ciri ciri

12
Adakah anda tergolong dalam kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih lanjut untuk mengetahui sifatsifat penting sebagai seorang usahawan yang berjaya. 1. Keperluan untuk kejayaan Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Mereka sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna. 2. Hasrat untuk menerima hasrat Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Mereka sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya setelah mereka berjaya. 3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan Usahawan tidak akan membiarkan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan membantutkan cita-citanya. Mereka akan merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik- baiknya yang patut mereka lakukan. 4. Menyelesaikan masalah Seseorang usahawan akan menyelesaikan masalahnya dengan cepat dan sebaik mungkin. Mereka tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Mereka mengambil masalah dan

Upload: malarvani-chennappen

Post on 10-Nov-2015

10 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ciri ciri

TRANSCRIPT

Adakah anda tergolong dalam kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih lanjut untuk mengetahui sifatsifat penting sebagai seorang usahawan yang berjaya. 1. Keperluan untuk kejayaanUsahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Mereka sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna. 2. Hasrat untuk menerima hasratSeseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Merekasukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya setelah mereka berjaya. 3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakanUsahawan tidak akan membiarkan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan membantutkan cita-citanya. Mereka akan merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya yang patut mereka lakukan. 4. Menyelesaikan masalahSeseorang usahawan akan menyelesaikan masalahnya dengan cepat dan sebaik mungkin. Mereka tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Mereka mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu. Ini akan lebih memudahkan lagi mereka untuk menyelesaikannya dengan lebih cepat. 5. Sering mengharapkan masa depan yang baikUsahawan sentiasa mempunyai harapan dan pemikiran yang positif mengenai masa depannya. Mereka ini akan sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh, suatu hari nanti akan beroleh kejayaan yang mereka impikan. 6. Mencari persekitaran yang baikUntuk menjamin bahawa mereka ini tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya. Dan membuat sesuatu pekerjaan itu di persekitaran yang tenang, membantu kita untuk lebih FOKUS menyiapkan sesuatu pekerjaan itu. Ciri-ciri Usahawan Berjaya 67. Keupayaan mempraktikkan sesuatuSatu cara terpenting bagi seseorang usahawan ialah membuat apa yang dirancang. Mereka bukan hanya sekadar mempunyai banyak idea, malah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan yang diimipkan seterusnya memberikan mereka kejayaan. 8. Tampuk kawalanSeorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Mereka ini sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan dapat mengurus pekerjaannya dengan baik. Mereka ini selalunya disukai serta dihormati oleh pekerjanya. Mereka juga berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan. 9. Kepercayaan timbal balik dengan orang lainAsas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini denganpenuh kebijaksanaan. Oleh itu, barulah sesuatu perniagaan itu akan Berjaya dengan sikap percaya antarasatu sama lain. 10. Keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawanIni sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah mereka ini mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung. Inilah yang akan mendorong mereka untuk lebih maju dan Berjaya. 11. Kesediaan menerima tanggungjawabUsahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika mereka membuat kesilapan, mereka akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang. Sememangnya, kegagalan itulah yang akan memberikan kita kejayaan suatu hari nanti. 12. Keupayaan mencuri peluangUsahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya. Ciri-ciri Usahawan Berjaya 713. Mempunyai cita-cita lebih tinggiKebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai. 14. Konsep diri yang positifSeorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan melihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah. 15. Belajar dari keputusanSeseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan mereka merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting. 16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubahUsahawan berfikir bahawa sebenarnya mereka boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Mereka sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Mereka melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17. Berorientasikan perancangan.Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Mereka perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Mereka juga mengenal pasti perkaradi luar kawalan yang mungkin berlaku & membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan. Mereka yang gagal adalah mereka yang gagal membuat perancangan. 18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumatUsahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin. Ciri-ciri Usahawan Berjaya 819. Menetapkan matlamatUsahawan akan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Mereka akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. 20. Ubah suai pentadbiranSeseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan. Oleh itu, semua kerja yang dilakukan akan menjadi seronok kerana adanya minat dalam melakukan kerja itu. 21. Kemahiran pengurusanPengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan. 22. Rasa kemanjuran (semangat waja)Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh Berjaya. Dan mereka yang gagal adalah mereka yang berputus asa dalam menempuh cabaran dan rintangan yang datang. 23. KepimpinanUsahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, mereka mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa yang singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya. 24. Kuat berusahaSeseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Mereka sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya. Bak kata pepatah, susah-susah dahulu, senangsenang kemudian. 25. Pandai membuat keputusanUsahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan perniagaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati. Ciri-ciri Usahawan Berjaya 9" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya." Kesemua 25 ciri-ciri tadi adalah antara usahawan-usahawan yang Berjaya. Jika anda mahu menjadi seorangusahawan yang Berjaya tidak kira dalam bidang apa sahaja, ciri-ciri ini sangat perlu ada dalam diri kita. Dengan ini, kejayaan akan datang dengan sendirinya tanpa kita sedari. Tetapi, jika ciri-ciri ini tidakdisematkan di dalam diri setiap usahawan, begini lah (seperti gambar di bawah) yang akan terjadi. Berada di tahap yang selesa dan Berjaya, tetapi jika tiada ciri-ciri sebagai seorang usahawan yang Berjaya, mereka akan terus jatuh dan terus gagal. Ciri-ciri Usahawan Berjaya 10Ingin saya kongsikan lagi antara ciri-ciri lain yang patut diterapkan lagi dalam diri seorang usahawan yang Berjaya.

Mari teruskan pembacaan kita. 1. Suka bertanya soalan yang membina dan bukan menghina.Dalam mengatur langkah menuju kejayaan, kita perlu selalu bertanya kepada mentor atau guru sekiranya ada perkara yang tidak faham atau tidak pasti. Dengan bertanya, sifat menganggap sentiasa betul akan lupus. Anda akan dapat yang terbaik! 2. Fokus kepada apa yang di inginkanUntuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu fokus kepada perkara-perkara yang pelanggan anda inginkan. Fokus kepada permintaan bukan pengeluaran. Mengeluarkan sesuatu yang bukan pelanggan mahukan, adalah sesuatu yang merugikan. 3. Tindakan yang berkesan dan mantap.Bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu perniagaan dengan tindakan yang mantap bukan sambil lewa atau melakukan dengan bersahaja. Kerja yang dilakukan secara sambil lewa, selalunya tidak akan menjadi dan merugikan masa sahaja. Malah, kegagalan yang akan datang bukannya kejayaan. 4. Keinginan yang memuncakSentiasa melakukan sesuatu aktiviti dengan penuh semangat dan harapan yang kental tanpa mudah mengalah dengan perasaan jemu. 5. Enjoy dengan segala aktivitiLakukan aktiviti tanpa tekanan dan gangguan emosi. Pastikan anda minat dan enjoy dengan apa yang lakukan tanpa paksaan. Ianya akan membuatkan kita lebih teruja untuk melakukan Sesutu yang kita minat. Ciri-ciri Usahawan Berjaya 116. Imej professionalJadi seorang yang pakar didalam bidang anda dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Dan Nampak sebgai seorang yang professional. 7. BertanggungjawabAnda harus mempunyai sikap tanggungjawab yang tingi didalam segala urusan perniagaan anda. Terutama kepada para pelanggan anda. 8. Sentiasa ingin belajarWalau siapa anda sekali pun anda harus terus belajar samaada mendalami bidang yang sedang diceburi atau bidang yang lain. Anda harus memiliki sikap ini. 9. Bertutur dari hatiLagi satu sikap yang anda perlu untuk berjaya. Setiap pertuturan anda harus lah ikhlas dan jujur. Penipuan dalam berkata-kata tidak akan menjadikan kita sebagai seorang yang Berjaya. 10. Tunjukkan standard andaUntuk pencapaian yang berterusan dan sentiasa maju kehadapan, anda harus kawal imej dan tatatertib anda dengan kesemua pelanggan anda. MULAKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA.... KEJAYAAN MENANTI DIHADAPAN.... Ciri-ciri Usahawan Berjaya 12PENUTUP 1. Berjaya memilih niche perniagaan yang kita minat. Contoh adalah dengan menjual pakaian. Untuk lebih niche mungkin kita boleh tumpukan untuk pakaian bayi.2. Membuat perancangan3. Tiada perasaan malu atau segan4. Berani5. Kuat berusaha6. Bersemangat setiap hari. Mulakan setiap hari dengan semangat yang baru.7. Bijak. Antaranya memanfaatkan peluang yang ada, mencari peluang, mengatur perancangan, membina peluang.8. Konsisten. Konsisten dalam memperkenalkan jenama dirinya dan konsisten dalam mengekalkan aturan kerja dan lain.lain. Pentingnya konsisten dengan jenama diri adalah supaya membuatkan orang sentiasa ingat akan kita dan niche bisnes yang kita bawakan.9. Bersifat mesra pelanggan.10. Sabar. Sabar dalam menghadapi karenah pelanggan. Sabar dalam menjalankan usaha serta hasil.