ciri-ciri buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolahi-ciri buku cerita yang terdapat...

Upload: maria

Post on 06-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendidikan awal kanak-kanak

TRANSCRIPT

  • Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN )

    Di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2-4 Jun 2008

    2008

    [email protected]. 1

    Tajuk: Ciri-ciri Buku Cerita yang Terdapat di dalam Bilik Darjah Prasekolah

    Pn Zainiah Mohamed Isa dan Pn Norila Md Salleh

    Abstrak

    Kesesuaian bahan bacaan memainkan peranan penting dalam proses pembacaan kanak-kanak.

    Antara faktor yang menyumbang kepada tahap membaca yang rendah dalam kalangan murid

    adalah bahan bacaan yang tidak menarik dan buku yang tidak sesuai. Oleh kerana bahan bacaan

    yang sesuaian adalah penting maka kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat ciri-ciri buku

    cerita dari segi jenis cerita, kategori buku, watak utama, latar cerita, jenis warna, saiz ilustrasi,

    jenis gambar ilustrasi, saiz huruf dan saiz buku yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah.

    Bagi tujuan kajian sebanyak 417 buah buku telah dianalisis. Dapatan kajian mendapati

    kebanyakan buku cerita adalah tentang binatang (34.1%) dan tentang kehidupan harian kanak-

    kanak (30.9%). Majoriti buku cerita mempunyai warna terang, ilustrasi satu muka surat penuh,

    menggunakan saiz huruf besar dan buku menggunakan saiz yang kecil (1/2 A4). Jumlah muka

    surat adalah tidak sesuai untuk pembaca baru tetapi sesuai untuk pembaca awal dan maju.Dari

    segi jumlah ayat di dapati buku pembaca baru adalah sesuai jumlah ayatnya, berbanding dengan

    pembaca awal dan maju.Bagi jumlah perkataan bagi setiap ayat pula, tahap pembaca baru dan

    pembaca awal adalah tidak bersesuaian berbanding dengan tahap pembaca maju. Dari segi

    panduan penekaan menerusi gambar majoritinya adalah sesuai.

    1. Pendahuluan

    Literasi membaca dalam kalangan rakyat menjadi salah satu agenda penting negara Malaysia

    sejak merdeka. Penekanan akan pentingnya literasi membaca sangat jelas apabila penguasaan

    kemahiran membaca menjadi salah satu penekanan dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat

    sekolah rendah di samping kemahiran menulis dan mengira. Frank Small & Associates (1996)

    telah menjalankan kajian untuk Perpustakaan Negara untuk melihat kadar literasi membaca

    rakyat Malaysia. Kajian Frank Small & Associates (1996) telah melibatkan 4,034 responden yang

    terdiri daripada kanak-kanak berumur 5 hingga 9 tahun yang mengkaji tabiat membaca mengikut

    lokasi, jenis bahan bacaan, bahasa bacaan, kumpulan umur dan kekerapan membaca. Hasil

    dapatan kajian menunjukkan hanya 56% kanak-kanak berumur 5-9 tahun mengamalkan budaya

    membaca manakala bagi kumpulan umur 7-9 tahun 96% boleh membaca tetapi hanya 73% sahaja

    mengamalkan budaya membaca.

    Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP, 1997), Kementerian Pelajaran Malaysia telah

    menjalankan satu kajian kes tentang minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah pada

    tahun 1997. Kajian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP, 1997) menunjukkan bahawa tahap

    membaca dalam kalangan murid sangat rendah. Faktor-faktor akan rendahnya tahap membaca

    dalam kalangan murid adalah bahan bacaan tidak menarik, buku yang tidak mencukupi, murid

    tidak mahir membaca, murid tidak mampu membeli buku, buku tidak sesuai, murid tidak

    berpeluang ke Pusat Sumber, membaca dianggap membosankan dan tidak berminat membaca

    sejak kecil.

    Bagi mengatasi masalah tahap membaca yang sangat rendah dalam kalangan murid,

    usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk minat membaca

    sejak kanak-kanak dan remaja di bangku sekolah lagi. Program Nadi Ilmu Amalan Membaca

    (NILAM) telah dilancarkan pada tahun 2000. Program NILAM bertujuan menggalakkan

    pembacaan dalam kalangan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Berdasarkan

    Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program NILAM Kebangsaan 2003, dilaporkan status

    penglibatan murid sekolah rendah dalam program NILAM ialah 65.1% (1,934,280) daripada

    keseluruhan enrolmen murid sekolah rendah. Daripada peratusan itu, hanya 25% (483,710) murid

  • Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN )

    Di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2-4 Jun 2008

    2008

    [email protected]. 2

    mendapat pengiktirafan NILAM Tahap Jauhari. Bagi tahap Rakan Pembaca, penglibatan murid

    sekolah rendah ialah 36.3% (1,189,992) dan pencapaian murid pada tahap Rakan Pembaca hanya

    12% (130,467). Laporan NILAM (2004) pula menunjukkan jumlah buku yang dibaca oleh murid-

    murid sekolah rendah dan menengah masih sedikit walaupun setelah berada selama empat hingga

    enam tahun di sekolah. Jumlah bacaan mereka berada pada kategori terendah berbanding tahap

    pembacaan yang ditetapkan oleh Program NILAM. Mengenai bahan bacaan pula, laporan

    menyatakan bahawa bahan yang disediakan agak mencukupi dan sesuai.

    Oleh itu, dapat dirumuskan minat kanak-kanak terhadap pembacaan adalah amat

    membimbangkan. Maka, usaha-usaha bagi mempertingkatkan minat kanak-kanak terhadap

    pembacaan perlu dilakukan dan menyediakan buku yang bersesuaian adalah salah satu langkah

    penting yang perlu dilaksanakan secepat mungkin.

    1.1 Pernyataan Masalah

    Berdasarkan kajian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP, 1997) antara faktor yang

    menyumbang kepada tahap membaca yang rendah dalam kalangan murid adalah bahan bacaan

    tidak menarik dan buku yang tidak sesuai. Oleh itu pengkaji ingin melihat apakah ciri-ciri buku-

    buku yang terdapat di prasekolah.

    1.2 Objektif Kajian

    Secara umumnya matlamat kajian ini adalah untuk melihat apakah ciri-ciri buku cerita yang

    terdapat di dalam bilik darjah prasekolah.

    Oleh itu objektif khusus kajian ini ialah:

    1.2.1 Melihat ciri-ciri buku cerita dari segi jenis cerita, kategori buku, watak utama, latar cerita, jenis warna, saiz ilustrasi, jenis gambar ilustrasi, saiz huruf dan saiz buku yang terdapat

    di dalam bilik darjah.

    1.3 Persoalan Kajian

    Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan apakah ciri-ciri buku cerita yang terdapat di

    dalam bilik darjah dari segi :

    1.3.1 jenis cerita

    1.3.2 kategori buku

    1.3.3 watak utama

    1.3.4 latar cerita

    1.3.5 jenis warna

    1.3.6 saiz ilustrasi

    1.3.7 jenis gambar ilustrasi

    1.3.8 saiz huruf

    1.3 9 saiz buku

    1.4 Kepentingan Kajian

    Kajian ini memberi maklumat kepada guru-guru prasekolah, penulis dan penerbit buku, mengenai

    status buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah. Dapatan kajian juga dapat

    membantu guru, penulis dan penerbit serta ibu bapa agar lebih serius dan teliti dalam

    menyediakan bahan bacaan yang sesuai bagi merangsang proses membaca di peringkat awal

    kanak-kanak.

    1.5 Batasan kajian Kajian ini hanya meliputi sebanyak 417 buah buku cerita kanak-kanak yangdipilih secara rawak

    untuk dianalisa oleh pelajar-pelajar Program Pendidikan Awal Kanak-kanak. Berkemungkinan

    terdapat banyak lagi buku cerita di prasekolah lain yang tidak didatangi oleh pelajar-pelajar yang

  • Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN )

    Di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2-4 Jun 2008

    2008

    [email protected]. 3

    menjalani ROS. Oleh itu hasil keputusan kajian tidak merujuk kepada kesemua buku cerita yang

    terdapat di setiap prasekolah di Malaysia, sebaliknya hanya terbatas kepada 417 buah buku cerita

    yang telah dianalisa.. Satu kajian yang lebih menyeluruh dan terperinci bagi melihat keputusan

    yang boleh merujuk kepada buku-buku cerita kanak-kanak prasekolah yang terdapat di pasaran

    perlu dijalankan pada masa akan datang.

    2. Tinjauan Literatur Tinjauan literatur akan menfokus kepada kajian atau penulisan mengenai ciri-ciri buku kanak-

    kanak dan juga mengenai pemeringkatan buku cerita menurut teori emergent literasi.

    2.1 Ciri-ciri buku cerita kanak-kanak

    Clay (1967) adalah pembuka jalan yang melihat pembacaan dan penulisan kanak-kanak

    dalam konteks kajian pemerolehan bahasa (Teale & Sulzby, 1986). Pada tahun 1967, Clay telah

    menjalankan penyelidikan The reading behavior of five-year-old children: A Research Report yang juga merupakan desertasi kedoktoran beliau. Dapatan utama kajian Clay (1967)

    menerangkan kanak-kanak secara beransur-ansur belajar untuk mengkoordinasikan isi, sintaksis

    dan panduan visual sebagai cara untuk membaca. Beliau menyarankan supaya kanak-kanak

    didedahkan dengan pelbagai teks kerana dikhuatiri jika kanak-kanak tidak didedahkan dengan

    teks sejak awal lagi maka asas pengetahuan kanak-kanak ini akan terjejas. Menurut Marohaini Yusoff (1999), terdapat banyak faktor yang mempengaruhi

    kebolehbacaan bahan bercetak. Antaranya termasuklah perbendaharaan kata, pembentukan ayat

    atau jenis ayat dan panjang pendek ayat serta perkataan. Penggunaan konsep-konsep, saiz dan

    stail cetakan, penggunaan dan penyusunan idea atau isu minat pembaca dan pengetahuan latar

    pembaca menjadi faktor penting. Penggunaan bahan grafik seperti carta, gambar, graf, jadual, dan

    rajah juga dapat membantu kefahaman membaca.

    Menurut Abdul Aziz (2000), bahan-bahan bacaan yang disediakan untuk muridmurid terutama pada tahap mula membaca hendaklah beraneka jenis dan menepati minat murid-murid

    untuk membacanya. Bahasa yang digunakan hendaklah sesuai dan mudah difahami supaya

    murid-murid berasa seronok membacanya dan seterusnya sentiasa ingin membaca. Tulisan perlu

    bersaiz besar bagi memudahkan dan menarik minat kanak-kanak membaca. Bahan bacaan juga

    perlulah disertakan dengan ilustrasi yang menarik, gambar berwarna dan sekiranya lukisan

    hendaklah gambar-gambar itu kelihatan hidup supaya dapat menarik dan memikat hati kanak-

    kanak.

    Perpustakaan Negara juga telah menjalankan kajian tentang jenis bahan bacaan yang

    disukai oleh kanak-kanak dan kriteria dalam memilih buku oleh kanak-kanak. Kajian oleh

    Perpustakaan Negara (1998) mendapati antara jenis bahan bacaan yang disukai oleh kanak-kanak

    ialah 52% buku pengetahuan, 49% buku cerita, 15% buku berkaitan dengan hobi dan 11% lain-

    lain bukan fiksyen. Bagi kriteria-kriteria yang penting dalam memilih buku oleh kanak-kanak

    pula peratusan tertinggi ialah buku yang mempunyai gambar (24%); kedua, buku berbentuk cerita

    dan cerita dongeng (15%) dan ketiga, buku yang mudah difahami (11%).

    Dalam kajian yang dijalankan ini, tumpuan akan diberikan kepada kategori buku, watak

    utama, latar cerita, warna, ilustrasi, jenis gambar ilustrasi, saiz huruf dan saiz buku. Ini kerana

    kanak-kanak sepatutnya mendapat bahan bacaan yang bersesuaian dengan tahap bacaan mereka

    (Fountas & Pinnell, 1996).

    Tahap Buku Cerita Mary Clay (1982) telah membahagikan pembaca kepada tiga tahap iaitu Tahap 1 (Emergent

    Reader), Tahap 2 (Early Reader) dan Tahap 3 (Fluent Reader). Dalam kajian ini buku cerita

  • Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN )

    Di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2-4 Jun 2008

    2008

    [email protected]. 4

    dibahagikan kepada Tahap 1, 2, dan 3. Garis panduan pemeringkatan buku yang akan dibuat oleh

    pengkaji adalah berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh penulis-penulis sebelumnya.

    Buku Cerita Tahap 1

    Terdapat kriteria tertentu bagi bahan bacaan yang sesuai untuk pembaca baru. Menurut Clay

    (1991) dan Hiebert (1999), bahan bacaan yang sesuai bagi pembaca baru adalah yang bermakna

    kepada kanak-kanak, menggunakan bahasa kanak-kanak, dan mengandungi perkataan yang

    berulang-ulang. Teks ini sepatutnya berjaya menarik minat kanak-kanak kerana mengandungi

    ilustrasi yang menarik serta difahami. Hart-Hewins dan Wells (1990) telah mencadangkan buku

    berbentuk konsep dan buku berbentuk urutan. Buku berbentuk konsep dan buku berbentuk urutan

    dicadangkan kerana kanak-kanak cenderung untuk mempelajari sesuatu dan mereka akan

    menyukai buku konsep yang berkaitan dengan pengetahuan sedia ada mereka. Sudah tentulah

    juga isi kandungan buku adalah berkaitan dengan pengalaman harian kanak-kanak (Rog dan

    Burton,2002). Gambar yang dipamerkan perlulah bertepatan dengan ayat di mana pembaca boleh

    membuat penekaan tentang ayat berdasarkan gambar ilustrasi walaupun sebenarnya mereka

    belum lagi membaca (Hart-Hewins & Wells, 1990). Rog dan Burton (2002) mencadangkan agar

    illustrasi yang digunakan ringkas dan jelas serta menyokong teks sepenuhnya. Dari segi saiz

    cetakan huruf pula, Hart-Hewins dan Wells (1990) berpendapat saiz huruf yang digunakan

    hendaklah besar, jelas dan terasing daripada ilustrasi. Ini memudahkan kanak-kanak membuat

    perbezaan antara ilustrasi dan huruf terutama di peringkat pembaca baru yang masih belum dapat

    membezakan antara huruf dan gambar.

    2.2.2 Buku Cerita Tahap 2

    Hart-Hewins dan Wells (1990) pula menyatakan bagi buku untuk peringkat pembaca awal, saiz

    cetakan tulisan tidak semestinya besar tetapi mestilah jelas. Gambar masih lagi memberi

    sokongan yang sepenuhnya terhadap teks dan teks mesti berada di tempat yang sama setiap muka

    surat. (Rog & Burton, 2002). Kanak-kanak pada peringkat pembaca awal ini memerlukan

    sokongan agar mereka berasa yakin terhadap diri mereka sendiri. Oleh itu, penekaan yang dibuat

    melalui gambar dan pengulangan perkataan ataupun ungkapan akan memudahkan kanak-kanak

    meneka apa yang akan berlaku seterusnya. Ini akan mendatangkan keseronokan kepada mereka

    kerana mereka dan juga akan menimbulkan kepercayaan kepada diri mereka sendiri yang mereka

    telah boleh membaca seterusnya memotivasikan diri kanak-kanak untuk terus membaca (Nolen, 2001).Dari segi isi kandungan pula, pada peringkat pembaca awal telah boleh mula melangkah

    keluar dari lingkungan pengalaman seharian kanak-kanak dan mewujudkan hubungan dengan

    individu yang lain ataupun perkara yang lain (Hewin & Wells, 1990).

    2.2.3 Buku Cerita Tahap 3

    Menurut Asselin (2000) teks bagi pembaca yang telah mula maju dalam pembacaan seharusnya

    70 peratus ke 80 peratus daripada kandungan teks boleh didekod oleh kanak-kanak dan teks

    sepatutnya menggunakan gaya bahasa yang standard tetapi yang boleh difahami oleh kanak-

    kanak. Hart-Hewins dan Wells (1990) menyatakan bagi pembaca maju (Fluent Reader), teks

    yang digunakan lebih panjang berbanding teks untuk pembaca baru dan pembaca awal, dan saiz

    cetakan tidak perlu besar. Cerita pula lebih panjang dan boleh dibahagi-bahagikan kepada

    beberapa perenggan dan gambar masih diperlukan bagi setiap mukasurat bagi menyokong teks.

    Panjang buku boleh dibahagikan kepada beberapa bab, plot lebih kompleks dan boleh

    mempunyai lebih ramai watak (Rog & Burton, 2002).

    3. Rekabentuk kajian

  • Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN )

    Di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2-4 Jun 2008

    2008

    [email protected]. 5

    Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal

    selidik. Menurut Mohd Majid (1998) kajian tinjauan dijalankan dalam penyelidikan pendidikan

    yang bermatlamat untuk mengumpul maklumat mengenai pembolehubah-pembolehubah yang

    berkaitan dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud.

    Menurut Mertens (1998) pula, kebaikan kajian tinjauan ialah kerana membolehkan maklumat

    diperolehi dari bilangan sampel yang besar. Oleh itu teknik tinjauan ini dipilih kerana ia mampu

    memenuhi keperluan kajian ini.

    3.1 Populasi dan sampel kajian

    Populasi bagi kajian ini ialah buku cerita kanak-kanak prasekolah yang terdapat di prasekolah di

    Malaysia. Sampel kajian pula ialah buku-buku cerita yang terdapat di prasekolah-prasekolah di

    mana guru-guru pelatih Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan

    Idris menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Oleh kerana guru-guru boleh menjalani

    ROS di sekolah-sekolah berhampiran dengan rumah mereka, maka kajian melibatkan prasekolah

    di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bilangan sampel pula ialah 417 buah buku yang

    dipilih secara rawak bagi kajian ini. Bilangan sampel ini mencukupi berdasarkan cadangan Crites

    (1969) yang menyatakan bahawa saiz sampel yang kurang dari 100 tidak sesuai kerana akan

    berlaku turun naik yang besar dalam pengiraan.

    3.2 Instrumen kajian

    Instrumen yang digunakan dalan kajian ini ialah soal selidik. Zainal (2003) menyatakan tujuan

    utama soal selidik adalah untuk mendapatkan maklumat untuk memenuhi objektif kajian.

    Instrumen kajian digubal oleh pengkaji di mana item-item soal selidik dibina mengikut keperluan

    bagi menjawab soalan-soalan kajian. Interrater reliability test telah dilakukan dengan mengambil

    beberapa orang penilai bagi menilai alat pengukuran yang dicadangkan (Mayers & Hansen,

    1997).

    3.3 Kaedah pengumpulan data

    Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data dalam kajian ini ialah menggunakan borang

    soal selidik. Menurut Mohd Majid (1990), dengan menggunakan soal selidik pengkaji dapat

    maklumat yang banyak dalam masa yang singkat dan ini sudah pasti menjimatkan perbelanjaan..

    3.4 Prosedur penganalisisan data Berdasarkan maklumat-maklumat daripada soal selidik yang telah lengkap diisi oleh guru-guru

    pelatih, data dikumpulkan dan dikodkan bagi memudahkan kemasukan data ke dalam sistem

    komputer. Datadata yang diperolehi ini diproses menggunakan Statiscal Package for Social Sciencse (SPSS) berdasarkan kekerapan (frekuensi) dan peratus untuk membuat huraian tentang

    ciri-ciri buku cerita tersebut.

    4. Analisis Data

    Fokus analisis data adalah tentang ciri-ciri buku cerita dari segi jenis buku, kategori buku, watak

    utama, latar cerita, warna ilustrasi, saiz ilustrasi, jenis gambar ilustrasi, saiz huruf dan saiz buku

    secara keseluruhan dan mengikut tahap pembaca.

  • Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN )

    Di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2-4 Jun 2008

    2008

    [email protected]. 6

    4.1 Jenis buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah

    Jadual 1

    Jenis Buku Cerita Bagi Setiap Tahap Pembaca dan Secara Keseluruhan

    Jenis Buku Cerita Pembaca Baru Pembaca Awal Pembaca Maju Jumlah

    Cerita Jenaka 3

    (3.2)

    1

    (0.6)

    0

    (0.0)

    4

    (1.0)

    Cerita Dongeng 0

    (0.0)

    7

    (4.4)

    19

    (11.7)

    26

    (6.2)

    Lagenda 0

    (0.0)

    0

    (0.0)

    6

    (3.7)

    6

    (1.4)

    Cerita Penglipurlara

    (Putera & Puteri)

    0

    (0.0)

    2

    (1.3)

    5

    (3.1)

    7

    (1.7)

    Cerita tauladan / nilai

    moral

    2

    (2.1)

    41

    (25.6)

    31

    (19.0)

    74

    (17.7)

    Cerita Binatang 5

    (5.3)

    61

    (38.1)

    76

    (46.6)

    142

    (34.1)

    Cerita Rakyat 0

    (0.0)

    3

    (1.9)

    6

    (3.7)

    9

    (2.2)

    Cerita Kehidupan

    Harian Kanak-kanak

    71

    (75.5)

    40

    (25)

    18

    (11.0)

    129

    (30.9)

    Bukan Cerita / Non

    Fiction

    13

    (13.8)

    5

    (3.1)

    2

    (1.2)

    20

    (4.8)

    Jumlah 94

    (100)

    160

    (100)

    163

    (100)

    417

    (100)

    Secara keseluruhan, 34.1% buku cerita adalah tentang binatang dan 30.9% tentang kehidupan

    harian kanak-kanak. Bagi tahap pembaca baru, 75.5% buku adalah tentang kehidupan harian

    kanak-kanak manakala 38.1% buku cerita tahap pembaca awal dan 46.6% buku cerita tahap

    pembaca maju adalah tentang binatang.

    4.2 Kategori buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah

    Jadual 2

    Kategori Buku Cerita Bagi Setiap Tahap Pembaca dan Secara Keseluruhan

    Kategori Buku Cerita Pembaca Baru Pembaca Awal Pembaca Maju Jumlah

    Buku berunsur main 1

    (1.1)

    3

    (1.9)

    1

    (0.6)

    5

    (1.2)

    Buku bergambar 69

    (73.4)

    135

    (84.4)

    141

    (86.5)

    345

    (82.7)

    Buku konsep 10

    (10.6)

    8

    (5.0)

    5

    (3.1)

    23

    (5.5)

  • Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN )

    Di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2-4 Jun 2008

    2008

    [email protected]. 7

    Buku meramal 7

    (7.4)

    13

    (8.1)

    15

    (9.2)

    35

    (8.4)

    Buku bahasa berirama 7

    (7.4)

    1

    (0.6)

    1

    (0.6)

    9

    (2.2)

    Jumlah 94

    (100)

    160

    (100)

    163

    (100)

    417

    (100)

    Daripada 417 buah buku cerita kanak-kanak yang dikaji, majoriti buku (82.7%) merupakan buku

    bergambar. Begitu juga bagi setiap tahap pembaca, majoriti buku merupakan buku bergambar

    iaitu 73.4% bagi tahap pembaca baru, 84.4% bagi kategori tahap awal dan 86.5% bagi tahap

    pembaca maju.

    4.3 Watak utama dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah

    Jadual 3

    Watak Utama dalam Buku Cerita Bagi Setiap Tahap Pembaca dan Secara Keseluruhan

    Watak Utama Pembaca Baru Pembaca Awal Pembaca Maju Jumlah

    Kanak-kanak lelaki 45

    (47.9)

    23

    (14.4)

    11

    (6.7)

    79

    (18.9)

    Kanak-kanak

    perempuan

    19

    (20.2)

    28

    (17.5)

    13

    (8.0)

    60

    (14.4)

    Orang dewasa lelaki 6

    (6.4)

    6

    (3.8)

    22

    (13.5)

    34

    (8.2)

    Orang dewasa

    perempuan

    0

    (0.0)

    1

    (0.6)

    7

    (4.3)

    8

    (1.9)

    Binatang 11

    (11.7)

    92

    (57.5)

    102

    (62.6)

    205

    (49.2)

    Kartun 7

    (7.4)

    9

    (5.6)

    8

    (4.9)

    24

    (5.8)

    Tiada watak 6

    (6.4)

    1

    (0.6)

    0

    (0.0)

    7

    (1.7)

    Jumlah 94

    (100)

    160

    (100)

    163

    (100)

    417

    (100)

    Secara keseluruhannya, watak binatang mendominasi watak utama dalam buku cerita kanak-

    kanak. Watak binatang juga mendominasi watak utama dalam buku cerita bagi tahap pembaca

    awal (57.5%) dan pembaca maju (62.6%). Walau bagaimanapun, dalam buku cerita bagi tahap

    pembaca baru, majoriti buku (47.9%) memilih watak kanak-kanak lelaki sebagai utama utama.

    5. Perbincangan, Rumusan dan Cadangan

    Perbincangan dapatan kajian akan dikemukakan dalam bentuk deskriptif mengikut aspek-aspek

    kajian yang telah dijalankan. Manakala cadangan yang dikemukakan merujuk kepada penulis,

    penerbit, ibu bapa dan guru-guru. Cadangan juga merangkupi aspek-aspek kajian lain yang boleh

    dilakukan pada masa hadapan.

    5.1 Jenis buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah Kebanyakan buku cerita yang terdapat di bilik darjah prasekolah adalah tentang binatang dan

    kehidupan seharian kanak-kanak. Jenis buku cerita ini bersesuaian dengan pendapat Hart-Hewins

  • Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN )

    Di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2-4 Jun 2008

    2008

    [email protected]. 8

    dan Wells (1990) dan Rog dan Burton (2002) bahawa kanak-kanak akan menyukai buku konsep

    yang berkaitan dengan pengetahuan sedia ada mereka.

    Bagi tahap pembaca baru, majoriti buku adalah tentang kehidupan harian kanak-kanak.

    Ciri ini juga bersesuaian dengan cadangan Rog dan Burton (2002) dan Clay (1967) iaitu bagi

    buku tahap pembaca baru, isi kandungan buku adalah berkaitan dengan pengalaman harian

    kanak-kanak. Manakala majoriti buku cerita bagi tahap pembaca awal dan pembaca maju adalah

    tentang binatang yang dianggap sesuai bagi pembaca tahap ini (Hart-Hewin & Wells, 1990). Oleh

    itu dicadangkan agar buku tahap satu adalah berkenaan kehidupan harian kanak-kanak dan buku

    tahap dua dan tiga adalah mengenai binatang yang diberikan perwatakan manusia.

    Dari segi isi kandungan pula, didapati buku kanak-kanak peringkat awal dan maju telah

    keluar daripada kehidupan harian kanak-kanak sesuai dengan Hart-Hewin dan Wells (1990) yang

    menyatakan pada peringkat pembaca awal telah boleh mula melangkah keluar dari lingkungan

    pengalaman seharian kanak-kanak dan mewujudkan hubungan dengan individu yang lain ataupun

    perkara yang lain. Namun begitu dapatan ini berlainan daripada dapatan kajian yang dibuat oleh

    Perpustakaan Negara (1998) mendapati selepas 52% buku pengetahuan, buku cerita dongeng

    turut menjadi pilihan utama kanak-kanak.

    5.2 Kategori buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah

    Bagi kategori buku pula majoriti buku yang terdapat di dalam bilik darjah adalah sesuai kerana

    kebanyakannya buku dalam kajian ini adalah buku cerita bergambar yang amat sesuai bagi semua

    peringkat pembaca di prasekolah. Bahan bacaan perlulah disertakan dengan ilustrasi yang

    menarik, gambar berwarna, sekiranya lukisan gambar-gambar itu kelihatan hidup supaya dapat

    menarik dan memikat hati kanak-kanak (Abdul Aziz, 2000). Menurut Rog dan Burton (2002)

    pula, antara faktor-faktor yang diambil kira dalam pemeringkatan teks ialah sokongan illustrasi.

    Begitu juga garis panduan yang ditetapkan oleh Reading Recovery (Peterson,1991), dalam

    Guided Reading (Fountas & Pinnell, 1999) telah menetapkan kriteria kesepadanan gambar dan

    teks sebagai kriteria yang penting dalam teks. Oleh itu buku bergambar adalah dicadangkan

    sebagai kategori buku yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak prasekolah.

    5.3 Watak utama dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah

    Majoriti penulis buku cerita menggunakan watak kanak-kanak lelaki dan watak binatang sebagai

    watak utama yang dianggap sesuai untuk pembaca di peringkat prasekolah. Watak utama yang

    terdapat dalam buku tahap satu didominasi oleh watak kanak-kanak lelaki. Bagi tahap dua dan

    tahap tiga kebanyakan buku cerita menggunakan watak binatang. Oleh itu dicadangkan

    perwatakan bagi tahap satu adalah kanak-kanak dan bagi tahap dua dan tiga adalah watak

    binatang.

    5.4 Latar cerita dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah Buku cerita tahap pembaca baru menjadikan rumah sebagai latar cerita. Ini bertepatan dengan

    kenyataan Hart-Hewins dan Wells (1990) yang telah mencadangkan buku berbentuk konsep dan

    buku berbentuk urutan yang berkaitan dengan pengetahuan sedia ada mereka. Bagi buku cerita

    tahap pembaca awal dan pembaca maju, lebih separuh daripada buku yang dikaji mempunyai

    alam semula jadi sebagai latar cerita. Sehubungan itu, dicadangkan agar latar cerita bagi pembaca

    baru hendaklah menggunakan latar yang dekat dengan diri kanak-kanak sementara bagi pembaca

    awal dan maju pula boleh menggunakan watak alam semulajadi dan lain-lain latar.

    5.5 Warna buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah Secara keseluruhannya, warna terang digunakan dalam majoriti buku cerita kanak-kanak yang

    dikaji. Dicadangkan penggunaan warna yang terang bagi setiap peringkat pembaca.

  • Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN )

    Di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2-4 Jun 2008

    2008

    [email protected]. 9

    5.6 Saiz ilustrasi buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah Majoriti buku cerita sama ada bagi tahap pembaca baru, pembaca awal atau pembaca maju

    mempunyai ilustrasi satu muka surat penuh. Ilustrasi adalah penting teruatam bagi pembaca baru.

    Ini kerana bagi pembaca baru gambar yang dipamerkan perlulah bertepatan dengan ayat bagi

    membolehkan pembaca membuat penekaan tentang ayat berdasarkan gambar ilustrasi walaupun

    sebenarnya mereka belum lagi membaca (Hart-Hewins & Wells, 1990). Rog dan Burton (2002)

    mencadangkan agar illustrasi yang ringkas dan jelas serta menyokong teks sepenuhnya. Oleh itu,

    dicadangkan agar ilustrasi perlu ditonjolkan dalam penghasilan buku cerita kanak-kanak kerana

    ilustrasi sememangnya memainkan peranan penting dalam buku cerita bagi setiap peringkat bagi

    kanak-kanak prasekolah.

    5.7 Jenis gambar ilustrasi dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah

    Majoriti buku cerita sama ada bagi tahap pembaca baru, pembaca awal atau pembaca maju

    mempunyai kecenderungan yang sama dari segi jenis gambar ilustrasi iaitu menggunakan gambar

    tidak realistik. Dicadangkan agar gambar tidak realistik digunakan untuk mengisahkan cerita

    kanak-kanak kerana ini memudahkan penghasilan gambar yang sesuai dengan jalan cerita dan

    penggunaan imaginasi yang meluas dapat dilakukan.

    5.8 Saiz huruf dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah Majoriti buku cerita sama ada bagi tahap pembaca baru, pembaca awal atau pembaca maju

    menggunakan saiz huruf besar diikuti dengan saiz huruf sederhana. Hanya segelintir buku cerita

    yang menggunakan saiz huruf kecil. Ini bertepatan dengan keperluan pembaca yang di peringkat

    baru yang memerlukan saiz huruf yang besar, jelas dan terasing daripada ilustrasi. Namun,

    menurut Hart-Hewins dan Wells (1990), bagi pembaca maju (fluent reader), saiz cetakan tidak

    perlu besar. Oleh itu, dicadangkan agar saiz huruf tidak perlu besar tetapi perlulah jelas untuk

    dibaca.

    5.9 Saiz buku dalam buku cerita yang terdapat di dalam bilik darjah prasekolah

    Majoriti buku cerita sama ada bagi tahap pembaca baru, pembaca awal atau pembaca maju

    mempunyai saiz yang kecil. Saiz buku yang kecil adalah sesuai kerana ianya mudah dipegang,

    dibawa ke mana-mana dan mengurangkan kos.

    6. Rumusan

    Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dapatlah dibuat rumusan tentang buku-buku cerita yang

    terdapat di bilik darjah prasekolah bagi setiap tahap pembaca. Bagi tahap pembaca baru,

    kebanyakan buku-buku cerita yang dikaji adalah buku bergambar tentang kehidupan seharian

    kanak-kanak. Kebanyakan watak utama yang menjadi pilihan penulis buku cerita tahap 1 ini ialah

    watak kanak-kanak lelaki. Rumah pula seringkali dijadikan latar cerita. Dari segi pemilihan

    warna, warna lembut digunakan dalam kebanyakan buku yang dikaji. Buku-buku yang dikaji juga

    kebanyakannya mempunyai saiz ilustrasi satu muka surat penuh yang menggunakan gambar tidak

    realistik. Walaupun kebanyakan buku tahap pembaca baru yang dikaji bersaiz kecil tetapi saiz

    huruf besar sering digunakan.

    Bagi tahap pembaca awal, kebanyakan buku-buku cerita yang dikaji adalah buku

    bergambar tentang binatang. Watak utama yang biasa digunakan ialah watak binatang. Alam

    semula jadi pula menjadi pilihan bagi kebanyakan penulis buku cerita tahap 2 yang dikaji. Bagi

    kebanyakan buku, warna terang digunakan. Kebanyakan buku mempunyai saiz ilustrasi satu

    muka surat penuh dengan gambar yang tidak realistik. Seperti kebanyakan buku tahap pembaca

    baru, kebanyakan buku tahap pembaca awal yang dikaji juga bersaiz kecil tetapi saiz huruf besar

    sering digunakan.

  • Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN )

    Di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2-4 Jun 2008

    2008

    [email protected]. 10

    Bagi tahap pembaca maju, kebanyakan buku-buku cerita yang dikaji adalah buku

    bergambar tentang binatang. Seperti buku tahap pembaca awal, watak binatang menjadi watak

    utama bagi kebanyakan buku dan latar cerita kebanyakannya ialah alam semula jadi. Warna

    terang juga sering digunakan. Dari segi ilustrasi, gambar, saiz buku dan saiz huruf, kebanyakan

    buku yang dikaji mempunyai saiz ilustrasi satu muka surat penuh dengan gambar tidak realistik,

    bersaiz kecil tetapi menggunakan huruf bersaiz besar, sama seperti buku-buku tahap pembaca

    baru dan pembaca awal.

    7. Cadangan

    Bagi meningkatkan lagi kualiti bahan bacaan prasekolah dicadangkan agar penulis dan penerbit

    buku memperbanyakkan lagi buku cerita untuk kanak-kanak prasekolah yang menepati ciri-ciri

    yang bersesuaian dengan setiap tahap pembaca bagi tujuan menarik minat mereka terhadap

    pembacaan buku.

    Kepada ibu bapa dan guru-guru juga perlulah juga sedar tentang perkara-perkara penting

    yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan buku-buku untuk kanak-kanak prasekolah.

    Kegagalan ibu bapa dan guru-guru menyedia buku yang bersesuaian boleh menghilangkan minat

    kanak-kanak untuk membaca. Oleh itu, ibu bapa dan guru-guru perlulah memilih dan

    menyediakan buku-buku yang sesuai dengan tahap kebolehan membaca kanak-kanak agar dapat

    terus menarik minat kanak-kanak untuk terus membaca.

    Kajian yang telah dibuat melibatkan buku-buku yang terdapat di prasekolah yang terlibat

    dalam kajian. Dicadangkan agar kajian dilakukan bagi mengkaji buku-buku cerita prasekolah

    yang terdapat di pasaran. Kajian-kajian lanjut berkait buku cerita prasekolah juga boleh dilakukan

    bagi menambah lagi hasil penyelidikan tentang prasekolah.

    8. Kesimpulan Penggunaan buku yang sesuai amat penting dalam menjamin minat dan tumpuan kanak-kanak

    terhadap pembacaan yang berkesan. Oleh itu adalah menjadi tugas penulis dan penerbit bagi

    membina buku-buku mengikut ciri-ciri buku yang sesuai untuk kumpulan sasaran yang tertentu.

    Bagi ibu bapa dan guru-guru pula perlulah bijak memilih buku yang sesuai untuk pembacaan

    kanak-kanak mengikut ciri-ciri yang telah dicadangkan di dalam kajian ini. Semoga hasil kajian

    ini memberi manafaat kepada bahan bacaan kanak-kanak dan seterusnya menanamkan minat

    membaca yang mendalam dan berterusan kepada kanak-kanak prasekolah.

  • Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN )

    Di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2-4 Jun 2008

    2008

    [email protected]. 11

    RUJUKAN

    Abdul Aziz Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu;Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur:

    Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

    Allington, R. L. (1983). "The Reading Instruction Provided Readers of Differing Reading

    Abilities." Elementary School Journal 82: 548-Allington, R. L. (2002). "What I've

    Learned About Effective Reading Instruction." Phi Delta Kappan 83(10): 740.

    Ambigapathy, P. (1997). Reading in Malaysia. Bangi, Universiti Kabangsaan Malaysia.

    Armstrong, N., Campos, J. & Johnson, B. (2001). Increasing Student Reading Fluentcy Through

    the Use of Leveled Book. Faculty of the School of Education. Chicago, IL, Saint Xavier

    University: 127.

    Asselin, M. (2002). "Texts for Beginning Readers: The Critical Match between Reader and

    Text." Teacher Librarian 28(2): 58.

    Bahagian Teknologi Pendidikan (1997), Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program NILAM

    1997. Kementerian Pelajaran Malaysia

    Bahagian Teknologi Pendidikan (2004). Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program NILAM

    Clay, M. M. (1982). Observing Young Readers: Selected Papers. Portsmouth, NH, Heinemann.

    Clay, M. M. (1991). "Introducing a new storybook to young readers." The Reading Teacher 45,4:

    264-265.

    Clay, M.M. (1967). The reading behavior of five-year-old children. A: Research report. New

    Zealand Journal of Educatioanal Studies, 2, 11-31.

    Crites (1969) dalam Sidek Mohd Noah (2002), Rekabentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan

    Praktis. Serdang:Universiti Putra Malaysia

    Fountas, I. C., & Pinnell, G.S. (1996). Guided reading: Good first teaching for all children k-3.

    Portsmouth,, NH: Heinemann.

    Fountas, I. C., & Pinnell, G.S. (1999). Matching books to readers: Using leveled books in guided

    reading. Portsmouth, NH, Heinemann.

    Hart-Hewins & Wells, J. Real books for reading learning to read with children's literature Pembroke Publishers Limited, Markham,Ontario:

    Klein.M.L, Peterson, S, & Simington, L (1990).Teaching reading in the elementary grades.

    USA:Allyn and Bacon.

    Marohaini Yusoff (1999), Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman ke arah Kemantapan

    Pembelajaran di Sekolah Menengah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mertens, D. M. (1998). Research methods in education and psychology : integrating diversity

    with quantitative and qualitative approaches. London : Sage Publications.

    Mohd. Majid Konting (1998). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    Nolen, S.B. (2001). Constructing literacy in the kindergarten: Task structure,collaboration &

    motivation. Cognition & instruction, 19(1). 95-142.

    Perpustakaan Negara Malaysia (1998), Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996, Kuala Lumpur:

    PNM.

    Pinnell, G. S. (1999). "Effective Literacy Programs." Council Connections Winter: 9-11.

    Raphael,T & Hiebert, E. (1996) Creating an integrated approach to literacy instruction USA:

    Allyn & Bacon.

    Rog, L. J. & Burtan, W. (2002). "Matching Texts and Readers: Levelling early reading materials

    for assessment and instruction." The Reading Teacher 55(4).

    Sidek Mohd Noah (2002). Rekabentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis.

    Serdang:Universiti Putra Malaysia

  • Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN )

    Di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2-4 Jun 2008

    2008

    [email protected]. 12

    Sulzby, E. & Teale, W.H. (1987). Young Children's Storybook Reading: Longitudinal Study of

    Parent-Child Interaction and Children's Independent Functioning. Final

    Sulzby, E. (1989). Assessment of writing and of of children language while writing. Assessment

    for instruction in early literacy. L. M. J. Smith. Englewood Cliffs, New Jersey, Prentice

    Hall.

    Swann, J. M. (1997). An Investigation into Effectiveness of the Emergent Reader Literacy

    Instruction Model. Annual Meeting of the American Educational Research Association,

    Chicago, IL. (March 24-28, 1997).

    Teale, W. & Sulzby, E. (1986). Emergent Literacy : Writing and Reading. Norwood, N.J., Anlex

    Pub. Corp.

    Zainal Mat Saat (2003). Statistik Awalan. Kuala Lumpur: Pearson Prentice Hall.

    Zainiah Mohamed Isa (2005). Tahap Bacaan dan Faktor-faktor Mempengaruhinya. Kod

    penyelidikan : 03-13-19-04.