cikgu malik

Upload: nurul-ezatie-ezerae

Post on 13-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Cikgu Malik

    1/3

    Jelas di sini bahawa puncanya adalah bermula daripada tindakan Cikgu Malik yang

    telah menumbuk mata pelajarnya mengikut emosi dan hukuman itu tidak setimpal

    dengan kesalahan yang dibuat oleh pelajar tersebut. Situasi ini menunjukkan Cikgu

    Malik tidak dapat mengawal sikap amarah dan panas barannya sehinggakan

    tergamak menumbuk mata anak muridnya sehingga bengkak sebagai hukuman

    tidak melakukan kerja sekolah yang diberikan olehnya. Kita sedar bahawa guru

    bertindak sedemikian kerana ingin mendidik pelajar supaya pelajar tidak lagi

    mengulangi kesalahan yang sama tetapi perbuatan guru yang mendenda pelajar

    dengan keterlaluan sehingga mendatangkan kecederaan yang serius merupakan

    satu tindakan yang melampau malah turut menimbulkan kemarahan ibu bapa.

    Kesannya, bukan sahaja imej guru tersebut yang tercalar malahan imej profesion

    keguruan turut menerima tempiasnya.

    Kes ini telah mendapat liputan media dan melibatkan nama baik sekolah serta

    profesion Cikgu Malik sendiri sebagai seorang guru. Oleh yang demikian barisan

    tertinggi di SMK Sungai Semberong dan wakil dari ejabat endidikan !aerah telah

    berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi kes ini

    yang telah menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pihak terutama ibu bapa

    pelajar yang ditumbuk tersebut. Justeru, andai beginilah sikap guru dalam mendidik

    murid"murid, tidak hairanlah akan mewujudkan hubungan yang tidak harmoni

    antara guru dengan penjaga.

    Sebagai usaha untuk mencantas isu yang semakin berlarutan ini tindakan dan

    langkah"langkah ke arah penyelesaian perlu diambil. #ntuk sebab itu, bantuan

    kaunseling perlu diberikan kepada Cikgu Malik supaya dapat mengubah sikapnya

    yang mungkin terlalu mengikut emosi. Cikgu Malik perlu mendapatkan bantuan

    dalam menguruskan emosinya dengan cara kaunseling bagi menolong mengubah

    tingkahlakunya dalam membuat keputusan yang bijak pada saat genting. ihak

    sekolah perlulah memantau pergerakan Cikgu Malik dalam melaksanakan peraturan

    sekolah dan etika perguruan yang telah ditetapkan. Cikgu Malik juga perlu diberikan

    amaran pertama kerana kesalahan yang dilakukan masih boleh dimaafkan setelah

    mendapat persetujuan ibu bapa murid tersebut memandangkan kesalahan yang

    dilakukan tidak terlalu besar. Cikgu Malik juga perlu berada dalam pengawasan

    engetua dan dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang tindakan yang

    keterlaluan.

  • 7/26/2019 Cikgu Malik

    2/3

    $erdapat peruntukan di bawah Seksyen %&' iaitu kekerasan jenayah yang

    menetapkan bahawa barang siapa dengan sengaja menggunakan kekerasan

    kepada seorang lain dengan tidak kerelaan, maka ia telah melakukan atau

    dikatakan telah menggunakan kekerasan jenayah. Oleh yang demikian,sekiranya

    Cikgu Malik melakukan perkara tersebut untuk kesekian kalinya, tindakan tatatertib

    akan di jatuhkan terhadapnya oleh barisan tertinggi SMK Sungai Semberong. (ntara

    tindakan tegas yang disyaratkan oleh Kementerian endidikan ialah, guru"guru yang

    terlibat dan didapati bersalah mendera murid wajar dikenakan hukuman tegas

    seperti ditukarkan tempat kerja. Selain itu, sekiranya membabitkan kes polis, guru

    tersebut boleh diletakkan dalam kesalahan jenayah penderaan kanak"

    kanak.$indakan tegas yang dilakukan ini bertujuan untuk memberi pengajaran

    kepada guru tersebut akan kesalahannya.!i samping itu, guru"guru yang lain pula

    mendapat pengajaran daripada perkara yang berlaku.

    !alam masalah penderaan pelajar yang dilakukan oleh Cikgu Malik, kebebasan

    yang telah pun diberikan oleh pihak sekolah ke atas beliau untuk mendidik

    pelajarnya telah pun disalah guna apabila emosinya tidak dapat dikawal. )al ini

    menyebabkan beliau bertindak tanpa ber*kir kesan buruk yang akan berlaku atas

    kelakuannya itu. erkara ini bukan sahaja akan menyebabkan pelajar tersebut telah

    dijatuhi hukuman yang tidak sepatutnya.

    +alaupun isu penderaan ini sedikit sebanyak telah pun menjejaskan reputasi Cikgu

    Malik, namun masyarakat seharusnya bijak menilai bahawa tidak semua guru

    mempunyai sikap yang sama. Masih ramai lagi guru yang bertungkus"lumus

    mendidik anak"anak bangsa kita dengan pengorbanan yang jujur dan ikhlas.

    Masyarakat tidak seharusnya menghakimi mereka dengan gelaran"gelaran tertentu

    yang tidak enak didengar.

    +alau apapun masalah disiplin yang timbul, pelajar perlu dikenakan hukuman atau

    denda baik ringan atau berat bergantung kepada tahap kesalahan yang dilakukan.

    elaksanaan hukuman ini perlu kerana ia merupakan salah satu daripada kaedah

    atau cara pendidikan yang berkesan. agaimanapun sebelum pelaksanaan sesuatu

    hukuman, pihak ibu bapa hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu supaya tidak

    timbul sebarang masalah berbangkit selepas sesuatu tindakan dilakukan. -amun

    begitu pihak sekolah juga harus bertanggung jawab sepenuhnya terhadap tindakan

  • 7/26/2019 Cikgu Malik

    3/3

    yang dibuat. ni bertujuan mempastikan sesuatu tindakan yang diambil adalah

    wajar dan berpatutan dengan kesalahan yang dilakukan. Secara tidak langsung

    dapat mengelakkan daripada timbulnya masalah guru mendera pelajar.