contoh rph 1.4.4

Upload: kirrt

Post on 07-Jan-2016

125 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

TEMAPerniagaan

TAHUN6

TAJUK Pasar Tani

MASA1030-1130 pagi

STANDARD PEMBELAJARAN1.4.4 Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dengan memberikan alasan yang sesuai dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

OBJEKTIFPada akhir pembelajaran ini, murid akan dapat:i. Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dengan memberikan alasan yang sesuai dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

AKTIVITI 1. Murid mendengar dialog situasi tidak formal antara pelanggan dan penjual berinteraksi dalam situasi jual beli di gerai. 2. Murid berbincang dalam kumpulan mengenai situasi jual beli di gerai dan memberi alasan yang berbeza mengenai perbezaan harga dalam peta I-think. (KBAT)3. Murid berlakon dialog yang didengar di depan kelas secara berkumpulan. (Didik Hibur)4. Murid diberi penerangan mengenai ayat permintaan beserta dengan contoh dialog.5. Murid menyenaraikan ayat permintaan yang terdapat dalam dialog yang didengar.6. Murid diberi situasi yang berbeza dan murid menyatakan contoh ayat permintaan berdasarkan situasi (KBAT)

PENGISIAN KURIKULUMIlmu : KeushawananNilai : BertanggungjawabTMK : KomputerKB : MenciptaKecerdasan pelbagai : verbal linguistikI-Think: Peta buih

BAHAN BANTU BELAJARKomputer Riba, Speaker, Kertas Mahjong,Pen Marker,Peta I-think

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMurid menyatakan permintaan serta memberi alasan yang sesuai.

REFLEKSI

Lampiran

Lampiran 1Dialog Situasi tidak formal

Suasana di Pasar TaniIbu :Assalamualaikum Pak Mat. Apa khabar?Pak Mat :Waalaikumsalam. Baik sahaja, Mak Timah. Siapa sebelah Mak Timah ini?Ibu :Ini anak saya, Amir.Pak Mat :Belajar di mana sekarang? Bila sampai rumah?Amir :Saya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi. Petang semalam saya sampai.Ibu :Pak Mat, banyaknya sayur hari ini, segar-segar belaka. Berapa harga seikat sayur bayam ini?Pak Mat :Harga sayur bayam ini RM 1.50 seikat.Amir :Wah, murahnya! Ibu, boleh tak kita beli dua ikat sayur bayam itu? Tadi di kedai Pak Ali harga sayur RM2.20 seikat. Ibu :Kalau macam itu, tolong berikan saya dua ikat sayur bayam ya, Pak Mat. Pak Mat sila bagi tahu harga barangan yang berbeza berbanding dua gerai ini?Pak Mat :Sebab saya ini pemborong, Pak Ali mengenakan harga GST sebagai seorang peruncit lagi. Ada banyak lagi alasan untuk perbezaan harga ni. Nanti panjang saya berbual. Ibu dan Amir:Tidak mengapa,Pak Mat. Asalkan kami beli dengan harga yang berpatutan.Terima kasih.

Lampiran 2Peta Buih

Lampiran 2Situasi berbeza

Situasi di restoranSituasi meminta tolong dari rakan.Situasi pusat membeli belah