laporan tahunan 2003 - utm library...

34
LAPORAN TAHUNAN 2003 Jabatan Pembangunan Automasi Perpustakaan Sultanah Zanariah Universiti Teknologi Malaysia April 2004 Skudai, Johor Bahru

Upload: haquynh

Post on 01-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

LAPORAN TAHUNAN 2003

Jabatan Pembangunan Automasi Perpustakaan Sultanah Zanariah

Universiti Teknologi Malaysia

April 2004 Skudai, Johor Bahru

Page 2: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

ISI KANDUNGAN Mukasurat ISI KANDUNGAN i - ii

OBJEKTIF 1

STAF PROFESIONAL & SOKONGAN 2

STRUKTUR ORGANISASI 3

LAPORAN AKTIVITI UNIT 4 – 31

Unit Sistem Pengurusan Perpustakaan 5 - 10 Pendahuluan Aktiviti Unit

Penyenggaraan dan Penambahbaikan Sistem Pengurusan Perpustakaan

Semak / Kemaskini Parameter Setup / Codes & Types Modul Di ADVANCE

House keeping Muatnaik Rekod Graduan Dan Pelajar Baru Ke

Sistem ADVANCE Mengimport Rekod MARC dari SLA Ke Sistem

ADVANCE Menerima, menyemak, menganalisis dan mengatasi

masalah Sistem ADVANCE Aplikasi dan Subsistem Pengurusan Perpustakaan

Sistem Aduan Masalah Aplikasi (SAMA) Antaramuka ORBIt berasaskan Web

Unit Perolehan Dan Penyenggaraan Komputer 11 - 14 Pendahuluan Aktiviti Unit

Pembelian Komputer dan Perkakasan Komputer Penyenggaraan Komputer dan Perkakasan Komputer Pelupusan Komputer dan Perkakasan Komputer Masalah Yang Dihadapi

Virus dan Penginstalan Anti Virus Trend Micro Penyenggaraan PC Untuk Pengguna Penyenggaraan Perkakasan Komputer oleh PKUTM

i

Page 3: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

ISI KANDUNGAN Mukasurat Unit Server Dan Rangkaian Komputer Perpustakaan 15 - 19 Pendahuluan Aktiviti Unit

Pemantauan dan Penyenggaraan Server Penyenggaraan dan Perpindahan Server Instalasi Baru Server Proxy

Pemantauan dan Penyenggaraan Rangkaian Pasang Baru Firewall, UTP Port & Wireless Access Point Masalah Rangkaian Mengenai Intranet/Internet

Pemantauan dan Penyenggaraan Sistem Perakam Waktu Pembangunan Portal PSZ Penyenggaraan Perkakasan / Perisian

Unit Aplikasi dan Multimedia 20 - 22 Pendahuluan Aktiviti Unit

Sistem Pengurusan Dokumentasi Sistem Aplikasi Perpustakaan

Masalah Projek Perpustakaan Digital (Aplikasi Perpustakaan) Latihan dan Kerjaya 23 - 25 Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya

Staf Profesional Staf Sokongan Latihan/Kursus Yang Dikendalikan :Peringkat Pembantu Ulasan Latihan Staf

Cadangan Penambahbaikan 26 - 30

Pengubahsuaian Bilik Baikpulih Komputer Menaiktaraf Kaunter Sirkulasi PSZ dan Unit di PSZ Pembelian Mesin Pemulangan Layandiri Data Bridges Conversion Sistem Pengurusan Dokumen Di Atas Persekitaran UNIX Pengurusan Keperluan Laporan/Senarai dari Sistem ADVANCE Advance Parameter Setting Kefahaman Staf Terhadap IT Pengurusan dan Keselamatan Rangkaian Polisi Keselamatan Susunatur Semua Patch Cable – Cable Rack Disaster Recovery Plan (DRP) Penyenggaraan PC Yang Disediakan oleh ICT Penyenggaraan PC PSZ oleh ICT

Penutup 31

ii

Page 4: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Menyediakan infrastruktur dan kemudahan teknologi maklumat untuk perpustakaan Mengembangkan penggunaan teknologi maklumat kepada semua aktiviti perpustakaan Menyediakan perkhidmatan meknologi maklumat kepada jabatan lain di perpustakaan Menyokong PSZ dalam memupuk budaya ilmu di kalangan komuniti UTM

Page 5: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Ketua Jabatan Anuar bin Talib

Pustakawan

Haslina binti Nasir Sistem Pengurusan Perpustakaan

Nor Asikin bte Mohamad

Perolehan dan Penyenggaraan

Pegawai Sistem Maklumat Aslinda bte Mohamed Aris

Server dan Rangkaian

Pembantu Perpustakaan Nur Farahin Jasmine See Abdullah

Juruteknik Azrina Benan Harun Bin Lop

Jamaluddin Bin Abd Malek

Pembantu Am Rendah Fahrurrozi Bin Mohamad Sa'ban

Page 6: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Menyedia kemudahan aplikasi dan multimedia

terbaik dalam membantu

perkhidmatan perpustakaan

berfungsi ketahap paling

optima

Menyedia kemudahan

perkhidmatan penyebaran

maklumat yang cekap dan

efisyen

Membangun Laman Web PSZ dan lain

aplikasi multimedia

Menyedia Infrastruktur ICTserver komputerdan komponen

penting IT ketahap optima

Merealisasi keperluan IT melalui fungsi unit yang telah dikenal pasti

dan dipraktiskan

Mengemaskini teknologi

maklumat PSZ seiring dengan perkembangan

IT universiti

Menyedia kemudahan

sistem pengurusan

perpustakaan yang terbaik

dalam membantu

perkhidmatan perpustakaan

berfungsi ketahap

yang optima

Menyenggara dan menaiktaraf

Sistem Pengurusan

Perpustakaan supaya dapat

beroperasi dengan lebih

cekap dan efisyen

Menyedia kelengkapan

teknologi maklumat

ketahap optima bagi memenuhi

keperluan pelanggan

Menyenggara kelengkapan

teknologi maklumat

dengan cekap dan cepat

Page 7: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional
Page 8: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional
Page 9: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Pendahuluan Unit Sistem Pengurusan Perpustakaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Sistem Bersepadu ADVANCE Integrated Library System di Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ). Sistem ini adalah merupakan salah satu sistem komponen penting PSZ di dalam menyalurkan keperluan maklumat khususnya berkaitan dengan koleksi PSZ dalam proses pengajaran dan pembelajaran di UTM.

Aktiviti Unit Penyenggaraan dan Penambahbaikan Sistem Pengurusan Perpustakaan 1) Semak Dan Kemaskini Parameter Setup Dan Codes & Types Bagi Semua

Modul Yang Terdapat Di Dalam Sistem ADVANCE Sub-Aktiviti Keterangan Kemaskini Login Staf Kemaskini untuk login staf Unit Perolehan Bahan Khas untuk mengakses

Modul Sirkulasi. Mewujudkan User Group Access Code bagi memudahkan setting fungsi dilakukan.

Pembetulan Dan Kemaskini Patron Code

Semakan dan pembetulan kod patron pelajar ATMA Diploma kepada ATMA Ijazah dilakukan bagi mempastikan tiada lagi kursus ATMA di peringkat Diploma. Mewujudkan kod-kod baru bagi Pelajar Tahun Asas mengikut fakulti. Sehingga kini PSZ mempunyai 551 kod patron type dengan 46 kod patron group.

Semakan Polisi PSZ Supaya Selari Dengan Parameter Yang Ditentukan di ADVANCE

Semakan dan pembetulan parameter sentiasa dilakukan dari masa ke semasa khususnya yang melibatkan polisi dan prosedur PSZSKD dan PSZKL. Kemaskini dan semakan pada Checkout Sublocations dan Checkin Sublocations di Circulation Configuration Codes untuk Checkout dan Checkin port telah dilakukan pada 56 port yang terdapat di dalam sistem bagi memastikan proses pemulangan buku bagi setiap agensi (khususnya SPACE) boleh dilakukan dengan jayanya sama ada di PSZKL atau PSZSKD.

Proses Peminjaman Dan Pemulangan Bahan Skim Pinjaman Antara Perpustakaan (SPP) Melalui Sistem Advance

Untuk membolehkan proses ini dilaksanakan, beberapa kod baru untuk kod patron group telah diwujudkan bagi mnegawalselia bahan PSZ yang dipinjam oleh institusi luar. Bagi peminjaman buku dari institusi luar, template untuk rekod-rekod holdings yang dilengkapi dengan barcode telah disediakan di dalam sistem untuk semua institusi yang terlibat. Walaubagaimana pun, untuk peringkat awal pelaksanaannya hanya tertumpu di PSZ Skudai sahaja.

Kod Untuk Cawangan Baru SPACE.

Kemaskini dan mengwujudkan kod baru bagi sublocation code, circulation code dan location code cawangan SPACE yang baru seperti di Sabah, Kuching dan Kerteh bagi kemudahan proses pembelian buku untuk pembangunan koleksinya.

Pelaksanaan Sistem ADVANCE Di BATC

BATC telah menggunakan sistem perpustakaan bersepadu ADVANCE secara intensif mulai April 2003. Selain daripada mengemaskini dan penambahan patron type di Circulation Module, masalah yang berkaitan dengan transaksi peminjaman dan pemulangan bahan serta keperluan mendapatkan statistik bagi koleksinya juga diberikan layanan.

Jadual 1: Semakan Parameter Setup Dan Codes & Types

Page 10: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

2) House keeping

Kemaskini patron code bagi program PPD dan Integrasi telah dibuat untuk memudahkan proses housekeeping rekod patron dan untuk memastikan kelayakan peminjaman bahan yang tepat untuk kumpulan patron berkenaan. Selain dari itu sebanyak 149 bibliografik rekod yang mempunyai nombor panggilan ”Bibliofile” telah keluarkan dari pangkalan data. Semakan ke atas holdings records koleksi SPACE juga telah dibuat untuk memastikan collection code setiap buku cawangan SPACE dimasukkan. Bagi koleksi makalah, sebanyak 15,166 rekod yang masih menggunakan collection code LTB (Layanan Terbuka) telah ditukar ke KS (Kaunter Sirkulasi). Tujuan utama penukaran ini dilakukan adalah untuk memastikan pelajar dapat mengakses koleksi PSZ melalui maklumat tepat yang diberikan melalui INFOLAN2.

3) Muatnaik Rekod Graduan Dan Pelajar Baru Dari Sistem Maklumat Pelajar Ke ADVANCE

3.1 Rekod Graduan

Sebanyak 2 kali rekod graduan dikemaskini iaitu pada 8 Mac 2003 untuk sesi Mac 2003 dan pada 25 Julai 2003 untuk sesi Ogos 2003. Jumlah keseluruhan rekod yang telah dikemaskini melalui interface untuk sesi Mac 2003 adalah sebanyak 5,128 rekod 2,178 rekod terminated dan 100 rekod penalized. Manakala bagi Graduan Ogos 2003, jumlah keseluruhan rekod yang telah dimuatnaik sebanyak 14,777 rekod dengan 9,707 rekod tamat pengajian dan 272 daripadanya rekod graduan berdenda. Dari jumlah keseluruhan rekod yang diterima dari Unit Akademik, sebanyak 4,798 adalah rekod tiada di dalam pangkalan data PSZ. Kebanyakan rekod ini dijangka terdari dari pelajar SPACE dan juga pelajar-pelajar yang tidak mendaftar dengan PSZ. Sesi Rekod dari

U.Akademik Tamat Pengajian

Graduan Berdenda

Tidak Daftar

Mac 2003 5,128 2,178 100 2,850 Ogos 2003 9,649 7,529 172 1,948 Jumlah 14,777 9,707 272 4,798

Jadual 2 : Rekod Graduan Yang Dikemaskini Melalui Antaramuka.

3.2 Rekod Pelajar Baru Sepanjang tahun 2003, muatnaik rekod pelajar baru telah dilakukan sebanyak 3 kali iaitu pada bulan April, Jun dan Disember, di mana sebanyak 5,006 dari 5,437 jumlah rekod yang diterima dari PKUTM telah berjaya dimuatnaik ke Sistem ADVANCE. Sebanyak 431 rekod tidak berjaya dipindah kerana rekod patron tersebut telah wujud di dalam pangkalan data, ini disebabkan rekod tersebut telah dimasukkan secara manual oleh staf di kaunter Unit Pengurusan Koleksi.

Page 11: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Tarikh Rekod (PKUTM) Berjaya Pindah Gagal Pindah 22 Apr 2003 898 898 0 12 Jun 2003 3,729 3,695 34 04 Dis 2003 810 413 172 Jumlah 5,437 5,006 431

Jadual 3: Rekod Pelajar Baru Yang Dikemaskini Melalui Antaramuka

4) Mengimport Rekod MARC dari Sistem Aplikasi Perpustakaan (SLA) Ke Sistem ADVANCE

Sepanjang 2003, sebanyak 990 rekod MARC yang telah diimport dari SLA ke sistem ADVANCE yang merangkumi keratan akhbar, kertas soalan peperiksaan, fotograf dan koleksi tesis UTM. Oleh kerana Sistem Perpustakaan Digital ini masih baru proses ini dilakukan oleh Pustakawan Unit Sistem Pengurusan Perpustakaan. Tetapi mulai tahun 2004 proses mengimport rekod MARC tersebut akan dilaksanakan oleh Pustakawan Unit Pengindeksan.

5) Menerima, menyemak, menganalisis dan mengatasi masalah Sistem

Pengurusan Perpustakaan

Sebanyak 211 laporan masalah telah diterima dari penyelaras modul. Daripada jumlah tersebut sebanyak 129 masalah telah diselesaikan dalam masa 7 hari, manakala 56 masalah diselesaikan melebihi 7 hari. Selebihnya 11 masalah dalam tindakan JBA dan 15 masalah lagi dalam tindakan vendor sokongan, rujuk kepada graf 1 berikut:

1 2 9

5 6

1 1 1 5

0

2 0

4 0

6 0

8 0

1 0 0

1 2 0

1 4 0

2 1 1 Ju m la h L a p o ra n D ite rim a

S tatu s T ind akan T erh ad ap Lap o ran M asalah Y an g D iterim a (2003)

S e le sa i T e m p o h 7 H a ri

S e le sa i L e b ih 7 H a ri

T in d a ka n JB A

T in d a ka n V e n d o r

Graf 1: Laporan Masalah Yang Diterima Mengikut Status

Page 12: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Bulan Julai merupakan bulan yang paling tertinggi menerima aduan masalah iaitu sebanyak 43 aduan dari 211 masalah yang dilaporkan. Manakala bulan Mei hanya menerima satu laporan masalah sahaja. Secara keseluruhannya, sebahagian besar masalah yang dilaporkan adalah berpunca dari modul sirkulasi iaitu melebih 50% dari laporan yang diadukan, rujuk Graf 2 berikut:

211 Laporan M asalah D iterim a S epanjang Tahun 2003

26

12 12

22

1

25

43

1715

18

7

13

0

510

1520

25

3035

4045

50

Jan F eb M ac A pr M ei Jun Jul O go S ep O kt N ov D is

Graf 2: Laporan Masalah Yang Diterima Mengikut Bulan

Sistem Pengurusan Perpustakaan terdiri dari 8 modul yang perlu ditadbir iaitu, sirkulasi, katalog, perolehan, serials, OPAC, Web OPAC (Geo Web), sistem dan antaramuka. Di antara modul tersebut laporan masalah yang tertinggi diterima adalah melalui modul Sirkulasi iaitu sebanyak 88 aduan, ini disebabkan modul ini digunapakai oleh ke empat-empat agensi di UTM iaitu PSZSKD, PSZKL, Loji Pandu dan BATC dan kebanyakan masalah berkisar kepada peminjaman dan pemulangan, rujuk graf 3 berikut.

L apo ran D iterim a M en g iku t M o du l (211 Lap oran )

88

40

2721

15 117

20

102030405060708090

100

C irc C at S ys A cq W e bO P A C

S er Inte g-ration

O P A C

Graf 3: Laporan Masalah Yang Diterima Mengikut Modul

Page 13: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Aplikasi dan Subsistem Pengurusan Perpustakaan

a) Sistem Aduan Masalah Aplikasi (SAMA)

Penggunaan SAMA oleh Penyelaras Modul di dalam menyalurkan masalah dan keperluan sistem yang terdapat di PSZ semakin meningkat. Melalui penggunaan SAMA pemantauan setiap laporan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Bagi mempertingkat dan memperbaiki fungsi SAMA, JBA telah memohon kepada Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat untuk mendapatkan pelajar tahun akhir untuk melakukan Latihan Industri di PSZ untuk membantu menyediakan fungsi berkenaan. Latihan ini telah bermula dari 3 November 2003 sehingga 2 April 2004

b) Antaramuka ORBIt berasaskan Web

Kertas cadangan ORBiT yang berasaskan web telah pun disediakan. Walaubagaimana pun di atas faktor kekurangan sumber kewangan, pembangunan antaramuka ini terpaksa ditangguhkan dan dijangkakan akan dilaksanakan pada 2004 atau di masa akan datang.

Page 14: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional
Page 15: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Pendahuluan Unit ini bertanggungjawab merangka keperluan jangka panjang perkakasan komputer yang diperlukan oleh PSZ. Selain dari itu, tanggung jawab terhadap penyenggaraan perkakasan komputer juga terletak di bawahnya. Ia juga bertanggung jawab menyelia dan mengawasi mutu kerja-kerja baikpulih, pemasangan komputer, perisian dan lain-lain perkakasan oleh Juruteknik. Pengurusan mengemaskini inventori termasuk pelupusan perkakasan komputer PSZ juga merupakan tanggungjawab unit ini.

Aktiviti Unit Pembelian Komputer dan Perkakasan Komputer Jumlah perbelanjaan untuk pembelian perkakasan komputer menggunakan vot 35000 adalah sebanyak RM 500,000.00, vot 36000 sebanyak RM 82,000.00 dan vot 28000 sebanyak RM 500,000.00. Bagi vot 28000 hanya RM 142,782.65 telah dibelanjakan manakala maasih terdapat baki sebanyak RM 357,217.35. Ini disebabkan pembayaran untuk penyenggaraan Perpustakaan Digital tidak dapat dilaksanakan kerana masih menunggu kelulusan dari Kementerian Kewangan Malaysia. Penyenggaraan Komputer dan Perkakasan Komputer Jumlah laporan berkaitan dengan perkakasan komputer sebanyak 170 laporan tetapi jumlah kes yang sebenar ialah sebanyak 177 kes. Masalah yang paling tinggi dilaporkan ialah masalah sistem pengoperasian (Windows) iaitu sebanyak 45 kes atau 25.4%, di mana penginstalan semula sistem pengoperasian telah dilakukan. Kebanyakan masalah ini berpunca dari serangan virus dan pengendalian PC yang kurang cermat. Kebanyakan staf PSZ masih lagi tidak mengendahkan penyenggaraan berkala yang perlu dilakukan seperti virus scan, defrag dan scan disk. Masalah kedua ialah berkaitan dengan cakera keras atau hard disk yang melibatkan pemasangan semula perisian sistem pengoperasian iaitu sebanyak 20 kes atau 11.2%. Masalah monitor dan aplikasi sebanyak 17 kes atau 9.6%, kerosakan CD Drive sebanyak 14 kes atau 7.9%, masalah serangan virus sebanyak 10 kes atau 5.6%, floppy drive sebanyak 9 kes atau 5.1%, disk protection system sebanyak 8 kes atau 4.5%, network card sebanyak 6 kes atau 3.4%, kerosakan tetikus sebanyak 5 kes atau 2.8%, masalah CPU, power supply sebanyak 4 kes atau 2.3%, display card dan papan induk sebanyak 3 kes atau 1.7%, papan kekunci sebanyak 2 kes atau 1.1% dan lain-lain sebanyak 3 kes atau 1.7%, rujuk jadual 4 berikut:

Page 16: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Bil. Perkakasan Jumlah Peratus (%) 1. 2. 3. 4. 5 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.

OS Hard disk Aplikasi Monitor CD Drive Virus Floppy Drive Disk Protection System Printer Network Card Mouse CPU Power Supply Display Card Motherboard Keyboard Others

45 20 17 17 14 10 9 8 7 6 5 4 4 3 3 2 3

25.4 11.2 9.6 9.6 7.9 5.6 5.2 4.5 4 3.4 2.8 2.3 2.3 1.7 1.7 1.1 1.7

Jumlah 177 100%

Jadual 4 : Penyenggaraan Komputer dan Peranti Komputer Tahun 2003 Pelupusan Komputer dan Perkakasan Komputer Jumlah keseluruhan perkakasan komputer yang telah dilupuskan untuk tahun 2003 ialah sebanyak 613 unit mengikut kategori perkakasan berkenaan seperti di dalam jadual 5:

Bil. Perkakasan Jumlah 1. 2. 3. 4. 5 6. 7. 8. 9. 10. 12. 13. 14.

CPU CD Rom Drive CD Rom Interface Card Disk Protection System Display Card Floppy Drive Hard Disk Keyboard Monitor Mouse & Mouse Card Network Card Pencetak Printer, Sound & SCSI Card

25 3 4 2 8 34 88 59 56 51 88 1 28

Jumlah 613

Jadual 5 : Pelupusan Perkakasan Komputer Tahun 2003

Page 17: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Masalah Yang Dihadapi 1. Virus dan Penginstalan Anti Virus Trend Micro

Penginstalan perisian anti virus Trend Micro bagi menangani masalah virus di PSZ telah dilakukan secara intensif pada 4.9.2003 sehingga 30.9.2003. Penginstalan anti virus ini perlu dilaksanakan dengan segera dan setiap komputer di PSZ perlu dipasang dengan perisian ini bagi menangani masalah virus yang menyerang sistem rangkaian di UTM. Walaubagaimanapun, kerja-kerja ini masih diteruskan sehingga bulan Oktober 2003 kerana terdapat beberapa komputer yang masih bermasalah setelah perisian anti virus ini dipasang ke dalam komputer yang berkenaan.

2. Penyenggaraan PC Untuk Pengguna

Kos penyenggaraan PC sebanyak 180 unit yang sediakan oleh PKUTM kepada PSZ di ruang terbuka aras 3 adalah tinggi, ini kerana setiap stesen kerja berkenaan perlu dipasang dengan disk protection system bagi menjamin keselamatan dan jangka hayat penggunaan PC berkenaan. Perlindungan sistem ini diperlukan kerana keputusan telah dibuat untuk pertukaran dari linux based kepada windows based system. Pemasangan disk protection system ini memerlukan peruntukan tambahan kerana ia tidak termasuk dalam perancangan awal PKUTM. Oleh itu kerja-kerja penempatan semula PC berkenaan di aras 3 ditangguhkan sehingga PC berkenaan dilengkapkan dengan disk protection system.

3. Penyenggaraan Perkakasan Komputer oleh PKUTM

Perkakasan komputer yang dihantar ke PKUTM untuk dibaikpulih perlu mengikut giliran dan keadaan kerosakan perkakasan komputer berkenaan. Semakan dari Borang PSZ 18.1 (Pin1/2000) menunjukkan setiap perkakasan yang dihantar memakan masa antara 1hingga 3 minggu untuk dibaikpulih. Keadaan ini melambatkan penyerahan balik komputer berkenaan kepada PSZ. PSZ memerlukan senarai nama komponen komputer yang tidak dapat diganti supaya komputer berkenaan terus dihantar kepada vendor luar setelah menerima semula dari PKUTM. Ini mempercepatkan pembaikan komputer berkenaan serta penyerahan semula kepada staf yang berkenaan dalam masa yang singkat.

Page 18: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional
Page 19: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Pendahuluan PSZ lebih menekankan aspek keselamatan data dan rangkaian agar struktur rangkaiannya lebih sistematik, selamat dan selari dengan perkembangan era teknologi yang semakin maju dan canggih. Ini dapat dilihat dari pelaksanaan teknologi dan konsep termasuklah wireless network, proxy server, perlindungan anti-virus berpusat dan firewall yang berupaya meningkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh PSZ kepada pengguna terutama perkhidmatan menerusi talian terus.

Aktiviti Unit Pemantauan dan Penyenggaraan Server Penyenggaraan dan Perpindahan Server Memantau dan menyenggara server PSZ termasuk sistem pengoperasian, perisian dan perkakasan (UNIX based dan Windows based). Sepanjang tahun 2003, pemantauan dan penyenggaraan secara sistematik terhadap server PSZ telah dilaksanakan bagi memastikan kestabilan sistem. Pelbagai masalah dikenalpasti dan tindakan penyelesaian yang telah dilaksanakan.

Bil. Nama Server Platform Masalah 1. 2. 3. 4.

ADLIS DOC PSZCNET COMPRO

Unix Windows NT Windows NT Windows NT

Penggantian memory card Serangan virus Nimda Operating System corrupted – reinstall OS Operating System corrupted – reinstall OS

Jadual 6 : Penyenggaraan server

Fungsi Server Spesifikasi (lama) Spesifikasi (baru) Advance Sun Enterprise 3500 (Dual 400

MHz) – Solaris 8, 2GB Memory & 36GB Storage.

Sun Fire V880 with RAID & Mirroring (Dual 900 MHz) –Solaris 8, 2GB Memory & 73GB Storage.

OPAC Sun Enterprise Ultra 10S Workstation (440 MHz) – Solaris 7, 1GB Memory & 9GB Storage.

Sun Enterprise 3500 (Dual 400 MHz) – Solaris 8, 2GB Memory & 36GB Storage.

Jadual 7 : Perpindahan Server Advance & OPAC

Page 20: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Pemasangan server baru Sun Fire V880 with RAID & Mirroring (Dual 900 MHz) bagi menggantikan Sun Enterprise 3500 (Dual 400 MHz) untuk sistem ADVANCE telah dilakukan pada 15 Disember 2003 oleh Comline/CSA-JB dengan melakukan konfigurasi server, pengujian sistem ADVANCE (server and client), sistem pinjaman layan diri, antaramuka dan INFOLAN2. Pada 17 Disember 2003 semua aktiviti data conversion dihentikan bagi melakukan data migration dari server lama ke server baru, sebelah petangnya aktiviti harian berjalan seperti sedia kala. Server OPAC yang asal beroperasi di atas Sun Enterprise Ultra 10S Workstation (440 MHz) sering mengalami masalah CPU exceeded limit yang mengakibatkan perkhidmatan INFOLAN2 kerapkali terganggu. Oleh itu pertukaran OPAC server ke Sun Enterprise 3500 telah dilakukan pada 18 Disember 2003. Pengujian ke atas semua fungsi utama yang terdapat di INFOLAN2 telah pun dilakukan dan semuanya berjalan lancar. Melalui penggunaan server baru ini, diharapkan PSZ dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada para penggunanya.

Instalasi Baru Server Proxy Akibat serangan dan ancaman virus Nimda, Naichi dan Blaster ke atas rangkaian komputer UTM sejak bulan Ogos 2003, maka pada 7 September 2003 pihak PKUTM telah mengambil tindakan memasang dua proxy server bagi staf-server dan pelajar di PSZ yang menggunakan sistem pengoperasian Windows 2000. Kedua-dua proxy server ini dilengkapi dengan Microsoft Internet Security & Acceleration (ISA) yang bertindak sebagai firewall bagi melindungi rangkaian PSZ dari pencerobohan pihak luar, centralized virus protection - Trend Micro OfficeScan Corporate Edition & Server Protect yang memberikan perlindungan virus secara komprehensif kepada komputer dan server PSZ. Proxy server yang dikhaskan untuk staf-server turut mempunyai demilitarized zone (DMZ) bagi meningkatkan tahap keselamatan server di PSZ. Instalasi anti-virus Trend Micro Server Protect pada semua server Windows based telah dilaksanakan pada 8 September 2003 manakala proses instalasi anti-virus Trend Micro OfficeScan pada semua komputer staf dan pelajar telah dilaksanakan secara intensif dari 4 September 2003 hingga 17 September 2003 Dengan pelaksanaan proxy server ini, konsep DHCP (Dynamic Host Control Protocol) turut diperkenalkan di PSZ bagi memudahkan lagi pemantauan rangkaian dan mengelakkan berlaku wujud dua alamat IP yang sama.

Pemantauan dan Penyenggaraan Rangkaian Memantau dan menyenggara peralatan dan rangkaian komputer PSZ termasuk menerima, menyemak, menganalisa dan mengatasi masalah berkaitan rangkaian PSZ. Proses pemantauan dan penyenggaraan rangkaian dilaksanakan dengan menggunakan gambarajah fizikal/logikal rangkaian yang telah lengkap dan label peralatan rangkaian terutama patch cabel yang telah berjaya dikenalpasti.

Page 21: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Pasang Baru Firewall, UTP Port & Wireless Access Point Disember 2003 PSZ telah memasang 3COM hardware firewall bagi mempertingkatkan lagi tahap keselamatan rangkaian dan server PSZ. Sebanyak 14 UTP port dan 6 port bagi wireless access point telah dipasang dilakukan oleh vendor Mysys. Pada Oktober 2003 sebanyak 2 wireless access point telah dipasang sebagai satu langkah alternatif bagi menangani masalah kekurangan utp port di PSZ untuk kemudahan mengakses Internet bagi pelajar dan staf. Masalah Rangkaian Mengenai Intranet/Internet Sepanjang tahun 2003, sebanyak 26 masalah akses ke Intranet/ Internet dilaporkan. Sebanyak 4 masalah rangkaian dilaporkan di mana setiap masalah berpunca dari serangan virus Nimda, masalah looping di switch 3COM aras 3, masalah akses ke pangkalan data luar (SirimLink) dan masalah sambungan rangkaian di MPM2. Masalah rangkaian berjaya diselesaikan setelah proses kenalpasti punca masalah dan tindakan penyelesaian dilakukan dengan bantuan PKUTM. Enam bulan terakhir tahun 2003, sebanyak 22 masalah rangkaian PSZ dilaporkan iaitu 10 masalah berpunca dari masalah switch 4007, 1 masalah berpunca dari 3COM switch 3300, 1 masalah berpunca dari Microsoft ISA (proxy server) yang telah corrupted, 2 masalah akses ke pangkalan data luar (SciFinder & SirimLink) dan 8 masalah akibat masalah rangkaian UTM. Masalah berjaya diselesaikan selepas proses kenalpasti punca masalah dan tindakan penyelesaian dilakukan oleh PKUTM bersama vendor 3COM. Punca masalah akses ke pangkalan data luar (SirimLink & SciFinder) wujud apabila PKUTM telah meningkatkan tahap keselamatan rangkaian di firewall UTM yang hanya membuka laluan bagi port tertentu sahaja. Pihak JBA telah memaklumkan senarai port yang perlu dibuka bagi membolehkan pengguna PSZ yang berada di UTM mengakses pangkalan data luar melalui laman web PSZ. Pemantauan dan Penyenggaraan Sistem Perakam Waktu Pemantauan dan penyenggaraan Sistem Perakam Waktu dilakukan dari masa ke semasa, didapati sistem ini tidak mengalami masalah dari segi aplikasi tetapi terpaksa dipindahkan 2 kali ke dua server yang berbeza disebabkan oleh masalah sistem pengoperasian server pszcnet dan compro, lokasi terbaru adalah di server ekspres.

Page 22: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Pembangunan Portal PSZ Portal telah dibangunkan dalam 2 fasa, fasa pertama portal tidak dapat dilaksanakan pada tempoh yang ditetapkan kerana rekabentuk dan pembangunan terpaksa dilakukan semula apabila rekabentuk portal PSZ yang dibangunkan tidak menepati keperluan pihak pengurusan atasan PSZ. Faktor kekurangan interaksi antara portal dan pengguna serta daya tarikan terutama dari segi grafik dan struktur maklumat yang dipaparkan amat ditekankan supaya portal PSZ yang dibangunkan menepati konsep “One-stop Searching”. Fasa pembangunan portal PSZ yang telah dilaksanakan melibatkan penggunaan html, java script dan DHTML menu di atas platform Window 2000 server. Fasa kedua rekabentuk dan pembangunan dilaksanakan semula dengan kerjasama PKUTM kerana portal PSZ digabungkan dalam pembangunan portal UTM yang baru dan melibatkan penggunaan php dan My SQL di atas platform Linux Red Hat 9.0. Fasa pembangunan portal telah terjejas dari bulan Julai-Dis 2003 akibat masalah rangkaian UTM dan teknikal yang dihadapi kerana penggunaan konsep pembangunan portal secara remote access. Portal PSZ dijangkakan siap pada awal tahun 2004. Penyenggaraan Perkakasan / Perisian Proses naiktaraf dan pembaharui lesen perisian MDaemon dan Mailscan sentiasa dilaksanakan bagi memastikan kestabilan dan kelancaran sistem emel. Segala masalah ini telah dimajukan kepada principal vendor (ALT-N Technologies) di United States dan cadangan supaya perisian MDaemon versi 6.0 dinaiktaraf ke versi 6.8 bagi mengatasi kemungkinan terdapat beberapa ciri perisian MDaemon yang tidak berfungsi dengan sepenuhnya. Proses naiktaraf MDaemon versi 6.8 telah dilakukan oleh vendor (Mysys) pada 17/06/03 dan semua masalah berkenaan telah berjaya diatasi.

Page 23: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional
Page 24: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Pendahuluan Unit ini bertanggung jawab dalam perancangan, pembangunan, penyelenggaraan dan penambahbaikan Sistem Aplikasi Perpustakaan, Document Management, Knowledge Management dan lain-lain aplikasi. Ia juga bertanggung jawab dalam mengkaji, menganalisis dan menentukan keperluan aplikasi/multimedia dalam menyokong pengurusan perkhidmatan perpustakaan. Selain dari itu unit ini juga bertanggungjawab terhadap pembangunan dan penyelarasan laman web PSZ dan jabatan/unit serta menyediakan subsistem yang berkaitan dengannya, di samping menyedia, memantau dan memberi khidmat nasihat mengenai persembahan, aplikasi dan multimedia.

Aktiviti Unit Terdapat tiga modul di bawah Sistem Pengurusan Dokumen iaitu DOC Open, DOCFusion dan Cyberdocs. Manakala di bawah Sistem Aplikasi Perpustakaan, sebanyak 6 modul telah siap dan telah digunakan bagi keperluan tugas harian pustakawan. Diantara modulnya adalah seperti berikut; Modul Meja Rujukan (Reference Desk) Modul Kelas Kemahiran Perpustakaan (Library Skill Classes) Modul Pengesan Pelawat (Visitor Tracking) Modul Tempahan Ruang & Alat (Room & Equipment Reservation) Modul Forum Akademik (Academic Forum) Modul Media Streaming Manakala Modul E-Dagang (E-Commerce) masih menunggu penginstalasi sistem baru iaitu NetMerchant dan ia merupakan sebagai “payment gateway” kepada universiti. Sistem Pengurusan Dokumentasi Sepanjang tahun 2003 sebanyak 4,217 digital dokumen telah disiapkan. Dari jumlah tersebut sebanyak 990 naskah telah dieksport ke Sistem Pengurusan Perpustakaan untuk diakses oleh penguna. Manakala sebanyak 3,227 naskah lagi masih belum di eksport. Secara keseluruhannya sebanyak 8,907 naskah dokumen digital telah siap diproses semenjak Sistem Perpustakaan Digital diperkenalkan pada penghujung tahun 2001.

Page 25: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Penambahbaikan Sistem Aplikasi Perpustakaan Laporan Masalah Projek Perpustakaan Digital (Aplikasi Perpustakaan) Sepanjang tahun 2003, sebanyak 79 aduan yang berkaitan aplikasi telah dilaporkan ke JBA. Kesemua masalah tersebut telah pun dimajukan kepada vendor sokongan untuk tindakan selanjutnya. Dari jumlah aduan yang diterima sebanyak 33 kes masih belum dapat diselesaikan di mana ia melibatkan 4 dari Problem Report dan 29 dari Change Request.

Bil. Perkara Aduan Status “Closed”

Status “Outstanding”

Moudul

1. Problem Report

27 23 4 ORD = 2 SR = 2

2. Change Request

52 23 29 GEN = 5 HOM = 1 LSC = 5 ORD = 7 SB = 4 SR = 5 VT = 2

Jumlah 79 46 33

Jadual 8: Problem Report dan Change Request (REPORT REGISTER)

Page 26: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional
Page 27: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Bil. Nama Program Staf Yang Hadir

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.

Advance 3rd User Group Meeting Conference of the Asian Digital Library (6th :2003) CONSAL - Brunei Implementing Microsoft Windows 2000 Professional and Server Konvensyen Pentadbir UTM : Bersaing di Peringkat Antarabangsa. Cabaran dan Harapan Kursus 7 Tabiat Manusia Yang Amat Berkesan Kursus Induksi Umum & Khusus Kursus Linux Red Hat 9 National Conference on ICT 2003 – Building Knowledge Society : Value Creative Through People, Knowledge and ICT National Performance on Key Performance Indicators 2003 (KPI) National Storage management Conference (STORAGE ’03) Paradigm Shift in Leadership : Developing Spirit of Partnership Among Leaders Penyediaan Laporan Berkesan Professional Course On Information Retrieval Program Pemikiran Positif dan Kecemerlangan Diri Sesi Demonstrasi Digital Komponen Sun Solaris 8: System Administrator II

2 1 1 2 3 1 1 1 1 1 1 3 1 2 1 1 2

JUMLAH 25 Jadual 9 : Latihan/Kursus Yang Telah diHadiri Oleh Staf Profesional

Page 28: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Staf Sokongan Bil. Nama Program Staf Yang

Hadir 1. 2. 3. 4. 5.

Kursus Baikpulih Monitor Kursus Baikpulih Printer Kursus Kesedaran Kualiti PSZ Kursus Pemikiran Kreatif Windows NT

3 3 1 1 1

JUMLAH KEHADIRAN 9

Jadual 10 : Latihan/Kursus Yang Telah diHadiri Oleh Staf Sokongan

Latihan/Kursus Yang Dikendalikan :Peringkat Pembantu

Bil.

Nama Program Staf Yang Melatih

1. 2. 3. 4. 5.

Advance Clinet, PC and Network : Trouble shooting Latihan Dalam PSZ : Modul Sirkulasi Latihan Dalaman PSZ : Modul Holdings dan Cataloguing Latihan Dalaman PSZ : Modul Serials Latihan Dalaman PSZ : Modul Sirkulasi (OCP)

3 1 1 1 1

JUMLAH 7 Jadual 11 : Latihan/Kursus Yang Dikendalikan Oleh Pegawai JBA

Ulasan Latihan Staf Sepanjang tahun 2003 hanya 17 kursus telah dihadiri oleh 4 orang pegawai (staf professional) dengan jumlah hadir kursus sebanyak 25 berbanding dengan 25 kursus yang ditawarkan dan 47 kehadiran pada tahun lepas. Staf sokongan masih diparas lama iaitu 5 sahaja bilangan kursus yang dihadiri dengan hanya 9 sahaja kehadiran. Walau bagaimanapun JBA telah dapat mengendalikan 5 program latihan untuk peringkat Pembantu Perpustakaan.

Page 29: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional
Page 30: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

Cadangan Penambahbaikan 1. Pengubahsuaian Bilik Baikpulih Komputer

Cadangan pengubahsuaian Bilik Baikpulih Komputer dibuat disebabkan oleh beberapa faktor: i. Masalah ruang yang sempit untuk menyimpan komputer, monitor, pencetak,

UPS dan perkakasan komputer lain yang berkaitan dengan lebih kemas dan teratur.

ii. Untuk menyediakan ruang kerja yang lebih selamat, selesa serta menjamin kesihatan staf.

iii. Penggunaan perabot yang lebih sesuai dengan kerja-kerja baikpulih komputer bagi menjamin keselamatan staf ketika menjalankan tugas seharian.

Cadangan pengubahsuaian Bilik Baikpulih Komputer telah dibuat pada tahun 2002 lagi, tetapi memandangkan tiada peruntukan baget kerja-kerja tersebut tidak dapat dijalankan.

2. Menaiktaraf Kaunter Sirkulasi PSZ dan Unit di PSZ

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta imej di kaunter Sirkulasi PSZ Skudai dan KL, Unit Perolehan dan Penyenggaraan Komputer telah pun membuat pembelian komputer peribadi dengan monitor flat screen untuk ditempatkan di kaunter berkenaan. Selain dari itu, pembelian komputer juga dibuat untuk menggantikan komputer staf yang seringkali dihantar ke Unit ini untuk disenggara. Pembelian komputer dan perkakasan komputer bukan sahaja dibuat untuk PSZ Skudai tetapi melibatkan juga PSZ cawangan Kuala Lumpur.

3. Pembelian Mesin Pemulangan Layandiri

Memandangkan jumlah staf yang ditugaskan di Unit Sirkulasi agak terhad, dan jumlah transaksi untuk aktiviti pemulangan tinggi, cadangan menambah pembelian Mesin Pulangan Layandiri dibuat bagi membolehkan pengguna membuat pemulangan buku secara layan diri tanpa perlu ke kaunter. Secara tidak langsung staf yang ditempatkan di kaunter berkenaan dapat dikurangkan dan dapat ditugaskan di tempat yang lebih memerlukan.

Page 31: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

4. Data Bridges Conversion

Advance Integrated Library System boleh melakukan “Capturing MARC record” kepada sebarang Z39.50 server yang berjaya dicapai, dengan ini ia dapat membantu pengkatalog melakukan data conversion dengan cepat. Walau bagaimanapun proses yang dilakukan ini adalah secara one to one (tidak dalam bentuk proses berkelompok), dan ini memerlukan masa kepada pengkatalog untuk mencapai setiap satu rekod MARC. Untuk mempercepatkan proses semua bahan belian yang telah diterima, satu sistem yang dapat melakukan kerja seperti di atas dilakukan secara “Batch Process” adalah diperlukan.

5. Sistem Pengurusan Dokumen Di Atas Persekitaran UNIX

PSZ mempunyai sebuah sistem pengurusan dokumentasi yang mampu menangani urusan dokumen yang cukup baik. Sistem yang dimaksudkan ialah CyberDOCS Version 3.9 keluaran Hummingbird, Kanada. Sistem ini mempunyai 3 modul utama iaitu DOCSFusion (Server), DOCS Open (Client) dan CyberDOCS on Web (Anonymous User). Oleh kerana sistem ini berasaskan Windows, beberapa masalah telah dikenal pasti yang merupakan faktor kelemahan sistem ini. Dari aspek keselamatan, ancaman virus dan pengodam sistem tidak dapat dielakkan, di mana perkara yang paling serius ialah ancaman virus, boleh dikatakan setiap hari sistem akan dapat ancaman darinya. Walaupun sistem ini telah dilengkapi dengan anti virus, tetapi oleh kerana penciptaan virus yang baru terlalu cepat pertumbuhannya, ini memberikan kesan negatif kepada sistem, yang mana kadang-kadang pengemaskinian paten virus tidak dapat menyaingi pertumbuhan virus baru. Selain dari itu, ketidakstabilan sistem pengoperasian adalah merupakan faktor kedua yang boleh mengganggu aliran kerja sistem pengurusan dokumen, secara tidak lansung ia boleh menjadi bottleneck kepada aliran kerja sistem yang lain, ini disebabkan sistem di PSZ merupakan sistem yang telah diintegrasikan. Bagi mengatasi masalah tersebut, PSZ perlu memikirkan sebuah sistem yang mempunyai berkemampuan yang lebih tinggi dari aspek keselamatan, pengoperasian, storan dan sebagainya. Oleh itu adalah dicadangkan PSZ perlu memberikan tumpuan kepada sistem yang berasaskan UNIX. Sebagaimana yang kita ketahui sistem yang berasaskan UNIX memang mempunyai ciri-ciri keselamatan dan pengoperasian yang cukup mantap dan boleh diyakini. Walaupun harganya tiga kali ganda lebih mahal dari Windows Based tetapi dari aspek Business Process dan Business Continuity untuk jangka panjang ia adalah lebih menguntungkan.

6. Pengurusan Keperluan Laporan/Senarai dari Sistem ADVANCE

Permohonan untuk mendapatkan laporan dan statisik agak tinggi dari jabatan di PSZ. Oleh itu adalah dicadangkan agar kemahiran penggunaan sistem ADVANCE kepada pustakawan perlu diberikan melalui beberapa siri latihan terutamanya latihan menggunakan Terminal Control Language (TCL). Walau bagaimana pun dicadangkan juga PSZ membeli 3rd party software yang

Page 32: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

berkaitan dengan tugas berkenaan seperti Cognos Impromptu & Catalogue Creation dan sebagainya.

7. Advance Parameter Setting

Untuk memastikan parameter setting yang akan dibuat selaras dan berketepatan dengan proses kerja unit/jabtan, adalah dicadangkan supaya setiap jabatan di PSZ mempunyai satu dasar lengkap. Dengan dasar yang ada, Parameter Setting yang akan dilakukan nanti akan mencerminkan proses kerja sebenar bagi setiap unit/jabatan terutamanya yang melibatkan perkhidmatan kepada pengguna PSZ antara kampus induk dengan cawangannya.

8. Kefahaman Staf Terhadap IT

PSZ perlu meningkatkan pemahaman asas IT kepada semua peringkat staf terutamanya staf sokongan. Terdapat dikalangan staf yang menyalah tafsirkan setiap masalah IT yang berlaku, di mana mereka tidak dapat membezakan di antara masalah rangkaian, sistem aplikasi atau PC mereka sendiri.

9. Pengurusan dan Keselamatan Rangkaian

Untuk mendapat pengurusan dan keselamatan rangkaian yang terbaik dan berkesan, PSZ memerlukan dua perkara penting dalam persoalan tersebut iaitu Network Monitoring Tools (NMT) dan Intrusion Prevention System (IPS). NMT merupakan sistem pengurusan dan pemantauan rangkaian PSZ secara sistematik, ia diperlukan agar proses pemantauan rangkaian dapat dilaksana dengan mudah dan berkesan. Proses mengenalpasti masalah dan penyelesaian masalah rangkaian dapat dilakukan dalam masa yang singkat dan analisa data rangkaian dapat dilakukan bagi mengawal sebarang masalah yang mungkin berlaku pada peringkat awal. Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan tahap kestabilan rangkaian PSZ. IPS merupakan sistem yang berupaya mengesan, menganalisa dan melindungi sistem dari pencerobohan ke sistem rangkaian. Ia perlu dilaksanakan supaya tindakan pantas dapat diambil apabila pencerobohan dalam rangkaian PSZ dikesan. Selain memudahkan proses mengenalpasti punca masalah rangkaian dengan menggunakan peralatan yang sistematik dan efisyen bagi meningkatkan tahap keselamatan dan tahap pengurusan rangkaian PSZ

10. Polisi Keselamatan

PSZ perlu melaksanakan polisi keselamatan komprehensif yang mengandungi peraturan dan tindakan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna PSZ dalam menggunakan rangkaian dan mengakses sumber PSZ bagi menghindari sebarang situasi yang boleh menjejaskan kestabilan rangkaian dan sumber PSZ.

Page 33: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

11. Susunatur Semua Patch Cable – Cable Rack

Melaksanakan proses susunatur patch cable di semua wiring rack bagi melicinkan proses pengurusan, pemantauan serta memudahkan proses mengenalpasti punca masalah rangkaian apabila masalah rangkaian berlaku.

12. Disaster Recovery Plan (DRP)

Melaksanakan satu pelan komprehensif yang mengandungi maklumat dan bahan penting tentang tindakan yang perlu diambil apabila berlaku situasi kecemasan dan pemulihan semula operasi di PSZ terutama dari segi pengurusan rangkaian dan server PSZ.

13. Penyenggaraan PC Yang Disediakan oleh Pusat ICT

Penyediaan komputer perlu mengambil kira juga kos penyenggaraan komputer berkenaan. Pusat ICT perlu menyalurkan sebahagian dari peruntukan mereka bagi pembelian peralatan keperluan seperti disk protection system bagi memastikan setiap stesen kerja yang ditempatkan di PSZ berfungsi dengan baik.

14. Penyenggaraan PC PSZ oleh Pusat ICT

Pihak pengurusan Pusat ICT perlu menyenaraikan nama komponen komputer yang tidak dapat diganti supaya komputer berkenaan dapat dihantar terus ke vendor luar setelah menerima semula dari Pusat ICT. Ini akan mempercepatkan pembaikan komputer berkenaan serta penyerahan semula kepada staf yang berkenaan dalam masa yang singkat.

Page 34: LAPORAN TAHUNAN 2003 - UTM Library Portalportal.psz.utm.my/div/bpa_eng/images/lap_tahunan/2003.pdf · Types Modul Di ADVANCE ... Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional

PENUTUP

Penambahbaikan merupakan perkara penting yang perlu diberikan perhatian dan tindakan, ini akan dapat mempastikan perkhidmatan ICT PSZ mendapat memenuhi kepuasan dan kepercayaan pelanggan. Melalui cadangan penambahbaikan JBA telah menyenaraikan empatbelas cadangan penambahbaikan ICT PSZ. Melalui laporan 2002 hanya tiga dari lapan cadangan penambahbaikan dapat dibuat iaitu pemasangan Proxy Server, mempertingkatkan Prestasi Server adlis dan mempertingkatkan perkhidmatan INFOLAN2. Lima cadangan yang masih tidak berjaya dilaksanakan ialah pengubahsuaian Bilik Baikpulih Komputer, menaiktaraf Kaunter Sirkulasi , Pembelian Mesin Pemulangan Layandiri, Data Bridges Conversion dan Sistem Pengurusan Dokumen Di Atas Persekitaran UNIX. Faktor yang mendorong kegagalan melaksanakan proses penambahbaikan ialah kekurangan peruntukan kewangan. Sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab terhadap segala urusan yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan juga pengkomputeran perpustakaan, jabatan ini perlu membuat perancangan yang lebih komprehensif bagi memenuhi keperluan perkhidmatan PSZ. Tanggungjawab utama jabatan ini adalah merancang dan menyediakan infrastruktur teknologi maklumat, kelengkapan-kelengkapan keperluan teknologi maklumat yang terdiri dari hardwer dan/atau softwer sekaligus membantu PSZ dalam pelaksanaan Perpustakaan Digital. Keempat-empat unit yang merupakan penggerak kepada aktiviti JBA telah pun memainkan peranan masing-masing bagi memastikan keperluan pelanggan dipenuhi. Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti, terutama seperti cadangan yang telah diutarakan, perkara ini perlu diatasi segera bagi mempertingkatkan perkhidmatan dan imej PSZ sebagai peneraju utama dalam gedung ilmu di universiti. Dalam masa yang sama JBA juga perlu sokongan dari jabatan lain di PSZ dan mendapat peruntukan kewangan yang mencukupi supaya perancangan dan pelaksanaan ICT akan menjadi kenyataan.