cover julyaug final.pdf 1 09/09/2016 11:46 am · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik...

24

Upload: voduong

Post on 03-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

Cover_JulyAug_Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM

Page 2: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

2018

Bicara Sihat20 Punca Utama Kehilangan Deria

Penglihatan

Pilihan Servis Anda22 Sarawak

23 Pelantikan Baharu

17 Kursus Pemanduan Defensif SPANCO 2016

Kempen Derma Darah Bersama Pusat Darah Negara

Libur Destinasi18 Alami Keindahan Tujuh Tempat

Menarik di Myanmar

JILID 4 | JUL - ogos 2016 Sekilas Minda03 Terus Efisien Dalam Merancakkan

Pertumbuhan Kenderaan Fleet Kerajaan

Yang Perlu Anda Tahu04 Kelebihan Menggunakan Sistem

Pengurusan Fleet Dalam Pengendalian Kenderaan

06 Kecuaian yang Membawa Padah!

07 Statistik Kes Kecuaian 2014 – 2016: Kehilangan Kunci Pendua Paling

Banyak Dilaporkan

Menjejak Inspirasi08 Jabatan Perkhidmatan Pengurusan

Fleet Berusaha Berikan yang Terbaik untuk Pelanggan

Kata Mereka10 Pengurusan Cemerlang Kenderaan,

Memudahkan Urusan di Kementerian Sumber Manusia

Servis itu Penting12 Program VIP Mengiktiraf Kenderaan

SPANCO

Persada Inovasi14 Kereta Tanpa Pemandu Bakal Menjadi

Realiti pada 2020

Merakam Catatan16 Taklimat SMART (Penyenggaraan

Servis dan Risiko)

Sumbangan Cek Khairat Kematian kepada Waris Mendiang Jackson Arthur John Tan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

04

Sila hantar komen, pandangan dan sumbangan karya anda kepada Sidang Pengarang seperti di alamat penerbit yang tertera di sebelah. Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang Pengarang berhak melakukan penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

PenaungDato’ Hamzah Mohd Salleh

SiDang PengarangPeter LimShaheeran Jalalludinrusman Bassri

PencetakMiracle Offset Print Sdn Bhdno. 15, Jalan PBS 14/3taman Perindustrian Bukit Serdang

43300 Seri kembangan.

Tel 03-8941 4013

Faks 03-8941 4014

PerunDing PenerBitanexecutive Mode Sdn Bhd (317453-P)

PenerBitSPancO Sdn Bhd (172957-u)no. 2, Jalan Perusahaan 2kawasan Perusahaan Batu caves68100 Batu caves.

Tel 03-6192 8888

Faks 03-6192 8999

emel [email protected]

web www.spanco.com.my

Talian bebas tol 1-800-88-6999

Page 3: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 2016 3

sEKILAs MINDA

Terus efisien Dalam merancakkan PerTumbuhan kenDeraan fleeT kerajaan

Sekalipun berhadapan pertumbuhan ekonomi yang perlahan pada suku tahun pertama berbanding tahun-tahun sebelumnya, industri automatif negara masih terus bergerak rancak dengan pelancaran beberapa model baharu terutamanya kenderaan jenis EEV atau Kenderaan Jimat Tenaga. Kami harap ia boleh diimplementasikan sebagai sebahagian dari fleet kami, sekali gus dapat menyumbang kepada salah satu dari langkah-langkah penjimatan kos untuk Kerajaan.

Kami juga telah melihat satu trend yang sihat di kalangan pengguna-pengguna untuk membuat temu janji bagi keperluan servis kereta

mereka hasil dari Kempen Temu Janji Servis yang dilancarkan beberapa bulan lalu. Susulan sambutan yang menggalakkan ini, maka kempen ini akan dilanjutkan sehingga 30 September 2016.

Dalam menghadapi cabaran menguruskan lebih 12,000 kereta buat masa ini, SPANCO masih tetap komited untuk memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan. Beberapa program telah dijalankan bagi memastikan pelanggan terus mendapat khidmat cemerlang antaranya Program Pemeriksaan oleh PUSPAKOM atau singkatannya VIP yang mendapat sambutan positif dari semua pihak.

Kami turut menjalankan Kursus Pemanduan Defensif dengan objektif untuk menjelaskan kepada pengguna tentang perbezaan cara-cara pemanduan yang dinamik seiring kemajuan teknologi yang dilakukan kepada kenderaan hari ini.

Pada separuh kedua tahun ini juga kami berharap dapat menggantikan fleet Proton Saga dan Persona sekarang ini dengan model yang baharu. Bukan itu sahaja, kami turut berhasrat dapat memperluaskan lagi fleet MPV sebagai sebahagian dari pelan dua tahun penggantian kereta peronda polis sedia ada dan yang telah berusia. Ini adalah komitmen kami dalam usaha menepati kehendak dan keperluan pelanggan dalam membekalkan kereta dan model baharu kepada Kerajaan.

Malah, kami juga akan melancarkan aplikasi mobil yang boleh digunakan oleh semua pengguna kereta SPANCO untuk berhubung dengan kami secara elektronik.

kami juga telah melihat satu trend yang sihat di kalangan pengguna-pengguna untuk membuat temu janji bagi keperluan servis kereta mereka hasil dari kempen Temu janji servis yang dilancarkan beberapa bulan lalu.

NG WAI THONGPegawai Kewangan

Page 4: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

yANg pErLU ANDA tAhU

kelebihan menggunakan sistem Pengurusan fleet Dalam Pengendalian kenderaanSistem pengurusan fleet adalah suatu kaedah menguruskan sekumpulan kenderaan seperti kereta, lori dan van secara sistematik bagi tujuan pengangkutan dan penghantaran, sama ada oleh sesebuah organisasi Kerajaan, swasta mahupun melalui pihak ketiga.

Sistem pengurusan fleet merangkumi pelbagai fungsi atau peranan yang berlainan seperti perolehan dan pembekalan kenderaan, pembiayaan dan penyenggaraan, pengurusan bahan api dan pemandu, pemantauan melalui telematik serta pengurusan kemalangan dan pelupusan kenderaan.

Pelaksanaan sistem pengurusan fleet mampu memanfaatkan apa jua jenis organisasi mahupun syarikat.

Berikut disenaraikan beberapa kelebihan apabila sesebuah organisasi mengamalkan sistem pengurusan fleet yang berkesan.

Menjana Laporan

FLeet Secara autoMatik

Sistem pengurusan fleet boleh menyediakan laporan secara tahunan, bulanan, mingguan, harian sehinggalah kepada jam terakhir berdasarkan kriteria yang dikehendaki. Berpandukan laporan terkini lagi terperinci itu, penilaian

dan analisis yang tepat boleh dibuat dan tindakan penyesuaian boleh diambil.

piLihan ModeL Yang

SeSuai

Memahami bagaimana sesebuah fleet beroperasi dapat menjimatkan kos di mana organisasi boleh memantau penggunaan bahan api dan prestasi

enjin. Ini dapat membantu mengenal pasti model kenderaan yang mana perlu dikekalkan dan yang mana pula perlu dilupuskan bagi mendapatkan komposisi fleet yang lebih sesuai dan efisien.

MenjiMatkan koS

penYenggaraan

Memahami setiap kenderaan dengan baik juga akan

JILID 4 | JUL - ogos 20164

Page 5: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 2016 5

membantu memastikan kenderaan dapat diservis mengikut tempoh atau keperluan. Ini akan menjimatkan masa kerana sebarang kerosakan boleh mengganggu kelancaran tugasan seandainya kenderaan tidak dapat digunakan untuk beberapa hari. Ia turut mengurangkan pembaziran bagi jangka masa panjang di mana program penyenggaraan yang baik mampu mengelakkan kos pembaikan kerosakan yang tinggi.

penguruSan Bahan api

Salah satu kelebihan sistem pengurusan fleet adalah ia mampu mengurangkan kos menerusi pelbagai sudut. Umpamanya maklumat perbatuan berserta perancangan perjalanan yang berkesan apabila digunakan dapat mengoptimumkan penggunaan bahan api dan kenderaan. Organisasi boleh membuat keputusan yang lebih tepat dalam mengawal kos bersandarkan maklumat penggunaan bahan api yang dijanakan oleh sistem berbanding keputusan hanya berpandukan kepada telahan yang tidak berasas.

MeMperBaiki

penguruSan MaSa

Sistem pengurusan fleet memperbaiki produktiviti dengan menjimatkan masa bukan sahaja kepada pemandu dan pusat servis malahan juga kepada pihak pentadbir dan pengurus fleet. Terdapat sistem yang dilengkapi modul pengesanan kedudukan GPS yang membolehkan

organisasi merancang perjalanan dengan lebih teratur, menerima laporan trafik dan menjangka waktu berlepas dan ketibaan. Pada masa yang sama kesemua data yang berkaitan penggunaan bahan api, penyenggaraan dan tahap ketersediaan dapat dipantau dan dimaklumkan kepada pengurus-pengurus fleet.

MeMperBaiki preStaSi

peMandu

Pemandu dan juruteknik yang mahir dan profesional akan menyumbang kepada pencapaian organisasi. Dengan membentuk sikap pemandu fleet yang

berhemah dan produktif secara berterusan akan mengurangkan kemalangan, memaksimumkan kecekapan fleet, seterusnya mengubah pemandu yang baik kepada pemandu yang lebih cemerlang, yang dapat memanfaatkan mana-mana juga organisasi secara langsung.

Meningkatkan

keSeLaMatan FLeet

Sistem pengurusan fleet menyediakan peluang

dalam menyuburkan amalan keselamatan yang lebih baik. Melalui aplikasi dan perisian, organisasi boleh menganalisis corak, tingkah laku dan tabiat pemanduan. Makluman ini akan membantu organisasi dalam membuat keputusan bagaimana untuk memperbaiki tabiat pemanduan yang lebih selamat dan menyedarkan kelakuan yang berbahaya.

MeMperBaiki

perkhidMatan dan

kepuaSan peLanggan

Sistem pengurusan fleet mempercepatkan tempoh penghantaran dan mengurangkan masa menunggu pelanggan. Dengan itu organisasi dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada semua pelanggan tanpa mengira apa juga jenis perniagaan yang dijalankan. Apabila pelanggan mendapat perkhidmatan berkualiti, mereka akan lebih setia dan akan kembali untuk mendapatkan perkhidmatan seterusnya.

Tidak kira apa juga jenis operasi atau perniagaan yang dijalankan oleh organisasi atau syarikat, sistem pengurusan fleet adalah satu cara hebat untuk memperbaiki keberkesanan operasi mereka. Bermula dari keberkesanan penggunaan bahan api hinggalah kepada peningkatan keselamatan, pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang cekap, sistem pengurusan fleet merupakan kunci kepada mana-mana organisasi untuk meningkatkan kecekapan fleet mereka.

Fungsi-fungsi sistematik inilah yang membolehkan sesebuah fleet untuk:

Memiliki sistem pengurusan yang diyakini, cekap dan menjimatkan sekali gus membantu ke arah memenuhi matlamat organisasi.

Memastikan organisasi itu juga sentiasa mematuhi segala syarat dan terma yang ditetapkan di bawah undang-undang.

Melanjutkan jangka hayat kenderaan yang beroperasi di bawah fleet organisasi tersebut.

Memperbaiki produktiviti fleet sekali gus merealisasikan keupayaan sebenar di samping mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan.

Membolehkan organisasi memantau setiap pergerakan kenderaan milik mereka dan mengetahui dengan tepat kedudukan tanpa perlu berada di lokasi, seterusnya, mengelakkan penyalahgunaan.

Page 6: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 20166

yANg pErLU ANDA tAhU

~ KeWANGANSemua kos akibat kecuaian akan memberi kesan kepada pemandu atau jabatan/kementerian dan seterusnya terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Ada juga yang terpaksa ditanggung sendiri oleh pemandu atau pengguna.

~ HILANG DAYA GuNA Apabila kereta dibaiki akibat kemalangan, ia akan memberi kesan terhadap kelancaran aktiviti jabatan/kementerian tersebut.

~ KeSAN TerHADAP PrODuKTIvITIApabila kereta tidak dapat digunakan, pegawai tidak dapat menjalankan tugas dengan berkesan dan mengakibatkan produktiviti kerja terjejas.

~ KeS-KeS SerIuS MeLIBATKAN PeMANDu Untuk kes-kes berkaitan yang melibatkan kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda pihak ketiga, pemandu akan menghadapi tindakan disiplin oleh jabatan/kementerian masing-masing. Ini akan memberi impak negatif kepada kerjaya mereka.

Bagaimana kecuaian memberi impak kepada Kementerian/Jabatan/Pengguna/Pemandu

kecuaian yang membawa Padah!

Segala kos pembaikan atau

penyenggaraan yang diakibatkan oleh kecuaian

atau kelalaian tersebut akan ditanggung sendiri oleh

pengguna.

AWAS!

Kecuaian bermaksud kelalaian atau tindakan yang tidak berhati-hati yang diambil oleh pemandu yang boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan.

SPANCO mengklasifikasikan kes kecuaian apabila pemandu yang berniat secara sengaja, dalam keadaan sedar atau gagal mengambil tindakan cegahan yang sewajarnya bagi mengelakkan berlakunya sesuatu kejadian.

Antara kecuaian yang berlaku di kalangan pengguna-pengguna fleet SPANCO adalah:

Tidak mematuhi JADuAL PeNYeNGGArAAN.

MereDAH banjir.

MeMBAIKI atau MeNYeNGGArAKAN SeNDIrI kenderaan terutama selepas berlakunya kemalangan.

TIDAK MeMerIKSA kenderaan terutama selepas melanggar objek yang tidak diingini.

Tidak mempunyai LeSeN memandu yang SAH.

MeMINDAHKAN alat ganti ke kenderaan lain tanpa kebenaran SPANCO.

Kenderaan HILANG.

HILANG kunci pendua.

Page 7: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 2016 7

Statistikkes kecuaian 2014 – 2016kehilangan kunci Pendua Paling banyak Dilaporkan

Bagi mengelak dan mengurangkan masalah-masalah yang berpunca dari kelalaian yang merugikan ini, pemandu digesa supaya mengamalkan sikap lebih bertanggungjawab, berhati-hati dan memikirkan kesan serta akibat yang akan berlaku dengan sesuatu keputusan yang diambil.

Sebanyak 116 kes kecuaian dilaporkan berlaku di dalam fleet SPANCO dari 2014 hingga separuh pertama 2016 melibatkan tujuh jenis kecuaian.

Dari tujuh jenis kecuaian yang dicatatkan itu, kehilangan kunci pendua adalah kategori kecuaian yang paling kerap dilakukan oleh pengguna fleet iaitu sebanyak 74 kes atau 64% dari jumlah keseluruhan kes bagi tempoh tersebut.

Kehilangan peralatan atau aksesori pula merupakan jenis kecuaian kedua terbanyak dilakukan oleh pengguna iaitu sebanyak 18 kes atau 15% bagi tempoh yang sama.

Lain-lain kategori mengikut turutan paling kerap dilakukan ialah kereta tidak diservis hingga menyebabkan enjin gagal berfungsi (10 kes atau 9%), alat ganti tidak tulen (6 kes atau 5%), memandu ke dalam banjir (4 kes atau 3%), kecurian dan kepanasan enjin melampau (masing-masing pada 2 kes atau 2%).

Sementara itu, jumlah kes kecuaian turut didapati meningkat dengan mendadak dari tahun-tahun sebelumnya iaitu 50 kes setakat separuh pertama 2016 sahaja, berbanding 33 kes pada 2015 dan 33 kes pada 2014.

Kehilangan kunci pendua juga terus kekal sebagai jenis kecuaian yang paling kerap dilakukan oleh pengguna dengan catatan 46 kes setakat separuh pertama tahun 2016.

Kes Kecuaian 2014 - 2016Pecahan Mengikut Jenis

64%15%

9%

2% 2%

Hilang kunci pendua (74 kes)

Kereta tidak diservis hingga menyebabkan enjin gagal berfungsi (10 kes)

Memandu ke dalam banjir (4 kes)

Kepanasan enjin melampau (2 kes)

Kehilangan peralatan/aksesori (18 kes)

Alat ganti tidak tulen (6 kes)

Kecurian (2 kes)

5%

3%

Page 8: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 20168

MENJEJAK INspIrAsI

jabatan Perkhidmatan Pengurusan fleet berusaha berikan yang Terbaik untuk PelangganJabatan Perkhidmatan Pengurusan Fleet merupakan tulang belakang kepada operasi SPANCO merangkumi dua fungsi utama iaitu Pembekalan Kenderaan dan Pentadbiran Fleet. Jabatan ini sentiasa bersedia untuk menghadapi situasi dan perubahan teknologi yang semakin mencabar di samping perlu lebih komited dan melakukan penambahbaikan yang berterusan.

Jabatan ini sentiasa berhubungan dengan Perbendaharaan Malaysia berkaitan perihal pentadbiran fleet. Kini dianggotai 13 orang kakitangan yang dipimpin oleh Pengurus Kanan, Zulkifli Abd Aziz yang memiliki lebih 15 tahun pengalaman dalam industri pengurusan fleet dan dibantu oleh lima eksekutif. fungsi

Fungsi utama Unit Pembekalan Kenderaan adalah:

• Menguruskan perolehan kenderaan dari pembekal termasuk penggantian dan pesanan baharu.

• Menguruskan pemeriksaan pra-penghantaran (PDI), pendaftaran JPJ dan penyediaan kenderaan sebelum diserahkan kepada pelanggan.

• Melesenkan kenderaan dengan SPAD termasuk urusan penamatan dan pembatalan.

• Menguruskan pemeriksaan PUSPAKOM termasuk bagi tujuan pertukaran nombor pendaftaran.

• Menguruskan penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak.

• Menguruskan kenderaan-kenderaan yang tamat pajakan (LED) untuk dipindah milik kepada syarikat kereta terpakai.

• Menguruskan pentadbiran kereta tunggu sedia SPK, Perbendaharaan Malaysia.

Page 9: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 2016 9

Penambahbaikan

Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Fleet sentiasa proaktif dalam memenuhi keperluan pelanggan melalui pelbagai langkah pembaharuan seperti:

cabaran

Antara cabaran yang dihadapi oleh jabatan ini adalah:

Memanfaatkan Sistem Pengurusan Fleet yang diperbaharui dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Mengguna pakai aplikasi secara dalam talian ke arah sistem transaksi tanpa kertas seperti ‘Dashboard’ yang memaparkan maklumat semasa dan terkini.

Membantu dalam membangunkan Sistem Pengurusan Kenderaan eKereta yang digunakan oleh Kerajaan untuk menguruskan pesanan kenderaan secara dalam talian.

Menggunakan MyEG dalam urusan cukai jalan di mana ia akan dihantar terus kepada pengguna dalam tempoh sebulan sebelum tamat tempoh.

• Pembekal tidak dapat membekalkan kenderaan tepat pada masanya disebabkan oleh ketiadaan model baharu untuk menggantikan model lama yang tamat pengeluaran, atau ketiadaan stok yang mencukupi, atau kualiti kenderaan tidak menepati tahap piawaian. Pihak SPANCO tidak akan berkompromi dengan kualiti kenderaan yang dibekalkan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna.

• Kelewatan pengambilan kenderaan penggantian baharu disebabkan pengguna perlu menjelaskan saman

trafik melibatkan kenderaan lama.

• Pemulangan kenderaan lama dalam keadaan yang tidak memuaskan lebih-lebih lagi yang melibatkan ketiadaan perkakas alat ganti dan kunci pendua. Menjadi tanggungjawab setiap pengguna untuk memastikan kenderaan dipulangkan seperti mana ia diterima di awal penyerahan dahulu.

• Kelewatan kementerian/jabatan menghantar Borang Pesanan Penggantian Kenderaan melalui eKereta mengakibatkan pesanan baharu tidak dapat dibuat kepada pembekal.

Manakala fungsi utama Unit Pentadbiran Fleet pula adalah:

• Mengurus serta mengemas kini pangkalan data fleet dan pengguna termasuk pertukaran pengguna dan perpindahan lokasi sesebuah kereta.

• Menguruskan invois pukal bulanan kepada pihak Kerajaan di samping Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pusat Kos Pembayaran (PK).

• Menguruskan pembaharuan dan penghantaran cukai jalan pelanggan.

• Menguruskan pentadbiran kemalangan termasuk penamatan awal kenderaan yang terlibat dengan kemalangan teruk berdasarkan kelulusan Perbendaharaan Malaysia.

• Memastikan penyimpanan selamat dokumen-dokumen penting seperti AOD dan ‘checklist’.

Dalam menggalas tanggungjawab memastikan pelanggan SPANCO sentiasa mendapat khidmat fleet yang terbaik, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan Fleet akan terus berusaha meningkatkan taraf perkhidmatan dan menangani cabaran-cabaran yang ada.

Page 10: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 201610

KAtA MErEKA

Bertugas sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 di Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Sumber Manusia, Amiyuslida Ahmad yang mula berkhidmat di kementerian tersebut sejak 2006 kini selain bertanggungjawab membantu menguruskan urusan-urusan pentadbiran di kementerian tersebut turut terlibat membantu dalam urusan pengurusan kenderaan SPANCO.

Enam tahun menguruskan kenderaan SPANCO, beliau amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dalam setiap urusan dan cekap dalam menangani setiap permasalahan yang timbul.

“Saya telah terlibat menguruskan kenderaan SPANCO sejak tahun 2011 sehingga sekarang. Keseluruhan kereta SPANCO di kementerian ini sebanyak 98 buah dan 16 buah daripadanya adalah di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan, KSM dan selebihnya ditempatkan di jabatan-jabatan di bawah kementerian ini iaitu di Jabatan Tenaga Manusia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Jabatan Perhubungan Perusahaan, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan Mahkamah Perusahaan,” jelas anak kelahiran Muar, Johor ini.

“Sepanjang tempoh tersebut, perkhidmatan dan kerjasama yang diberikan sama ada oleh pihak pengurusan mahupun kakitangan SPANCO amatlah baik dan permasalahan yang timbul akan diatasi dan diselesaikan dengan pantas. Perkhidmatan yang disediakan juga

Pengurusan Cemerlang Kenderaan,memudahkan urusan di kementerian sumber manusia

Sikap dedikasi dan komited terhadap kerja melayakkan Puan Amiyuslida Ahmad menerima Anugerah Tokoh Pekerja Cemerlang di Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Sumber Manusia.

Pengurusan yang kemas dan teratur dari sPancO ini membantu meningkatkan keupayaan setiap jabatan untuk menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Page 11: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 2016 11

makin bertambah baik dan sentiasa dipertingkatkan,” ujarnya lagi.

Berurusan secara langsung menguruskan kenderaan-kenderaan SPANCO memberinya peluang untuk menilai perbezaan apabila Kerajaan Malaysia menyewa kenderaan secara pajak berbanding membeli secara terus.

“Pada pendapat saya, semenjak Kerajaan Malaysia menggunakan perkhidmatan fleet, banyak kos perbelanjaan dapat dikurangkan. Begitu juga dengan masa. Semua kos penyelenggaraan telah dimasukkan di dalam caj bulanan. Jika kenderaan dibeli, Kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak dan apabila kenderaan telah lama, kos penyelenggaraan akan turut meningkat setiap tahun sementara nilai aset pula akan berkurangan. Dengan adanya pajakan kereta SPANCO, kenderaan baharu akan digantikan setiap empat dan lima tahun,” terang ibu kepada dua cahaya mata ini lagi.

“Ia turut menjimatkan masa berikutan jika terdapat sebarang masalah ke atas kenderaan, kita boleh terus hantar kenderaan ke SPANCO untuk pembaikan tanpa perlu bersusah payah mencari bengkel. Selain itu, kita tidak perlu risau berhubung tempoh

kenderaan perlu diservis kerana pihak SPANCO sentiasa menghantar notis peringatan untuk servis. Tidak perlu bersusah payah menguruskan pembaharuan pelekat cukai jalan kerana semuanya diuruskan oleh pihak SPANCO,” jelasnya yang memiliki Diploma Teknologi Maklumat daripada Kolej SAL, Johor Bahru.

Malah, beliau turut merasakan SPANCO memainkan peranan yang besar dalam memenuhi keperluan fleet di Kementerian Sumber Manusia sendiri. Yang mana, SPANCO telah membantu masalah pengurusan kenderaan di kementerian tersebut dengan menempatkan kenderaan SPANCO di bahagian pengurusan masing-masing dan ianya memudahkan

setiap urusan. Pengurusan yang kemas dan teratur dari SPANCO ini membantu meningkatkan keupayaan setiap jabatan untuk menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

“Memandangkan SPANCO begitu cemerlang dalam perkhidmatan membekal dan menguruskan kereta-kereta saloon ini, maka saya berharap, SPANCO dapat membekalkan kenderaan yang lebih besar seperti van atau bas untuk kegunaan jabatan yang mempunyai kakitangan yang ramai di bahagian Kementerian Sumber Manusia,” ujarnya.

“Saya turut merasakan, dengan pengalaman dan kakitangan yang berwibawa sudah tentu SPANCO tiada masalah untuk menjalankan tugas dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang lebih besar untuk menyediakan penyelesaian bagi keperluan fleet Kementerian Sumber Manusia di masa hadapan. SPANCO telah memberikan perkhidmatan yang cukup baik dan berharap prosedur pengagihan dan pembekalan kereta dapat dipertingkatkan dan sentiasa menjaga mutu perkhidmatan di masa akan datang,” jelasnya mengakhiri perbualan.

Sentiasa mengamalkan kerja berpasukan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

saya turut merasakan, dengan pengalaman dan kakitangan yang berwibawa sudah tentu sPancO tiada masalah untuk menjalankan tugas dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang lebih besar untuk menyediakan penyelesaian bagi keperluan fleet kementerian sumber manusia di masa hadapan.

Page 12: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

Program ViP mengiktiraf kenderaan sPancOBagi mempertingkatkan lagi keyakinan pelanggan terhadap kenderaan SPANCO, satu Program Pemeriksaan Kenderaan oleh PUSPAKOM atau singkatannya VIP (Voluntary Inspection Programme) telah diadakan khusus untuk pelanggan-pelanggan SPANCO. Ia adalah sebuah program anjuran SPANCO dengan kerjasama PUSPAKOM yang berlangsung di Pusat Servis Wilayah SPANCO di Bangi (PSW Bangi) sejak 22 April yang lalu.

Pada program ini, pelanggan-pelanggan dari seluruh Semenanjung telah dijemput untuk menghantar kenderaan masing-masing ke PSW Bangi bagi menjalani pemeriksaan PUSPAKOM. Bagi memudahkan pemeriksaan, pihak PUSPAKOM telah menghantar dan menempatkan sebuah Unit Pemeriksaan Bergerak di PSW Bangi sepanjang program berlangsung.

Pemeriksaan yang dilakukan oleh Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM merangkumi pengesahan nombor enjin

dan casis, pemeriksaan bahagian atas dan bawah kenderaan, ujian brek, tayar, suspensi, ujian gelincir, lampu, pelepasan asap, cermin hadapan dan tingkap serta meter kelajuan. Prosesnya adalah mudah dan cepat dan laporan pemeriksaan dapat

sErvIs ItU pENtINg

JILID 4 | JUL - ogos 201612

unit Pemeriksaan Bergerak PuSPAKOM memiliki keupayaan untuk memeriksa 50 unit kenderaan dalam sehari. Ditempatkan di PSW Bangi untuk tempoh 3-4 hari dalam seminggu dan beroperasi dari 9 pagi hingga 6 petang. Buat permulaan hampir 1,500 unit telah dipanggil oleh SPANCO melalui surat rasmi, e-mel dan panggilan telefon untuk menjalani pemeriksaan vIP. Program ini akan dilanjutkan dari semasa ke semasa mengikut sambutan dan keperluan.

Page 13: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

“Elok sekali apatah lagi kereta diperiksa oleh PUSPAKOM, sebuah agensi pakar lagi berwibawa. Sijil kelulusan juga dikeluarkan jadi lebih meyakinkan pemandu. Lebih-lebih bagi kereta yang berjalan jauh setiap hari, kena pastikan keselamatannya. “

NOrAzWAN MAHAMAD MISBANPemandu di Kementerian Dalam Negeri

Ini adalah salah satu cara terbaik untuk kita tahu tahap ‘roadworthiness’ dan di mana kerosakan kereta jika ada. Pemeriksaan seperti ini memang harus dilakukan dari semasa ke semasa.

KOPerAL AzLIN MIHATPRDM, Cawangan MPV, IPD Nilai, Negeri Sembilan

diketahui dengan serta-merta.

Program ini juga bertujuan untuk memastikan kenderaan yang telah menjalani pembaikan adalah dalam keadaan selamat untuk digunakan. Ia juga adalah untuk mendapatkan sijil layak dipandu bagi setiap kereta yang menjalani pemeriksaan, selain membaiki sebarang kerosakan atau kecacatan yang telah dikesan oleh pihak PUSPAKOM.

Hasil dari program VIP ini mampu membantu SPANCO menilai keadaan kereta-kereta di dalam fleet dan untuk lebih memahami akan keperluan servis dalam memastikan kereta adalah sentiasa layak untuk dipandu di atas jalan raya serta mendapat penilaian dan pengiktirafan daripada PUSPAKOM, iaitu sebuah badan penilai kenderaan yang disahkan oleh Kerajaan.

JILID 4 | JUL - ogos 2016 13

• Melibatkan pelanggan, PUSPAKOM dan SPANCO.

• Penilaian dilakukan oleh PUSPAKOM yang bertindak sebagai juruaudit kenderaan manakala Kementerian Kewangan sebagai pemerhati dan SPANCO sebagai penyelaras.

• PUSPAKOM atau Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer adalah satu-satunya syarikat pemeriksa kenderaan yang dilantik oleh Kerajaan untuk melakukan semua pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan serta kenderaan persendirian bagi tujuan pembiayaan sewa beli, pindah milik dan insurans.

• Perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak diperkenalkan oleh PUSPAKOM pada akhir 2015 bagi membantu pengusaha-pengusaha kenderaan untuk menjalani pemeriksaan kenderaan tanpa perlu mengunjungi cawangan PUSPAKOM.

Fakta Mengenai Program VIP

Page 14: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 201614

+ Volvo Melalui projek Volvo Drive Me, pengeluar automobil Sweden ini sedang berusaha secara agresif untuk menjadikan pemanduan tanpa pemandu satu kenyataan. Ia merupakan sebuah projek percubaan sistem pengangkutan bas tanpa pemandu yang dilancarkan di negara itu pada 2016, yang turut akan membolehkan pengguna mencuba kereta tanpa pemandu bermula 2017. Teknologi tanpa pemandu Volvo mampu menangani pelbagai situasi pemanduan harian termasuk dalam lalu lintas yang sesak dan kecemasan.

pErsADA INovAsI

+ Google Google merupakan peneraju dalam teknologi kereta tanpa pemandu apabila

lebih 1.2 juta batu telah dipandu uji menggunakan perisian mereka sejak 2009. Kereta ini dilengkapi GPS, alat pengesan, kamera, radar dan

laser yang menyelaraskan pergerakan lancar dalam persekitaran jalan raya yang sentiasa berubah. Data dikumpulkan yang kemudian dikongsi bersama dengan kereta lain dalam rangkaian

Google. Pelaburan Google dalam teknologi pemanduan tanpa pemandu tiada tandingnya dan mereka diramalkan memiliki peluang paling cerah untuk menghasilkan sebuah kereta yang benar-benar ‘autonomous’.

+ Industri pemotoran semakin rancak dengan teknologi pemanduan tanpa

memerlukan pemandu. Ia disebut-sebut mampu mengurangkan kemalangan

jalan raya, mengurangkan masa memandu dalam kesesakan dan seterusnya mengurangkan penggunaan bahan api. Berikut adalah lima syarikat teratas

yang dijangka akan merealisasikan ciptaan kereta tanpa pemandu menjelang 2020 kelak.

KereTA TANPA PeMANDuBakal Menjadi Realiti Pada 2020

Page 15: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 2016 15

+ DaimlerDaimler, syarikat induk Mercedes-Benz menempa sejarah pada 2015 apabila berjaya menguji sebuah traktor di jalan raya awam tanpa memerlukan pemandu. Dengan menggunakan beberapa radar, alat pengesan dan kamera, Mercedes Actros telah ditukar menjadi sebuah kenderaan pintar yang dapat memantau persekitaran dan mengawalnya sendiri dalam situasi tertentu. Daimler mensasarkan untuk menjadi syarikat pertama yang menggabungkan fungsi pemanduan tanpa pemandu pada kenderaan yang dijual di pasaran.

+ TeslaTesla, pengilang kereta elektrik yang berpangkalan di Palo Alto, California, juga sedang berusaha untuk menjadi syarikat pertama mengeluarkan kereta tanpa pemandu. Ia telah pun melancarkan kereta separa automatik pada 2015 yang berupaya memandu di lebuh raya, menukar laluan dan memarkir dengan sendirinya. Ketua Pegawai Eksekutif, Elon Musk dalam kenyataan rasmi berkata, Tesla akan mengeluarkan kereta tanpa pemandu automatik sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun lagi iaitu lebih awal dari pesaing-pesaingnya. Mereka juga bercadang untuk meningkatkan sistem Autopilot pada kenderaan Tesla dengan memanfaatkan kepakaran jurutera-jurutera perisian yang baharu direkrut.

+ AppleSeperti kebanyakan syarikat lain, Apple turut teruja mencipta kereta tanpa pemandu namun agak merahsiakan usaha mereka daripada pihak media.

Walau bagaimanapun, berdasarkan produk sedia ada dan impian untuk mengembangkan sistem pengoperasian iOS, bolehlah

disimpulkan bahawa ‘Apple Car’ atau apa jua kenderaan berasaskan Apple kelak pastinya akan diintegrasikan

bersama iPhone. Menurut The Wall Street Journal pula, Apple akan mengeluarkan kereta berkuasa elektrik

pertamanya pada 2019 namun tidak pasti sama ada akan menampilkan ciri-ciri teknologi tanpa pemandu.

Page 16: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 201616

MErAKAM CAtAtAN

Sumbangan Cek Khairat Kematian Kepada Waris Mendiang Jackson Arthur John Tan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

aPmm Daerah maritim kuala linggi, melaka29 julai 2016

IPK SArAWAKkuching24 Ogos 2016

Proton edar Tawau Tawau20 julai 2016

Proton edar Sandakan sandakan25 julai 2016

Proton edar Inanam inanam27 julai 2016

IPK SABAH kota kinabalu29 julai 2016

Proton edar Miri miri15 Ogos 2016

Proton edar Bintulu

bintulu17 Ogos 2016

Proton edar Kuching

kuching22 Ogos 2016

Proton edar Sibu sibu19 Ogos 2016

Taklimat SMArT (Penyenggaraan Servis dan risiko)

Page 17: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 2016 17

Kursus Pemanduan Defensif SPANCO 2016maePs, serdang27 & 28 Ogos 2016

Kempen Derma Darah Bersama Pusat Darah Negara

Pusat servis Wilayah batu caves30 Ogos 2016

Page 18: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 201618

LIbUr DEstINAsI

Mandalay, kota paling bersejarah dan terletak di antara sungai Ayeyarwady dan dataran Shan. Ia dianggap sebagai pusat kebudayaan, bandar perusahaan dan pusat perniagaan bagi negara Myanmar. Selain dikenali sebagai

bandar diraja, masyarakat Mandalay juga masih mengamalkan budaya tradisinya dengan berbasikal sebagai pengangkutan. Di sini juga kelihatan banyak pagoda berserta ukiran seni menarik pada bangunan bersejarahnya.

Mandalay

Mantan ibu kota Myanmar ini merupakan bandar ketiga terbesar di negara itu. Ia adalah kota peninggalan kolonial Inggeris dan masih memelihara artifak sejarahnya. Dengan kepadatan penduduk hanya 400 ribu orang, Mawlamyine menyimpan seribu satu sejarah seperti pagoda Moulmein tua yang berbaring menghadap laut, landasan kereta api 415km yang dibina semasa penjajahan Jepun diberi nama Jambatan Sungai Kwai. Manakala di tepinya terdapat pusara para tawanan perang yang mati semasa membina landasan tersebut.

Mawlamyine

Bandar yang dahulunya dikenali sebagai Rangoon ini terkenal dengan artifak kolonial abad ke-19. Walaupun tidak moden, namun Yangon adalah kota besar yang kaya dengan peninggalan sejarah dan masyarakatnya masih mengamalkan kebudayaan lama seperti memakai pakaian dan kasut tradisional juga berkenderaan lama. Tidak sah jika tidak melawat Pagoda Shwedagon yang bersejarah yang asasnya dipercayai dibina lebih 2,000 tahun dahulu. Ia adalah satu keajaiban dunia dan pagoda paling dihormati di Asia Tenggara.

Yangon

Sebuah kota kuno terletak di Rakhine dan merupakan salah satu bandar terkaya di Asia dalam hal perdagangan dengan Timur Tengah, Asia dan Eropah. Mrauk U turut terkenal sebagai salah satu lembah paling penting dari segi artifaknya. Kedudukannya yang terletak di timur Sungai Kaladan yang dikelilingi bukit bukau di kedua-dua bahagian utara dan selatan menjadikan ia salah sebuah tempat yang indah dan harus dilawati oleh pengunjung.

Mrauk U

Salah satu fakta menarik mengenai Myanmar ialah ia memiliki erti ‘Sangat Indah’ diambil dari perkataan ‘Mya’ yang bererti Mutiara atau Zamrud. Kaya dengan peninggalan sejarah dan artifak lama mengungkai keunikan kota Myanmar yang juga merupakan salah satu negara paling bermisteri di Asia Tenggara.

07Alami Keindahan

Tempat Menarik di Myanmar

Page 19: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 2016 19

Inilah ibu kota dari dinasti pertama Myanmar yang dibina oleh Raja Anawrahta pada tahun 1044. Di sinilah terdapat semua seni bina kuno dengan lebih 2,000 kuil dan stupa dapat dilihat di sepanjang tepi timur sungai Ayeyarwady. Sebahagian besar pagoda juga dapat dilihat di

sini berserta monumen keagamaan yang dibangunkan 1,500 tahun yang lalu. Keunikan hasil seni binaan serta ukiran mempesonakan pada bangunan lama dan kuil menyingkap kesan sejarah dinasti Bagan, pastinya memberi kesan kepada setiap pengunjung yang datang.

Bagan

Pindaya terkenal dengan penempatan rumah-rumah gua dengan lebih 8,000 patung Buddha. Kebanyakan darinya berusia sekurang-kurangnya 100 tahun dan telah diletakkan begitu cantik sebagai laluan ke gua. Keindahan Pindaya turut dilengkapi dengan pemandangan yang memikat hati.

Pindaya

Terletak di negeri Shan, Inle adalah danau air tawar yang dikelilingi perkampungan di pergunungan berkabut. Berada

pada 1,000 meter di atas paras laut dan merupakan perkampungan masyarakat Intha serta banyak kaum

minoriti yang lain. Cuacanya berbeza dari kawasan lain yang agak dingin dan kering, amat mendamaikan. Di sini juga

anda dapat melihat nelayan menangkap ikan menggunakan kaki dan buluh, salah satu tradisi masyarakat Inle dengan menaiki bot atau kanu. Masyarakatnya juga amat ramah

dan mesra menjadikan perjalanan begitu menyenangkan.

Inle Lake

Page 20: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

Masalah DiabetesDiabetes mellitus adalah satu masalah kronik yang boleh memberi kesan kepada penglihatan. Kadar gula yang tinggi boleh

menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah, saraf dan organ

tubuh. Paras gula tinggi dalam darah pada pesakit diabetes menyebabkan lensa mata membengkak dan akan mengakibatkan komplikasi seperti retinopati diabetik atau mata kabur akibat diabetes. Pembuluh darah yang rosak akibat retinopati diabetik boleh menyebabkan kehilangan penglihatan. Mereka yang menderita diabetes jenis 1 dan 2 berisiko mengalami komplikasi itu.

Distrofi Kornea Kebanyakan distrofi kornea adalah diwarisi dan yang paling biasa adalah keratokonus yang mana bahagian tengah kornea atau yang berhampiran menipis dan menjadi melengkung dengan tidak sekata. Mereka yang mengalaminya perlu memperbaiki optik dengan

memakai kanta lekap yang tebal. Langkah terakhir keratokonus, memerlukan pemindahan kornea untuk menyelamatkan penglihatan. Faktor risiko sering dialami wanita berbanding lelaki, mempunyai keluarga yang mengidap distrofi kornea dan berusia lebih 50 tahun.

Mata merupakan antara organ yang mempunyai metabolisme paling tinggi. Begitu banyak salur darah halus yang menyalurkan bekalan tenaga untuk mata terus berfungsi. Kehilangan daya penglihatan mungkin boleh dirawat bergantung kepada struktur yang terjejas. Oleh itu pengesanan awal dan langkah pencegahan adalah sangat penting bagi mengelakkan masalah deria penglihatan.

Mata KeringMata kering disebabkan kekurangan pengeluaran cecair mata yang berfungsi sebagai pelincir untuk mata. Ia boleh menjadi situ-asi kronik pada sesetengah orang yang memerlukan peng-gunaan cecair mata bagi melega dan mengekalkan kornea yang sihat. Mata kering boleh menyebabkan masalah serius seperti jangkitan mata, kerosakan selaput luar mata dan kualiti penglihatan menurun. Berisiko kepada mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas.

bICArA sIhAt

Kehilangan DeRia Penglihatan

PuNCA uTAMA

JILID 4 | JUL - ogos 201620

Page 21: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 2016 21

KatarakKatarak adalah punca paling biasa yang menyebabkan buta. Ia sejenis penyakit di mana selaput menyelubungi kanta mata yang jernih menjadi legap. Mereka yang mengalami masalah ini akan melihat objek seperti berkabus, pudar atau penglihatan malam terganggu, kaca mata tidak berfungsi, hilang sensitiviti terhadap perbezaan warna, jarak dan kecerahan.

GlaukomaGlaukoma disebabkan oleh kerosakan pada saraf optik. Ia merosakkan saraf-saraf halus yang menghubungkan mata kepada otak dan menyebabkan penglihatan bahagian tengah mata menjadi kabur pada tahap lewat sahaja. Selalunya berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas namun boleh juga berlaku kepada remaja. Jika tidak dirawat, boleh menyebabkan medan penglihatan mengecil seterusnya boleh mengakibatkan buta.

PeTANDA-PeTANDA KATArAK, GLAuKOMA, DISTrOFI KOrNeA, MATA KerING, DISTrOFI reTINA YANG DIWArISI DAN KeMerOSOTAN MAKuLA

Sukar untuk memandu, membaca dan membezakan kedalaman.

Melihat banyak bayang pada waktu malam.

Sensitif pada silau dan cahaya.

Masalah mengesan warna yang tidak terang.

Rasa tidak selesa pada mata.

Penglihatan kabur sebaik sahaja bangun tidur.

Melihat bintik-bintik hitam dan bercahaya.

Mata berasa pedih, merah atau seperti berpasir.

Mukus sekitar mata terutama di pangkal mata.

Sukar memakai kanta lekap.

Keluar air mata berlebihan, kesan tindak balas terhadap mata kering.

Penglihatan kabur, lambat fokus atau menjadi lemah.

Sukar menyelaraskan perubahan cahaya.

Sukar membezakan wajah seseorang.

Pencegahan awal dapat

menyelamatkan penglihatan

anda. Lakukan pemeriksaan

berkala bermula dari usia 40-an

atau lebih awal. Anda juga boleh

mengamalkan pengambilan

antioksida yang mana ia dapat

membantu mengurangkan

kandungan radikal bebas di dalam

badan terutamanya pada mata.

Pengambilan diet yang kaya dengan

vitamin E, zink , vitamin C dan beta

karotena, lutein, asid lemak omega-3

(seperti DHA, EPA) juga boleh

membantu melindungi mata.

Distrofi Retina DiwarisiDistrofi retina diwarisi adalah penyakit mata kronik yang boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan. Distrofi retina yang paling biasa adalah retinitis pigmentosa. Ia adalah gangguan yang menyebabkan kehilangan penglihatan secara beransur-ansur dan menyebabkan kebanyakan sel-sel fotoreseptor menjadi kabur dan mati serta kehilangan keupayaan untuk menghantar visual kepada otak. Ia selalunya menyerang pada usia muda.

Kemerosotan MakulaKemerosotan makula berkaitan usia (Age-related Macular Degeneration - AMD) merupakan punca kedua kebutaan di dunia. Ia adalah penyakit kemerosotan retina yang memberi kesan kepada makula iaitu bahagian paling sensitif dalam mata yang membolehkan kita melihat sesuatu objek secara terperinci. Selalunya hanya dapat dikesan pada peringkat

lewat iaitu apabila penglihatan terjejas kerana ia tidak mempunyai tanda-tanda yang nyata pada

peringkat awal. AMD boleh dikesan melalui ujian saringan di hospital atau klinik.

Mereka yang berusia 50 tahun ke atas berisiko tinggi diserang penyakit ini.

Page 22: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 201622

TayarBateri Hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & Bateri

MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar

pILIhAN sErvIs ANDA

Sarawak - PuSat ServiS PrOtOn eDar SiBu 2 - SiBu

PuSAT ServIS PrOTON eDAr SIBu 2

Lot 25 B & C Lanang Road96000 Sibu, SarawakTel 084 331 336 / 084 331 337 Faks 084 327 293Juruteknik | 10 Orang Hoist | 15 Unit

Sarawak - HuOng Seng MOtOr traDing - SiBu

HuONG SeNG MOTOr TrADING

No 16 Lorong Ding Lik Kong 39Jalan Ding Lik Kong 96000 Sibu, SarawakTel 084 336 160 / 084 324 587 Faks 084 316 569Juruteknik | 5 Orang Hoist | 8 Unit

Sarawak - wakiL ServiS SaH PrOtOn eDar - tan kHOOn Sia autO SDn BHD - Sri aMan

WAKIL ServIS SAH PrOTON eDAr TAN KHOON SIA AuTO SDN BHD

32 Sabu Road, Sri Aman 95000 Sri Aman, SarawakTel 083 322 149 / 083 323 149Faks 083 323 555Juruteknik | 5 Orang Hoist | 7 Unit

Page 23: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

JILID 4 | JUL - ogos 2016 23

TayarBateri Hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & Bateri

MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar

Sarawak - HOrnBiLL MOtOr - LiMBang

HOrNBILL MOTOr Lot 1422, 1/2 Mile, Industrial Estate Jalan Kubong, 98700 Limbang, SarawakTel 085 215 296Faks 085 217 296Juruteknik | 8 Orang Hoist | 2 Unit

PeLANTIKAN BAHAru

JOO HWANG WOrKSHOP SDN BHD

Kampung GoshenJalan Lotong P.O. Box 51189107 Kota Marudu, SabahTel 088 662 662Faks 088 662 612Juruteknik | 5 Orang Hoist | 5 Unit

AzAM MOTOr

Lot 512 Jalan Morib Kanchong Darat 42700 Banting, SelangorTel 03 3187 8609Faks 03 3181 8576 Juruteknik | 30 Orang Hoist | 10 Unit

Page 24: Cover JulyAug Final.pdf 1 09/09/2016 11:46 AM · pengurangan kemalangan dan pengurusan logistik yang ... tidak dapat menjalankan tugas dengan ... Pecahan Mengikut Jenis 64% 15% 9%

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

MSM-HM_210x297mm.pdf 1 6/14/16 1:06 PM