ctu 151 : bab 1_islam sebagai al-din : text book

46
BAB 1 ISLAM SEBAGAI AD-DIN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 2 1.1 MANUSIA DAN AGAMA 3 1.1.1 Manusia dan Unsur Kejadiannya 3 1.1.2 Pengertian Agama dan Ad- Din 5 1.1.3 Keperluan Manusia Kepada Agama 6 1.2 PENGERTIAN ISLAM 8 1.2.1 Definisi Islam Dari Aspek Bahasa 8 1.2.2 Definisi Islam Dari Aspek Istilah 8 1.3 SKOP AJARAN ISLAM 11 1.3.1 Asas Ajaran Islam 12 1.4 PENGAWALAN ISLAM 14 1.4.1 Dakwah 14 1.4.2 Jihad 15 1.5 SUMBER-SUMBER AJARAN ISLAM 17 1.5.1 Sumber Asasi 17 1.5.2 Sumber Ijtihadi 27 1.6 KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM 32 1.7 KESIMPULAN 35 1.8 RUJUKAN 36 1

Upload: atiqah-nadirah

Post on 27-Jun-2015

1.750 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

BAB 1

ISLAM SEBAGAI AD-DIN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

1.1 MANUSIA DAN AGAMA 3

1.1.1 Manusia dan Unsur Kejadiannya 3

1.1.2 Pengertian Agama dan Ad- Din 5

1.1.3 Keperluan Manusia Kepada Agama 6

1.2 PENGERTIAN ISLAM 8

1.2.1 Definisi Islam Dari Aspek Bahasa 8

1.2.2 Definisi Islam Dari Aspek Istilah 8

1.3 SKOP AJARAN ISLAM 11

1.3.1 Asas Ajaran Islam 12

1.4 PENGAWALAN ISLAM 14

1.4.1 Dakwah 14

1.4.2 Jihad 15

1.5 SUMBER-SUMBER AJARAN ISLAM 17

1.5.1 Sumber Asasi 17

1.5.2 Sumber Ijtihadi 27

1.6 KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM 32

1.7 KESIMPULAN 35

1.8 RUJUKAN 36

1

Page 2: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

BAB 1ISLAM SEBAGAI AD-DIN(Disediakan oleh Zulfikri Mohd. Zain)

1.0 PENGENALAN

Manusia sejak zaman awal kejadiannya telah berusaha untuk mengenali hakikat kejadian diri. Pencarian itu hanya akan terjawab apabila mereka bersedia menerima hakikat kejadian diri sebagaimana yang dikemukakan oleh Allah s.w.t. Pencipta manusia. Dialah yang mengetahui asal kejadiaan, kelemahan dan kesempurnaannya, kedudukan dan matlamat kewujudannya, serta mengetahui tentang kepastian kehidupannya yang abadi. Akal manusia yang lemah tidak akan mampu untuk menjawab rahsia penciptaan Tuhan melainkan dengan bimbinganNya jua.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Mulk, ayat 14:

Terjemahan:Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang ia Maha Halus urusan pentadbiranNya, lagi Maha mendalam pengetahuanNya!

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Najm, ayat 32:

Terjemahan: (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.

Dalam konteks hubungan dengan agama, sejarah kehidupan dan ketamadunan manusia telah memperlihatkan bahawa manusia tidak terkecuali daripada menganut sesuatu doktrin atau dasar kepercayaan yang disebut sebagai kehidupan beragama. Ahli sejarah tamadun manusia pernah menyatakan bahawa pernah terdapat dalam sejarah, kewujudan bandar-bandar tanpa istana, tempat-tempat perusahaan tanpa kota, tetapi tidak pernah terdapat bandar-bandar tanpa rumah ibadat (Al-Qaradawi, 1977:14).

Begitulah hakikat kehidupan manusia yang berkait rapat dengan kepercayaan dan kehidupan beragama. Cuma suatu yang membezakan antara mereka ialah sama ada berjaya dalam pencarian agama yang sebenar atau kecundang dalam kesesatan kerana faktor-faktor lingkungan kehidupan.

1.1 MANUSIA DAN AGAMA

2

Page 3: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

1.1.1 Manusia dan Unsur Kejadiannya

Menurut al-Quran, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. hasil dari kombinasi dua unsur utama, iaitu unsur jasmani dan unsur rohani.

1.1.1.1 Unsur Jasmani

Kejadian manusia dalam bentuk jasmani bermula dengan kejadian Adam a.s. Al-Quran telah menyebut beberapa istilah mengenai proses penciptaanya, iaitu: Dari air / min al-maa i (Surah al- Furqan,25:54). Dari tanah / min al-turab (Surah al-Anbiya,21:30). Dari pati tanah / min al-tin (Surah al-Mukminun,23:12). Dari tanah liat dan sebati / min al-tin al-lazib (Surah al-Saffat,37:11). Dari tanah yang panas dan berbau / min hamaain masnun (Surah al- Hijr:28). Dari tanah yang keras seperti tembikar / min salsal kalfakhkhar (Surah al-Rahman:14). Dari tanah bumi / min al-ard (Surah al-Najm,53:32). Peringkat terakhir penciptaan jasad Adam a.s. ialah Allah s.w.t. menjadikan bentuk rupanya / faiza sawwaituhu (Surah al-Hijr,15:29).

Mengenai kejadian keturunan Adam (Bani Adam) pula al-Quran menjelaskan dengan beberapa istilah. Kejadian janin dalam perut ibu (Surah al-Najm,53: 32). Zuriat keturunan Adam dari pati air yang hina (Surah al-Sajdah,32:9 , Surah al-Mukminun,23:9). Diciptakan di dalam perut ibu secara berperingkat-peringkat (Surah al-Zumar:6). Diciptakan dari nutfah (Surah al-Insan,76:2). Diciptakan dari nutfah, alaqah, mudghah, idzham, lahm, satu ciptaan lain (dalam bentuk manusia) dan Allah menyempurnakan penciptaan bentuk rupa manusia (Surah al-Mukminun,23:12-14). Firman Allah s.w.t.:

Terjemahan: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan ‘pati’ itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Surah al-Mukminun,23:12-14)

Secara umumnya, unsur kejadian manusia sama ada secara langsung (Adam a.s.) atau tidak langsung (Bani Adam), adalah dari tanah di bumi. Ilmu sains telah membuktikan bahawa terdapat dalam diri manusia unsur-unsur yang juga ada pada bumi. Menurut Profesor Dr. Ali Mutawi, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Al-Azhar, bumi mengandungi 92 unsur semuanya, dan dijadikan manusia dari semua unsur bumi ini (Mohd.Ali,1991:55). Firman Allah dalam Surah Taha,20:55:

Terjemahan: Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.

Walaupun penemuan sains itu tidak boleh dianggap sebagai hakikat ilmiah yang mutlak sehingga dapat mentafsirkan hakikat kandungan al-Quran dengan tepat, namun ia dapat menjadi penyuluh kepada akal kita untuk memahami rahsia kejadian diri secara yang lebih

3

Page 4: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

mendalam serta memperkukuhkan lagi keyakinan terhadap kebenaran al-Quran yang sebenarnya telah mendahului sains.

Peringkat-peringkat atau proses penciptaan Adam a.s. merupakan sesuatu yang perlu diimani dalam konteks perkara-perkara samiyyat, iaitu perkara yang berhubungkait dengan persoalan metafizik yang di luar jangkauan akal dan kemampuan fizikal manusia yang terhad. Hakikat penciptaan Adam a.s sebagai bapa manusia atau sebagai manusia yang pertama telah sedia disebut di dalam kitab-kitab samawi terdahulu, seperti Kitab Taurat, Zabur dan Injil. Akal manusia perlu menerima hakikat ini untuk mengelakkan dari terperangkap dalam prinsip keberangkaian sebab yang tidak berkesudahan (successive reasons/tasalsul al-sabab). Segala yang wujud mesti ada permulaan (kecuali Allah s.w.t), dan permulaan bagi manusia ialah Adam a.s. Sekiranya manusia mengingkari hakikat ini, maka akal mereka tidak akan mampu memberi jawapan tentang asal atau punca bagi kejadian manusia.

Oleh kerana asal kejadian jasmani manusia dari tanah, maka segala keperluan dan tuntutan hidupnya yang bersifat jasmani adalah juga dari tanah. Tuntutan dan keperluan tersebut merangkumi tiga perkara pokok: makanan dan minuman, pakaian dan perhiasan, kediaman atau tempat berlindung dan keamanan. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Taha, 20:117-119:

Terjemahan: Maka Kami berfirman:”Wahai Adam,sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari”.

1.1.1.2 Unsur Rohani

Kejadian dan penciptaan manusia disempurnakan lagi oleh Allah s.w.t. dengan unsur rohani. Al-Quran menjelaskannya dalam Surah al-Hijr,15: 29. Firman Allah s.w.t:

Terjemahan: Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya ruh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

Ayat di atas menjelaskan Allah telah meniupkan roh ciptaanNya pada jasad Adam atau jasmani zuriat keturunannya setelah dijadikan bentuk rupa sebagai manusia. Namun Allah tidak menceritakan bagaimana roh itu ditiupkan. Cara atau kaedahnya menjadi rahsia dan hak keistimewaan Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya akal manusia tidak mampu untuk memikirkan persoalan roh yang menjadi urusan Tuhan. Oleh itu aqidah yang benar dan terjamin selamat ialah kita mengimani bahawa Allah meniupkan roh ciptaanNya itu mengikut cara yang layak dengan keagungan dan kesempurnaanNya sebagai Pencipta (al-Khaliq). Kita tidak selayaknya memaksa akal untuk mengkaji dan mencari jawapan yang di luar kemampuannya. Emmanuel Kant, ahli falsafah Jerman menegaskan dalam bukunya, “The Critic of Pure Reason ” (Kritik Akal Tulen), bahawa akal manusia tidak mampu untuk memahami hakikat-hakikat yang tidak terbatas. Kesanggupan akal manusia hanya untuk memahami juzuk-juzuk kecil sahaja (Yusuf Zaki, 1987:36).

4

Page 5: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

Dari nas-nas yang dibentangkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran sebagaimana tersebut, telah terbukti dengan jelas bahawa manusia diciptakan hasil kombinasi dua unsur utama, iaitu jasmani dan rohani. Kesepaduan antara dua unsur ini melambangkan kesempunaan kejadian manusia dan kehebatan Allah sebagai Pencipta. Sudah pasti kedua-dua unsur tersebut mempunyai tuntutan dan keperluan yang berbeza sesuai dengan sifat masing-masing. Jasad mempunyai keperluan yang bersifat kebendaan, manakala ruh pula mempunyai keperluan yang bersifat rohaniah yang terangkum pada akidah, syariah, akhlak dan pengabdian, atau ringkasnya yang tersimpul dalam kalimah “ISLAM”.

1.1.2 Pengertian Agama dan Ad - Din

Menurut Kamus Dewan, agama bermaksud kepercayaan kepada Tuhan; sifat-sifat dan kekuasaan Tuhan, serta penerimaan ajaran dan perintahNya. Islam dikategorikan sebagai agama langit yang bukan ciptaan manusia. Pemeluk Islam yang mempunyai kepercayaan kepada Allah disebut sebagai mukmin.

Kamus Dewan juga memberikan maksud agama itu sebagai kepercayaan kepada sesuatu yang dipuja dan diangap berkuasa seperti dewa dan lain-lain (Kamus Dewan,2002:12). Ini berpunca daripada perkataan agama yang ada dalam Bahasa Melayu berasal dari pada Bahasa Sanskrit yang bermaksud: Warisan tertulis yang diturunkan dari generasi ke satu generasi yang lain. Istilah agama ini digunakan oleh orang-orang Hindu bagi merujuk kepada kitab-kitab Verdik, iaitu kitab suci Hindu.

Menurut Kamus Bahasa Arab, perkataan agama disebut sebagai deen. Kamus Dewan menyebut sebagai ‘din’. Ia mempunyai makna yang umum dengan pelbagai pengertian. Manakala perkataan ad-deen (dalam bentuk ma’rifah / definite noun) bermaksud cara hidup yang telah ditentukan oleh Allah. Walaubagaimana pun jika perkataan deen (dalam bentuk nakirah / indefinite noun), digabungkan dengan dengan perkataan Allah, menjadi deenullah, atau perkataan al-Haq, menjadi deenulhaq, maka ia bermaksud agama yang benar. Firman Allah dalam Surah at-Taubah,9:33:

Terjemahan: Dialah yang mengutuskan RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikan atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

1.1.3 Keperluan Manusia Kepada Agama Islam

Hakikat keperluan hidup beragama sudah sekian lama diperakukan oleh cendikiawan dan ahli falsafah sekalipun ada di antara mereka yang belum beragama Islam. Issac Newton, seorang ahli falsafah sains yang terkenal berkata: “Jangan sekali-kali kamu meragui tentang adanya al-Khaliq, Tuhan yang mencipta segala-galanya, kerana tidak masuk akal alam ini wujud secara kebetulan semata-mata. Sebenarnya semakin bertambah pengetahuan manusia mengenai rahsia dan keajaiban alam semesta ini, maka semakin bertambahlah iman untuk mempercayai tentang wujudnya al-Khaliq, kebijaksanaan, kebesaran dan kesempurnaan sifat-sifatNya”. Seorang penulis tentang asal usul agama, antara lain mengatakan, “No tribe or people in the world, however primitive or highly civilized, are

5

Page 6: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

without a belief in the existence of superhuman powers or deities, is consequently without a religion ” (Stephen Fuchs,1977:14).

Berdasarkan penjelasan daripada al-Quran, hujah para ulamak dan cendikiawan, terdapat banyak faktor yang menunjukkan manusia amat perlukan agama, khususnya agama yang benar, iaitu Islam. Antaranya ialah:

1.1.3.1 Kelemahan akal manusia

Manusia tidak boleh terlalu taasub dengan kedinamikan atau kesempurnaan akal fikirannya, kerana hakikat akal fikiran manusia itu lemah. Walaupun saintis mengatakan bahawa di dalam otak manusia terdapat kira-kira 30 bilion neuron, tetapi akal manusia banyak melakukan kesalahan dan kesilapan. Sekalipun akal dapat membezakan antara perkara yang baik dan buruk, tetapi akal tidak mampu untuk menjangkau semua perkara di alam zahir ini, terutama dalam persoalan yang semakin mengecil,halus dan kompleks. Malahan akal manusia sama sekali lemah dalam menjawab perkara-perkara metafizik (ghaibiyyat) seperti persoalan dosa, pahala, syurga, neraka, roh dan sebagainya. Sesungguhnya tiada manusia yang serba tahu, atau mengetahui segala-galanya. Oleh itu manusia memerlukan bimbingan agama. Sebagai contoh, Allah menjelaskan tentang kejahilan manusia tentang hakikat roh dengan firmanNya dalam Surah al-Isra’,17:85 :

Terjemahan: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.

1.1.3.2 Kesesuaian Islam dengan fitrah manusia.

Perkataan fitrah berasal dari akar kata fatara dalam bahasa arab yang bererti membuka atau menguak. Fitrah membawa maksud; asal kejadian, keadaan yang suci dan kembali ke asal.

Dalam Islam terdapat konsep bahwa setiap orang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Fitrah dalam hal ini bererti bayi dilahirkan dalam keadaan suci, tidak memiliki dosa apapun. Seseorang yang kembali kepada fitrahnya, mempunyai makna ia mencari kesucian dan keyakinannya yang asli, sebagaimana pada saat ia dilahirkan.

Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah atau sifat semulajadi manusia. Ini dapat dibuktikan apabila segala tuntutan naluri manusia dapat dipenuhi oleh Islam. Firman Allah dalam Surah al-Rum,30:30 :

Terjemahan: (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) kearah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) “agama Allah” – iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.

6

Page 7: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

Maksud ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa kehidupan beragama itu adalah tuntutan (fitrah) naluri semulajadi manusia. Manakala agama yang menepati fitrah manusia sebagaimana dimaksudkan ialah agama Islam. Sebagai contohnya dalam soal perkahwinan, Islam menggalakkannya bagi memenuhi tuntutan naluri semulajadi manusia yang mempunyai nafsu atau keinginan untuk berkahwin, sedangkan terdapat agama lain yang menghalangnya. Dalam soal makan minum, Islam menetapkan perbuatan makan minum itu sebagai suatu sunnah, dengan syarat ianya hendaklah dibataskan kepada makanan dan minuman yang baik-baik, halal dan tidak memberi mudharat kepada manusia. Begitu jugalah dalan soal menutup aurat. Demi menjaga maruah atau kehormatan dan keselamatan manusia sama ada lelaki atau wanita, maka Islam membataskan had-had anggota badan yang boleh didedahkan.

1.1.3.3 Kesempurnaan Islam

Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna. Syariatnya merangkumi semua perkara asas sebagaimana dijelaskan dalam bab aqidah, syariah dan akhlak. Cabang-cabang syariat Islam mampu membimbing manusia dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Tegasnya, al-Quran menjelaskan semua perkara yang mencakupi hubungan manusia dengan Tuhannya, manusia sesama manusia dan hubungannya dengan lain-lain makhluk. Segala yang diperlukan mengenai dunia dan akhirat, ada diterangkan asas-asas dan intisarinya di dalam al-Quran. Firman Allah dalam Surah al-An‘am,6:38:

Terjemahan: Tiada kami tinggalkan sesuatu apa pun di dalam Kitab al-Quran ini.

Bagi meraikan sifat diri manusia yang lemah dan memerlukan pembimbing, maka Allah s.w.t. telah mengutuskan RasulNya sebagai pembawa risalah; menyuluh dan membimbing kehidupan manusia berlandaskan al-Quran dan Sunnahnya ke jalan yang benar dan lurus. Firman Allah dalam Surah Saba’,ayat 28:

Terjemahan: Dan tiadalah kami mengutuskanmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran kepada orang-orang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

Firman Allah lagi dalam surah al-Ahzab,33:21:

Terjemahan: Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu Uswah Hasanah (contoh ikutan yang baik).

1.2 PENGERTIAN ISLAM

1.2.1 Definisi Islam Dari Aspek Bahasa

7

Page 8: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

Islam merupakan satu nama bagi agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Nama ini bukanlah rekaan Rasulullah, tetapi telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya dalam Surah al-Maidah,5:3:

Terjemahan: Dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…

Dalam bahasa Arab, al-Islām اإلسالم, bererti “berserah diri” dan merupakan suatu Dīn yang bererti "aturan" atau "sistem" (Surah Al-Maidah,5:83). Dari sudut etimologi, perkataan tersebut diturunkan dari akarkata yang sama dengan perkatan salām yang bererti “damai”. Perkataan 'Muslim' (sebutan bagi pemeluk agama Islam) juga berhubungan dengan kata Islām. Ia bermaksud, “orang yang berserah diri kepada Allah" dalam bahasa Melayu.

1.2.2 Definisi Islam Dari Aspek Istilah

Rasulullah s.a.w. menjelaskan maksud Islam dengan beberapa takrif mengikut suasana majlis dan keadaan orang yang bertanya. Seterusnya diperjelaskan lagi oleh ulama dengan pelbagai definisi untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang Islam. Umumnya semua definisi itu membawa maksud yang sama dan tidak wujud pertentangan atau pertembungan.

Antara Definisi tersebut ialah:

Pertama

Pengertian Islam berdasarkan jawapan Rasulullah s.a.w. terhadap pertanyaan Malaikat Jibril a.s. sebagaimana hadis daripada ‘Umar Ibn Al-Khattab r.a.,Nabi s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

‘Al-Islam’ itu ialah, bahawa engkau bersaksi tiada tuhan (yang berhak diabdikan diri dengan sebenar-benarnya) melainkan Allah sahaja, dan (engkau bersaksi) sesungguhnya Muhammad itu Rasulullah, engkau mendirikan solat,engkau mengeluarkan zakat, engkau berpuasa pada bulan Ramadhan dan engkau mengerjakan haji ke Baitullah kiranya mampu ke sana…(Matan al-Arba’in al-Nawawiyyah:hadis ke 2)

Kedua

Al-Islam ialah kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan penyerahan diri kepada Allah s.w.t. Tuhan semesta alam dengan penuh keikhlasan yang lahir daripada kesedaran diri, bukan kerana terpaksa (Zaidan,1972:13).

Kepatuhan dan ketundukan sebagaimana dalam pengertian di atas hendaklah dilakukan secara ikhlas,sukarela bukan kerana terpaksa. Firman Allah dalam Surah al-Nisa,4:125:

Terjemahan: Dan tidak ada yang lebih baik ugamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan..

Allah s.w.t. juga berfirman sebagaimana dalam Surah Luqman,31:22:

8

Page 9: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

Terjemahan: Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh…

Ketundukan secara terpaksa tanpa rela hati tidak akan menghasilkan sebarang kesan pahala atau siksaan. Ketundukan seperti itu dijelaskan oleh al-Quran sebagai ketundukan orang kafir. Walaupun mereka mengingkari perintah Allah, namun mereka terpaksa tunduk di bawah naungan keagungan dan kekuasaan Allah yang Maha Perkasa. Firman Allah dalam Surah Ali-‘Imran,3:83:

Terjemahan: Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNya lah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.

Ketiga

Al-Islam ialah berupa peraturan umum dan undang-undang yang bersifat sempurna dan menyeluruh; mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia, dalam mengatur perancangan dan sistem kehidupan mereka. Orang yang mentaatinya diberi pahala, sementara orang yang mengingkarinya dikenakan dosa (Zaidan, 1972:10).

Dalam hubungan dengan definisi di atas, Allah menjelaskan penolakan terhadap agama lain selain dari Islam dan penganutnya termasuk dalam golongan yang rugi. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali-‘Imran,3:85:

Terjemahan: Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

Keempat

Al-Islam ialah agama yang terkumpul di dalamnya akidah, ibadah, akhlak, muamalah dan sejarah-sejarah, sebagaimana yang terkandung di dalam Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah RasulNya yang diperintah supaya disampaikan kepada umat manusia (Zaidan, 1972:10).

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Maidah,5:67:

Terjemahan: Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.

Kelima

Al-Islam ialah jawapan kepada tiga persoalan penting yang dihadapi oleh manusia, iaitu: Dari mana manusia datang? Mengapa? Dan kemana kesudahan manusia?

9

Page 10: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

Ketiga-tiga persoalan tersebut hanya dapat dijelaskan oleh Islam, dan tidak mungkin akan dapat dijawab dengan tepat oleh sebarang agama ciptaan manusia. Oleh sebab itu, antara tugas para rasul diutuskan kepada manusia sepanjang zaman ialah untuk menjelaskan hakikat persolan tersebut. Antara jawapan sebagaimana terdapat di dalam al-Quran, ialah:

Firman Allah dalam Surah al-Sajdah,32:7-9:

Terjemahan: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah.Kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Firman Allah dalam Surah al-Zariyat,51:56:

Terjemahan: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Firman Allah dalam Surah al-Rum, ayat 11:

Terjemahan: Allah memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian ia mengembalikannya (hidup semula pada hari kiamat), kemudian kepadaNyalah kamu akan dikembalikan (untuk menerima balasan).

Keenam

Al-Islam ialah roh yang hakiki, cahaya petunjuk yang abadi di dalam kehidupan, ubat yang paling mujarab bagi penyakit dan jalan lurus yang selamat bagi manusia yang menjalaninya dari kesesatan (Zaidan, 1972:11).

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Syura, 26:52 -53:

Terjemahan: Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah kami; Engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba kami. dan Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus. Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! kepada Allah jualah kembali segala urusan.

10

Page 11: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Isra’,17:82:

Terjemahan: Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

1.3 SKOP AJARAN ISLAM

Keluasan ajaran Islam merangkumi prinsip-prinsip asasnya yang terdiri daripada konsep akidah, syariah dan akhlak. Akidah merupakan perkara asas bagi keislaman seseorang. Asas yang kedua ialah syariah dan diikuti dengan akhlak. Ketiga-tiga asas ini mempunyai hubungkait di antara satu sama lain. Seseorang yang berpegang kepada akidah Islam akan menghayati tuntutan syariah dan seterusnya akan lahir pada dirinya akhlak yang sempurna sebagai manifestasi daripada ketaatan terhadap tuntutan syariah yang berpaksikan akidah yang murni. Penghayatan yang tidak sepadu terhadap ketiga-tiga asas utama ini menggambarkan ketidaksempurnaan Islam seseorang itu. Ajaran Islam tidak mengiktiraf seseorang itu sebagai insan yang baik sekiranya pegangan akidahnya longgar dan hidup tiada ketaatan pada syariah sekalipun peribadi lahirnya nampak terpuji.

1.3.1 Asas Ajaran Islam

Berikut ini akan diterangkan secara umum tiga asas utama bagi Dinul Islam. Penjelasan yang lebih luas dan mendalam akan dikhususkan dalam bab-bab yang berikutnya.

1.3.1.1 Akidah

Akidah (العقيدة ) berasal dari bahasa Arab (�َع�ق�د) yang ertinya: 'ikatan' atau 'sangkutan' atau 'menyimpulkan sesuatu'. Secara terminologi, 'akidah' bererti 'kepercayaan', 'keyakinan' atau 'keimanan' yang mantap dan tidak mudah terurai atau terungkai oleh sebarang pengaruh sama ada dari dalam ataupun dari luar diri seseorang.

Pengertian Akidah dalam al-Quran adalah keimanan kepada Allah s.w.t., iaitu mengakui kewujudanNya. Dari segi fungsinya Allah s.w.t. berperanan sebagai Rabb (رب), Malik (مل�ك), dan Ilah (إل�ه) seperti dapat dilihat dalam Surah al-Fatihah, ayat 2 dan 4, dan Surah al-Naas, ayat 1, 2, 3. Berdasarkan ayat di atas, Aqidah Islamiyah dapat disimpulkan dengan rumusan Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah.

Akidah menjadi asas utama dalam kedudukan Islam sebagai ad-Din. Ia merupakan titik permulaan bagi keislaman seseorang. Oleh itu, segala aktiviti yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupannya seharusnya berasaskan penghayatan terhadap akidah yang menjadi pegangannya. Tinggi atau rendah nilai diri dan kehidupan manusia bergantung kepada kepercayaan yang dimilikinya.

Terdapat enam elamen utama yang menjadi asas kepada akidah Islam :

11

Page 12: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

1. Keimanan kepada Allah s.w.t. sebagai yang Maha Mutlak kekuasaanNya di mana setiap muslim perlu menyerahkan diri sepenuhnya kepadaNya.

2. Keimanan kepada malaikat yang merupakan makhluk mulia yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai lambang keagongan dan kehebatan kekuasaanNya.

3. Keimanan kepada kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t. dengan menjadikannya panduan dalam berbagai aspek kehidupan.

4. Keimanan kepada para rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t. sebagai utusan yang menyampaikan risalah Allah s.w.t.

5. Keimanan tentang kewujudan hari akhirat sebagai matlamat akhir bagi manusia.

6. Keimanan kepada qada dan qadar sebagai hak mutlak Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. mengumpamakan Islam sebagai satu binaan di mana akidah menjadi tapak atau asasnya. Islam sebagai ad-Din yang benar, tidak akan tegak tanpa akidah yang jelas dan benar. Akidah selain daripada Islam merupakan pegangan dan kepercayaan ciptaan manusia yang mempunyai berbagai kelemahan. Ia tidak menjamin keselamatan sekalipun penganutnya mempunyai pegangan yang teguh. Firman Allah dalam Surah al-Taubah,9:109:

Terjemahan: Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

1.3.1.2 Syariah

Syariah atau syariat yang biasa disebut dalam bahasa Melayu berasal dari bahasa Arab ( yang bererti sumber air atau jalan yang lurus. Untuk menghubungkaitkannya dengan(شرعundang-undang Islam, perlu difahami terlebih dahulu penggunaan istilah-istilah; al-Syariah al-Islamiah atau syariah Islam, dan al-Fiqh al-Islam atau hukum fikah Islam. Terdapat ulama yang secara umumnya memahamkan syariah itu seperti fikah dengan maksud ilmu hukum atau undang-undang. Tetapi jika dihalusi, ternyata bahawa istilah syariah atau al-Syariah al-Islamiah itu lebih umum dan luas maksudnya dari istilah fikah atau al-Fiqh al-Islami.

Perkataan fiqh (fikah di dalam Kamus Dewan) menurut al-Imam al-Ghazali, ialah mengetahui dan memahami hukum-hukum syarak yang berhubung dengan perbuatan manusia yang makallaf, sama ada berupa ibadah, kira bicara atau kehakiman dan sebagainya (Harun Din,1988:225). Hukum-hukum ini terbahagi kepada lima kategori, iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Sedangkan syariah (al-syariah al-Islamiah) pula ialah hukum-hukum Allah atau undang-undang Allah yang mencakupi aspek akidah (kepercayaan), syariah (perundangan) dan segala sesuatu yang berhubung dengan muamalat (urusan kehidupan bermasyarakat) dan sebagainya Perkataan syariah bukanlah

12

Page 13: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

sesuatu yang diilhamkan manusia, tetapi satu istilah yang didapati di dalam al-Quran, dan merupakan hukum dari Allah, sebagaimana firmanNya dalam Surah al-Jaatsiyah,45:18:

Terjemahan: Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

Syariat Islam bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber asasi dan qias serta ijmak sebagai sumber ijtihadi. Hak menentukan hukum adalah hak Allah dan rasulNya, sementara ulama dibenarkan berijtihad mengenai perkara-perkara yang tidak dinaskan secara jelas dan pasti (qat’ie) di dalam al-Quran dan al-Hadis. Islam melarang keras sesiapa yang menyimpang dari panduan Allah dalam menentukan sesuatu hukum. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Syura,26:21:

Terjamahan: Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

1.3.1.3 Akhlak

Akhlak dari aspek bahasa berasal dari perkataan ‘al-khulq’ (الخلق) yang bererti perilaku atau budipekerti. Imam al-Ghazali telah mentakrifkan akhlak sebagai suatu keadaan dalaman peribadi yang teguh yang mana daripadanya lahir sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan fikiran dan renungan.

Akhlak merupakan manifestasi atau sesuatu reaksi manusia yang lahir hasil dari gerakan dalaman yang merangkumi pemikiran, perasaan serta niat di hati. Akhlak tidak terbatas kepada perbuatan zahir atau luaran semata-mata.

Akhlak dalam Islam bermula dari pengabdian kepada Allah s.w.t. dan mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda menjadi model sebagai insan yang berkeparibadian yang tinggi dan contoh yang terbaik. Semua perangai yang bertentangan dengan akhlak Rasulullah s.a.w. adalah dikira tidak berakhlak. Firman Allah dalam Surah al-Qalam, ayat 4:

Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

Saidatina ‘Aisyah pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w . Beliau menjawab:آن �القر خلقه كان

Terjemahannya: Akhlak baginda adalah al-Quran.

1.4 PENGAWALAN ISLAM – DAKWAH DAN JIHAD

13

Page 14: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

Suatu perkara yang menjadi kefardhuan kepada umat Islam dan perlu dikerjakan secara kolektif, ialah menyampaikan Islam kepada seluruh masyarakat manusia, memelihara dan mengawalnya dari serangan musuh. Seluruh sistem hidup yang dianjurkan Islam tidak akan memberi makna dan tidak akan berjalan dengan sempurna sekiranya tiada dakwah dan jihad. Usaha seperti inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seawal baginda dilantik menjadi nabi.

1.4.1 Dakwah

Dakwah merupakan seruan ke arah kebenaran, meliputi persoalan aqidah, syariah dan akhlak. Dakwah juga merupakan usaha untuk menyampaikan kebenaran Islam kepada mereka yang lalai, membawa berita gembira tentang nikmat dunia dan akhirat, serta memberi peringatan tentang azab neraka dan siksanya bagi mereka yang lalai, sesat dan derhaka. Islam mewajibkan setiap Muslim yang berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab berdakwah dalam apa jua bentuk dan keadaannya.

Pelbagai pendekatan boleh digunakan dalam berdakwah, sama ada melalui perkataan (lisan) atau perbuatan. Misalnya melalui ceramah, seminar, forum, penulisan atau persembahan melalui media elektronik. Antara pendekatan yang paling berkesan ialah dengan mempamerkan contoh teladan dan keperibadian yang tinggi.

1.4.1 Jihad

Jihad pula merupakan suatu usaha mencurahkan daya tenaga dan segala kekuatan yang ada untuk mencapai sesuatu matlamat Islam yang murni. Gabungan antara dakwah dan jihad bukan sahaja mampu menyebarkan Islam, malah mampu membina tasawwur Islam yang sebenar di saat umat Islam kini ketika berhadapan serangan dan penjajahan pemikiran oleh barat dalam era globalisasi.

Dalam hal ini banyak ayat al-Quran yang memerintah umat Islam agar berusaha melakukan dakwah dan jihad. Antaranya ialah: Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran,3:110:

Terjemahan: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Berdasarkan al-Quran dan al-Hadis serta penjelasan ulama, jihad dalam Islam dibahagikan kepasda beberapa jenis iaitu:

1.4.2.1 Jihad menentang hawa nafsu.

14

Page 15: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

Jihad dalam bentuk ini merupakan yang paling asas kerana kerana ianya merupakan musuh dalaman manusia dan menjadi tanggungjawan tiap individu untuk membendung nafsunya supaya ia tidak terdorong kepada keburukan. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang bermaksud:

“Sejahat-jahat musuhmu ialah nafsumu yang berada diantara dua lambungmu”.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Asy-Syams,91:7-9:

Terjemahan: Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,

1.4.2.2 Jihad menentang syaitan.

Bagi jihad dalam bentuk ini, seseorang perlu sentiasa berhati-hati kerana syaitan menyerang manusia secara halus dengan membisikkan dalam hati manusia sehingga mendatangkan was-was dan keraguan terhadap sesuatu kebenaran dan melemahkan seseorang untuk taat kepada perintah Allha dan RasulNya. Syaitan juga terdiri dari kalangan jin dan manusia, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah An-Nas,114:4-6:

Terjemahan: Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia.

1.4.2.3 Jihad menentang golongan kafir.

Jihad dari jenis ini bermaksud perjuangan menentang golongan bukan Islam yang menentang Islam dan bermusuhan dengan umat Islam. Musuh ini adalah jelas dan dapat kenali dengan pasti. Mereka sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam dan umat Islam serta berusaha supaya umat Islam meninggalkan Islam sekalipun tidak menganut agama mereka. Sebagai contoh ialah golongan Yahudi dan Nasrani.Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah,2:105:

Terjemahan: Orang-orang kafir dari ahli Kitab dan orang-orang musyrik tiada menginginkan diturunkannya sesuatu kebaikan kepadamu dari Tuhanmu. dan Allah menentukan siapa yang dikehendaki-Nya (untuk diberi) rahmat-Nya (kenabian); dan Allah mempunyai karunia yang besar.

1.4.2.4 Jihad menentang golongan munafik

Jihad dalam bentuk ini agak susah kerana golongan munafik merupakan mereka yang sentiasa berpura-pura Islam, sedangkan hakikatnya mereka bukan Islam. Mereka

15

Page 16: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

menentang Islam dan bermusuh dengan umat Islam. Untuk mengenali mereka al-Quran telah memaparkan sifat-sifat dan perangai mereka agar umat Islam sentiasa awas dan berhati-hati dengan tipu helah mereka. Untuk mengenali sifat-sifat mereka bolehlah dilihat dalam al-Quran seperti surah al-Munafiqun,63:4, al-Baqarah,2:8-10,14,204-205, al-Taubah,9:44-45,47,56,62,67,107 dan lain-lain.

1.4.2.5 Jihad terhadap golongan zalim dan fasik

Jihad dalam bentuk ini ialah berusaha mengajak mereka kearah kebaikkan dan menghalang mereka dari perbuatan munkar. Oleh kerana golongan ini terdiri dari mereka yang bukan beragama Islam dan juga mereka yang beragama Islam, dan perbuatan mereka tidak mengancam Islam secara terbuka, maka pendekatan dalam menangani perbuatan munkar mereka dilakukan dengan dakwah; amar ma’ruf dan nahi munkar. Al-Quran menganjurkan kita berdakwah dengan penuh kebijaksanaan (hikmah), iaitu memberi nasihat pengajaran dengan baik, tegas dan benar yang dapat membedakan antara yang hak dengan yang bathil serta berbahas (mujadalah) dengan cara terbaik. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nahl,16:125:

Terjemahan: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Demikianlah beberapa garis panduan yang ditunjukkan oleh Islam dalam usaha untuk menjalankan kerja-kerja dakwah dan jihad. Dakwah dan jihad merupakan senjata dan perisai yang bertindak untuk menyebar, mempertahankan dan mengawal keseluruhan kandungan ajaran Islam supaya ia benar-benar menjadi panduan dan sistem hidup manusia.

1.5 SUMBER-SUMBER AJARAN ISLAM

Islam merupakan agama yang lengkap mencakupi seluruh kehidupan manusia dan sentiasa sesuai untuk dihayati sepanjang zaman. Ini disebabkan sumber ajarannya tidak berlandaskan pemikiran manusia yang ternyata lemah, tetapi barlandaskan sumber wahyu.

1.5.1 Sumber Asasi

Sumber asasi bagi ajaran Islam ialah al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber ini berlandaskan wahyu Allah s.w.t. dan tidak boleh dipertikaikan ajaran yang terkandung di dalamnya.

1.5.1.1 Al-Quran

Al-Quran dalam bahasa Arab (آن �(ُق!ر adalah kitab suci agama Islam. Umat Islam mempercayai bahwa Al-Quran merupakan puncak dan penutup wahyu Allah yang

16

Page 17: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

diperuntukkan bagi manusia, yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril.

Ditinjau dari aspek bahasa (etimologi), al-Quran berasal dari bahasa Arab yang bererti "bacaan" atau "sesuatu yang dibaca berulang-ulang". Kata al-Quran adalah bentuk kata benda (masdar) dari kata kerja qara'a yang ertinya membaca. Konsep pemakaian kata ini dapat juga dijumpai pada salah satu surah al-Quran sendiri, iaitu pada ayat 17 dan 18, Surah al -Qiyamah. Firman Allah s.w.t.

Terjemahan: Sesungguhnya Kami lah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.

Al-Quran menurut istilah ialah Kalam Allah dari segi lafaz dan makna yang diturunkan dalam bahasa Arab kepada nabi Muhammad s.a.w. secara beransur-ansur melalui perantaraan malaikat Jibril a.s., bersifat mukjizat, diturunkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.

Nama-nama lain bagi Al-Quran

1. Al-Kitab, yang bermaksud Kitab iaitu al-Qur‘an. Firman Allah dalam surah al-Baqarah,2:2:

Terjemahan: Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

2. Al-Furqan, yang bermaksud pembeza antara yang benar dan salah. Firman Allah dalam surah, al-Furqan,25:1:

Terjemahan: Maha berkat Tuhan yang menurunkan al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.

3. Al-Mau'idhah, yang bermaksud pelajaran atau nasehat. Firman Allah dalam surah Yunus,10:57:

Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

4. Al-Hukm, yang bermaksud peraturan atau hukum. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ra’d,13:37:

Terjemahan: Dan demikianlah kami menurunkan al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. dan demi sesungguhnya, jika Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau

17

Page 18: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini.

Selain daripada nama-nama di atas al-Qur‘an juga disebut dengan nama; al-Hikmah (kebijaksanaan): QS(17:39), asy-Syifa' (obat/penyembuh): QS(10:57), QS(17:82), al-Huda (petunjuk): QS(72:13), QS(9:33), at-Tanzil (yang diturunkan): QS(26:192), ar-Rahmat (karunia): QS(27:77), ar-Ruh (ruh): QS(42:52), al-Bayan (penerang): QS(3:138), al-Kalam (ucapan/firman): QS(9:6), al-Busyra (kabar gembira): QS(16:102), an-Nur (cahaya): QS(4:174), al-Basha'ir (pedoman): QS(45:20), al-Balagh (penyampaian/kabar) QS(14:52) , dan al-Qaul (perkataan/ucapan) QS(28:51).

Penurunan Al-Quran

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun. Para ulama membahagikan masa penurunan ini kepada dua peringkat, iaitu periode Makkah dan periode Madinah. Period Makkah berlangsung selama 13 tahun masa kenabian Rasulullah SAW dan surah-surah yang turun pada waktu ini tergolong Surah Makkiyyah. Sedangkan period Madinah yang dimulai sejak peristiwa hijrah berlangsung selama 10 tahun dan surah yang turun pada tempoh waktu ini disebut Surah Madaniyyah.

Penurunan al-Quran berlaku secara beransur-ansur dalam jangka masa yang agak panjang, kira-kira dua puluh tahun lamanya. Ia bermula dengan ayat 1-2 surah al-Alaq dan berakhir dengan ayat 3, surah al-Maidah.

Antara tujuan al-Quran diturunkan secara beransur-ansur ialah bagi meneguh dan menetapkan hati Rasulullah s.a.w. dalam menjalankan tugas yang berat dan mencabar. Ia juga bertujuan memudahkan umat Islam dalam menghafal ayat-ayat yang diturunkan dan terus beramal dengannya tanpa merasa berat dan terbeban. Ia juga merupakan satu proses pendidkan secara beransur-ansur kepada umat Arab pada waktu itu mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan sistem kepercayaan, sistem nilai dalam kehidupan dan hukum.

Ciri-Ciri Khusus Al-Quran

Al-Quran mempunyai beberapa ciri khusus yang membezakannya daripada kitab-kitab lain. Di antaranya seperti berikut:

Pertama:

Ia diturunkan di dalam bahasa Arab. Ini membezakannya daripada semua kitab-kitab samawi (turun dari sisi Allah) yang lain. Tidak pernah terdengar pun wujudnya kitab yang lain diturunkan dalam bahasa Arab. Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT dengan firmanNya dalam surah Yusuf,12:2:

‘Sesungguhnya Kami turunkan dia, (sebagai) bacaan yang berbahasa Arab supaya kamu befikir.

Kedua:

Al-Quran turun sebagai wahyu daripada Allah S.W.T. kepada Rasulullah s.a.w. dengan lafaz dan maknanya sekali. Dengan ini tidak boleh hadis-hadis Nabi atau hadis-hadis qudsi dinamakan al-Quran. Ini adalah kerana kesemua hadis-hadis ini hanya maknanya sahaja dari sisi Allah s.w.t. Manakala lafaznya adalah dari sisi Rasulullah s.a.w.

18

Page 19: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

Terjemahan al-Quran juga tidak boleh dinamakan sebagai al-Quran dan tidak boleh dijadikan sandaran hukum hakam. Hukumnya samalah seperti tafsir al-Quran. Ia tidak boleh dijadikan pegangan di dalam mengistinbatkan (mengeluarkan) hukum hakam syara’.

Ketiga:

Al-Quran turun menjadi mukjizat bagi Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t. telah mencabar orang-orang Arab agar membuat satu kitab yang sama seperti al-quran atau membuat sepuluh surah sepertinya, atau membuat satu surah sahaja yang dapat menandinginya. Kesemua mereka tidak mampu melakukannya sedangkan mereka adalah ahli-ahli falsafah dan balaghah (kesenian bahasa) yang cukup mahir. Dengan sendirinya ia menjadi bukti yang paling jelas bahawa al-Quran bukanlah ciptaan baginda s.a.w. Sebaliknya ia adalah dari sisi Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Keempat:

Al-Quran disampaikan kepada kita melalui riwayat yang mutawatir dan dengan jalan penulisan dari sisi Rasulullah s.a.w. sehingga ke hari ini. Ketetapannya adalah diyakini, tidak diresapi oleh pengubahan atau penukaran atau pemindaan. Di dalam hal ini Allah s.w.t. menyatakan kepada kita dengan firmanNya dalam surah, al-Hijr,15:9:

Terjemahan: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Kelima:

Bahawa membacanya di dalam sembahyang dan di luar sembahyang adalah dikira ibadah dan diberikan pahalanya. Allah s.w.t. mewajibkan kita membaca surah al-Fatihah di dalam sembahyang. Nabi s.a.w. memberitahu kepada kita bahawa seseorang muslim akan diberikan ganjaran pahala bacaannya setiap huruf dengan sepuluh kebaikan (Fadilah Sarnap,l998:335).

Kewajiban Berpegang Kepada Al-Quran

Al-Quran adalah kitab hidayah yang tidak diragui kebenarannya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah,2:21, yang bermaksud:

Terjemahan:Kitab (al-Quran ) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.

Ianya diturunkan oleh Allah dan dijamin ketulinannya. Tiada satu kuasa mahupun pakatan yang mampu mengubah atau memesongkannya sepertimana yang dijanjikan Allah s.w.t. di dalam firmanNya dalam surah al-Hijr,15:9 yang bermaksud:

Terjemahan: Sesungguhnya Kami lah yang menurunkan al- Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Al-Quran juga adalah hujah yang disepakati oleh semua ulama dan merupakan salah satu dari rukun iman.Oleh itu wajib setiap orang Islam beriman serta beramal dengannya dan tidak harus bagi mereka mengenepikannya melainkan apabila tidak terdapat sesuatu hukum di dalamnya. Namun begitu pengertian ayat-ayat al-Quran ini tidak semuanya pasti (qat’i). Bahkan ada yang pasti dan ada pula yang kurang pasti (dzanni). Ayat-ayat yang memberikan pengertian secara pasti ini ialah yang memberi erti yang sangat jelas dan tiada

19

Page 20: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

kemungkinan mengertikan sesuatu yang lain darinya, seperti firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nur,24:4, maksudnya:

Terjemahan:Dan mereka yang menuduh zina terhadap perempuan-perempuan muhsan dan kemudianya tidak membawa empat saksi maka hendaklah kamu sebatnya sebanyak lapan puluh sebatan dan jangan menerima kesaksian mereka buat selama-lamanya.

Ayat-ayat yang pengertiannya kurang pasti seperti perkataan Quru’ dalam ayat 228, surah al-Baqarah, yang bermaksud:

Terjemahan: Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) selama tiga kali quru’.

Ini kerana perkataan Quru’ boleh bererti haid dan boleh juga bererti suci dari haid.

Jenis-Jenis Hukum Dalam Al-Quran:

Meneliti isi kandungan Al-Qur’an kita dapati secara umumnya Ia mengandungi hukum-ukum berikut :

i- Hukum-hukum mengenai akidah seperti beriman dengan Allah dan para Rasulnya serta juga hari akhirat dan sebagainya.Hal-hal ini diistilahkan sebagai bidang akidah.

ii- Hukum-hukum mengenai pembersihan dan penyucian jiwa’ dan yang menentukan akhlak-akhlak yang mulia dan teguh yang perlu dihayati serta juga akhlak-akhlak yang buruk yang perlu dihindari. Hukum-hukum tersebut bersangkut-paut dengan ilmu tasawwuf.

iii- Hukum-hukum amaliyyah yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia yang mukallaf ,seperti ibadah, mua’malat, munakahat dan jinayat. Hukum-hukum ini bersangkut paut dengan ilmu fikah yang dikenali juga dengan undang-undang Islam (Abu Husni, l987:47).

Metodologi Al-Quran Dalam Menerangkan Hukum

Terdapat tiga cara al-Quran dalam menerangkan hukum iaitu:

a. Kadangkala al-Quran memberi keterangan secara menyeluruh (kulli). Ayat-ayat dalam bentuk ini hanya menyebut kaedah-kaedah atau prinsip-prinsip umum untuk dijadikan pegangan atau asas kepada hukum-hukum yang terperinci selanjutnya. Antara contohnya:

i. Prinsip Syura. Firman Allah (bermaksud), “Dan bermesyuaratlah kamu dengan mereka dalam urusan itu.” (Ali Imran,3:159).

ii. Prinsip keadilan. Firman Allah (bermaksud), “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan”. (a-Nahl,16:90).

Keterangan secara ringkas inilah yang biasa dibuat dan dengan itu sesebuah masyarakat di mana saja atau bila-bila masa saja (dulu dan sekarang) dapat mengambilnya mengikut keperluan dan kesesuaian mereka.

b. Kadangkala al-Quran memberi keterangan secara ringkas (ijmali). Kebiasaannya ayat yang diturunkan dalam bentuk ijmali ini berkaitan dengan persoalan ibadat. Justeru itu ia memerlukan keterangan lanjut dari As-Sunnah. Antara contohnya perintah mengerjakan

20

Page 21: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

solat seperti mana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nur,24:56, maksudnya:

Terjemahan: Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu diberi rahmat.

Dalam ayat ini Allah tidak menerangkan berapa rakaat sembahyang itu dan bagaimana ia harus dilakukan. Keterangan-keterangan seterusnya mengenal persoalan ini diterangkan secara terperinci oleh Rasulullah s.a.w. kemudiannya di dalam sabda baginda yang bermaksud:

‘Sembahyanglah kamu seperti kamu melihat aku sembahyang”.

c. Terdapat juga ayat-ayat yang di turunkan secara terperinci (tafsili) namun ianya sangat kurang berbanding kedua-dua cara yang di atas. Di antaranya yang terdapat pada ayat-ayat mengenai pembahagian harta pusaka, cara melakukan talak, li’an, golongan wanita yang haram dinikahi. Hukum hudud seperti zina, menuduh orang berzina, mencuri, merompak, murtad dan derhaka kepada pemerintah. Di antara contoh-contoh ayatnya:

a. Mengenai sebatan firman Allah S.W.T. dalam surah al-Nur,24:2, maksudnya:

Terjemahan: Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan sopan, kemudian mereka tidak sanggup mengemukakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh) itu dengan lapan puluh kali sebatan, dan janganlah diterima kesaksiannya buat selama-lamanya. Mereka adalah orang-orang yang jahat.

b. Mengenai perwarisan, firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nisa’,4:11,bermaksud:

Terjemahan: Allah telah menentukan kepada kamu (tentang pembahagian pusaka) untuk anak-anakmu bahagian seorang laki-laki sama dengan bahegian dua orang perempuan. Tetapi jika semua anaknya perempuan lebih dari dua orang, mereka mendapat dua pertiga peninggalan. Dan kalau anak perempuan itu hanya seorang saja dia mendapat seperdua.

Dalam menerangkan hukum-hukum ini, al-Quran menggunakan berbagai-bagai gaya. Ini mungkin sebagai suatu cara untuk menarik minat supaya hukum-hukum yang diterangkan itu dihormati dengan baik dan tidak dilanggari begitu sahaja. Dalam sesetengah keadaan ,

al-Quran menerangkan hukum WAJIB dengan mengguna kata suruh. Contohnya di dalam firman Allah yang bermaksud:

“Hendaklah kamu bersembahyang”. (Al-Nur,24:56).

Kadang-kadang pula untuk tujuan yang sama al-Quran menjanjikan pembalasan yang baik serta pahala kepada orang yang melakukan sesuatu itu atau memuji sipelakunya. Sebaliknya untuk menerangkan pengharaman al-Quran kadang-kadang menggunakan kata larang seperti yang terdapat dalam firman Allah yang bermaksud :

“Janganlah kamu campakkan diri kamu sendiri ke lembah kehancuran ‘- (al-Baqarah,2:195).

Dalam sesetengah hal ia mencerca orang yang melakukan perbuatan yang dimaksudkan itu atau menjanjikan azab dan neraka serta laknat ke atas orang yang melakukan.

21

Page 22: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

1.5.1.2 Al- Sunnah

Al-Sunnah dari segi bahasa bererti “jalan” atau “cara”, baik yang terpuji atau pun yang tercela.

Menurut peristilahan para Ahli Usul, al-Sunnah bererti segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah s.a.w., baik dalam bentuk qauli (ucapan), fi’li (perbuatan) maupun taqrir nya (pengakuan). (As Sibai, Mustafa:68).

Al-Sunnah adalah sumber asasi perundangan Islam yang kedua selepas al-Quran. Ianya berperanan menerang dan memperincikan isi kandungan al-Quran dan juga menunjukkan contoh secara praktikal dalam melaksanakan tuntutan al-Quran.

Dari pengertian di atas ternyata al-Sunnah itu terbahagi kepada tiga bentuk:

i. Sunnah Qauliyyah

Sunnah Qauliyyah ialah kata-kata yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai keadaan untuk pelbagai tujuan. Umpamanya hadis baginda tetang kedudukan sesuatu perbuatan itu bergantung pada niat.

Terjemahan: Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah".

( Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0001).

ii. Sunnah Fi’liyyah

Sunnah Fi’liyyah ialah perbuatan yang dilakukan oleh Baginda s.a.w..dalam menjelaskan sesuatu yang disyariatkan kepada umatnya. Kemudiannya mengarahkan orang ramai melakukan seperti mana yang dilakukannya. Umpamanya cara baginda melakukan ibadah solat, haji, jual beli dan sebagainya

iii. Sunnah Taqririyyah

Sunnah Taqririyyah ialah pengakuan Rasulullah s.a.w. terhadap apa yang diucap dan apa yang dilakukan oleh sahabat r.a. Berlaku pengakuan ini apabila Rasulullah s.a.w. tidak membantah atau mendiamkan diri ketika melihat para sahabat melakukan sesuatu dihadapannya atau mendengar mereka menyebut sesuatu perkataan atau mengetahui mereka telah melakukan sesuatu di belakangnya. Keadaan tidak membantah atau

22

Page 23: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

mendiamkan diri dikira sebagai pengakuan bahawa apa yang mereka lakukan itu betul dan tidak bercanggah dengan syarak Contohnya, Rasulullah tidak menegah sahabat memakan dhab dengan mendiamkan diri.

Kewajipan Mentaati Al-Sunnah

Para ulama sepakat berpendapat bahawa al-Sunnah adalah sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran. Ia menjadi hujah bagi perundangan Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-Quran dan al-Sunnah melalui dalil-dalil berikut:-

Dalil al-Quran

i- Firman Allah bermaksud:

‘Apa yang diberi oleh Resul kepadamu maka terimalah ia dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah ia….” (al-Hasyr,59:7)

ii- Firman Allah bermaksud:

‘Wahai, orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul dan ulil amri (pemerintah) di kalangan kamu”. (al-Nisa’,4:59).

iii- Firman Allah bermaksud:

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikanmu sebagai hakim di dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang engkau berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya..” (al-Nisa’,4:65)

iv- Firman Allah bermaksud:

“Sesiapa yang menta’ati Rasul Ku maka sesungguhnya dia telah menta’ati Allah. Dan sesiapa yang berpaling (dari keta’atan) maka kami tidak mengutuskanmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.” (al-Nisa’,4:80)

Kesemua ayat-ayat diatas menunjukkan kewajipan mentaati dan beramal dengan Sunnah. Ia menunjukan bahawa Sunnah merupakan satu hujjah untuk menentukan hukum syarak. Berpegang dan beramal dengan Sunnah bererti beramal dan berpegang dengan Kitab Allah kerana semua perkara itu terbitnya dari Allah s.w.t. juga. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya, Sesungguhnya ucapannya itu tidak lain daripada wahyu yang diwahyukan”.(Surah al-Najm,53:3-4)

Dalil Al -Sunnah

1. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Aku tinggalkan pada kamu dua perkara yang apabila kamu berpegang dengan keduanya kamu tidak akan sesat selamanya, Kitab Allah Dan Sunnah Nabinya”.(Ibnu Abdilbar)

23

Page 24: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

2. Mu’az ibn Jabal semasa beliau hendak diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. ke Yaman sebagai hakim, baginda menyoalnya dengan sabdanya bermaksud:

“Bagaimana kamu hendak mengadili di kalangan manusia?” Jawabnya,”Dengan kitab Allah”.Rasulullah bertanya lagi,’ Bagaimana kalau tiada penyelesaian dalam Kitab Allah?’. Jawab Mu’az,”Dengan SunnahRasulullah…..”

Hadith-hadith di atas jelas menyatakan bahawa sunnah sama seperti Kitab Allah. Berpegang dengan kedua-duanya sekali dapat menyelamatkan dari kesesatan. Ulama sepakat wajib berpegang kepada al-sunnah sebagai sumber kedua selepas al-Quran dalam mengistinbatkan hukum syarak (Badran,1984:81-82).

Peranan Al-Sunnah Terhadap Al-Qur‘an

Kedudukan al-Sunnah adalah di tempat kedua selepas al-Quran. Ia adalah sebagai penyokong, penghurai atau penambahan kepada al-Quran. Oleh itu peranannya terhadap al-Quran dari segi penentuan hukum syarak amat penting dan ianya dapat dilihat seperti di bawah:

a. Sebagai penyokong atau penguat kepada apa yang dibawa oleh al-Quran, contohnya al-Quran menyuruh menunaikan solat dan keluarkan zakat Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah,2:43:

Terjemahan: Dan Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku'.

Al-Sunnah menyokong dan menguatkan perintah Allah ini dengan sabdanya yang bermaksud:

“Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia mendirikan agamanya, sesiapa yang meninggalkanya dia meruntuhkan agamanya”.

(Riwayat setengah ahl sunan)

b. Sebagai penerang penjelas atau pentafsir ayat-ayat al-Quran dengan berbagai bentuk dan cara kerana Rasulullah Iebih mengetahul maksud dan tujuan ayat-ayat diturunkan:

i. Menghuraikan perkara yang disebut secara ringkas dan umum, contohnya : Allah s.w.t memfardhukan solat tetapi tetapi tanpa penerangan tentang waktu, rukun, raka’at dan sebagainya. Maka al-Sunnah menerangkannya secara terperinci di dalam sabda baginda yang bermaksud:

“Sembahyanglah kamu sepertimana kamu melihat aku sembahyang.” (Riwayat Bukhari)

ii. Menentukan ayat-ayat yang mutlak, contohnya firman Allah dalam surah al-Maidah,5:38:

24

Page 25: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

Terjemahan: Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Al-Sunnah kemudiannya datang menentukan pemotongan tangan itu hendaklah dari pergelangan sahaja, dan kadar yang dicuri itu lebih dari satu perempat dinar.

c. Mengkhususkan yang umum, contohnya Allah berfirman dalam surah al-Nisa’,4:11:

Terjemahan: Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan

Rasulullah mengkhususkan dengan sabda baginda yang bermaksud:

‘Kami tidak diwarisi sebab peninggalan kami adalah menjadi sedekah.”

d. Membawa hukum-hukum yang tidak dinaskan di dalam al-Qur’an, contohnya haram makan binatang liar yang bertaring dan haram mengahwini perempuan berserta emak saudaranya, haram memakai emas dan sutera bagi lelaki dan sebagainya.( Mohd. Napiah Abdullah,1986:17).

Jelas dari apa yang di utarakan di atas bahawa al-Sunnah begitu penting didalam memahami al-Quran dan mengamalkan ajarannya. Oleh itu setiap muslim hendaklah berusaha mempelajari dan menghayati al-Sunnah dan al-Quran dalam kehidupannya.

Kategori Al-Sunnah Sebagai Sumber Hukum:

i. Sunnah Mutawatirah

Sunnah yang disampaikan oleh sekumpulan periwayat yang sangat ramai, dari zaman sahabat hinggalah ke zaman berikutnya. Oleh kerana jumlah perawinya yang begitu ramai tidak memungkinkan mereka bersepakat untuk berbohong atau belaku pembohongan secara kebetulan tanpa pakatan diantara mereka.

ii. Sunnah Masyhurah

Sunnah yang diriwayatkan oleh seorang atau beberapa orang sahabat yang bilangannya tidak sampai tahap mutawatir, kemudian menjadi masyhur pada zaman tabi’in dan tabi’ tabi’in.

iii. Sunnah Ahad

Merupakan Sunnah yang diriwayatkan oleh seorang atau beberapa orang sahabat yang bilangannya tidak sampai tahap mutawatir. Begitu juga pada zaman tabi’in dan tabi’ tabi’in.

Sunnah Mutawatirah adalah sabit daripada Rasulullah s.a.w. secara qat’i dan wajib beramal dengannya tanpa ragu-ragu. Begitu juga Sunnah Masyhurah, walaupun tidak sampai ke tahap qat’i. Ia dikira sebagai dzon yang rajih.

25

Page 26: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

Manakala Sunnah Ahad pula, umat Islam telah sepakat mengatakan bahawa wajib beramal dengannya walaupun periwayatnya tidak sampai ke tahap mutawatir, asalkan ia memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Periwayatnya terdiri daripada mereka yang adil dan diyakini kejujurannya.ii. Sanad atau rangkaian periwayatnya bersambung secara berterusan tanpa terputus.

1.5.2 Sumber-Sumber Ijtihadi

Ijtihad adalah sebuah usaha untuk menetapkan hukum Islam berdasarkan al-Quran dan Hadis setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Sumber ijtihadi ialah setiap hukum yang diputuskan oleh individu tertentu atau para ulama berhubung dengan sesuatu perkara yang tidak dinaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah secara qat’i. Sumber ijtihadi, yang disebut juga sebagai sumber tafsiran seperti ijmak dan qias telah disepakati ulama sebagai sumber hukum selepas al-Qur‘an dan al-Sunnah.

1.5.2.1 Al-Ijma’

Ijmak dari sudut bahasa mempunyai dua pengertian. Pertamanya bermakna keazaman. Dalilnya ialah sepertimana yang terdapat di dalam firman Allah swt dalam surah Yunus,10: 71:

Terjemahan: Dan bacakanIah kepada mereka berita penting tentang Nuh di waktu dia Berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, jika terasa berat bagimu tinggal (bersamaku) dan peringatanku (kepadamu) dengan ayat-ayat Allah, Maka kepada Allah-lah Aku bertawakal, Karena itu bulatkanlah keputusanmu dan (kumpulkanlah) sekutu-sekutumu (untuk membinasakanku). Kemudian janganlah keputusanmu itu dirahasiakan, lalu lakukanlah terhadap diriku, dan janganlah kamu memberi tangguh kepadaku.

Keduanya ia bermakna persepakatan. Oleh itu ijmak berdasarkan makna pertama boleh terhasil dengan perlakuan seorang sahaja. Manakala ijmak dengan makna kedua tidak mungkin tercapai kecuali dengan wujudnya dua orang atau lebih. Menurut istilah para ulama usul, ijmak ialah persepakatan para mujtahid dari kalangan umat Muhammad SAW. selepas kewafatan baginda di dalam satu-satu zaman di atas satu-satu hukum syarak. Berdasarkan pengertian diatas maka jelaslah bahawa ijmak itu tidak akan tercapai kecuali sempurna syarat-syarat berikut:

i. Hendaklah persepakatan itu berlaku di kalangan para mujtahid, jika bukan dari kalangan mereka,maka tidak dikira ijma’, ia itu dari kalangan orang awam.

ii. Persepakatan tersebut mestilah berlaku di kalangan semua mujtahid. Jika sebahagian

26

Page 27: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

besarnya sahaja, tidak boleh dikira ijma’ ini kerana masih ada yang tidak sepakat - mungkin kebenaran itu ada pada mereka yang tidak sepakat walaupun mereka itu tidak ramai.

iii. Persepakatan mujtahid itu mestilah berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Ijmak tidak perlu semasa hayat baginda kerana memadai dengan Wahyu al-Quran yang diutuskan dan Sunnahnya.

iv. Persepakatan ini hanyalah mengenai hukum syarak sahaja seperti, wajib, haram, harus dan sebagainya. Terkeluar darinya hukum akal dan adat.

v. Persepakatan ini mestilah dari kalangan umat Muhammad sahaja , terkeluar darinya ketua-ketua agama lain, kerana ia mungkin di pengaruhi oleh akidah agama mereka.

vi. Persepakatan ini mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada pada zaman tersebut. Tidak disyaratkan dari zaman sebelum atau selepasnya, kerana ini menyebabkan kewujudan ijmak adalah mustahil.

ljmak Sebagai Hujah Syarak

Para ulamak telah sepakat menerima ijmak sebagai sumber hukum yang ketiga selepas al-Quran dan al-Sunnah berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah, antaranya:

Dari al-Quran pula Allah berfirman:

Terjemahan:‘Dan sesiapa yang menentang Rasulullah sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan oranq-orang mu’min,nescaya Kami biarkan dia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.”.(Surah An-Nisa’,4 :115)

Di dalam ayat di atas Allah telah mengancam orang yang tidak mengikuti jalan orang mukmin dengan azab yang amat pedih iaitu neraka Jahannam. Dengan ini nyatalah bahawa jalan orang yang beriman itu jalan yang benar dan wajib diikuti oleh semua manusia.

Dari al-Sunnah pula Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

i. “Apa yang difikirkan baik oleh orang mumin itu maka baiklah ia disisi Allah s.w.t”

ii. “Tidak bersepakat umatku di atas kesesatan’.

Hadis-hadis di atas menunjukkan RasululIah s.a.w. memberi jaminan bahawa setiap perkara yang. diijmakkan oleh para mujtahid adalah berada dalam lingkungan kebenaran dan segala keputusan yang diambil oleh mereka adalah muktamad. Dengan itu keputusan tersebut mesti diikuti dan dipatuhi (Badran,1984:116-117).

Jenis-Jenis Ijmak:

i. Ijmak Soreh : iaitu ijmak yang berlaku melalui pernyataan pendapat oleh setiap mujtahid secara terus terang sama ada dengan lisan atau pun tindakan terhadap sesuatu hukum syarak. Menurut jumhur fuqahak ijmak soreh ini menjadi hujah yang qat’i.

ii. Ijmak Sukuti : Iaitu ijmak yang lahir dari sebahagian mujtahid dan diketahui oleh sebahagian yang lain tetapi tiada bantahan dan fatwa baru yang berbeza dikeluarkan oleh mereka walaupun masa yang ada itu sudah cukup untuk mereka membentuk satu pendapat tentang masalah tersebut. Diamnya mereka itu bukan kerana adanya ancaman atau sakit. Sebahagian ulama berpendapat ijmak sukuti ini sebagai hujah yang qat’i dan sebahagian lain sebagai hujah yang zanni.

27

Page 28: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

1.5.2.2 Al-Qias

Qias dari segi bahasa bererti menyamakan.,iaitu menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Menurut istilah Ulama Usul, qias ialah menyamakan sesuatu masalah yang tidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana adanya persamaan illah antara kedua-duanya, contohnya: Rasulullah s.a.w. menyamakan hukum mengumpulkan antara anak gadis dengan makciknya (dalam perkahwinan) dengan mengumpulkan adik dengan kakak kerana adanya persamaan illah antara kedua-duanya, iaitu akan memutuskan tali persaudaraan. Kedua-duanya adalah haram hukumnya.(Abdul Wahab Khallaf,Dr.,1984:18).

Rukun Qias

Bagi membentuk sesuatu qias hendaklah terlebih dahulu menyempurnakan empat rukun berikut:

i. Asal (al-asl) iaitu perkara yang sudah ada hukumnya yang telah ditetapkan oleh nas.

ii. Furu’ (al-far’u) iaitu perkara baru yang tidak terdapat nas mengenal hukumnya sama ada dari al-Quran, sunnah maupun ijmak.

iii. Hukum asal (hukm al-asl) iaitu hukum perkara asal yang terdapat nasnya di dalam al-Quran atau al-Sunnah.

iv. Sebab hukum (i’llah) iaitu bentuk persamaan yang mengikat di antara perkara asal dengan yang baru (far’u).

Qias Sebagai Hujah Syarak

Jumhur ulamak berpendapat bahawa qias adalah hujjah syarak dan sumber hukum yang produktif bagi menghadapi masalah-masalah baru yang timbul ditengah-tengah masyarakat Islam dari masa ke semasa.lni bardasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah:

i. Maksud firman Allah s.w.t dalam surah al-Hasyr, 59:21:

Terjemahan:Maka ambil l’tibarlah wahai orang-orang yang berakal’.

Ayat diatas menggambarkan apa yang terjadi kepada Bani Nadhir yang ditimpa pelbagai mala petaka akibat kederhakaan mereka. Allah meminta orang-orang yang berakal supaya mengambil iktibar dengan mengqiaskan diri mereka juga akan ditimpa petaka jika menderhakai Allah SWT. dan RasulNya. Kederhakaan dalam ayat ini menjadi sebab berlakunya petaka.

ii. Rasulullah saw. juga mengqiaskan bercium di bulan puasa dengan berkumur sewaktu mengambil wudhu’. Kedua-duanya tidak membatalkan (puasa dan wudhu’).

Berdasarkan dalil-dalil di atas jelas bahawa ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah dapat menyelesaikan segala permasalahan yang sudah,sedang dan akan berlaku, iaitu melalui qias yang termasuk satu alat yang kuat bagi para mujtahid setiap zaman. Rasulullah s.a.w. sendiri menggunakan qias dan bersetuju dengan dasar ini sebagai hujah dalil hukum syarak. Oleh itu wajiblah setiap muslim beramal dengannya.

28

Page 29: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

Selain daripada ijmak dan qias, terdapat juga lain-lain sumber ijtihadi atau sumber berasaskan tafsiran ulama seperti al-masalih al-mursalah, al-istihsan, sad al-dzarai’ al-urf dan syar’un man qablana. Semuanya merupakan sumber atau kaedah yang digunakan oleh oleh individu tertentu atau para ulama berhubung dengan sesuatu perkara yang tidak dinaskan oleh al-Quran dan al- Sunnah secara qat’i (pasti). Sumber ini tidak disepakati ulama sebagai sumber hukum yang kuat sebagaimana ijmak dan qias. Berikut ini diiterangkan secara ringkas sumebr-sumber tersebut:

i) Al- Masalih Al- Mursalah

Masalih Mursalah (istilah) dari sudut bahasanya bererti mencari kemaslahatan dan kebaikan. Menurut istilah usul pula ia bermaksud menentukan hukum bagi sesuatu perkara yang tidak terdapat nasnya di dalam al-Quran dan sunnah dan tiada keputusan ijma’ mengenainya, berdasarkan penelitian maslahat, iaitu kemaslahatan yang ditujukan untuk memelihara kesucian agama dan kebaikan hukum-hukum syara’, serta mendatangkan manfaat dan menolak mudharat sahaja.

Contohnya: Khalifah Umar lbnul Khattab telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap sekumpulan orang ramai yang membunuh seorang mangsa, sedangkan di dalam al-Quran atau sunnah tidak ada nasnya. Hukuman ini dibolehkan berdasarkan kemaslahatan untuk memelihara jiwa manusia daripada pembunuhan yang kejam.

Dengan itu, masalih al-mursalah merupakan jalan untuk mengatasi serta menyelesaikan masalah-masalah baru yang tidak didapati nasnya dengan jelas didalam al-Quran atau al-Sunnah. Walaupun demikian penggunan hukum masalih mursalah ini hanya dibenarkan dalam bidang muamalat sahaja serta hendaklah terlebih dahulu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.( Abu Husny,1987:102)

ii) Al- Istihsan

Istihsan dari segi bahasa bererti baik dan elok atau menganggap sesuatu itu baik, sama ada ia sebenarnya baik atau sebaliknya. Menurut Ulama Usul, istihsan ialah penetapan hukum dari seorang mujtahid terhadap sesuatu masalah, berlainan daripada ketetapan yang diterapkan pada masalah-masalah yang ada persamaan dengannya, kerana ada alasan yang lebih kuat yang menghendaki kelainan itu dilakukan seperti menjaga kepentingan awam atau individu atau menjaga keadilan yang selaras dengan matalamat syari’ah.

Contohnya: Orang yang bodoh (al-safih) wajib dihalang daripada mengurus hartanya demi kebaikan diri dan keselamatan hartanya. Dia tidak boleh menjual, melabur, menggadai dan lain-lain tanpa keizinan walinya.Namun begitu jika dia mewasiatkan hartanya kepada jalan kebaikan, maka wasiat itu sah walaupun tanpa izin walinya kerana wasiat itu hanya terlaksana selepas kematiannya. Jadi keharusan ini tidak menjejaskan tujuan menghalang yang asal, iaitu memelihara harta dari dipersia-siakan.

iii) Sadd al-Dzarai’

Ia bermaksud menghalang jalan atau perantaraan kearah sesuatu, sama ada baik atau buruk, sama ada dalam bentuk perbuatan atau perkataan. Kebiasaannya banyak digunakan untuk maksud atau jalan yang membawa kepada kerosakan.

29

Page 30: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

Dzari’ah dikira sebagai sumber hukum berdasarkan dalil serta petunjuk yang difahami daripada al-Quran dan al-Sunnah. Dalam al-Quran Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-An’am,6:108:

Terjemahan:Dan janganlah kamu memaki sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan…..

Allah s.w.t telah melarang orang beriman memaki tuhan yang disembah oleh orang kafir kerana mungkin menjadi sebab mereka akan mencaci Tuhan yang disembah oleh orang mukmin.

Selain dari itu, adalah haram menyewakan bangunan kepada pengusaha perjudian atau perusahaan-perusahaan haram yang lain kerana ia akan mendatangkan mudharat kepada umat manusia.Begitu juga tidak harus bagi seorang hakim atau pemerintah menerima hadiah daripada orang yang tidak biasa memberi hadiah kepadanya untuk mengelakan termakan budi yang mungkin boleh membawa kepada kezaliman atau tidak adil di dalam menghukum.

iv) Al-‘Urf (Adat / Kebiasaan)

Al-‘Urf dari segi bahasa: Sesuatu yang baik yang dibiasakan dengannya. Menurut istilah ialah sesuatu yang biasa dilakukan oleh manusia dan diamalkan dalam kehidupan mereka sama ada kata-kata atau perbuatan yang berulang kali dilakukan sehingga sebati dalam jiwa mereka dan benar-benar diterima oleh akal mereka.

AI-‘Urf diterima sebagai sumber hukum berdasarkan dalil-dalil berikut:

i. Firman Allah s.w.t dalam surah al-A’raf, ayat 199, bermaksud:

Terjemahan: Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan serulah dengan perkara yang baik (yang menjadi kebiasaan orang), serta berpalinglah (jangan hiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)....

ii. Hadith RasuluIlah s.a.w.(maksudnya):

“Apa yang dilihat (difikirkan) oleh orang Islam itu baik; maka ianya juga adalah baik di sisi Allah.”

Contoh-contohnya:

i. ‘Uruf (qauli) ialah kebiasaan dalam kata-kata sebagai contoh; masyarakat sudah biasa menggunakan lafaz – “aulad” untuk anak-anak lelaki bukan anak perempuan, sedangkan ia dari sudut bahasa merangkumi kedua-dua sekali.

ii. ‘Uruf (amali) ialah perlakuan yang sudah menjadi biasa sebagai contohnya; kebiasaan masyarakat berjual beli tanpa ada sebutan sighah jual beli sedangkan lafaz ijab qabul adalah rukun jual beli. Tetapi sudah menjadi kebiasaan masyarakat menjual dan membeli dengan hanya mengunjukan wang dan mengambil barang tanpa ada ijab qabul. (Fadilah Sarnap,1998.ms: 385).

v) Shar’un Man Qablana (Syariat Terdahulu)

30

Page 31: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

Syar’un Man Qablana ialah apa yang diceritakan kepada umat Muhammad s.a.w. dari hukum hakam syariat-syariat yang ditaklifkan ke atas umat-umat terdahulu sebagai suatu yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. dan begitu juga apa yang diterangkan oleh para Rasul terdahulu. Tiada nas yang mengaitkan pensyariatannya kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.

Apabila timbul permasalahan baru yang tidak dijumpai hukumnya di dalam al-Quran dan al-Sunnah atau sumber-sumber hukum lainnya, maka untuk menyelesaikannya ulama berpendapat bolehlah membuka kembali lembaran kitab Taurat, Injil atau suhuf-suhuf Rasul terdahulu untuk mengetahui hukumnya kalau-kalau terdapat kaedah yang boleh dijadikan panduan dan dasar untuk menyelesaikan permasalahan itu, asalkan tiada keterangan bahawa ia sudah mansuh dan tidak berlaku lagi.

Sebagai contoh: Imam Abu Hanifah telah berani memfatwakan wajib dijalankan qisas keatas orang Islam yang membunuh kafir zimmi dan begitu juga keatas seorang laki-laki yang membunuh seorang perempuan. Ini berdasarkan hukum yang ditetapkan di dalam kitab Taurat di mana Al-Quran tidak memansuhkannya. (Sheikh Ali Hassan Ahmad Ad-Dariy, 1995:72).

Sebagai kesimpulan di bahagian ini, Islam merupakan merupakan satu cara hidup yang lengkap kepada seluruh manusia di mukabumi ini. Sebagai satu sistem yang bersifat rabbani, syariat Islam unggul dengan ciri-cirinya yang tersendiri jauh lebih baik berbanding undang-undang ciptaan manusia. Ia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip tertentu yang sentiasa menjamin kemaslahatan kepada manusia. Syariat menjadi lebih istimewa dengan adanya sumber-sumber yang kukuh dari sisi Allah s.w.t. melalui wahyu ia seterusnya menjadi lebih praktikal apabila turut meraikan kemampuan akal manusia dengan mengiktiraf sumber ijtihadi sebagai antara sumber-sumber perundangan yang sah. Dengan itu, syariat wajib diterima serta dipraktikkan oleh umat Islam secara menyeluruh supaya kesempurnaan dan keindahannya dapat memberi faedah kepada mereka di dunia dan di akhirat.

1.6 KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM

Berbanding dengan agama-agama ciptaan manusia (agama wadie), Islam merupakan agama yang unik dan istemewa apabila dilihat pada ciri-ciri sebagaimana berikut:

1.6.1 Rabbani

Ajaran Islam bersifat rabbani (ketuhanan) kerana sumber utamanya ialah wahyu Allah s.w.t Wahyu ini diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. dengan dua pendekatan. Pertama wahyu dalam bentuk lafaz dan makna iaitu al-Quran dan kedua wahyu dalam bentuk makna sahaja iaitu al-Sunnah. Atas faktor kewahyuan ini syariat Islam lebih istimewa berbanding agama ciptaan manusia dilihat dari beberapa sudut antaranya:

i. Segala prinsip dan hukum hakamnya terpelihara daripada kesilapan dan kekurangan. Ia didorong oleh sifat penciptaNya yang suci dari sebarang kelemahan. Manakala undang-undang wad’ie ia tidak sunyi dari sebarang silap atau kelemahan kerana ia lahir dari pemikiran insan yang sudah diakui umum sebagai tidak terlepas dari kesilapan dan lupa. (Abdul Karim Zaidan, (Dr.), 1969:40)

31

Page 32: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

ii. Ia bersifat adil serta berpegang kepada prinsip persamaan sesama manusia dihadapan hukum Allah. Firman Allah dalam surah al-Hujurat,49:3:

Terjemahan: “Wahai manusia sesungguhnya Kami ielah menjadikan kamu berbilang bangsa den berpuak-puak supaya kamu saling berkenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paIing mulia antara kamu ialah yang paling bertaqwa kepadaNya”.

Dalam sebuah hadith riwayat al-Baihaqi Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam hadis yang bermaksud:

“Demi Allah sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya akan aku potong tangannya”

1.6.2 Syumul dan Lengkap

Maksud kesyumulan Islam ialah ia merangkumi segenap aspek hidup manusia, memenuhi segala kepentingan mereka samada dalam bentuk daruriyyat, hajiyyat dan juga tahsiniyyat Ia juga menyusun dan mengatur hubungan manusia dalam segenap rangkaiannya samada dengan Allah, sesama manusia serta alam sekeliling mereka. Manakala agama ciptaan manusia tidak memiliki ciri-ciri ini kerana agama-agama tersebut tidak menentukan peraturan yang bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak walaupun banyak menyentuh aspek lain. (Dr.Abdul Karim Zaidan, 1969:59).

Kesempurnaan Islam sudah dijamin oleh Allah s.w.t. Jaminan itu tertera dalam surah al-Ma’idah,ayat 53:

Terjemahan:Pada hari ini, Aku telah sempumakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.

1.6.3 Sepadu dan Seimbang

Seluruh ajaran Islam dan sistem-sistemnya ditegakkan di atas dasar sepadu. Setiap satu bahagian daripada bahagian yang lain saling berkaitan antara satu sama lain. OIeh itu Islam perlu diamalkan secara keseluruhanya oleh manusia, bukan sebahagian yang tertentu sahaja. Apabila manusia hanya mengambil bahagian yang tertentu dan meninggalkan perintah yang lain, akan cacatlah Islam mereka serta pincanglah kehidupan masyarakat itu. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah,2:208:

Terjemahan:Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama lslam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang dan nyata.

Kesepaduan dan keseimbangan sistem Islam ini bukan sahaja dalam aspek hukum hakam bahkan juga dalam segala ciptaan Allah termasuk penciptaan langit dan bumi serta peredaran bulan bintang dan matahari. Semuanya bersifat sepadu dan seimbang.

Seimbang bermaksud sama berat atau tidak berat sebelah. Keseimbangan juga dapat dilihat dari sudut rohani dan jasmani, dunia dan akhirat.Islam juga menjamin keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat supaya tldak ada satu hak pun yang teraniaya di antara kedua-duanya. Undang-undang ciptaan manusia pula ternyata lebih cederung

32

Page 33: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

kepada keduniaan serta berpegang kepada konsep pengasingan dalam banyak perkara.

1.6.4 Tetap Dan Anjal

Tetap merupakan ciri penting Islam. Ia bermaksud segala prinsip serta dasar yang telah digariskan oleh Allah dalam al-Quran dan al-Sunnah adalah bersifat tetap dan tidak akan berubah hingga ke hari kiamat. Prinsip-prinsip tersebut sama ada menyentuh aspek akidah, ibadah ataupun muamalat tidak boleh dipinda oleh sesiapa kecuali oleh Allah s.w.t semasa wahyu masih diturunkan melalui kaedah nasakh dan mansukh.

Contoh Islam bersifat anjal dan fleksibel boleh dilihat dari sudut perlaksanaan syariah Islam. Terdapat beberapa aspek yang menunjukkan keanjalan syariah antaranya ialah:

i. Terdapatnya nas-nas syarak yang bersifat umum serta terbuka kepada pelbagai tafsiran. Contohnya suruhan menutup aurat yang terdapat di dalam al-Quran tidak menghadkan satu fesyen tertentu sahaja. Pokok permasalahannya ialah menutup aurat dengan sempurna. Bagaimana caranya adalah terpulang kepada keselesaan dan kesesuaian manusia itu sendiri mengikut adat dan kebiasaan mereka.

ii. Syariah sentiasa bertolak ansur dengan pelbagai kelemahan manusia seperti lupa, sakit, jahil, terpaksa dan sebagainya. Di samping itu syariat juga memberi kemudahan kepada manusia apabila mereka berhadapan dengan kesukaran, kesempitan,masyaqqah serta darurat.. (Dr. Abdul Karim Zaidan,1969:47)

1.6.5 Praktikal

Islam bukanlah agama yang berbentuk teori semata-mata, tetapi ianya perlu dihayati dalam bentuk pelaksanaan. Penghayatan terhadap Islam bukan sahaja bersangkut kepada persoalan hati dan pemikiran, tetapi perlu dimanifestasikan dalam bentuk perlakuan yang disebut sebagai ‘amal’ dan ianya tetap di dalam kemampuan manusia. Sebagai Pencipta Yang Maha Mengetahui, Allah s.w.t. tidak mensyariatkan sesuatu yang di luar kemampuan hamban-hambaNya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah,2:286:

Terjemahan: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…

1.6.6 Tinggi

Islam satu-satunya agama yang diakui dan diterima oleh Allah s.w.t. Firman Allah dalam surah Ali-Imran,3:19:

Terjemahan: Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam.

Ketinggian Islam adalah bermula dari keyakinan bahawa Islam itu agama samawi yang datang dari Zat yang Maha Tinggi. Islam disifatkan sebagai satu-satunya agama yang mempunyai kedudukan tertinggi yang tiada bandingannya dengan lain-lain agama wad’ie atau agama budaya hasil ciptaan manusia.

1.6.7 Universal

Agama Islam dan ajarannya bersifat universal atau sejagat. Ertinya ia meliputi semua tempat dan masa. Tiada batas geografi yang dapat mengasingkan syariat daripada manusia walau di mana mereka berada. Firman Allah dalam surah al-A’raf,7:158:

33

Page 34: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

Terjemahan: Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya Aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan, Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk".

Atas sifat universal ini, maka syariat Islam mampu menjamin kemaslahatan manusia serta segala keperluan mereka sepanjang masa.

1.7 KESIMPULAN

Islam merupakan ajaran yang lengkap, menyeluruh dan mampu memandu kehidupan manusia bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Terdapat berbagai keistimewaan yang meletakkan Islam sebagai satu cara hidup yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia dan fitrah penciptaan alam. Ia amat berbeza dengan agama-agama lain dan tiada yang setanding dengannya. Akidah, syariah dan akhlak merupakan prinsip-prinsip asas ajaran Islam yang melengkapi setiap sudut dan aspek keperluan hidup manusia. Semuanya ditunjangi oleh sumber-sumber utama ajaran Islam, iaitu sumber asasi yang bersifat samawi; al-Quran dan al-Sunnah, serta sumber ijtihadi seperti ijmak dan qias.

RUJUKAN

Abu Husny, 1987,Pembinaan Perundangan Hukum Islam, Singapura: Pustaka Nasional.

34

Page 35: CTU 151 : bab 1_Islam Sebagai Al-Din : Text book

Badran Abul ‘Ainain Badran, 1983, Usul al-Fiqh al-Islami, Iskandariah: Muassasah Syabab al-Jamiah.

Haron Din, Prof. Dr., 1988,Manusia Dan Islam, Kuala Lumpur: Percetakan Watan.

Husin Hamid Hassan, 1972, al-Madkhal Li Dirasah al-Fiqh al-Islami, Al-Qahirah: Dar al-Nahdhah al-Arabiah.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid (penyelenggara),1997,Dinamisme Pengajian Syariah,Kuala Lumpur: Berita Publishing.

Mohd. Ali Abu Bakar, Kejadian Manusia Dan Perjuangan Hidup, Cet.2, 1991,Pustaka Aman Press.

Stephen Fuchs S.V.D., Origin of Religion, 1975, Kerala: Pontifical Institute Publication.

Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, 1985, Kuala Lumpur: Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri

Yusuf al-Qaradawi, al-Khasais al- ‘Ammah Lil Islam. 1977, Al-Qahirah: Maktabah Wahbah,

Yusuf Zaki Yaakub, Dialog Dengan Etheis: Benarkah Tuhan Ada, September 1987. Artikel dalam Majalah Pengasuh, Vol. 488.

Zaidan, Abdul Karim, Usul al-Da ‘wah, ed.3, 1972,Baghdad: Jami’at Baghdad.

Zaidan, Abdul Karim, 1969,Al-Madkhal li Dirasat al-Syariat al Islamiyyah, Baghdad : Mataba’ah al-Aani.

35