-cara yang tidak adil, dan tidak beretika seperti

mengadakan kegiatan sosial tapi hanya sebagai alat untuk merampas iman orang

lain.

Untuk menghindarkan umat beragama daripada bersikap fanatik, maka diperlukan

pendewasaan sikap dan tingkah laku keagamaan, melalui peningkatan

pemahaman agama secara luas dan benar.

Ertinya, pemahaman agama harus dilakukan tidak hanya daripada satu sisi, tapi

dari pelbagai sisi, sehingga dapat menunjukan wajah agama secara utuh iaitu

agama yang membimbing manusia ke arah kebenaran dan mampu memberikan

rasa kedamaian, kerukunan dan kesejahteraan umat manusia, baik umat yang

seagama mahupun bukan se agama.

Isu Barat

Merdekakah negara-negara Islam dalam konteks politik dunia hari ini? Persoalan

ini timbul khususnya selepas setengah abad tamatnya Perang Dunia Kedua,

negara-negara Islam terpaksa menanggung beban yang berat akibat daripada

kemelut dan konflik yang melanda dunia dan melibatkan umat Islam sejak itu.

Umat Islam di merata dunia bukan sahaja terpaksa membayar dengan darah,

pengorbanan fizikal dan psikologi malah dipaksa melalui saat-saat yang amat

memalukan serta hina yang menggugat maruah dan kredibiliti mereka sebagai

ummah dan sekali gus manusia.

Pencabulan dan penafian hak, secara langsung amat ketara seperti yang berlaku di

Palestin, Bosnia, Chechnya, Kosovo, Afghanistan dan Iraq. Sementara secara

Page 192: NOTA CTU151 UiTM

192

tidak langsung kesan pencabulan ini dapat dirasakan di hampir kesemua negara

Islam.

Hampir kesemua negara Islam sama ada sedar atau tidak, terpaksa berterima kasih

kepada kuasa Barat sebelum mereka memperoleh kebebasan untuk merdeka dan

mengurus negara mereka sendiri. Hampir boleh dikatakan semua negara Islam

yang dikatakan merdeka pada hari ini sebenarnya tidak merdeka.

Kemerdekaan mereka bersyaratkan kepada sejauh mana mereka tidak mengancam

Barat. Sebaik sahaja Barat terancam, pasti Barat akan melakukan sesuatu untuk

mencegahnya.

Kebebasan bersyarat yang mereka peroleh itu terpaksa mengorbankan bukan

sahaja nyawa, malah banyak perkara termasuk tanah, harta, budaya, dan harga diri

umat Islam. Jika disetujui oleh Barat, maka akan lebih senanglah mereka merdeka

dan menguruskan negara mereka sendiri.

Tetapi jika sebaliknya, perjalanan negara berkenaan untuk mengembalikan

maruah dan hak mereka terpaksa berlanjutan dan beranjau seperti yang berlaku di

Palestin, Iraq, Afghanistan dan beberapa negara lain. Apa yang membezakan

keadaan ini di negara Islam lain ialah tahap kegawatan di negara masing-masing

dan sejauh mana Barat berasa terancam.

Di sesetengah negara Islam yang walaupun merdeka, tekanan diberikan dalam

pelbagai bentuk untuk memastikan mereka terus terikat dengan sistem yang

diakui dan direstui oleh Barat. Pelbagai cara dilakukan Barat dan yang paling

ketara menggunakan manipulasi sistem politik dan ekonomi dunia yang mereka

ciptakan.

Page 193: NOTA CTU151 UiTM

193

Ini boleh dibuktikan apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dijadikan alat mencapai agenda

hegemoni berterusan mereka.

Amat malang kepada kita apabila sistem ini tidak boleh mereka pakai, seperti

yang berlaku di Iraq baru-baru ini, sistem diketepikan dan mereka tetap dengan

agenda buruk yang tersirat itu dengan cara mengetepikan PBB dan bertindak

secara unilateral.

Di Turki umpamanya, umat Islam disyaratkan secara tidak langsung mengubah

berat sebelah Islamik mereka sebelum ini kepada sekularisme dan membolehkan

kerajaan pimpinan Mustafa Kamal Attartuk memerintah atas nama merdeka tetapi

berterusan diikat oleh Barat sehingga kini dalam apa juga tindak-tanduknya

kecuali dalam perkara yang tidak bertentangan dengan kepentingan Barat.

Hakikat ini mudah kita fahami bila melihat secara umumnya Turki dan

masyarakatnya lebih kebaratan berbanding sebelumnya. Keahlian Turki, satu-

satunya negara majoriti penduduknya Islam dalam NATO juga boleh dijadikan

bukti jelas hakikat ini.

Cuma sejak akhir-akhir ini kebangkitan semangat Islam itu dapat dilihat tetapi

Turki masih dilihat amat berhati-hati demi mengelak berdepan dengan ancaman

Barat secara terbuka.

Kita di Malaysia juga tidak terkecuali daripada ancaman berterusan Barat ini.

Namun kita harus bersyukur dan berasa amat bertuah kerana kebijaksanaan dan

pemikiran strategik pemimpin-pemimpin kita sejak merdeka telah membolehkan

Page 194: NOTA CTU151 UiTM

194

kita, walaupun diikat dengan syarat-syarat tertentu secara langsung atau tidak;

memperoleh kemerdekaan daripada British pada 1957; mempertahankan

kemerdekaan, membangunkan negara kita ke tahap yang ada; dan yang lebih

penting secara paling berkesan mengelak Malaysia dijajah secara tidak langsung.

Kebolehan para pemimpin negara dalam mengawal dan mengatasi kegawatan

politik, ekonomi dan kewangan membolehkan kita mengekalkan kemerdekaan

kita.

Alhamdullilah Malaysia lebih merdeka daripada banyak negara Islam lain yang

merdeka. Kemerdekaan yang terhad ini haruslah dipelihara dengan mengekalkan

kestabilan politik dan ekonomi yang sedia ada di samping berusaha

mempertingkatkan usaha ke arah menguatkan negara dan ummah setanding

dengan Barat. (Mohd. Roslan Mohd. Salaudin dalam Islam Hadhari: Himpunan

Isu Kontemporari, 2005)

5.2 Isu Perpaduan Dunia Islam

Negara-negara Islam ini ada yang kaya dengan sumber semula jadi seperti minyak

dan gas. Bagaimanapun kekayaan ini tidak menggambarkan kekuatan negara-

negara Islam dalam menentukan arus dan arah politik dunia hari ini. Secara umum

mereka berada dalam keadaan yang lemah. Terdapat beberapa faktor yang

menyebabkan demikian, antaranya ada pengaruh dan cengkaman Barat ke atas

mereka, kesatuan dan perpaduan yang lemah, kepimpinan yang tidak sehaluan

dan masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Islam membentuk cara hidup manusia berasaskan hukum dan keadilan sejagat.

Menjelaskan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia

Page 195: NOTA CTU151 UiTM

195

sesama manusia bermula daripada diri, keluarga, masyarakat dan negara,

termasuk juga hubungan antarabangsa. Dalam konteks ini Islam meletakkan hak

dan tanggungjawab seseorang. Bagaimanapun dalam Islam tidak ada 'kebebasan

mutlak'. Setiap orang itu boleh menggunakan haknya dengan batasan, jika tidak

nescaya dia akan mengganggu atau menceroboh hak dan kebebasan orang lain.

Islam menerima konsep 'perjanjian dan perdamaian' dengan negara jiran dan

pihakbukan Islam. Ini telah ditunjukkan dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah

dan dalam hubungan luar Rasulullah s.a.w. dengan negara-negara jiran. Islam

membenarkan orang bukan Islam mempunyai hak memasuki negara Islam.

Bahkan dengan kebenaran tersebut Islam memberi jaminan keselamatan ketika

mereka berada dalam negara Islam. Mereka diberi kebebasan untuk tinggal dan

mengamalkan agama mereka mengikut kepercayaan masing-masing.

Islam tidak membenarkan peperangan dilancarkan ke atas sesiapa pun kecuali

dengan perintah ketua negara dan oleh sebab-sebab yang sahih seperti

mempertahankan diri. Dalam pada itu terdapat peraturan yang mesti dipatuhi

seperti larangan membunuh orang awam, orang tidak upaya, orang tua, kanak-

kanak dan perempuan. Orang yang terkorban hendaklah dihormati. Tidak

dibenarkan memusnahkan rumah kediaman, makanan dan pokok buah-buahan.

Rumah ibadat tidak boleh diceroboh. Bahkan ketika Nabi memasuki Kota Mekah,

jaminan keselamatan telah diberikan. Jika dalam keadaan peperangan pihak

musuh mahu kepada perdamaian, Nabi menyuruh supaya menyahut secara positif

seruan 'perdamaian'.

Tidak ada sebuah negara di dunia ini yang boleh hidup dan maju tanpa

mempunyai hubungan dengan negara lain. Ini ialah satu kenyataan dan bukan

Page 196: NOTA CTU151 UiTM

196

andaian kerana tidak ada sebuah negara di dunia ini yang mempunyai segala-gala

sehingga tidak memerlukan dunia luar.

Dalam hubungan ini prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni ialah suatu

matlamat dalam hidup bermasyarakat, iaitu dengan melaksanakan tanggungjawab

dan pada masa yang sama menghormati hak-hak individu, masyarakat dan negara.

Dalam hubungan sedemikian kita tidak boleh melakukan sesuka hati terhadap

orang lain dengan mengambil undang-undang di tangan sendiri. Sikap prejudis

Barat terhadap Islam sangat jelas. Sikap demikian berlaku disebabkan antara lain

tidak ada kefahaman yang betul tentang Islam dan kesan daripada Perang Salib

yang telah berlaku antara Islam dengan Kristian.

Negara-negara Islam digolongkan dalam kumpulan negara tidak membangun

dengan mempunyai masalah domestik yang tersendiri seperti kemiskinan, buta

huruf yang tinggi, pengangguran dan taraf hidup yang rendah. Senarai data 20

negara terbaik tidak terdapat nama negara Islam kecuali Malaysia. Ini

mencerminkan betapa ketinggalan dan mundur sesetengah negara-negara Islam.

Undang-undang secara bersendiri tidak mampu untuk menyelesaikan masalah

tingkah laku manusia. Undang-undang ialah sesuatu halangan atau pencegahan

yang bersifat luaran yang tidak mengambil faktor dalaman diri manusia. Moral

atau akhlak mempunyai nilai yang tersendiri dalam pembentukan sahsiah, akhlak

yang tinggi berpandu kepada ilmu dan kefahaman ajaran agama yang betul.

Neraca moral seperti keadilan, persamaan, toleransi terhadap kemanusiaan,

menolak diskriminasi, persahabatan sejagat tanpa mengira fahaman agama dan

bangsa, tidak ekstrem dan agresif tetapi sederhana ialah tuntutan Islam. Dalam

sebuah buku al-Qiyadah wa al-Judiyyahfi al-Islami menghuraikan maksud jihad

Page 197: NOTA CTU151 UiTM

197

yang difahami oleh sebahagian orang Islam iaitu al-Harb al-Muqaddasah dengan

matlamat untuk meninggikan kalimah Allah dan penyebaran dakwah yang dibawa

oleh Rasulullah s.a.w. Dengan demikian jihad bagi mereka ialah peperangan,

titisan darah, pembunuhan dan tawanan.

Dalam buku al-Jihadfi al-Islam menyatakan, bahawa jihad fisabilillah bertujuan

membawa kebaikan, keadilan dan kebenaran. Apakah jihad itu terbatas kepada

pertumpahan darah dan adakah dakwah yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah

s.a.w itu penuh dengan kekerasan dan penyebaran dalam bentuk penyerangan ke

atas lawan? Cara-cara demikian bertentangan dengan sirah Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya Islam tidak datang dalam bentuk keganasan dan sama sekali tidak

boleh dikaitkan dengan terrorisme. Islam itu adalah damai, adil, toleransi dan

perikemanusiaan. Bagaimanapun ada media lebih suka menghubungkan Islam

dengan keganasan.

Imej ini perlu diperbetulkan. Sebenarnya keganasan juga berlaku di kalangan

bukan Islam dan di kalangan negara bukan Islam, dan ada yang berlanjutan

hingga ke hari ini.

Jihad mempunyai erti yang luas tidak terbatas kepada jihad dengan nyawa atau

peperangan dan harta sahaja. Jihad termasuk jihad ke atas diri dengan memerangi

hawa nafsu dan menuntut ilmu. Begitu juga memerangi kejahilan, menghapuskan

kemiskinan, membanteras gejala sosial, membangunkan ummah, mengajak

kepada perpaduan, meninggikan maruah dan syiar Islam. Terdapat kecenderungan

melalui perkembangan semasa yang menghubungkan keganasan dengan Islam

dan penganut Islam, sungguhpun dari segi politik, Barat cuba tidak menunjukkan

sentimen anti-Islam atau orang Islam. Bagaimanapun, prejudis terhadap Islam di

kalangan Barat tetap ada.

Page 198: NOTA CTU151 UiTM

198

Pandangan yang beranggapan Islam mendatangkan 'ancaman' kepada Barat dapat

dilihat dengan mengaitkan reaksi daripada tindakan keganasan yang

dihubungkaitkan dengan orang Islam. Ini ialah pandangan kerajaan dan orang

awam di Barat. Menjadi tugas setiap orang Islam dan kerajaan Islam memberikan

imej yang sebenar tentang Islam dan menghuraikannya. Sebenarnya Islam itu

indah, progresif, mencintai. (Abdul Monir Yaacob, 2005).

5.3 Cabaran Globalisasi Dalam Ekonomi, Sosial Dan Politik Dunia Islam

Konsep globalisasi adalah diterima pakai oleh masyarakat Malaysia yang

sememangnya menjadi dasar masyarakat dan rakyatnya untuk berbaik-baik antara

kaum di Malaysia dan sejagat. Bertitik tolak daripada pegangan ini, Malaysia

telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Negara-negara Berkecuali,

mengadakan kerjasama serantau dan memberi sokongan terhadap Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia juga membuat hubungan khas dengan Negara-

negara Anggota Komanwel yang telah ditubuhkan pada tahun 1931 dan diketuai

oleh Ratu England. Malaysia juga telah menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-

bangsa Bersatu yang telah ditubuhkan pada tahun 1945 di San Francisco, Amerika

Syarikat. Pertubuhan ini ditubuhkan dengan tujuan antara lain untuk mewujudkan

keamanan dan mengadakan hubungan baik antara negara-negara anggota badan

sedunia itu. Malaysia juga telah mengadakan hubungan khas dengan Pertubuhan

Negara-negara Islam (OIC) yang berpusat di Jeddah, Arab Saudi.

Dalam bidang ekonomi, Malaysia telah mengukuhkan kedudukan ekonomi dalam

negaranya dengan berkesan dan baru-baru ini telah berjaya menangkis serangan

penyangak mata wang dan kegawatan ekonomi. Dalam konteks luar negara,

Malaysia telah mengadakan perdagangan antarabangsa dengan hampir semua

Page 199: NOTA CTU151 UiTM

199

negara dan mendapat keuntungan yang amat menggalakkan. Ini terbukti apabila

simpanan luar Malaysia yang melebihi 30 billion dolar Amerika. Pengeluaran dan

pengeksportan kereta Proton Malaysia telah membawa kejayaan luar biasa dari

segi perindustrian dan hubungan dengan negara luar.

Dari segi sosial Malaysia juga telah berjaya memajukan kedudukannya dalam

negara seperti mengekalkan keamanan, toleransi antara kaum, kebebasan

beragama, pendidikan, kesihatan dan perpaduan. Dalam hubungan luar negara

Malaysia amat prihatin dengan nasib negara-negara membangun (Selatan-selatan)

dan juga mengadakan hubungan erat dengan negara membangun terutama

kumpulan G-8. Malaysia juga telah memberikan sumbangan dari segi kewangan

dan bantuan kemanusiaan kepada banyak negara seperti Indonesia, Kampuchea,

Somalia, Iraq, Bosnia, Chechnya dan sebagainya. Malaysia juga mengadakan

hubungan dengan kebanyakan negara kapitalis dan komunis serta mengamalkan

dasar Pandang ke Timur (Jepun, Korea dan Taiwan). Yang pastinya, orang

Melayu dan bahasa Melayu tetap unggul di Nusantara, bak kata Hang Tuah,

'Tidak Melayu hilang di dunia'. (Azhar Hj. Mad Aros, 2003:377)

5.4 Masa Depan Dunia Islam

Kebangkitan Islam boleh dilihat di merata tempat di dunia hari ini sama ada di

Timur Tengah, Asia Tenggara, Afrika bahkan di Eropah dan Benua Barat sendiri.

Istilah Kebangkitan Islam, Kebangunan Islam, Islamic Resurgence, Islamic

Revivalism, Islamic Renaissance atau as-Suhwah al-Islamiah tidak lagi menjadi

istilah yang asing kepada sebahagian besar anggota masyarakat apatah lagi di

kalangan para cendikiawan dan pengkaji perubahan sosial.

Mengikut Chandara Muzaffar dalam bukunya Islamic Resurgence in Malaysia -

Kebangkitan Islam ialah "Ungkapan yang menggambarkan usaha-usaha

Page 200: NOTA CTU151 UiTM

200

menegakkan semula nilai-nilai Islam, mempraktikkan amalan-amalan Islam,

membangunkan kembali institusi-institusi Islam, menegakkan undang-undang

Islam serta mengamalkan Islam secara keseluruhan dalam kehidupan setiap

muslim. Ia adalah percubaan untuk melahirkan kembali etika Islam, peraturan-

peraturan sosial Islam yang berpaksikan untuk membentuk insan muslim sejati

berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Mengikut Dr. Zohair Hussain - "Kebangkitan Islam ialah kembali minat terhadap

syiar dan idea-idea Islam setelah mengalami satu jangka masa yang lesu"

Mengikut Alt E. Hillal Dessouk - Kebangkitan Islam ialah merujuk kepada

"Peningkatan kegiatan politik atas nama Islam oleh pemerintah atau kumpulan

pembangkang sepertimana yang diperjuangkan oleh gerakan-gerakan Islam di

negara-negara Arab dan beberapa buah negara Islam yang lain.

Dengan kata lain, kebangkitan Islam ialah merujuk kepada peningkatan

mengamalkan syiar Islam di dalam politik, sosial, dan kehidupan seharian umat

Islam"

Kebangkitan Islam secara umumnya bolehlah dirumuskan sebagai tumbuhnya

kesedaran Islam yang semakin merata serta bersifat global, bertambahnya tekad

serta kesungguhan umat untuk menghayati ajaran Islam semuanya dalam semua

aspek kehidupan.

Sebagai maklumat kepada anda, terdapat dua perkataan lagi yang ada kaitannya

dengan Kebangkitan Islam, iaitu Tajdid dan Islah; (i) Tajdid yang bererti -

perubahan pemikiran umat ke arah memahami dan menghayati Islam yang

Page 201: NOTA CTU151 UiTM

201

sebenarnya. Perkataan di atas terdapat di dalam hadis Rasulullah s. a.w. yang

bermaksud:

"Sesungguhnya Allah membangkitkan pada permulaan tiap-tiap

seratus tahun, bagi umat (Islam) ini seorang Mujadid yang

membaharui agama umatnya"

Mujadid yang dimaksudkan ialah pelopor kepada Kebangkitan Islam. Para ulama

bersetuju meletakkan Mujadid abad pertama ialah UmarAbdul Aziz. Mujadid

abad kedua ialah Iman Syafie. Mujadid abad ketiga ialah Imam Asyari. Mujadid

abad keempat ialah Imam al-Baqilani. Mujadid abad kelima ialah Iman al-

Ghazali. Seterusnya setiap abad akan ada Mujadid seumpama mereka.

(ii) Islah bererti - memperbaiki sesuatu yang sudah rosak. Maksud Islah boleh

dicapai melalui dua proses: Mempertingkatkan lagi penerimaan dan pelaksanaan

dasar dan ajaran Islam dalam masyarakat Islam. Membanteras penyelewengan

yang berlaku, melindungi kesucian agama Islam dan mempertahankan

kesejahteraan umat.

Perkataan Islah terdapat di dalam al-Quran, firman Allah Taala

Terjemahan: Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana

fikiran kamu, jika Aku berdasarkan Bukti Yang nyata dari

Tuhanku, dan ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai

pemberian daripadanya, (Patutkah Aku berdiam diri dari

melarang kamu) sedang Aku tidak bertujuan hendak melakukan

sesuatu Yang Aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku

hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan

tiadalah Aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan

Dengan pertolongan Allah. kepada Allah jualah Aku berserah diri

dan kepadaNyalah Aku kembali. (Surah Hud:88)

Kedua-dua istilah di atas sama ada Tajdid atau Islah adalah sesuatu usaha warisan

Rasulullah s. a.w. yang perlu diteruskan atas dasar menyeru kepada makruf dan

Page 202: NOTA CTU151 UiTM

202

mencegah daripada mungkar. Justeru itu menjadi tanggungjawab setiap individu

muslim dalam memupuk suasana Kebangkitan Islam hari ini melalui Tajdid dan

Islah.

Sejarah Kebangkitan Islam

(i) Tahap pertama - Zaman Rasulullah dan Khulafa al-Rasyidin.

Sebelum diutuskan Nabi Muhammmad s.a.w sebagai rasul, seluruh dunia

dicengkam oleh kegelapan jahiliah. Manusia tenggelam dalam arus kesesatan,

kezaliman yang menggerunkan. Mercka teraba-raba dalam kegelapan tanpa

cahaya iman yang boleh memandu mereka, ajaran nabi dan rasul dahulu telah

lenyap akibat penyelewengan dan salah tafsiran. Di tengah-tengah suasana itulah

Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk menyelamatkan umat

manusia.

Seruan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah bertujuan

membawa perubahan yang menyeluruh, meninggikan kehidupan masyarakat,

menegakkan keadilan dan mencapai kehidupan yang bernaung di bawah undang-

undang Allah Taala.

Begitulah juga zaman Khulafa' al-Rasyidin dan diteruskan pula pada zaman

Umayyah dan Abasiah. Pada peringkat ini Islam memainkan peranan penting

dalam membangkitkan kesedaran ummah.

(ii) Tahap kedua - Zaman membebaskan negara daripada belenggu penjajahan dan

unsur khurafat, tahyul dan bidaah.

Zaman ini bermula dari lahimya gerakan al-Muwahhidun yang dipelopori oleh al-

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1791) di Arab Saudi. Gerakan ini

Page 203: NOTA CTU151 UiTM

203

berusaha menumpaskan penyelewengan dalam ajaran tasawuf dan tarekat yang

banyak mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat, dan bidaah. Di antara amalan

yang membawa kepada syirik seperti memuja kubur para wall dan keramat.

Amalan khurafat yang meluas pada masa itu ialah mempercayai ramalan tukang

tenung dan sebagainya. Amalan bidaah pula seperti mengadakan perayaan

Maulud Nabi, menambah kalimah tertentu dalam azan atau solat dan sebagainya.

Perjuangan gerakan Muwahhidun untuk menghidupkan semula ajaran Islam

dalam bentuk yang mumi, banyak dicontohi oleh gerakan Islah yang lain.

Di Libya - lahir gerakan as-Sanusiyyah di bawah pimpinan al-Sayyid Muhamad

Alt al-Sanusi yang berusaha keras menyeru masyarakat kepada cara hidup Islam

yang sebenarnya. Gerakan ini berpengaruh di daerah pantai Utara Afrika,

terutamanya di Magrib dan Sudan.

Di Mesir - gerakan yang berperanan menyedarkan masyarakat ialah gerakan Pan

Islamisme di bawah pimpinan Jamaludin al-Afghani (1839 - 1897). Beliau juga

berjuang menghadapi imperialisma Barat di Afghanistan. Bagi Jamaludin al-

Afghani, penjajahan Inggeris merupakan malapetaka besar bagi dunia Islam.

Beliau mengajak umat Islam untuk bersatu menghadapi malapetaka ini. Program

refomasinya telah diteruskan oleh tokoh-tokoh lain seperti Muhamad Abduh

(1849 - 1905), dan Muhamad Rashid Rida (1865-1935).

Di India - muncul gerakan menyedarkan masyarakat yang dipimpin oleh Syah

Waliyullah al-Dahlawi (lahir 1703). Beliau merupakan tokoh Mujadid dan

pemikir Islam yang begitu berpengaruh. Fikrah dan sumbangan beliau bersifat

sejagat dan boleh dimanfaatkan oleh genarasi kemudian.

Page 204: NOTA CTU151 UiTM

204

Kebangkitan Islam pada tahap kedua juga berlaku di negara-negara umat Islam

yang lain seperti di Tanah Melayu dan Indonesia.

(iii) Tahap ketiga - Kebangkitan Islam untuk membebaskan diri dari ideologi-

ideologi bukan Islam

Kebangkitan ini adalah lanjutan dari perjuangan tokoh-tokoh tahap kedua.

Kebangkitan pada tahap ini adalah atas kesedaran umat Islam untuk menjadikan

Islam sebagai dasar dan panduan hidup secara menyeluruh. Kecenderungan untuk

menghayati Islam sebagai satu cara hidup dan menentang segala bentuk ideologi

perosak telah membawa kepada wujudnya berbagai gerakan dakwah.

Di antara gerakan-gerakan Islam yang muncul dan berperanan di zaman ini ialah:

Gerakan Ikhwan al-Muslimin (Mesir)

Jamiat al-Islam (Pakistan)

Gerakan al-Nur (Turki)

Gerakan Hamas (Palestin)

Gerakan Hizbullah (Selatan Lubnan)

Gerakan Islam di Iraq, Jordan, Syria, Sudan, dan lain-lain lagi.

Gerakan Ikhwan al-Muslimin

Gerakan ini ditubuhkan pada sekitar tahun 1928 masehi oleh Hassan al-Banna.

Gerakan ini berkembang pesat di antara 1930-40an. Setelah memasuki arena

politik Ikhwan dapat memainkan peranan yang penting dalam politik Mesir

terutama dalam kebangkitan semangat kebangsaan yang berlaku di antara akhir

perang dunia dengan kekuasaan pemerintah tentera Mesir. Gerakan Ikhwan al-

Muslimin bukanlah gerakan dakwah kepartian yang sempit dan bukan sekadar

Page 205: NOTA CTU151 UiTM

205

berkembang di negara Mesir sahaja, tetapi ia tersebar ke negara-negara Arab yang

lain seperti Syria, Iraq, Jordan, Sudan, Algeria, Pakistan, bahkan ke seluruh dunia.

Menurut Dr. Mustafa Assiba'i Gerakan Ikhwan al-Muslimin mempunyai lima

tujuan utama iatu:

- Memperbaiki individu

- Memperbaiki keluarga

- Memelihara umat

- Menentang penjajah

- Perpaduan Arab dan umat Islam.

Tokoh-tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah as-Syahid Hassan al-Banna,

Sayyid Qutb, Abdul Qadir Audah dan lain-lain lagi.

Sumbangan terhadap kebangkitan Islam

Ikhwan al-Muslimin merupakan gerakan yang paling menonjol di abad ke-20 ini.

Gerakan ini banyak memberi inspirasi kepada gerakan-gerakan Islam yang lain

kerana:

- Ikhwan al-Muslimin adalah satu-satunya gerakan dakwah yang fleksibel dan

menyeluruh. Perjuangannya dapat memenuhi keperluan manusia dan ummah.

- Peristiwa pembunuhan dan penyiksaan terhadap anggota Ikhwan al-Muslimin

yang dilakukan oleh pemerintah Mesir sedikit sebanyak menimbulkan simpati

masyarakat dunia. Peristiwa tersebut juga turut memberi semangat kepada

pejuang-pejuang Islam yang lain bahawa medan perjuangan penuh dengan

tribulasi.

- Ramai pelajar yang kembali dari Timur Tengah mendapat didikan (tarbiyah)

daripada anggota Dewan al-Muslimin. Sekembalinya ke tanah air mereka

berdakwah mengikut metod Ikhwan. Sehingga hari ini, di mana-mana sahaja

Page 206: NOTA CTU151 UiTM

206

apabila memperkatakan tentang dakwah dan gerakan Islam maka nama Iman

Hassan al-Bana dan Ikhwan al-Muslimin.

Jemaah Islami di Pakistan

Ditubuhkan pada tahun 1941, di bawah pimpinan Abu al-'Ala Maududi iaitu enam

tahun sebelum wujudnya negara Pakistan. Sebaik sahaja ditubuhkan negara

Pakistan, Jemaah al-Islami menuntut digubalkan perlembagaan negara berasaskan

al-Qur'an dan Hadis. Tujuan perjuangannya adalah untuk menghidupkan agama

yang suci dan meninggikan kalimah Allah dan melaksanakan hukum yang

terkandung dalam kitab Allah dan sunnah RasulNya dalam kehidupan individu

dan masyarakat Pakistan. Gerakan ini menghadapi tentangan yang hebat dari

beberapa kumpulan aliran pemikiran yang diwujudkan oleh penjajah seperti

golongan Qadiani, kumpulan Ingkar Sunnah dan golongan yang kagum dengan

tamadun Barat.

Terdapat tiga dasar perjuangan Jamaah al-Islami:

- Perjuangan seluruh manusia dan umat Islam khususnya agar menyembah Allah

dan jangan syirikkan Allah.

- Dakwah kepada setiap individu bagi melahirkan rasa redha dengan Islam

sebagai ad-Din dan hendaklah membersihkan din mereka daripada ciri-ciri nifaq

dan kegiatan yang bertentangan dengan Islam.

- Dakwah ini adalah untuk semua, iaitu hendaklah mereka menyuarakan kebaikan

secara umum terhadap pemerintah agar melaksanakan Islam dalam

pemerintahannya.

Faktor-Faktor Kebangkitan Islam

Kebangkitan Islam di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

Page 207: NOTA CTU151 UiTM

207

(i) Adanya tekanan kuasa-kuasa Barat ke atas dunia Islam dalam bidang politik,

ketenteraan, dan ekonomi.

(a) Politik dan ketenteraan - berlaku pembunuhan dan penafian hak wilayah orang

Islam. Contoh: Serangan tentera Russia ke atas negara umat Islam Chechnya

kerana tidak mengiktiraf kemerdekaan Chechnya. Setelah hampir dua tahun

serangan dilakukan dengan tentera berjumlah 39 000 orang, Moscow masih

belum dapat mengalahkan 7 000 orang tentera Islam Chechnya. Penindasan

berterusan ke atas umat Islam Bosnia, Palastin, Kashmir, dan lain-lain tempat.

Penafian hak memilih kerajaan sendiri seperti yang berlaku di Algeria, parti Islam

FIS (Front of Islam Salvation) telah memenangi pilihan raya umum pertama tetapi

telah dibatalkan oleh regim tentera yang disokong oleh Perancis dan negara-

negara Barat yang lain.

(b) Ekonomi - Negara-negara Islam dari negara-negara Barat, sentiasa

menghadapi tekanan ekonomi dalam berbagai bentuk, sama ada sekatan ekonomi

atau mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi negara Islam. Contoh: PBB

(Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas

Iraq sejak tahun 1992 lagi. Akibatnya ribuan rakyat Iraq menderita terutamanya

kanak-kanak kerana kekurangan zat makanan dan ubat-ubatan. Peristiwa di atas

telah memberi kekuatan kepada umat Islam untuk bangkit merubah nasib mereka,

melalui penghayatan semula Islam.

(ii) Kegagalan Western Dissolution oleh kebanyakan pemimpin Islam yang ditaja

oleh Barat. Contoh: Negara-negara Islam seperti Turki, Iran, Sudan, dan lain-lain

negara termasuk Malaysia pernah ditadbirkan oleh pemimpin sekular model barat

selepas peperangan dunia pertama. Mereka gagal membawa perubahan yang

bermakna kepada masyarakat Islam. Ini memberi bukti kukuh, bahawa negara-

Page 208: NOTA CTU151 UiTM

208

negara Islam tidak boleh menyelesaikan masalah mereka dengan formula yang

asing daripada Islam.

(iii) Kemampuan pihak Islam menentang pihak Barat. Contoh: Revolusi Islam

Iran dibawah pimpinan Ayatullah Khomeini yang berjaya menumbangkan Shah

Iran pada tahun 1979. Kemenangan Parti Islam FIS di Algeria yang memenangi

188 daripada 232 kemsi yang dipertandingkan.

Peristiwa di atas telah memberi kesedaran dan keyakinan bahawa Islam mampu

menjadi mekanisme yang membangkitkan semangat rakyat menentang proses

pembaratan.

(iv) Fenomena menyayat hati yang berlaku kepada umat Islam kini Contoh:

Peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia Herzegovina oleh

pihak Serbia. Serangan tentera bersekutu ke atas Iraq yang telah mengorbankan

beratus ribu kanak-kanak Iraq. Serangan Tel-Aviv ke atas Selatan Lubnan.

Hikmat di sebalik peristiwa yang berlaku telah mendorong umat Islam di negara-

negara Islam yang lain kembali kepada kehidupan beragama. Peristiwa diatas

tidak diberi perhatian dan tindakan sewajar oleh PBB. Keadaan tersebut menjadi

salah satu faktor yang menyemarakkan lagi kesedaran umat Islam untuk bersatu

memperjuangkan Islam.

(v) Peranan gerakan Islam dan pertubuhan dakwah antarabangsa Contoh: Gerakan

Ikhwan al-Muslimin, Jamiat al Islami, Pertubuhan Dakwah Antarabangsa seperti

World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dan International Islami federation

of Student Organisation (IFSO) memberi saham yang besar dalam mencorakkan

suasana kebangkitan Islam hari ini. Golongan terbesar dalam pertubuhan ini ialah

Page 209: NOTA CTU151 UiTM

209

terdiri daripada pelajar pusat pengajian tinggi. Pengaruhnya bukan sahaja di dunia

Islam, bahkan menjangkau benua Eropah, Amerika dan Timur Jauh. Gerakan

Islam berperanan sebagai pendesak kepada pemerintah supaya menubuhkan

institusi ekonomi Islam dan melaksanakan dasar-dasar Islam dalam pentadbiran

negara.

Kesimpulan

Faktor-faktor di atas adalah di antara faktor yang membawa kepada kebangkitan

Islam masa kini. Walaubagaimanapun faktor yang tidak boleh dinafikan

kepentingannya ialah faktor agama Islam itu sendiri. Islam sebagai al-Din yang

diwahyukan oleh Allah, mempunyai sifat dan ciri-ciri dinamikannya yang sangat

unit jika dibandingkan dengan agama-agama lain. Segala yang terkandung di

dalam ajarannya mendorong pendukung-pendukung gerakan Islam berjuang

untuk mencetuskan suasana kebangkitan Islam hari ini.

Kesan-Kesan Kebangkitan Islam

Kesan-kesan kebangkitan Islam hari ini boleh dinilai berdasarkan kepada faktor-

faktor berikut:

(i) Pertambahan umat Islam.

Senario positif daripada kebangkitan Islam yang paling ketara ialah pertambahan

umat Islam di serata dunia termasuk di Eropah. Menurut Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (PBB) menjelang tahun 2000 masyarakat Islam dijangka akan

menjadi satu perempat dari penduduk dunia bersamaan 1.5 bilion. Senario yang

sama juga boleh dilihat di negara-negara Benua Barat. Umat Islam di negara

tersebut bukan sahaja bertambah dari segi bilangannya, tetapi telah bangkit

sebagai sebuah negara yang berasingan daripada pemerintahan komunis.

Page 210: NOTA CTU151 UiTM

210

(ii) Bertambah kesedaran untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek

kehidupan. Kesedaran untuk mengamalkan Islam sama ada individu atau negara

walaupun mendapat tentangan pihak pemerintah dan pihak Barat. Contoh:

Kesanggupan pelajar wanita Islam di Perancis berhenti meneruskan pengajian

mereka demi mempertahankan pemakaian hijab (pakaian menutup aurat). Negara

Sudan di bawah pemerintahan Hassan al-Turabi turut melaksanakan syariat Islam.

Beliau bersedia menerima kecaman pihak Barat dan negara-negara Arab yang lain

semata-mata mahu membangunkan negara mengikut syariat Islam

(iii) Kesangupan umat Islam mengorbankan harta, masa bahkan jiwa demi

berjihad ke jalan Allah

Sepanjang sejarah Islam sentiasa ada tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang Islam

yang bersedia mengorbankan segala-galanya demi menegakkan agama Islam.

Contoh: Perjuangan tentera Mujahiddin di Afghanistan, Perjuangan tentera

Chechen di Chechnya, Perjuangan gerakan Hamas di Palestin dan lain-lain tempat

di segenap pelusuk dunia Islam.

(iv) Tentangan dalam berbagai bentuk yang ditunjukkan oleh musuh-musuh Islam

terutamanya pihak Barat

Kesimpulan

Kebangkitan semula Islam hari ini, telah memperlihatkan banyak kesan dan

perubahan. Selain daripada pertambahan bilangan penganutnya, kesan yang

paling ketara ialah bertambah mendalam sikap prejudis Barat terhadap umat

Islam. Semenjak runtuhnya empayar Soviet Union menjadikan Barat kehilangan

saingan. Justeru itu mereka telah meletakan Islam sebagai saingan dan pencabar

baru tamadun Barat.

Page 211: NOTA CTU151 UiTM

211

Reaksi Barat Terhadap Kebangkitan Islam

Barat melihat kebangkitan Islam pada hari ini sebagai satu ancaman kepada

mereka. Justeru itu mereka melakukan berbagai bentuk perancangan untuk

membantut kebangkitan Islam.

Secara ringkas ada lima sebab utama:

(i) Tamadun Islam adalah satu-satunya tamadun yang mempunyai sejarah

kegemilangan melampaui sejarah tamadun Barat. Tamadun lain seperti India dan

China tidak mempunyai keagungan berbanding tamadun Islam.

(ii) Penentangan umat Islam terhadap usaha penjajahan yang dilakukan oleh

Barat. Termasuklah usaha mengembangkan ideologi Kapitalis-Liberal sebagai

nilai universal. Pertentangan Barat dengan Islam lebih mirip kepada pertentangan

antara ideologi dengan aqidah.

(iii) Kepentigan Geo-Politik - Geo-politik yang dimaksudkan ialah kedudukan

negara-negara Islam yang strategik. Kebanyakan negara-negara Islam adalah

terletak di kawasan Rimland - pesisir pantai. Selain itu negara-negara Islam juga

menguasai jalan yang menghubungi Heartland dengan Rimland. Contohnya

Balkan, Caucasio dan Central Asia serta jalan laut terpenting seperti Teluk Parsi,

Laut Merah, Selat Melaka, selat Sunda dan terusan Suez.

(iv) Kepentigan Geo-Ekonomi - Kelebihan negara-negara Islam dari segi

geokonomi. Sebagai contoh simpanan minyak banyak dimiliki oleh negara-negara

Islam.

Page 212: NOTA CTU151 UiTM

212

(v) Propaganda Zionisma - Sejak berakhir perang dingin, Israel memperkuatkan

lagi propagandanya memburuk-burukkan gerakan Islam. Contohnya: Sidang

kemuncak Damai yanag berlangsung di Sharm El-Sheikh pada 13 Mac 1996

mengumpul para pemimpin daripada 27 negara bertujuan untuk mempertegaskan

komitmen mempertahankan "Proses Damai" di Asia Barat. Di antara beberapa

keputusan yang telah diambil ialah usaha memerangi keganasan yang digelar

Fundamentalis. Fundamentalis yang dimaksudkan di sini ialah kelompok Islam

seperti kumpulan Hizbullah dan kumpulan Hamas yang menentang regim

Yahudi. Propaganda Zionis dilakukan melalui tiga cara iaitu:

(a) Melalui penulisan akedemik

(b) Melalui penggubalan Dasar Luar Amerika

(c) Melalui penayangan filem

Bentuk-bentuk Reaksi Negatif Barat

Reaksi yang ditunjukkan oleh Barat amat negatif sekali, ini dapat dilihat dalam

berbagai bentuk seperti berikut:

(i) Melabelkan negara yang enggan tunduk kepada mana-mana logik Barat

sebagai fundamentalis (mengikut perspektif Barat ialah pelampau agama),

militan, terrorist yang menaja kegiatan pengganas antarabangsa. Contoh:

Mengistiharkan Sudan sebagai pusat latihan pengganas. Tindakan menangkap dan

mempenjarakan Syeikh Umar Abdel Rahman seorang ulama tua dan buta dengan

alasan sebagai pencetus keganasan di Amerika.

(h) Menyalahgunakan kuasa dan mengenepikan peraturan antarabangsa. Contoh:

Semasa perang telok, serangan Amerika dan tentera bersekutu telah mencabul hak

kemanusiaan di mana ribuan wanita dan kanak-kanak Iraq dibunuh dan

kemudahan awam dihancurkan. Menaja Perjanjian Dayton yang lebih memihak

Page 213: NOTA CTU151 UiTM

213

kepada pengganas Serbia. Perjanjian damai Arab Israel yang dimenterikan pada

September 1993 lebih memihak kepada Israel.

(iii) Menyokong pemerintah yang berjiwa sekular memerintah negara Islam.

Contoh: Sokongan barat terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarrak yang sanggup

memerangi dan membunuh pejuang-pejuang Islam di Mesir. Kesediaan pihak

British memberi perlindungan kepada Salman Rushdi, penulis novel The Satanic

Verses.

(iv) Mengenakan sekatan Ekonomi dan sekatan senjata untuk melemahkan negara

Islam daripada terus bangkit. Seperti apa yang dikenakan ke atas Iraq, Libya, dan

Bosnia.

(v) Memonopoli sumber kekayaan negara Islam. Contoh: Merancang beberapa

strategi untuk terus menguasai minyak di rantau Teluk. Di antaranya Britain telah

sengaja mencari jalan supaya harga minyak jatuh di kalangan negara-negara

OPEC dengan cara enggan bekerjasama mengurangkan bekalan minyak mentah

di pasaran. Kesan daripada itu harga minyak mentah di 13 negara OPEC jatuh

dalam pasaran minyak dunia. Kempen anti kayu tropika di Asia Tenggara

Kesatuan Perdagangan Eropah telah mencadangkan satu levi ke atas pengimpot

kayu tropika. Di Amerika, Kelab Sierra telah menyediakan senarai bagi negara-

negara yang patut diboikot. Mereka mengatakan bahawa penebangan pokok akan

menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Indonesia merupakan pengeluar kertas

terbesar telah membatalkan penebangan 850,000 hektar hutan bagi mengelakan

isu-isu negatif ekoran pengharaman pengimpotan kayu oleh negara Barat. Secara

tidak langsung mengakibatkan kejatuhan harga tempatan dan harga eksport.

Page 214: NOTA CTU151 UiTM

214

(vi) Mengamalkan diskriminasi perkauman terhadap minoriti Islam di dalam

negeri dan peringkat antarabangsa. Contoh: Sikap Barat dalam menangani

sengketa antara Armenia dan Arzabaijan lebih memihak kepada

Armenia.Armenia menerima US800juta dari Washington, sedangkan Arzabaijan

menerima hanya sebanyak US30 juta. Selain bantuan kewangan, Armenia juga

menerima bekalan senjata daripada pihak luar.

(vii) Media Barat sentiasa mencari peluang mengeksploitasi berita-berita yang

boleh menghina Islam Contoh: Kes perkahwinan Sarah-Musa yang disifatkan

sebagai satu pelanggaran hak asasi dan kebajikan kanak-kanak Britain.

Sikap Islam dalam Menangkis Reaksi Nagetif Barat

(i) Mengakui hakikat permusuhan mereka terhadap Islam. Pada anggapan orang-

orang Kristian, Islam dikatakan agama ciptaan orang-orang Arab yang diciplak

daripada agama Kristian dan Yahudi, Islam dikatakan menyeleweng daripada

agama asal, dan perlu ditentang. Selain daripada itu penentangan mereka jelas

terbukti dalam sejarah perang Salib, sejarah kolonialisme dan emperialisme.

Hakikat permusuhan mereka terhadap Islam di jelaskan oleh Allah dalam

firmanNya

Terjemahan: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali

akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga

Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).

Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah

(ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi

Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka

sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan

kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan

peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan

memberi pertolongan kepada mu. (Surah al Baqarah:120)

(ii) Memperbaiki imej Islam

Page 215: NOTA CTU151 UiTM

215

Dua pendekatan digunakan bagi menangkis reaksi negatif Barat. Pendekatan

pertama menerusi penerangan - mendedahkan segala bentuk-bentuk propaganda

Barat. Pendekatan kedua umat Islam perlu mempamerkan keupayaan dan

kebolehan dalam semua aspek kehidupan. Seperti kata pepatah Inggeris "Action

speaks louder than words". Tonjolkan Islam bukan sahaja sekadar agama bersifat

moral, tetapi juga agama yang bercorak praktis dan maju.

(iii) Mengurangkan kebergantungan umat Islam kepada Barat.

Walaupun dunia Islam hari ini dikatakan zaman kebangkitan, namum masih lagi

tunduk kepada kuasa Barat. Sebahagian daripada negara-negara Islam terpaksa

bergantung kepada bantuan ekonomi, ketenteraan dan senjata dari Barat. Sebagai

contoh, Kuwait atau keluarga al-Sabah banyak mendapat perlindungan dari

Amerika. Beliau terpaksa tunduk kepada dasar yang ditentukan oleh Amerika dan

sekutunya.

(iv) Membangunkan negara mengikut kaedah Islam

Umat Islam hari tidak boleh sekadar berbangga dengan pencapaian umat Islam

silam, kerana pencapaian mereka sudah jauh meninggalkan kita. Justeru itu umat

Islam mestilah bekerja keras untuk merealisasikan kaedah-kaedah Islam dalam

kontek pembangunan negara supaya masyarakat dunia dapat melihat kewibawaan

Islam dan sekaligus mengikis segala tanggapan negatif Barat.

Kebangkitan Islam Di Malaysia

Sejarah Kebangkitan Islam di Malaysia ianya boleh dibahagikan kepada beberapa

peringkat:

(i) Peringkat pertama Sejarah awal kedatangan Islam ke alam Melayu. Peranan

yang dimainkan oleh kerajaan Melayu Melaka, Pasai, Perlak, Aceh dan lain-lain

serta disokong oleh mubaligh Islam telah menimbulkan satu kesedaran baru di

Page 216: NOTA CTU151 UiTM

216

kalangan penduduk setempat. Islam telah mampu merubah jiwa dan watak

masyarakat Melayu menjadi lebih bertamadun, cinta kepada ilmu pengetahuan

dan hidup lebih bersistem.

Di antara perubahan yang telah dibawa oleh Islam:

1. Aspek kepercayaan dan pemikiran - kedatangan Islam ke Alam Melayu telah

membawa perubahan yang paling hebat kepada kepecayaan dan pemikiran

masyarakat Melayu. Penekanan Islam kepada Rukun Iman dan Rukun Islam

sebagai pokok ajaran telah berjaya mengantikan kepercayaan Hinduisma dan

Animisma. Islam juga menekankan unsur-unsur rasional dalam ajarannya, seperti

suruhan supaya berfikir, mengkaji dan menuntut ilmu.

2. Aspek sosio-budaya - Islam berjaya mengikis unsur-unsur Hindu dalam

masyarakat Melayu, seperti perhambaan, kezaliman dan kasta kepada persamaan

taraf, keadilan sosial yang menyentuh tentang hak dan tanggungjawab sesama

manusia. Aspek kesenian kesusasteraan dan berpakaian telah bertukar kepada ala

Islam

3. Aspek politik dan pemerintahan - banyak unsur politik dan pemerintahan Islam

telah mempengaruhi politik masyarakat Melayu. Di antaranya konsep raja dalam

agama Hindu bertukar kepada sultan sebagai pemerintah dalam Islam. Undang-

undang Islam juga berjaya mempengaruhi undang-undang negara pada masa itu

seperti dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

4. Aspek ekonomi - Islam turut merubah kegiatan ekonomi masyarakat Melayu.

Contohnya kebendaan bukanlah matlamat utama dalam kegiatan ekonomi

mereka, tetapi akhirat menjadi matlamat akhir. Kegiatan ekonomi berlandaskan

Page 217: NOTA CTU151 UiTM

217

kepada hukum halal dan haram dan menekankan unsur-unsur kebajikan serta

mengelakkan penipuan.

Kedatangan Islam dengan proses Islamisasinya berjaya mewujudkan kebangkitan

Islam di peringkat awal di Tanah Melayu.

(ii) Peringkat kedua - Semasa penjajahan Barat

Kebangkitan Islam diperingkat pertama mula malap dengan kedatangan penjajah

British pada abad ke-18. Banyak perubahan yang telah dibawa oleh Inggeris.

Termasuklah proses sekularisasi yang berjaya membawa masyarakat melayu

semakin lupa pada agama. Dalam masa yang sama ajaran-ajaran Islam banyak

bercampur aduk dengan berbagai-bagai unsur syirik, khurafat dan bidaah.

Situasi di atas telah mendorong tokoh-tokoh Islam pada masa itu untuk

mewujudkan gerakan refomasi di Tanah Melayu. Pada peringat awal gerakan ini

dipimpin oleh mereka yang kembali dari Timur Tengah, yang banyak dipengaruhi

suasana kebangkitan Islam di sana. Diantaranya ialah Syed Sheikh al-Hadi,

Syeikh Tahir Jalaludin, Tok Kenali, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Ustaz

Abu Bakar al-Baqir dan lain-lain lagi.

Usaha-usaha dilakukan untuk menerapkan kembali perjuangan Islam melalui dua

bidang iaitu melalui pendidikan dan penulisan.

i. Bidang pendidikan ialah dengan menubuhkan sekolah-sekolah agama

(madrasah) dan institusi pondok, seperti Madrasah al-Mashur (1919) di pulau

Pinang, Madrasah Idrisiah di Kuala Kangsar, Madrasah Muhammadiah (1917) di

Kelantan dan lain-lain lagi. Manakala institusi pondok banyak didirikan di Pantai

Timur dan utara Tanah Melayu.

Page 218: NOTA CTU151 UiTM

218

ii. Bidang penulisan - melalui kitab, akhbar dan majalah. Diantaranya majalah al-

Iman (1906) diikuti majalah Neraca (1911) diterbitkan oleh Syeikh Muhammad

Tahir Jalaludin bersama rakan-rakannya Syed Sheikh al-Hadi, Haji Agus

Mohamad Taha dan Salim al-Kalali. Majalah al-Ikhwan (1926) dan majalah

Saudara (1928). Majalah Pengasuh (1918-1938) diterbitkan oleh Majlis Agama

dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Majalah-majalah ini amat berpengaruh dalam

mengubah sikap dan pemikiran masyarakat Melayu pada masa itu.

Kesan perjuangan tokoh-tokoh dan gerakan yang ada pada masa itu telah berjaya:

Menegakkan ajaran Tauhid yang mumi dan membanteras penyelewengan dan

kesesatan. Memupuk perjuangan menentang penjajah (anti Malayan Union).

Kesedaran untuk mengubah sikap dan pemikiran masyarakat dalam aspek politik

dan ekonomi.

(iii) Peringkat ketiga — di era kemerdekaan Tanah Melayu

Gerakan refomasi berteraskan agama mula malap di akhir tahun 1920-an dengan

munculnya golongan Nasionalisma Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris.

Golongan ini banyak menerajui kepimpinan negara sebelum dan selepas merdeka.

Perjuangan tokoh-tokoh sebelum ini disambung oleh tokoh-tokoh seperti Ibrahim

Yaakob, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Mohammad, Senu Abdul Rahman, Dato'

Onn, dan Tungku Abdul Rahman. Perjuangan mereka lebih kepada mengubah

masyarakat Melayu agar mereka memiliki harga diri di Tanah Air sendiri.

Dalam masa yang sama Gerakan Islam yang turut berjuang menentang penjajahan

British ialah Hizbul al-Muslimin. Gerakan yang berlandaskan perjuangan politik

ini ditubuhkan pada tahun 1948, diketuai oleh Tuan haji Abu Bakar al-Baqir.

Kemunculan Hizbul al-Muslimin membimbangkan British dan pada awal tahun

Page 219: NOTA CTU151 UiTM

219

1950 pertubuhan ini telah diharamkan. Pada tahun 1951 Parti Islam Se Malaysia

pula ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan tersebut.

Selepas merdeka, Tanah Melayu terus dipimpin oleh golongan elit cendikiawan

Melayu yang berpendidikan sekular. Kepimpinan tokoh-tokoh ini telah

melemahkan semangat keislaman kerana kegairahan mereka untuk

membangunkan negara mengikut model Barat.

Kegagalan membangunkan negara berteraskan agama Islam dan banyak masalah-

masalah sosial menyebabkan bangkitnya satu suasana untuk kembali kepada

Islam.Kesedaran ini muncul di kalangan para pelajar institut pngajian tinggi dan

para belia.

(iv) Peringat keempat Tahun 1970-an sehingga kini

Peringkat ini dianggap era kebangkitan Islam di Malaysia yang telah banyak

memberi kesan kepada senario politik, sosial, dan ekonomi negara. Semenjak

tahun 1970-an sehingga tahun 1990-an berbagai gerakan Islam telah ditubuhkan

yang turut menyumbang kepada kebangkitan Islam di Malaysia.

Cabaran dalam Kebangkitan Islam di Malaysia

Kebangkitan Islam terpaksa menghadapi banyak cabaran, sama ada cabaran

dalaman atau luaran. Berikut di antara cabaran yang sentiasa menggugat proses

kebangkitan Islam di Malaysia kini.

(i) Salah satu masalah yang menonjol hari ini ialah wujudnya ajaran sesat dan

tarekat yang menyeleweng dikalangan umat Islam, sehingga menimbulkan

Page 220: NOTA CTU151 UiTM

220

kekacauan kepada akidah dan pemikiran masyarakat. Ajaran sesat ini tersebar di

merata tempat di negara kita dengan berbagai nama dan mempunyai ajarannya

tersendiri. Di Johor terdapat ajaran Taslim Kadirunyahya, Naqsabadiah,

Mufridiah, ajaran Abu Bakar Bapu dan lain-lain. Mereka bergerak di bawah label

tasawuf, menyebabkan orang awam mudah terpengaruh dengan ajaran mereka.

Kini terdapat penyelewengan lain seperti aliran anti Hadis, ajaran Syiah, dan

amalan nikah Mutaah. Ajaran-ajaran sesat ini memberi cabaran kepada

kebangkitan Islam kerana menggugat akidah, amalan dan sikap hidup mereka

tambahan pula gerakan mereka ini dilakukan secara sulit dan amat sukar dikesan.

(ii) Reaksi negatif masyarakat Non-Muslim - walaupun proses Islamisasi telah

berjalan begitu lama di negara kita, namun sikap prejudis dan salah tanggapan

mereka terhadap Islam masih tebal. Bagi mereka, Islam adalah milik orang-orang

Melayu sahaja. Segala kelemahan dan keburukan orang Melayu memberi

gambaran negatif kepada Islam itu sendiri.

Selain itu masyarakat Non-Muslim di Malaysia secara terang-terangan menolak

proses Islamisasi yang dilakukan oleh kerajaan. Di antara tindakan mereka ialah

menubuhkan Majlis Perundingan Agama-Agama (Buddha, Kristian, Hindu dan

Sikh) pada bulan Ogos 1983. Pada 14 Januari 1986 tertubuhnya The Chiristian

Federation of Malaysia (CEFM) yang menyatukan pelbagai aliran dan mazhab

Kristian dalam satu persatuan. Pertubuhan ini bertujuan mengimbangi suasana

kebangkitan Islam di Malaysia.

(iii) Perpecahan di kalangan umat Islam - perpecahan ini membantut

perkembangan dakwah di negara ini.

Page 221: NOTA CTU151 UiTM

221

(iv) Kemasukan budaya liar dan gejala-gejala negatif dari luar. Kemasukan

budaya liar mengakibatkan gejala sosial yang serius terutama di kalangan remaja.

Di Malaysia kebanyakan golongan remaja mengamalkan cara hidup hedonistik

dan terlibat dalam penyakit sosial seperti dadah, disko, sex bebas dan budaya

hidup liar.

(v) Pengaruh idelogi Barat - umat Islam hari ini masih lagi didominasi oleh

ideologi Barat, terutama sekali dalam sosio-budaya mereka.

(vi) Perkembangan teknologi telekomunikasi - hari ini terdapat berbagai teknologi

telekomunikasi yang canggih seperti Intenet, parabola, media elektronik dan lain-

lain. Pelbagai gejala negatif akan menyeruap masuk melalui media ini dan tentu

sekali sukar untuk dibendung oleh mana-mana gerakan dakwah. Realitinya kita

melihat media hari ini lebih menonjolkan hiburan dengan mempamerkan tokoh-

tokoh penghibur tempatan dan luar yang menjadi kegilaan masyarakat kita.

Sedangkan Rancangan berbentuk agama yang menampilkan tokoh-tokoh

cendikiawan Islam dikesampingkan.

Langkah-langkah dan Strategi

(i) Mempertingkatkan komitmen ummah terhadap ajaran Islam - keimanan dan

keyakinan kepada ajaran Islam menjadi perisai utama dalam menangkis segala

bentuk cabaran. Sama ada cabaran dalam bentuk pemikiran atau yang dirancang

oleh musuh-musuh Islam.

(ii) Penguasaan ilmu pengatahuan dan teknologi – penguasaan ilmu pengetahuan

merupakan langkah yang paling berkesan dalam menghadapi cabaran. Sejarah

silam telah membuktikan bahawa kemajuan dan ketinggian tamadun akan dapat

dicapai melalui kegigihan mempelajari, mengkaji dan menyelidik dalam pelbagai

Page 222: NOTA CTU151 UiTM

222

bidang ilmu. Sistem pendidikan juga hendaklah bersepadu dan perlu diadakan

usaha-usaha ke arah pengislaman ilmu.

(iii) Membentuk perpaduan ummah - perpaduan umah perlu diutamakan demi

menjaga keutuhan umat Islam dan mengelak daripada berlaku perpecahan dan

berpuak-puak dalam masyarakat. Perpecahan akan memudahkan pihak musuh

menghancurkan Islam.

(iv) Peranan semua pihak - mungkin timbul persoalan siapakah yang sepatutnya

berperanan? Dalam keadaan ini pihak pemerintah, ulama, gerakan-gerakan Islam

dan seluruh umat Islam mesti bersatu tenaga dalam menyusun strategi untuk

menangkis serangan jahat musuh Islam.

• Pemerintah mempunyai kekuasaan dan kemampuan dalam melaksanakan

tanggungjawab untuk mengatasi segala cabaran.

• Ulamak sebagai pewaris nabi mesti berperanan menyeru kepada kebenaran serta

pemberi petunjuk kepada umat manusia ke jalan yang benar. Ulama amat penting

membina genarasi Islam supaya sedar dan mempunyai iltizam kepada tuntutan

Islam.

• Gerakan-gerakan Islam hendaklah bekerjasama dalam membina masyarakat

bukannya menghabiskan masa dan tenaga bertelagah sesama sendiri.

• Setiap individu muslim perlu memberi sokongan kepada pemerintah, ulama, dan

gerakan Islam yang mahu menegakkan Islam. Masing-masing mempertingkatkan

keimanan supaya mampu menghadapi serangan dan dakyah daripada musuh-

musuh Islam.

Page 223: NOTA CTU151 UiTM

223

Kebangkitan Islam sekarang ini tidak memadai dengan semangat semata-mata,

tetapi hendahlah diiringi dengan ilmu pengetahuan, perancangan dan

kebijaksanaan. Cabaran besar ini hendaklah dipikul oleh semua pihak sama ada

pemerintah, cendikiawan atau ulama, gerakan-gerakan Islam dan semua individu

muslim mengikut keupayaan masing-masing.

Rujukan

Abdul Monir Yaacob dll. (2005). ISLAM HADHARI : HIMPUNAN ISU

KONTEMPORARI. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Abdul Rahman Haji Abdullah (1984). SEJARAH DAN PEMIKIRAN ISLAM.

Selangor : Penerbitan Pena Sdn. Bhd.

Ahmad Amin (1968). FAJAR ISLAM. Jakarta: bulang Bintang.

Ahmad Shalaby (1970). SEJARAH DAN KEBUDAYAAN ISLAM. Singapura:

Pustaka Nasional.

Hamka (1980). SEJARAH UMAT ISLAM. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Mohd Shauki Abd majid (2004). WACANA HADHARI DALAM ISLAM. Shah

Alam: Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Musa Ahmad dll. (2005). PEMBANGUNAN MASYARAKAT ISLAM

HADHARI. Shah Alam : Centre for Islamic Thought and Understanding

(CITU).

Oemar Amin Hussain (1964). KULTUR ISLAM. Jakarta: Bulan Bintang.

Qutb, Syed (1979). PETUNUK SEPANJANG JALAN. Kuala Lumpur : El

Ikhwan Enterprise.