contoh 1

13
Tajuk : Semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya. Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya. Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran. Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini. Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini. Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita. Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan.

Upload: juan-davis

Post on 22-Jul-2015

555 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tajuk : Semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya. Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya. Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran. Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini. Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini. Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita. Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan.

Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional. Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

Contoh Karangan PMR [Keburukan Internet]Internet merupakan gedung ilmu yang tiada sempadan dan tiada tepinya.Tidak dinafikan lagi penggunaanya memberi banyak faedah kepada pengguna.Namun begitu,internet juga dapat memerangkap minda remaja marcapada ini terpengaruh dengan dunia maya.Unsur-unsur negetif seperti,bahan lucah dan aksi ganas dipaparkan melalui skrin komputer memberi impak negetif yang besar pada anak watan negara ini dan mampu membawa padah. Kesan dari penyalahgunaan kemudahan internet pada aset negara ini akan membuat mereka lalai.Minda remaja sudah ketagih dengan unsur-unsur negetif alam maya akan menyebabkan tercetusnya gejala ponteng sekolah.Hal ini berlaku akibat daripada nafsu pelajar yang ingin berseronok di kafe siber dengan menyaksikan aksi lucah,ganasa dan bermain permainan online. Selain itu,anak watan negara ini akan obses dengan budaya yang ditonjolkan di internet.Natijahnya,orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa mereka.Tidak hairanlah kita menyaksikan kes melawan guru,berzina,bertumbuk,bergaduh sehingga membunuh di kalangan remaja dipaparkan melalui media massa.Siapakah penghulunya? Adakah internet patut dipersalahkan? Seterusnya,akibat daripada penyalah gunaan internet,ini akan membantutkan misi negara untuk mencapai wawasan 2020 sekaligus menyekat pembangunan negara untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama yang unggul.Kesannya negara kita akan kehilangan tonggak peneraju negara.Dengan mudah musuh luar dapat menakluk negara kita jika tiada pemimpin yang berkaliber dan bijaksana.Dalam pada itu,ekonomi negara turut terjejas bak kata pepatah melayu cubit paha kanan,paha kiri terasa juga.Natijahnya,kemerosotan ekonomi memandu negara ke arah kemiskinan. Nama negara yang gah di mata dunia tercalar akibat daripada rakyatnya yang terperangkap oleh alam maya dan kerajaan gagal untuk melahirkan modal insancemerlang seperti yang digariskan dalam wawasan 2020.Negara kita akan dipandang rendah oleh negara membangun lain jika hal

sedemikian terus berleluasa.Di manakah semangat remaja untuk membantu negara?Menurut statistik,pelajar cemerlang yang dilahirkan semakin merosot dari tahun ke tahun.Adakah ini tandatanda awal yang membawa negara ke arah hari kekalahan? Bangunlah wahai ummah.Pihak berkuasa,pihak sewasta atau semua pihak harus berganding bahu dalam mencegah hal sedemikian dan jangan bersikpa meterialistik dan individualistik.Anak watan peneraju negara harus dibentuk dengan acuan yang betul agar tidak dipenjara oleh diri sendiri akibat daripada sikapt diri.

Langkah Menulis Karangan (fasa 3)Posted by minda May 3, 2011

) Menulis Karangan 1 Karangan bermula dengan ayat. Sekumpulan ayat membentuk perenggan atau paragraf. Sekumpulan perenggan pula membentuk satu karangan. 2. Setiap perenggan mestilah berisi hanya satu fakta utama atau satu buah fikiran yang utama sahaja sebagaimana yang tergambar seperti yang berikut. Fakta Utama + Huraian + Contoh janganlah mencampuradukkan dua atau beberapa fakta utama dalam satu perenggan. Apabila hendak menulis karangan, ingatlah bahawa karangan anda mesti mempunyai: a) perenggan pendahuluan b) perenggan-perenggan isi c) penutup

Membina Perenggan Pendahuluan Perenggan pendahuluan merupakan kepala dalam karangan. Perenggan ini berfungsi memberikan gambaran awal dan menyeluruh tentang tema atau isu pokok yang digarap dalam karangan. Pendahuluan yang baik ialah yang dapat menarik perhatian pembaca dan yang mendorongnya untuk membaca keseluruhan karangaan. Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja tentang satu perkara yang berkaitan dengan soalan secara umum. Pendahuluan yang baik ialah yang dapat menarik perhatian pembaca dan yang mendorongnya untuk membaca keseluruhan karangan. Akhirilah perenggan pendahuluan dengan ayat yang dapat membawa perhatian pembaca kepada isi sebenarnya yang dinyatakan dalam soalan. Membina Perenggan Isi Perenggan isi atau perenggan penghubung ialah perenggan yang mengemukakan maklumat atau gagasan yang berkaitan dengan tema atau isi pokok karangan. Setiap perenggan isi harus berisi satu isi penting sahaja. Disamping berisi isi penting, setiap perenggan mesti mempunyai: a) huraian lanjut yang mungkin berupa maklumat tambahan, bahasan, ulasan, dan sokongan sebagai keterangan atau penjelasan untuk isi penting tadi. b) Contoh sebagai bukti konkrit untuk memperkukuh isi penting dan huraian lanjut tersebut. Selain mengembangkan isi penting dalam bentuk perenggan isi, anda harus memastikan terdapat penjalinan yang baik antara satu perenggan dengan perenggan-perenggan yang lain. Hal ini penting supaya pembaca mudah mengikuti jalan fikiran anda yang dikemukakan dalam karangan. Untuk memperlihatkan penjalinan dan perkaitan ini, gunakanlah penanda wacana seperti namun demikian, walau bagaimanapun, sebaliknya, tambahan pula dan sebagainya. Selain itu, anda perlu juga memastikan bahawa pembinaan perenggan-perenggan tersebut didasarkan pada rangka karangan yang telah anda lakarkan. Membina Perenggan Penutup Penutup karangan berisi kesimpulan disamping pendirian anda tentang soalan. Kesimpulan dalam perenggan penutup mestilah lebih umum tetapi padat. Untul membina perenggan penutup, fakta-fakta yang telah anda nyatakan dalam prengganperenggan isi tidak perlu anda ulangi. Sebaliknya, fakta-fakta daripada perenggan-perenggan isi itu perlu anda gabungkan dalam satu idea yang menggambarkan pendirian anda yang kemudiannya anda tulis dalam satu perenggan. Dalam pada itu, elakkanlah memasukkan fakta baru dalam perenggan penutup. Akhir sekali, panjangnya perenggan penutup ini sebaik-baiknya sama dengan panjang perenggan pendahuluan. 1. Memilih Soalan Yang Tepat Soalan yang hendak ditulis bersesuaian dengan pengetahuan, pemahaman, dan

2. Menyediakan Rangka Karangan Bahan yang diperolehi janganlah terus ditulis. Catatkan dalam kertas, kemudian susun

keupayaan calon agar karangan yang ditulis tepat, padat dan bernas. Calon perlu memahami kehendak soalan dengan mencari kata kunci pada setiap soalan, contohnya..bincangkan, bahaskan, berikan pendapat, ceritakan, gambarkan, huraikan, dan ulaskan. Setiap kata kunci yang ditemui, perlu digaris agar kehendak soalan dapat difahami.

: isi yang penting didahulukan, kemudian cari contoh yang berkaitan bagi memantapkan isi tersebut. Aspek bahasa perlu diberi perhatian, termasuklah aspek tatabahasa, ejaan, tanda baca, perenggan, dan pemilihan kata yang tepat.

3. Perenggan Pendahuluan Perenggan pendahuluan mestilah berdasarkan rangka pendahuluan yang disediakan. Perenggan pendahuluan amat penting untuk menarik pembaca untuk terus

membacanya.4. Perenggan Isi Setiap isi perlu ditulis dalam sebuah perenggan. Untuk memantapkan isi, perlu

sertakan contoh, kesan dan huraian. Faktor lain seperti maklumat tambahan, ulasan dan memberi kesimpulan boleh dimasukkan dalam perenggan isi. Setiap isi perlu ada wacana yang bersesuaian agar keterangan setiap isi tidak terputus dan dapat memperlihatkan kesatuan idea yang mantap.

5. Perenggan Penutup Penutup karangan berupa kesimpulan, disamping pendirian tentang sesuatu tajuk. Kesimpulan mestilah padat dan sama panjangnya

Kelemahan Teknologi Maklumat dan Kaedah MenanganinyaPosted by minda July 28, 2011

Era globalisasi yang melanda dunia tidak akan lengkap tanpa kewujudan perkembangan teknologi maklumat. Tidak dinafikan bahawa terknologi maklumat akan memberikan bentuk baru pada corak kehidupan manusia. Penyebaran maklumat secara besar-besaran sudah tentu akan membawa kita menuju peradaban elektronik. Hal ini disebabkan teknologi komunikasi ini akan membawa kita kepada perkembangan yang berkaitan dengan pelbagai cara menerima dan menyampaikan maklumat seperti gambar, bunyi dan nombor yang diaplikasikan secara elektronik. Dengan itu, teknologi maklumat menggabungkan komputer telekomunikasi supaya dapat membentuk sistem-sistem bagi mengurus maklumat. Namun, sistem ini tidak terlepas daripada ancaman yang boleh mendatangkan impak buruk kepada semua pihak. Ancaman yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat datangnya daripada penggodam komputer, iaitu orang yang boleh mendatangkan ancaman kepada komputer dan sistem rangkaiannya. Mereka akan cuba menyalahgunakan kemudahan ini untuk kepentingan sendiri. Namun begitu, terdapat golongan penggodam komputer yang menjalankan aktiviti khianat sebagai salah satu keseronokan semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang akan menimpa pihak lain.

Sebahagian penggodam komputer yang lain pula menjalankan aktiviti tersebut untuk menceroboh sistem rangkaian komputer dan mencuri data penting. Selain itu, ada di kalangan mereka juga menghantar virus bagi mengganggu sistem rangkaian komputer hingga menyebabkan kerosakan serius. Di samping itu, kelebihan yang terdapat pada teknologi maklumat kini diperalat dengan mudah oleh pengganas dan kartel dadah. Mereka menyalahgunakan kecanggihan teknologi ini untuk menjalankan kegiatan yang mampu melumpuhkan masyarakat. Kita sedia maklum bahawa zaman maklumat semakin menghapuskan zaman perindustrian dan zaman pertanian, manakala globalisasi pula menerobos setiap penjuru dunia, sedangkan keselamatan merupakan satu agenda utama dan penting. Tambahan pula, maklumat ialah bahan yang sangat berkuasa untuk menubuhkan atau menggulingkan sesebuah kerajaan dengan memperalat komputer dan rangkaiannya. Oleh sebab itu, keselamatan pada zaman maklumat masih lagi diragui lantaran wujudnya aktivis-aktivis tanpa sempadan ini yang dapat mengganggu sistem keselamatan. Teknologi maklumat kini telah dieksploitasi dengan begitu rakus untuk mencapai pelbagai tujuan. Menerusinya, teknologi canggih internet ini telah digunakan untuk melaksanakan pelbagai jenayah tradisional dalam bentuk moden seperti memeras ugut, menipu, dan menyebarkan fitnah. Fenomena ini amat menyedihkan kerana teknologi yang dibangunkan bersama-sama dengan arus kemodenan ini telah digunakan untuk merosakkan kehidupan manusia. Sekalipun dari sudut lain, teknologi maklumat membawa kemajuan dan kebaikan dalam hidup manusia, namun kewujudannya menghadapi pelbagai ancaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Contoh Karangan Berformat Berita : kesan Penghantaran Pulang Pekerja Asing Tanpa IzinPosted by minda August 11, 2011

Gua Musang, Rabu Program Pembangunan Kerajaan yang mengarahkan pendatang tanpa izin untuk pulang ke negara asal mereka telah memberikan masalah kepada beberapa sektor pekerjaan, terutamanya sektor pembinaan. Sektor tersebut telah menghadapi kekurangan tenaga buruh memandangkan tenaga buruh tempatan sedia ada tidak mencukupi. Tinjauan yang dibuat di beberapa lokasi projek pembinaan di sekitar ibu kota mendapati suasana agak lengang memandangkan sebilangan besar pekerja asing, terutamanya rakyat Indonesia telah dihantar pulang secara berperingkat. Seorang kontraktor tapak projek di Bangsar yang hanya mahu dikenali sebagai Mahmud Jongang berkata, dalam tempoh seminggu sahaja, lebih orang pekerjanya telah pulang ke negara asal mereka.

Kami menerima baik tindakan kerajaan itu demi masa depan negara, tetapi kini kami mempunyai masalah kekurangan pekerja. Jika sebelum ini kami mampu menyiapkan kerja dalam masa sebulan, tidak mustahil akan bertambah dua atau tiga bulan pada masa akan datang. Kami tidak dapat berbuat apa-apa melainkan berharap mereka akan datang semula mengikut saluran yang betul. Seorang pemilik restoran di Kampung Emas, Lee Chooi Joo bersetuju dengan tindakan kerajaan menghantar pulang warga asing yang tidak mempunyai permit yang sah. Sungguhpun begitu, saya amat memerlukan pekerja asing di restoran saya. Sebenarnya, tidak ramai rakyat tempatan yang mahu bekerja di restoran sebagai pencuci pinggan mangkuk. Tetapi saya juga tidak mahu restoran saya dilabel sebagai tempat menyimpan pekerja haram. Jadi, saya hanya dapat berharap bahawa mereka akan datang balik ke Malaysia mengikut prosedur yang betul dan bukan secara haram seperti sebelum ini. Rata-rata majikan yang ditemui berkata, mereka berminat mengambil pekerja asing semula sekiranya mereka mempunyai permit yang sah. Mereka tidak muahu melanggar undang-undang yang telah ditetapkan di negara ini.

Internet : Kebaikan Dan Keburukannya ( Karangan Berdasarkan Peribahasa )Posted by kristinna September 22, 2011

Internet merupakan satu sistem komunikasi yang menyampaikan maklumat di seluruh dunia. Sistem ini boleh diperolehi melalui komputer yang disambungkan melalui taliantelefon, sistemwifidan juga melalui modem. Dalam dunia yang serba moden kala ini, seluruh masyarakat dunia berluma-lumba untuk belajar dan memiliki talian internet sendiri di rumah. Melalui internet, kita boleh menerima maklumat dengan cepat. Dalam erti kata lain, segala-galanya berada di hujung jari dalam dunia berteknologi tinggi dewasa ini. Dengan hanya satu klik, kita boleh mengetahui perkembangan luar negeri, serta perkembangan isu semasa di Negara kita. Dengan itu, tidaklah kita menjadi seperti katak di bawah tempurung. Sebagai pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan akan menduduki peperiksaan SPM, Internet sememangnya satu kemudahan pembelajaran yang tidak dapat disangkal lagi keberkesanannya. Dengan adanya kemudahan internet sendiri di rumah, para pelajar dapat mengakses apa-apa sahaja maklumat yang mereka perlukan dengan cepat dan jelas tanpa perlu bersusah payah untuk menyelak helaian buku rujukan yang tebal dan memeningkan kepala. Secara tidak langsung, suasana pembelajaran menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Selain mengakses maklumat melalui enjin carian, terdapat banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dengan internet. Antara kegunaan internet yang lain adalah mencari dan memainkan muzik pilihan

kita sendiri, menonton siaran televisyen melalui internet, menyertai laman sosial untuk menambahkan kenalan dan banyak lagi. Selain membawa kebaikan, internet juga membawa keburukan terhadap penggunanya. Keseronokan melayari internet akan membuatkan kita lupa untuk memperhatikan masa. Apatah lagi sekiranya kemudahan internet ini disalahgunakan untuk kepentingan sendiri seperti menaik dan memuatturunkan gambar-gambar lucah, mencari dan mendengar lagu-lagu berbentuk rock dan blackmetal. Selain itu, kelekaan para pelajar dalam melayari laman sosia ljuga bakal memberi kesan buruk terhadap mereka sendiri. Keseronokan mendapat rakan baru di alam maya dan keseronokan berchatting bisa membuatkan mereka lupa untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Sebagai kesimpulannya, penggunaanperkhidmatan internet membawa kebaikan dan keburukan terhadap para penggunanya. Oleh itu, sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, kita sendiri harus bijak menilai baik dan buruk sesuatu perkara.

Kelebihan Tinggal Di AsramaPosted by kristinna October 19, 2011

Asrama merupakan kemudahan tempat tinggal yang disediakan oleh pihak sekolah kepada para pelajarnya. Ini bertujuan untuk meringankan beban para pelajar untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah. Namun, dewasa ini, semakin ramai pelajar yang tidak tahu untuk menghargai kemudahan yang disediakan ini dan lebih suka untuk berulang-alik dari sekolah ke rumah setiap hari. Fenomena ini dikatakan seiring dengan dunia yang serba moden masa kini yang membuatkan para pelajar menjadi malas dan lebih suka untuk bergantung kepada ibu bapa semata-mata untuk menjemput dan menghantar mereka ke sekolah. Namun, tanpa mereka sedari, sebenarnya mereka sangat rugi kerana tidak memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini dengan sebaik-baiknya kerana terdapat banyak kelebihan tinggal di asrama berbanding dengan berulang-alik ke rumah setiap hari. Tinggal di asrama memberikan mereka pelajaran pertama untuk berdikari. Seumur hidup mereka, mereka telah dimanjakan dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan hidupsehinggakan mereka tidak berpeluang untuk menjalani hidup berdikari seperti mencuci baju sendiri, melipat kain sendiri, menyapu, mengelap lantai, membuang sampah, mencuci tandas dan sebagainya kerana adanya ibu atau pembantu rumah untuk menjalankan kerja-kerja berat seperti ini. Selain itu, proses pembelajaran juga akan menjadi lebih tersusun. Melalui penekanan dan jadual waktu pembelajaran, mereka memiliki tempoh pembelajaran yang lebih teratur dan seimbang. Ini membolehkan mereka menumpukan lebih perhatian kepada pelajaran dan tidak terlalu terdedah kepada gejala buruk di luar sekolah seperti melepak, berjudi, merokok, dan bermain permainan video. Dengan kegiatan riadah yang dilakukan memberikan keseimbangan diantara kecerdasan minda dan kecergasan fizikal.

Tinggal di asrama mampu mendisiplinkan sikap dan kelakuan para pelajar. Melalui jadual waktu yang ditetapkan, pelajar-pelajar akan lebih menghargai waktu dan mampu mendisiplinkan diri untuk mengikut tempoh dan jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Selain itu, tinggal di asrama juga boleh mengurangkan keadaan kejutan budaya ketika melangkah ke alam universiti. Melalui pengalaman di sekolah asrama, kebanyakan dari mereka tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di IPT. Selain itu, tinggal di asrama juga membolehkan ibu bapa menjimatkan kos perbelanjaan seharian mereka. Jika pelajar tidak menetap di asrama, ibu bapa perlu menanggung kos duit saku, duit pengangkutan dan sebagainya.Justeru itu, tinggal di asrama dapat meringankan beban para ibu bapa khasnya dari golongan yang tidak berkemampuan. Menetap di asrama juga membolehkan para pelajar untuk lebih cemerlang dalam pembelajaran. Walaupun tetap ada yang tercicir namun peratusan mereka adalah kecil berbanding dengan mereka yang menetap di luar asrama. Malahan kebanyakan pelajar yang tinggal di asrama mendapat keputusan yang lebih baik dari pelajar harian kerana disiplin dan jadual waktu yang lebih ketat daripada di rumah. Oleh itu, dapatlah kita simpulkan di sini bahawa tinggal di asrama adalah lebih baik daripada menjadi pelajar harian.

Faedah Memanfaatkan PerpustakaanPosted by kristinna November 12, 2011

Apabila kita sebut perpustakaan, terbayang di ruang mata akan susunan buku yang cantik dan kemas. Terbayang juga rakan-rakan kita yang tekun menelaah buku yang ada di situ. Semua kemudahan disediakan untuk kita. Bagi yang ulat buku, perpustakaan ialah tempat untuk menimba ilmu. Hasil pembacaan, ilmu pengetahuan kita akan bertambah baik dalam bidang sains, agama, mahupun kebudayaan. Segala pengetahuan boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran di kelas. Bagi mereka yang tidak berwang untuk membeli buku, elok benarlah memanfaatkan di perpustakaan. Di perpustakaan, terdapat akhbar, majalah dan buku. Cara ini boleh menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli buku untuk menambahkan pengetahuan. Mengunjungi perpustakaan, bermakna kita memanfaatkan masa kita dengan baik. Jika tidak, mungkin kita hanya akan cangkul angin atau bagai mencecang air sahaja. Sebagai generasi pewaris Negara, setiap detik perlu digunakan dengan sebaik-baiknya, bukan dengan melakukan aktiviti yang tidak sihat. Sebenarnya perpustakaan merupakan tempat mencari hiburan yang sihat. Kita boleh membaca buku cereka seperti novel, yang kita gemari. Sesudah membaca, tentu saja hati kita berasa puas dan terhibur, menyebabkan minda kita berasa tenang. Suasana pembacaan yang tenang dan persekitaran yang menarik meransang kita untuk terus membaca. Jika di rumah, mungkin rumah kita sempit, panas, dan terdengar suara yang riuh rendah. Apabila kita rajin mengulangkaji pelajaran, kita akan tajam hati.

Kesimpulannya, kita perlulah memanfaatkan perpustakaan yang ada di sekolah kita. Daripada melakukan pekerjaan yang sia-sia, bagai menghitung bulu kambing, lebih baik kita ke perpustakaan.

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum di SekolahPosted by kristinna August 17, 2011

Setiap sekolah akan menjalankan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dijalankan pada sebelah petang.Para pelajar wajib menyertai sebarang aktiviti yang dijalankan, samada menyertai persatuan, unit beruniform, mahupun olahraga.Kementerian Pelajaran tidak mahu para pelajar hanya menumpukan kepada pelajaran, sehingga mengabaikan aktiviti kokurikulum. Melalui aktiviti ini, tubuh badan kita akan menjadi sihat. Keadaan ini berlaku kerana apabila kita melakukan sesuatu aktiviti, otot dalam tubuh kita akan bergerak dengan lebih aktif lantas mengeluarkan peluh. Tubuh badan yang sihat memudahkan kita untuk mengulangkaji pelajaran, manakala tubuh yang tidak sihat akan menyebabkan badan menjadi tidak bermaya sekaligus mampu menjejaskan tumpuan pembelajaran di sekolah. Faedah kedua melalui aktiviti kokurikulum di sekolah adalah, para pelajar dapat menghabiskan masa lapang mereka dengan lebih berfaedah.Masa lapang yang tidak diisi dengan baik memungkinkan para pelajar mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen, berpeleseran di pusat membeli-belah ataupun melepak bersama rakan-rakan yang berperangai tidak senonoh sehingga memungkinkan terjadinya tabiat merokok, menghisap gam dan dadah. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, secara tidak langsung para pelajar mendapat pelbagai faedah seperti dapat menambah kenalan tanpa mengira warna kulit, bangsa mahupun agama.Secara tidak langsung, mereka juga dapat berbincang dan saling mengenali, sekaligus mewujudkan persefahaman dan perpaduan antara masyarakat berbilang bangsa, budaya dan juga agama.Disamping itu, aktiviti kokurikulum yang dijalankan juga membolehkan para pelajar menambahkan pengetahuan mereka tidak kira dari segi perubatan, pertahanan diri, pengetahuan asas mengenai dunia luar, sains dan teknologi dan tidak lupa juga mengenai keolahragaan dan kesukanan. Berdasarkan huraian yang diberikan, maka jelaslah kepada kita akan kepentingan aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar dewasa ini. Para pelajar hendaklah memanfaatkan peluang yang diberikan kepada mereka kerana tidak semua insan di muka bumi ini yang cukup bertuah kerana mendapat makanan,tempat kediaman, pakaian, dan pelajaran yang cukup untuk bekalan di hari muka.

Cara-Cara Memanfaatkan Masa LapangPosted by kristinna September 20, 2011

Ramai yang beranggapan bahawa masa itu emas. Tanggapan tersebut sememangnya bertepatan dengan nilai masa itu sendiri. Ini kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Oleh itu, seseorang itu seharusnya bijak membahagikan masa mereka. Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada cara memanfaatkan masa yang terluang. Tuhan telah memberikan kita masa

selama 24 jam sehari dan diri kitalah yang diberi tanggungjawab untuk memperuntukkan masa tersebut dengan aktiviti yang berfaedah. Bagi para remaja yang masih menuntut di bangku persekolahan, adalah wajar sekiranya mereka memanfaatkan masa lapang yang mereka miliki dengan mengulangkaji pelajaran. Cara ini dapat mempercepatkan proses pembelajaran di kelas. Ini kerana, latihan latih tubi yang berterusan sahaja tidak mampu untuk mengekalkan ingatan pelajar terhadap pelajaran yang diajar. Sebaliknya, dengan ulangkaji yang berterusan, seseorang pelajar itu akan sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Selain mengulangkaji pelajaran, seseorang pelajar juga perlu untuk melakukan aktiviti riadah dan juga senaman agar tubuh mereka tidak menjadi lesu dan tidak bermaya. Aktiviti riadah ringan seperti berjoging, bermain badminton dan bermain bola sepak sahaja sudah mencukupi untuk meningkatkan metabolisma seseorang agar kekal sihat dan cergas sepanjang masa. Selain itu, aktiviti yang dilakukan juga dapat menyihatkan tubuh badan dan membuatkan tubuh badan sentiasa bertenaga dalam melalui hari-hari yang mendatang. Selain mengulang kaji pelajaran dan melakukan aktiviti riadah, melakukan aktiviti berpersatuan juga adalah perlu untuk mengisi masa lapang yang terluang. Persatuan-persatuan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Bahasa Malaysia, Kadet Bomba Sekolah, dan juga Kelab Alam Sekitar merupakan antara persatuan yang wajar disertai oleh para pelajar bagi mengisi masa yang terluang dalam kehidupan seharian mereka. Dengan adanya penglibatan para pelajar dalam aktiviti berpersatuan seperti ini, maka tidaklah mereka mempunyai masa terluang yang banyak sehinggakan mereka mengisi masa tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti merokok, melepak, menagih dadah, dan banyak lagi. Sebagai kesimpulan, memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah amatlah perlu terutama dalam kalangan anak-anak remaja yang masih mengalami zaman peralihan sehinggakan mereka mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihat dewasa ini. Oleh itu, semua pihak terutama pihak ibu bapa dan guru seharusnya memberi perhatian yang mencukupi bagi golongan remaja yang masih memerlukan perhatian, kasihsayang, bimbingan dan juga sokongan dari ibu bapa demi menentukan hala tuju hidup mereka.

Karangan Berformat Laporan : Pertandingan Memasak Peringkat NegeriPosted by minda August 13, 2011

laporan Pertandingan Memasak Peringkat Sekolah-Sekolah Seluruh Negeri Selangor Pertandingan memasak peringkat sekolah-sekolah seluruh negeri Selangor telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan dengan Mei . Pertandingan ini bermula pada pukul 9.00 pagi di Dewan Majlis Bandar raya Shah Alam. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dengan kerjasama Hotel Grand Continental Royal Selangor dan telah

disertai oleh 14 buah sekolah di seluruh Shah Alam. Sekolah Menengah Tanjung Kota turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. lTujuan pertandingan ini adalah untuk memilih peserta-peserta yang terbaik bagi mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam para peserta dalam bidang masakan. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Pertandingan tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Pelbagai jenis masakan telah dipertandingkan dan mendapat pujian daripada panel hakim. Pihak Sekolah Menegah Tanjung Kota berasa bangga kerana johan pertandingan bagi kategori perempuan telah dimenangi oleh pelajar Sekolah Menengah Tanjung Kota. Pelajar yang dimaksudkan ialah saudari Alisha Hanan dari Tingkatan Lima Sasstera 1. Beliau menerima hadiah wang tunai RM 1500, sebuah trofi dan sijil penyertaan. Kategori lelaki pula dimenangi oleh peserta dari Sekolah Menengah Tanjung Karang. Saudari Alisha Hanan akan mewakili negeri Selangor untuk memasuki pertandingan memasak peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Putrajaya pada 5 Jun 2010 nanti. Kami berharap agar beliau akan dapat mengulangi kejayaan seterusnya mengharumkan nama Sekolah Menengah Tanjung Kota. Laporan Disediakan Oleh,

. (MARISSA NORDIN) Setiausaha, Kelab Kerjaya, Sekolah Menengah Tanjung Kota.

Karangan Rencana: Mengapa Pelajar Ponteng SekolahPosted by minda April 11, 2011

Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massa apabila Pengarah Pelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa 50% pelajar di sebuah sekolah ponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang Timbalan Menteri menyatakan bahawa guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca utama peningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah ini. Persoalannya, benarkah guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca mengapa pelajar ponteng? Persoalan inilah yang akan dikupasdalam rencana ini disamping akan turut dicadangkan langkah-langkah menangani fenomena negatif ini. Punca utama pelajar ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru. Mereka beranggapan bahawa hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengahari disamping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka

berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok-seronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video. Kurangnya pemantauan ibu bapa juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berani untuk ponteng sekolah. Sebilangan ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari nafkah tambahan bagi anak-anak mereka sehingga mereka tidak menyedari serta mengambil tahu tentang aktiviti anakanak mereka di luar rumah. Keadaan menjadi semakin rumit apabila sesetengah ibu bapa enggan dating ke sekolah bagi membincangkan permasalahan anak mereka. Ini menyulitkan lagi proses untuk menangani pelajar-pelajar yang bermasalah seperti ini. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak pandai mengajar atau tidak menunjukkan kesungguhan di bilik darjah sehingga meembuatkkan pelajar bosan lalau ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap seperti ini sangat kecil. Hal ini dibuktikan oleh Dt. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani Khairi, dua orang pensyarah pendidikan di Universiti Malaya dalam kajian mereka tentang punca pelajar ponteng di beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Klang. Dalam kajian yang melibatkan 125 orang pelajar yang pernah ponteng sekolah, hanya 10 orang pelajar yang menyatakan bahawa mereka bosan dengan cara pengajaran guru. Yang lain-lain menyatakan bahawa mereka ponteng kerana kurangnya minat untuk belajar, suka mengikut kawankawan dan tidak kurang juga yang melakukan kerja sambilan. Biar apapun puncanya pelajar ponteng sekolah, perkara penting yang patut difikarkan adalah caracara untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Ibu bapa perlu memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk mengatasi fenomena ini. Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk, mendidik serta mengawasi anak-anak mereka kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mereka juga harus memainkan peranan dalam mengawasi kegiatan anak mereka di luar sekolah. Jika tidak, anak-anak mereka akan menjadi tidak terkawal dan bebas untuk berkeliaran di luar sekolah. Kesimpulannya, fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani. Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akan berkurangan. Semua pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini.