contoh-contoh karangan sekolah rendah_ fakta - kegunaan komputer
DESCRIPTION
karangan fakta - kegunaan komputerTRANSCRIPT
-
4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Fakta
data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 1/1
Fakta: Kegunaan KomputerPenggunaan komputer amat penting pada masa kini. Komputer membolehkan kita melakukan pelbagai
perkara seperti belajar, berhibur, berkomunikasi, bekerja dan sebagainya lagi. Justeru, ramai orang ingin
memiliki komputer untuk kegunaan mereka semasa di rumah atau di mana-mana sahaja.
Komputer membolehkan kita belajar seperti belajar secara dalam talian. Komputer juga memudahkan
pelajar mendapatkan sumber rujukan menerusi laman sesawang yang boleh diakses daripada komputer
yang dilengkapi sambungan internet. Komputer juga akan memudahkan pelajar menyiapkan tugasan
mereka.
Kita boleh berhibur dengan lebih mudah dengan menggunakan komputer. Melalui komputer kita boleh
menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video dan sebagainya lagi. Dengan itu, kita akan
lebih mudah untuk menenangkan fikiran setelah penat belajar atau bekerja.
Komputer juga memudahkan kita berhubung dengan orang lain. Pelbagai aplikasi boleh kita gunakan untuk
berkomunikasi seperti email, forum, `facebook` dan sebagainya lagi. Secara tidak langsung ini akan
mengeratkan persahabatan dan persaudaraan antara kita.
Kebanyakan pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah apabila menggunakan komputer . Misalnya,
untuk menaip, menyimpan data atau maklumat dan mengira. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan pejabat
seperti di bank akan dilengkapi dengan berpuluh-puluh komputer.
Kesimpulannya, komputer amat diperlukan pada masa kini kerana banyak memberi faedah kepada
manusia. Walau bagaimanpun kita mesti mengawal diri daripada terlalu leka menggunakan komputer
kerana ia juga boleh mendatangkan masalah seperti tidak fokus kepada pelajaran dan sebagainya.