contoh kertas cadangan penulisan pbs part 3

3
6. KAEDAH KAJIAN 6.1 Temuramah Kaedah ini merupakan kaedah utama yang akan saya gunakan. Saya akan menemuramah orang sumber itu sendiri iaitu En.Samad Bin Bol. Kaedah ini saya gunakan untuk mendapatkan segala maklumat yang berkaitan dengan tokoh yang dikaji. Saya juga akan menemuramah beberapa rakan seperjuangan beliau khususnya di kampung tersebut bagi menguguhkan kajian saya. 6.2 Kajian Perpustakaan Rujukan dokumen saya gunakan bagi menyokong sumbangan tokoh. Saya sudahpun mengenalpasti beberapa dokumen seperti suratkhabar, laporan kerajaan tempatan dan bahan-bahan media yang melaporkan kejayaan tokoh yang dikaji. Sumber-sumber ini akan saya maklumkan dalam rujukan saya nanti. 6.3 Kaedah Lapangan

Upload: wakman

Post on 23-Oct-2015

2.429 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

KaedahPembahagian IsiPenutupBibliografi

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Kertas Cadangan Penulisan Pbs Part 3

6. KAEDAH KAJIAN

6.1 Temuramah

Kaedah ini merupakan kaedah utama yang akan saya gunakan. Saya akan

menemuramah orang sumber itu sendiri iaitu En.Samad Bin Bol. Kaedah ini saya

gunakan untuk mendapatkan segala maklumat yang berkaitan dengan tokoh yang dikaji.

Saya juga akan menemuramah beberapa rakan seperjuangan beliau khususnya di

kampung tersebut bagi menguguhkan kajian saya.

6.2 Kajian Perpustakaan

Rujukan dokumen saya gunakan bagi menyokong sumbangan tokoh. Saya sudahpun

mengenalpasti beberapa dokumen seperti suratkhabar, laporan kerajaan tempatan dan

bahan-bahan media yang melaporkan kejayaan tokoh yang dikaji. Sumber-sumber ini

akan saya maklumkan dalam rujukan saya nanti.

6.3 Kaedah Lapangan

Kaedah ini saya gunakan dengan mengunjungi kawasan kajian saya iaitu Kampung Sinar

Budiman untuk melihat dan merakamkan sumbangan-sumbangan beliau yang masih

kekal sehingga kini. Segala hasil kaedah ini saya sertakan di bahagian lampiran nanti.

Page 2: Contoh Kertas Cadangan Penulisan Pbs Part 3

7. PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESSEI

a. Pendahuluan

Pada bahagian pendahuluan, saya akan bermula dengan memperkenalkan

latarbelakang kawasan kajian iaitu Kampung Sinar Budiman . Saya juga akan

menerangkan serba ringkas latarbelakang tokoh yang dikaji.

b. Isi-Isi

Pada bahagian ini saya akan membahagikan penulisan kepada beberapa subtajuk

seperti sejarah pendidikan tokoh , sejarah pekerjaan dan sejarah penglibatan sebagai

ketua kampung. Seterusnya saya akan menyentuh peranan dan sumbangan beliau

sebagai ketua kampung, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

dan hakim peringkat rendah.

8. PENUTUP

Saya berharap kajian saya ini akan dapat menjawab persoalan kajian saya dan

seterusnya memenuhi aspek penyelidikan dalam kajian PBS Sejarah STPM.

BIBLIOGRAFI

Sila nyatakan sumber-sumber rujukan yang anda gunakan mengikut format Kaedah Chicago.

Pengenalan secara ringkas

Nyatakan secara jelas beberapa sub-tajuk berdasarkan objektif kajian yang akan anda lakukan nanti

Nyatakan harapan anda terhadap kajian yang akan anda laukan

Page 3: Contoh Kertas Cadangan Penulisan Pbs Part 3

Sumber boleh diperoleh melalui buku, artikal jurnal, artikal surat khabar, kertas persidangan, tesis, laman web dan Statistik dari sumber yang diiktiraf sahaja.