ctu 231
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 CTU 231
1/40
Universiti Teknologi
Mara
DISEDIAKAN UNTUK :PUAN NORMALA BINTI RABU
DISEDIAKAN OLEH :MOHD SAIFUDDIN BIN HAMZAHMOHAMMED HELMI BIN ABU BAKAR
NURUL SUAIDAH BINTI ABD KARIMNUR AL HAZWANI BINTI ROSLI
ZAKATCTU 231
-
7/28/2019 CTU 231
2/40
i. Pengertian
ii. Hukum Zakat
iii. Syarat-syarat Umum Wajib Membayar Zakat
iv. Jenis-jenis Zakat
v. Asnaf Zakat
vi. Hikmah Disyariatkan Zakat
ZAKAT
-
7/28/2019 CTU 231
3/40
PENGERTIAN
Dari Segi Bahasa
Dalam bahasa Arab
Zakat dari segi bahasa
boleh diertikan sebagaitumbuh dan
bertambah.Berdasarkan
pengertian umum ini,zakat
pada bahasa bererti suci
dan subur. Ia membawa
makna pembersihan dan
kesuburan.
Dari Segi Syarak
Mengeluarkan harta
tertentu mengikut syarat-syarat yang ditentukan
oleh syarak, dengan kadar
tertentu dan diberikan
kepada golongan yang
tertentu.
-
7/28/2019 CTU 231
4/40
DALIL WAJIB ZAKAT
AL-QURAN
AS-SUNNAH
-
7/28/2019 CTU 231
5/40
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya
engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang
buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi
ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha
Mengetahui. Surah At-Taubah (ayat 103)
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah
kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat- Surah An-Nur (ayat 56)
-
7/28/2019 CTU 231
6/40
Hadith rasulullah s.a.w yang bermaksud :-Ibn Abbas berkata : Rasulullah menyuruh
kita bersembahyang, membayar zakat, menjaga hubungan silaturrahim dan menjaga
kesucian diri.
AS-SUNNAH
-
7/28/2019 CTU 231
7/40
HUKUM ZAKAT
Hukum zakat adalah wajib (fardhu) atas setiap muslim yang
telah memenuhi syarat-syarat tertentu.
Zakat juga merupakan amal sosial kemasyarakatan dan
kemanusiaan yang dapat berkembang sesuai dengan
perkembangan umat manusia dimana apabila harta sudah
mencapai haul dan nisab maka kewajiban tersebut harus
dilaksanakan.
-
7/28/2019 CTU 231
8/40
SYARAT-SYARAT UMUM WAJIB
MEMBAYAR ZAKAT
ISLAM
SEMPURNA MILIK
CUKUP NISAB
CUKUP HAUL
-
7/28/2019 CTU 231
9/40
JENIS-JENIS ZAKAT
Zakat Fitrah Zakat Fitrah adalah zakat
yang diwajibkan ke atas setiap
individu lelaki dan perempuan
Muslim yang berkemampuan
dengan syarat-syarat yang tertentu.
Pembayaran zakat fitrah dibayar
pada bulan Ramadhan sahaja mulai
1 Ramadhan hingga 1 Syawal
sebelum solat sunat Aidilfitri.
Zakat Harta Zakat harta boleh dibayar pada
bila-bila masa. Kadar zakat harta
ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia
bermaksud segala harta benda
kita, 2.5% dari harta kita itu
adalah bukan hak kita tetapi hak
golongan 8 asnaf yang layakmenerima zakat daripada kita.
Zakat Emas PerakZakat Ternakan
Zakat WangSimpanan
Zakat Pendapatan
Zakat SahamZakat PerniagaanZakat TanamanZakat Maadin, Kunuz
& RikazZakat KWSP
-
7/28/2019 CTU 231
10/40
WAKTU MEMBAYAR ZAKATWaktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbitmatahari esoknya
Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada 1
Syawal
Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal
Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
-
7/28/2019 CTU 231
11/40
Zakat Emas
Zakat emas yang disimpan
(tidak dipakai)
Zakat emas yang dipakai
(sebagai perhiasan)
-
7/28/2019 CTU 231
12/40
Maksud emas yang disimpan (tidak dipakai)
Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan sama ada dalam
bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
Tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun.
Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan
zakat sebanyak 2.5%.
Kaedah pengiraan emas yang disimpan
Contoh: Anda memiliki 90 gram jongkong emas bernilai
RM50/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 90 gram x RM 50 = RM4500 x 2,5% = RM 112
-
7/28/2019 CTU 231
13/40
Maksud emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai kadar melebihi uruf (nilai
kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka tidak wajiblah
membayar zakat emas perhiasan tersebut.
Tetapi jika ia lebih, diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari
nilai uruf.Kaedah pengiraan emas yang dipakai
Contoh: Jika anda bermastautin di Selangor maka kadar uruf adalah sebanyak 800 gram
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 900 gram(andaian harga emas semasa RM50 / gram)
(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125
-
7/28/2019 CTU 231
14/40
Zakat Perak
Zakat perak yang disimpan
(tidak dipakai)
Zakat perak yang dipakai
(sebagai perhiasan)
-
7/28/2019 CTU 231
15/40
Kaedah pengiraan zakat perak
Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan
nisab.
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 800 gram (Katakan harga semasa 0.90)
Contoh: 800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18
SYARAT WAJIB ZAKAT EMAS DAN PERAK IALAH:
i. Milik orang Islamii. Dimiliki oleh orang yang merdeka
iii. Hak milik sepenuhnya
iv. Cukup nisab
-
7/28/2019 CTU 231
16/40
Zakat Pendapatan
Penggajian danUpah Kerja
Zakat Harta KerjaBebas
Zakat Harta al-Mustaghallat
-
7/28/2019 CTU 231
17/40
Penggajian dan Upah Kerja
Semua pendapatan secara gaji, upah, ganjaran, imbuhan dan sebagainya yang
diperolehi oleh pekerja daripada majikan, hasil daripada usaha ataupekerjaan yang dilakukan untuk majikannya, sama ada semasa berkhidmat,
selepas berkhidmat (pencen) atau selepas kematian.
Contoh : Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan,
pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan
pekerja) dan sebagainya.
Zakat Harta Kerja Bebas
Semua pendapatan secara upah, bayaran, imbuhan , royalti, komisyen dan
sebagainya yang diperolehi hasil daripada usaha dalam bentuk kerja bebas
atau perkhidmatan profesional.
Contoh : Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam,
arkitek dan bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan,
penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.
-
7/28/2019 CTU 231
18/40
Zakat Harta al-Mustaghallat
Semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat
tetapi mendatangkan pulangan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya.
Contoh : Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan
sebagainya dan juga hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu,
telur, madu dan sebagainya yang dijual.
-
7/28/2019 CTU 231
19/40
Kaedah Pengiraan Zakat Pendapatan
Kaedah 1
Menggunakan kaedah pendapatan kasar (Tanpa Tolakan) 2.5%
atas jumlah pendapatan kasar setahun
Jumlah pendapatan kasar setahun : RM 35,000.00
Jumlah yang dikenakan zakat (2.5%) : RM 875.00
Bayaran bulanan : RM 875.00 /12 = RM 72.92
-
7/28/2019 CTU 231
20/40
Perbelanjaan yang dibenarkan tolakan (setahun) :-
Diri : RM 8,000.00
Isteri : RM 5,000.00Anak : RM 1,000.00
KWSP : 11% daripada pendapatan kasar pekerja
Sumbangan IbuBapa : RM (jumlah yang diberi) sebulan x
12 bulan (Caruman ke organisasi yang membayar zakat( contoh : Lembaga Tabung Haji, Takaful )
Kaedah 2
Menggunakan kaedah pendapatan bersih (Pendapatan Setahun
ditolak perbelanjaan yang dibenarkan setahun) x 2.5%
-
7/28/2019 CTU 231
21/40
Zakat WangSimpanan
Simpanan tetap Simpanan biasaSimpanan dalambeberapa akaun
Simpanandalam satu
akaun
-
7/28/2019 CTU 231
22/40
Simpanan Tetap
Zakat Simpanan Tetap ialah apabila sesuatu simpanan tetap itu
telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab(nilai 85 gram emas).
Maka ia wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah
wang simpanan tersebut.
Contoh - simpanan tetap sebanyak RM 100,000 telah disimpan
selama setahun tanpa dikeluarkan (diandaikan nisab zakat pada
ketika itu RM 9430.00). Maka zakat yang wajib dikeluarkan ialah :
RM 100,000 x 2.5% = RM 2,500.00
Simpanan Biasa
Simpanan biasa adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki
terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut
-
7/28/2019 CTU 231
23/40
Simpanan Dalam Beberapa Akaun
Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan,
maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebutmestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin
jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi
nisab.
Simpanan Dalam Satu Akaun
Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki
terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh
tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib
untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
-
7/28/2019 CTU 231
24/40
Kaedah Pengiraan Zakat Wang Simpanan
(Tempoh haulnya ialah 5 JAN 1999 sehingga 7 FEB 2000)
(Diandaikan nisab zakat pada ketika itu RM 3,323.50)
Maka zakatnya ialah :
(Baki terendah ditolak dengan faedah bank DENGAN) X 2.5%
(RM 9,115.00 - RM 115.00) x 2.5% = RM 225.00
-
7/28/2019 CTU 231
25/40
ZAKAT TERNAKAN
KIRAAN ZAKAT LEMBU DAN KERBAU
-
7/28/2019 CTU 231
26/40
KIRAAN ZAKAT KAMBING DAN BIRI-BIRI
-
7/28/2019 CTU 231
27/40
ZAKAT TANAMAN
Bagi tanaman yang disiram dengan air tanpa
menggunakan sebarang tenaga (seperti yang disiram oleh
air hujan), maka kadar zakatnya ialah 10%
Bagi tanaman yang disiram dengan air yang diangkatatau dibeli, maka kadar zakatnya ialah 5%
Bagi tanaman yang disiram dengan menggunakan kedua-
dua cara di atas, maka kadar zakatnya ialah 7.5%
-
7/28/2019 CTU 231
28/40
Zakat Saham
Saham yang masih dimilikisehingga hujung haul
Saham yang dijual belisepanjang haul (setahun)
-
7/28/2019 CTU 231
29/40
ZAKAT SAHAM
Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atauperniagaan.
Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan.
Panduan umum pengiraan zakat ialah 2.5% atas nilai
terendah semua saham yang dimiliki selama setahun,
setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada).
-
7/28/2019 CTU 231
30/40
Saham Yang Masih Dimiliki sehingga Hujung Haul
Saham Yang Dijual Beli Sepanjang Haul (setahun)
Pengiraan zakat ialah 2.5 % atas harga terendah atas kos dan pasaran
CONTOH: 200 lot (1 lot bersamaan 1000 unit) saham Syarikat Mukmin x
RM1.00 (andaian harga terendah) = RM200,000
RM200,000 x 2.5 % = RM5,000 (jumlah zakat)
Pengiraannya ialah 2.5 % atas nilai jualan saham-saham tersebut setelah ditolak
kos pembelian
CONTOH: jumlah nilai saham - kos belian
RM500,000 - RM400,000 = RM100,000
RM100,000 x 2.5 % = RM2,500
Kaedah Pengiraan Zakat Saham
-
7/28/2019 CTU 231
31/40
ZAKAT PERNIAGAAN
Zakat yang dikeluarkan oleh sesuatu PerniagaanPersendirian (tunggal), Perkongsian, Syarikat Berhad,
Syarikat Sendirian Berhad, Koperasi dan persatuan
yang genap setahun operasi perniagaan dan cukup
haulnya.
SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN IALAH :
i. Dimiliki oleh orang Islam
ii. Dimiliki oleh orang yang merdeka
iii. Milik sepenuhnya
iv. Cukup nisab
v. Genap setahun.
-
7/28/2019 CTU 231
32/40
Kaedah Pengiraan Zakat Perniagaan
[(Aset Semasa - Tanggungan Semasa) Pelarasan x Peratusan PemilikanSaham Orang Islam x KADAR ZAKAT (2.5%) ]
1. Kaedah Model Berkembang Growth Model
( Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan
= Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat )
2. Kaedah Model Modal Kerja Working Capital
( Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan
= Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat )
-
7/28/2019 CTU 231
33/40
Zakat KWSP
Milik sempurna Milik tidak sempurna
-
7/28/2019 CTU 231
34/40
MILIK TIDAK SEMPURNA
Mengikut pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan ketika
bersara atau mengeluarkan sebahagian wang daripada KWSP semasa
cukup umur. Kadarnya adalah 2.5%.
MILIK SEMPURNA
Mengikut pandangan ini, wang yang tersimpan di dalam KWSP
dikenakan zakat apabila ianya cukup nisab dan haul (caruman wang
pekerja sahaja iaitu tidak termasuk caruman majiakan).
ZAKAT KWSP
-
7/28/2019 CTU 231
35/40
ZAKAT MAADIN, KUNUZ & RIKAZ
ZAKAT MAADIN
Maadin bermaksud segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama
ada beku atau cair di darat atau di laut.
ZAKAT KUNUZ
Kunuz pula bermaksud harta yang tersimpan di dalam bumi (harta
karun).
ZAKAT RIKAZ
Rikaz ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat
tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam.
(Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah).
-
7/28/2019 CTU 231
36/40
SYARAT SYARAT WAJIB ZAKAT
PERNIAGAAN
1. Islam Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan
Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.
2. Merdeka Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan
hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat .
3. Milik Sempurna Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan
dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.
4. Cukup Nisab Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta
dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 3700
(bergantung kepada harga semasa emas).
5. Cukup Haul Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.
6. Niat Untuk Berniaga Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.
-
7/28/2019 CTU 231
37/40
ASNAF ZAKAT(GOLONGAN YANG
BERHAK MENERIMA ZAKAT)
Orang Fakir
Orang Miskin
Amil
Muallaf Hamba yang ingin memerdekakan dirinya (Riqab)
Orang yang berhutang (Al-Gharimin)
Fisabillillah
Musafir yang terkandas (Ibnu Sabil)
-
7/28/2019 CTU 231
38/40
HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada
golongan yang kurang berada.
Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH di
kalangan golongan yang berada.
Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan orang yang kurang bernasib baik.
Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH di samping
perhubungan antara manusia dengan manusia.
Memberikan peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentukmengeluarkan zakat daripada harta mereka.
-
7/28/2019 CTU 231
39/40
HIKMAT DITENTUKAN PENERIMA
ZAKAT
Supaya mereka dapat merasai kehidupan yang lebih sempurna
melalui nikmat Allah swt.
Golongan tersebut perlukan pembelaan dan bantuan daripada
orang islam lain untuk meneruskan hidupnya.
Mereka berjuang dan berjihad pada jalan Allah s.w.t demi
menegakkan kebenaran agama islam
Mereka adalah golongan yang kurang bernasib baik yang wajib
diberi bantuan supaya dapat hidup dengan sempurna. Golongan yang wajib diberi bantuan untuk menjinakkan hatinya
kepada islam bagi menambahkan keimanan kepada Allah S.W.T
-
7/28/2019 CTU 231
40/40