cerita terbaru(2)

Upload: yana-suliman

Post on 18-Jul-2015

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

CERITA : ANAK ARNAB YANG HILANG Assalamualaikum dan salam sejahtera adik-adik, hari ini akak akan bercerita mengenai tajuk Anak Arnab Yang Hilang. Adik-adik pernah dengar tak? Kalau tidak pernah, marilah tengok akak bercerita dan dengar baik-baik ye. Cerita dimulakan dari~~~ Banyak binatang tinggal di dalam hutan. Ibu arnab, Si Tupai, Si Monyet dan Pak Kuda tinggal berjiran. Setiap pagi, Si tupai menyanyi dengan Si Monyet di atas pokok. Mereka menyanyi dengan kuat dan melompat ke sini ke sana. (Lirik lagu In The Jungle) In the Jungle, the mighty jungle, the lions sleeps tonight. In the jungle, the quiet jungle, the lions sleeps tonight.

Near the village, the peaceful village, the lions sleeps tonight. Near the village, the quiet village, the lions sleeps tonight.

Hush my darling, don't fear my darling, the lions sleeps tonight. Hush my darling, don't fear my darling, the lions sleeps tonight.

Hebat tak saya lompat. Eleh kalau tak saya lagi pandai dari awak, tengoklah saya lompat(Tupai berkata kepada Si Monyet) Jangan bising, anak saya sedang tidur(Ibu Arnab berkata kepada Si Tupai dan Si Monyet dengan nada yang marah) Maafkan kami, Ibu Arnab, Kami bukan sengaja(Si tupai berkata kepada Ibu Arnab) Pak Kuda sangat suka berlari dengan bunyi hentakan yang kuat . Apabila berhenti berlari, ia juga membuat bising sedapnya~~ berlari dalam angin(dengan kuat) Ibu Arnab sangat marah kepada Pak Kuda lalu Ibu Arnab berkata Jangan bising, anak saya sedang tidur Maafkan saya, Ibu Arnab Pak Kuda kata. Ibu Arnab tidak senang dengan sikap Si tupai, Si Monyet dan Pak Kuda. Ia membawa anaknya berpindah ke tempat lain di hutan itu. Jangan tinggalkan kami, Ibu Arnab Si tupai dan Pak Kuda berkata. Tapi Ibu Arnab tak peduli mereka. Pada suatu hari, Pak Beruang yang jahat datang dan melarikan Anak Arnab. Ibu Arnab menjerit dan meminta tolong. Tolong, tolong, Pak Kuda Tolong, tolong Si tupai Ibu Arnab menjerit. Malangnya Pak Kuda dan Si tupai berada terlalu jauh. Mereka tidak dapat mendengar jeritan Ibu Arnab. Ibu Arnab berasa sangat sedih. Ia mengejar Pak Beruang dan berteriak Huhuhu, kamu ini jahat, Pak Beruang, kembalikan anak saya sambil menangis. Dalam perjalanan, Ibu Arnab bertemu dengan Pak Kuda. Ibu Arnab menangis dan berkata Pak Beruang yang jahat itu telah melarikan anak saya, Tolonglah saya Pak Kuda.

Pak Kuda berkata dengan marah Apa! Kalau saya terjumpa dengan Pak Beruang itu, saya mesti ajar dia. Tapi saya tidak tahu di mana Pak Beruang itu berada jawab Ibu Arnab. Pak Kuda juga mengeluh. Mereka berasa bimbang. Pada ketika itu juga, Si tupai dan Si Monyet lalu di tempat itu. Apa yang berlaku di sini Si tupai bertanya. Anak Arnab telah dicuri oleh Pak Beruang Pak Kuda beritahu Si tupai. Jangan bimbang Ibu Arnab, biar kami tolong kamu cari anak kamu Si Tupai berkata. Lepas itu, Si tupai dan Si Monyet memanjat sebatang pokok untuk mencari Pak Beruang yang jahat itu. Tiba-tiba , Si tupai nampak Pak Beruang berlari menuruni bukit ke arah sebuah gua. Itu dia, itu dia, itu dia, Pak Beruang. Si tupai menjerit. Cepat Si Monyet, kami pergi memberitahu Ibu arnab dan Pak Kuda Si Tupai beritahu Si Monyet. Melihatkan keadaan itu, Si tupai dan Si Monyet cepat-cepat memberitahu Pak Kuda dan Ibu Arnab supaya mereka dapat segera mengejar Pak Beruang. Lagu Latar Belakang The Good-Mood Song. Yeysaya sudah berjaya menangkap anak arnab Pak Beruang cakap dengan nada yang gembira. Tiba-tiba, Pak Beruang menjerit sakitsakitsiapa baling aku Kamu ini siapa, sakitlah. kata Pak Beruang. Pak Beruang berpaling, rupanya engkau Pak Kuda Aaaaaaajangan (kick) saya, sakit tahu. Pak Beruang menjerit. Lepaskan anak arnab sekarang, cepatKalau tak, saya (kick) kamu lagicepat Pak Kuda kata dengan nada yang marah. Pak Beruang berasa takut dan terus melepaskan anak arnab serta terus berlari untuk menyelamatkan diri. Ibu Arnab mendapatkan semula anaknya dan ia memeluk anaknya dengan erat.

Terima kasih Si tupai, Si Monyet dan Pak Kuda kata Ibu Arnab. Ini disebabkan Pak Kuda, Si Tupai dan Si Monyet telah menyelamatkan anaknya. Si tupai juga berkata Ibu Arnab, marilah pulang dan tinggal bersama dengan kami Betul tu, jadi kita boleh jaga satu sama lain, kata Pak Kuda. Ya, mari kita berjiran semula. Saya janji tidak akan membuat bising lagi kata Si Tupai. Pak Kuda pun berjanji kepada Ibu Arnab. Selepas peristiwa itu, mereka hidup dengan aman dan tenteram dan sentiasa menyanyi lagu serta menari bersama-sama. (Lirik Lagu ) Sekian, terima kasih. Macam mana adik-adik, seronok tak cerita ini. Baiklah kesimpulan cerita ini ialah kita mestilah mempunyai sikap tolong menolong antara satu sama lain apabila menghadapi masalah dalam kehidupan seharian.

PENGAJARAN DARI CERITA ANAK ARNAB YANG HILANG 1. Kita tidak boleh bersikap tamak kepada orang lain kerana ia akan mengundang masalah kepada diri sendiri. 2. Kita mestilah sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain. 3. Kita juga haruslah menghargai persahabatan antara rakan rakan walaupun mereka pernah melakukan kesilapan.