syariah, as-syarikat

22
MUAMALAT SYARIKAT KUMPULAN 2 DIBENTANGKAN OLEH: HANNA HASIBAH NURUL BAHRIAH NUR AMAL A’FIFAH NURAZIMAH MUHD SAIFUL DAFI

Upload: jimoh370

Post on 28-May-2015

3.308 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

Form Six Topic.

TRANSCRIPT

Page 1: Syariah, as-Syarikat

MUAMALAT

SYARIKAT

KUMPULAN 2

DIBENTANGKAN OLEH:HANNA HASIBAHNURUL BAHRIAH

NUR AMAL A’FIFAHNURAZIMAH

MUHD SAIFUL DAFI

Page 2: Syariah, as-Syarikat

ISI KANDUNGAN1. PENGERTIAN SYARIKAT2. DALIL KEHARUSAN SYARIKAT3.HIKMAH DIHARUSKAN SYARIKAT4. JENIS-JENIS SYARIKAT5. RUKUN SYARIKAT AL-’INAN6. SYARAT AHLI SYARIKAT7. SYARAT MODAL AHLI SYARIKAT8. SYARAT KERJA SYARIKAT9. SYARAT SIGHAH SYARIKAT10. SEBAB-SEBAB TERFASAKH SYARIKAT11. KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN SYARIKAT

Page 3: Syariah, as-Syarikat

PENGERTIAN SYARIKATDari segi bahasa: campur, bersekutu atau berkongsi.Dari segi istilah syarak: satu akad (perjanjian) atau perkongsian di antara dua orang atau lebih pemilik modal bagi menjalankan sesuatu perusahaan atau perniagaan atau perlaburan di mana mereka bersama bersetuju mengeluarkan modal dan sama-sama bersetuju berkongsi untung dan rugi.Ahli Fiqh memberi takrif yang berbeza-beza di antaranya ialah:1. Ahli Fiqh Mazhab Syafi’I mentakrifkan, syarikat ialah penetapan

(sabitan) hak pada sesuatu harta yang dipunyai oleh dua orang atau lebih secara bersekutu atau berkongsi (milik bersama).

2. Ahli Fiqh Mazhab Hanafi mentakrifkan; Syarikat ialah suatu akad perjanjian(kontrak) perkongsian antara dua individu atau lebih bersetuju sama-sama mengeluarkan modal bagi tujuan perniagaan atau perusahaan, dan mereka bersetuju berkongsi untung dan rugi mengikut kadar modal masing-masing.

Page 4: Syariah, as-Syarikat

DALIL KEHARUSAN SYARIKATSecara umumnya syarikat pada hukum asalnya adalah harus, kerana banyak dalil-dalil yang menerangkan demikian dalam Al Quran dan Al Hadith di antara dalil-dalil itu ialah:

Firman Allah dalam surah An Nisa’, ayat 12 yang bermaksud:………….Maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dan perempuan)…..

(An Nisa’ ayat :12)

Maksud ayat tersebut ialah Allah telah menetapkan bahagian harta pusaka bagi saudara perempuan seibu jika ia lebih dari seorang bahagiannya ialah berkongsi sepertiga di antara mereka (berbahagi sama rata), maka ayat ini dengan jelas menjadi dalil iaitu sesuatu harta itu diharuskan dimiliki oleh lebih daripada seorang secara syarikat atau kongsi.

Page 5: Syariah, as-Syarikat

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud:

“Allah Subhanahu Wataala berfirman: Aku yang ketiga dalam dua orang yang bersyarikat selagi tidak mengkhianati salah seorang terhadap rakannya, maka apabila ia mengkhianatinya aku keluar daripada kedua-duanya itu.”

(Riwayat Abu Daud)

Maksudnya Allah sentiasa menjaga dan memberi bantuan dalam harta benda kedua-duanya dan ia menurunkan keberkatan dalam perniagaan kedua-duanya, tetapi apabila berlaku pengkhianatan antara kedua-duanya itu Allah akan menarik keberkatan yang dikurnianya itu.

Page 6: Syariah, as-Syarikat

HIKMAH DIHARUSKAN SYARIKAT1. Syarikat dapat mengumpulkan dana modal bagi menjalankan

dan membesarkan operasi perniagaan yang memerlukan modal yang besar.

2. Memberi peluang kepada individu dan orang ramai yang bermodal kecil membuat pelaburan dan memiliki saham dalam syarikat-syarikat besar.

3. Syarikat memberi keberkatan kepada perniagaan yang dijalankan sebagaimana maksud Hadith Qudsi yang di atas.

4. Syarikat dapat menambahkan pendapatan ahli-ahlinya melalui keuntungan yang diperolehi syarikat.

5. Syarikat melatih dan menanamkan kepada ahli-ahlinya semangat kerjasama dan sifat amanah.

6. Syarikat dapat melahirkan ahli-ahli korporat Islamyang berdaya maju dan berketerampilan.

Page 7: Syariah, as-Syarikat

JENIS-JENIS SYARIKAT

Para Ulama membahagikan jenis-jenis syarikat kepada empat jenis iaitu:-

1) Syarikat Al’ Inan2) Syarikat Al Abdan3) Syarikat Al Wujuh4) Syaarikat Al Mufawadhah

Page 8: Syariah, as-Syarikat

SYARIKAT AL ‘INAN

Pengertian Syarikat Al ‘Inan: Suatu akad antara dua individu atau lebih berakad untuk berkongsi dengan mereka mengeluarkan modal untuk sesuatu perniagaan atau perusahaan, di mana keuntungan dan juga kerugian dari perniagaan tersebut dibahagikan antara ahli-ahli syarikat menurut kadar modal yang dikeluarkan.

Hukum Syarikat Al ‘Inan: Kesemua emapt mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’ie dan Hanbali mengatakan Syarikat Al-’Inan adalah sah dan harus.

Page 9: Syariah, as-Syarikat

SYARIKAT AL ABDANPengertian Syarikat Al Abdan: Suatu akad antara dua individu atau lebih berkongsi tenaga atau usaha (bekerja) untuk membuat sesuatu pekerjaan yang sama seperti kedua-duanya bertukang kayu, atau berlainan jenis pekerjaan seperti seorang bertukang kayu dan seorang bertukang simen. Kemudian ganjaran atau upah pekerjaan tersebut dibahagi sama rata antara mereka.

Hukum Syarikat Al Abdan: Menurut mazhab Syafi’ie , Syarikat Al Abdan adalah batal (tidak sah) boleh berlaku gharar dan tiada kepastian, sebab syarikat yang sebenarnya hanya dikhususkan pada perkongsian harta bukan pada perkongsian pekerjaan sebab kerja tidak bersifat tetap sukar untuk menetapkan kualiti, kuantiti, dan sukar mengukur kemampuan produktiviti kerja yang sama antara mereka yang terlibat dengan kerja-kerja yang dibuat. Menurut mazhab Maliki Syarikat AL Abdan ini adalah sah (harus) dengan syarat jenis pekerjaan dan usaha yang mereka kongsikan itu pekerjaan yang sama jenisnya.

Page 10: Syariah, as-Syarikat

Menurut mazhab Hanafi, Syarikat Al Abdan ini adalah sah (harus) mutlaqan pada segala dengan tiada perbahasan. Menurut mazhab Hanbali, Syarikat Al Abdan adalah sah, sama ada kerja yang mereka usahakan itu sama jenisnya atau tidak sama jenisnya dengan syarat hendaklah mengikut syarat-syarat yang mereka tetap atau setujui semasa dalam akad.

Kesimpulan hukum Syarikat Al Abdan:Jumhur Ulama mengharuskan syarikat jenis ini kerana kebaikan dan kemaslahatan (kepentingan) manusia, di mana manusia juga dalam situasi tertentu memerlukan perkongsian kemahiran untuk mendapatkan wang dan pendapatan.

Page 11: Syariah, as-Syarikat

SYARIKAT AL MUFAWADHAHPengertian Syarikat Al Mufawadhah:• Suatu akad di antara dua individu atau lebih untuk berkongsi di antara mereka pada sesuatu perniagaan atau perusahaan sama ada jumlah harta mereka sama banyaknya atau tidak, tetapi harta (modal) mereka dan jenisnya tidak pula disatukan sebagai satu jumlah modal sebelum akadnya pada syarikat. Manakala keuntungan yang diperolehi oleh keduanya dibahagi sama rata antara keduanya, begitu juga jika terjadi kerugian setiap ahli syarikat bersama menanggungnya.

Hukum Syarikat Al Mufawadhah:• Menurut pendapat mazhab Syafi’ie dan Hanbali adalah tidak diharuskan dan menganggap kontrak sedemikian batal dan tidak sah. Ini kerana modal ahli-ahli yang bersyarikat tidak disatukan sebelum akad syarikat terdapat dalamnya unsur

Page 12: Syariah, as-Syarikat

Gharar serta syubhat pada memiliki untungnya, yang mana sepatutnya keuntungan dari modal seseorang ahli adalah menjadi haknya sahaja begitu juga jika berlaku kerugian.• Menurut Imam Abu Hanifah, syarikat Mufawadhah adalah harus mutlak.

Page 13: Syariah, as-Syarikat

SYARIKAT AL WUJUHPengertian Syarikat Al Wujuh: Suatu akad di antara dua individu atau lebih yang bekerjasama unutk membeli barangan secara kredit (berhutang) tanpa mengeluarkan sebarang modal. Mereka bergantung sepenuhnya ke atas kemampuan dan usaha perdagangan terhadap barangan yang mereka beli secara kredit dan keuntungan yang diperolehi keduanya akan dibahagikan sama rata antara mereka. Seorang individu yang terkenal dalam bidang muamalah berusaha memperniagakan barangan dan tidak mengeluarkan sebarang modal sahaja. Keuntungan yang diperolehi hasil daripada perniagaan mereka dibahagikan sama rata antara keduanya.

Page 14: Syariah, as-Syarikat

Hukum Syarikat Al Wujuh: Menurut mazhab Syafi’ie dan Maliki, Syarikat Al Wujuh adalah batal dan tidak diharuskan. Di antara sebab-sebabnya ialah:-Ketiadaan modal yang dikeluarkan daripada kedua-duanya yang patut disatukan sebelum berakad syarikat, dan sebelum mereka melaksanakan muamalah. Jadi, di anggap tidak ada harta (modal) yang menjadi kepunyaan bersama yang dikongsikan.- Salah seorang daripada ahli yang bersyarikat tidak mengeluarkan modal. Oleh sebab itu tiada haknya untuk memiliki keuntungan di mana sepatutnya keuntungan menjadi hak orang yang mengeluarkan modal, dan bersama menanggung kerugian mengikut kadar modal mereka jika ada. Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali,Syarikat Al Wujuh adalah diharuskan.

Page 15: Syariah, as-Syarikat

RUKUN SYARIKAT AL INAN

1. Ahli-ahli syarikat – Rakan kongsi:sekurang-kurangnya dua orang.

2. Modal – Daripada jenis harta sama ada wang ringgit atau benda yang bermanfaat atau berfaedah.

3. Perbuatan (operasi atau kerja-kerja syarikat) – dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.

4. Sighah (lafaz akad) – perjanjian lisan atau bertulis.

Page 16: Syariah, as-Syarikat

SYARAT AHLI SYARIKATIaitu orang yang mengeluarkan hartanya untuk digunakan sebagai modal syarikat tersebut.

Syarat-syarat ahli syarikat:Setiap ahli-ahli syarikat disyaratkan hendaklah:Orang yang layak mentadbir/mengurus harta atau berkelayakan sebagai wakil iaitu terdiri ornag yang berikut: berakal baligh dengan kemahuannya(tanpa paksaan) dan tidak ditahan hartanya.

Oleh demikian tidak sah bersyarikat yang terdiri dari orang gila, kanak-kanak, dan orang yang dipaksa dan orang yang ditahan hartanya.

Page 17: Syariah, as-Syarikat

SYARAT MODAL SYARIKATIaitu harta yang dikeluarkan oleh ahli untuk dijadikan modal (saham) dalam perniagaan syarikat

Syarat-syarat modal syarikat: Modal dalam bentuk mata wang, seperti wang, emas, perak, ringgit, rupiah dan lain-lain matawang yang diguna pakai. Sama jenis matawangnya (Mithil): seperi BND sama BND, USD sama USD, tetapi tidak disyaratkan persamaan modal di antara rakan kongsinya.Tidak disyaratkan persamaan modal di antara rakan kongsinya, kerana pembahagian keuntungan adalah mengikut kadar modal masing-masing ahli syarikat tersebut, begitu juga jika terjadinya kerugian masing-masing ditanggung ke atas ahli-ahli mengikut kadar modal mereka. Modal semua ahli syarikat hendaklah dicampurkan sebelum memetrai akad syarikat.Jika akad dibuat sebelum harta dicampurkan tidak sah akad syarikat.

Page 18: Syariah, as-Syarikat

SYARAT KERJA SYARIKATIaitu pengurusan perjalanan syarikat seperti urusan-urusan menjual dan membeli barangan dan sebagainya.

Syarat-syarat kerja syarikat:Setiap ahli syarikat atau ahli yang dipertanggungjawab menjalankan urusniaga syarikat, secara umumnya disyaratkan hendaklah melakukan kerja-kerja yang boleh membawa dan mendatangkan faedah dan keuntungan kepada syarikat yang di antara syarat-syaratnya: Menjadi secara tunai Menjual dengan matawang dalam negeri Tidak berjualbeli atau berurusniaga yang mendatangkan kerugian besar atau secara berisiko tinggi. Tidak membawa modal keluar negeri.

Page 19: Syariah, as-Syarikat

Syarat sighah syarikat

Iaitu perjanjian persetujuan menubuhkan syarikat sama ada dalam bentuk lisan atau perjanjian beertulis dan selok-eloknya bertulis.

Syarat-syarat sighah:Setiap ahli (rakan kongsi) hendaklah memberikan keizinan atau kebenaran kepada rakan kongsinya lain mentadbirkan hartanya untuk modal perniagaan syarikat itu.

Page 20: Syariah, as-Syarikat

SEBAB-SEBAB TERFASAKH AKAD SYARIKAT

Akad syarikat boleh terfasakh (terbubar) kesemuanya jika syarikat tersebut terdiri daripada dua orang ahlinya. Jika syarikat tersebut ahlinya lebih daripada dua orang, syarikat tersebut akan kekal menjadi milik mereka yang tidak membubarkannya. Sebab-sebab terfasakh akad syarikat ialah: Syarikat terfasakh oleh sebab salah seorang daripada rakan kongsi, sama ada ia menarik modalnya (sahamnya) atau ia memecat rakan kongsinya. Berlaku kematian salah seorang atau semuanya daripada rakan kongsi. Salah seorang rakan kongsi menjadi gila yang berterusan.

Page 21: Syariah, as-Syarikat

KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN SYARIKAT

Pembahagian keuntungan atau risiko kerugian adalah mengikut nisab modal setiap ahli syarikat, kerana keuntungan adalah hasil daripada perlaburan modal. Begitu juga kerugian adalah kerugian daripada modal. Adalah tidak sah meletakkan syarat supaya salah seorang rakan kongsinya menerima keuntungan yang lebih daripada nisbah modalnya. Begitu juga tidak sah meletakkan salah seorang rakan kongsinya menerima kerugian yang lebih atau kurang daripada modalnya.

Page 22: Syariah, as-Syarikat

*Gharar-risiko/tidak pasti*Syubhat-ragu-ragu

TERIMA KASIH…….