cerpen maafku pinta

14
BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 SET INDUKSI LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3 PENUTUP OBJEKTIF Pada akhir pengajaran,murid dapat : 1.Menyenaraikan sekurang- kurangnya empat jasa ibubapa kepada anak-anak. 2.Menulis sinopsis, tema dan persoalan serta nilai dalam cerpen “Maafku Pinta” 3.Menerangkan sinopsis, tema dan persoalan serta nilai dalam cerpen “Maafku Pinta” TAJUK : CERPEN “MAAFKU PINTA” LANGKAH 4 LANGKAH 5

Upload: umaimah-othman

Post on 17-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bbm komsas tingkatan 2

TRANSCRIPT

  • BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 SET INDUKSILANGKAH 1LANGKAH 2LANGKAH 3PENUTUP

    OBJEKTIF

    Pada akhir pengajaran,murid dapat :Menyenaraikan sekurang-kurangnya empat jasa ibubapa kepada anak-anak.Menulis sinopsis, tema dan persoalan serta nilai dalam cerpen Maafku PintaMenerangkan sinopsis, tema dan persoalan serta nilai dalam cerpen Maafku PintaTAJUK : CERPEN MAAFKU PINTALANGKAH 4LANGKAH 5

  • SET INDUKSIHAYATILAH BERSAMA-SAMA

  • UJI MINDA

    APAKAH YANG DAPAT KAMU PEROLEHI DARIPADA VIDEO KLIP TERSEBUT?

  • KomsasCerpen

    MAAFKU PINTA

  • LEMBARAN KERJA 1LANGKAH 1

  • LANGKAH 2Ulasan Guru

  • PEMBAHAGIAN KUMPULANLANGKAH 3SIPNOPSISTEMA DAN PERSOALANNILAI

  • LANGKAH 4PEMBENTANGAN KUMPULAN

  • 1. Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan di bawah?Ayah maafkan Fauzi. Selama ini Fauzi salah anggap terhadap ayah. Kata Fauzi perlahan.

    2. Namakan dua watak sampingan dalam cerpen ini?

    3. Pada pendapat anda, apakah tindakan seseorang anak untuk mengembirakan hati kedua ibu bapa mereka?

    LANGKAH 5

  • PENUTUPAKTIVITI LAKONAN

  • Fauzi seorang anak yang kematian ayah tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayah tirinya. Ayah tirinya sangat mengongkong kehidupannya. Ayah tirinya tidak membenarkan Fauzi menonton televisyen terutama acara hiburan dan filem-filem. Ayahnya hanya membenarkan Fauzi menonton televisyen untuk rancangan berita ataupun hal ehwal semasa. Bapa tirinya juga mengongkong perjalanan hidupnya. Ayah tirinya juga tidak mengizinkan Fauzi pulang ke rumah terlalu lewat malam dan sering mengambil tahu dengan siapa Fauzi berkawan.Satu peristiwa telah menimpa hidup Fauzi. Kepala Fauzi berbenjol kerana terjatuh dan terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya. Dia benci dan marah kepada ayah tirinya. Setelah lama tinggal di rumah neneknya, ayah dan ibunya berbincang untuk menghantar Fauzi ke asrama. Cikgu Zainuddin, Kaunselor sekolah telah membantu bagi membolehkan Fauzi tinggal di asrama.Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering membawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang saku untuk kegunaan di asrama. Semasa di asrama Fauzi telah sedar daripada kesilapannya dan berubah sikap. Hal ini demikian kerana dia sentiasa dinasihati oleh rakan karibnya Syahir dan juga ustaznya.Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti hujung tahun, Fauzi tidak sabar untuk pulang ke kampung menemui keluarganya. Selepas makan malam di kampung, Fauzi mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada ayah tirinya atas segala kesalahan dan salah faham terhadap ayah tirinya. Ibunya berasa bangga dengan perubahan sikap Fauzi. Fauzi mula menolong ayah tirinya di sawah dan di laut. Dia juga turut menunjuk ajar adiknya dalan pelajaran.

    SIPNOPSIS

  • Menghargai pengorbanan orang lain demi kecemerlangan masa depan. Fauzi akhirnya menghargai apa yang dibuat oleh ayah tirinya untuk kejayaannya walaupun pada mulanya dia memberontak. 1) Persoalan persahabatan: Contohnya, Syahir dan Fauzi amat akrab bersahabat ketika di Asrama A. Mereka sering pulang ke kampung bersama-sama. 2) Persoalan kasih sayang ayah tiri terhadap anak: Contohnya, Ayah tiri Fauzi amat menyayangi Fauzi dan sanggup melawat Fauzi di asrama. Dia juga bersikap tegas dalam mendidik Fauzi. 3) Persoalan ketegasan semasa mendidik: Contohnya, Ayah tiri Fauzi melarang Fauzi menonton cerita-cerita yang tidak berfaedah. Dia juga melarang Fauzi keluar malam dan mengambil tahu dengan siapa anaknya berkawan.

    TEMAPERSOALAN

  • NILAI1) Nilai berdikari. Contohnya, Fauzi berdikari sendirian ketika tinggal di asrama A.2) Nilai kerajinan. Contohnya, Ayah tiri Fauzi rajin ke sawah dan ke laut untuk mencari rezeki untuk keluarganya. Ayahnya juga rajin melawat Fauzi di asrama.3) Nilai kasih sayang. Contohnya, Ayah tirinya sangat sayang kepada Fauzi dan sanggup menghulurkan wang saku setiap kali melawat Fauzi.