contoh soalanedu3108.docx

10
EDU 3108: ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU BAHAGIAN A ( 20 markah) Jawab semua soalan dalam bahagian ini 1. Perbezaan ketara antara kerjaya perguruan dengan kerjaya bukan profesion ialah A guru mementingkan mutu perkhidmatan B guru mempunyai Kod Etika yang perlu dipatuhi C guru perlu mengikuti latihan tertentu dalam perkhidmatan D guru mempunyai kuasa sepenuhnya membuat keputusan ke atas murid 2. Guru yang berkesan haruslah profesional, berkualiti dan mampu A memberi pendidikan kepada semua murid B memenuhi keperluan murid dalam pelbagai aspek C menggunakan pelbagai strategi dan teknik pengajaran D mengikuti pelbagai kursus sesuai dengan pendidikan alaf baharu 3. Di antara kenyataan berikut yang manakah merujuk kepada tanggungjawab guru terhadap murid? A Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek yang diajar. B Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama di antara sekolah dan keluarga murid. C Tidak menyebarkan sesuatu ajaran sesat yang boleh mempengaruhi murid. D Menunaikan tanggung guru dengan rajin sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.  Pembentukan warganegara yang berilmu  Pembentukan warganegara yang percaya kepada demokrasi  Pembentukan warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan  berkebolehan 4. Pernyataan di atas berkaitan dengan A ikrar dalam profesion keguruan B integrasi dalam profesion keguruan C akauntabiliti guru terhadap profesion D tanggungjawab guru terhadap profesion

Upload: affyza-ar

Post on 14-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: contoh soalanEDU3108.docx

7/27/2019 contoh soalanEDU3108.docx

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-soalanedu3108docx 1/10

EDU 3108: ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

GURU

BAHAGIAN A

( 20 markah)

Jawab semua soalan dalam bahagian ini

1. Perbezaan ketara antara kerjaya perguruan dengan kerjaya bukan profesion ialah

A guru mementingkan mutu perkhidmatan

B guru mempunyai Kod Etika yang perlu dipatuhi

C guru perlu mengikuti latihan tertentu dalam perkhidmatan

D guru mempunyai kuasa sepenuhnya membuat keputusan ke atas murid

2. Guru yang berkesan haruslah profesional, berkualiti dan mampu

A memberi pendidikan kepada semua murid

B memenuhi keperluan murid dalam pelbagai aspek 

C menggunakan pelbagai strategi dan teknik pengajaran

D mengikuti pelbagai kursus sesuai dengan pendidikan alaf baharu

3. Di antara kenyataan berikut yang manakah merujuk kepada tanggungjawab guru

terhadap murid?

A Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek yang diajar.B Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama di antara sekolah dan keluarga murid.

C Tidak menyebarkan sesuatu ajaran sesat yang boleh mempengaruhi murid.

D Menunaikan tanggung guru dengan rajin sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan

sosial.

  Pembentukan warganegara yang berilmu

  Pembentukan warganegara yang percaya kepada demokrasi

  Pembentukan warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan

 berkebolehan

4. Pernyataan di atas berkaitan dengan

A ikrar dalam profesion keguruan

B integrasi dalam profesion keguruan

C akauntabiliti guru terhadap profesion

D tanggungjawab guru terhadap profesion

Page 2: contoh soalanEDU3108.docx

7/27/2019 contoh soalanEDU3108.docx

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-soalanedu3108docx 2/10

5. Konsep keprihatinan terhadap tugas adalah sangat penting bagi seorang guru (Hall,

George dan Rutherford, 1997)

Antara yang berikut tindakan yang manakah boleh dilakukan untuk memenuhi

tanggungjawab tersebut?

I Membina hubungan yang erat dengan pelajar-pelajarnya

II Mengenal pasti dan mengkaji impak bagi setiap pelaksanaan pengajaran dan

 pembelajaran

III Mengambil tindakan bagi memenuhi keperluan pelajar yang masih belum dipenuhi

IV Membina hubungan kolaborasi dengan pelbagai lapisan masyarakat

A I, II dan III

B I, II dan IVC I, III dan IV

D II, III dan IV

6. Berdasarkan kepada teori lima peringkat perkembangan guru (Trotter 1986), Cikgu

Amrita dikategorikan sebagai guru pakar.

Pernyataan-pernyataan yang berikut merupakan pengetahuan kandungan pedagogi

yang sepatutnya dikuasai oleh Cikgu Amrita kecuali

A mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar 

B merancang tindakan pedagogi yang pelbagai dan interaktif 

C mementingkan cara pelajar membina konsep secara memastikan adanya perubahan

struktur dalam kognitifnya

D mengutamakan kaedah penyampaian pengetahuan dan prestasi pengajaran

7. Cikgu Serena merupakan seorang guru yang popular dalam kalangan anak 

muridnya. Beliau sentiasa memberikan fokus kepada pemikiran, perasaan, keperluan

 psikologikal dan emosi murid-muridnya.

Cikgu Serena merupakan seorang pembentuk tingka laku yang menggunakan

 pendekatan

A Sosial

B Kognitif 

C Humanis

D Behaviouris

Page 3: contoh soalanEDU3108.docx

7/27/2019 contoh soalanEDU3108.docx

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-soalanedu3108docx 3/10

8. Tanggungjawab seorang guru sekolah rendah adalah rencam termasuk seperti yang

 berikut:

  Mencatat dan mendokumentasikan aktiviti tertentu secara formal dan

sistematik.

  Sentiasa melibatkan diri dalam proses inkuiri demi memperbaiki amalan

 pengajaran dan pencapaian murid.

Tanggungjawab yang tersebut di atas ada kaitan dengan peranan guru sebagai

A penyelidik 

B pembimbing

C pengamal reflektif 

D pengurus pembelajaran

9. Seorang guru yang memainkan peranan sebagai pengurus pembelajaran membentuk 

 persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Untuk tujuan tersebut, beliau harus mengutamakan

A corak dan nilai hidup guru yang sihat

B amalan konsep pembelajaran sepanjang hayat

C pengajaran berkesan yang berdasarkan yang berdasarkan prinsip-prinsip dan model pengajaran

D pengurusan merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti pengajaran

dan pembelajaran.

10. Kepimpinan berfungsi secara autonomi dengan memberi tunjuk ajar, membuat

keputusan sendiri dan suka memberi arahan. Konflik atau masalah diselesaikan

dengan pantas dan komunikasi lebih bersifat dari atas ke bawah. Manakala guru yang

memilih aliran kepimpinan ini pula berkuasa penuh menentukan corak pengurusan

kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah gaya kepimpinan yang dimasudkan?

A Gaya Kepimpinan Autokratik 

B Gaya Kepimpinan Demokratik 

C Gaya kepimpinan Instruksional

D Gaya kepimpinan Laissez-Faire

Page 4: contoh soalanEDU3108.docx

7/27/2019 contoh soalanEDU3108.docx

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-soalanedu3108docx 4/10

  Organisasi yang berorientasikan matlamat

  Pembahagian bidang pengkhususan

  Struktur berhierarki

 Mementingkan peraturan dan tatatertib

  Mempunyai prosedur kerja yang amat teknikal

  Perjawatan berdasarkan kelayakan dan kecekapan bidang

11. Weber (1989), telah memberi penekanan kepada aspek-aspek yang tersenarai di

atas dalam Model Kepimpinan

A Teragih

B Birokratik 

C Berkarisma

D Semula jadi

12. Dalam konteks pendidikan di sekolah, tingkah laku pemimpin juga sangat

mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajarnya.

Antara berikut, pernyataan manakah bukan “Implikasi Teori Tingkah laku” dalam

konteks pendidikan di sekolah?

A Guru-guru akan menunjukkan minat yang lebih untuk bekerja jika suasana kerja

yang harmonis dapat diwujudkan.B Membina hubungan mesra dengan guru akan memperoleh sokongan dalam

sebarang pelaksanaan aktiviti atau program sekolah.

C Guru Besar berkuasa penuh untuk mendisiplin, menggantung, mengarah dan

melantik seseorang mengikut keadaan semasa.

D Pengurus sekolah perlu berusaha mencipta ruang dan peluang untuk melahirkan

semangat kerjasama dalam kalangan pekerja.

13. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) adalah Pengurusan Tertinggi dalam

 pengurusan pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia. Sektor-sektor berikut adalahdi bawah kawalan KPPM kecuali

A Sektor Operasi Pendidikan

B Sektor Pengurusan Sumber Manusia

C Sektor Dasar Pembangunan Pendidikan

D Sektor pembangunan Profesionalisme Keguruan

Page 5: contoh soalanEDU3108.docx

7/27/2019 contoh soalanEDU3108.docx

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-soalanedu3108docx 5/10

14. Pilih pernyataan yang paling tepat berkaitan fungsi pengurusan sesebuah sekolah

A memperluaskan penyertaan murid dalam bidang kokurikulum daripada 30% kepada

100%

B meningkatkan kualiti pendidikan supaya aspek aksesibiliti atau kemudahcapaian

 peluang-peluang pendidikan

C meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan

suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

D Meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang akademik, afektif, psikomotor 

dan emosi melalui program-program motivasi, pertandingan-pertiandingan dan

 program pendidikan luar.

15. Seseorang guru perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk membina hasil kerja

yang cemerlang. Nyatakan perancangan yang paling sesuai bagi seorang guru untuk mencapai matlamat tersebut.

A Merancang strategi bagi membina jalinan hubungan yang baik dengan ibu bapa.

B Merangka strategi bagaimana dapat merebut peluang yang luas dalam laluan

kerjaya.

C Melaksanakan tugas dengan amanah, berintegriti dan penuh komitmen agar diberi

 pengiktirafan atau penghargaan sebagai motivasi.

D Merangka aktiviti yang membawa perubahan tingkah laku yang positif dan kawalan

emosi ke arah pencapaian akademik murid yang cemerlang.

16. Guru sewajarnya bermotivasi ke arah meningkatkan ilmu dari semasa ke semasa.

Peningkatan ilmu membolehkan guru

I menganalisis dan merekabentuk aktiviti di bilik darjah

II membangunkan sumber pembelajaran

III arif dengan spesifikasi tugas sendiri

IV berinteraksi dengan alat teknologi

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

Page 6: contoh soalanEDU3108.docx

7/27/2019 contoh soalanEDU3108.docx

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-soalanedu3108docx 6/10

17. Penyelidikan merupakan satu proses pembelajaran yang berterusan yang

membolehkan guru

A merekabentuk kurikulum dan program pendidikan terkini

B lebih peka dan kritis dalam menilai dasar-dasar pendidikan

C meningkatkan peluang kenaikan pangkat dalam kerjayanya

D mengenal pasti isu dan masalah untuk meningkatkan kualiti produk 

18. Apakah amalan yang paling sesuai dipraktikkan untuk meningkatkan kerjasama

dalam kalangan rakan sejawat.

A Membuat agihan tugas kepada guru, bagi guru yang bercuti

B Sentiasa memberi peluang kepada rakan sejawat menambah ilmu

C Berbincang dengan rakan apabila membuat refleksi pengajaran dan pembelajaranD Meminta rakan membuat pengubahsuaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang tidak berkesan

19. Program perkembangan guru atau Program Latihan Dalam Perkhidmatan perlu

diikuti oleh guru bagi memastikan

A ilmu keguruan sentiasa terkini

B profesion keguruan sentiasa dapat diterima oleh masyarakat.

C peranan guru yang dilaksanakan sentiasa relevan mengikut perubahan masaD guru melakukan responsif dengan membuat perubahan kurikulum bagi memenuhi

kehendak semasa.

20. Guru harus mahir mengakses maklumat daripada pelbagai sumber agar 

A dapat mengoptimum penggunaan pusat sumber 

B berkeupayaan mengenal pasti sumber maklumat

C dapat menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak 

D dapat mempelbagaikan sumber pembelajaran dalam bilik darjah

BAHAGIAN B

( 40 markah)

1. a. Nyatakan empat ciri guru yang mengamalkan kesantunan yang tinggi.

(i)

(ii)

(iii)

Page 7: contoh soalanEDU3108.docx

7/27/2019 contoh soalanEDU3108.docx

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-soalanedu3108docx 7/10

 

(iv)

(4 markah)

 b. Encik Ali seorang guru Sains telah lewat 20 minit masuk ke kelasnya pada waktu

terakhir sesi persekolahan. Beliau tidak dapat memperkemaskan dirinya, rambutnya

kelihatan kusut masai dan tidak bertali leher. Beliau tidak memberi peluang untuk 

 pertanyaan atau sesi soal jawab disebabkan masa sangat suntuk. Setelah loceng

 berbunyi, beliau kelihatan tergesa-gesa untuk pulang kerana akan mengajar Sains di

sebuah kelas tuisyen swasta.

Berdasarkan kes di atas, nyatakan tiga isu etika guru yang wujud

(i)

(ii)

(iii)

(6 markah)

2. Trotter (1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan yang akan

dilalui oleh seseorang guru hingga menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

a. Senaraikan empat pencapaian penguasaan dalam bidang pendidikan bagi seorang

guru di peringkat novis:

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(4 markah)

 b. Cikgu Susan ingin mencalonkan diri sebagai guru cekap untuk anugerah

 perkhidmatan cemerlang. Senaraikan tiga kecekapan yang sentiasa diperhati dan

dinilaikan oleh masyarakat dan pihak pentadbir sekolah.

(i)

Page 8: contoh soalanEDU3108.docx

7/27/2019 contoh soalanEDU3108.docx

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-soalanedu3108docx 8/10

(ii)

(iii)

(6 markah)

3. Amrita merupakan seorang murid yang datang daripada keluarga ibu tunggal.

Beliau kerap kali menimbulkan masalah kerana kurang mendapat perhatian daripada

rakan-rakan dan guru.

a. Huraikan secara ringkas dua cara bagaimana anda dapat membantu mengubah

tingkah laku Amrita.

(i)

(ii)

(4 markah)

 b. Seseorang guru sekolah rendah perlu memainkan pelbagai peranan termasuk 

sebagai seorang pengamal reflektif.

Huraikan tiga kepentingan refleksi kepada guru.

(i)

(ii)

(iii)

(6 markah)

4. a. Kejayaan sesebuah organisasi seperti sekolah biasanya bergantung pada

kepimpinan Guru Besarnya.

 Nyatakan empat aspek kepimpinan Guru Besar di sekolah

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

Page 9: contoh soalanEDU3108.docx

7/27/2019 contoh soalanEDU3108.docx

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-soalanedu3108docx 9/10

 b. Kebanyakan guru mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang kepimpinan bilik 

darjah kerana bagi mereka peranan kepimpinan terletak di bahu Guru Besar atau

 pentadbir sekolah.

Jelaskan tiga cabaran guru biasa dalam kepimpinan guru.

(i)

(ii)

(iii)

(6 markah)

BAHAGIAN C

(40 markah)

Jawab dua daripada 3 soalan

1. Guru alaf baharu merupakan guru yang profesional, mempunyai pengetahuan,mengamalkan akauntabiliti dan sentiasa berpegang kepada Kod Etika Keguruan yang

 juga dikenali sebagai Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia.

a. Bincangkan empat tanggungjawab guru seperti yang termaktub dalam Tatasusila

Profesion Keguruan Malaysia (10 markah)

 b. Huraikan lima akauntabiliti guru terhadap diri sendiri (10 markah)

2. Sebagai pengamal dan pelaksana ilmu, guru perlu mampu menyebarkan disiplin

yang ada padanya. Mereka juga perlu bijak mengaplikasikan pengetahuan berhubung

 perkembangan kognitif, sosial dan fizikal kepada murid-muridnya.

a. Huraikan strategi-strategi yang releven yang dapat dilaksanakan dalam memenuhi

fungsi guru sebagai penyampai ilmu. (10 markah).

 b. Bincangkan bagaimana guru dapat memainkan peranan melalui perancangan

aktiviti untuk pembinaan negara bangsa (10 markah)

Page 10: contoh soalanEDU3108.docx

7/27/2019 contoh soalanEDU3108.docx

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-soalanedu3108docx 10/10

3. Hubungan interpersonal yang baik dalam kalangan guru serta komitmen yang tinggi

dalam menjalankan peranan masing-masing menyumbang ke arah kecemerlangan

institusi sekolah.

a. Cadangkan lima cara bagaimana kerjasama profesional dapat dilaksanakan di

sekolah (10 markah)

 b. Cadangkan lima budaya pembelajaran sepanjang hayat yang guru perlu laksanakan

apabila berada di sekolah. (10 markah).