teknik pgjrn cerpen

25
BSP 3053 BSP 3053 TEORI DAN STRATEGI PENGAJARAN TEORI DAN STRATEGI PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU KESUSASTERAAN MELAYU BAB 10 TEKNIK PENGAJARAN CERPEN. DR. HAJAH SITI KHARIAH BINTI MOHD. ZUBIR JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Upload: awang-kelabu

Post on 19-Jun-2015

10.518 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Pgjrn Cerpen

BSP 3053 BSP 3053 TEORI DAN STRATEGI TEORI DAN STRATEGI PENGAJARAN KESUSASTERAAN PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYUMELAYUBAB 10TEKNIK PENGAJARAN CERPEN.

DR. HAJAH SITI KHARIAH BINTI MOHD. ZUBIRJABATAN KESUSASTERAAN MELAYU

FAKULTI BAHASAUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Page 2: Teknik Pgjrn Cerpen

Pengenalan.

Cerpen hanya memerlukan masa yang singkat sahaja bagi menghabiskan pembacannya. Oleh itu, pelajar akan memperoleh keputusan dan jawapan hasil daripada apa yang dibacanya dengan cepat juga.

Dari segi bahasa, tema dan elemen-elemen lain dalam cerpen tidak sekabur persembahan sajak. Bahasanya ringkas, padat dan mudah. Gaya bahasanya lebih memusatkan kepada kefahaman pembaca daripada pemusatan penggunaan gaya bahasa yang indah lagi menarik. Dengan ini memudahkan pembaca menangkap maksud yang hendak diajukan oleh pengarang dengan secara langsung serta memesongkan maksud asalnya.

Page 3: Teknik Pgjrn Cerpen

Pengenalan ( samb. )

Tema dan persoalan, plot dan watak yang diutarakan dalam cerpen tidaklah sesukar genre novel.

Cerpen lebih memusatkan kepada tema utama dan mengurangkan penampilan anak-anak tema yang berkembang dan bercambah seperti novel. Begitu juga dengan penggunaan jalinan plot. Plotnya mudah dan dapat dikesan dengan cepat penyusunan strukturnya. Walaupun ceritanya pendek tetapi perutusan yang hendak disebarkan oleh pengarang tidak pendek. Pengarang selalunya memberi tumpuan kepada kesan, nilai dan pengajaran.

Page 4: Teknik Pgjrn Cerpen

Pengenalan ( samb. )

Begitu juga dengan pendedahan. Pelajar lebih awal dan banyak didedahkan berkenaan dengan genre ini. Pendedahan ini mungkin diperoleh oleh mereka secara langsung atau secara tidak langsung. Pendedahan ini boleh diperoleh oleh pelajar sama ada melalui guru ataupun melalui media massa yang lain seperti TV, radio, majalah, surat khabar, buku teks pelajaran Bahasa Malaysia dan juga melalui cerita-cerita lisan yang diturunkan atau disampaikan oleh ibu bapa dan rakan sebaya.

Page 5: Teknik Pgjrn Cerpen

Definisi dan Konsep Cerpen.

Perkataan ‘cerpen’ adalah singkatan dua perkataan ‘cerita pendek’ yang dipadankan daripada Bahasa Inggeris ‘short story’. Cerpen dikelompokkan ke dalam ciptaan yang bersifat negatif dan rekaan.

Biasanya cerpen mempunyai bentuk cerita yang terbatas dan sering menggunakan bilangan perkataan antara 500 hingga 15,000 patah perkataan dan boleh meningkat sehingga 20,000 patah perkataan tetapi pada kebiasaannya bilangan perkataan yang sering digunakan oleh penulis adalah antara 2,000 hingga 3,000 patah perkataan sahaja.

Sebenarnya tidak terdapat garis penentuan yang khusus berkaitan jumlah bilangan perkataan yang boleh dikatakan sebagai cerpen dan genre lain.

Page 6: Teknik Pgjrn Cerpen

Definisi dan Konsep Cerpen ( samb. ) Dari segi penstrukturan komponen, cerpen tidak banyak bezanya

dengan novel. Masih menggunakan komponen tema, plot, watak dan

perwatakan, latar, sudut pandangan dan sebagainya. Hanya yang berbeza ialah daripada segi teknik pengolahan dan

pengadunannya sahaja. Cerpen biasanya mengemukakan satu kejadian atau peristiwa

sahaja dan kebiasaannya menjadi fokus atau pusat cerita. Peristiwa pokok ini sering dibantu oleh anak peristiwa bagi

mewujudkan suatu kesatuan cerita. Walaupun ianya sebuah cerita pendek tetapi secara fizikalnya

tidak ada suatu batas yang menentukan bilangan perkataan atau halaman.

Page 7: Teknik Pgjrn Cerpen

Definisi dan Konsep Cerpen ( samb. ) Sesebuah cerpen menyungguhkan kebenaran yang

diciptakan, dipadat dan dimampatkan, digayakan dan dipadukan dengan keupayaan imaginasi penciptanya.

Ini menampakkan cerpen lebih cenderung kepada penampilan cerita yang kental dan padu dan menyebabkan seolah-olah cerpen lebih bersifat individualistik penciptanya, walaupun begitu masih terjelma sifat dan identiti sendiri.

Page 8: Teknik Pgjrn Cerpen

Ciri-ciri Cerpen.

Mempunyai ciri-ciri utamanya seperti singkat, padu dan intensif.

Di dalamnya mengandungi adegan, tokoh dan gerak. Bahasa cerpen tajam, sugestif dan dapat menarik

perhatian pembaca. Cerpen harus mengandungi tafsiran daripada pengarang

berkenaan konsepsinya mengenai manusia dan kehidupan, baik secara langsung atau tidak langsung.

Cerpen seharusnya dapat menimbulkan suatu kesan dalam pemikiran pembaca.

Page 9: Teknik Pgjrn Cerpen

Ciri-ciri Cerpen ( samb. )

Cerpen seharusnya dapat menimbulkan perasaan kepada pembaca bahawa jalan ceritalah yang berperanan menarik perasaan dan kemudiannya baru menarik pemikiran.

Cerpen mengandungi detik dan insiden-insiden yang dipilih dengan sengaja dan yang boleh menimbulkan beberapa persoalan di dalam fikiran pembaca dan insiden-insiden inilah yang menguasai plot.

Cerpen harus mengandungi seorang watak utama dan keseluruhan pembinaan plot bergelegar kepada watak utama dan tema pokok.

Cerpen seharusnya mempunyai suatu kesan yang berkesan lagi menarik.

Page 10: Teknik Pgjrn Cerpen

Ciri-ciri Cerpen ( samb. )

Cerpen selalu bergantung kepada situasi dan mampu memberi inspirasi tunggal dalam suatu kebulatan kesan.

Cerpen menyajikan suatu emosi yang terencana kurang daripada 10,000 patah perkataan.

Page 11: Teknik Pgjrn Cerpen

Pemahaman dan Penghayatan Cerpen. Menghalusi dan menghayati sesebuah cerpen memerlukan

kekuatan dan kemampuan daya fikir dan tumpuan masa yang banyak.

Ketelitian dan keterampilan membaca karya cerpen harus dikuasai oleh guru dan perlu didedahkan kepada para pelajar.

Apabila pelajar dapat menguasai aras bacaan, ketelitian, kesungguhan dan keterampilan membaca karya fiksyen amnya dan cerpen khususnya membawa pelajar kepada perasaan jemu dan bosan membaca.

Perasaan dan sikap ini dapat dikendurkan kerana pelajar dapat memahami dan menghayati isi kandungan dan wawasan di belakang cerita tersebut.

Page 12: Teknik Pgjrn Cerpen

Pemahaman dan Penghayatan Cerpen (samb.) Pelajar juga harus diasuh supaya taat dan berkeinginan

membaca secara berterusan supaya menghabiskan pembacaannya.

Pelajar harus membaca sesebuah cerpen berulang kali untuk mencari idea keseluruhan dan pengesan gaya sementara seseorang penulis.

Pelajar juga harus memahami secara dekat tema yang hendak disampaikan oleh cerpenis.

Page 13: Teknik Pgjrn Cerpen

Pendekatan Pengajaran Cerpen.i. Pendekatan Kesejarahan. Pendekatan pengajaran cerpen yang memusatkan pada

perkembangan dan perlakuan sejarah. Misalnya pergolakan yang berlaku dalam sosiopolitik tanah air. Contohnya cerpen “Pemimpin Kecil Dari Kuala Semantan” dan

“Hari Kemerdekaan” adalah suatu ilusi pengarang berkenaan sesuatu puncak perjuangan yang telah mengorbankan beribu-ribu rakyat Malaysia.

Walaupun karya-karya ini berorientasikan persejarahan tetapi sifatnya sebagai karya fiksyen dan gambaran-gambaran peristiwa di dalamnya tidaklah ditulis seperti yang terkandung di dalam tinta sejarah tetapi memberi refleksi berkenaan perjalanan sejarah negara.

Page 14: Teknik Pgjrn Cerpen

Pendekatan Pengajaran Cerpen ( samb. )ii. Pendekatan Sosiopsikologi. Pendekatan ini memusatkan perhatian kepada masalah dalam

terutama hal-hal yang bersangkutan dengan naluri dan kejiwaan bagi golongan masyarakat yang terdapat dalam cerpen.

Oleh itu para pelajar seharusnya memahami cerpen tersebut dalam konteks dukungan budaya dan masyarakat cereka tersebut diperihalkan.

Page 15: Teknik Pgjrn Cerpen

Pendekatan Pengajaran Cerpen ( samb. )iii. Pendekatan Deduktif. Pendekatan ini memusatkan perhatian kepada aspek

pendidikan dan moral yang terdapat dalam sesuatu cerpen. Pendekatan ini selari dengan hasrat yang terkandung dalam

sukatan pelajaran sastera sekolah menengah atas yang memberi tumpuan dan perhatian pada aspek pendidikan dan pembinaan moral dalam kalangan pelajar.

Antara peristiwa-peristiwa yang mengandungi unsur-unsur nilai moral yang ditekankan dalam pengajaran cerpen ini adalah seperti kerjasama, kejujuran, kebijaksanaan dan keyakinan diri, hormat menghormati, keadilan, kasih sayang, ketabahan dan lain-lain.

Page 16: Teknik Pgjrn Cerpen

Pendekatan Pengajaran Cerpen ( samb. )iv. Pendekatan Emotif. Pendekatan ini sering digunakan oleh guru sastera bagi

menghidupkan kesan emosi kepada pelajar. Guru seharusnya berkeupayaan memanipulasikan emosi dan

jiwa pelajar tanpa memberi kesempatan kepada mereka menentukan sendiri atau menghayati sendiri karya tersebut.

Dengan menggunakan pendekatan ini guru memancing jiwa dan keinginan pelajar supaya membaca sesebuah cerpen, misalnya guru mungkin mengatakan cerpen “Nasi Tumpah” ini amat menarik dan menyayat hati.

Dengan rangsangan secara tidak langsung ini dikira dapat menimbulkan motivasi kepada pelajar supaya membacanya di rumah.

Bacaan ini dilakukan bagi membuktikan kebenaran kata-kata guru mereka.

Page 17: Teknik Pgjrn Cerpen

Pendekatan Pengajaran Cerpen ( samb. )v. Pendekatan Analisis. Pendekatan ini banyak memberi tumpuan pada analisis aspek-

aspek intrinsik sesebuah karya cerpen. Sifat pengajaran lebih banyak ‘membedah siasat’ unsur dan

elemen yang terdapat dalam cerpen berkenaan. Di sinilah nanti dibuat penilaian daripada segi kekuatan dan

kelemahan cerpen tersebut. Arah tujuannya menjadikan pelajar berupaya mengkritik dan

memberi penilaian ke atas sesebuah cerpen yang dianalisis.

Page 18: Teknik Pgjrn Cerpen

Objektif Pengajaran ( samb. )

Keupayaan pelajar menurut perkembangan psikologi lingkungan ekologi.

Kedudukan sebenar cerpen sebagai karya seni. Membuat penelitian melalui interaksi dan pencerapan terhadap

perbezaan-perbezaan yang sedia ada dalam kalangan pelajar terutama hal-hal yang bersangkutan dengan minat dan watak.

Pendekatan pengajaran cerpen yang digunakan seharusnya membuka ruang sebanyak-banyaknya untuk pelajar mengapresiasi karya puisi.

Pendekatan yang dipilih itu hendaklah mencerminkan suatu ketentuan pengertian dan pendekatan yang dipilih itu hendaklah mencerminkan suatu ketentuan pengertian yang benar berkenaan cerpen secara kental dan padu serta dapat mempertalikan antara cerpen dengan kehidupan.

Page 19: Teknik Pgjrn Cerpen

Teknik Mengajar Cerpen.

Selepas ditentukan pendekatan dan kaedah yang hendak digunakan bagi menyampai dan menyajikan pengajaran, guru harus juga merencanakan teknik-teknik pengajaran cerpen yang akan digunakan supaya ia mendatangkan kesan yang efisien dan afektif.

Antara teknik pengajaran cerpen yang boleh digunakan seperti teknik diskusi, teknik penelahan, teknik perbandingan, teknik pembinaan kreativiti dan teknik impresif.

Page 20: Teknik Pgjrn Cerpen

Teknik Mengajar Cerpen ( samb. )i. Teknik Diskusi. Sesuatu sesi diskusi bukanlah matlamatnya bagi mencari satu

penentuan dan keputusan yang diutamakan ialah keupayaan dan kesungguhan pelajar mengeluarkan pandangan, pendapat dan sikapnya terhadap cerpen yang didiskusikan itu.

Selalunya yang membuat penutupan dan kesimpulan bagi sesuatu sesi diskusi ialah guru itu sendiri.

Walaupun teknik ini menarik dan menyukakan pelajar tetapi beberapa perkara harus diberi perhatian oleh guru antaranya, pastikan semua pelajar melibatkan diri secara aktif dan berinovasi.

Jangan biarkan hanya sekumpulan pelajar sahaja yang aktif yang lainnya suka menyendiri.

Juga pastikan perjalanan diskusi itu bersistem dan setiap anggota diskusi saling menghormati pendapat dan pandangan orang lain.

Page 21: Teknik Pgjrn Cerpen

Teknik Mengajar Cerpen ( samb. )ii. Teknik Penyampaian Penalaan. Teknik penyampaian penelahan pelajar mengenai sesuatu

aktiviti membaca cerpen akan meningkatkan pembinaan aspresiasi cerpen.

Tumpuan diberikan pada penggunaan teknik ini ialah keupayaan pelajar mengembangkan sikap, berfikiran rasional lagi objektif dengan bersandarkan hujah-hujah yang bernas bagi membuktikan sesuatu pandangan.

Dengan asuhan demikian akan lahir sikap kreatif terhadap pengaspresiaian kreatif pula.

Page 22: Teknik Pgjrn Cerpen

Teknik Mengajar Cerpen ( samb. )iii. Teknik Perbandingan. Teknik ini kurang digunakan di peringkat sekolah menengah

atas. Caranya guru membuat pemilihan beberapa cerpen

berdasarkan pada apa sahaja seperti persamaan tema, latar, peratusan dan sebagainya dan meminta pelajar mencari garis persamaan yang terdapat dalam cerpen-cerpen berkenaan.

Page 23: Teknik Pgjrn Cerpen

Teknik Mengajar Cerpen ( samb. )iv. Teknik Pembinaan Kreativiti. Pelajar diminta supaya memecah kebuntuan cerpen tersebut

dengan meminta pelajar menyelesaikan sesebuah cerpen menurut tanggapan mereka sendiri.

Melatih daya imaginasi pelajar dengan mewujudkan beberapa kebarangkalian dalam diri pelajar terhadap keseronokan, penghargaan dan keberkesanan cerpen yan dihasilkan oleh pengarang yang digemarinya.

Mengadakan diskusi panel. Mengadakan aktiviti sosiodrama dan pementasan drama. Arah

penglibatan pelajar di aras ini memerlukan kesungguhan, keberanian dan keyakinan. Sifat-sifat ini bukan sahaja perlu ada pada individu yang berperanan menjayakan aktiviti ini. Hasilnya akan menjadikan para pelajar aktif, imaginatif dan produktif dalam menikmati dan menghayati cerpen.

Page 24: Teknik Pgjrn Cerpen

Teknik Mengajar Cerpen ( samb. )v. Teknik Impresif. Teknik ini digayakan dengan cara di mana pelajar dibawa

mendengar pembacaan cerpen. Bacaan itu boleh dilakukan secara langsung ataupun melalui

pita rakaman. Walau bagaimanapun, pemilihannya haruslah baik, berkesan

dan menarik. Jika faktor ini tidak di kawal ianya akan menimbulkan

perasaan negatif seperti jemu, benci dan bosan kepada pelajar.

Walau apa pun pendekatan, teknik dan strategi pengajaran cerpen yang digunakan oleh guru, tetapi ianya bergantung kepada kesungguhan, keupayaan dan kredibiliti guru yang merancang dan menyajikan pengajarannya.

Page 25: Teknik Pgjrn Cerpen

Teknik Mengajar Cerpen ( samb. ) Kepekaan guru memilih dan mengayakan pengajarannya

merupakan perkara paling utama bagi menjayakan sesuatu pengajaran.

Jika guru sastera mengamalkan sikap acuh tidak acuh terhadap pengajarannya, selama itulah minat dan keinginan pelajar menikmati dan menghayati cerpen menjadi semakin tumpul dan malap.