ciri-ciri pensejarahan cina

15
Ciri-ciri Pensejarahan Cina:

Upload: ahmad-khalilul-hameedy-nordin

Post on 16-Sep-2015

352 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Pensejarahan gaya Cina

TRANSCRIPT

Ciri-ciri Pensejarahan Cina:

Ciri-ciri Pensejarahan Cina:

PENSEJARAHAN CINA

Sejarah = syih. Syih juga bermaksud sejarawan.

Tugas asas = catat markah peraduan memanah.Diperluas zaman Dinasti Chou (1122-256 sm)

Tugas baru = bukan hanya catat markah tapi juga catat hal2 lain dalam pentadbiran.

Perkara dicatat:keagamaan dan peristiadatanhal2 politik dan pentadbiran termasuk rundingan2hal2 perutusan dan pergerakan tentera

Syih juga bertugas menyimpan dan mentafsir surat2 dan kitab2 lama

Bertugas dengan raja atau golongan bangsawan.

Tugas makin jelas masa Dinasti Tang (618-906 M):Menyusun dan menulis semata-mata.Tubuh Jabatan sejarah.

Catat sejarah pada tulang2, kulit kura2, buluh, kain sutera, bahan2 logam dan batu2.- sumber sejarah.

Bersifat RasmiPenulisan sejarah di China sebahagian besar merupakan penulisan yang diarahkan oleh pemerintahan atau yang disahkan oleh pemerintah.

Ia mengandungi kisah2 jatuh bangun sesebuah dinasti.

Penulisan dilakukan oleh SYIH istana terutamanya untuk mewajarkan tindakan2 sesuatu dinasti baru merampas kuasa daripada dinasti sebelumnya.

Shu Ching merupakan kitab yang digunakan sebagai alat pendakyah yang mewajarkan tindakan Dinasti Chou mengambil alih kuasa daripada Dinasti Shang.

Sering catatan sejarah ini menghitam sehitamnya sifat dan pentadbiran pemerintah terakhir sesebuah dinasti itu untuk mewajarkan penarikan kembali mandat daripada Tien (syurga/tuhan) ke atasnya dan mewajarkan mandat itu diberikan kepada Tien Wang yang baru dari dinasti yang baru itu.

Dalam sejarah Cina terdapat 24 sejarah rasmi (cheng-shih) iaitu mengikut 24 dinasti yang pernah memerintah China.

Sejarah rasmi yang terakhir ditulis dalam zamannya ialah Ming-syih (Sejarah Dinasti Ming) diselenggarakan dari 1678-1739 M.

24 buah kitab sejarah rasmi itu adalah seperti berikut:Penulisan dan penyusunan sejarah rasmi ini dilakukan dengan berpandukan chI chu-chu (catatan Gerak laku dan Istirehat) maharaja dan Shih-lu (catatan Sebenar).

Segala tingkahlaku dan pernyataan maharaja dicatat setiap hari sehingga ke hari kematiannya.

Ia merupakan catatan harian, lebih lengkap dan terperinci.Catatan ini tidak dibenarkan sesiapapun membacanya termasuk maharaja sendiri demi menjaga keluhuran pencatatnya.Justeru, tidak hairan ramai pencatat itu lebih rela membunuh diri daripada mengubah atau meminda catatannya kerana desakan pihak2 tertentu.

Pernah diceritakan bahawa seorang panglima bernama Tsui Chu membunuh seorang putera kerajaan Sh I kerana merebut seorang perempuan jelita. Peristiwa itu telah dicatat oleh seorang sejarawan rasmi istana. Perkara ini menimbulkan kemarahan Tsui yang kemudian memerintahkan supaya rekod itu dirampas dan sejarawan itu dikenakan hukuman bunuh.Adik sejarawan itu kemudian memperbaharui rekod itu dan terus mencatatkan peristiwa yang sama. Dia juga dikenakan hokum bunuh. Tugas mencatat dan memperbaiki rekod itu telah diambil oleh adik sejarawan yang kedua yang panpa takut mati mencatat juga tentang peristiwa itu. Akhirnya Tsui Chu mengalah dan membenarkan rekod itu kekal.(Han Yu-shan, Elements of Chinese Histiography, W.H. Hawley , 1955 , h. 5).

Maharaja boleh membaca catatan tentang maharaja yang terdahulu.. Selepas kematian seseorang maharaja itu catatan ini akan digunakan untuk menulis Shih-lu (Catatan Sebenar) mengenai maharaja dan zamannya.

Daripada kedua-dua sumber ini, ChI chu-chu dan Shih-lu, sejarah rasmi tentang dinasti itu ditulis.Dokumen / sumber pertama dan catata awal sejarah akan terus kekal sebagai catatan rahsia dalam arkib2 imperial.

Kerja mengumpul dan menyusun catatan yang menjadi bahan dalam sesebuah sejarah rasmi :

Chi- chu chu (catatan gerak lalu dan istirehat)Shih chang chi (catatan kerajaan yang sedang memerintah)Disusun ke dalam jih-li (catatan harian)Dan kemudian di akhir sesebuah pemerintahan dipindahkan ke dalam Shih-lu (catatan sebenar).

Dari masa ke semasa pemerintah memerintah supaya persediaan penulisan kuo-shih (sejarah kebangsaan) , hui-yao atau hui-tien (collected statutes) dilakukan.

Sebahagian daripada hasil penyususnan terakhir ini berserta sejarah-sejarah rasmi yang disusun daripada materia2 yang dinyatakan itu oleh dinasti sebelumnya diterbitkan.

Kerja penyusunan sejarah dilakukan dengan teliti dan menjalani proses pemeriksaan dan penyemakan yang ketat seperti penulisan sejarah dinasti Tang, sung dan Ming.

Semua sejarah dinasti mengandungi 5 bahagian utama:

a.Kisah maharajab.Kisah keluarga2 bangsawanc.Daftar kronologid.Huraian tentang moral dan hal2 lain seperti kegiatan ekonomi, politik, kehakiman , ketentraan dan pendidikane.BiografiPada umumnya pensejarahan Cina merupakan pensejarahan perzamanan iaitu menumpukan kepada satu2 zaman atau dinasti atau tuan-tai-shih (sejarah dinansti tunggal).

Penulisan sejarah Negara (sejarah rasmi) ini mesti ditulis secara rasmi. Menjadi satu kesalahan sekiranya ia ditulis oleh individu tanpa pengetahuan kerajaan.

Han-shu (Sejarah Han) telah mula ditulis oleh Pan Ku. Oleh kerana Pan KU seorang sejarawan yang tidak dilantik secara rasmi oleh kerajaan, dikenakan hukuman penjara dan Han Su diperintahkan ditulis semula.

Terdapat juga sejarah kerajaan yang ditulis secara tidak rasmi tetapi kemudian diterima sebagai sah oleh pemerintah:

Hou-Han-shu Sejarah Dinasti HanSan-kou-chih sejarah Tiga kerajaanNan-shi Sejarah Dinasti SelatanPei-shih Sejarah Dinasti Utara

Sejarah UmumTerdapat syih yang menulis sejarah umum. Daripada 26 buah sejarah rasmi itu hanya Shih Chi ( Catatan Sejarah) yang ditulis oleh Ssu-mu Tan dan anak nya Ssu- ma Chien (104-87 SM) yang berbentuk sejarah Umum iaitu sejarah yang tidak hanya berkisar di kalangan dinansti tertentu. Ia mencatatkan juga perkara2 yang berlaku di luar dinasti itu.

Tidak menyiapkan karyanya mengikut perintah maharaja.Menulis atas kehendak sendiriTidak mengikut motif penulisan sejarah bangsa- bersifat mendidik member pengajaran kepada raja-raja berkelakuan baik dan tidak baik.

Ssu-ma Chien : Sejarawan dari Lung-Men

Saya telah mengutip dan menghimpunkan tradisi-tradisi dunia silam yang telah bertaburan dan musnah. Saya telah memeriksa tindakan-tindakan dan peristiwa-peristiwa masa lalu dan menyelidiki prinsip-prinsip yang menyebabkan kejayaan ataupun kegagalannya, kebangkitannya dan keruntuhannya dalam penulisan yang berjumlah 130 bab. Saya ingin menyelidiki setiap yang berkaitan dengan cakerawala dan manusia, menyelami perubahan-perubahan masa lalu dan masa kini, melengkapkannya sebagai suatu usaha daripada sebuah keluarga.

Ssu-ma Chien dalam Shih Chi

Tradisi penulisan oleh sejarawan China melalui amalan mereka melantik sejarawan istana yang dilakukan kira-kira sejak seribu thn sebelum Ssu-ma Chien menulis karyanya.

Motif utama penulisan mereka :Membantu ingatan mereka dalam hal-hal melaksanakan upacara penyembahan raja-raja mereka terhadap roh-roh nenek moyang mereka.Tulisan seperti ini bukan merupakan kajian sebenar, malah merupakan himpunan salasilah raja-raja dan putera-putera mereka daripada wangsa-wangsa seperti His, Hyang dan Chou.