cmp 2011-t5 pengurusan kokurikulum sekolah

60
PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

Upload: khairul-nisa

Post on 07-Nov-2015

169 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

g

TRANSCRIPT

  • PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

  • JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAHPengetua/Guru BesarGPK KokurikulumSetiausaha KokurikulumPenyelarasPasukanPakaian SeragamPenyelarasKelab /PersatuanPenyelarasKelab Sukan/PermainanSetiausaha SukanGuruPenasihatGuruPenasihatGuruPenasihatGuruRumah SukanGuruPasukan SekolahPengerusi Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/ Permainan, Ketua Rumah Sukan Dan Kapten Pasukan Sekolah (Murid-Murid) JBPS (Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah)

  • Skema Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah.Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. {Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 bertarikh 2hb. Januari 1985}Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan kokurikulum sekolah dan menghebahkannya kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. (Visi dan misi sekolah dalam bidang kokurikulum ditetapkan dalam mesyuarat bersama di antara Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah dengan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah).Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan Kokurikulum yang terdiri daripada guru-guru penasihat persatuan/kelab, pasukan pakaian seragam, dan sukan/permainan.Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya untuk merumuskan dasar dan pendekatan serta kaedah baru pelaksanaan.Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar dan pendekatan serta kaedah baru pelaksanaan kokurikulum yang telah dirumuskan.

  • Menyediakan keperluan asas pentadbiran (termasuklah fail; dokumen-dokumen rujukan berkaitan prosedur, undang-undang atau peraturan dan tatacara pelaksanaan; kurikulum kegiatan; borang-borang penilaian dan sijil-sijil).Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-kemudahan asas.Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan, seperti sumber tenaga dan kepakaran, kesesuaian persekitaran, sumber bantuan atau kewangan dan kecendorongan pelajar.Memperolehi dan mengemaskini inventori ,bekalan pejabat, dan harta modal bidang kokurikulum.Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah.Menubuhkan persatuan/kelab/badan beruniform dan melantik guru-guru penasihat. {Rujuk Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Hb. Mei 1998 Jil. 42/No. 11 : PU (A) 196}Menyediakan kurikulum kegiatan setiap persatuan/kelab.Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepadas guru-guru.

  • Menyelaraskan kegiatan atau aktiviti persatuan/kelab/badan beruniform berdasarkan objektif/matlamat setiap persatuan/kelab/badan beruniform berkenaan, rangka perancangan kokurikulum sekolah, dan jadual aktiviti kokurikulum peringkat daerah dan negeri. Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokurikulum.Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan oleh setiap persatuan/kelab, badan beruniform dan persatuan/kelab sukan dan permainan.Melaksanakan Skema Penilian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap pelajar.Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan.Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antara bangsa.Menyediakan laporan Tahunan Kokurikulum.(Lampiran Laporan)

  • Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum Menyediakan ruang, peluang, kesempatan, dan kemudahan pembelajaran yang menarik, menyeronokkan, dan merentasi kurikulum, bagi membantu murid/pelajar mengikuti, melalui, dan mengalami alam persekolahan dalam keadaan selesa, selamat, dan sejahtera dengan pewujudan iklim, budaya, dan persekitaran sekolah yang kondusif, ceria dan bersih;

    Merancang, menganjur, dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti bagi tujuan mempelbagaikan pengalaman pembelajaran dan persekolahan murid/pelajar dalam usaha untuk melengkapkan dan memantapkan lagi pelaksanaan program akademik dan menjadikannya lebih berkaitan dan relevan dengan alam dan kehidupan di luar sekolah.

    Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi kepada pemerolehan dan peningkatan ilmu dan kemahiran baru, dan pemupukan sikap positif dan nilai-nilai murni kemanusiaan dan keinsanan demi meningkatkan kualiti sahsiah, disiplin, ketahanan diri, daya saing, dan kesejahteraan diri murid/pelajar dan masyarakat.

  • Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi secara sedar kepada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah bagi kesejahteraan masyarakat, bangsa, dan negara.

    Menyediakan peluang, ruang, dan kemudahan yang mencukupi dengan mempelbagaikan program dan aktiviti kokurikulum bagi membolehkan penyertaan murid/pelajar secara beramai-ramai; penyertaan seramai mungkin murid-murid terpilih; dan peragaan murid kepada khalayak yang lebih ramai dan terbuka.

    Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan kepemimpinan dalam setiap bidang kokurikulum supaya murid/pelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing dalam bidang-bidang yang mereka sertai, dan berpeluang mengatasi atau mempertingkatkannya secara berterusan.

    Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang, dianjur, dan dikelolakan memberi peluang dan kesempatan kepada murid/pelajar mengembangkan minat, bakat kreatif dan inovatif masing-masing; dan menatarkan idea, pendapat, buah fikiran, ilham, dan cita rasa secara berhemah dan bijaksana melalui pelbagai genre dan budaya warisan bangsa.

  • Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar-pelajar memperagakan kepada khalayak bakat dan kebolehan masing-masing dalam bidang-bidang yang mereka minati.Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang, dianjur dan dikelolakan.Seberapa boleh mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, dan institusi-institusi pengajina tinggi, untuk memperluas, mempelbagai, dan mempertingkatkan penglibatan murid/pelajar dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum.Mewujudkan peluang kepada pelajar-pelajar mempertingkatkan daya saing dan daya tahan masing-masing, di samping memperteguh semangat kesukarelawanan dan kekendirian.Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan kokurikulum yang dianjur dan dikelolakan.

  • JENIS AKTIVITI KOKURIKULUM PASUKAN PAKAIAN SERAGAMKelab JudoKelab KarateKelab TaekwondoPasukan Kadet Bersatu Malaysia(Darat, Laut dan Udara)Pasukan Kadet Bomba dan PenyelamatPasukan Kadet Majlis Keselamatan JalanrayaPasukan Kadet Pertahanan Awam (JPA 3)Pasukan Kadet PolisPasukan Kadet Remaja SekolahPasukan Pancaragam/Okestera SekolahPergerakan Briged Putera/Briged PuteriPergerakan Pandu PuteriPergerakan PengakapPergerakan Puteri IslamPersatuan Bulan Sabit Merah Persatuan Silat SeniPersatuan SilambamPersatuan St.John Ambulans MalaysiaPersatuan Wushu dan lain-lain.

  • PERSATUAN / KELABPersatuan AkademikPersatuan Agama Islam Persatuan Bahasa Persatuan Drama dan KesusasteraanPersatuan Ekonomi RumahtanggaPersatuan Geografi / SejarahPersatuan KebudayaanPersatuan Kemahiran HidupPersatuan Perdagangan Persatuan Persuratan & BahasPersatuan Sains & MatematikPersatuan Sains Kemasyarakatan Persatuan Tingkatan Enam dan lain-lain

  • Kelab Hobi dan Rekreasi

    Kelab Alat Pandang DengarKelab AstronomiKelab Bina BadanKelab Binaan / BangunanKelab ElektronikKelab EquestrianKelab KebajikanKelab Keceriaan SekolahKelab KembaraKelab Koir SekolahKelab KomputerKelab Koperasi Kelab MemancingKelab MenaipKelab Motor MekanikKelab Muzik dan Seni SuaraKelab PelanconganKelab Pembimbing Rakan SebayaKelab Pencinta AlamKelab PenggunaKelab Permainan TradisionalKelab Perpustakaan / Pusat SumberKelab RekreasiKelab Seni FotoKelab Seni Tampak/HalusKelab Seni TariKelab Pandu ArahKelab Wayang Gambar.Kelab Pencegahan JenayahKelab Rukun NegaraKelab Pelancongan dan lain-lain.

  • KELAB PERMAINAN Kelab BadmintonKelab Bola BalingKelab Bola JaringKelab Bola KeranjangKelab Bola SepakKelab Bola TamparKelab BowlingKelab Bowling PadangKelab CaturKelab DartKelab Gasing PangkahKelab GimnastikKelab GimramaKelab GolfKelab HokiKelab KarumKelab KriketKelab Ping PongKelab RagbiKelab Sepak TakrawKelab SofbolKelab SquasyKelab PetanqueKelab Tenis dan lain-lain.

  • KELAB SUKAN Olahraga:Kelab BerbasikalKelab OlahragaKelab MemanahKelab Merentas desaKelab Motor / Go KartKelab Senamrobik dan lain-lain.Sukan Air :Kelab Berkeno / KayakKelab Luncur AirKelab Perahu LayarKelab Perahu NagaKelab Polo AirKelab RenangKelab Rowing (Berdayung)Kelab SkubaKelab Skuter AirKelab SnorkelingKelab Terjun dan lain-lain

  • FUNGSI AKTIVITI KOKURIKULUM Pengukuhan dan Pengayaan Khidmat MasyarakatHobi dan Rekreasi KerjayaPerkembangan Diri Individu

  • Pengukuhan dan Pengayaan

    Perkhemahan: Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid menggunakan pengetahuan membaca peta (geografi), di samping dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada murid tentang cara hidup berdikari, semangat kembara, berani dan berikhtiar.

    Kawat Kaki: Aktiviti ini dapat mengujudkan disiplin dalam pasukan, semangat berkerjasama, menurut perintah serta melatih kepimpinan.

    Bola Sepak: Aktiviti ini dapat menimbulkan semangat berpasukan, persefahaman, bekerjasama, ketabahan, ketangkasan, berdisiplin, ketahanan diri dan ketepatan membuat keputusan. Ia memberi peluang kepada murid-murid memperkukuhkan dan memperkayakan pendidikan jasmani, nilai agama dan moral, sivik dan lain-lain.

  • Khidmat Masyarakat Sumbangan Sekolah Kepada Masyarakat: Sekolah dapat menggunakan aktiviti kokurikulum sebagai satu sumber bagi murid-murid mempraktikkan dan mengukuhkan segala pengetahuan yang diperoleh kepada masyarakat. Contohnya, melalui aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah, murid dapat pendedahan serba sedikit ilmu kesihatan dan cara-cara rawatan asas kepada masyarakat setempat. Di samping itu, banyak lagi aktiviti khidmat masyarakat yang dapat menimbulkan suasana hubungan dua hala seperti bergotong-royong, membersihkan masjid/surau, kawasan perumahan/bandar, mengadakan minggu kerja, ceramah, bimbingan dan latihan tertentu.

  • Hobi dan RekreasiDengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental.Aktiviti ini juga dapat memberi keseronokan kepada murid. Antara contoh aktiviti ialah membaca, bersukan, berternak, berkebun, menanam bunga, menghias/menggubah, menyanyi, bermain alat-alat muzik, menulis sajak/ cerpen/syair/rencana, melukis kartun, mengumpul setem/daun-daun kayu/ keratan akhbar, membuat model, mengukir, memancing.Kerjaya Aktiviti kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada murid. Ia juga dapat membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya murid. Pengetahuan dan kemahiran ini sangat berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak. Aktiviti ini boleh dijalankan secara kumpulan atau individu dan tidak hanya terbatas kepada kemudahan dan peralatan atau kepakaran yang ada di sekolah itu sahaja. Sekolah yang mempunyai masalah ini bolehlah berusaha mendapatkannya daripada sekolah lain atau masyarakat setempat.

  • Perkembangan Diri Individu Semua aktiviti kokurikulum dapat memberi peluang kepada murid melatih diri sendiri untuk kesihatan diri, berdisiplin, memupuk minat dan bakat serta membina semangat untuk menghayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan.Kesihatan Aktiviti kokurikulum dapat digunakan untuk melatih murid membiasakan jagaan kebersihan diri, antaranya melalui aktiviti berikut: Pasukan Pakaian Seragam yang mementingkan pakaian dan perawakan yang kemas dan teratur; Pertolongan cemas yang mementingkan kebersihan dan langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kemalangan: Latihan sukan yang mementingkan kesihatan: Kerja-kerja amal dan ibadah.Peningkatan Disiplin Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan dan memperkukuhkan disiplin murid ke arah pembinaan sahsiah yang bersepadu.

  • Ciri-Ciri Pelajar/Murid Yang Dihasratkan Melalui Aktiviti Kokurikulum Celik huruf dan menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.Menguasai kemahiran dan kaedah asas belajar.Menyedari dan memahami kepentingan dan faedah pengetahuan dan kemahiran bagi diri sendiri.Mengetahui dan mengamalkan pelbagai kaedah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran.Menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi mengurus hal-hal berkenaan kehidupannya.Mampu dan berkebolehan menyelesai masalah dan membuat keputusan dengan bijaksana.Berusaha mencari dan memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran baru.Memikir dan menemukan ilmu pengetahuan, kemahiran, pendekatan dan teknologi baru.

  • Bersungguh-sungguh mencari dan mencintai ilmu untuk mengetahui rahsia dan nikmat kehidupan yang diberikan Tuhan.Menjadikan ilmu pengetahuan sebagai pembimbing kehidupan.Terus belajar dan meningkatkan pengetahuannya.Senantiasa bersiap sedia untuk belajar.Suka dan gembira belajar.Sihat tubuh badannya dan terhindar daripada bahaya.Senantiasa hadir sekolah dan berada dalam sistem pendidikan.Menghayati dan mengamalkan gaya hidup sihat.Berbudi pekerti mulia dan menghayati nilai-nilai murni terpuji.Menjaga dan mengurus kebajikan, keselamatan dan kebersihan serta kesihatan diri.Mendapat layanan dan perhatian yang cukup dan saksama semasa mengikuti pelajaran.Menerima sokongan dan kemudahan yang mencukupi untuk belajar.

  • Maju dan menunjukkan perubahan yang lebih baik bagi setiap tingkat pelajaran dari semasa ke semasa.Mendapat peluang dan cabaran bari bagi menyuburkan pembelajaran dan kebajikan diri.Mendapat peluang dan cabaran baru mengembangkan bakat dan potensi.Berpeluang mengembangkan keintelektualan masing-masing.Mengetahui bakat dan potensi diri dan berusaha membangunkannya.Suka berbakti kepada rakan, keluarga, sekolah dan masyarakat.Suka mencipta dan berkarya.Berani bersaing dan bertanding.Berani merebut, meneroka, dan mencipta peluang.Rajin dan bijaksana membuat penyelidikan dan meneroka dapatan-dapatan baru.Menguasai teknologi pembelajaran terkini.

  • Mampu memimpin diri sendiri dan rakan-rakan.Mampu mengemukakan idea-idea yang kritis, analitis dan kreatis secara berhemah dan spontan di hadapan khalayak.Mampu berkomunikasi secara berhemah, bijaksana dan berkesan.Mampu melahir dan meluahkan perasaan secara berhemah, bijaksana dan berkesan.Mampu berdikari dan menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan sekolah, dan masyarakat.Berketrampilan dalam pelbagai bidang.Mencintai alam sekitar.Mempunyai dan merealisasikan sifat penyayang.Mencintai bangsa dan negara.Bersyukur, bertawakal, beriman dan bertakwa.Melahirkan insan yang Cemerlang,Gemilang dan Terbilang(CGT).

  • PERANCANGAN STRATEGIK

    Pendahuluan : Perancangan Strategik merupakan satu perancangan jangka panjang yang boleh diubah suai dan dinilai dalam tahun yang berkenaan. Terdapat beberapa langkah dalam menghasilkan perancangan ini.A. Cadangan Visi : merupakan pernyataan cita-cita / harapan / impian / arah tuju sesebuah sekolah dan perlu mempunyai tahun sasaran untuk mencapainya.B. Cadangan Misi : Untuk mencapai visi (cita-cita) apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mencapainya. Misi mesti mempunyai 6 elemen penting iaitu,Pernyataan KurikulumPernyataan KokurikulumPernyataan Hal Ehwal MuridPernyataan Pengurusan SekolahPernyataan Persekitaran SekolahPernyataan Hubungan dengan Masyarakat

  • C. Matlamat Strategik Matlamat strategik merujuk kepada tujuan dalam jangka masa panjang dan akan diperincikan mengikut sub unit masing-masing di sekolah. Antara yang akan mengubal matlamat ini seperti Pen. Kanan Kurikulum, Pen. Kanan HEM, Pen. Kanan (Kokurikulum), Guru-guru Kanan, Ketua-ketua Panitia, S/U Peperiksaan, Ketua unit-unit HEM dan Kokurikulum serta Penyelaras Pusat Sumber.Matlamat Strategik setiap unit berbeza mengikut pernyataan didalam cadangan misi. Setiap matlamat strategik perlu diperincikan kepada beberapa pembahagian.D. Objektif KhususObjektif khusus merujuk kepada objektif yang ingin dicapai dalam jangka masa satu tahun. Senaraikan objektif ini kepada beberapa bahagian mengikut keutamaan.

  • E. Pelan Tindakan Pelan Tindakan merupakan satu rancangan bertindak yang akan menjalankan program-program yang dirancang. Untuk memudahkanpemahaman pelan ini dibuat dalam bentuk jadual yang mempunyai 8 item. Kertas Projek (berdasarkan huraian aktiviti )perlu dibuat sekiranya aktiviti yang hendak dijalankan memerlukan pengibatan ramai guru & kos yang tinggi.Contoh Jadual Pelan Tindakan

    BilHuraian AktivitiPegawai BertanggungjawabAnggaran KosTarikhJangkaan Tarikh LaksanaPetunjuk KejayaanCatatan

  • F. Penilaian Penilaian sesuatu aktiviti/ program boleh dibuat sama ada selepas selesai sesuatu aktiviti (post mortem) atau selepas 1 tahun kemudiannya.

    Terdapat beberapa kaedah untuk membuat penilaian seperti:Rajah Tulang IkanPenandarasan (benchmarking)Sumbangsaran (brainstorming)Carta dan GrafCarta Gant

  • CONTOH SMK SG ACHEHVisi SekolahSekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh Mencapai Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan 2010.Misi SekolahUntuk menjadi Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan, warga sekolah akan berusaha :Kurikulum sentiasa cemerlangSemua pelajar aktif dalam kokurikulum Menerap nilai murni pada semua pelajar.Mengurus dan mentadbir dengan telus dan tulus.Mewujudkan persekitaran yang kondusifMenjalin hubungan mesra dengan ibu bapa dan komuniti.

  • Matlamat Strategik Misi Kedua : Semua pelajar aktif dalam kokurikulumA) Memastikan guru-guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu permainan, kelab dan unit beruniform.B)Memastikan setiap unit beruniform, persatuan dan kelab mempunyai sukatan dan perancangan tahunan dan memantau aktiviti mereka sepanjang tahun.C)Menggalakkan penyertaan para pelajar dalam aktiviti sukan permainan, kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

    D. Objektif Khusus :Pada akhir Januari 2005 semua unit beruniform, kelab/persatuan dan sukan permainan mempunyai pelan tindakan/perancangan untuk aktiviti sepanjang tahun.Pada akhir Mac 2005 sukan olahraga peringkat sekolah telah pun selesai diadakan.Pada bulan April dan Jun perkembangan staf untuk guru dapat dilaksanakan khususnya sukan permainan.Pada akhir Jun 2005 Karnival Kokurikulum telah selesai dijalankan.Pasukan bola sepak, bola jaring dan bola baling sekolah menjadi johan di peringkat zon Nibong Tebal pada tahun 2005Pada akhir bulan September 2005, aktiviti unit beruniform dan Kursus Kepimpinan Unit Beruniform selesai dijalankan.

  • Pelan Tindakan A : Perancangan Strategik Kokurikulum dan Pelan Tindakan MISI (A)Matlamat Strategik : Memastikan guru-guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu permainan, kelab dan unit beruniform.Objektif khusus : Pada bulan April dan Jun perkembangan staf untuk guru dapat dilaksanakan khususnya sukan permainan

  • PELAN TINDAKAN KOKURIKULUM MISI (A)

    Bil.HuraianAktivitiPegawaiBertanggungjawabAnggaran KosTarikh JangkaanTarikhLaksanaPetunjuk KejayaanCatatan1.Mesyuarat Induk Jawatankuasa Kokurikulum SekolahPen. Kanan Kokurikulum dan ahli-ahli Jawatankuasa Kokurikulum-AprilPenguasaan guru dalam sesuatu permainan2.Klinik Bola TamparSetiausaha SukanEn. Roslan RM 300.00(tajaan)9/4/05Terbentuk satu pasukan bola tampar sekolah3.Klinik Bola BalingSetiausaha SukanPn. Salmah SaadRM 300.00(tajaan)25/6/05Pencapaian Pasukan Bola Baling Tempat 1 Zon N. Tebal.

  • Pelan Tindakan B :Perancangan Strategik Kokurikulum dan Pelan Tindakan MISI (B)Matlamat Strategik : Memastikan setiap unit beruniform, persatuan dan kelab mempunyai sukatan dan perancangan tahunan dan memantau aktiviti mereka.Objektif Khusus : Pada akhir Januari 2005 semua unit-unit beruniform, persatuan dan kelab telah mempunyai perancangan aktiviti untuk dijalankan pada tahun 2005.

  • PELAN TINDAKAN KOKURIKULUM MISI (B)

    Bil.HuraianAktivitiPegawai BertanggungjawabAnggaranKosTarikhJangkaanTarikhLaksanaPetunjuk KejayaanCatatan1.Mesyuarat Perancangan Aktiviti TahunanPen. Kanan Kokurikulum dan J/K Kokurikulum-November 2004Aktiviti semua unit berjalan lancar2.Pemantauan Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum & Pertandingan Papan Kenyataan KokurikulumPen. Kanan Kokurikulum dan J/K KokurikulumSepanjang TahunBuku dihantar pada masa yang ditetapkan3.Pertandingan Papan Kenyataan Pen. Kanan Kokurikulum dan J/K KokurikulumRM 100.00OgosPapan Kenyataan Terkini dan ceria4.Pemilihan Unit-unit Kokurikulum terbaik berdasarkan perancangan dan pelaksanaan programPen. Kanan Kokurikulum dan J/K KokurikulumRM 100.00OgosPenglibatan dan Pencapaian di peringkat daerah dan negeri

  • Pelan Tindakan C :Perancangan Strategik Kokurikulum dan Pelan Tindakan MISI ( C ) Matlamat Strategik : Menggalakan penyertaan para pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah,zon. Negeri dan kebangsaan. Objektif Khusus : Pada akhir bulan Jun 2005 Karnival Kokurikulum telah selesai dijalankan dengan penglibatkan semua pelajar

  • PELAN TINDAKAN KOKURIKULUM MISI (C)

    Bil.HuraianAktivitiPegawaiBertanggungjawabAnggaran KosTarikh JangkaanTarikhLaksanaPetunjuk KejayaanCatatan1.Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum SekolahPen. Kanan Kokurikulum dan AJK Induk J/K Kokurikulum-26/5/05Keputusan bersama dapat diputuskan2.Mesyuarat Khas GuruPen. Kanan Kokurikulum dan AJK Induk J/K Kokurikulum16/6/05Guru-guru jelas tugasan mereka3.Hari KarnivalKokurikulumSemua GuruRM 3,000.0023/6/05Penglibatan semua guru dan pelajarHari Persekolahan

  • Pelan Tindakan PERMAINANPerancangan Strategik Kokurikulum dan Pelan Tindakan PermainanMatlamat Strategik : Menggalakkan penyertaan para pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan.Objektif khusus : Pasukan bola sepak, bola jaring dan bola baling sekolah menjadi Johan di peringkat Zon Nibong Tebal.

  • PELAN TINDAKAN PERMAINAN

    Bil.HuraianAktivitiPegawaiBertanggungjawabAnggaran KosTarikh JangkaanTarikhLaksanaPetunjuk KejayaanCatatan1.Sesi Pemilihan Pemain En. Abd. RaniCik RohayaPn. SalmahEn. Abd. Hadi-Januari Pasukan sekolah menang perlawanan persahabatan2.Pertandingan Sukan DalamanEn. Abd. RaniCik RohayaPn. SalmahEn. Abd. HadiRM 500.00Februari Dapat mengenalpasti pemain berbakat2.Latihan KecergasanEn. Abd. RaniCik RohayaPn. SalmahEn. Abd. HadiRM 100.00Februari3.Latihan IntensifEn. Abd. RaniCik RohayaPn. SalmahEn. Abd. HadiRM 100.00Februari4.Perlawanan PersahabatanEn. Abd. RaniCik RohayaPn. SalmahEn. Abd. HadiRM 500.00MacPasukan sekolah menang perlawanan persahabatan5.Kejohanan Peringkat Zon MSSPPEn. Abd. RaniCik RohayaPn. SalmahEn. Abd. HadiRM 2500.00Mac hingga AprilJohan Zon

  • Pelan Tindakan Pasukan BeruniformPerancangan Strategik Kokurikulum dan Pelan Tindakan Pasukan BeruniformMatlamat Strategik : Menggalakkan penyertaan para pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan.Objektif Khusus : Aktiviti Unit Beruniform Lebih Mencabar dan Membentuk Sahsiah Pelajar yang Bertanggungjawab dan Bekerjasama

  • PELAN TINDAKAN PASUKAN BERUNIFORM

    Bil.HuraianAktivitiPegawai BertanggungjawabAnggaran KosTarikh JangkaanTarikhLaksanaPetunjuk KejayaanCatatan1.Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum SekolahPen. Kanan Kokurikulum dan AJK Induk J/K Kokurikulum -26/5/05Keputusan bersama dapat diputuskan2.Mesyuarat Khas GuruPen. Kanan Kokurikulum dan AJK Induk J/K Kokurikulum -16/6/05Guru-guru jelas tugasan mereka3.Perkhemahan Unit Beruniform sempena Karnival KokurikulumPen. Kanan Kokurikulum dan Semua Guru Pembimbing Unit BeruniformRM 1,000.0022/6/05 hingga23/6/05Semua unit beruniform menghantar wakil merekaDiadakan pertandinganAntara unit beruniform4.Cabaran Pulau JerejakPen. Kanan Kokurikulum, Penyelaras Kokurikulum dan Guru PembimbingRM1,000.00 30/7/05Semua unit beruniform menghantar wakil merekaProgram satu hari5.Kursus Kepimpinan UnitBeruniformPen. Kanan Kokurikulum, Penyelaras Kokurikulum dan Guru PembimbingRM 2,000.009/9/05hingga11/9/05Semua unit beruniform menghantar wakil merekaBerkhemah di Pusat Kokurikulum B. Mertajam

  • Surat Pekeliling PentingSurat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah- 3.4 Jenis Gerakerja Kokurikulum3.4.1 Pasukan Pakaian Seragam; seperti Pasukan Anak Serigala, Pasukan Pengakap, Kadet Polis.- Hingga Kini Pasukan Badan Beruniform yang telah diperkenalkan ialah seperti:1.Pasukan Kadet Pertahanan Awam2.Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat3.Kor Kadet Polis4.Pasukan Kadet Remaja Sekolah5.Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah6.Persekutuan Pengakap Malaysia

  • 7.Pergerakan Puteri Islam Malaysia8.Persatuan Pandu Puteri9.St John Ambulans10.Bulan Sabit Merah Malaysia11.Pasukan Kadet Bersatu (Darat)12.Pasukan Kadet Bersatu (Udara)13.Pasukan Kadet Bersatu (Laut)14.Pasukan Kadet Koreksional15.Pasukan Pancaragam Sekolah16.Pasukan Pencak Silat17.Pasukan Silambam18.Pasukan Tanduri Payat19.Pasukan Taekwondo20.Pasukan Wu Shu

  • 3.4.2Kelab/Persatuan; seperti Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan Geografi/Sejarah, Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Komputer.

    3.4.3Sukan (Olahraga dan Permainan)

    5.1Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya sat gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.

    5.2Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah.

  • 5.3Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat, bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah, gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.

    7. Pengecualian:

    7.1Kes-kes perubatan pelajar-pelajar yang disahkan oleh doktor seperti mengidap sakit jantung, lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan diri jika mereka mengambil bahagian.

    7.2Kecacatan anggota tubuh yang boleh membahayakan diri. Sekiranya kecacatan itu tidak membahayakan pelajar tersebut digalakkan mengambil bahagian.

    7.3Untuk pelajar yang mengikuti kelas agama pagi/petang, penyesuaian jadual kegiatan hendaklah dilaksanakan.

  • 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1985 Penubuhan Jawatankuasa Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat.4.2.1- Penglibatan Ibubapa dan Masyarakati. Aktiviti Sukan (Olahraga dan Permainan)ii.Hari Penyampaian Hadiah/Hari Terbuka/ Hari Guru/ Majlis Keraian.iii.Sumbangan meterial dan tenaga terhadap bahan-bahan pengajaran, Kemudahan gerakerja Kokurikulum dan Kebajikan Murid. 4.2.2- Penglibatan Agensi-Agensi Kerajaan dan Pihak Swasta.5.2.3 - Membawa kepakaran masyarakat kepada pelajar- pelajar semasa gerakerja kokurikulum.

  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1985 Rancangan Mencantik dan Mengindahkan Sekolah dan kawasannya (Landscaping) 4. Untuk tujuan ini, pihak sekolah boleh mengenalpasti dan mengadakan pelbagai usaha mencantik dan mengindahkan sekolah dan kawasannya seperti:-4.1menanam pokok bunga dan pokok yang rendah. 4.2membina taman sains, rock garden, taman botani dan kolam ikan.4.3mengadakan kawasan camping, kawasan permainan4.4melukis mural di dinding bangunan dan arca di tempat tertentu4.5menghias kawasan jalam n masuk sekolah4.6menyediakan bangku-bangku rehat4.7memelihara dindaing dan bangunan sekolah4.8dan lain-lain.

  • 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986 Rekod Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum (Ulangan Surat Edaran KP(BS/HEP) 8586/083 Jld. IV / (80) bth. 3 Januari 2006.1. Ketetapan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 November 2003 berhubung pemantapan Pengurusan Kokurikulum KPM. Jemaah Menteri bersetuju supaya merit 10% dari markah keseluruhan diperuntukan kepada prestasi penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum untuk penilaian pemilihan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Garis panduan disediakan.2. Sekolah diminta supaya melaksanakan urusan merekod prestasi murid dalam kegiatan kokurikulum secara sistematik dan teliti.3.Dasar ini dilaksanakan bagi pemilihan calon-calon ke IPTA mulai tahun 2006.

  • 5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2000 Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di Dalam dan di Luar Kawasan Sekolah.4.2Guru Kokurikulum dan Sukan 4.2.1Guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan murid dalam aktiviti kokurikulum dan sukan. 4.2.2 Memastikan semua alat sukan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.

  • 4.3Murid4.3.1Setiap murid perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga dan Pengetua/Guru Besar untuk mengambil bahagian dalam sukan dan aktiviti kokurikulum di luar sekolah.4.3.2Keselamatan dan kebajikan murid perlu diberi keutamaan seperti makanan dan minuman dan lain-lain.4.3.3Kesihatan murid perlu diberi perhatian dan diambil kira.4.3.4Murid yang berpenyakit kronik tidak boleh dipaksa mengambil bahagian.4.3.5Bagi semua aktiviti lasak,murid dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu.4.3.6Guru hendaklah mengiringi murid dalam semua aktiviti. Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru perempuan mesti ada bersama.4.3.7Murid yang cedera, semput atau lelah ( asthma) tidak dibenarkan mengambil bahagian.

  • 4.4Sekolah diwajibkan mengadakan skim perlindungan diri untuk semua murid yang merangkumi perkara berikut:-a) kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.b) kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik bersukan.c) kemalangan semasa menyertai sukan dan kokurikulum.d) kemalangan yang disebabkan peralatan sukan yang masih dalam warranty.4.9.1Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempat lapang semasa cuaca buruk dan adanya kilat, atau petir.4.9.2Tidak dibenarkan mengadakan aktiviti sukan semasa hujan dan ribut petir sama ada di padang atau kolam renang.4.9.3Berhenti kegiatan sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana nak hujan.

    4.12Guru pengiring mestilah membuat Laporan Bertulis kepada pihak sekolah mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertai.

  • 6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 17/2000 Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah.

    2.Sehubungan dengan itu semua Sekolah Menengah diminta menubuhkan Kelab Rukun Negara mulai tahun 2001.Antara kegiatannya:-2.1 Menjalin kerjasama dengan agensi tertentu seperti JPNIN, Sektor Rukun Tetangga, komuniti setempat, Aktiviti berfokus kepada peningkatan perpaduan dan integriti di kalangan pelajar yang berbilang kaum.2.2 Menggalakkan sekolah satu kaum bergabung dengan sekolah lain.2.3 Pelbagaikan aktiviti menjurus kepada penghayatan semua prinsip Rukun Negara.

    3. Sekolah Rendah juga adalah digalakkan berbuat demikian.

  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2006 Panduan Perbelanjaan Peruntukan Kokurikulum Sekolah

    2.Peruntukan ini ditukar daripada Peruntukan Kokurikulum/Motivasi/Sukan kepada Peruntukan Kokurikulum.3.Kadar baru peruntukan seperti berikut:-3.1 Sekolah Rendahi) 151 murid ke atas RM 10.00/seorangii) 101 150 murid RM 1,500/sekolahiii) 51 100 murid RM 1,000/sekolahiv) 1 50 muridRM 500/sekolah

    3.2 Sekolah Menengah RM 12.00/seorang

  • 4.1Kegiatan KokurikulumKegiatan yang dirancang dan dilaksanakan hendaklah dianjurkan oleh pihak sekolah dan peringkat seterusnya yang diiktiraf oleh Bahagian Sekolah KPM.

    4.2.1Pembiayaan adalah meliputi urusan makan, penginapan, sewaan, perjalanan, salinan dokumen dan cetakan bahan-bahan edaran.4.2.2Pembelian peralatan untuk aktiviti kokurikulum seperti aktiviti Pasukan Unit Beruniform, aktiviti kelab/persatuan serta aktiviti kelab sukan/permainan.

  • 4.3Jenis Kegiatani) kegiatan kokurikulumii) Kegiatan Sokongan Pembentukan, Pemupukan dan Pembangunan Sahsiah Murid.

    (Nisbah perbelanjaan ialah 4 : 1 ( 4 kokurikulum dan 1 sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah)

    (Setiap peruntukan mesti dihabiskan pada tahun semasa).

  • Kegiatan Kokurikulum meliputi kegiatan PBB,K/P dan Kelab Sukan yang bercorak untuk semua dan bukan untuk membiayai pengurusan, aktiviti untuk kecemerlangan, sukan tahunan dan aktiviti merentas desa.Antara kegiatan yang boleh dianjurkan termasuk perkhemahan,seminar,kursus bengkel dan pertandingan.Contoh kegiatan ialah seperti perkhemahan tahunan, pertandingan kawad kaki, kursus kenaikan pangkat, pertandingan bola sepak antara kelas/rumah sukan, kursus pengadilan bola sepak dan lawatan sekolah.

    Kegiatan Sokongan Pembentukan, Pemupukan dan Pembangunan Sahsiah Murid seperti perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan. Contoh: Kursus pemimpin kelab/persatuan, perkhemahan dan seminar kepimpinan murid dan kolokium kecemerlangan pengurusan organisasi tidak termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan akademik.

  • 7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2007 Peruntukan Waktu Untuk Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah.2. Subperaturan 3(3) Kurikulum Kebangsaan, dalam Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, telah dinyatakan bahawa kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan hendaklah mengandungi2.1penyertaan dalam sukan dan permainan.2.2penyertaan dalam persatuan dan kelab.2.3penyertaan dalam badan beruniform; dan2.4lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri.3.Kegiatan kokurikulum merupakan komponen penting dalam dasar pendidikan kebangsaan dan hendaklah dilaksanakan oleh sekolah.

  • 4. Oleh yang demikian kegiatan kokurikulum hendaklah dirancang dengan teratur dan teliti sepertimana perancangan aktiviti kurikulum.5. Bagi memantapkan pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah peruntukan waktu minimum berikut hendaklah dipatuhi.

    5.1 Sekolah RendahTahun 3 dan Tahun 460 minit seminggu.Tahun 5 dan Tahun 6120 minit seminggu.

    5.2Sekolah MenengahJurusan Teknik dan Vokasional120 minit seminggu.Sekolah Menengah HarianSBP, SMA dan Lain-Lain180 minit seminggu.

  • 8. Surat Pekeliling Ikhtisas 8/2007 Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum.2. KPM telah memutuskan supaya semua sekolah hendaklah melaksanakan pemakaian pakaian kokurikulum setiap minggu pada hari persekolahan dan menganjurkan perhimpunan kokurikulum pada setiap bulan.2.1.1Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Selasa/Rabu setiap minggu pada waktu persekolahan.

    2.1.2Murid hendaklah seboleh-bolehnya memilih untuk memakai pakaian seragam pasukan badan beruniform yang lengkap atau sebahagiannya seperti memakai baju T berkolar yang melambangkan pasukannya.2.1.3Murid juga boleh memilih memakai pakaian seragam kelab/persatuan sama ada dalam bentuk baju layang (seni bela diri) atau baju-T berkolar.2.1.4Jaket, baju layang atau baju-T berkolar hendaklah dicetak dengan nama pasukan atau kelab/persatuan di bahagian belakang dan logo (jika ada) di bahagian hadapan (dada kiri).

  • 2.1.5 Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pemakaian pakaian kokurikulum ini secara terancang dan beransur-ansur supaya tidak menimbulkan bebanan kepada ibu bapa.

    2.2Perhimpunan Bulanan Kokurikulum2.2.1Perhimpunan hendaklah dianjurkan pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan.2.2.2Perhimpunan ini hendaklah dikendalikan oleh murid. Aktiviti lazim seperti ucapan pengetua.guru besar dan guru-guru diambil alaih oleh murid dengan bimbingan dan panduan guru.

  • Surat iaran KPM (bahagian Sekolah) KP (BS HEP) 8586/139 Jld / (31) bth. 13 November 2007- Asas Penggunaan 10% Markah Kokurikulum Sebagai Syarat Kemasukan ke IPTA Sesi 2008 Bagi Calon-Calon SPM dan STPM.

    1. Pentadbir Pengurusan Sekolah (Menengah) diberi tanggungjawab penuh untuk mengira dan menentukan markah kokurikulum calon-calon tersebut sama ada dari segi keesahan dan kebolehpercayaannya.3.Pihak sekolah diminta supaya mengambilkira perkara-perkara berikut:-3.1 Markah kokurikulum hendaklah disediakan sebelum 15 Januari 2008.3.2 Markah kokurikulum calon SPM dan STPM hendaklah dihantar kepada Bahagian Sekolah melalui JPN dan PPD.3.3 Bagi kiraan markah kemasukan ke IPTA sesi 2008 jumlah markah yang dikira adalah himpunan markah (CGPA) bagi tiga tahun terakhir (2005,2006 dan 2007).3.4 Senarai ringkas markah kokurikulum bagi setiap sekolah perlu dihantar bersama.

  • 3.5Pihak sekolah diminta menyediakan Sijil Pencapaian Kokurikulum kepada setiap calon peperiksaan SPM dan STPM bagi memudahkan mereka menunjukkan bukti pencapaian.3.6Penilaian adalah berdasarkan Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah Edisi 2007 yang disediakan oleh Bahagian Sekolah KPM (semua sekolah diwajibkan menggunakan sistem penilaian ini)