contoh teks bahas ala parlimen

Upload: muhamadkamil385

Post on 04-Apr-2018

2.071 views

Category:

Documents


51 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Contoh Teks Bahas Ala Parlimen

    1/3

    Contoh Teks Bahas Ala Parlimen

    Teks Bahas:

    Usul: Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara

    Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari ini.Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan

    pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian.

    Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang.

    Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana berkatkeamanan dan keharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini dewan kembali

    bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.

    Tuan Yang Dipertua,

    Usul pada hari ini berbunyi,.Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara,

    Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian

    Pertama, izinkan saya melakukan penakrifkan usul secara literal. Perkataan Industri dalam

    Kamus Dewan Edisi Keempat diertikan sebagai perusahaan secara besar-besaran untuk

    menghasilkan barangan, manakala perkataan mangkin bermaksud unsur yang mempercepatatau menyegerakan sesuatu perkembangan. Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa Pendidikan

    Industri Mangkin Pembangunan Negara bermaksud pendidikan yang berasaskan perusahaan

    merupakan unsur yang akan mempercepat pembangunan negara.

    Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini. Selain

    itu, hujah-hujah yang seterusnya akan disambung oleh Menteri Pertama, manakala MenteriKedua pula akan membidas hujah-hujah songsang yang akan dibawa oleh pasukan

    pembangkang. Saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang

    akan kami bentangkan nanti dan seterusnya usul yang kami bawa akan diterima secarakonsesnsus.

    Tuan Yang Dipertua,

    Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami.Yang pertama, saya katakanbahawa kebergantungan kita kepada negara maju walaupun kita kaya dengan hasil

    pertanian.Yang Kedua, TYDP, indikator kami ialah bagaimanakah pendidikan industri dapat

    memacu sektor pertanian ke arah sektor perindustrian yang berasaskan pertanian. Saya yakin

    bahawa berdasarkan indikator-indikator ini berserta justifikasi yang akan kami kemukakan sudahpasti usul ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu yang akan

    dikemukakan oleh pihak pembangkang.

    Tuan Yang Dipertua,

    Sejak zaman berzaman, negara kita bergantung pada sumber pertanian kerana kita mempunyai

    tanah yang luas dan subiur. Namun, kita tidak berupaya memperoleh hasil yang lumayan.Pembangunan kita agak perlahan dan kita selalu bergantung harap pada negara maju seperti

    1

  • 7/29/2019 Contoh Teks Bahas Ala Parlimen

    2/3

    Jepun dan Amerika untuk membantu kita. Sampai bilakah kita boleh berkeadaan sedemikian?

    Sampai bilakah kita harus meminta-minta?

    Tuan Yang Dipertua dan sidang Dewan sekalian,

    Kita harus belajar daripada sejarah. Lihatlah negara-negara maju di dunia, Jepun, misalnya,

    selepas Perang Dunia Kedua, telah bangkit menjadi gergasi ekonomi dunia kerana negara itumaju dalam bidang perindustrian. Korea Selatan pula mengikut jejak langkah Jepun dalam

    bidang perindustrian. Oleh sebab itu, untuk mempercepat pembangunan negara, kita harus

    beranjak daripada negara pertanian kepada negara perindustrian.

    (Wakil pembangkang berdiri mohon izin laluan daripada Tuan Yang Dipertua)

    Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua,YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlulah berubah

    daripada negara pertanian kepada negara perindustrian. Persoalannya ialah sedarkah pihak pihak

    kerajaan bahawa pada suatu hari nanti kita mungkin menghadapi krisisi makanan kerana terlalu

    menumpukan perhatian kepada bidang perindustrian? Saya bimbang nanti yang kita kejar tidakdapat, yang kita kendong pula berciciran.

    Tuan Yang Dipertua,

    Terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Pembangkang atas persoalan yang dikemukakan itu.

    Apabila saya mengatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlu berubah daripadanegara pertanian kepada negara perindustrian, bukan bermakna kita tidak menumpukan perhatian

    kepada bidang pertanian lagi. Sebaliknya, kita majukan bidang pertanian yang berasaskan

    perindustrian. Kita harus sedar bahawa sudah lama kita mengalami kerugian yang besar. Banyak

    wang negara yang mengalir ke negara asing kerana kita tidak mempunyai kepakaran dalambidang perindustrian.

    Sebagai akibatnya, kita tidak berupaya mencipta dan mengeluarkan barang-barang keperluan kitasendiri walaupun kita mempunyai sumber yang banyak. Kita hanya berupaya menjadi

    pengeksport barang-barang mentah seperti getah, kelapa sawit, dan seumpamanya dengan harga

    yang murah. Sebaliknya, kita mengimport barang-barang siap dengan harga yang berlipat ganda.Alangkah ruginya kita!

    Tuan Yang Dipertua,

    Dengan menyedari hakikat ini, maka kita harus membangunkan bidang perindustrian denganmelahirkan tenaga pakar dalam bidang ini. Pembinaan kilang yang banyak semata-mata tidak

    bermakna jika kita tidak menyediakan tenaga mahir yang mencukupi. Untuk mencapai matlamat

    itu, maka bidang pendidikan yang berasaskan pertanian perlu diberikan keutamaan.. Usaha iniseharusnya bermula pada peringkat sekolah rendah untuk memberikan kesedaran kepada

    masyarakat akan kepentingan pendidikan industri., Oleh yang demikian, langkah Kementerian

    Pelajaran Malaysia mewujudkan mata pelajaran Kajian Tempatan adalah wajar. Seterusnya, padaperingkat sekolah menengah pula, diajarkan mata pelajaran Kemahiran Hidup, dan pada tahun

    2002 mata pelajaran Vokasional diperkenalkan di sekolah menengah harian.

    Tuan Yang Dipertua,

    2

  • 7/29/2019 Contoh Teks Bahas Ala Parlimen

    3/3

    Kita terpaksa menerima hakikat bhawa pembangunan dalam bidang industri merupakan mangkin

    kepada pembangunan negara. Oleh sebab itu, pendidikan industri merupakan satu eleman

    penting yang perlu diberikan perhatian wajar bukan sahaja oleh kerajaan, tatapi juga oleh olehpihak pembangkang..

    3