contoh laporan - punca dan rawatan masalah disiplin pelajar

8
PUNCA DAN RAWATAN MASALAH SOSIAL DAN DISIPLIN PELAJAR : SATU PANDANGAN Oleh ; Prof. Madya Ab Gani bin Jalil Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia. LATARBELAKANG Banyak telah diperkatakan tentang masalah sosial dan disiplin pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Antara rungutan pensyarah pelajar meniru, berdua-duaan, tidak hormat orang yang lebih dewasa, mudahnya pelajar merasa kecewa dalam hubungan percintaan dan kesimpulan yang sering dibuat iaitu kegagalan pendidikan Islam oleh pensyarah Pusat Pengajian Islam. Rungutan-rungutan dapat diterima oleh semua pihak sebagai satu kesedaran untuk memperbaiki generasi pelajar. Tetapi kesimpulan mudah yang dibuat dan lebih bersifat retorik itu agak menyakitkan sebelah pihak dan bersifat tidak adil. Ia sama sahaja dengan kecaman yang dilontarkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa sistem pendidikan hari ini gagal membentuk akhlak. Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab membentuk akhlak? KPM sahaja? Guru-guru atau pensyarah pendidikan Islam sahaja? Guru-guru disiplin sahaja? Atau kita semua yang terlibat dalam dunia pendidikan sahaja yang sepatutnya mengambil tanggungjawab yang maha besar dan maha berat ini ? Ataukah untuk berlaku adil maka semua pihak dan setiap individu dilibatkan dalam pendidikan ? DEFINISI Masalah didefinisikan oleh Kamus Dewan sebagai “sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran (kesulitan).”. Sosial pula ditakrifkan sebagai, “1. segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan. 2. berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang. “ 1

Upload: amar-safwan

Post on 16-Feb-2015

173 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mn

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Laporan - Punca Dan Rawatan Masalah Disiplin Pelajar

PUNCA DAN RAWATAN MASALAH SOSIAL DAN DISIPLIN PELAJAR : SATU PANDANGAN

Oleh ;

Prof. Madya Ab Gani bin Jalil Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

Universiti Teknologi Malaysia.

LATARBELAKANG

Banyak telah diperkatakan tentang masalah sosial dan disiplin pelajar Universiti

Teknologi Malaysia (UTM). Antara rungutan pensyarah pelajar meniru, berdua-duaan, tidak

hormat orang yang lebih dewasa, mudahnya pelajar merasa kecewa dalam hubungan

percintaan dan kesimpulan yang sering dibuat iaitu kegagalan pendidikan Islam oleh

pensyarah Pusat Pengajian Islam.

Rungutan-rungutan dapat diterima oleh semua pihak sebagai satu kesedaran untuk

memperbaiki generasi pelajar. Tetapi kesimpulan mudah yang dibuat dan lebih bersifat

retorik itu agak menyakitkan sebelah pihak dan bersifat tidak adil. Ia sama sahaja dengan

kecaman yang dilontarkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa sistem

pendidikan hari ini gagal membentuk akhlak.

Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab membentuk akhlak? KPM sahaja?

Guru-guru atau pensyarah pendidikan Islam sahaja? Guru-guru disiplin sahaja? Atau kita

semua yang terlibat dalam dunia pendidikan sahaja yang sepatutnya mengambil

tanggungjawab yang maha besar dan maha berat ini ? Ataukah untuk berlaku adil maka

semua pihak dan setiap individu dilibatkan dalam pendidikan ?

DEFINISI

Masalah didefinisikan oleh Kamus Dewan sebagai “sesuatu yang memerlukan

penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran (kesulitan).”.

Sosial pula ditakrifkan sebagai, “1. segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal

masyarakat, kemasyarakatan. 2. berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa

lapang. “

1

Page 2: Contoh Laporan - Punca Dan Rawatan Masalah Disiplin Pelajar

Bersosial pula bermaksud, “bercampur gaul dan bermesra (biasanya dimaksudkan

antara lelaki dengan perempuan). Disiplin menurut takrifan Kamus Dewan ialah :

1) Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri.

2) Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979 pula

menjelaskan maksud “disiplin” sebagai, “kesanggupan seseorang individu menghormati dan

mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan

sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu

dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan

mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain,

kesanggupan menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong

menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang

membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”

Dari perspektif Islam, disiplin ditakrifkan sebagai peraturan-peraturan yang

diperlukan oleh manusia untuk mencapai kesempurnaan hidup sesuai dengan apa yang

diperintahkan oleh Allah. Bermula dari kejadian manusia pertama Adam dan isterinya Hawa,

mereka hidup dengan disiplin walaupun di syurga sebenarnya tidak memerlukannya.

Kiranya disiplin inilah yang telah melatih dan menjadikan manusia mempunyai daya juang

(jihad). Tanpanya, manusia tidak mungkin boleh mempunyai kalangsungan (survivle) hidup.

Al-Quran menyebutkannya sebagai “sunnatullah” seperti firmanNya dalam surah al-Fath

ayat 23 yang bermaksud, “(Kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap

menurut) "Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan

engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.”

Oleh itu, disiplin dalam Islam lebih merupakan cara hidup yang tidak mungkin

seseorang itu boleh terlepas darinya. Sebagaimana contohnya yang dapat dilihat dalam

ibadah yang mempunyai rukun dan syarat serta dilaksanakan dengan tertib (Bahasa Arab

“Tartib” iaitu mengikut susunan). Kesemua ibadah di dalam Islam melatih muslim menjadi

seorang yang berdisiplin. Jika hal ini dapat difahami dengan cara yang paling mudah, maka

disiplin tidak lagi menjadi masalah dan tentulah tidak ada lagi masalah disiplin!

2

Page 3: Contoh Laporan - Punca Dan Rawatan Masalah Disiplin Pelajar

Bagi seorang muslim yang menghayati ibadahnya, Islam mengajarkan supaya

berjamaah dalam melaksanakan solat. Bagi mereka yang menganggapnya hanya sebagai

fardu kifayah, diwajibkan pula solat Jumaat. Ini mengajar seorang muslim itu bersosial dan

berinteraksi dengan orang lain. Bagitu juga juga dalam ibadah-ibadah puasa, zakat dan

menunaikan haji. Kesemuanya mempunyai nilai interaksi sosial dan disiplin yang tinggi.

Tetapi, manusia lebih senang memilih untuk mempelajari ilmu tanpa memikirkan untuk

menghayatinya. Kerana itulah ulama besar seperti Imam Al-Ghazali menyusun kitabnya

yang masyhur “Ihya` Ulum al-Din” (Menghidupkan ilmu-ilmu agama).

PENGHAYATAN

Berilmu suatu yang boleh didapati melalui proses pembelajaran, tatapi menghayati

ilmu pula adalah suatu yang memerlukan kesungguhan kejiwaan dari dalaman diri individu

manusia. Oleh itu, manusia harus dilihat dari sudut elimen-elimen kejadiannya, iaitu jasad,

roh, aqal dan emosi (istilah agama disebut juga sebagai “nafsu”). Untuk menyelesaikan

masalah manusia, penyelesaian itu harus bersifat menyeluruh (wholistic) merangkumi ke

empat-empat unsur tersebut. Hal ini diakui oleh Knootz dan Weirich (1991 : 399) dalam

bukunya Management, “Kita tidak boleh bercakap tentang hakikat manusia tanpa menyentuh

keseluruhan diri manusia itu, bukan setakat ciri-ciri yang khusus dan terpisah seperti

pengetahuan, sikap, kemahiran atau sifat peribadi.

Setiap orang memiliki semua ciri ini pada kadar yang berbeza. Selain itu, ciri-ciri ini

bertindak balas di antara satu sama lain dan penonjolannya dalam situasi tertentu berubah

dengan pantas dan tanpa diduga.

“Manusia adalah peribadi lengkap yang dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran.

Manusia tidak dapat menghindarkan diri daripada kesan pengaruh ini dalam pekerjaan

mereka.”

Drucker (1989: 38) juga bersetuju tentang perlu adanya nilai dalam diri manusia, “….

Precisely, because the object of management is a human community held together by the

work bond for common purpose, management always deals with the nature of man and with

good and evil as well.

3

Page 4: Contoh Laporan - Punca Dan Rawatan Masalah Disiplin Pelajar

“That means there has to be values, commitment, conviction in management even

passion. Without them, there will be no perfomance and no result. Indeed since management

deals with people and with things, management without values, commintments, convions can

only do harm.”

Untuk menyelesaikan masalah, usaha perlu dilakukan untuk mengenal pasti masalah

sebenar. Untuk mengubat, seorang doktor perlu mendiagnos pesakit. Hanya setelah

mengenalpasti penyakit, barulah dapat diberikan ubat sebenar. Untuk menjadikan manusia

boleh menyelesaikan masalah “menghayati ilmu”, ia perlu kepada pendididikan dalam istilah

Islam “Tarbiyyah”. Pendidikan berlaku bermula dari rumah kemudian ke sekolah dan

seterusnya ke mana-mana sahaja asalkan manusia sanggup berfikir dan menjadikannya

iktibar. Tanda soal yang paling besar ialah “Adakah setiap individu telah melaksanakan

peranan “mendidik” itu? Di rumah, adakah ketuanya (bapa) telah mendidik? Di sekolah,

adakah guru telah mendidik atau hanya mengajar untuk menghabiskan silibus? Apatah lagi

di universiti, adakah setiap individu pensyarah telah mendidik atau hanya sekadar memberi

latihan teknikal untuk mengeluarkan product sama seperti operator pengeluaran di kilang-

kilang industri? Di dalam masyarakat, adakah masyarakat berperanan mendidik atau hanya

melihat tanpa menegur kerana bimbang akan mengundang risiko?

Dalam Islam, proses mendapatkan ilmu hendaklah disertai dengan akhlak terpuji.

Imam al-Ghazali menegaskan, “ …… ibadat hati dan mengisi batin dengan ilmu tidak pula

sah tanpa lebih dahulu membersihkan hati daripada najis akhlak dan sifat-sifat kotor.”.

Dr. Muhammad “Atiyyah al-Abrasyi (1970: 108) menjelaskan tujuan utama

pendidikan sebagai, “pembentukan akhlak dan budipekerti yang sanggup menghasilkan

orang-orang yang bermoral, lelaki maupun wanita, jiwa yang bersih, kemahuan yang keras,

cita-cita yang benar dan akhlak yang tinggi, tahu erti kewajiban dan pelaksanaannya,

menghormati hak-hak manusia, tahu membezakan buruk baik dan mengingatkan Tuhan

dalam setiap pekerjaan yang mereka lakukan.”

Ilmu berkait rapat dengan Yang Memberi ilmu, Yang Maha Mengetahui iaitu Allah

s.w.t. Ilmu pengetahuan yang terjauh daripada Penciptanya akan menjadi ilmu sekular yang

tidak dapat membentuk keperibadian apatah lagi akhlak yang mulia. Sebagai contoh, para

4

Page 5: Contoh Laporan - Punca Dan Rawatan Masalah Disiplin Pelajar

jurutera yang boleh membina kapalterbang, bila dihubungkan dengan Allah, akan

menggunakan hasil ciptaan mereka untuk manfaat manusia sejagat. Tetapi jika tidak

dikaitkan dengan Allah, akan menggunakan hasil ciptaan mereka untuk membunuh ribuan

nyawa yang tidak berdosa atas berbagai nama dan alasan yang mewajarkan tindakan mereka.

Profesor Harold H. Titus (1953: 420-421) menjelaskan, “Pendidikan telah

memisahkan dirinya daripada warisan rohaniah dari zaman silam, tetapi gagal menyediakan

satu penggantian yang memuaskan. Akibatnya, orang-orang terpelajar sendiri turut

kehilangan pendirian dan keyakinan atau nilai di samping tidak mempunyai satu pandangan

duniawi yang menyeluruh.”.

Matlamat akhir mempelajari ilmu ialah mendapat kesenangan dan keselesaan. Dalam

hal ini Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Sesiapa yang

menghendakki kesenangan dunia, wajiblah menuntut ilmu. Sesiapa yang menghendakki

kesenangan akhirat, juga wajib menuntut ilmu. Sesiapa yang menghendakki kesenangan

kedua-duanya sekali wajib menuntut ilmu.” Kesimpulannya, manusia yang menuntut ilmu

terbahagi kepada tiga kelompok.

1. Kelompok yang mementingkan dunia semata-mata.

2. Kelompok yang mementingkan akhirat sahaja.

3. Kelompok yang memerlukan kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan akhirat.

Implikasi dari tiga sikap tersebut amat berbeza. Kelompok pertama apabila berjaya

akan hanya mementingkan diri sendiri. Bagi mereka hidup ini ialah belajar, ijazah, jawatan,

gaji lumayan dan akhirnya kemewahan. Bagaimana mendapatkannya tidak penting asalkan

matlamat tercapai.

Kelompok kedua pula amat bertentangan dengan yang pertama. Mereka dilihat

merupakan kelompok tidak berjaya. Cara hidup dan pemikiran mereka amat mudah.

Dibimbangi dari mereka muncul generasi yang lemah dan tidak berdaya memberikan

sumbangan untuk masyarakat apatah lagi umat.

Kelompok ketiga inilah yang merupakan kumpulan seimbang dalam maksud tidak

mengabaikan keperluan hidup dunia dan akhirat. Inilah generasi yang dibentuk oleh Islam

5

Page 6: Contoh Laporan - Punca Dan Rawatan Masalah Disiplin Pelajar

sehingga dapat mencapai zaman gemilang pada suatu masa dahulu. Mereka menegakkan

negara dan umat yang berdaulat dan berwibawa hingga menjadi qiblat bangsa-bangsa lain

dari seluruh dunia.

GENERASI SEIMBANG PENYELESAIAN MASALAH

Keseimbangan merupakan kata kunci bagi permasalahan yang dihadapi oleh umat

manusia. Bila dapat difahami bahawa manusia dicipta oleh Allah dari unsur-unsur jasad dan

roh serta di masa yang sama, diberi akal dan emosi, ertinya penyelesaian masalah mestilah

mengambilkira kesemua elimen tersebut.

Masalah jasadiah (nisbah kepada jasad atau fizikal) paling mudah diselesaikan. Ia

memerlukan segala bahan yang diperlukan oleh jasad. Makan minum, kerihatan, memuaskan

nafsu (mengikut yang dibenarkan oleh agama), keseronokan dan segala yang indah.

Masalah rohiyyah (nisbah kepada roh atau spiritual) agak sukar diselesaikan. Bagai

manapun, penyelesaiannya akan menyelesaikan juga masalah emosi dan memandu akal ke

jalan yang benar dan diridhai oleh Pencipta. Pertama ia memerlukan ilmu, ilmu pula

memerlukan amal kerana dengannya ilmu akan hidup dan memandu manusia. Ilmu juga

akan memandu akal. Dengan akal manusia dapat mengimbangi emosinya.

Pengajian dan aktiviti di universiti perlu merangkumi kegiatan yang meliputi

keempat-empat unsur tersebut. Aktiviti yang berkaitan dengan akal dalam bentuk pengajaran

dan pembelajaran merupakan tugas utama universiti. Sementara aktiviti kerohanian yang

berkaitan dengan roh hanya merupakan aktiviti sampingan dalam bentuk solat jamaah, solat

Jumaat, kuliah-kuliah maghrib dan subuh serta majlis-majlis bacaan yasin mingguan, solat

hajat menjelang peperiksaan dan qiamullail. Bagai manapun, aktiviti kerohanian ini tidak

mendapat tempat di hati pelajar universiti kerana tidak mempunyai nilai kredit. Kebiasaan

dunia kampus yang memberi nilai kepada segala aktiviti dengan nilai kredit atau kenaikan

pangkat (bagi para pensyarah) sedikit sebanyak menyumbang kepada fenomena ini.

Ilmu juga memerlukan satu aktiviti pengukuhan. Ia boleh dilakukan dengan

mengajarkan kemahiran berfikir. Minda pelajar sudah terlalu banyak diasak dengan ilmu,

lebih tepat lagi maklumat. Kesempatan untuk berfikir tidak banyak diberi kepada pelajar

6

Page 7: Contoh Laporan - Punca Dan Rawatan Masalah Disiplin Pelajar

sejak di bangku sekolah sehingga ke peringkat universiti. Masa bilakah mereka sempat

berfikir. Yang mereka dengar sentiasa ialah ingat formula demi formula dengan segala

macam teori dan pendapat. Oleh itu, program-program yang menggalakkan setiap individu

berfikir harus disusun. Kaedah pengajaran yang memberikan kemahiran berfikir juga perlu

dikembangkan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, “Berfikir seketika lebih baik

ibadah (sunat) selama setahun.”.

Suasana persekitaran yang santai harus diwujudkan. Jika dibimbangi pelajar tidak

tahu menggunakan suasana itu, berikan kemahiran. Minta pandangan, saranan dan cadangan

dari para pensyarah yang pernah belajar di luar negara bagaimana suasana yang harmoni

boleh diwujudkan dengan syarat ia tidak bercanggah dengan hukum syarak kerana

percanggahan akan menyebabkan hilang berkat ilmu. Kehilangan berkat ilmu akan

mengakibatkan kemeranaan akhlak dan kerosakannya seterusnya kerosakan yang timbul akan

menyebabkan kemerosotan disiplin dan seterusnya berlaku masalah sosial.

Tenaga pengajar di universiti juga harus berperanan melahirkan generasi seimbang

ini. Tugas mereka bukan setakat mengajar di kelas-kelas perdana dan SPACE. Mereka harus

mempunyai kesedaran bahawa kebahagiaan bagi seorang “guru” bukanlah setakat mencapai

kemewahan metrial, tetapi juga kepuasan bekerja (bagi bukan muslim) dan “bonus pahala

yang kekal” dari Maha Pencipta (bagi mereka yang punya keyakinan “faith”.). Tidak ada

saat yang paling membahagiakan seorang guru melainkan melihat pelajarnya berjaya di

samping berakhlak dengan akhlak yang mulia!

Mungkin masih ada lagi kalangan yang beranggapan “adalah terlalu ideal menjadi

seorang “guru” yang berakhlak seperti di zaman para sahabat. Itu hanya boleh dilakukan

oleh orang-orang luar biasa. Di dalam Islam tiada istilah “manusia luar biasa”. Yang ada

ialah istilah muslim atau mukmin. Apapun istilah yang diberikan, adalah wajar bagi setiap

individu pensyarah terjun dalam gerakan besar-besaran memperbaiki suasana sosial yang

berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan sebagai muslim didasari oleh aqidah.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya, “Bila seorang anak Adam itu mati,

putuslah segala amalnya kecuali tiga (yang masih berjalan pahalanya) iaitulah sedekah jariah,

ilmu yang memberi manfaat dan anak saleh yang mendoakan baginya.”. Di rumah ibu bapa

7

Page 8: Contoh Laporan - Punca Dan Rawatan Masalah Disiplin Pelajar

berperanan sebagai pendidik dan di insititusi pengajian, orang yang paling hampir kepada

pelajar ialah pensyarahnya.

PENUTUP

Begitulah pentingnya berilmu, berfikir dan beramal. Keguruan sama ada gelarannya cikgu,

ustaz, pensyarah, profesor atau jurulatih, merupakan amanah yang harus dilaksanakan sebaik-

baiknya. Hanya dengan cara itu pendidikan dapat berjalan dengan sempurna. Rasulullah

s.a.w. mengingatkan semua pendidik dengan sabdanya yang bermaksud, “Kiranya Allah

memberikan hidayah kepada seseorang lantaran kamu, itu lebih baik daripada dunia dan

isinya.”.

RUJUKAN:

Al-Quran al-Karim.

Abdullah Basmeih, 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur: Jabatan

Perdana Menteri.

Al-Ghazali. Ihya’ Ulum al-Din. Jld.1. (1973) terj. Maisir Thaib, A. Thaher Hamidy, H.A. Hanifah Z. Medan:

Pustaka Indonesia.

Al-Abrasyi, Muhammad ‘Atiyyah. 1970. Al-Tarbiyyat al-Islamiyyah. (Dasar-dasar pokok pendidikan Islam).

Terj. H. Bustani A. Gani dan Djohar Bahry. Jakarta: Bulan Bintang.

Drucker, Peter F. 1989. World Executive Digest, July 1989.

Harold Koonts & Heinz Weihrich, 1991. Management, terj. Mohd Salmi Mohd. Sohod dan Siti Nadzrah

Sheikh Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Titus, Harold H. 1953. Living Issues in Philosophy. New York: ________

Ulwan, Abdullah Nasih. 1981. Tarbiyat al-aulad fi al-Islam. Jil. 1. (Ulang cetak sejak 1976). Beirut: Dar al-

Salam.

8