complete proposal kolera

Upload: romanus-peter

Post on 15-Jul-2015

592 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberi saya petunjuk dan kekuatan dalam menyiapkan penyelidikan mengenai pengetahuan mengenai penyakit Kolera/Taun dikalangan penduduk masuarakat Sipitang. Di sini saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia kami sepanjang berada di Pejabat Kesihatan Sipitang Iaitu PPKP Cik Liza Pileh, tidak dilupakan kepada PPKPK Encik Zamraney Hamidon, PPKP En.Alfauzi Mainin, PPKP En.Ruzee Juneh dan juga kepada semua kakitangan di Pejabat Kesihatan Daerah Sipitang yang telah banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta nasihat yang amat berguna sehinggalah penyelidikan ini dijalankan. Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyempurnakan penyelidikan ini.

Terima kasih kepada semua. ____________________________________ ( ROMANUS PETER )

PEN. PEG. KESIHATAN PERSEKITARAN, MAHSA UNIVERSITY COLEGE 2011. Tarikh : 20/4/2011

3

BAB I PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan Kolera atau Taun merupakan sejenis penyakit usus(enteric) akibat jangkitan daripada

bakteria Vibrio cholera. Antara punca yang menyebabkan jangkitan penyakit ini adalah melalui pengambilan makanan yang tercemar dari persekitaran yang kotor selain daripada sumber air yang tercemar. Penyakit ini boleh menyebabkan seseorang yang dijangkiti mengalami cirit birit akut tanpa sakit kegagalan buah pinggang yang akut (painless watery stools), loya dan muntahmuntah. Maka survelan dan langkah kawalan adalah amat penting untuk diambil kerana penyakit ini mampu merebak dengan cepat dan juga merupakan penyakit yang menjadi masalah kesihatan awam. Sekiranya rawatan segera tidak diambil, ianya boleh membawa kepada dehidrasi, asidosis, renjatan, kekurangan gula dalam darah (hypoglycaemia) seterusnya boleh membawa kepada kematian. Oleh itu, langkah pencegahan dan kawalan untuk penyakit ini perlu diketahui dan setiap pihak yang terlibat perlu memberikan kerjasama yang penuh bagi memastikan semua langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan efektif.

1.2

Lokasi Kawasan Kajian

4

Pejabat Polis Sipitang

Tamu Pekan sipitang

Dari Pekan Sipitang

Jalan Tenom/Lawas Sindumin

Jabatan Imigresen

Jabatan Penerangan

PKD Sipitang

Jabatan Pertanian

Kg.Tanjung Pagar

Gambar Rajah 1.2 Lokasi Kg.Tanjung Pagar, Sipitang. Lokasi Kawasan Kajian dijalankan di Kg.Tanjung Pagar dimana wabak Kes Kolera pernah berlaku sebelumnya terletak kira-kira 1 kilometer dari Pekan Daerah Sipitang dan merupakan petempatan penduduk yang membina rumah diatas air yang tinggal di pinggir laut pantai Sipitang.

1.3

Permasalahan Kajian

5

Penyakit Kolera merupakan antara penyakit yang tertua yang tercatat dalam sejarah dunia. Wabak dan pandemik adalah berkait rapat dengan bekalan air yang tidak selamat, kebersihan yang tidak memuaskan, sanitasi yang tidak memuaskan dan keadaan kesesakan di mana selalu mempengaruhi keadaan kesihatan dikalangan masyarakat yang tinggal di petempatan setinggan dan sempit. Selain daripada kemudahan asas yang kurang memuaskan, bencana alam sama ada secara semulajadi atau buatan manusia juga boleh menyebabkan wabak mudak berlaku. Di Malaysia, Kolera adalah pada tahap endemisiti yang rendah. Wabak kolera di daerah Sipitang dilaporkan berlaku sebanyak 2 kali dalam tempoh 5 tahun dari tahun 2006 hingga tahun 2010, iaitu sebanyak 34 kes Kolera dilaporkan pada tahun 2008 dan sebanyak 27 kes dilaporkan pada tahun 2010. Wabak yang berlaku sekali sekala ini ini biasanya mempunyai kaitan dengan sanitasi persekitaran, tahap kebersihan premis makanan, kebersihan diri dan bekalan air minum yang tidak memuaskan. Penduduk Kg.Tanjung Pagar telah terpilih sebagai responden dalam menjalankan kajian mengenai tahap pengetahuan mereka mengenai penyakit Kolera ini kerana penduduk Tanjung Pagar pernah menghadapi wabak penyakit Kolera.

1.4

Rasional Kajian

6

Penyakit Kolera ini bersifat pandemik dan perebakan wabak boleh berlaku dalam satu jangka masa yang amat singkat. Keadaan kebersihan dan sanitasi persekitaran yang tidak sempurna meningkatkan lagi risiko berlakunya kejadian penyakit ini. Pengetahuan yang cukup mengenai penyakit Kolera perlu diketahui oleh kalangan masyarakat bagi mengelakkan berlakunya penyakit ini. Selain itu, pesakit yang dijangkiti dengan Kolera mampu memindahkannya kepada orang lain sekiranya tidak dirawat dengan sempurna. Penyediaan makanan juga amat penting diambil kira semasa berlakunya wabak kolera ini. Penyakit Kolera ini mampu berjangkit melalui meminum air dan memakan makanan yang telah dicemari dengan najis atau muntah pesakit/pembawa kuman. Kuman Kolera ( taun ) boleh mencemarkan bekalan air minum, jika tidak menggunakan tandas yang sempurna. Pembawa kuman Kolera ( Taun ) ini adalah mereka yang mempunyai kuman Kolera didalam salur penghadaman mereka, tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda dan gejala penyakit Kolera. Mereka ini sukar untuk dikesan dan sentiasa mengeluarkan kuman Kolera melalui najis dan seterusnya boleh menjangkiti orang lain. Oleh itu, pengetahuan mengenai penyakit ini amat penting untuk diketahui oleh semua golongan masyarakat. Dengan pengetahuan yang mencukupi, semua aktiviti pengawalan terhadap penyakit tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan malahan secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa disebabkan oleh penyakit ini.

1.5

Objektif Kajian

7

1.5.1

Objektif Umum : - Mengetahui tahap pengetahuan penduduk setempat mengenai kejadian penyakit kolera/taun.

1.5.2

Objektif Khusus :

1. Mengetahui cara masyarakat mengenali penyakit Kolera/taun. 2. Mengetahui cara jangkitan dan perebakan penyakit Kolera.

3. Mengetahui langkah pencegahan dan kawalan yang bersesuaian bagi penyakit Kolera. 4. Mengetahui cara pengawalan dan pencegahan penyakit kolera semasa wabak kolera terjadi.5. Mengurangkan kemungkinan risiko kehilangan nyawa/kematian yang sebabkan oleh

penyakit Kolera.

1.6

Hipotesis 1. Penduduk di Kg.Tg.Pagar tahu akan penyakit Kolera. 2. Sikap dan amalan penduduk setempat mempengaruhi kejadian wabak Kolera.3. Tahap sanitasi didalam rumah dan kawasan persekitaran mempengaruhi kejadian wabak

Kolera.4. Kerjasama penduduk setempat mempengaruhi keberkesanan dalam menjalankan langkah

Kawalan dan pencegahan penyakit Kolera.5. Risiko kehilangan nyawa boleh berlaku akibat daripada penularan penyakit kolera.

8

1.7

Kerangka Teoritis/Model

Mula

Pemilihan tajuk Kajian Siasatan awal berkaitan tajuk laporan ( Mendapatkan hipotesis awal)

Membuat tinjauan literatur ( perpustakaan dan internet )

Menyediakan Borang Soal Selidik

Pengedaran Borang soal selidik kepada kumpulan responden terpilih iaitu Penduduk Kg, Tanjung Pagar. Proses pengumpulan data ( daripada hasil tinjauan literatur iaitu melalui internet dan perpustakaan) Proses menganalisis data berpandukan jawapan responden daripada Borang Soal Selidik Kesimpulan & Cadangan Hasil analisis ditunjukkan melalui jadual, graf dan carta pai dalam at perbentangan akhir kajian.

Tamat 1.8 Jadual9

Perlaksanaan Tugas

TAHUN AKTIVITI 2011M J U N21 30 01 10 11 20 21 30 01 10 11 20 21 30

BULAN01

JAN

FEB

MAC

APRIL

A Y

JULAI

11 20

21 30

01 10

11 20

21 30

01 10

11 20

21 30

01 10

11 20

21 30

01 10

11 20

HARI

10

PEMILIHAN TAJUK

PENCARIAN MAKLUMAT

PENGHANTARAN CADANGAN KAJIAN AWAL PEMERHATIAN/PENGED ARAN BORANG SOAL SELIDIK ANALISIS DATA

PEMBENTANGAN HASIL KAJIAN

LAPORAN AKHIR

PENGHANTARAN LAPORAN

1.9

Batasan Kajian Kajian ini hanya dijalankan disekitar kawasan Kg. Tanjung Pagar, Sipitang,Sabah untuk

menilai tahap pengetahuan mereka mengenai penyakit Kolera kerana tempat tersebut pernah10

menghadapi wabak penyakit kolera sebelumnya. Jumlah responden yang terpilih adalah sebanyak 50 orang. Selain itu kejujuran responden semasa menjawab borang kajian soal selidik adalah diluar kawalan pengkaji. Oleh itu pengkaji akan menerangkan kepentingan kajian dan memohon kerjasama daripada pihak responden untuk menjawab boring soal selidik yang diedarkan dengan jujur.

1.10

Sumbangan Kajian Perolehan atau hasil daripada kajian ini akan membantu penyelidik/pengkaji untuk

mengetahui setakat mana tahap pengetahuan mengenai penyakit Kolera dikalangan penduduk Kg.Tanjung Pagar, Sipitang, Sabah. Penyelidikan yang dilakukan ini juga akan menambahkan lagi pemahaman masyarakat mengenai cara kawalan dan pencegahan yang boleh dilakukan untuk menangani penyakit Kolera ini. Contohnya, kepentingan memberikan kerjasama semasa aktiviti Swab Rektal dilakukan ketika wabak penyakit Kolera dan pemberian ubat-ubatan seperti Doxycyclin dan semburan cecair Lysol pada tandas untuk membunuh kuman Kolera.

11

BAB II TINJAUAN LITERATUR

2.1

Tinjauan Literatur Tinjauan literatur merupakan satu penyelidikan yang dibuat berdasarkan hasil daripada

sumber seperti buku, jurnal, kertas kerja, keratan akhbar, internet, dan kajian pengkaji terdahulu.

2.1.1

Tinjauan Internet

Wabak Penyakit Kolera/Taun (Wikipedia, Ensiklopedia Bebas) 2009 (KKM UPDATE) Penyakit taun atau kolera merupakan penyakit akibat daripada jangkitan virus (kuman), vibrio cholera. Salah satu punca bagaimana kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak . Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan penyakit taun atau kolera telah menurun dari 1,304 kes (19 kematian) pada tahun 1998 kepada 365 kes (7 kematian) pada tahun 2002. Penurunan ini adalah petanda baik bahawa pendidikan dan aktiviti kawalan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan berkesan, namun pengguna harus sentiasa berwaspada terhadap tahap kebersihan dan keselamatan makanan mereka. Haiti diancam kolera (23/10/2010) Utusan Malaysia Online

12

ST. MARC, Haiti 22 Okt. - Sekurang- kurangnya 135 orang terkorban di kawasan luar bandar di tengah negara ini dan lebih beratus-ratus yang mengalami kesakitan memenuhi hospital bagi mendapatkan rawatan akibat kolera atau cirit-birit yang teruk. Menurut Dr.Grey Stephen yang menjalankan ujian untuk kolera, cirit-birit dan penyakitpenyakit lain di negara Caribbean ini sejak penularan wabak tersebut semasa gempa bumi Januari lalu telah mengorbankan seramai 300,000 orang.

2.2

Tinjauan Buku/Jurnal/Risalah

Apakah Akibatnya Jika Lewat Mendapat Rawatan Penyakit Kolera. Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (2010) Pesakit Kolera (taun) yang lewat mendapat rawatan mungkin meninggal dunia dalam beberapa jam sahaja. Ini disebabkan oleh terlalu banyak cecair dalam tubuh hilang akibat ciritbirit dan muntah yang berterusan dan tidak terkawal. Cirit-birit ini mengandungi najis lembik kemudian menjadi cair dan berwarna putih seperti beras. Kulit badan juga menjadi kering dan pesakit selalu dahaga, lidah menjadi kering dan mata menjadi cengkung, akibat banyak cecair yang hilang dari tubuh. Terdapat juga tanda-tanda kejutan seperti tekanan darah yang rendah, denyutan jantung menjadi lemah dan perlahan dan kulit menjadi sejuk dan mengeletar.

13

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1

Rekabentuk Kajian Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik Responden yang terlibat

adalah sebanyak 50 orang daripada kalangan penduduk yang tinggal di Kg.Tanjung Pagar daerah Sipitang. Dalam menjalankan kajian ini, antara yang dilakukan ialah; i. Kajian peringkat awal. Dibuat pada awal penyelidikan untuk mendapatkan maklumat yang kukuh mengenai kajian yang dipilih. Perbincangan mengenai permasalahan kajian serta perbentangan awal yang ditujukan kepada penyelia latihan amali iaitu PPKP Cik Liza Pileh dan PPKPK En.Zamraney Hamidon untuk memperolehi pendapat dan kepastian tentang pemilihan tajuk kajian.

ii.

Pengumpulan data. Menggunakan kaedah borang soal selidik yang diedarkan selain melalui pemerhatian dan

kaedah temuduga kepada responden untuk mendapatkan maklumat yang lebih dipercayai berdasarkan tabiat,amalan dan persekitaran tempat tinggal responden. iii. Menganalisis data. Memasukkan data kedalam bacaan yang lebih mudah seperti jadual dan carta. Peringkat ini merupakan proses akhir dimana penyelidikan akan ditamatkan berdasarkan maklumat yang14

diperolehi secara saintifik atau mempunyai nilai kebolehpercayaan bersama dengan laporan akhir kajian.

3.2

Pemilihan kajian

Wabak kolera yang berlaku di Kg.Tanjung Pagar menyebabkan kajian ini dipilih untuk mengetahui tahap pengetahuan masyarakat di lokasi ini mengenai penyakit Kolera. Dilaporkan wabak Kolera pernah berlaku sebanyak 2 kali dalam tempoh 5 tahun iaitu pada tahun Mei 2008 dan Disember 2010. Pengetahuan yang mendalam membolehkan masalah ini dibendung dengan cara yang lebih berkesan.

3.3

Intrumen penyelidikan Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah borang soal selidik, temuduga terbuka

dan pemerhatian pada persekitaran lokasi kajian untuk memperoleh data. Intrumen soal selidik yang digunakan oleh pengkaji mempunyai empat bahagian iaitu:

1. Demografi respondeni.

Bahagian demografi responden mengandungi item yang berkaitan jantina, bangsa, dan umur.

2. Tahap Pengetahuan Masyarakat Mengenai Penyakit Kolera.

15

-

Responden yang terpilih secara rawak akan ditanya mengenai perkara yang diketahui oleh mereka mengenai penyakit Kolera dari segi tanda-tanda/gejala-gejala penyakit, cara jangkitan penyakit dan langkah mengelakkan berlakunya penularan penyakit Kolera/Taun.

3. Rawatan dan kawalan Penyakit. Responden akan ditanya akan rawatan, aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit yang perlu dilakukan semasa berlakunya wabak Penyakit Kolera. 4. Kesihatan Awam-

Responden akan ditanya mengenai sejarah penyakit kolera, penyebab penularannya dan akibat sekiranya menghidapi penyakit kolera di kalangan keluarga, jiran atau rakan-rakan dikalangan mereka.

4.0

Kesimpulan Awalan Kajian16

Secara keseluruhannya, kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan yang diperolehi oleh masyarakat berdasarkan kejadian wabak kolera di kawasan petempatan mereka. Segala maklumat yang diketahui dan difahami mereka dapat membantu dalam mengelakkan dan mencegah kejadian seperti wabak kolera yang berupaya menjangkiti manusia dan menular ke kawasan dalam masa yang singkat. Selain menjalankan kajian terhadap pengetahuan masyarakat, pada masa yang sama aktiviti pendidikan dan promosi kesihatan dijalankan bagi memastikan golongan masyarakat yang tidak berpeluang mendapat pendidikan di sekolah turut mengetahui mengenai penyakit kolera.

5.0

Rujukan/Bibliografi

17

1. Laporan Wabak Penyakit Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Tahun 2000

Hingga Tahun 2010,Pejabat Kesihatan Daerah Sipitang.2. Wabak Penyakit Kolera/Taun ( Wikipedia, Ensiklopedia Bebas ) Feb 2009

(KKM UPDATE).3. Haiti diancam kolera (23/10/2010) Utusan Malaysia Online. 4. Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (2010) Risalah

Kesihatan. 5. Garis Panduan Pengurusan Wabak Kolera Di Malaysia (2006) (edisi kedua) Kementerian Kesihatan Malaysia. 6. A.Norazah, M.T.Zainuldin, A.S.M Kamel, M.N, Kamaliah, A. Mohamad Taha. 2001. Detection of Vibrio Cholera 01 from Aquatic Environtment in Sarawak. Medical Jurnal of Malaysia. 56(1): 4-9.

6.0

LAMPIRAN

Lampiran 118

Lampiran 2

19