compile as

Upload: hafizul-syarafi

Post on 05-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Compile As

    1/9

    Topik 1 : Perluasan Gurun

    1. Perubahan yang berlaku ke atas gurun hari ini ialah :

    Pergurunan atau perluasan padang pasir adalah masalah serius yang tidak hanyamempengaruhi negara-negara yang terletak di padang pasir atau gurun, tetapi juga memberi

    kesan ke atas seluruh dunia. Gurun Sahara telah melebar atau membesar dan ianya telah

    menutupi 65 juta hektar daratan.

    2. Faktor-faktor yang mempengaruhi perluasan gurun ini ialah :

    Penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal menyebabkan tanah

    menjadi gersang, seterusnya menjadi tanah gurun. Ia terjadi ekoran usaha pertanian ke atas

    tanah yang kurang berkualiti iaitu tidak subur, yang dilakukan oleh negara-negara yang

    kurang menerima hujan, dan mempunyai padang ragut yang terhad untuk ternakan.

    Akibatnya padang ragut menjadi gondol. Di samping itu, pertambahan penduduk yang

    terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatan adalah antara punca-punca kejadian

    tanah gersang.

    3. Adakah perubahan yang berlaku memberi kesan yang baik atau sebaliknya?

    Perubahan yang berlaku ini tidak memberi sedikit pun kebaikan kepada persekitaran dan

    manusia, malahan pergurunan yang terhasil telah menyebabkan perubahan iklim dunia

    menjadi lebih panas dan kering, dan ini bererti ada sedikit air untuk menyokong tanaman

    dan haiwan.

  • 8/2/2019 Compile As

    2/9

    4. i) Tindakan-tindakan yang boleh saya laksanakan untuk menangani masalah ini ialah :

    Mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap alam sekitar

    Menyemai dalam diri sifat tanggungjawab dalam menjaga kepentingan alam

    Sekitar

    ii) Tindakan-tindakan yang boleh KITA lakukan untuk mengatasi masalah perluasan

    gurun ialah :

    Mengikuti kempen-kempen kesedaran alam sekitar

    Dengan mengikuti kempen-kempen seperti ini, ia akan dapat meningkatkan tahap

    kesedaran kita semua mengenai pentingnya menjaga alam sekitar.

    Kesedaran dan kecintaan terhadap alam sekitar

    Sentiasa ingat memperingati sesama kita tentang peri pentingnya menjaga alam

    sekitar.

    iii) Tindakan-tindakan yang boleh KERAJAAN lakukan untuk mengatasi masalahperluasan gurun ialah :

    Menganjurkan kempen kesedaran alam sekitar

    Kerajaan boleh menganjurkan kempen-kempen kesedaran terhadap alam sekitarsecara percuma kepada rakyat supaya mereka lebih prihatin tentang pentingnya

    menjaga alam sekitar.

    Penerbangan secara selektif

    Kerajaan perlu menyarankan agar mana-mana pihak yang terlibat dengan

    penebangan hutan hendaklah membuat penebangan secara selektif.

  • 8/2/2019 Compile As

    3/9

    Topik 2 : Hakisan Tanah

    1. Perubahan yang berlaku hari ini ekoran hakisan tanah ialah :

    Masalah hakisan tanah kian meruncing dari setahun ke setahun dan perubahan

    kepada struktur tanah ini akan menyebabkan tanah runtuh. Hakisan tanah pada lereng

    lereng bukit juga semakin banyak berlaku seterusnya menyebabkan tanah runtuh dan

    membahayakan keselamatan penduduk. Negara telah dikejutkan dengan tragedi tanah

    runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 lalu yang mengakibatkan empat

    nyawa terkorban serta lima belas yang lain cedera.

    2. Faktor-faktor yang mendorong kepada berlakunya hakisan tanah ialah :

    IKLIM

    Hujan yang lebat menyebabkan isipadu air meningkat dan menyebabkan kadar hakisan

    sungai meningkat serta menyebabkan air mengalir laju seterunya menghakis tanah

    berhampiran. Walau bagaimanapun, di kawasan iklim panas, isipadu dan halaju air dalam

    lembangan saliran akan berkurangan menyebabkan kadar hakisan berkurangan.

    GEOLOGI BATUAN

    Setiap batuan mempunyai struktur yang berbeza dari segi kekerasan, tekstur dan lain lain.

    Sebagai contoh, bagi batu kapur atau batu yang lembut atau berstruktur lemah,hakisan

    lebih mudah berlaku berbanding pada batuan yang berstruktur kuat atau keras. Oleh itu,

    tanah yang mempunyai struktur batuan yang lebih lembut atau lemah akan mudah

  • 8/2/2019 Compile As

    4/9

    mengalami hakisan berbanding tanah yang mempunyai struktur batuan yang kuat atau

    keras.

    AKTIVITI MANUSIA

    1) PERTANIAN

    Penggunaan tanah hutan untuk pertanian telah mengakibatkan berlakunya

    penebangan hutan secara meluas. Selain daripada hakisan tanah, ia juga

    mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar,dan

    penebangan hutan juga turut menyumbang kepada pemendapan, kerosakan

    cerun serta tanah runtuh .

    2) PERLOMBONGAN

    Aktiviti ini melibatkan penerokaan tanah sama ada dengan mengorek

    permukaan atau menggerudi permukaan tanah untuk mendapatkan hasil

    mineral. Hasil daripada perlombongan yang tidak terkawal akan mengubah

    struktur tanah serta menyebabkan tanah terdedah kepada hakisan. Pada

    kebiasaanya, kawasan bekas lombong mudah terhakis kerana kurang liputan

    tumbuhan. Sebagai contoh, kegelongsoran tanah berlaku di kawasan

    perlombongan seperti di Puchong, Kampar dan Ipoh.

    3) PEMBALAKAN

    Aktiviti pembalakan merupakan aktiviti yang penting bagi negara negara

    tropika termasuk Malaysia kerana mempunyai spesies pokok yang bermutu.

    Pembalakan yang tidak terancang bukan sahaja menyebabkan kepupusan

  • 8/2/2019 Compile As

    5/9

    spesies tumbuhan malah turut mengakibatkan hakisan tanah kerana ketiadaan

    pokok bagi menyerap air dan keadaan ini akan menjadi lebih teruk sewaktu

    musim tengkujuh atau hujan lebat.

    4) PEMBANGUNAN

    Pada hari ini , permintaan yang tinggi terhadap kawasan perumahan di lereng

    lereng bukit menyebabkan lebih banyak lereng bukit ditarah bagi membina

    lebih banyak kawasan perumahan. Selain itu, kawasan bukit juga diratakan bagi

    membina lebih banyak lebuhraya bagi meningkatkan keselesaan pengguna.

    Namun begitu, aktiviti pembangunan ini telah memberi kesan kepada

    pendedahan permukaan cerun yang secara langsung mengakibatkan hakisan

    tanah.

    3. Adakah perubahan yang berlaku memberi kesan yang baik atau sebaliknya?

    Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sering berlaku di seluruh dunia.

    Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam

    keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat

    banyak negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin

    menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia

    yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang

    menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama

    dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan

    berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.

  • 8/2/2019 Compile As

    6/9

    Biarpun hakisan tanah berlaku perlahan, namun ia tetap memberi kesan buruk

    dalam jangka masa panjang. Kejadian hakisan menyebabkan air sungai dicemari kelodak

    dan unsur-unsur tidak larut. Sungai menjadi cetek dan mengganggu ekologi hidupan air.

    Seterusnya akan berlaku banjir akibat limpahan air dari sungai ini. Banjir sering berlaku di

    kebanyakan negara. Kesan yang paling teruk berlaku akibat banjir adalah menjejaskan

    kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis

    keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini juga akan bertaburan di

    merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit

    seperti taun dan malaria.

    Kawasan bertopografi cerunlebih berisiko mengalami hakisan tanah dan kejadian

    tanah runtuh akibat ketidakstabilan cerun berbanding kawasan yang agak landai dan rata.

    Walaubagaimanapun, risikonya seringkali sukar diramal dan dielak oleh manusia.

    Fenomena ini boleh mengakibatkan kemusnahan insfrastruktur,pengangkutan dan

    merosakkan penempatan manusia. Terdapat pelbagai faktor dan contoh kejadian tanah

    runtuh yang sentiasa dikaji oleh ahli sains. Kajian yang lebih mendalam dan kesedaran di

    kalangan masyarakat perlu sentiasa diteruskan bagi mengurangkan bencana gempa bumi

    yang boleh membawa kemusnahan persekitaran dan kehilangan nyawa. Gempa bumi

    akan menyebabkan kerugiankepada kawasan pertanian.Oleh

    itu, bencana alam yang berlaku akan memusnahkan persekitaran, hidupan

    dan harta benda dengan cepat hingga menyebabkan keseimbangan alam

    terjejas.Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan membaiki kerosakan

    dan membiayai kelengkapan perubatan. Kerajaan juga perlu menyediakan

    pelbagai keperluan asas seperti makanan, minuman, ubat-ubatan di

    samping menyediakan petempatan sementara mangsa.

    Mangsa bencana alam kebiasaannya juga akan mengalami trauma. Mengambil

    contoh kejadian gempa bumi yang berlaku sebelum ini, mangsa yang tinggal di kawasan

    tanah tinggi telah mengalami trauma yang teruk sehingga takut untuk turun

    ke kawasan rendah untuk mendapatkan bantuan kerana bimbang bencana alam

    akan berulang. Keadaan yang teruk menyebabkan mangsa bencana alam takut

  • 8/2/2019 Compile As

    7/9

    akan kejadian yang telah berlaku. Seperti tragedi gempa bumi di Sichuan, mangsa

    menghadapi kesedihan dan kesusahan kerana kehilangan ibu bapa atau anak

    yang disayangi. Mereka fobia akan suasana bencana alam sehingga

    sanggup membunuh diri di tempat perkemahan sementara waktu.

    4. i) Tindakan-tindakan yang boleh saya laksanakan untuk menangani masalah ini ialah :

    Menanam tanaman penutup bumi di rumah seperti tanaman kekacang,

    keledek

    Kaedah ini dapat menutup pemukaan tanah bagi mengurangkan kelajuan larian air

    dan mengurangkan daya timpaan hujan.

    Mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap alam sekitar

    Menyemai dalam diri sifat tanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar

    ii) Tindakan-tindakan yang boleh KITA lakukan untuk mengurangkan masalah hakisantanah ialah :

    Membina sistem perparitan dan saliran yang sistematik dalam sesebuah

    komuniti

    Sistem perparitan dan struktur yang dibina dapat mengalirkan air dengan selamat.Kebanyakan struktur dibina dengan menggali tanah dan menggunakan bahan asli

    yang mudah didapati seperti tanah, batu dan kayu

    Mengikuti kempen-kempen kesedaran alam sekitar

    Dengan mengikuti kempen-kempen seperti ini, ia akan dapat meningkatkan tahapkesedaran kita semua mengenai pentingnya menjaga alam sekitar.

    Kesedaran dan kecintaan terhadap alam sekitar

  • 8/2/2019 Compile As

    8/9

    Sentiasa ingat memperingati sesama kita tentang peri pentingnya menjaga alam

    sekitar.

    iii) Tindakan-tindakan yang boleh KERAJAAN lakukan untuk mengurangkan masalah

    hakisan tanah ialah :

    Penguatkuasaan undang-undang

    Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat patut dilaksanakan bagi mengelakkanpembukaan tanah secara haram sejajar dengan Kanun Tanah Negara.

    Pembukaan tanah berperingkat

    Dalam kerja-kerja membangunkan tanah, kerajaan hendaklah memastikan proses

    pembukaan tanah itu dijalankan secara berperingkat-peringkat bagi mengelakkan

    pendedahan tanah terlalu lama kepada proses hakisan.

    Penebangan secara selektif

    Kerajaan perlu menyarankan agar mana-mana pihak yang terlibat dengan penebanganhutan hendaklah membuat penebangan secara selektif. Ini kerana, pokok yang

    ditinggalkan akan membantu melindungi tanah daripada hakisan.

    Menganjurkan kempen kesedaran alam sekitar

    Kerajaan boleh menganjurkan kempen-kempen kesedaran terhadap alam sekitar secara

    percuma kepada rakyat supaya mereka lebih prihati tentang pentingnya menjaga alamsekitar..

  • 8/2/2019 Compile As

    9/9