contoh jurnal praktikum by enkayhebat

4
TARIKH : 1 FEBUARI 2010 - 05 FEBUARI 2010 MASALAH Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Jelempok. Di Sekolah Kebangsaan Jelempok, saya dan seorang lagi rakan ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Bagi subjek minor pula, kami berdua ditugaskan mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Bermula daripada hari pertama mengajar sehingga ke hari kelima, masalah yang dikenalpasti ialah murid tidak menampakkan kesediaan untuk menerima ilmu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakkan dari mereka mempunyai sikap sambil lewa dan tidak menghormati guru sewaktu guru melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Mereka masih bermain-main dan membuat bising di dalam kelas. ANALISIS MASALAH Punca utama yang mungkin menyebabkan murid-murid bersikap demikian ialah saya merupakan guru baru bagi mereka. Mereka 1 MINGGU PERTAMA

Upload: muhammad-fikhri

Post on 18-Jun-2015

4.331 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh jurnal mingguan praktikum IPGM Kampus Perlis 2010

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Jurnal Praktikum by enKayhebat

TARIKH : 1 FEBUARI 2010 - 05 FEBUARI 2010

MASALAH

Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani praktikum di Sekolah

Kebangsaan Jelempok. Di Sekolah Kebangsaan Jelempok, saya dan seorang lagi

rakan ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Bagi subjek

minor pula, kami berdua ditugaskan mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Bermula daripada hari pertama mengajar sehingga ke hari kelima, masalah yang

dikenalpasti ialah murid tidak menampakkan kesediaan untuk menerima ilmu

ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakkan dari mereka mempunyai

sikap sambil lewa dan tidak menghormati guru sewaktu guru melangkah masuk ke

dalam bilik darjah. Mereka masih bermain-main dan membuat bising di dalam

kelas.

ANALISIS MASALAH

Punca utama yang mungkin menyebabkan murid-murid bersikap demikian ialah

saya merupakan guru baru bagi mereka. Mereka mungkin beranggapan bahawa

saya bukan dari golongan guru yang akan menetap di sekolah itu untuk tempoh

masa yang panjang. Selain daripada itu, saya beranggapan bahawa sikap yang

ditunjukkan ini berpunca daripada kurang kesedaran terhadap pentingnya masa

yang diperuntukkan semasa berada di sekolah.

1

MINGGU PERTAMA

Page 2: Contoh Jurnal Praktikum by enKayhebat

CADANGAN

a) Memulakan proses pembelajaran dengan membawa set induksi yang

menarik dan pelbagai;

b) Menampilkan diri sebagai seorang guru yang kemas, mempunyai

penampilan yang tegas semasa proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah;

c) Sentiasa mengubah corak dan suasana pengajaran dan pembelajaran.

d) Memberi sedikit amaran kepada murid yang tidak menumpukan perhatian

kepada sesi pengajaran pembelajaran; dan

e) Mempelbagaikan aktiviti di dalam bilik darjah.

TEMPOH PENYELESAIAN

1 Febuari 2010 - 05 Febuari 2010

TINDAKAN SUSULAN

Bagi menangani masalah ini, guru menggunakan strategi main sambil belajar.

Menurut Ee Ah Meng (1997), main sambil belajar adalah aktiviti yang dijalankan

secara spontan yang membawa kepada pembelajaran yang menarik. Ini kerana

permainan merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling

jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan

dengan kaedah permainan.

                                     

Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif,

dan permainan bahasa. Permainan manipulatif termasuklah teka-teki, jadual

bernombor, domino, dan catur. Permainan bahasa pula melibatkan aktiviti

pengajaran-pembelajaran bahasa  yang mengandungi unsur bermain dengan

menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti murid untuk mewujudkan suasana

belajar yang menyeronokkan dan bermakna. Kebaikan teknik ini ialah

merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain dan ia

2

Page 3: Contoh Jurnal Praktikum by enKayhebat

juga dapat mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak

menyelesaikan masalah semasa belajar.

KESIMPULAN

Setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya. Saya sentiasa

mencari idea untuk meningkatkan minat murid-murid agar sentiasa bersedia

mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik yang dipelajari secara

teori saya cuba mengaplikasikannya di sekolah. Ternyata, murid-murid mula

menunjukkan sedikit minat untuk mengetahui apa yang akan diajar pada hari

tersebut dan bersungguh-sungguh bertanyakan soalan. Di samping itu juga,guru

harus mempunyai ketegasan dan pendirian yang teguh di dalam bilik darjah

supaya murid lebih menghormati guru. Dalam konteks ini,sikap menghormati guru

perlu ada dalam diri seorang murid.

3