ciri murabbi

Upload: alimin-wahid

Post on 05-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

CIRI-CIRI YANG PERLU ADA PADA MURABBIBerikut ini adalah beberapa ciri-ciri yang mesti kita usahakan agar melekat pada diri para murabbi :

PERTAMA : KEFAHAMAN YANG SEMPURNA DAN MENYELURUH.Seorang murabbi mestilah mempunyai kefahaman yang sempurna dan menyeluruh terhadap dasar-dasar keislaman dan segala petunjuk-petunjuknya.Begitu juga ia hendaklah memahami dengan jelas dan tepat terhadap apa yang akan didakwahkannya.Ini adalah kerana seorang murabbi akan mentarbiyah seseorang yang memiliki akal, perasaan dan kefahaman manakala orang tersebut akan merefleksikan apa yang didengar dan diperhatikan dari murabbi tersebut.Maka, apabila seorang murabbi tidak memiliki tingkatan pengetahuan yang memadai dan wawasan pemahaman yang menyeluruh tentang dasar-dasar keislaman, maka perkara itu akan memindahkan sebuah kekurangan wawasan ilmiyah kepada mutarabbinya yang akhirnya akan menimbulkan masalah dalam pembentukan keperibadian muslim mutarabbi itu sendiri.Untuk mendapat suatu kefahaman ynag sempurna dan menyeluruh, para murabbi perlu mempunyai semangat untuk mempelajari ilmu dan mereka mestilah menjadi orang pertama yang mempeloporinya.Manusia kebiasaannya akan tunduk pada orang yang lebih alim dan inilah sunnah kauniyah yang mesti disedari oleh murabbi.Keikhlasan dan kepantasan melakukan amal dalam harakah sahaja tidak mencukupi kerana betapa banyak halaqah yang kemudiannya terpaksa dibubarkan kerana mutarabbi tidak yakin dengan penguasaan syarie murabbinya.Sebaliknya jika seorang murabbi mempunyai semangat untuk mempelajari ilmu, meskipun tidak sampai darjat mumtaz, namun para mutarabbi boleh melihat dan menilai akan perkembangan ilmu murabbinya.Ketika mereka mendapatkan perkara-perkara yang baru, tentulah mereka menyukainya dan ketika mereka menghadapi permasalahan, mereka terus merujuk kepada murabbinya kerana mereka yakin bahwa murabbinya berkebolehan sebagai penyelesai masaalah dalam setiap permasaalahan yang diajukan.Kita mestilah menjadi bahagian dari penyelesaian dan salah satu syaratnya adalah ilmu samada ilmu syarie ataupun sains dan teknologi.Bukankah dakwah yang kita serukan ini sepatutnya laju menuju cita-cita sebagaimana yang diistilahkan oleh Imam Hasan Al-Banna sebagai Ustaziyyatul Alam iaitu pelopor dunia, lalu bagaimana kita merasa cukup dengan ilmu yang minima tanpa menguasai setiap cabang ilmu yang menyangkut urusan dunia dan akhirat?KEDUA : CONTOH TAULADAN YANG WAQIE.Seorang murabbi juga mestilah mampu melahirkan keteladanan dengan amal perbuatannya secara benar serta nampak jelas pada perilakunya seperti :1. Geraknya.2. Diamnya.3. Bicaranya.4. Sifatnya.5. Pandangannya.6. Cara berfikirnya.Kesemua tindakan keteladanan itu adalah pantulan dari pengaruh keimanan dan kefahaman dalam kehidupan murabbi tersebut dalam rangka memberikan pengaruh keteladanan yang baik pada saat kemunculannya di tengah-tengah masyarakat.Seorang murabbi mesti menjadi contoh tauladan yang baik bagi masyarakat, agar ia memiliki pengaruh dalam masyarakat sehingga mereka boleh ditarik dan dibentuk.Ini adalah kerana pengaruh ucapan tidak mampu mendahului pengaruh yang disebabkan oleh perbuatan sementara perbuatan zahir pula mestilah bersesuaian dengan apa yang ada di dalam hatinya.Firman Allah swt :Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian disisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yg tidak kamu kerjakan. (QS Ash-Shaf : 2-3)Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (QS Al Baqarah : 44)Sabda Rasulullah saw :Perumpamaan orang yg mengajarkan kebaikan kepada orang lain dan melupakan dirinya, bagaikan lilin yg menerangi manusia dan membakar dirinya sendiri. (HR Thabrani)Imam Hassan Al-Banna menyifatkan murabbi dengan sebutan Daie Mujahid.Secara lebih jelasnya, beliau menggambarkan bahwadaie mujahidadalah :Peribadi seorang daie yang telah mempersiapkan segala sesuatunya, yang terus menerus berfikir, besar perhatiannya dan siap siaga selalu.Begitulah semestinya seorang murabbi, di mana tercermin iman dan keyakinannya pada perilaku dan amalnya.Berdasarkan penelitian pada perjalanan kehidupan seorang murabbi, bahwa pengaruh mereka terhadap ramai orang lebih banyak berasal dari perilaku dan akhlaknya yang istiqamah di setiap keadaan.Sudah menjadi suatu pemahaman umum bahwa :Logik amal / perbuatan lebih kuat dari logik kata-kata.Begitu juga seorang ulama salafus soleh pernah mengatakan :Barangsiapa yang tidak mendidikmu ketika engkau melihatnya, maka ketahuilah bahwa orang itu juga tidak terdidik.Imam Syafie rahimahullah berkata :Barangsiapa yang menasihati saudaranya dengan amal perbuatannya maka bererti ia telah menunjukinya.Merosakkan keteladanan bererti merobohkan tarbiyah kerana perbuatan kita yang tidak sesuai dengan perkataan yang kita ucapkan.Keteladanan kita boleh menjadi pudar sedikit demi sedikit atau bahkan padam sama sekalitatkala perbuatan kita tidak sesuai dengan perkataan yang kita sampaikan kepada mutarabbi.Contohnya ketika kita mengatakan kepada mereka untuk diam tatkala mendengarkan azan,sementara kita asyik bercakap menggunakan telefon bimbit semasa azan dikumandangkan.Oleh kerana itu keteladanan adalah fokus yang sangat sensitif dan halus terhadap murabbi kerana apa yang nampak pada dirinya jauh lebih besar pengaruhnya dari apa yang diucapkannya.KETIGA : BERPENGALAMAN DALAM MEMAHAMI ASPEK KEJIWAAN.Sesungguhnya lapangan kerja seorang murabbi tidak lain adalah kejiwaan di mana ia bergelut dengannya dan menjadikannya sasaran yang pertama dan terakhir dalam proses tarbiyah.Ini adalah kerana jiwa seseorang tidak sama seperti gigi sikat kerana jiwa setiap orang berbeza antara satu dengan yang lainnya ;1. Ada yang lemah.2. Ada yang kuat.3. Ada yang peka.4. Ada yang terlalu sensitif.5. Ada yang lembut.6. Ada yang keras.7. Ada yang bebal.Oleh kerana itu, seorang murabbi hendaklah menghadapi seseorang itu sesuai dengan kejiwaan orang itu dan berhati-hati dalam berinteraksi dengannya.Janganlah ia bersikap terlalu tegas dan keras kepada orang yang jiwanya halus dan peka, melainkan mesti dihadapi dengan lemah lembut.Sebaliknya orang yang jiwanya keras mesti dihadapi dengan ketegasan jika ia lalai dan menyimpang.Rasulullah saw yang merupakan peribadi murabbi pertama yang berpengalaman dalam ilmu jiwa di mana baginda tidak bergaul dengan para sahabatnya dengan sikap yang sama antara yang satu dan lain.Ini adalah kerana, beliau sangat tahu akan :1. Tabiat manusia.2. Jiwa manusia.Dalam sebuah hadits, diceritakan dari Abdullah bin Masud ra bahwa :Adalah Rasulullah saw pernah beberapa hari lamanya tidak memberikan nasihat dan peringatan kepada kami, kerana beliau takut kami menjadi bosan (HR Bukhari)Berkaitan dengan pengalaman memahami jiwa manusia, banyak contoh-contoh keteladanan yang boleh kita pelajari.Mari kita susuri contoh praktikal dari seorangmurabbi zaman ini,iaitu Imam Hasan Al-Banna :Pada suatu hari berlaku dialog antara beliau dengan salah seorang ikhwah di mana ikhwah tersebut berkata :Sesungguhnya saya ada banyak persoalan dan banyak yang ingin saya adukan kepada kamu, masalah yang saya hadapi ada yang bersifat umum dan ada yang khusus.Maka kata Hasan Al-Banna :Sudahlah, jangan bebani diri kamu dengan masalah itu, serahkan sahaja urusan kamu itu kepada Allah.Tapi, saya ingin kamu tahu, sergah Akh tersebut.Sesungguhnya saya sudah tahu kata Imam Al Banna seraya meyakinkan Akh tersebut.Jadi saya bahagia kalau kamu mahu tahu balas Akh tersebut.Namun, belum sempat saya mulai meluahkan isi hati saya, beliau sudah mendahuluiku dengan rentetan permasaalahan dan keluhan yang dialaminya sendiri, bahkan yang menghairankan apa yang diutarakannya sama dengan apa yang saya rasakan.Setelah beliau selesai berbicara, maka saya pun berkata kepadanya :Ya Ustaz.. demi Allah, sungguh saya rasa sangat bahagia dan saya tidak akan mengeluh lagi, saya mengatakan semua itu sambil terisak dan bercucuran air mata.Dalam melalui perjalanan tarbiyah yang panjang, kadang-kadang akan berlaku kebosanan dan kelemahan jiwa. Di sinilah para murabbi mesti memainkan peranannya untuk mengukuhkan aspek kejiwaan para mutarabbinya.Kalau kita lihat Rasulullah saw, sejak dari awal baginda di utus sebagai Rasul sehingga kemenangan baginda di Madinah, perjalanan baginda penuh dengan usaha-usaha pengukuhan hati para sahabatnya.Ketika hijrah misalnya, baginda mengukuhkan hati Abu Bakar bahwa mereka pasti selamatkerana Allah bersama mereka.Begitu juga ketika berlakunya perang khandak, justeru di saat-saat genting dan menakutkan itu, Rasulullah saw malah memberikan khabar kemenangan dakwah di mana dakwah ini akan menguasai Parsi dan Romawi bahkan terus berkembang hingga ke seluruh dunia.