ctu 151.docx

5
PENGERTIAN KHALIFAH : Khalifah asalnya bererti pengganti kemudian digunakan kepada jawatan ketua umum dalam pentadbiran urusan dunia dan hal-ehwal agama selepas rasullulah kerana kedudukan dan taraf seorang khalifah dari segi kuasanya adalah sama sahaja seperti taraf rasullulah.Ada empat orang khalifah yang memerintah negara islam yang berpusat di kota Madinah selepas rasullulah. Mereka ialah Abu Bakar Al-Sidiq ,Umar bin Al-Khattab ,Osman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.Khalifah ini dikenali dengan nama Khulafa Rasyidin.Pemerintahan mereka memakan masa selama 29 tahun bermula pada tahun ke sebelas hijrah bersamaan dengan 632 Masihi dan berakhir pada tahun 40 hijrah bersamaan dengan 661 Masihi.

Upload: yana

Post on 16-Feb-2016

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CTU 151.docx

PENGERTIAN KHALIFAH:

Khalifah asalnya bererti pengganti kemudian digunakan kepada jawatan ketua umum dalam pentadbiran urusan dunia dan hal-ehwal agama selepas rasullulah kerana kedudukan dan taraf seorang khalifah dari segi kuasanya adalah sama sahaja seperti taraf rasullulah.Ada empat orang khalifah yang memerintah negara islam yang berpusat di kota Madinah selepas rasullulah. Mereka ialah Abu Bakar Al-Sidiq ,Umar bin Al-Khattab ,Osman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.Khalifah ini dikenali dengan nama Khulafa Rasyidin.Pemerintahan mereka memakan masa selama 29 tahun bermula pada tahun ke sebelas hijrah bersamaan dengan 632 Masihi dan berakhir pada tahun 40 hijrah bersamaan dengan 661 Masihi.

Page 2: CTU 151.docx

KHALIFAH YANG PERTAMA:

-Khalifah Abu Bakar As-Siddiq (11-13 H/ 632-634)

Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Qahafah Attamim.Sebelum islam terkenal dengan nama Abdul Kaabah tetapi kemudian dikenal dengan nama Abu Bakar kerana dia adalah orang yang mula-mula memeluk agama islam dengan gelaran as-siddiq iaitu benar kerana beliau adalah orang yang sentiasa percaya dengan segera dan membenarkan segala apa yang telah disampaikan oleh rasullulah.Selain itu,beliau adalah seorang jujur, pekerti baik dan sifat yang terpuji.Beliau telah wafat pada 23 Jamadilakhir pada tahun 13 hijrah dan telah dimakamkan di Madinah dan berhampiran dengan makam rasullulah.Selepas kewafataan Nabi Muhammad berlaku perselisihan antara golongon ansar dengan muhajirin di Saqifah Bani Saidah ini sebeleum kewafatan Nabi Muhammad baginda tidak menetapkan seseorang sebagai pengganti selepas kewafataan beliau.Apabila mengetahuai berlaku perselisihan Abu Bakar bejumpa dengan golongan ansar dan muhajirin untuk bermusyarah mengenai perlatikan khalifah selepas Rasullulah.Abu bakar telah mencadangkan Umar Al-Khattab atau Ubaidah sebagai pengganti lalu kedua-dua calon membantah dan melantik Abu Bakar dan terus memberi ba’iah dan melantik Abu Bakar sebagai Khalifah pertama selepas kewafataan Nabi Muhammad S.A.W.

-Sumbangan Saidina Abu Bakar As-siddiq:

Sumbangan beliau adalah mengasaskan institusi kekhalifan.Pelantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah telah memberi asas kepada institusi kekhalifahan dalam islam.Pemilihan Saidina Abu Bakar adalah berdasarkan cadangan daripada Saidina Umar Al-Khattab danhasil perbincangan sahabat-sahabat besar dari kalangan Muhajirin dan Ansar di Saqifah Bani Sa’edah.Mereka berbincang selepas perbincangan di antara sahabat-sahabat besar di kalangan Muhajirin dan Ansar dan bai’ah kepada Saidina Abu Bakar telah diadakan.Bai’ah ini menunjukan bahawa pemilihan khalifah mereka dimuliakan di kalangan para ulama dan para pemimpin yang dinamkan sebagai ‘ahli halli wal aqdi’ dan pemilihan khalifah tidak

Page 3: CTU 151.docx

disyartakan persetujuan keseluruhan umat islam.Sumbangan Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang lain ialah memerangi golongon murtad,mani’ al-zakat dan nabi palsu.Tugasan pertama beliau selepas pelantikan sebagai khalifah ialah gerakan anti kerajaan islam yang terdiri daripada golongon murtad,golongon ini wujud kerana menganut islam secara ikut-ikutan tanpa adanya iman dan kepercyaan yang sebenar dan juga kerana kepentingan yang lain seperti tidak mahu terlibat dengan peperangan melawan tentera islam dan juga kerana mahukan kemegahan dan tammakan harta rampasan perang.Selain itu,pengikut-pengikut nabi palsu juga kebanyakannya mempunyai kepentingan yang lebih bersifat ‘asabiah dimana mereka tidak mahu tunduk kepada pemerintahan Saidina Abu Bakar daripada kaum quraisy yang dikatakan cuba monopoli kekuasaan di tanah arab.Walaupun mereka tahu kepalsuan nabi-nabi tersebut tetapi mereka tetap menjadi pengikut untuk mendapatkan sokongan dan kekuatan melawan kaum quraisy.Manakala golongan yang enggan membayar zakat (mani’al zakat) terdiri daripada mereka yang telah membayar zakat pada zaman rasullulah tetapi selepas kewafatan Rasullulah mereka enggan membayar zakat kerana kedegilan mereka dan juga kesilapan dalam mentafsir al-Quran di mana mereka beranggapan bahawa zakat adalah cukai yang dikenakan oleh Rasullulah untuk membersihkan dosa pembayar zakat sedangkan para sahabat tidak boleh menghapuskan dosa tersebut.Kebanyakkan mereka dari negeri Yaman,Yamamah dan Oman.

-Gerakan pengumpulan Al-Quran Saidina Abu Bakar As-Siddiq:

Sumbangan terbesar beliau ialah usaha beliau mengumpul tulisan al-Quran dan menyalinnya semula.Idea pengumpulan al-Quran ini dikemukan oleh saidina umar kepada saidina Abu Bakar setelah melihat lebih daripada 70 orang penghafaz al-Quran yang syahid dalam gerakan memerangi orang-orang murtad pengikut Musailamah al-kazzab di Yamamah.Tugas pengumpulan ayat-ayat al-quran ini telah dipertanggunjawabkan kepada Zaid bin Thabit.Beliau telah mengumpul ayat-ayat al-Quran yang ditulis diatas kepingan-kepingan tulang,kepingan pelepah kurma,kepingan tanah liat serta hafazan para sahabat dan menulisnya semula ke dalam beberapa jilid lembaran.Lembaran-lembaran inilah yang disimpan oleh Saidina Abu Bakar sehingga beliau wafat.Setelah kewafatan Saidina Abu Bakar

Page 4: CTU 151.docx

lembaran ini disimpan oleh Saidina Umar sehingga beliau juga wafat dan seterusnya dijaga pula oleh Ummul Mukminin Hafsah Binti Umari iaitu isteri kepada nabi Muhammad dan anak kepada Saidina Umar Al-Khattab