18. cerpen pungut

20
ANTALOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

Upload: saharuddin-abdullah

Post on 15-Jun-2015

1.128 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Bahan Bantu Mengajar - Perkongsian lilmu di Lumut Perak

TRANSCRIPT

Page 1: 18. cerpen  pungut

ANTALOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

Page 2: 18. cerpen  pungut

NOR HAFIDAH ABU HANIT

SMK. SELAYANG BHARU

Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Melayu. Sarjana Kepimpinan

Pedagogi.

Page 3: 18. cerpen  pungut

Cerpen “Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong” mengisahkan tentang pengorbanan seorang perempuan tua bernama Mak Timah terhadap anak angkatnya bernama Pungut yang tidak sempurna sifatnya. Nama Cina Pungut ialah Yap Siew Hong dan nama Melayunya pula adalah Zahara. Nama Pungut adalah nama panggilan memandangkan dia adalah anak angkat Mak Timah.

Page 4: 18. cerpen  pungut

Anak angkatnya itu bukan sahaja mempunyai ketinggian kira-kira 0.6 meter malahan juga kelakuannya tidak ubah seperti wayang patung yang didalangkan. Lebih menyedihkan Pungut dilahirkan dalam keadaan pekak, bisu dan tidak mengerti apa-apa.Sesiapa yang melihatnya pasti akan terkesan dengan perasaan terperanjat, simpati dan akan merasakan kebesaran Tuhan.

Page 5: 18. cerpen  pungut

Walaupun Pungut dilahirkan pada tahun 1957 iaitu menjangkau umur 24 tahun namun saban waktu Mak Timah terpaksa menguruskan sendiri Pungut seperti memandikannya, mencebok najisnya dan memberikannya makan kerana dia tidak tahu melakukannya sendirian tambahan pula keadaan Pungut yang tidak bergigi dan menelan segala makanan

yang diberikan kepadanya.

Page 6: 18. cerpen  pungut

Mak Timah terbayangkan kisah bagaimana asal usul Pungut sebelum dia diambil menjadi anak angkatnya. Pungut sebenarnya anak perempuan Cina yang merupakan jirannya bernama Siew Lan. Menerusi Bibik iaitu ibu kepada Siew Lan, tauke rumah yang disewa oleh Mak Timah. yang juga merupakan nenek Pungut telah menyerahkan kepadanya kerana menganggap bahawa anak perempuan tidak membawa untung. Tambahan pula bomoh telah meramalkan anak yang dikandung oleh Siew Lan anak yang tidak berguna iaitu membawa sial. Oleh itu, Siew Lan tidak sukakan anaknya yang seperti buah betik, kecil dan halus.

Page 7: 18. cerpen  pungut

Mak Timah membela Pungut kerana anak-anaknya, Khatijah dan Munah memujuknya membela Pungut dan atas dasar belas kasihan mengenangkan nasib bayi yang tidak berdosa itu. Namun, dia tidak menyangka Pungut hidup dan membesar sedangkan menurut jangkaan doktor, Pungut hanya boleh hidup dalam jangka masa satu atau dua tahun sahaja. Tapi jangkaan tersebut meleset kerana usia Pungut menjangkau sehingga 24 tahun.

Page 8: 18. cerpen  pungut

Walaupun anak-anaknya kini tidak mahu menjaga Pungut manakala anak lelakinya menyuruhnya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat namun Mak Timah tetap menolak kerana sayangkan Pungut walaupun ada masanya dia akan berleter, menyeranah dan menyumpah Pungut yang masih tidak mati-mati. Mak Timah berdoa kepada Tuhan saban waktu biarlah nyawa Pungut di ambil dahulu agar dia tidak akan menyusahkan orang lain.

Page 9: 18. cerpen  pungut

Selain itu, Mak Timah menganggap bahawa Tuhan sengaja menguji kesabaranya menjaga Pungut dan berpendapat Tuhan mahu membanyakkan dosanya dengan memanjangkan umur Pungut di dunia ini. Oleh sebab itu, Mak Timah memohon agar Tuhan terus kabulkan doanya agar nyawa Pungut diambil dahulu

sebelum nyawanya .

Page 10: 18. cerpen  pungut
Page 11: 18. cerpen  pungut

Pengorbanan menjaga anak angkat yang cacat, contohnya pengorbanan seorang perempuan tua bernama Mak Timah terhadap anak angkatnya bernama Pungut yang tidak sempurna sifatnya iaitu cacat pendengaran dan bisu.

Kasih sayang terhadap anak angkat yang dibuang oleh keluarga, contohnya Mak Timah menyayangi anak angkatnya, Pungut yang telah diberikan kepadanya oleh Siew Lan yang menganggap kelahiran Pungut tidak membawa untung.

Ketabahan atau kesabaran seorang perempuan tua yang menjaga anak angkat yang cacat, contohnya Mak Timah tabah dan sabar menjaga Pungut walaupun keadaan fizikal Pungut yang kurang sempurna dan sering menyusahkannya.

Sikap sesetengah masyarakat yang zalim terhadap anak sendiri, contohnya Siew Lan yang tidak berperikemanusiaan sanggup membuang anaknya sendiri iaitu Pungut dan memberinya kepada Mak Timah kerana menganggap kehadiran bayi perempuan tersebut membawa sial.

Simpati terhadap makhluk Tuhan yang tidak sempurna, keadaan fizikal Pungut dilahirkan dalam keadaan pekak, bisu dan tidak mengerti apa-apa menyebabkan sesiapa yang melihatnya pasti akan terkesan dengan perasaan terperanjat, dan simpati terutamanya Mak Limah.

Page 12: 18. cerpen  pungut

1. Mak Timah- - Ibu kepada 3 orang anak iaitu Khatijah, Munah dan seorang anak bungsu lelaki. - Ibu angkat kepada Pungut atau Zahara Muhamad atau Yap Siew Hong. - Bersifat penyayang, prihatin, bertanggungjawab dsbnya. - Seorang yang tabah menghadapi anak angkat yang tidak

sempurna iaitu cacat pendengaran dan bisu.

Page 13: 18. cerpen  pungut

2. Pungut Nama sebenarnya adalah Yap

Siew Hong atau Zaharah Muhamad.

Seorang gadis yang cacat pendengaran dan bisu.

Tidak pandai menguruskan diri sendiri seperti tidak mampu makan sendiri dan membersihkan diri.

Anak angkat kepada Mak Limah dan Muhamad.

Adik angkat kepada Khatijah dan Munah.

Page 14: 18. cerpen  pungut

3. Siew Lan - Ibu kandung Yap Siew Hong

(Pungut) - Seorang ibu yang zalim. - Anak sulung Bibik. - Suka menemui tukang ramal.

4. Bibik - Ibu kepada Siew Lan - Nenek kepada Pungut. - Mempercayai kepercayaan karut. - Tuan rumah yang disewa oleh Mak

Timah

Page 15: 18. cerpen  pungut

Tahun 1957- tahun kelahiran Pungut.

Suasana 24 tahun selepas kelahiran Pungut.

20 tahun lalu (Semasa Pungut berusia 4 tahun)

Page 16: 18. cerpen  pungut

1. Rumah Mak Timah- Dalam

bilik2. Di atas bangku3. Bilik air4. Mahkamah5. Rumah anak lelaki

Mak Timah

Page 17: 18. cerpen  pungut

Masyarakat yang mempunyai sikap kasih sayang - contohnya Mak Timah menyayangi anak angkatnya, Pungut yang telah diberikan kepadanya oleh Siew Lan yang menganggap kelahiran Pungut tidak membawa untung.

Masyarakat yang tabah dalam menghadapi dugaan hidup- contohnya Mak Timah tabah dan sabar menjaga Pungut walaupun keadaan fizikal Pungut yang kurang sempurna dan sering menyusahkannya.

Masyarakat yang mempunyai sifat perikemanusiaan- contohnya sikap Mak Timah yang berperikemanusiaan terhadap Pungut wajar dicontohi dan hal ini berbeza dengan Siew Lan yang bersikap zalim sanggup membuang anaknya sendiri kerana menganggap kehadiran bayi perempuan tersebut membawa sial.

Masyarakat yang disulami rasa simpati - contohnya keadaan fizikal Pungut dilahirkan dalam keadaan pekak, bisu dan tidak mengerti apa-apa menyebabkan sesiapa yang melihatnya pasti akan terkesan dengan perasaan terperanjat, dan simpati terutamanya Mak Limah.

Page 18: 18. cerpen  pungut

Kita hendaklah berkorban dengan penuh keikhlasan - contohnya pengorbanan seorang perempuan tua bernama Mak Timah dengan ikhlas terhadap anak angkatnya bernama Pungut yang tidak sempurna sifatnya iaitu cacat pendengaran dan bisu wajar dicontohi.

Kita sewajarnya menyayangi makhluk ciptaan Tuhan , contohnya Mak Timah menyayangi anak angkatnya, Pungut yang telah diberikan kepadanya oleh Siew Lan yang menganggap kelahiran Pungut tidak membawa untung.

Kita haruslah bersikap tabah dan sabar menjaga anak yang cacat- contohnya Mak Timah tabah dan sabar menjaga Pungut walaupun keadaan fizikal Pungut yang kurang sempurna dan sering menyusahkannya.

Janganlah kita bersikap zalim terhadap anak sendiri, contohnya Siew Lan yang bersikap zalim sanggup membuang Pungut, anaknya sendiri kerana menganggap kehadiran bayi perempuan tersebut membawa sial tidak wajar diikuti.

Kita haruslah bersikap simpati terhadap insan yang kurang sempurna, contohnya keadaan fizikal Pungut dilahirkan dalam keadaan pekak, bisu dan tidak mengerti apa-apa menyebabkan sesiapa yang melihatnya pasti akan terkesan dengan perasaan terperanjat, dan simpati terutamanya Mak Timah.

Page 19: 18. cerpen  pungut

Pengorbanan - contohnya pengorbanan seorang perempuan tua bernama Mak Timah terhadap anak angkatnya bernama Pungut yang tidak sempurna sifatnya iaitu cacat pendengaran dan bisu.

Kasih sayang - contohnya Mak Timah menyayangi anak angkatnya, Pungut yang telah diberikan kepadanya oleh Siew Lan yang menganggap kelahiran Pungut tidak membawa untung.

Ketabahan atau kesabaran- contohnya Mak Timah tabah dan sabar menjaga Pungut walaupun keadaan fizikal Pungut yang kurang sempurna dan sering menyusahkannya.

Sikap perikemanusiaan- contohnya sikap Mak Timah yang berperikemanusiaan terhadap Pungut wajar dicontohi dan hal ini berbeza dengan Siew Lan yang bersikap zalim sanggup membuang anaknya sendiri kerana menganggap kehadiran bayi perempuan tersebut membawa sial.

Simpati- contohnya keadaan fizikal Pungut dilahirkan dalam keadaan pekak, bisu dan tidak mengerti apa-apa menyebabkan sesiapa yang melihatnya pasti akan terkesan dengan perasaan terperanjat, dan simpati terutamanya Mak Limah.

Page 20: 18. cerpen  pungut

SEKIAN TERIMA

KASIH