contoh karangan laporan gotong-royong

2
LAPORAN GOTONG-ROYONG PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SEKOLAH KEBANGSAAN JERANTUT Pada 18 Mac 2015, Persatuan Bulan Sabit Merah telah mengadakan gotong-royong sempena kempen kebersihan bagi tahun 2015. Aktiviti ini melibatkan beberapa persatuan dan kelab antaranya ialah Persatuan Pengakap, Puteri Islam, dan Kadet Remaja Sekolah. Kami berkumpul di padang sekolah pada pukul 8.00 pagi untuk mendengar taklimat daripada Cikgu Roslan. Setelah dibahagi-bahagikan tugas, kami mula bergerak ke kawasan masing-masing dengan pelbagai peralatan seperti kain buruk, baldi, penyapu, dan berus. Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah telah ditugaskan membersihkan longkang di hadapan dan belakang sekolah, menyiram pokok-pokok bunga, membersihkan tandas. Kumpulan kami diawasi oleh Cikgu Fazrina. Beliau juga turut membantu. Pada pukul 10.00 pagi kami berehat. Semua pelajar berkumpul di kantin. Kami telah diberi sebungkus nasi lemak dan segelas air sirap. Kami difahamkan jamuan gotong-royong ini telah ditaja oleh PIBG. Selepas rehat, kami menyambung semula kerja-kerja yang masih belum disiapkan. Setelah itu, ahli-ahli persatuan telah diarahkan untuk membersihkan bilik rawatan. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah mengelap cermin, memasang cadar dan sarung bantal baru, memasang langsir, dan memasang tikar getah. Pada pukul 12.00 tengah hari para peserta gotong-royong berkumpul di kantin untuk menikmati jamuan makan tengah hari. Sebelum bersurai Tuan Guru Besar Encik Talib Ahmad telah menyampaikan ucapan. Beliau menyeru seluruh warga sekolah agar mengamalkan budaya Sentiasa Bersih . Disediakan oleh, 12 APRIL 2015 Nasihaha Arbain (NASEHAHA BINTI ARBAIN) Setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah, Sekolah Kebangsaan Jerantut, Jerantut, Pahang Darul Makmur. LAPORAN GOTONG-ROYONG PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SEKOLAH KEBANGSAAN JERANTUT

Upload: aloohadatruth

Post on 10-Nov-2015

1.672 views

Category:

Documents

22 download

DESCRIPTION

CONTOH KARANGAN SEKOLAH RENDAH (GOOGLE)

TRANSCRIPT

LAPORAN GOTONG-ROYONG PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SEKOLAH KEBANGSAAN JERANTUT

Pada 18 Mac 2015, Persatuan Bulan Sabit Merah telah mengadakan gotong-royong sempena kempen kebersihan bagi tahun 2015. Aktiviti ini melibatkan beberapa persatuan dan kelab antaranya ialah Persatuan Pengakap, Puteri Islam, dan Kadet Remaja Sekolah.

Kami berkumpul di padang sekolah pada pukul 8.00 pagi untuk mendengar taklimat daripada Cikgu Roslan. Setelah dibahagi-bahagikan tugas, kami mula bergerak ke kawasan masing-masing dengan pelbagai peralatan seperti kain buruk, baldi, penyapu, dan berus.

Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah telah ditugaskan membersihkan longkang di hadapan dan belakang sekolah, menyiram pokok-pokok bunga, membersihkan tandas. Kumpulan kami diawasi oleh Cikgu Fazrina. Beliau juga turut membantu.

Pada pukul 10.00 pagi kami berehat. Semua pelajar berkumpul di kantin. Kami telah diberi sebungkus nasi lemak dan segelas air sirap. Kami difahamkan jamuan gotong-royong ini telah ditaja oleh PIBG.

Selepas rehat, kami menyambung semula kerja-kerja yang masih belum disiapkan. Setelah itu, ahli-ahli persatuan telah diarahkan untuk membersihkan bilik rawatan. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah mengelap cermin, memasang cadar dan sarung bantal baru, memasang langsir, dan memasang tikar getah.

Pada pukul 12.00 tengah hari para peserta gotong-royong berkumpul di kantin untuk menikmati jamuan makan tengah hari. Sebelum bersurai Tuan Guru Besar Encik Talib Ahmad telah menyampaikan ucapan. Beliau menyeru seluruh warga sekolah agar mengamalkan budaya Sentiasa Bersih.

Disediakan oleh, 12 APRIL 2015

Nasihaha Arbain(NASEHAHA BINTI ARBAIN)Setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah,Sekolah Kebangsaan Jerantut,Jerantut, Pahang Darul Makmur.