contoh rph bmm3163

Upload: bocah-sungai-kelambu

Post on 08-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph bm

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Mata pelajaran : Bahasa MelayuTahun : 3 HornetBilangan Murid: 30 orangTema: Cerita TeladanTajuk: Ayam Berkokok Pagi.Tarikh: 8 September 2015.Masa : 60 minit.

Hasil pembelajaran:

-Fokus utama:5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.Aras 2(i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

-Fokus sampingan:8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.Aras 3.(i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.

Objektif,Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat:i) Membaca teks cerita dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.ii) Menyenaraikan perkataan berimbuhan me..yang terdapat dalam teks cerita.(sekurang-kurangnya lima perkataan bagi setiap orang murid)iii) Membina lima ayat majmuk menggunakan perkataan berimbuhan yang diberi dengan betul.( diambil daripada teks cerita).iv) Dapat memberi sekurang-kurangnya satu pengajaran daripada cerita yang dibaca.( Ayam Berkokok Pagi)

Sistem Bahasa:-Tatabahasa: Imbuhan me-Kosa kata: ladang, memelihara, membelai, diperam, membelek-belek, menyeru, sumpahan

Pengisian Kurikulum:i. Ilmu : Pendidikan Moralii. Nilai : kasih sayang, tolong-menolongiii. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT): - KB : menjana idea, menghubung kait, inferens - KP : interpersonal, intrapersonal, verbal linguistik -BCB : mendengar dengan aktif

Bahan Bantu Belajar:-teks cerita Ayam Berkokok Pagi-kad perkataan (perkataan berimbuhan)-lembaran kerja (bina ayat)-bunyi ayam berkokok

Pengetahuan Sedia Ada: Pernah membaca dan mendengar cerita rakyat Pernah melihat ayam. Pernah mendengar ayam berkokok

Langkah/ Masa

Isi PelajaranAktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.Catatan

Set Induksi

(5 minit)1.Meneka bunyi yang diperdengarkan.( Bunyi ayam berkokok)

2.Meniru bunyi ayam berkokok.

3.Meneka tajuk pelajaran hari ini.

4. Menunjukkan buku cerita gergasi bertajukAyam Berkokok Pagi.1.Murid meneka bunyi yang diperdengarkan oleh guru.( bunyi ayam berkokok)

2.Murid diminta meniru bunyi ayam berkokok yang diperdengarkan oleh guru.

3.Murid diminta meneka tajuk pelajaran pada hari ini.

4. Guru menunjukkan buku cerita gergasi bertajuk Ayam Berkokok Pagi, kepada murid-murid dan menyatakan tajuk pelajaran pada hari ini.

KB: menghubungkaitkan, inferens

BCB: mendengar dengan aktif

BBB: bunyi ayam berkokok

Teknik: Guru menggunakan teknik soal jawab dan perbincangan bagi menarik minat murid.

Langkah 1.

( 20 minit)

1.Membaca teks cerita yang bertajukAyam Berkokok Pagi.

2. Guru membimbing murid membaca teks cerita.

1.Murid diberi teks cerita yang diedarkan oleh guru dan diminta supaya membaca secara senyap.

2.Murid diminta membaca kuat secara kelas, kumpulan dan individu dengan sebutan dan intonasi yang betul.(Guru membimbing murid membaca cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul)

KB: membuat inferens.

BCB: -mengemukakan pendapat dan idea yang bernas.-membaca dengan teliti dan betul.

BBB : teks cerita.

Teknik: guru menggunakan teknik sumbang saran.

Kaedah : oral-aural bagi meningkatkan kemahiran membaca dan mendengar.

Langkah 2.

( 15 minit)1.Mencari dan menyenaraikan perkataan berimbuhan me yang terdapat dalam teks cerita.

2. Kad-kad perkataan yang terdapat di dalam kotak;-mempunyai-mengusahakan-membawa-menaburkan-membelai-menanam-menebang-membelek-belek-meminta-memanggil-menghiraukan -memujuk-menyesal-menurut

3. Murid membaca perkataan berimbuhan.1.Murid diminta mencari dan menyenaraikan perkataan berimbuhan me yang terdapat dalam teks cerita.(secara lisan)

2.Guru meminta murid mengambil kad-kad perkataan berimbuhan yang terdapat di dalam kotak dan menampal di papan tulis.(sehingga kad perkataan yang terdapat di dalam kotak habis ditampal

3.Murid membaca perkataan berimbuhan yang telah ditampal di papan tulis secara kelas.

KB: menjana idea

BCB : memproses maklumat, melaporkan maklumat

KP : verbal-linguistik, visual, intrapersonal,Interpersonal

Nilai : kerjasama, berani

Teknik: guru menggunakan teknik kognitif bagi merangsang murid berfikir.

BBB : teks cerita, kad perkataan berimbuhan me..

Langkah 3.

( 15 minit)

1.Membina ayat majmuk dalam lembaran kerja.

1.Guru meminta ketua kelas mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid.

2.Murid diminta membina ayat majmuk menggunakan perkataan berimbuhan yang diberi dalam lembaran kerja yang diberi.

KB : menjana idea,Menghubungkaitkan

Nilai: bekerjasama dan Bertanggungjawab

BBB: lembaran aktiviti.

Penutup.

( 5 minit) Penutup Kognitif.1. menceritakan semula cerita.2. Menyatakan nilai murni yang terdapat dalam cerita.

-Contoh nilai murni : i. kasih sayang ii. tolong-menolong

Penutup sosial.1.Murid diminta memberitahu apa yang telah mereka pelajari pada hari ini dengan menceritakan semula cerita yang telah dipelajari pada hari ini.

2.Murid diminta memberi nilai murni yang terdapat dalam cerita secara lisan.

3.Murid berkokok beramai-ramai.

Teknik:-perbincangan

Pengetahuan sedia ada : pernah mendengar bunyi ayam berkokok dan boleh meniru bunyi ayam berkokok.

Disediakan oleh,MORNIWATI SHOLIHANBM 8.07

CONTOH KAD PERKATAAN.mempunyai

menebang

menanam

membawa

menabur

membelai

menurut

memujuk

menyesal

meminta

menghiraukan

mengusahakan

membelek-belek

memanggil

LEMBARAN AKTIVITI.NAMA:KELAS:TARIKH:

Bina ayat majmuk menggunakan perkataan berimbuhan yang diberi.

1. Menabur

2. Menebang

3. Memujuk

4. Menghiraukan

5. Menyesal