cerita tahap 1 anak yang berjasa

5
NAMA : NURUL NATASHA BT. JAILANI SEKOLAH : SK SERI BEKOK TAJUK : ANAK YANG BERJASA Pada zaman dahulu, ada seorang budak bernama Sandra. Semenjak kecil, dia tinggal bersama-sama ibunya. Ayahnya telah meninggal dunia sebelum dia dilahirkan. Sandra sayang akan ibunya. Malangnya, semasa Sandara berumur sepuluh tahun, ibunya telah dijangkiti sejenis penyakit misteri. Badan ibunya selalu bernanah. Oleh itu, Sandralah yang terpaksa mencari nafkah untuk keluarganya. Untuk mengubati penyakit ibunya, Sandra telah berjumpa dengan doktor di merata-rata tempat. Namun begitu, tiada seorang doktor pun yang dapat mengubati penyakit ibunya. Pada suatu hari, seorang doktor yang terkenal telah datang ke situ. Apabila mengetahui doktor itu mampu mengubati pelbagai jenis penyakit, ramai orang yang mahu berjumpa denganya termasuklah Sandra. Dia telah beratur dengan sabar untuk berjumpa dengan doktor tersebut. Setelah berjam-jam beratur, akhirnya tiba giliran Sandra. Tetapi, hari telah larut malam. Sandra merayu

Upload: kirado

Post on 24-Sep-2015

82 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Cerita Kanak-kanak Tahap 1

TRANSCRIPT

NAMA : NURUL NATASHA BT. JAILANI

SEKOLAH : SK SERI BEKOK

TAJUK : ANAK YANG BERJASAPada zaman dahulu, ada seorang budak bernama Sandra. Semenjak kecil, dia tinggal bersama-sama ibunya. Ayahnya telah meninggal dunia sebelum dia dilahirkan. Sandra sayang akan ibunya.

Malangnya, semasa Sandara berumur sepuluh tahun, ibunya telah dijangkiti sejenis penyakit misteri. Badan ibunya selalu bernanah. Oleh itu, Sandralah yang terpaksa mencari nafkah untuk keluarganya.

Untuk mengubati penyakit ibunya, Sandra telah berjumpa dengan doktor di merata-rata tempat. Namun begitu, tiada seorang doktor pun yang dapat mengubati penyakit ibunya.

Pada suatu hari, seorang doktor yang terkenal telah datang ke situ. Apabila mengetahui doktor itu mampu mengubati pelbagai jenis penyakit, ramai orang yang mahu berjumpa denganya termasuklah Sandra. Dia telah beratur dengan sabar untuk berjumpa dengan doktor tersebut.

Setelah berjam-jam beratur, akhirnya tiba giliran Sandra. Tetapi, hari telah larut malam. Sandra merayu kepada doktor itu datang ke rumahnya untuk melihat dan merawat penyakit ibunya.

Tolonglah tuan. Ibu saya sakit. Badannya bernanah, badannya tidak bermaya. Tolonglah tuan, rayu Sandra.

Doktor itu mendapati Sandra begitu sayang akan ibunya. Dia pun mengikut Sandra pulang ke rumahnya. Doktor itu pun memeriksa keadaan ibu Sandra yang terbaring di atas katil.

Sandra, penyakit ibu kamu ini memang boleh diubati. Tetapi, daun ubat itu sangat sukar untuk ditemui. Ianya berada di dalam hutan di puncak gunung. Sanggupkah kamu mendapatkannya? Kata doktor.

Demi ibu saya, apa juga akan saya dapatkan. Apakah nama dan bentuk daun itu? Tanya Sandra.

Daun itu diberi nama daun pokok kratu, kata doktor.

Doktor itu menerangkan cara-cara untuk mendapatkan daun ubat itu. Setelah mendengar penerangan doktor, Sandra pun mengemas bekalan yang ingin dibawanya. Dia ingin segera mendapatkan daun ubat itu. Doktor itu terharu melihat akan ketabahan dan ketaatan Sandra.

Pada awal pagi keesokan harinya, Sandra pun bertolak ke dalam hutan untuk mendapatkan daun ubat untuk ibunya. Sebelum meninggalkan kampong, dia sempat singgah di rumah jirannya.

Makcik Maria, tolong tengok-tengokkan ibu saya. Saya ingin ke hutan untuk mencari daun ubat untuknya, pinta Sandra.

Baiklah Sandra. Jagalah dirimu dan makcik doakan agar kamu selamat dan dapat membawa pulang daun ubat itu, ujar Makcik Maria.

Sandra bertolak ke hutan. Jalan menuju ke puncak gunung adalah sukar dan tidak rata. Sandra perlu mengharungi bukit, paya, dan menyeberangi sungai. Biarpun sukar, dia tetap tidak patah semangat. Sandra tetap ingin mendapatkan daun ubat untuk ibunya walau pelbagai halangan dan kesukaran yang terpaksa dia tempuhi.

Selepas menempuh semua kesukaran, akhirnya dia hamper tiba di puncak gunung. Keadaan di puncak gunung agak berbatu-batu dan licin. Tiba-tiba, Sandra terpijak sebiji batu yang licin lalu tergolek jatuh ke dalam gua. Dia menggosok-gosok punggung yang sakit lalu menangis.

Aduh, kenapalah jadi begini? Sakitnya! kata Sandra sambil menangis.

Sandra hampir-hampir putus asa. Dia termenung. Tiba-tiba dia ternampak seekor katak. Dia tertarik melihat telatah katak itu. Katak itu asyik melompat-lompat dan memanjat dengan bersungguh-sungguh pada dinding gua itu. Walaupun katak itu telah terjatuh semasa memanjat, ia masih tetap tidak berputus asa malah, ia terus melompat dan memanjat. Akhirnya, katak itu berjaya keluar dari gua itu.

Semangat tidak berputus asa yang ditunjukkan oleh katak itu telah menyedarkan Sandra. Dia pun berusaha memanjat lubag gua itu untuk keluar. Dia memanjat bersungguh-sungguh. Akhirnya, dia Berjaya keluar dari gua itu. Dia terus bergegas mendapatkan daun ubat. Hari semakin kelam. Sandra harus segera mendapatkan daun ubat itu. Puas dia mencari namun tidak ditemui. Hari bertambah gelap. Akhirnya dia temui juga daun ubat itu. Poko kratu tumbuh di celahan batu-batu di puncak gunung itu.

Dia segera pulang. Hari telah pun malam, Jalan untuk turun ke kaki gunung itu gelap-gelita. Memandangkan ketika itu bulan purnama, maka cahaya bulan itu dapat menerangi jalan pulangnnya. Akhirnya, Sandra selamat sampai ke rumahnya.

Sandra merebus daun ubat itu di dalam sebuah periuk mengikut penerangan doktor semalam. Dia memberikan semangkuk air rebusan daun ubat itu kepada ibunya.

Setelah beberapa hari, penyakit ibunya semakin beransur baik. Nanah di seluruh badan ibunya semakin hilang. Sandra berasa gembira dan bersyukur apabila melihat keadaan ibunya.

Terima kasih, Sandra. Ibu bersyukur mempunyai anak seperti kamu yang sanggup berkorban untuk ibu, kata ibunya.

Kawan-kawan, pengajaran yang kita dapat daripada kisah ini, kita hendaklah berusaha-bersungguh dalam setiap perkara yang kita lakukan kerana apabila kita berusah dengan tekun, kita akan menperolehi kejayaan. Selain itu, kita mestilah menjadi seorang anak yang berjasa kepada ibu bapa kita kerana jasa mereka tidak terperi.